House PK

House PK


APA NI BAH? SIAPA MAHU JATUHKAN MUSA AMAN DI SABAH? ANWAR ATAU ORANG BN SENDIRI?

Posted: 10 Aug 2012 01:00 AM PDT

Aku pelik betul la dengan komponen BN Sabah ni, aku dah dengar macam-macam cerita sejak kebelakangan ini. Pada aku ancaman kat Sabah ni bukan dari Anwar mahupun Lajim ataupun Bumburing sahaja, tetapi masalah kat ada juga melibatkan orang BN sendiri. Bukan semua tapi ada segelintir la.

Terbaru aku dengar ada gerakan nak jatuhkan Musa Aman, CM Sabah. Aku nak share dengan korang artikel yang ditulis oleh Papa Gomo. Mulanya aku nak tulis. Sebab dia dah tulis maka aku tampal je la kat sini. Meh kita baca apa yang sedang berlaku di Sabah ni:

 Semakin hampir Pilihanraya semakin berdentum sana sini isu lompat parti terutamanya dari negeri dibawah Bayu Sabah. Lompat si katak lompat yang mana bukan pekara baru bagi pemain politik negeri Sabah sebaliknya sudah lama berlaku.

Tidak hairan dengan keadaan yang mana pemimpin politik Sabah yang lompat dari parti A ke parti B dan kemudiannya lompat balik ke parti A. Ini merupakan lumrah dinegeri Sabah kerana kita harus ingat "SABAH untuk SABAH".

Cuma apa yang menjadi kerisauan sekarang ni adalah percaturan pemimpin luar dari Sabah iaitu pemain politik dari Semenanjung yang dilihat menjadi pemain catur dalam mencorakkan politik negeri Sabah. Kenapa pemimpin politik semenanjung sibuk nak mencampuri urusan politik negeri Sabah?

Anwar Ibrahim yang merupakan orang Semenanjung sibuk mengatur siapa yang nak lompat dan siapa yang bakal menjawat jawatan Ketua Menteri jika Sabah jatuh ketangan pihak pembangkang. Siapa Anwar Ibrahim? Anak Sabah kah dia?

Datuk Seri Musa Aman

Musa Aman Ketua Menteri Sabah begitu komited dalam membangunkan negeri Sabah sampaikan banyak projek projek yang dibangunkan di Sabah lebih ditumpukan kepada anak anak Sabah. Pemimpin luar yang cuba masuk ke negeri Sabah untuk melobi tender dan sebagainya ditolak kerana Musa Aman memberi keutamaan kepada anak Sabah. Dan ini realitinya apabila Sabah dipimpin oleh anak Sabah yang komited dengan negeri kelahirannya.

Tidak cukup dengan Anwar Ibrahim yang sedang galak mencatur politik Sabah ada desas desus pula menyatakan ada juga pimpinan lain yang sedang berusaha menjatuhkan Ketua Menteri Musa Aman di Sabah. Percaturannya mudah iaitu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana DANA KEEWANGAN akan disponsor oleh Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi tersebut.

Benar sepertimana yang nyatakan diatas bahawa LOMPAT PARTI pekara biasa bagi pemain politik Sabah tetapi jika difikirkan balik terutama rakyat Sabah siapa yang akan mndapat manfaat jika Musa Aman tersingkir dan Anwar Ibrahim berjaya? Siapa yang akan mendapat manfaat dari pekara tersebut? Pemimpin yang akan mengetuai Sabah kelak sudah pasti menjadi BONEKA kepada Anwar Ibrahim.

Lihat sahaja PKR yang mana Presiden nya Wan Azizah, tetapi siapa yang mendominasi PKR secara total? Apakah tidak jelas bahawa Wan Azizah adalah BONEKA kepada Anwar Ibrahim?

Lihat pula di Selangor yang mana Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Keewangan Negeri Selangor. Segala macam projek di Selangor mestilah melalui pejabat Anwar Ibrahim terlebih dahulu dan keputusan projek tersebut mestilah mendapat kelulusan Anwar Ibrahim. Apakah tidak jelas bahawa Selangor merupakan Kerajaan BONEKA Anwar Ibrahim?

BONEKA ANWAR IBRAHIM

Bagaimana pula di Sabah kelak jika Anwar Ibrahim melalui Pakatan mereka berjaya membentuk kerajaan? Siapa yang berkuasa? Pemimpin Sabah? Lupakan lah kerana segala DANA datang dari Anwar Ibrahim dan adalah semestinya yang akan berkuasa adalah Anwar Ibrahim orang semenanjung dan kerajaan Sabah waktu itu hanyalah BONEKA buat Anwar Ibrahim semata mata.

Rakyat Sabah harus sedar pekara ini kerana Sabah adalah untuk Sabahan. Walaupun artikel ini ditulis orang semenanjung namun jika rakyat Sabah terutama pemimpin yang ada waktu ini sanggup bekerjasama dengan Anwar Ibrahim maka tidak mustahil Sabah akan jatuh ketangan Anwar Ibrahim yang bukan anak Sabah sebaliknya akan menjahanamkan politik serta Ekonomi Sabah.

Sabah For Sabahan

Apa yang anak sabah akan dapat jika Anwar Ibrahim selaku penasihat Keewangan negeri Sabah? Fikir fikirkanlah......... Pertahankan Ketua Menteri Musa Aman waktu ini kerana beliau telah membuktikan bahawa Ekonomi Sabah meningkat dari masa ke semasa dan merubah Sabah kearah lebih maju dari sebelumnya.

Aku sangat setuju dengan Papa Gomo. Kenapa perlu orang Sabah biarkan orang Luar seperti Anwar Ibrahim control Sabah? Kasi nyah si Anwar tu dari Sabah! Jangan kasi muka. Halau dia dan anjing-anjing dia yang menyokong dia.

CILI KASI TARUK! DALAM SLOGAN PUN TAKLEH NAK BERSATU, MACAMANA NAK PIMPIN NEGARA NI FUCKATAN OI?

Posted: 09 Aug 2012 11:00 PM PDT

Siapalah agaknya yang Pakatan Rakyat ini nak menipu dengan tema yang retorik seperti ini. Ada yang gelak. Malahan dalam PKR sendiri ramai yang senyum sinis dnegan tema yang kononnya melambangkan PR sebagai sebuah pasukan yang jitu. Wajah sebenar? Siapa yang mampu menafikan bahawa politik dalaman PR lebih dahsyat daripada pertembungan dengan UMNO/BN.

DAP masih membawa imej rasis dan pro-Cina. Usaha menarik beberapa orang Melayu 'reject' dilakukan, tapi belum dapat diterjemah dengan sokongan Melayu yang total. Belum. Siapa nak percaya DAP kalau dalam mesyuarat-mesyuarat penting parti masih lagi berbahasa Cina. Tak hormat orang lain. DAP memerlukan pemimpin Melayu yang lebih baik dan mempunyai pengaruh. Sayangnya, belum ada. Tunku Aziz yang pernah kuat menyokong DAP pun sudah dijadikan sebagai pengkhianat. Sebab? Kerana tidak bersetuju dengan Komrad Guan Eng dalam isu Bersih.

PAS? Pas for All macam mainan politik sahaja. Kelab penyokong pun hidup segan, mati tak mahu. Lembik. Tak bermaya.

PAS masih lagi bercakap pasal HUDUD yang secara jelas menjadi masalah kepada DAP. Hududphobia dalam DAP ini bukan mainan. Mereka takkan setuju. Dah tu, macam mana nak jadi sejiwa?

Anwar? Anwar anggap orang cina macam komoditi politik sahaja. Anwar hanya interested nak tahu peratusan sokongan Cina. Hampir setiap minggu bertanyakan staff HQ PKR tentang maklumat terkini. Undi Cina sangat penting kepada Anwar. Undi Cina segala-galanya buat Anwar. Kalau nak suruh tanggal Melayu pun Anwar sanggup.

Kenapa undi Cina penting buat Anwar?

Simulasi terkini Anwar

Kalau undi Cina dapat (70%); undi Melayu sekitar (42%); undi India (40%) – PKR akan pertahan 31 kerusi sedia ada; dan menang 9 kerusi baru. Antara kerusi yang bakal dimenangi: Bukit Katil, Pandan, Gelang Patah, Alor Setar, Temerloh, Sabak Bernam, Lumut, Ledang dan Muar. 

Kalau undi Cina (70 %); undi Melayu (36 %); undi India (40 %) – PKR akan kalah 4 kerusi (Teluk Kemang, Sungai Siput, Kuala Langat dan Hulu Selangor). Tambahan 6 kerusi baru.

Kalau undi Cina (70 %); undi Melayu (36 %); undi India (35 %) – PKR kalah 11 kerusi (Ampang, Wangsa Maju, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sungai Siput, Hulu Selangor);

Kalau undi Cina (70 %); undi Melayu (sama dengan tahun 2004); undi India (30 %) – 16 kerusi PKR jatuh. Termasuk Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai).

Sebangsa, Senegara, Sejiwa apa – kalau pada Anwar analisa mesti dilakukan secara fokus kepada masyarakat Cina. Anwar yakin, dengan bantuan DAP – peratusan angka 70 % boleh dicapai dengan mudah. Malahan, pada Anwar – ianya boleh meningkat sehingga 85%!

Sebangsa, Senegara, Sejiwa apa – kalau dalam mesyuarat utama PKR, Anwar menggambarkan DAP sebagai 'kumpulan cina kemaruk kuasa'.

Baik tukar - SE-ANWAR; SE-AZIZAH; SE-AZMIN kalau nak bolot semua.

Sumber: Gelagat Anwar

PANAS BERAPI! KETUA AGENSI MANA YANG SABOTAJ TIMBALAN MENTERI NI?

Posted: 09 Aug 2012 09:00 PM PDT

Dasyat beb pendedahan ini, aku sendiri terkejut apa yang ditulis oleh blogger Sanggah Tok Janggut ni. Cerita banyak pun tak guna. KLIK SINI

PIHAK BERKUASA TEMPATAN BERTINDAK ALA SAMSENG - BUKTI KERAJAAN SELANGOR ZALIM!

Posted: 09 Aug 2012 07:00 PM PDT

Geram, sedih dan sakit hati, itulah perasaan para peniaga bazar Ramadhan di Subang Jaya apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan sewenang-wenangnya meroboh dan menyita gerai dan barang jualan mereka. Bayangkan, bazar Ramadhan khas yang selama ini menjadi tempat mencari rezeki para ibu tunggal dan mereka yang kurang berkemampuan telah dicemari dengan perbuatan tidak bertanggungjawab MBSJ. Tindakan rakus MPSJ ini tidak disertakan dengan alasan yang kukuh kerana para peniaga yang selama ini diberikan tempat untuk meniaga tidak diberikan notis yang cukup untuk mereka bertindak sedemikian.

Sifat kemanusiaan pihak berkuasa kerajaan tempatan nampaknya makin lama makin terhakis. Ini bermula apabila Pakata Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Para peniaga miskin yang harus dibela nasibnya diperlakukan lebih teruk daripada pendatang asing yang giat meniaga secara haram di seluruh Selangor. Di bulan Ramadhan yang mulia ini mereka sanggup bertindak kejam tanpa memikirkan nasib peniaga Melayu yang sememangnya telah ditindas secara terang-terangan. MPSJ nampaknya bersikap "double standard" apabila hanya mengenakan tindakan kepada peniaga miskin tetapi membiarkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh peniaga-peniaga kaya. Sungguhpun sudah terang kekejaman yang dilakukan oleh MPSJ, mereka dengan angkuh mengatakan bahawa tindakan mereka adalah benar dan mereka bersikap professional.

Kejadian dimana majlis perbandaran atau daerah bertindak ala samseng sememangnya tidak asing di negeri Selangor. Perkara yang sama berlaku di Shah Alam, Kelang, Kuala Langat dan semua pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor. Di Shah Alam contohnya, apabila penduduk setempat membuat aduan dan kritikan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam, pihak berkuasa tempatan itu akan menghantar kuncu-kuncu mereka untuk mengambil gambar tempat tinggal pengadu tersebut. Tujuan mereka mengambil gambar adalah untuk mencari kesalahan pengadu sekiranya pengadu ada membuat kesalahanmengubah suai rumah dan sebagainya. Tindakan ini tidak ubah seperti sekumpulan samseng yang mahu membalas dendam sekiranya ada pihak yang menegur kesalahan nyata yang mereka lakukan.

Nampaknya pihak berkuasa tempatan begitu cekap dalam mencari salah penduduk sehinggakan kesalahan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga kaya dibiarkan begitu sahaja. Mungkin pihak berkuasa tempatan di Selangor terlalu rabun dengan mengalakkan penjenayah dan mereka yang rosak akhlak untuk berniaga tanpa apa-apa sekatan. Rumah urut, kedai arak, pusat pinjaman wang dan pusat hiburan tidak akan diganggu oleh pihak berkuasa tempatan di Selangor. Sijil kebenaran perniagaan dikeluarkan dengan cepat, sehinggakan di dalam sekelompok rumah kedai, mesti ada sekurang-kurangnya satu tempat menjual arak, satu pusat urut dan satu pusat pinjaman wang @ Ah Long.

Tiada satu pun pusat-pusat neraka ini diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan. Mereka nampaknya amat takut untuk mengambil tindakan sehinggakan pelekat-pelekat yang mempromosikan rumah urut dan peminjam wang tidak mereka tanggalkan. Sebagai contoh, di seksyen 14 Petaling Jaya, pelekat yang mempromosikan Ah Long ditampal merata-rata sehingga menyebabkan sesetengah papan tanda telah ditutupi sepenuhnya. Di Kelang pula, Majlis Perbandaran Kelang (MPK) akan bertindak tegas terhadap restoran bumiputera yang meletakkan meja dan kerusi di kaki lima, tetapi membiarkan pusat-pusat judi berkomputer terus beroperasi sehingga ke hari ini. Apa maksudnya semua ini? Siapa yang bertanggungjawab akan kekejaman yang berlaku ini? Mungkinkah Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Ronnie Liu perlu dipersalahkan? Apakah Ronnie Liu telah mewariskan sikap dan sifat samseng beliau kepada pihak berkuasa tempatan?

Walau apapun, kekejaman ini harus dihentikan dengan segera. Exco, Datuk Bandar, Pegawai Penguatkuasa dan mereka yang terlibat perlu dibawa kemuka pengadilan atas penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan di Negeri Selangor. SPRM perlu segera menyiasat perkara ini dengan segera agar nasib rakyat terus terbela. Hak dan kepentingan rakyat perlu didahulukan dari segala hal lain. Rakyat negeri Selangor sudah muak dan jelik dengan sikap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang bermaharajalela. Ramai yang tidak sabar untuk menunggu pilihanraya akan datang supaya mereka dapat memilih semula sebuah kerajaan yang tidak pernah melupakan nasib rakyat.

Sumber: MyKMU

AYUH KIBARKAN JALUR GEMILANG! JAUHI SIKAP ANTI PATRIOTISME!

Posted: 09 Aug 2012 05:01 PM PDT

SABAN tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara kita, akan ada saja kenyataan dan komen negatif seperti disengajakan akan terpancul keluar, rata-ratanya datang dari kalangan politikus parti pembangkang.

Semacam ada gerakan subversif yang mahu menyemai kebencian dan menyemarakkan semangat anti patriotisme dikalangan rakyat sedang dijalankan oleh segelintir politikus' membaiki labu air.

Biasanya gerakan mereka bermula dengan polemik mempertikaikan rekabentuk bendera kebangsaan, Jalur Gemilang yang acapkali cuba dikaitkan dengan bendera Amerika Syarikat hanya semata-mata beberapa warnanya sama.

Sedangkan sebuah negara lain di Afrika iaitu Liberia, benderanya juga seakan sama seperti bendera Amerika namun tidak pernah ianya menjadi polemik sehingga menyebabkan hilang rasa hormat rakyat terhadap panji kemerdekaan negara mereka.

Malah Iran yang sentiasa seringkali dipuja puji oleh pembangkang khususnya PAS juga memiliki rekabentuk bendera yang hampir sama seperti India, cuma berbeza dari segi warna merah dan oren serta kedudukan atas bawah warna hijau, tidak pula pernah pemimpin pembangkang di negara tersebut menjadikannya pertikaian.

Demikian jua dengan Syiria, Iraq dan Yemen, jalur merah putih dan hitam melintangnya sama yang berbeza cuma kedudukan objek ditengah lajur putih sahaja pun tidak sesekali rakyat pernah tersilap mengibarkan bendera, malah tidak juga hilang kecintaan mereka pada ibu pertiwi.

Begitu juga dengan jiran kita Indonesia dan Singapura, sekalipun bendera mereka memiliki jalur warna merah putih sama seperti Poland, pantang sekali untuk mereka menghina panji negara masing-masing apatah lagi untuk merasa segan untuk mengibarkannya.

Read more...

TAHNIAH PANDELELA! ANAK MALAYSIA INI MENANG GANGSA DALAM ACARA 'DIVING'

Posted: 09 Aug 2012 12:13 PM PDT

Aku cukup bangga dengan Pandelela yang baru saja memenangi Pingat Gangsa dalam acara Diving. Siapa sangka anak Malaysia boleh menang pingat dalam acara yang seringkali dikuasai oleh China dan negara barat ni? Hebat sekarang ni anak Malaysia kita kan?

Tahniah Pandelela, you make us proud! House PK salutes you!

TIADA MAAF BAGIMU WAHAI MANOHARAN!

Posted: 09 Aug 2012 07:41 AM PDT

Sial punya Manoharan, lepas buat hal senang-senang je dia hantar press statement untuk mintak maaf ya? Apa ingat rakyat Malaysia boleh terima macam tu je ka? Kalau nak tau kisah permohonan maaf, KLIK SINI

Ini macam banyak syok la kan, kita hina dan maki sesiapa saja, pastu kita mintak maaf hantar press statement, itu pun mungkin orang lain yang paksa dia buat punya. Sudah lah manoharan, kita semua tau DAP memang racist dan cauvinist.

Lu tak yah berlakon la, lepas tu nak pujuk Chong Wei punya pasal, Guan Eng anak kepada pembunuh Melayu tahun 69 bagi 100 ribu pulak. Macam nak rasuah Chong Wei dan rakyat Malaysia je Guan Eng ni kan? Yalah kalau pakatan anak haram kasi bukan rasuah. Kalau PM kasi mereka kata rasuah! Sial tak mereka ni?

Walau apa pun, rakyat Malaysia memang sudah tak boleh menerima permohonan maaf dengan cara macam tu, sebab rakyat Malaysia dah tahu yang DAP memang bangsat! Takde semangat kesukanan langsung. Apatah lagi patriotik. Sukan pun nak dipolitikkan DAP sial ni. Ptuuiihh

WEI KHALID GAGAP! KENAPA DISKAUN DIBERI SETELAH PERJANJIAN TAMAT DALAM ISU TALAM NI?

Posted: 09 Aug 2012 06:31 AM PDT

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Chua Tee Yong menggesa kerajaan Selangor agar menjelaskan rasional di sebalik persetujuan kepimpinan negeri untuk mengurangkan hutang anak syarikat Maxisegar iaitu Talam Corporation Bhd.

Menurut beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini memberi insentif sebanyak RM36 juta kepada Talam untuk dibayar kepada Unisel walaupun perjanjian antara kedua-duanya telah tamat setahun selepas perjanjian itu dibuat.

"Apabila Talam gagal mematuhi perjanjian ini, mereka sepatutnya tidak berhak mendapat diskaun namun mengapakah kerajaan Selangor memberi layanan istimewa kepada syarikat ini.

"Persetujuan kerajaan negeri yang memberi insentif kepada Talam telah menimbulkan persoalan apatah lagi kepimpinan negeri seolah-olah cuba menyorokkan perkara yang sebenar daripada pengetahuan rakyat Selangor," katanya.



Malah katanya, perkara itu tidak pernah sekali pun didedahkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri terutama berkaitan rasional di sebalik keputusan kepimpinan Selangor untuk mengurangkan atau memberi diskaun bagi pembayaran hutang Talam.

"Berdasarkan kepada Perjanjian Penyelesaian Tambahan pada 8 Mac 2007, jumah hutang yang patut dibayar syarikat ini kepada Unisel adalah sebanyak RM 284 juta namun sejumlah RM 36 juta diskaun telah diberikan bagi penyelesaian hutang lebih awal.

"Walaubagaimanapun, mengapa kerajaan Selangor masih bersetuju untuk memberikan insentif kepada Talam sedangkan perjanjian itu telah tamat tempoh pada 8 Mac 2008," tambahnya.

Tee Yong berkata, di bawah klausa 5 dalam perjanjian itu, Talam telah memberi jaminan bahawa hutang tersebut akan diselesaikan oleh syarikat berkenaan sekiranya anak syarikat Talam gagal memenuhi perjanjian tersebut.

Beliau menambah, berdasarkan perjanjian itu juga, kerajaan Selangor dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat boleh mengambil tindakan terhadap Talam di atas kegagalan syarikat berkenaan membayar semula hutang kepada pihak Unisel.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Talam malah syarikat itu seolah-olah menerima layanan istimewa daripada kerajaan Selangor.

Tee Yong berkata demikian pada sidang media berkaitan Isu Hutang Talam di Wisma MCA, Kuala Lumpur pagi tadi.

Sebelum ini, kerajaan Selangor didakwa cuba memutarbelitkan fakta sebenar berhubung isu hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) dengan kerajaan negeri itu apabila membuat beberapa kenyataan tidak tepat mengenai perkara berkenaan.

Malah kepimpinan negeri cuba memutarbelit kan isu itu kononnya kerajaan negeri semasa ditadbir Barisan Nasional (BN) tidak berusaha untuk mengutip hutang-hutang daripada Talam.

Pemimpin kerajaan Selangor sekarang juga cuba memutarbelit perkara ini dengan mendakwa kerajaan negeri terdahulu pernah cuba menyelesaikan hutang daripada Talam pada tahun 2005, 2006 dan 2007 menyebabkan kerajaan Selangor kini terikat dengan perjanjian penyelesaian hutang itu.

Salah satu perjanjian penyelesaian hutang yang bertarikh 8 Mac 2007, tempoh sah lakunya adalah selama setahun iaitu sehingga 8 Mac 2008.

Justeru, apabila kerajaan PR Selangor menandatangani perjanjian baru dengan Talam pada 12 Mac 2010 membuktikan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini telah tamat tempoh sah laku.

Berdasarkan kepada hansard Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga 2011, tiada pendedahan oleh kerajaan Selangor bahawa ia masih terikat dengan perjanjian kutipan hutang Talam yang ditandatangani kerajaan BN terdahulu.

Sumber: Perak Today
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...