BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! KEGANASAN ADALAH TREND PEMIMPIN PAKATAN HARAM ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! ZALIAH ZAKARIA MENGENALI ANWAR IBRAHIM DAN TAUKE JUDI ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! ISU LYNAS !!! DR ROSLI TAKUT DI MAKAN SUMPAH 'BAIAH' ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! IKHWAN MUSLIMIN DAN PAKATAN HARAM BAGAI LANGIT DAN BUMI !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! MELOYAKINI MEMPROMOSIKAN PERKAUMAN ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! AKAUN RM3 BILION !!! SIAPA YANG ANWAR IBRAHIM NAK TEMBAK SELEPAS KANTOI ??? WAJIB BACA !!!
BONGKAR !!! KEGANASAN ADALAH TREND PEMIMPIN PAKATAN HARAM ??? WAJIB BACA !!! Posted: 01 Jul 2012 08:30 AM PDT saya tabik kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Haram.Selama ini,kita lihat laman-laman web dan blog-blog pro Pakatan Haram lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan pemimpin-pemimpinnya.Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Haram tidak kira sama ada salah dari segi moral,undang-undang,mahupun agama.Realitinya,di dalam Pakatan Haram,sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat.Mungkin kerana itu,tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut.Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar diberi perhatian serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Haram.Sebenarnya,apa yang didedahkan ini bukanlah mengejutkan kerana dari perbuatan dan percakapan harian para pemimpin Pakatan Haram kita sudah boleh membaca tujuan sebenar mereka.Para pemimpin Pakatan Haram cukup maklum bahawa mereka sukar untuk memenangi pilihanraya kerana tidak mendapat sepenuh sokongan dan kepercayaan rakyat. Kerana itu,mereka perlu memburuk-burukkan sistem pilihanraya,membangkitkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap mahkamah supaya apabila kalah nanti,bolehlah mereka menyalahkan SPR,Kerajaan dan mahkamah.Ia kemudiannya akan dijadikan alasan kukuh untuk memberontak dan merusuh sekali gus menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.Menurut laman tersebut lagi,"Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini,pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan kerajaan akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan sebaliknya berlaku.Yang dijamin ialah keamanan kalau berlaku peralihan,itu pasti". Malah disebutkan juga dalam mesyuarat yang sama mengenai kebarangkalian pertumpahan darah jika keadaan benar-benar mendesak.Nampaknya,pemimpin-pemimpin Pakatan Haram sedang mengugut kita semua iaitu jika kita tidak memenangkan mereka melalui peti undi dalam pilihanraya nanti maka bersedialah untuk menghadapi huru-hara dan pertumpahan darah. Sekali lagi,kita tidak terkejut jika Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan Hadi Awang sanggup menggadai nyawa penyokong-penyokong mereka untuk mencetus keganasan dan memulakan pemberontakan berdarah di negara ini.Anwar adalah manusia yang sanggup melakukan apa saja dan tiada apa lagi yang dilakukannya yang mampu mengejutkan kita.Bayangkan,jika dalam keadaan biasa juga Anwar sanggup melakukan apa saja,maka apatah lagi jika beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak untuk berkuasa ??? Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Lim Kit Siang menjadi pencetus tragedi 13 Mei, berbekalkan kebencian mendalam terhadap kaum Melayu dan keangkuhan yang menebal, dengan sifat kejam semulajadi yang mengalir dalam darah komunisnya.Begitu juga Hadi Awang yang membara di dalam dirinya sifat fanatik atau ekstrem. Sifat inilah yang diterapkannya ke dalam diri penyokong-penyokongnya yang membawa kepada tragedi Memali dan kemudiannya,Sauk.Jelas,keganasan dan pertumpahan darah bukan sesuatu yang asing bagi pemimpin Pakatan Haram dan kita pasti,mereka tidak punya masalah untuk mengulangi semua keganasan ini untuk kesekian kalinya bagi mencapai matlamat mereka. Keinginan mereka untuk merampas Putrajaya sudah terlalu meluap-luap dan tidak dapat dibendung lagi.Untuk itu,pemimpin Pakatan Haram melihat keganasan dan pemberontakan sebagai 'trend' Dan 'trend' inilah yang akan membantu membawa mereka ke puncak kuasa.Sebagai persediaan ke arah ini, mereka kerap memberi isyarat kepada media-media asing bahawa Malaysia juga berada dalam proses ke arah mengikut 'trend' tersebut. Apa yang saya dapat katakan di sini ialah adalah sesuatu yang amat bodoh jika rakyat sanggup memusnahkan segala nikmat dan menggadai nyawa mengikut telunjuk pemimpin PR semata-mata kerana ingin mengikut 'trend'.Benar,mengikut kata pemimpin Pakatan Haram bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.Justeru Itu,ingatlah wahai pembaca Badut Rakyat,kita punya kuasa untuk menolak pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata kerana mereka tidak tahan lagi untuk berkuasa.Kita punya kuasa untuk menolak mereka melalui peti undi dan kita juga punya kuasa untuk menolak dari bersama-sama mereka menjahanamkan negara dan menggadaikan nyawa melalui jalanraya.Tanpa kita memberi sokongan kepada mereka,pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan ke mana… RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! ZALIAH ZAKARIA MENGENALI ANWAR IBRAHIM DAN TAUKE JUDI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 01 Jul 2012 05:00 AM PDT tak silap saya,nama Zaliah Zakaria ini tidak terpacul dimana-mana sepanjang siasatan berkaitan wang RM 3 billion yang dikatakan berada dibawah kawalan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim berlangsung .Tapi itu logik kerana terlalu banyak nama yang naik (majoriti nama usahawan Cina),sudah tentu sukar nak ditentukan individu mana satu yang penting untuk dijadikan isu pada ketika itu.Bagaimanapun,yang menarik ialah pengakuan dan penafian Zaliah Zakaria baru-baru ini setelah gambar dan kaitan dirinya dengan Anwar didedahkan Ummi Hafilda dan media. Pengakuan : Tentang dirinya yang memiliki aset bernilai ratusan juta ringgit hasil dari perniagaan lumba kuda (sebut judi),simpanan dalam bank bernilai RM 26 juta,cukai pendapatan RM 50 juta,rumah RM 3.6 juta dan lain-lain yang juta-juta juga nilainya.Ingat,ini yang didedahkan,yang tidak didedahkan itu wallahualam.Lagipun seperti pengakuannya,dia pernah tingaal di Dubai,konon nak melupakan kisah kematian anak lelaki dan seperti yang kita tahu kos kehidupan di Dubai bukan murah.Maknanya disitu,dalam pada asetnya dirampas dan sebagainya, masih lagi mampu menjalani kehidupan di luar negara. Penafian : Yang dia mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi,tapi mengaku mengenali rapat isteri Anwar,Datin Seri Wan Azizah Ismail. Pengakuan dan penafian itu memang menarik kerana ia timbul dikala ribut-ribut mengenai isu Anwar mengawal wang sebesar RM 3 billion sedang hebat diperkatakan.Sukar nak menafikan kaitan Zaliah dengan Anwar walaupun tuan punya badan menafikan dirinya mengenali pemimpin utama Pakatan Haram.Lagipun,biasalah,orang dah buang air besar tengah jalan, siapa yang nak mengaku ye tak.Kenapa pula kita tak mahu percaya Zaliah ada berkaitan dengan Anwar dalam soal wang berbilion ringgit ini ??? Kalau Anwar boleh mengaitkan dan mahu rakyat percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan Altantunya walaupun buktinya tidak ada langsung,kenapa kita tak boleh mengaitkan Anwar dengan Zaliah,lebih lagi bila Zaliah sendiri terbukti mempunyai harta bernilai ratusan disamping mengaku mengenali dan rapat dengan isteri Anwar,Wan Azizah ??? mengenali sikap Anwar itu sendiri,adalah satu keajaiban yang sangat besar kalau dia mengaku terlibat dalam hal-hal seumpama ini. Kalau tidak boleh mengelak sangat pun,dia akan mengaitkan orang lain sebagai punca.Lihat saja dalam kes liwat dengan Saiful,pembantu dia sendiri lantik,air mani dalam dubor dia sendiri punya tapi siapa yang dia tuduh terlibat UMNO.Isu ini besar sebab modal Anwar untuk menawan hati rakyat menyokongnya ialah dengan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin Islam,berjiwa rakyat,marhaen dan sebagainya.Alih-alih pecah lubang bahawa dia ada kaitan dengan jutawan (kini bekas jutawan) yang antara punca kekayaaannya ialah perniagaan dalam kelab lumba kuda (sebut judi).Dari Pulau Pinang pulak tu (negeri asal Anwar). Kalau tuduhan dan dakwaan yang asalnya dibuat oleh Ummi Hafilda ini tidak benar,kenapa sampai sekarang Anwar cukup takut untuk membuat laporan polis terhadap perempuan yang satu ini. Itu sahaja menceritakan kepada kita bahawa dakwaan itu sememangnya benar.saya sebenarnya merasa insaf bahawa Allah swt sayangkan rakyat Malaysia terutama orang melayu yang 99.99% darinya beragama Islam di negara ini.Sebab itu sikit-sikit mengenai Anwar Ibrahim yang sebenarnya terdedah kepada masyarakat di negara ini untuk kita menilai. RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! ISU LYNAS !!! DR ROSLI TAKUT DI MAKAN SUMPAH 'BAIAH' ??? WAJIB BACA !!! Posted: 01 Jul 2012 01:30 AM PDT Ogos tahun lalu,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang.Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda Pakatan Haram khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat.Namun,kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain.Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu? Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih,lebih rendah dari segi radiasinya.Yang membawa isu ni PKR.Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap.Tapi tidak adil.Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah". "Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear ??? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam.Dia spin.Saya pun malu.Saya orang PAS juga.Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear,saya datang hari ini.Apa dia orang nak kata,kata lah." Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas.Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear,Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, "Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya,dari segi bahan yg dibawa,saya sendiri pantau,monitor,Lynas selamat.Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment". Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan PAS kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar PAS yang anti Lynas.Pun demikian,bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh Pakatan Haram dalam isu Lynas.beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan.Dalam erti kata lain,sebagai seorang saintis nuklear,beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR. Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0,sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan.Persoalan sekarang,apakah kerana tekanan dari pimpinan PAS menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah 'baiah' taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! IKHWAN MUSLIMIN DAN PAKATAN HARAM BAGAI LANGIT DAN BUMI !!! WAJIB BACA !!! Posted: 30 Jun 2012 10:00 PM PDT Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin,Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Haram sebagai insipirasi.Menurut Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim,seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah,iaitu Fikrah,kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini.Secara tidak langsung,Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi,Ghandi dan sebagainya.apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden,Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi dan partinya,Pakatan Haram,umpama Ikhwan Muslimin pula. Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api Dan Parti FJP dengan Pakatan Haram adalah bagai langit dengan bumi.Manakala PKR,malah PAS juga,iaitu parti yang kononnya 'paling Islamik' dalam Pakatan Haram langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin.Pertamanya,dalam era pemerintahan Mubarak,calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf.Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti.Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS.Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya.Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka.Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.Justeru itu,menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden. Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam,maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap 'mesra' dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia.Morsi,Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik,yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa.Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.Oleh itu,bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin. Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi.Itupun,keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya.Pada awal tahun ini,rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan. Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.Akibatnya,subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda.Penarikan subsidi juga menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain.Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 – 24 peratus berbanding 9 – 12 peratus sebelum pemberontakan.Rakyat Malaysia tidak mengalami semua masalah ini.Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau ini.Justeru itu,untuk kita memberontak dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir,semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.Pun begitu,belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih baik dari Mubarak.Jika dilihat dari 4 langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden,kita akan dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh. 4 langkah tersebut ialah: 1.Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat 2.Melarang penggantungan gambarnya di bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar. 3.Berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan Menteri Dalam Negeri. 4.Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan lalulintas. Ini adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi pemberontakan.Justeru,rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah Mesir. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! MELOYAKINI MEMPROMOSIKAN PERKAUMAN ??? WAJIB BACA !!! Posted: 30 Jun 2012 07:00 PM PDT Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk,amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini.Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa "Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga".Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan.Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan,kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi.Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal.Oleh itu,peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan.Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula,Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera.Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka,tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan. Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus.Kerana di Malaysia,walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina,tetapi mereka tahu,kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia.Malangnya,di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman.Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang.Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai,Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila.Dengan itu,beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum,serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja. Bagaimanapun,portal Meloyakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini.Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman.'Perkasa' sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai 'gila' oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan,selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh mereka.Persoalannya,bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf ??? Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa,tetapi Perkasa tidak boleh ??? Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam? Siapakah rasis dan 'gila' sebenarnya di sini ??? Orang 'gila' yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman.Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan,memperlecehkan,mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan.Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua.Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya.Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh 'pergi jahanam'.Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh 'pergi jahanam' tanpa mengheret kaum lain bersamanya.Justeru Itu,Meloyakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 30 Jun 2012 04:00 PM PDT dalam banyak-banyak 'peluru' ditembak kepada Anwar oleh bekas-bekas orang kanan dan orang suruhannya,rasanya inilah satu-satunya peluru yang saya rasa tepat mengenai Anwar.saya bercakap tentang dakwaan oleh bekas Penolong Bank Negara,Datuk Abdul Murad Khalid yang menyebut mengenai akaun bernilai RM 3 billion yang didakwa di kawal oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu ketika dulu.Sudah tentu bila kita bercakap tentang jumlah wang yang 'ramai',maka orang yang terlibat pun ramai lah juga.Ini bukan seperti perlakuan homoseksual dan zina yang berlaku dalam bilik hotel atau kondo yang hanya melibatkan 2 individu,ini tentang jumlah wang yang besar untuk menyelesaikan banyak masalah 'orang-orang besar'(kebetulan kroni-kroni Anwar) yang lain.Lagipun,kawalan ke atas wang haram bukan seperti kes zina yang memerlukan ditunjukkan 4 saksi (merujuk kepada alasan kegemaran Anwar – mana 4 saksi ??? ) Sukar untuk Anwar mengelak dari terbabit apatah lagi bila Ummi Hafilda baru-baru ini mendedahkan tentang seorang wanita bernama Zaliah Zakaria (bekas tauke kelab lumba kuda) yang dikatakan menjadi antara orang kepercayaan Anwar untuk mengawal urusan berkaitan dengan akaun tersebut.Zaliah pernah melarikan diri dari Malaysia sebaik mendapat tahu dia bakal disiasat BPR berhubung Akuan Bersumpah Datuk Murad tetapi kembali semula ke negara ini selepas kes tersebut menghadapi jalan buntu berikutan kesukaran mendapatkan kerjasama negara luar dimana wang tersebut disimpan.Satu kes saman antara Hong Leong Bank dengan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung pinjaman berjumlah RM 445 juta pada 1999 untuk pengambilalihan KBB dari Idris Hydraulic,turut menyebabkan Anwar terus tersepit kerana di dalam Akuan Bersumpah Datuk Murad, perkara tersebut turut disentuh.Logiknya, takkanlah semua hal yang berkaitan dengan Anwar ini timbul secara tiba-tiba dan di platform yang berbeza-beza.Seperti biasa bila tersepit,Anwar akan mencari jalan bagaimana mengalihkan atau 'berkongsi' kesalahan tersebut kepada pihak lain,terutama sekali musuhnya dunia akhirat,UMNO. Inilah yang membawa kepada maklumat terbaru yang saya terima,mengatakan bahawa Anwar bersedia untuk tampil dengan sidang media dalam jangka masa terdekat untuk menyatakan peranannya dalam soal akaun RM 3 billion ini.Anwar juga disebut-sebut akan mendedahkan beberapa nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dalam sidang media tersebut yang di dakwa turut terlibat.Antara nama-nama yang telah disediakan Anwar untuk disebut ialah Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri kedua),Allahyarham Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri ketiga),Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (bekas Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan) dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur (Setiausaha Agung UMNO sekarang).Bagaimana dan macam mana semua pemimpin tersebut boleh terkait dikala ada di antara mereka telah pun lama meninggal dunia, masih lagi misteri. Tapi mengenali Anwar,tidak ada apa yang mustahil dalam kamus hidupnya.Khinzir yang sah-sah haram itupun Anwar boleh putar belitkan sehingga menjadi halal dan dijadikan daging korban.Mula-mula adalah yang marah,mengaitkan dengan hukum tuhan dan sebagainya tapi bila dah selalu diulang-ulang penipuan itu, akan adalah pulak golongan yang tampil dengan pendapat-pendapat tertentu untuk mempertahankan Anwar atau paling tidak mengurangkan kecaman terhadapnya,supaya diakhirnya nanti rakyat akan nampak Anwar tidak bersalah, keluar kenyataan seumpama itu sebab UMNO dan sebagainya.Kita sudah lihat muslihat ini berlaku dalam banyak isu sebelum ini yang berkaitan dengan Anwar, antaranya pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, melindungi keselamatan Israel, Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya dan sebagainya.Dalam masa yang sama,agak malang juga melihat semua kebodohan ini masih berlaku dalam masyarakat kita, bukti begitu ramai yang meletakkan emosi mengatasi iman/kepercayaan, matlamat menghalalkan cara dan sebagainya.Sebab itu penipu dan penyangak macam Anwar boleh bertahan sehingga sekarang.Tanpa sedar,ada antara kita sendiri sebenarnya yang melahirkan dan memelihara dajjal durjana ini supaya diakhir nanti dia boleh menghapuskan kita semua.Semoga Allah swt merestui kita semua. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment