UMNO Online - “Sokongan Orang Melayu Kepada UMNO Semakin Meningkat” plus 9 more |
- Sokongan Orang Melayu Kepada UMNO Semakin Meningkat
- Debat Tidak Selesai Isu Masyarakat India – MIC
- Ulama Committee Chairman Sheds Light On Occurrence Of False “Imam Mahadi”
- Dolak Dalih Isu Talam : Khalid Main Politik Gaya Anwar
- Kemelut Agih Kerusi Buat Pakatan Pembangkang Makin Kalut Main Drama
- Agenda Bolot Jawatan Penting Punca Kabinet Bayangan Tidak Didedahkan
- Pas Parti Kuat Dalam Pakatan…. Hadi Masih Lena Bermimpi Di Siang Hari
- Rakyat Perlu Terus Pelihara 3K Berkembar – Nazir
- Kerajaan Sedia Garis Panduan Untuk Sektor Swasta Tubuh Pusat Asuhan Kanak-kanak
- Lebih RM26 Juta Saman Trafik Warganegara Asing Masih Tertunggak
Sokongan Orang Melayu Kepada UMNO Semakin Meningkat Posted: 11 Jul 2012 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Julai – Sokongan orang Melayu kepada parti UMNO kini kian meningkat berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee. Beliau berkata keyakinan itu jelas ditunjukan rakyat apabila semua program yang dianjurkan BN dan UMNO mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat setempat. “Justeru itu, UMNO perlu mengekalkan keyakinan rakyat terhadap prestasi cemerlang BN dalam kita nak menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya di sini, hari ini. Beliau berkata keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini meningkat kesan daripada pelbagai program transformasi yang dilakukan untuk manfaat rakyat dan telahpun dinikmati mereka. Katanya, peningkatan sokongan itu mula jelas kelihatan setelah dua tahun selepas pilihan raya umum 2008 apabila Najib mula mengambil pendekatan yang drastik dan realistik mendekati rakyat secara lebih terbuka. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata rakyat kini tidak lagi mahu dikecewakan oleh pembangkang, yang jelas gagal menunaikan janji-janji mereka di negeri-negeri yang mereka kuasasi, tidak seperti mana yang dilaksanakan BN yang menepati janji-janjinya. “Pendekatan turun padang dan tinjauan mesra yang dilakukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) nyata berjaya member kesan mendalam di hati rakyat berbilang kaum,” katanya. Dalam pada itu, beliau berharap agar rakyat tidak lagi termakan janji palsu pembangkang dan membuka mata dengan memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang demi masa depan negara dan generasi seterusnya. |
Debat Tidak Selesai Isu Masyarakat India – MIC Posted: 11 Jul 2012 03:49 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Julai – MIC tidak berminat mengadakan sebarang perdebatan dengan mana-mana pihak pada masa ini kerana ia tidak akan menyelesaikan isu dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat India di negara ini, kata setiausaha agung parti itu, Datuk S. Murugesan. Beliau berkata, apa yang masyarakat India mengharapkan ketika ini ialah peningkatan taraf hidup mereka menerusi pelbagai usaha berfaedah dan tindakan konkrit serta ‘kurang percakapan daripada pemimpin mereka’. “Semua perdebatan ini mungkin dilihat menarik tetapi bagaimana ia akan membantu orang biasa masih menjadi perbahasan,” katanya di sini, Rabu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika terdapat keperluan untuk mengadakan perdebatan dengan pihak-pihak tertentu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu-isu kaum India di negara ini. Tambahan pula, beliau berkata, parti itu merasakan tidak ada keperluan melibatkan diri dalam perdebatan dengan pemimpin pembangkang India yang tidak mempunyai sokongan daripada masyarakat India atau mewakili suara majoriti. “Tiada DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah parti majoriti kaum India walaupun mereka mempunyai Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN). Mereka ini semua tidak mempunyai suara dalam parti mereka sendiri,” katanya. |
Ulama Committee Chairman Sheds Light On Occurrence Of False “Imam Mahadi” Posted: 11 Jul 2012 03:47 AM PDT KUALA LUMPUR, July 11 – The Young Ulama Working Secretariat Committee has attributed characteristics such as shallow religious knowledge, undue influence of deviant teachings and an overzealous desire to become a super being with extraordinary powers as motivation for someone to become a false “Imam Mahadi”. Its chairman, Fathul Bari Mat Jahaya, explained that an individual could not simply claim to be an Imam Mahadi (the messiah to come at the time of the Last Judgment to save the world) as there were certain characteristics which differentiated one from a normal human being. “Among the Imam Mahadi characteristics illustrated by Prophet Muhammad, as narrated by Abu Daud, is that he will rise as a leader and became imam to all mankind,” he said while commenting on the man who ran amok, claiming he was Imam Mahadi, at Complex B of the Prime Minister’s Department on Monday. The 47-year-old man wielding a samurai sword was shot dead by police in self-defence and his 28-year-old woman follower has been warded at the Putrajaya Hospital for a gunshot wound. An Imam Mahadi does not claim “I’m the much-awaited Imam Mahadi”, it would be more a case of people witnessing his fair leadership in bringing about justice in the world, said Fathul Bari. Questioned as to why in recent times there were many individuals accorded the cult status of Imam Mahadi, he responded that it was a modus operandi for deviant groups which strayed from the true teachings of Islam. “First of all, they wish to be looked up to and to do that they would create a cult and infuse it with features which portrayed Imam Mahadi, which is the case with several deviant groups in the past. “When they reach the extremist stage, they would proclaim themselves and entrench their teachings as true and accurate, which cannot be subjected to criticism or opposition and their followers would have to accept it absolutely,” he said. Meanwhile, former president of the Malaysian Ulama Association, Salleh Ahmad, said one of the ways such untoward incidents could be prevented was to provide continuous religious education to Muslims from young. |
Dolak Dalih Isu Talam : Khalid Main Politik Gaya Anwar Posted: 11 Jul 2012 03:39 AM PDT KUALA LUMPUR 11 Julai – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta agar tidak berdolak dalik berhubung isu penyelewengan yang melibatkan Talam Corporation ekoran tindakannya yang menolak perbincangan penuh mengenai isu tersebut dalam persidangan DUN Selangor hari ini. Biarpun Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mencadangkan agar MB Selangor mengambil peluang untuk menjelaskan isu tersebut dalam pesidangan DUN Selangor, namun ternyata Tan Sri Khalid kemudiannya menolak perbincangan penuh mengenai isu tersebut dengan alasan isu ini perlu diserahkan kepada pakar untuk diteliti terlebih dulu. Menurut Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Maslynoor Abdul Latiff, Menteri Besar sebagai ketua eksekutif negeri perlu mengambil tanggungjawab penuh untuk menjawab isu berhubung penyelewengan dana Talam Corporation tanpa sebarang dolak dalih lagi. "MB adalah individu yang bertanggungjawab untuk memperjelaskan perkara ini kepada rakyat di Selangor. Beliau tidak boleh mengambil sikap berdolak dalih dalam isu ini kerana ia melibatkan sejumlah wang rakyat yang begitu besar. "Sikap beliau yang menolak sebarang perbincangan dan penjelasan mengenai isu Talam ini bagaikan memberi gambaran bahawa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran PKR bukanlah satu kerajaan yang telus dan terbuka sepertimana yang mereka hebohkan sebelum ini," ujar beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Tambahnya lagi, sikap berdolak dalik MB Selangor berhubung isu ini saling tak tumpah seperti sikap Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi sebarang isu penyelewengan atau salah laku yang berkait dengan kepimpinan peringkat tertinggi parti tersebut. "Malah, Anwar sendiri sebagai penasihat ekonomi Selangor turut bertanggungjawab menjelaskan isu ini kerana jawatannya sebagai penasihat ekonomi . Sudah pasti beliau juga akan dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang transaksi wang kerajaan apatah lagi dengan jumlah yang begitu besar," akhiri beliau. -MediaUMNO
|
Kemelut Agih Kerusi Buat Pakatan Pembangkang Makin Kalut Main Drama Posted: 11 Jul 2012 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR 11 Julai – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairudin percaya PKR akan terus berusaha mengekalkan 'status quo' berhubung pembahagian kerus Parlimen yang ditandingi oleh parti-parti pembangkang memandangkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diwar-warkan sebagai Perdana Menteri. Menurut beliau tidak mungkin PKR akan berkomporomi dengan perkara tersebut sebaliknya akan terus menujukkan kekuatan mereka berbanding sekutunya yang lain DAP dan Pas kerana impian Anwar tinggi menggunung. "Setelah timbulnya isu DAP dikatakan berhasrat untuk bertanding di 90 kawasan Parlimen baru-baru ini, tercetus dalam pemikiran saya apakah PKR akan berkompromi dan apakah PKR merelakan perkara berkenaan jika andaian berkenaan menjadi nyata kelak. Pada ketika dan waktu itu, percayalah satu kekalutan besar akan berlaku gara-gara masing-masing sudah nampak kuasa dan bukannya sikap 'tawadhuk' sepertimana pada pilihan raya umum yang lalu. "Percayalah hari ini dalam pakatan pembangkang sebenarnya masing-masing memasang impian dan hajat untuk menunjukkan mereka adalah dominan dan itulah yang bakal menjadi nanah dan barah kepada hubungan mereka kelak," katanya kepada UMNO-Online di sini. Pada PRU ke-12 yang lalu, PKR bertanding 97 kerusi dan menang 31, Pas, 67 dan menang 23 manakala DAP bertanding 47 kerusi dan menang 28. Fairus seterusnya menambah hubungan yang tidak berpaksikan kepada keikhkasan akan menemui jalan kehancuran dan bibit-bibit ke arah itu mula kelihatan hari ini dan percayalah akan diketahui umum kelak. Tambah beliau lagi dengan pelbagai dakwaan moral dan sebagainya yang melingkari Anwar, tentunya DAP dan Pas ragu-ragu dan kedua-dua parti tersebut sudah tentu mempunyai pelan masing-masing dalam merealisaskan impian politik mereka. "Pembahagaian kerusi yang ditandingi oleh Pas, DAP dan PKR sebenarnya meletakkan masing-masing dalam keadaaan curiga mencurigai antara satu sama lain dan wujud prasangka antara mereka. Maklumlah satu nak tunjuk dia kuat..satu lagi pula kata dia pun kuat dan satu lagi pula anggap dia pun kuat. Jadi masing-masing rasa kuat gara-gara pilihan raya umum 12 yang lalu. "Daripada situlah akan berlakunya pertembungan kuasa dan percayalah kita akan dapat melihat satu drama yang cukup menarik menjelangnya pilihan raya umum nanti," katanya. -MediaUMNO |
Agenda Bolot Jawatan Penting Punca Kabinet Bayangan Tidak Didedahkan Posted: 11 Jul 2012 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR 11 Julai – Perasaan tidak puas hati yang timbul di kalangan anggota PKR dan Pas di atas desakan DAP yang inginkan lebih tempat dalam kabinet atas alasan untuk menarik hati pengundi Cina merupakan antara sebab utama sehingga ke hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum mendedahkan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang. Menurut Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Dr Satim Diman, sumber dalaman dari Pakatan Pembangkang memberitahu, ini merupakan antara sebab di mana Ketua Pembangkang tidak berani untuk mengumumkan bayangan kabinet tersebut. "Pakatan sedar, bahawa untuk memenangi PRU ke 13 ini, undi-undi dari kaum Cina amat penting bagi mereka. Dalam hal ini, DAP sebagai wakil dari kaum Cina telah mendesak untuk mendapatkan lebih tempat dalam kerajaan yang bakal dibentuk. "Ini jelas dengan pendedahan baru-baru ini bahawa DAP meminta untuk bertanding sebanyak 90 buah kerusi di seluruh negara, yang menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan DAP berhasrat untuk menjadi parti dominan di dalam Pakatan Pembangkang," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Bagaimanapun seterusnya kata beliau, ada sebahagian daripada ahli-ahli PKR dari kaum Cina termasuk Pas tidak bersetuju dengan desakan DAP tersebut. "Jadi Anwar sekarang tengah pening kepala bagaimana untuk menyusun barisan kabinet yang memuaskan hati semua pihak. Beliau tidak boleh mengikut kehendak DAP kerana Anwar juga perlu menjaga hati semua pihak, termasuk ahli-ahli PKR dan juga Pas. "Sebab itu sehingga ke hari ini, bayangan kabinet Pakatan Pembangkang masih tidak didedahkan pada umum. Yang pertamanya, Anwar bimbang senarai kebinet itu kelak akan menimbulkan perbalahan dan perpecahan di kalangan parti-parti pembangkang dan yang keduanya, sekiranya beliau menurut kehendak DAP, maka Pakatan Pembangkang akan menghadapi masalah khususnya keyakinan orang Melayu terhadap beliau dan Pakatan Pembangkang," ujarnya. -MediaUMNO |
Pas Parti Kuat Dalam Pakatan…. Hadi Masih Lena Bermimpi Di Siang Hari Posted: 11 Jul 2012 02:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti tersebut adalah anggota paling kuat dalam pakatan pembangkang bolehlah diibaratkan seperti mimpi di siang hari. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir. Idris Haron menganggap bahawa Pas seperti tidak memahami apa yang diucapkan kerana sewajarnya sebagai parti yang kuat maka tentunya merekalah yang mengetuai pengagihan kerusi dalam pakatan tersebut. "Saya anggap Pas tak tahu apa yang dikata, parti yang khayal, parti yang alpa dan parti yang sudah tidak lagi mempunyai karisma apabila bersekutu dalam pakatan pembangkang iaitu bersama-sama dengan DAP dan PKR," katanya kepada UMNO-Online. Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata Pas akan bertanding lebih banyak kerusi parlimen berbanding DAP dalam pilihan raya akan datang. "Kalau benar Pas adalah parti yang paling kuat maka sepatutnya merekalah yang mengetuai pakatan pembangkang dan bersuara lebih berbanding dengan anggota PKR dan DAP sendiri," katanya. Sebelum ini, media massa mendedahkan yang memetik blog sebagai mendakwa DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13, bagi membolehkan pemimpin mereka menjadi perdana menteri jika Pakatan menguasai Putrajaya namun ia dinafikan. "Kita melihat pakatan pembangkang termasuklah Pas sendiri tidak mempunyai pendirian apatah lagi dalam soal untuk pembahagian kerusi yang dilihat nampak benar tidak ada persefahaman. "Perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana kepimpinan tertinggi parti sentiasa bersifat prihatin dan menunjukkan kebertangungjawaban kepada anggotanya malah ada anggota kompenan yang sedar akan kalah di sesuatu kawasan maka menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memberi perubahan," katanya. Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, sehingga ke hari ini Pas tidak pernah terbukti sebagai parti yang kuat dan dominan dalam pakatan pembangkang apatah lagi mempunyai kuasa dalam menentukan jumlah agihan kerusi untuk ketiga-tiga parti. "Yang dilihat paling dominan dalam pakatan pembangkang hanyalah seorang individu yang langsung tidak ada jawatan dalam parti sama ada sebagai presiden atau setiausaha agung sebaliknya hanya jawatan ketua umum yang diwujudkan sendiri dan tidak dipilih secara demokratik sebagaimana dilaksanakan dalam UMNO, MCA, MIC dan mana-mana kompenan BN." Dalam pilihan raya umum 2008, Pas bertanding di 66 kerusi parlimen tetapi hanya memenangi 23 kerusi sementara DAP dan PKR masing-masing bertanding 47 serta 97 kerusi dan masing-masing menang 28 dan 31 kerusi. - MediaUMNO |
Rakyat Perlu Terus Pelihara 3K Berkembar – Nazir Posted: 11 Jul 2012 02:29 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, 3K berkembar yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang amat bertepatan dan patut dihargai oleh setiap rakyat di negara ini. Katanya, 3K berkembar yang dijanjikan kerajaan buat rakyat iaitu keamanan dan keselamatan; kestabilan dan keharmonian; serta kemakmuran dan kemajuan adalah perkara penting yang perlu terus dijaga dan dikekalkan bagi memastikan negara ini terus berkembang dengan baik untuk rakyat berbilang kaum terus hidup aman dan harmoni. Selain itu jelasnya, negara ini juga adalah satu-satunya negara yang membuka pintu seluar-luasnya kepada golongan muda untuk berdialog dengan kerajaan secara terus bagi melahirkan pendapat dan rasa hati mereka. "Kita telah melalui zaman Tun Mahathir, zaman Tun Abdullah Badawi dan kini zaman Datuk Seri Najib di mana pada kita telah membentuk kerajaan yang lebih baik dari masa ke semasa. Perlu diingat, di dalam menjamin 3K berkembar ini terus berjaya, kestabilan politik dan perkembangan ekonomi perlu baik dan berjalan seiring. Negara yang mempunyai ekonomi yang baik akan dapat menjamin keamanan dan keselamatan. "Apabila ekonomi baik, kadar jenayah akan menurun. Kita ambil contoh negara Amerika… Walaupun ekonomi mereka baik tapi kadar jenayah mereka tinggi kerana tiada peluang pekerjaan untuk golongan muda. Greece pula negara dan rakyat mereka jatuh kerana rakyat mereka malas untuk bekerja dan peluang untuk golonga muda tiada. "Ianya amat berbeza dengan negara kita di mana kadar pengangguran hanyalah tiga peratus. Ini adalah bukti bahawa negara kita telah ditadbir dengan baik oleh Barisan Nasional (BN)," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah beliau, golongan muda sentiasa diberi peluang dan dihargai oleh kerajaan . “Oleh itu tiada sebab mengapa kita perlu tukar kerajaan dan menghancurkan apa yang telah selama ini kita nikmati. Keamanan dan keselamatan terjamin, kita hidup dalam kestabilan dan keharmonian, negara kita makmur walau berbilang kaum dan budaya serta bergerak maju walaupun ekonomi kita pernah jatuh. "Adakah kita sanggup menggadaikan semua ini semata-mata kerana sikap 'ingin mencuba' pemerintahan baru yang belum pasti hujung pangkalnya. Sekiranya peralihan pemerintahan ini berlaku, saya bimbang kita tidak mampu lagi untuk berpatah balik. Jadi rakyat perlu sedar dan bersyukur dengan apa yang kita ada dan nikmati selama ini," ujar Nazir. – MediaUMNO |
Kerajaan Sedia Garis Panduan Untuk Sektor Swasta Tubuh Pusat Asuhan Kanak-kanak Posted: 11 Jul 2012 02:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kementerian Sumber Manusia menyediakan satu buku panduan untuk rujukan sektor swasta yang ingin menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja, kawasan perumahan dan kawasan komuniti mengikut kesesuaian masing-masing, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan menteri berkenaan Datuk Maznah Mazlan berkata buku panduan bertajuk ‘Garis Panduan Pusat Asuhan Kanak-Kanak oleh Majikan Di Sektor Swasta’ akan membantu majikan mewujudkan kemudahan itu serta mematuhi peraturan. “Bagi mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing, Kementerian Sumber Manusia merancang beberapa pendekatan antaranya langkah mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak di kawasan industri bersesuaian dengan tanggungjawab social korporat dalam usaha mewujudkan masyarakat prihatin,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit mengenai mekanisme pelaksanaan Dasar Pekerja Domestik Tempatan untuk mengisi keperluan dan permintaan majikan bagi pembantu rumah tempatan ekoran masalah yang wujud untuk mendapatkan pembantu rumah dari negara sumber seperti Indonesia, Filipina, Kemboja dan negara-negara lain. Maznah berkata kementerian juga telah membuat persediaan untuk melatih tenaga kerja tempatan dalam bidang domestik dengan menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Nasional sebagai panduan untuk mencapai tahap kecekapan atau kompetensi melaksanakan satu-satu tugas dalam pekerjaan. “Dengan adanya standard ini, tenaga kerja tempatan boleh dilatih dan dengan persijilan ini dapat membina keyakinan di kalangan majikan dan menjadikan pekerjaaan pembantu rumah sebagai satu pekerjaan yang dihormati,” katanya. Namun, katanya, sambutan daripada rakyat tempatan untuk bekerja sebagai pembantu rumah tidak memberansangkan walaupun terdapat beberapa syarikat swasta tempatan yang ditauliah oleh kementerian untuk melatih tenaga tempatan di dalam bidang itu. “Kementerian akan terus mempertingkat usaha untuk menjadikan pembantu rumah satu pekerjaan yang diminati dan dihormati melalui tindakan penjenamaan semula pekerjaan pembantu rumah dengan memberi nama yang lebih sesuai, dan menyediakan bidang tugas, struktur gaji yang setimpal untuk perkhidmatan yang ditawarkan secara penuh masa, harian atau sambilan,” katanya. Untuk memantapkan pendekatan yang akan diambil, kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja sedang melaksanakan kajian mengenai penceburan rakyat tempatan dalam bidang pekerja domestik, katanya. |
Lebih RM26 Juta Saman Trafik Warganegara Asing Masih Tertunggak Posted: 11 Jul 2012 02:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kerajaan akan mengkaji tindakan sesuai terhadap pemilik kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak yang kini mencecah lebih RM26 juta, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Menjawab soalan Senator Datuk Chin Su Phin, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata sejak lima tahun lepas terdapat 263,265 saman bagi pelbagai kesalahan trafik membabitkan warga asing dengan nilai saman berjumlah RM26,326,500. Menjawab soalan oleh anggota yang sama, Lee berkata pelantikan ejen kutipan saman trafik oleh kementeriannya adalah bagi memudahkan orang ramai menjelaskan saman mereka tanpa perlu membanjiri pejabat polis daerah. “Perkara ini tidak membebankan rakyat memandangkan caj perkhidmatan yang dikenakan ejen berkenaan ditanggung oleh kerajaan,” katanya. Sebagai contoh, katanya Pos Malaysia Berhad yang dilantik sebagai ejen kutipan saman trafik mengenakan kadar caj perkhidmatan RM2 bagi setiap transaksi manakala caj bagi bayaran saman melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my ialah sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah pungutan bagi bayaran melalui kad kredit dan RM0.50 setiap transaksi bagi bayaran secara kad debit. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment