UMNO Online - “UMNO Tumpu Program SHAP di Semua Pusat Daerah Mengundi – Ahmad” plus 5 more |
- UMNO Tumpu Program SHAP di Semua Pusat Daerah Mengundi – Ahmad
- Cadangan Pemandu Teksi Dapat Faedah Perkeso Dikaji – Najib
- UNESCO Iktiraf Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia
- Noh Cabar Khalid Dedahkan Kedudukan Kewangan UNISEL
- Malaysia’s Chemistry Dept Is World Standard – Ongkili
- Kerajaan Pusat Bantu Kelantan RM5.3 Bilion Dalam Masa Dua Tahun
UMNO Tumpu Program SHAP di Semua Pusat Daerah Mengundi – Ahmad Posted: 01 Jul 2012 10:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Jul – UMNO akan memberi tumpuan kepada program ‘Setiap Hari Ada Program’ atau Shap yang akan dijalankan di semua pusat daerah mengundi di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri. Beliau berkata sebelum ini, UMNO menjayakan Program Juara Rakyat yang dilaksanakan di peringkat bahagian manakala Shap merupakan program yang akan memberi tumpuan di peringkat yang lebih kecil dan menyeluruh. “Shap akan dimulakan hari ini sehingga pilihan raya umum ke-13,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di sini hari ini. Beliau berkata keputusan mengenai program itu dibuat Majlis Tertinggi UMNO dan sehubungan itu peruntukan Program Juara Rakyat akan diagih untuk Shap. Shap menetapkan sekurang-kurang 200 program sehari di seluruh Negara berdasarkan terdapat 222 kawasan Parlimen, katanya.
|
Cadangan Pemandu Teksi Dapat Faedah Perkeso Dikaji – Najib Posted: 01 Jul 2012 10:37 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak berkata kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk memberi faedah PertubuhanKeselamatan Sosial (Perkeso) kepada pemandu teksi. Katanya cadangan itu dilihat munasabah kerana pada masa ini belum ada sebarang peruntukan di bawah skim Perkeso untuk melindungi rakyat Malaysia yang bekerja sendiri. “Masalah sekarang ini undang-undang Perkeso hadkan perlindungan kepada mereka yang bergelar pekerja sahaja. Tiada peruntukan untuk mereka yang bekerja sendiri. “Kita sedang kaji perkara ini dan mungkin tak lama lagi boleh buat keputusan untuk dipertimbangkan. Tapi sebelum itu kita bantulah, bagi satu set tayar dan insurans seperti yang saya umumkan baru-baru ini,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan ‘Suara Kami 2012′ yang disiarkan oleh Astro Awani malam ini. Selain itu, Najib berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah diarahkan untuk mengadakan sesi dialog dengan wakil-wakil persatuan teksi dalam usaha merangka model baharu untuk industri perkhidmatan teksi. Menyedari banyak kelemahan dalam sistem sedia ada, Najib berkata model baharu itu penting agar perkhidmatan teksi di negara ini lebih cekap dan memberi kepuasan kepada orang ramai. “Kedua, kita mesti jaga kebajikan dan kepentingan pemandu teksi yang hari ini menghadapi tekanan dan saya rasa tak wajar kita kekalkan sistem sedia ada,” katanya. Rancangan ‘Suara Kami 2012′ itu mengumpulkan pandangan serta cadangan rakyat pelbagai latar belakang dari seluruh negara untuk memajukan tahap kehidupan semasa masing-masing. Suara-suara terbaik dipilih untuk hadir ke rancangan kemuncak di Astro bersama tetamu khas yang boleh memberikan susulan dan penjelasan kepada isu-isu yang dibangkitkan. Ditanya bagaimana beliau memastikan tiada rakyat yang tersisih dalam pembangunan negara terutama dengan program transformasi yang beliau perkenalkan, Najib berkata senjata paling berkesan adalah melalui pendidikan. Katanya pendidikan penting supaya generasi sekarang dan masa depan mempunyai ilmu dan kemahiran untuk melakukan perubahan yang besar pada diri sendiri dan kehidupan masing-masing. “Sebab itu saya telah lahirkan Gagasan 1Malaysia yang satu prinsip di sebaliknya adalah kita perlu bersifat inklusif. Apa-apa yang kita buat, kesannya mestilah dapat dirasai oleh orang ramai,” katanya.
|
UNESCO Iktiraf Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia Posted: 01 Jul 2012 02:18 AM PDT BUKIT MERTAJAM, 1 Julai – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam persidangannya semalam telah mengiktiraf Lembah Lenggong di Hulu Perak sebagai tapak warisan dunia. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika menyatakan demikian berkata pengiktirafan itu diperoleh hasil penemuan beberapa artifak berusia lebih 1.8 juta tahun menerusi kerja ekskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lepas. “Persekitaran Lembah Lenggong yang sedemikian, kita akan dapat satu gambaran baru di samping Pulau Pinang, Melaka, Gunung Kinabalu dan juga Gua Mulu. Kita sekarang mempunyai Lembah Lenggong di Perak sebagai satu penonjolan dunia di bawah UNESCO. “Ini adalah satu pencapaian kerajaan dan rakyat yang sangat bernilai dan membanggakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Komuniti 1Malaysia bersama penduduk Kampung Penanti, di sini hari ini. Beliau berkata kementeriannya akan mengambil inisiatif merekod dan menyusun semula data penemuan terkini bersama dengan penemuan terdahulu agar masyarakat mendapat gambaran lebih jelas berhubung penemuan itu. Justeru itu, Rais berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri Perak untuk membuat satu kajian bersekutu berhubung pembangunan di Lembah Lenggong bagi kebaikan dan pembangunan sosio budaya dan warisan. Terdahulu, dalam ucapannya Rais mengingatkan masyarakat Pulau Pinang agar bersatu padu dan menyemai perasaan kasih sayang antara satu sama lain supaya setiap ahli komuniti dapat bergerak seiring mengecapi nikmat kemajuan. Katanya kemajuan yang dicapai tidak akan bermakna sekiranya rakyat di negeri ini gagal menghayati Gagasan 1Malaysia dan melupakan sejarah silam mereka. “Pulau Pinang ini dibina oleh kita semua sejak sekian lama dahulu lagi. Apa yang penting adalah menjelmakan perjuangan kita dalam bentuk kasih sayang dan menyokong antara satu sama lain. “Budaya mengajar kita tolong-menolong antara satu sama lain jangan sebab perjuangan yang berbeza kita lupa orang lain dan menggadai diri kita,” katanya.
|
Noh Cabar Khalid Dedahkan Kedudukan Kewangan UNISEL Posted: 01 Jul 2012 02:10 AM PDT SHAH ALAM, 1 Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel). Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian. “Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Anggota Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Anggota Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai Anggota Lembaga Pengarah universiti itu. “Jika zaman BN mentadbir dahulu kita hanya letakkan seorang sahaja wakil kerajaan negeri iaitu Exco Pendidikan, tetapi mereka jelas meletakkan orang politik yang mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan universiti itu,” katanya. Noh turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik tiga Timbalan Naib Canselor dengan gred gaji Jusa B berbanding seorang sahaja semasa di bawah BN dan mewujudkan jawatan Pendaftar Kanan dengan gred gaji yang sama dalam pentadbiran Unisel. Noh turut mendesak Abdul Khalid menunaikan janji untuk mendedahkan maklumat pemberian kontrak secara rundingan terus di bawah pentadbiran kerajaan Selangor. “Saya desak mereka dedahkan secepat mungkin, atau mereka boleh dedahkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Jika mereka gagal melakukannya saya akan bantu mereka dedahkan,” katanya.
|
Malaysia’s Chemistry Dept Is World Standard – Ongkili Posted: 01 Jul 2012 12:51 AM PDT ALOR SETAR, July 1 – The expertise and high-tech procedures applied by Malaysia’s chemistry department is on par with international standards, Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili said. “Our chemistry department does not use second class equipment…the ministry will constantly ensure that,” he told reporters in conjunction with the fifth anniversary celebrations of the department’s Kedah branch here today. He said the department’s analysis techniques have also progressed from conventional analysis to instrumentation analysis which can provide speedier, accurate and quality results. Earlier in his speech, he said the department needs to enhance its analysis competitiveness given the presence of private laboratories which are also providing similar services. He said the department also plays an important role as a reference centre for scientific findings. In this regard it serves as an Asean reference laboratory for analysis of genetically modified organisms (GMOs) and halal products, and a DNA forensic reference centre. “There is no end to efficiency, there is always room for improvement. Innovations do not necessarily require more power and additional funds; laboratory operating procedures need to be regularly upgraded,” he said, adding that the department needed to find and initiate an approach that would shorten the analysis period.
|
Kerajaan Pusat Bantu Kelantan RM5.3 Bilion Dalam Masa Dua Tahun Posted: 30 Jun 2012 11:54 PM PDT KULIM, 1 Julai – Kerajaan negeri Kelantan menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam tempoh sama kerajaan negeri Kelantan hanya menyumbang hasil pendapatan berjumlah RM300 juta kepada kerajaan persekutuan. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Kulim/Bandar Baharu di sini, hari ini, Ahmad Zahid berkata bantuan tersebut disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri dan agensi-agensi kerajaan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan bantuan kepada rakyat miskin di Kelantan. Fakta bantuan kewangan ini diperoleh dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan dibentangkan di Parlimen Mei lepas, kata Ahmad Zahid. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat berfikir secara rasional dan menilai dengan adil kerajaan Barisan Nasional yang menepati janji berbeza dengan pakatan pembangkang ibarat ‘saudagar janji.’ Dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata pembangkang bijak memanipulasi perasaan rakyat melalui janji-janji yang ditabur namun tidak pernah ditunaikan. “….betul pelbagai bantuan yan diberi kepada rakyat yang layak adalah duit rakyat hasil pelbagai cukai yang dipungut. Kerajaan juga boleh bangkrap dengan bantuan-bantuan tersebut. “Jika kerajaan tidak cekap menguruskan kewangan negara tentu rakyat tidak akan menikmatinya. Kita kena bersyukur. Alasan tidak mau berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah kerana duit itu adalah ‘hak’ kita semata-mata bertentangan dengan fitrah manusia,” jelasnya. Beliau berkata pembangkang sekarang dikategorikan sebagai ‘saudagar janji’ kerana banyak membuat janji yang tidak pernah mereka tunaikan. Menurutnya antara janji tersebut ialah kerajaan Selangor yang sehingga hari ini tidak menunaikan janji memberi RM100 kepada rakyatnya yang berumur 60 tahun ke atas malah menjual banyak aset miliknya. Kerajaan negeri Kedah pula memperkenal Skim Kafalah iaitu bantuan RM500 kepada keluarga simati dan mewujudkan Tabung Tunku Mahmud untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakyat dan membina Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berharga RM330 juta namun semua itu lebih awal dilaksanakan kerajaan BN, katanya.
|
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment