Gelombang Rakyat |
- PEMBUNUH ALTANTUYA - RAJA PETRA ANTARA BERANI & MATI DEMI ANWAR..!!
- GARA2 SENATOR BN SABAH UMUM SOKONG PAKATAN - 10 RIBU PENYOKONG SERBU MAJLIS PM..!!
- HADI AWANG MINUM HOLY WATER ANWAR - SERANG UMNO NAK LEPAS GERAM DAP..!!
| PEMBUNUH ALTANTUYA - RAJA PETRA ANTARA BERANI & MATI DEMI ANWAR..!! Posted: 12 Aug 2012 07:23 PM PDT Apa macam sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim? penulis pujaan beliau, yang pernah disifatkannya sebagai 'berani dan menyengat' Raja Petra Kamaruddin dakwa Anwar arah seorang tauke Cina bayar penyiasat persendirian P. Balasubramaniam untuk kekal bersama pembangkang dan memburuk-burukkan Perdana Menteri. Raja Petra dalam tulis terbaru diblognya Malaysia-today.net yang dakwa pendedahan Balasubramaniam yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang. Dalam pendedahan yang dilaporkan Utusan Malaysia itu, Raja Petra turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan. Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap. Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya. "Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net. rajapetra-anwarPada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan. Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang. Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka. Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut. Agendadaily |
| GARA2 SENATOR BN SABAH UMUM SOKONG PAKATAN - 10 RIBU PENYOKONG SERBU MAJLIS PM..!! Posted: 12 Aug 2012 07:45 AM PDT Nyata tindakan 3 Pemimpin BN Sabah termasuklah yang terbaru Senator Maijol Mahap dari BN Sabah yang telah mengumumkan keluar parti dan menyokong Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar, memberi kesan 'mendalam' buat Parti komponen pimpinan Najib Tun Razak. Malah impak tersebut telah dapat ditafsirkan menerusi lawatan PM ke Negeri Sabah. Ramai mendakwa ianya memberi kemerosotan sokongan BN si Sabah susulan kronologi beberapa Wakil Rakyat BN Negeri tersebut melompat parti dan menyokong Anwar. Akan tetapi, nyata tindakan 3 Pemimpin BN Sabah menerima sogokan Anwar lebih memperkuatkan BN Negeri tersebut. Laporan Laman Portal Pro Pakatan The Malaysian Insider memaparkan Lebih 10 Ribu masyarakat Negeri Sabah dari segenap kaum dan agama menyerbu Majlis PM Bersama Rakyat yang diadakan di Kimanis. Ianya sebagai tanda sokongan yang mahu dibuktikan kepada PM Najib Tun Razak. Malah Ini merupakan antara rekod kehadiran terbesar di Sabah semenjak Najib memegang jawatan PM selama 4 tahun. Tindakan dua Anggota Parlimen BN negeri yang menyokong pakatan pembangkang tidak menjejaskan sama sekali aliran sokongan rakyat terhadap BN terutama di pedalaman bawah yang merangkumi kawasan Parlimen Beaufort, Kimanis dan Sipitang. Jelas ianya membuktikan kepimpinan Perdana Menteri masih releven atas kekuatan program transformasi kerajaan yang membawa kebaikan kepada rakyat. Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bongawan Datuk Karim Bujang yang turut menyertai Majlis tersebut menggesa rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pemimpin pembangkang yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan pelbagai isu demi kepentingan politik. |
| HADI AWANG MINUM HOLY WATER ANWAR - SERANG UMNO NAK LEPAS GERAM DAP..!! Posted: 12 Aug 2012 03:04 AM PDT Sedar atau tidak sedar atau buat2 tak sedar Penyokong2 PAS dengan permainan politik Parasit2 PAS yang sehingga terjangkit terus ke mulut Presiden Parti Ustaz Hadi Awang. Kekerapan DAP menerusi Pengerusinya Karpal Singh menyerang Hukum Hudud terhadap PAS sejak akhir2 ini tidak mampu dipertahankan mana2 Pimpinan Parti Islam itu. Bukan itu sahaja, ada pihak 'melepaskan geram' pula dengan menyerang dasar UMNO. Semakin kerap DAP menyerang Perjuangan PAS, semakin rancak Pemimpin PAS menyerang Perjuangan UMNO. Walhal gelanggang pergaduhan PAS berdasarkan kenyataan2 serangan baru2 ini adalah DAP. Jawab serangan DAP ke atas kamu. Bacul. Inilah kepura2 an Pimpinan PAS yang semakin ramai termakan hasutan Parasit yang marahkan rakan parti. Dek kerana mahu mengawal emosi terhadap DAP, UMNO pula dijadikan sasaran melepaskan geram. Politik apa ini. Ternyata Zikir 'Putrajaya' itu menyebabkan PAS menidakkan realiti sebenar bahawa musuh parti tersebut adalah DAP. Malah lebih mengecewakan, Presiden PAS Ustaz Hadi Awang turut terpengaruh dengan hasutan parasit. Doa2 lah MP Marang ini tidak sehingga terminum Holy Water yang disediakan Anwar. Dosa paling besar bakal ditangggung Pimpinan PAS adalah bersama2 bersubahat dengan sebuah parti yang bukan sahaja menolak Hukum Hudud, akan tetapi turut menolak pengisytiharan Negara Islam yang melaksanakan Sistem / Enakmen Perundangan Syariah. Parti Islam ini sebenarnya merestui bersama2 membina sebuah Negara Sekular. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment