Gelombang Rakyat |
- TEMA MERDEKA - MUKHRIZ BALUN PEMIMPIN PAKATAN BACUL TIPU RAKYAT..!!
- PRU13 - LEE CHONG WEI BAKAL CALON BN PULAU PINANG..!!?
- FATWA TEAM PRO ULAMA' - UNDI PARASIT PAS MASUK NERAKA..!!?
- NOH OMAR LEMPANG KHALID GAGAP - KERAJAAN P'JENAYAH HANCUR SELANGOR..!!
- PENGAKUAN PANAS MAHATHIR ANTI HUKUM HUDUD..!!?
- BADI ADAM ADLI - AMUKAN LUAR BIASA SISWA & PEKERJA BURUH SERANG KEZALIMAN ANWAR..!!
- KOMUNIS ALAF BARU - MAHATHIR BALUN PAKATAN KELIRU SEMANGAT MERDEKA..!!
TEMA MERDEKA - MUKHRIZ BALUN PEMIMPIN PAKATAN BACUL TIPU RAKYAT..!! Posted: 10 Aug 2012 11:21 PM PDT Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak berani menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' untuk Hari Kemerdekaan tahun ini kerana banyak janji-janji mereka terhadap rakyat tidak ditunaikan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata dalam tempoh empat tahun lima bulan selepas pilihan raya umum ke-12, banyak janji pembangkang dalam manifesto mereka tidak dilaksanakan. "Mungkin itu sebabnya mereka tak berani nak gunakan slogan (tema) itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Setiausaha JKKKP di Dewan Kodiang dekat sini petang semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keengganan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang dipilih oleh Kerajaan Pusat sebagai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini. Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata berbeza dengan kerajaan persekutuan, tema itu dipilih kerana ia menunjukkan bahawa selama 55 tahun merdeka sehingga kini segala yang dijanji telah ditunaikan. "Kita juga boleh nampak dengan jelas wujud ketidaksepakatan antara mereka untuk buat satu perkara paling mudah iaitu tema untuk meraikan hari kemerdekaan," katanya. Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Kelantan dengan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah "Terus Berbakti" untuk sambutan kemerdekaan tahun ini. Mengenai tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Mukhriz meminta pembangkang menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sebangsa. "Saya ingat ia cuma slogan semata-mata dan digunakan hanya untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihan raya umum kelak," katanya. Artikel Panas Malam Tadi (KLIK pada tajuk di bawah untuk paparan) :- |
PRU13 - LEE CHONG WEI BAKAL CALON BN PULAU PINANG..!!? Posted: 10 Aug 2012 07:25 PM PDT Penulis : Beruang Biru. Sukan sememangnya mampu menyatukan rakyat sesebuah negara. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dan Nelson Mandela telah membuktikannya. Di Malaysia juga sama di mana setiap kali acara sukan yang menyaksikan pasukan Malaysia beraksi, pasti semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik, akan bersatu menyokong pasukan negara. Benar, ada segelintir yang bersifat khianat terhadap negara sendiri serta tiada semangat patriotisme mahupun kesukanan seperti ADUN DAP, Manoharan Malayalam dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, namun jumlah mereka terlalu kecil dan tidak mampu menggoyah semangat perpaduan majoriti rakyat Malaysia di dalam sukan. Oleh itu, dengan kemenangan pingat perak Dato' Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik yang sedang berlangsung, ramai yang mula memperkatakan tentang kemungkinan beliau akan dinamakan sebagai calon pilihanraya. Lebih-lebih lagi apabila terdapat komen-komen positif dari peminat beliau yang mengaku akan mengundi beliau sekiranya beliau dicalonkan. Semua orang bersetuju bahawa Chong Wei telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia. Menurut desas-desus, ada pihak yang sedang mencuba untuk menamakan beliau sebagai calon di Pulau Pinang. Jika ini benar, ia mungkin juga sesuatu yang positif bagi mengimbangi penguasaan DAP yang gemar meniupkan api perkauman dan menghapuskan semangat cintakan negara di kalangan rakyat. Dengan sikap Manoharan yang memperlekehkan pingat perak Chong Wei telah dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP tidak pernah berkongsi aspirasi dan semangat negara ini. Justeru, memandangkan Chong Wei boleh dikatakan sebagai simbol perpaduan dan semangat rakyat Malaysia, pencalonan beliau dalam pilihanraya mungkin mampu membantu rakyat yang telah tersasar gara-gara terpengaruh dengan DAP/PR, agar kembali menghargai bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini. Pencalonan Chong Wei sebagai calon pilihanraya adalah tidak mustahil menjadi nyata kerana sebelum ini, Soh Chin Aun, bekas Kapten Bolasepak Malaysia yang terkenal pernah dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihanraya 1986 di Kota Melaka. Bagaimanapun, beliau telah kalah kepada Lim Guan Eng dengan majoriti lebih 17,000 undi. Namun, ini tidak bermakna yang Dato' Lee Chong Wei juga akan kalah jika bertanding memandangkan rakyat benar-benar dahagakan seorang tokoh berjiwa rakyat dari kaum bukan Melayu yang mampu mempengaruhi rakyat berbagai kaum untuk menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri. Jika faktor ini diambil kira, kita tidak ragu-ragu lagi bahawa wira badminton kita ini adalah termasuk dalam kategori 'calon boleh menang' yang kita cari-cari dalam PRU nanti. Bagaimanapun, ini hanyalah desas-desus dan sekiranya ia benar maka mungkin Malaysia perlu fikirkan semula satu perkara, iaitu: Apakah kita lebih memerlukan Dato' Lee Chong Wei untuk mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton atau kita lebih memerlukan beliau untuk turun padang memberi penerangan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat bagi pihak BN? Yang pasti, melahirkan seorang wira badminton bertaraf dunia tidak semudah mencari calon pilihanraya! Untuk itu, Syabas Dato' Lee Chong Wei! Malaysia sentiasa bersamamu, tak kira menang ataupun kalah. |
FATWA TEAM PRO ULAMA' - UNDI PARASIT PAS MASUK NERAKA..!!? Posted: 10 Aug 2012 04:38 PM PDT Jika sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti? Pertelagahan mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama, iaitu 'hudud' yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya. Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO. Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja dan sebagainya. Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam. Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud. Dalam kata lain, mengikut hukum PAS, boleh bekerjasama dengan kafir harbi yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga menolak hudud. Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak hudud. Hukum apakah ini? Atau agama apakah ini? Oleh kerana 'tidak melaksanakan hudud' merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat dosa besar juga. Justeru, selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar. Lebih dahsyat lagi, jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menjadi pemerintah dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi. Kita yakin, sekiranya PR benar-benar berjaya berkuasa, maka PAS akan memberi alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk. Tetapi rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun, tetapi PAS menolaknya mentah-mentah. Oleh itu, jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat, maka PAS juga sama. Malah PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja menolak hudud, tetapi juga Negara Islam yang melaksanakan Sistem Perundangan / Enakmen Syariah. Kita merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa. Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup. Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga? Artikel Panas Kenyataan Mantan PM Tun Mahathir (KLIK tajuk di bawah untuk paparan) :- |
NOH OMAR LEMPANG KHALID GAGAP - KERAJAAN P'JENAYAH HANCUR SELANGOR..!! Posted: 10 Aug 2012 02:13 PM PDT Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata negeri ini boleh 'hancur' akibat pentadbiran kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas tidak tersusun dan pelbagai isu yang timbul. "Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) tidak tahu apa yang berlaku di bawah," katanya ketika ditemui selepas melawat pesakit di Hospital Tanjong Karang, semalam. Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, selepas satu persatu transaksi pengambilan hutang Talam Corporation dibangkitkan. Timbalan Menterinya, Datuk Chua Tee Yong, barulah kerajaan negeri bertindak melantik firma audit untuk meneliti perjalanan pengambilan hutang itu. Selain itu, beliau mendakwa audit ke atas akaun Universiti Selangor mendapati ia mengalami kerugian sedangkan antara 2005 dan 2008, tidak berlaku masalah kewangan dan kontraktor masih mendapat bayaran. Mungkin semasa mereka mengambil alih pentadbiran Unisel, peruntukan yang ditinggalkan Barisan Nasional masih banyak namun kini dana berkurangan dan wujud ketidakcekapan mereka mengurus mengakibatkan masalah kepada Unisel, katanya. Noh berkata, Selangor juga berlaku tidak adil kepada mereka yang ingin menegakkan kebenaran serta keadilan apabila Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dianggap hero dan kos guamannya ditanggung kerajaan negeri. Beliau turut mempersoal nasib dua pegawai Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dibuang kerja oleh anak syarikat kerajaan negeri itu kerana mendedahkan kepincangan perjalanan industri pasir di Selangor. Katanya, pakatan pembangkang sanggup menggunakan wang rakyat bagi membela pemimpin mereka seperti Mohd Rafizi, yang didakwa kerana melanggar undang-undang. Dalam perkembangan lain, Noh berharap pembinaan hospital baru Tanjong Karang di tapak yang diluluskan kerajaan di Sungai Terap dapat disegerakan memandangkan hospital sedia ada kecil. |
PENGAKUAN PANAS MAHATHIR ANTI HUKUM HUDUD..!!? Posted: 10 Aug 2012 09:14 AM PDT PAS yang sememangnya sejak dahulu suka memutarbelit fahaman prinsip Islam di Negara ini menggunakan alasan penolakan sebarang kerjasama Kerajaan UMNO untuk melaksanakan Hukum Hudud di Negara ini. Agak bodoh alasan tersebut kerana rakan mereka paling akrab hari ini DAP secara terbuka menolak pengisytiharan Negara Islam terhadap Malaysia. Apa bezanya Negara Islam dan Hukum Hudud? Mantan PM Tun Mahathir dalam kenyataan beliau hari ini membawa penjelasan sebenar prinsip BN dalam dasar perlaksanaan Hukum Hudud sejak ditubuhkan. Kerajaan Pusat sejak merdeka tidak akan melaksanakan Hukum Hudud di Negara ini atas dasar menghormati Agama2 lain yang juga bertaraf warganegara. Malah dalam Islam sendiri tidak memaksa perlaksanaan Hukum Hudud jika ianya memberi kemudaratan ke atas sesebuah Negara. Namun UMNO sebagai tunggak parti komponen BN tidak pernah mengambil sikap anti Hukum Hudud malah akan melaksanakannya sekiranya mendapat persetujuan wakil2 Pimpinan kaum lain di dalam komponen menerusi Sistem Perundingan. Mahathir mendakwa Kerajaan BN yang pernah diterajui beliau sendiri telah membawa pengikhtirafan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam menerusi Sidang OIC setelah dipersetujui kesemua pimpinan Kabinet termasuklah dari MCA dan MIC. Negara Islam diikhtraf bukan sekadar melaksanakan Hukum Hudud semata2. Akan tetapi perlaksanaan Sistem Perundangan dan Enakmen Syariah yang dilaksanakan di semua peringkat Kerajaan Pusat dan Negeri turut merupakan kriteria yang mengukuhkan pengikhtirafan tersebut. Malah Mahathir sendiri telah memperkasa Malaysia sebagai Negara Islam menerusi penubuhan beberapa Institusi Pengajian dan Perbankan yang berlandaskan Sistem Syariah. Lebih mengejutkan, masyarakat bukan Islam tanpa rasa terhina menggunapakai Insitusi2 tersebut. Namun PAS melupakan dasar dan prinsip Agama setelah memekakkkan telinga teriakan dasar yang tegas dilaungkan DAP menolak pengikhtirafan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Ini bermakna DAP bukan sahaja menolak Hudud dan Qisas malah turut menolak sebarang Sistem Perundangan Syariah termasuklah Enakmen Perundangan Syariah Negeri. Itulah sebenarnya Negara Sekular. Tiada sebarang rujukan Syariah sebagai rujukan perlembagaan. (Merujuk isu arak, judi dan kelab malam di Selangor dan Kedah). Maka PAS tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam kerana ianya ditolak DAP. Bukan sahaja Hukum Hudud malah kesemua Sistem Perundangan akan hanya menggunakan rujukan Sekular. Pada DAP, Islam hanya dipandang wang ringgit. Oleh kerana itu, disogok dengan kenaikan elaun imam2 dan bilal2 seperti yang berlaku di Pulau Pinang sebagai strategi tidak mempertikai dasar DAP menolak nama Islam dalam mana2 Sistem di Negara ini. |
BADI ADAM ADLI - AMUKAN LUAR BIASA SISWA & PEKERJA BURUH SERANG KEZALIMAN ANWAR..!! Posted: 10 Aug 2012 07:24 AM PDT Badi kepura2 an geng Adam Adli yang disogok PKR pimpinan Anwar Ibrahim membuat provokasi kononnya atas pembelaan mahasiswa di Negara ini akhirnya memakan diri. Muncul permasalahan paling utama melibatkan sebuah IPTS di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor yang kian membengkak. Perjuangan ini adalah masalah pokok yang tidak mampu diselesaikan dek kerana sibuk mengaut keuntungan sebagai ganjaran yang diharapkan mampu menawan Putrajaya. Hari ini Kakitangan Pekerja Bawahan UNISEL dan Pelajar UNISEL berganding bahu ini berhimpun secara aman bagi mendesak pengurusan Universiti Selangor (UNISEL) membayar gaji mereka. Menerusi laporan Laman Portal KLPOS, Wakil daripada pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menguruskan kira-kira 200 kontraktor itu menjelaskan kepada pemberita mereka tidak mendapat bayaran dari UNISEL sejak 17 bulan lepas sehingga menyebabkan hutang tertunggak sebanyak RM15 juta termasuk kos pengurusan asrama. Selain itu rata-rata daripada kakitangan UNISEL yang berhimpun pada jam 2.45 petang itu dilihat begitu hampa dengan sikap pengurusan UNISEL dan kerajaan negeri yang seolah-olah bersikap 'lepas tangan'. Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pekerja bawahan dengan pendapatan kira-kira RM500 - RM600 sebulan dan tidak menerimanya sejak Julai dan Ogos 2012. Tonton Video di atas mengenai perihal tekanan Pekerja dan Pelajar UNISEL akibat Kerajaan Zalim Khalid Gagap dan Anwar di Selangor. |
KOMUNIS ALAF BARU - MAHATHIR BALUN PAKATAN KELIRU SEMANGAT MERDEKA..!! Posted: 10 Aug 2012 06:23 AM PDT Sikap pembangkang yang bersungguh-sungguh mencipta tema Hari Kemerdekaan lain daripada yang dicadangkan oleh kerajaan menunjukkan mereka keliru dan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan mempunyai hak untuk memutuskan sebarang slogan bagi digunakan untuk menyambut Hari Kemerdekaan. "Itu menunjukkan mereka (pembangkang) confuse, tak tahu apa nak buat. Masing-masing pull in every direction...tak apalah...itu pembangkanglah. "Pandangan saya (mengenai tema Janji Ditepati) memanglah, kalau kita janji kita kena tunaikan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tema Hari Kemerdekaan tahun ini adalah berlandaskan ajaran Islam. Setelah timbul dengan pelbagai cadangan, pakatan pembangkang akhirnya sepakat memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan Barisan Nasional. Ditanya mengenai pendapat bahawa haram menyokong parti DAP kerana menentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud, Dr Mahathir berkata: "Itu pendapat mereka yang mempunyai ilmu yang mendalam berkenaan agama. Terpulanglah kepada orang Islam sama ada nak terima atau tidak." Beliau bagaimanapun merasakan bahawa tidak ramai yang akan menerima pandangan yang disuarakan oleh seorang guru agama tersebut memandangkan masih ramai yang tidak melaksanakan perintah Allah sebagai seorang Muslim. DAP merupakan antara parti Pembangkang yang membawa suara hasutan komunis untuk membangkitkan hak parti tersebut sehingga menyebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Namun ianya berjaya diredakan dengan kerjasama luar biasa 2 Pemimpin ulung Almarhun Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment