Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


ANWAR JUMPA SAIFUL BUKHARI MAHU SETTLE SAMAN KES LIWAT 2..!!?

Posted: 03 Aug 2012 12:18 AM PDT

 
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan diarahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini memfailkan fakta-fakta yang dipersetujui dan isu-isu untuk dibicarakan dalam kes saman Ketua Pembangkang terhadap bekas pembantu peribadinya itu.

Perkara tersebut dibangkitkan semasa pengurusan kes itu di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam hari ini dengan kehadiran peguam Zamri Idrus mewakili Mohd. Saiful Bukhari dan Adeline Yew mewakili Anwar.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 September ini untuk lanjutan pengurusan kes berkenaan.

Anwar selaku plaintif memfailkan saman pada 30 Jun 2008 terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berniat jahat ketika membuat laporan polis mengenai kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan mengetahui pertuduhan liwat itu adalah palsu, tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun tahun yang sama.


KERAJAAN NGRI. SELANGOR SELEWENG WANG RAKYAT BIAYAI KES RAFIZI...!!

Posted: 02 Aug 2012 08:22 PM PDT




Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa tindakan Selangor membiayai kos guaman bekas Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli, yang berhadapan dengan tuduhan mendedahkan profil pelanggan milik sebuah bank pada Mac lalu, bercanggah  dengan kepentingan awam dan satu bentuk salah guna kuasa oleh Kerajaan Negeri itu.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Rafizi tidak boleh dianggap sebagai 'whistleblower' kerana beliau merupakan seorang individu yang melanggar undang-undang perbankan sekali gus mencabul asas industri perbankan.

Menurutnya, banyak dana yang dibelanjakan oleh Selangor, namun semuanya tidak memberi manfaat kepada rakyat dan lebih kepada kepentingan parti politik.

"Sudah berapa banyak dana yang telah dibelanjakan oleh kerajaan PKR yang langsung tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat Selangor?

"Sebelum ini kerajaan negeri telah menggunakan wang rakyat untuk menanggung kos guaman bagi pemprotes-pemprotes perhimpunan Bersih yang tidak ada kena-mengena langsung dengan kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor," katanya.

Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor menyatakan kesediaannya membiayai kos guaman bagi membantu Rafizi Ramli yang didakwa berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim  menyelar tindakan mendakwa Rafizi.

Justeru, Sohaimi yang juga ketua Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) berkata, tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang mengguankan dana awam untuk mempertahankan ahli partinya jelas memperlihatkan kepincangan urus tadbir negeri serta amalan pengurusan yang tidak amanah.

"Lagipun Rafizi tidak boleh dianggap sebagai whistleblower kerana beliau mempunyai niat dan kepentingan politik dan kita kena faham konsep 'whistleblower'.

"Rafizi tidak menyalurkan maklumat yang sebenarnya kepada saluran yang betul iaitu pihak penyiasat,  tetapi maklumat tersebut telah disebarkan kepada pihak umum. Kita serahkan perkara ini kepada mahkamah untuk menentukan tuduhan dan saya menasihatkan Rafizi supaya bertanggungjawab," katanya lagi menerusi kenyataan yang dikeluarkan Sinar Harian.



PRU13 - UMNO BAKAL BERI ROYALTI MINYAK DI KELANTAN..!!?

Posted: 02 Aug 2012 07:22 PM PDT




Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak yang kini menjadi modal kempen pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebarang isu-isu yang dibangkitkan itu tidak boleh diselesaikan dengan  mudah kerana negara mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.

Menurutnya, Kerajaan Pusat tidak berdiam diri dalam soal hak rakyat kerana kita sebuah negara demokrasi malah isu terbabit sudah dibincangkan pada peringkat dalaman.

"Menyentuh soal tuntutan royalti minyak, apa jua tindakan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebab negara kita ada peraturan. Memang akan ada orang tidak berpuas hati tetapi kita berusaha menyelesaikan isu ini secara berhemah," katanya kepada pemberita ketika majlis 'Makan Colek Bersama Media' bersama pengamal media di sini, malam tadi.






Mustapa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya supaya Barisan Nasional perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kelantan sebelum PRU13.

Dalam kenyataan itu, Tengku Razaleigh mengakui beliau ada didatangi beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan kaedah untuk menguatkan semula Umno di negeri.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut mengakui terdapat pemimpin Umno menemui Tengku Razaleigh dan berbincang isu tuntutan royalti tersebut.

"Memang kami ada berjumpa dengan beliau (Tengku Razaleigh) satu ketika dulu bincang dari hati ke hati mengenai isu berbangkit termasuk tuntutan royalti untuk mengukuhkan Umno sekarang," katanya.


KES RAYUAN TUDUHAN RASUAH KHIR TOYO BAKAL TERJAWAB 28 SEPTEMBER INI..!!

Posted: 02 Aug 2012 04:38 PM PDT




Mahkamah Rayuan diberitahu  hakim perbicaraan kes rasuah bekas MB Selangor, Dr Mohamad Khir.

Khir Toyo telah terkhilaf dalam penghakimannya apabila menetapkan penanda aras bagi hartanah di Shah Alam sebagai harga belian yang dibayar oleh pengarah Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni tiga tahun sebelumnya (2004), dan bukan berdasarkan harga pasaran pada 2007.

Laporan Bernama telah memaparkan antara lain hujah peguam bela utama Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata mahkamah sepatutnya mengambil kira laporan penilaian bebas bank oleh Rahim & Co yang mentaksirkan harta itu bernilai RM3.5 juta pada 2007.

Kata beliau, hakim perbicaraan Datuk Wira Mohtaruddin Baki menggunakan undang-undang baharu bahawa tanda aras itu adalah harga transaksi terakhir, tanpa mengira sama ada ia adalah melebihi atau kurang daripada 'nilai pasaran munasabah'.

Katanya, Dr Mohamad Khir sedar sepenuhnya Shamsuddin membeli hartanah itu pada harga RM6.5 juta.

"Anak guam saya membayar RM500,000 dan bakinya RM3 juta diperoleh melalui pinjaman bank," hujah Muhammad Shafee di hadapan panel tiga orang hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin.






Dua lagi hakim ialah Datuk Azhar Mohamad dan Datuk Aziah Ali.Muhammad Shafie berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan bahawa Shamsuddin adalah rakan kepada seorang kontraktor, Nasir Ismail, yang membuat pengubahsuaian terhadap banglo berkenaan dengan kos RM1.5 juta.

Beliau berkata Shamsuddin pada mulanya didakwa atas pertuduhan bersubahat tetapi telah ditarik balik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Shamsuddin menarik balik kenyataannya kepada suruhanjaya itu.

Beliau seterusnya berhujah Mohtaruddin juga terkhilaf dalam penghakimannya apabila memerintahkan hartanah itu dilucuthak kerana tidak ada peruntukan bagi melucuthak, kerana perayu tidak dikenakan tuduhan memperoleh hartanah (banglo) itu secara tidak sah.
    
Kata beliau berdasarkan alasan ini sahaja, rayuan Dr Mohamad Khir harus dibenarkan dan keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan.





Mahkamah menetapkan 28 September untuk memberi keputusan berhubung rayuan Dr Mohamad Khir.   

Pada 23 Disember tahun lepas, Dr Mohamad Khir, 46, telah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin, pada pertimbangan yang beliau mengetahui adalah tidak mencukupi pada 2007.

Cerita Panas Politik Malaysia sampai ke US. (KLIK pada tajuk di bawah untuk paparan) :-





KECOH HINGGA KE US - PRESIDEN OBAMA KOMEN TENTANG SLOGAN 'JANJI DITEPATI'.

Posted: 02 Aug 2012 02:24 PM PDT




 Bayangkan sekiranya Presiden Barack Obama yang terlebih dahulu mengguna pakai slogan "Janji Ditepati" (Promises Kept) kemudian digunakan pula oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, tentunya tidak cukup selori makian dan cercaan yang dihamburkan oleh penyokong pembangkang terhadap PM.

Slogan "Promises Kept" yang sekarang menjadi tagline kempen Presiden Amerika Syarikat itu membuktikan konsep Janji Ditepati sepertimana dianjurkan oleh Kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Najib tidak terhad di Malaysia sahaja sebaliknya turut diamalkan di negara lain.

Barangkali Obama sememangnya tertarik dengan konsep Janji Ditepati yang dipelopori oleh Kerajaan BN disebabkan itu ia turut dijadikan tagline kempennya ataupun secara tidak sengaja ianya kebetulan sama, sukar untuk ditentukan.

Apa yang pasti, samada Janji Ditepati yang dipelopori oleh Najib ataupun Promises Kept yang diperjuangkan oleh Obama, masing-masing telah menyeru rakyatnya kepada nilai murni sekalipun dalam beberapa perkara kedua-dua negara ada perbezaannya.

Satu hakikat yang tersurat sejak azali, Islam sendiri telah sekian lama mendidik dan menuntut umatnya sentiasa berpegang pada janji dan menepati janji.

Jadi amatlah canggung dan pelik sekali bilamana tiba-tiba sahaja ada segelintir umat Islam di negara kita khususnya dari PAS dan PKR begitu keras sekali menentang anjuran mengamalkan nilai mulia menepati janji.

Sedangkan penganut Kristian seperti Obama pun tahu pentingnya memiliki sikap murni sedemikian, tidakkah terdetik sedikitpun rasa malu dikalangan pemimpin PAS dan PKR kerana masih terus mempolemikkan isu slogan Janji Ditepati?.

Hatta lain-lain agama dan segala kaum bangsa yang wujud atas bumi ini pun sentiasa menuntut kepada amalan menepati janji, bukankah itu cukup untuk membuktikan betapa mulianya sikap sebegitu?

Atau sememangnya sudah selayaknya PAS dan PKR digelar sebagai munafik dek kerana hanya golongan munafik sahaja yang sanggup mengajak pengikutnya melanggar seruan menepati janji. Mungkin juga ada betulnya.

Lagipun diimbas pada 3 ciri utama golongan munafik, seperti terlalu kerap ingkar bila berjanji, acapkali berdusta bila berkata-kata dan gemar mengkhianati amanah yang diberi, kelihatannya seakan ketiga-tiga ciri tersebut agak dekat dengan tindak tanduk PAS serta PKR.

Mungkin kerana itulah PAS dan PKR paling lantang menolak penggunaan slogan Janji Ditepati untuk sambutan kemerdekaan ke 55 negara tahun ini dan lebih selesa menggunakan slogan ciptaan mereka sendiri 'Sebangsa, Sejiwa dan Senegara'.


PEMIMPIN PAS DEDAH AGENDA DAP & PKR HAPUS ENAKMEN SYARIAH..!!

Posted: 02 Aug 2012 08:19 AM PDT




PAS nampaknya keseorangan dalam memperjuangkan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Walaupun mendakwa Presiden PAS, Andul Hadi Awang partinya sebagai yang terkuat di dalam rangkaian kerjasama dengan PKR dan DAP namun andaian ini tidak tercermin dalam realiti politik pakatan tersebut.

Hujah utama mengapa PAS bukan parti terkuat di dalam Pakatan Rakyat adalah faktor bagaimana kedudukan dan status Islam dipertahankan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Apabila ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat - Anwar Ibrahim, Abdul Hadi dan Lim Kit Siang mempersetujui serta menanda tangani penegasan bersama apa yang dikenali sebagai Kerangka Dasar Bersama atau 'Common Policy Framework (CPF)' pada Disember 2009, antara yang disetujui ialah persetujuan untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

Pendirian jelas ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi di dalam  Buku Jingga yang dilancar pada Mach 2011.

Di dalam CPF, PAS terpaksa (baca: dipaksa) mengorbankan tuntutan berhubung Hukum Hudud yang telah menjadi teras perjuangannya selama ia berada sebagai sebuah entiti politik yang independen.

Tidak ada Hukum Hudud bermakna tidak adalah Negara Islam seperti yang diidamkan oleh PAS.

Sekiranya PAS adalah parti terkuat dalam Pakatan Rakyat sudah tentu Hukum Hudud akan termaktub di dalam CPF dan Buku Jingga tetapi kenyataan adalah sebaliknya.

PAS terpaksa menukar istilah Negara Islam kepada Negara Kebajikan untuk memuaskan hati pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

Ini telah dinyatakan oleh Abdul Hadi pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lalu.

Pada 8 Jun lalu juga Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan parti itu mengubah fokus kepada Negara Kebajikan dan menggugurkan istilah Negara Islam adalah langkah yang betul.

Alasan DAP dan PAS 'bersetuju untuk tidak bersetuju' mengenai undang-undang hudud adalah bagi menutup malu PAS bahawa parti itu telah kalah dalam mempertahankan prinsip.

Jikalau pada tahap perundingan mengenai Hukum Hudud PAS sudah kecundang, bagaimana mungkin ia akan melindungi Islam apabila Pakatan Rakyat berkuasa?

Lama sebelum menyertai Pakatan Rakyat, DAP sudah pun jelas menentang Hukum Hudud. sebagaimana dilihat pada kenyataan Karpal Singh, 'Islamic state over my dead body' pada 1990.

Tetapi yang lebih musykil ialah pendirian Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR yang juga dianggap pemimpin utama Pakatan Rakyat yang juga bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan bukan sahaja isu Hukum Hudud tetapi apa-apa sahaja yang berkaitan Islam di dalam CPF dan Buku Jingga.

Agenda bersama PKR-DAP untuk  melemahkan kedudukan Islam terserlah dalam ucapan dasar Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden pada November 2010 di Kongres Nasional Tahunan Ke 7 yang mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan.

Selepas ucapan tersebut, malangnya tidak ada seorang pemimpin Melayu di dalam PKR pun yang bangun membantah, malah mereka turut serta memberi tepukan gemuruh bersama-sama pemimpin DAP dan PAS.

Menghapuskan Ketuanan Melayu bermakna juga menghapuskan Ketuanan Islam kerana kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain.

Menghapuskan Ketuanan Melayu juga bermaksud PKR mahu menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Inilah yang diperjuangkan Umno bermatian sejak 66 tahun lalu agar Islam dan Melayu menjadi tunggak segalanya di dalam negara ini baik politik, ekonomi, pendidikan atau agama dengan institusi raja menjadi pelindung kepada keutuhannya.

Pemimpin Melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat semuanya boleh diibaratkan sebagai lembu atau kambing yang telah dikasi, kerana mereka amat takut sekali menyentuh isu-isu perihal Islam atau Melayu, takut-takut nanti DAP akan melenting.

Kini PAS juga tersepit dengan desakan Persekutuan Kristian Malaysia berhubung hak kebebasan agama.

Golongan Kristian kini menuntut hak ini haruslah merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, menyebar dan mengembang agama  tanpa sebarang batasan undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Sehingga kini PAS membisu dan tidak menjawap cabaran yang telah diberi kepadanya berhubung isu ini.

Pastinya pemimpin parti itu tidak akan mampu menjawab kerana realitinya PAS telah menanda tangani perjanjian setan dengan DAP dan PKR atau dalam bahasa Inggerisnya, 'PAS have sold its soul to the devil'.


KES RAYUAN TUDUHAN RASUAH KHIR TOYO DITOLAK PIHAK MAHKAMAH..!!?

Posted: 02 Aug 2012 06:17 AM PDT




Peguam kepada Dr Mohd Khir Toyo berhujah bahawa tuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor itu yang kemudiannya disabitkan terhadap tuduhan tersebut, adalah salah kerana tidak ada kes prima facie terhadapnya.

Peguam Datuk Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Rayuan hari ini bahawa bagi tuduhan rasuah selaku kakitangan awam, pihak pendakwa tidak pernah membuktikannya secara meyakinkan bahawa Khir telah melakukannya, dengan berhujah bahawa definasi penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan tidak merangkumi menteri besar.

Paling baik, tegasnya, MB adalah eksekutif kerajaan negeri tetapi itu tidak menjadikannya seorang kakitangan awam.

Tambahan lagi, beliau mengkritik pihak pendakwa menggunakan undang-undang negeri yang mengawal Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menggambarkan Khir sebagai kakitangan awam kerana dia pengerusi entiti tersebut, berhubung dengan tuduhan di bawah Kanun Keseksaan yang merupakan undang-undang persekutuan.

Amalan sedemikian, katanya, mengancam melanggar perlindungan perlembagaan mengenai pemisahan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Khir tidak dianggap sebagai penjawat awam dan pertuduhan itu tidak sepatutnya dibuat terhadapnya.

Beliau juga berhujah bahawa hakim terkhilaf dalam menolak nilai pasaran sebagai kayu pengukur untuk menilai harta yang terlibat dalam kes rasuah itu, kerana ini adalah tanda aras sebenar untuk penilaian hartanah.

Keputusan hakim itu, katanya, juga tidak tidak mengambil kira bahawa nilai sebuah rumah yang siap sepenuhnya dan berkelengkapan baik sebagai harta pada tahun 2004, tidak boleh sama dengan rangka sebuah rumah tanpa CF pada tahun 2007 apabila Khir membelinya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...