BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! AMUK DI JPM !!! MISTERI YANG BELUM DI RUNGKAI !!! BILA MISTERI INI BERAKHIR ???

Posted: 11 Jul 2012 02:10 PM PDT


Macam-macam andaian dibuat mengenai apa sebenarnya yang sebenarnya laku di Komplek B JPM Putrajaya Isnin lalu.Apa yang menjadi persoalan ramai tentulah kenapa mereka berdua,Khalil Afandi Hamid dan Muhdalina Ahmad pi serang tempat macam itu dengan senjata berbahaya.Kalau tengok dari facebook Kamal Afandi,dia mengaku sekolah menengah MRSM Pengkalan Chepa,antara sekolah asrama penuh terbaik negara Dan Muhdalina pula bekas penuntut UIAM, sudah bersuami dan mempunyai anak kecil,yang kata sumber kepada Agendadaily "Masih menyusu...".

Pelik memang pelik,macam mana orang-orang cerdik boleh jadi macam itu.Pi serang komplek strategik hendak gulingkan kerajaan hanya berdua dan bersenjata pedang samurai.Masuk akal ke ??? Polis pada Selasa keluar kenyataan bahawa mereka sedang kesan individu yang hantar pasangan tersebut ke JPM pada hari kejadian.Polis juga mengesahkan lelaki yang serang Komplek B tersebut adalah masalah mental.Bagi yang rajin search itu ini dalam internet,jumpa blog Kamal Afandi, jayanegara1234.blogspot.com, sekali baca pun kita tahu, ada benda yang tidak kena dengan mamat ini.

Dari cara dia tulis blog yang baru buka Mei lalu itu,Kamal rasa macam dia adalah 'The Chosen One'. Dia suka tengok filem sains fiksyen The Matrix dan beberapa lagi filem yang berkisar kepada kisah kepahlawanan seperti Highlander. Dalam blog itu, tulisannya sukar difahami dan melompat-lompat, mengambarkan 'state of mind' penulisnya. Semua pemimpin politik dia kutuk, PAS ke UMNO ke, termasuk mufti dan raja. Tulisannya mengutuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang katanya tinggal di rumah besar dan juga pemimpin PAS Datuk Dr Harun Din kerana memiliki kereta jenis Mercedes.

Kamal yang berasal dari Kampung Lindungan Jaya PJS Selangor semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM Serdang selepas selesai bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.Difahamkan,tiada saudara mara yang menghadiri pengkebumian tersebut, kerana dilarang oleh isterinya. Motif larangan tidak pulak diketahui kenapa.Jadinya,jenazah beliau disempurnakan oleh pihak polis dengan bantuan kakitangan UPM.Sementara itu,Muhdalina yang kini masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya dikatakan sangat taksub terhadap lelaki itu walaupun baru mengenalinya.Suaminya yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan isterinya terkena ilmu hitam lelaki berkenaan yang mendakwa Imam Mahadi.

"Saya tidak sangka dia sanggup mengikutnya walaupun baru mengenalinya beberapa hari lalu. Muhdalina tidak pernah berperangai pelik, tetapi dua tiga hari lalu dia berkelakuan aneh dan amat taksub terhadap lelaki berkenaan," katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Muhdalina dikawal rapi dua anggota polis wanita. Setakat petang semalam, tiada anggota keluarga dibenarkan menemuinya kecuali suaminya yang berkesempatan menyerahkan makanan kira-kira jam 1 tengahari.Wanita berkenaan meninggalkan dua anaknya bersama ibu bapanya di Kota Damansara pada Ahad lalu dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, Muhdalina cedera di peha kanan, manakala lelaki bersamanya,Khalil yang mendakwa Imam Mahadi mati ditembak.Bapa Muhdalena pula berkata, beliau sekeluarga masih terkejut dan sukar menerima hakikat pembabitan anak mereka.Ahmad Adam, 55,seorang peniaga nasi lemak,berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca laporan pembabitan anak keduanya itu di sebuah laman sosial.

"Saya hubungi telefonnya tetapi panggilan dijawab seorang anggota polis. Dia minta saya ke Balai Polis Putrajaya untuk memberi keterangan. Saya terkejut dan kecewa kerana walaupun dia belajar tinggi (lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi terjebak dalam kes itu.Walaupun tidak bersekolah agama sepenuhnya,dia memang belajar sedikit pasal Islam pada sebelah petang," katanya.

Beliau ditemui ketika cuba melawat anaknya, ditemani isteri,Siti Marliah Marjunid, 55,anaknya sulungnya, Ariffin serta dua anak Muhdalena,iaitu Mohd Fariz Kharizmi, 2 dan Mia Ratisya berusia setahun lebih.Bagaimanapun,mereka tidak dibenarkan melawat Muhdalena kerana difahamkan polis belum merekodkan keterangannya.Dia ditahan reman mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.Harap-harap banyak mesteri ini terungkai secepat mungkin supaya kita faham apa sebenarnya yang berlaku sehingga jadi yang yang terlah terjadi di Komplek B JPM Isnin lalu.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! PAS SERAH LEBIH 60 % KERUSI PARLIMEN KEPADA DAP DAN PKR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Jul 2012 08:30 AM PDT


Sudah hampir dua tahun Pas melaung-laungkan yang mereka akan ganti Umno dalam PRU akan datang.Apa-apa pun itu hanya retorik.Ini kerana Pas sendiri pun tidak menunjukkan keseriusan mereka untuk mengganti Umno kerana terlalu takutkan kepada DAP dan PKR.Sejak dua pilihanraya umum yang lepas jumlah kerusi parlimenyang ditandingi Umno adalah 117 kerusi.Tahun 2004 Umno menang 110 kerusi dari jumlah yang mereka masuk bertanding.Manakala tahun 2008 Umno menang 78 kerusi dari jumlah 114 yang mereka bertanding.

Manakala bagi Pas pula kerusi parlimen yang ditandingi mereka pada tahun 2004 adalah 84 kerusi dan menang hanya 6 kerusi. Untuk tahun 2008 pula Pas hanya bertanding di 66 kerusi dan menang 23.Untuk PRU akan datang Pas berhasrat untuk bertanding sebanyak 80 kerusi parlimen.Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Presiden Pas di Trengganu pada awal Julai 2012.

MARANG 1 Julai – PAS hari ini mengumumkan hasrat untuk bertanding 88 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.Menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,ianya sebagai cadangan parti dalam memastikan PAS sebagai tulang belakang pentadbiran Negara jika Pakatan menguasai kerusi Parlimen di Peringkat Parlimen.Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi.Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, PAS telah mempertaruhkan 66 kerusi Parlimen dan berjaya menguasai 23 daripadanya berbanding DAP dan PKR yang mendapat jumlah lebih besar. - Kl Pos

Itu baru hasrat Pas.DAP dan PKR belum lagi menyatakan hasrat mereka. Persoalannya, bagaimana Pas mengatakan mereka akan menggantikan Umno jika kerusi yang ditandingi Pas pun tidak setara dengan kerusi yang ditandingi Umno ??? Umno bertanding di 117 kerusi, manakala Pas BERHASRAT untuk bertanding 80 kerusi.Jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan sebanyak 222 kerusi. Umno sebagai tunjang kepada orang-orang melayu sebagai penduduk majoriti di negara ini, bertanding lebih dari 50 % dari kerusi yang dipertandingkan. Maka Pas boleh lupakan hasrat mereka untuk menggantikan Umno jika mereka hanya bertanding di 80 kerusi atau 36 %.

ANDA NAK LAGI KEBENARAN ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ANDA NAK TAHU BAGAIMANA NAK JADI PEMIMPIN SEPERTI @NAJIBRAZAK ??? JOM BACA !!!

Posted: 11 Jul 2012 05:00 AM PDT


Ketika di sekolah dan di pusat pengajian tinggi,kita didedahkan kepada 'debat' untuk meningkatkan keyakinan diri serta melatih minda untuk berfikir secara kritis.Sekali gus,membentuk keberanian dalam menyatakan pendapat dan mempertahankannya dengan hujah-hujah yang bernas.Maka,tidak dapat dinafikan bahawa debat boleh membentuk sikap kepimpinan.Hari ini,debat telah menjadi trend.Debat di antara pemimpin-pemimpin politik sepertimana yang diamalkan di Amerika mula menular ke Malaysia,negara dengan masyarakat yang suka meniru apa saja.Namun,orang Malaysia kadangkala tidak tahu tujuan sesuatu perkara itu dibuat dan hanya meniru secara buta tuli.Masalah mengenai debat ahli-ahli politik ini,yang menjadi tumpuan bukan isu sangat tetapi soal menonjolkan diri dan mencari publisiti.Ini kerana,debat dilihat sebagai alat terbaik untuk meningkat atau memulihkan populariti seseorang.Lihat sahaja bagaimana puak-puak pakatan haram masih menyorak yang Lim Guan Eng menang debat dengan Chua Soi Lek sedangkan dari segi inti atau hujah Lim Guan Eng ternyata kosong dan tidak berkredibiliti langsung.

Malang bagi sesebuah negara apabila masyarakat gagal melihat bahawa kepetahan berdebat bukan bukti yang seseorang itu mampu menjadi pemimpin yang baik.Kebanyakan tokoh-tokoh pemimpin hebat yang terakam dalam sejarah bukanlah seorang pendebat yang baik,tetapi pemikir yang serius di mana idea-idea mereka boleh dibaca dalam buku-buku tulisan mereka.Pemimpin yang petah bercakap selalunya hanya mampu menaikkan semangat rakyat tetapi untuk tujuan yang kabur.Sukarno,misalnya walaupun bijak meniupkan semangat tetapi akhirnya kecundang juga kerana tidak mampu membentuk Indonesia yang sejahtera dan makmur melalui kepetahannya bercakap.Malah,Idi Amin iaitu diktator Uganda yang kejam juga adalah seorang yang petah bercakap dan mematahkan hujah tetapi ternyata beliau menjadikan negaranya sebuah neraka dunia.

Sebaliknya,Ghandhi,Mandela,malah Tun Dr. Mahathir sendiri yang telah diiktiraf sebagai pemimpin bertaraf dunia walaupun lantang dan berani,tetapi mereka bukanlah pendebat.Idea- idea mereka dapat dibaca,dilihat,dirasai dan disentuh dan bukan didengar di pentas debat.Sudah menjadi kelaziman bagi manusia yang petah bercakap itu untuk kurang berfikir dan kurang bekerja.Malah Islam juga tidak menggalakkan kita lebih bercakap kerana ia mampu mengalpakan,selain menambahkan dosa. Kerana itulah tokoh-tokoh agung,lebih banyak mendengar,berfikir dan bekerja daripada bercakap.Hakikatnya,petah bercakap bukanlah kriteria utama seorang pemimpin yang baik.Jika kita ingin mencari pemimpin dengan cara menilainya berdebat maka kita mungkin akan membuat kesilapan sebagaimana Indonesia telah tersilap dengan Sukarno,Uganda tersilap dengan Idi Amin atau Filipina tersilap dengan Estrada,seorang pelakon yang bijak menarik hati ramai dengan bercakap.Jika pendebat boleh menjadi pemimpin,maka tentu ramai sekali budak-budak Universiti termasuk para graduan separuh masak,yang boleh diletakkan di kerusi Perdana Menteri.

Seorang pemimpin perlu ada karisma dan karisma terbentuk dari pandangannya yang jauh, kematangannya dalam menilai sesuatu perkara, keikhlasannya dalam bekerja, pemikirannya yang bernas dan kesungguhannya dalam memastikan segala idea-ideanya terlaksana.Semua ini adalah jauh lebih penting dari kepetahannya untuk berdebat.Perdana Menteri yang baik tidak harus terjebak dalam perdebatan tanpa tujuan yang pasti,kerana mencari publisiti bukan salah satu dari tugas utamanya.Jika beliau perlu mempertahankan apa-apa polisinya,menjelaskan aspirasinya atau menggariskan idea-ideanya,beliau boleh saja memastikan akhbar-akhbar mencetaknya dan televisyen mewar-warkannya.Beliau tidak perlu melakukannya dengan berdebat di televisyen semata-mata kerana musuhnya tidak ada kerja.

Walaubagaimanapun,kita faham kenapa seluruh jentera pakatan haram termasuk media-media mereka amat teruja dan bersungguh-sungguh ingin mengumpan Datuk Seri Najib agar berdebat dengan Anwar Ibrahim iaitu kerana ceramah,malah konvensyen PKR juga,sudah tidak mendapat sambutan lagi.Kita faham yang Anwar amat terdesak perlukan publisiti sekarang ini Dan kita juga faham bahawa Anwar sudah ketandusan isu untuk mengasak kerajaan.Maka,soal debat antara dirinya dengan Perdana Menteri perlu dicanangkan,sekadar untuk mencipta isu supaya namanya tidak tenggelam terus.saya harap agar Perdana Menteri tidak melayan dan membuang masa dengan orang seperti Anwar.Kami perlukan Datuk Seri Najib untuk bekerja bukan untuk berdebat.Biarkan Anwar berdebat seorang diri atau dengan cermin kerana memang itu sajalah kerjanya sejak dipecat sehingga sekarang.Rakyat cukup maklum bahawa walaupun Anwar petah bercakap,beliau tidak tahu bekerja.Kerana itulah ceramahnya sudah kurang sambutan selama ini, kerana rakyat sudah muak dengan cakap-cakapnya.Janganlah dipaksa kami mendengar lagi cakapnya di televisyen melalui rancangan debat atau apa saja,kerana kami sudah tidak sanggup lagi mendengar suaranya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! @KHAIRYKJ MEMBELASAH @ANWARIBRAHIM KAW-KAW !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 11 Jul 2012 01:30 AM PDT






APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BEKAS PEGAWAI NAK DEDAHKAN HUBUNGAN LIM GUAN ENG DAN PHAIK KHENG !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Jul 2012 10:00 PM PDT


Memandangkan pihak Guan Eng,Betty Chew dan Phaik Kheng sendiri enggan memberi penjelasan mengenai krisis yang melanda mereka,rakyat telah membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal Guan Eng dengan Phaik Kheng adalah benar dan Betty Chew menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng juga benar.Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap mereka yang mengelak malah Betty Chew yang meroyan apabila ditanya mengenainya.Namun,rakyat mungkin ada satu alasan lagi untuk mempercayai kisah skandal ini iaitu apabila seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan akan tampil untuk menceritakannya secara terperinci.

Pegawai ini dikatakan agak rapat dengan Phaik Kheng dan bersimpati dengan nasib beliau.Sumber-sumber menyatakan yang pegawai tersebut ingin membela Phaik Kheng yang kini dicemuh oleh rakan-rakan,penyokong dan pensimpati Betty Chew.Menurutnya,Phaik Kheng tidak wajar diperlakukan sedemikian kerana yang bersalah juga adalah Lim Guan Eng.Malah Lim Guan Eng juga dikatakan sudah berhenti berusaha untuk menghubungi Phaik Kheng yang mana menyebabkan Phaik Kheng terpaksa menanggung cemuhan ini sendirian.

Bila pendedahan akan dibuat dan bagaimana ia akan dibuat oleh pegawai tersebut tidak dapat dipastikan.Mungkinkah ia bakal menjadi kejutan di saat-saat akhir sebelum pilihanraya berlangsung ??? Sukar untuk diramalkan kerana pegawai tersebut juga dikatakan begitu bimbang akan tindakbalas dari pejabat Ketua Menteri sekiranya beliau benar-benar tampil membuat penjelasan.Bagaimanapun,sumber juga menyatakan bahawa pegawai tersebut adalah seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengaku kalah.Apapun,kita tunggu dan lihat sahaja dengan tenang.Kita harap,Betty Chew dan Guan Eng juga dapat bertenang dengan berita ini.hubungan mereka akan terbongkar !!!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HADI AWANG MENGAKU PAS LEBIH KUAT DARI PKR !!!

Posted: 10 Jul 2012 07:00 PM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan Sinar Harian mendakwa PAS lebih kuat dan bertanding lebih banyak kerusi berbanding dengan DAP dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

"PAS parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR).Kita (PAS) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya.

Namun,Abdul Hadi juga turut mengakui jawapan di atas merupakan andaian kerana pengagihan kuota kerusi parlimen pembangkang belum diputuskan secara rasmi dalam Pakatan Haram.Katanya jumlah sebenar kedudukan kerusi antara ketiga-tiga parti Pakatan Haram itu akan diketahui apabila tarikh PRU diumumkan.Abdul Hadi menambah satu lagi bukti kekuatan Pas adalah parti itu mempunyai ramai jentera dan bersedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain.

Jumlah kerusi kompenan Pakatan Haram yang bakal bertanding dalam PRU 13 menjadi tumpuan apabila Utusan Malaysia melaporkan DAP bakal bertanding 90 kerusi berbanding dengan PAS dan PKR yang masing-masing bertanding 66 kerusi.Dalam PRU ke-12,PKR mendapat kerusi parlimen yang majoriti dengan bertanding 97 kerusi dan menang 31 kerusiPAS pula bertanding 66 kerusi,menang 23 kerusi,manakala DAP bertanding 47 kerusi,menang 28 kerusi.Dengan kedudukan kerusi PKR tertinggi dalam Pakatan Haram,maka Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Selepas 16 September 2008,PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila YB Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru),YB Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru),Wee Choo Keong (Wangsa Maju),Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas.Dengan kehilangan 5 ahli parlimen itu,DAP menjadi kuasa majoriti di kalangan kompenan Pakatan Haram dengan mengekalkan kedudukan 31,diikuti PAS,28 kerusi dan PKR kembali ke kedudukan tercorot dengan 26 kerusi.Namun begitu,DAP tetap mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di parlimen dan sekaligus sebagai Ketua dalam PR.bayangkan kalau PRU 13 Pakatan Haram menang !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RONNIE LIU BATAL PERATURAN ASING PASANGAN BUKAN MUHRIM DI SELANGOR !!!

Posted: 10 Jul 2012 04:00 PM PDT


Ronnie Liu,Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Selangor membatalkan penguatkuasaan peraturan untuk memisahkan kedudukan lelaki dan wanita yang belum berkahwin ketika menonton wayang yang didakwa dibuat tanpa pengetahuannya.

"(Saya) Tak diberitahu, (saya) hanya mengetahuinya melalui laporan akhbar.Ini bertentangan dengan peraturan di seluruh Selangor," katanya di lobi bangunan DUN Selangor seperti dilaporkan Meloyakini.

Ronnie yang juga ADUN DAP Pandamaran berkata beliau telah mengarahkan dipertua majlis berkenaan supaya menangguhkan pelaksanaan arahan tersebut.Akhbar harian berbahasa Cina,China Press hari melaporkan bahawa panggung wayang di Kuala Selangor yang cuba untuk memperbaharui lesen mereka perlu menguatkuasakan peraturan pengasingan jantina.Menurut laporan itu,pemilik pawagam telah ditanya oleh ahli majlis daerah PAS untuk meletakkan tanda-tanda yang memberi nasihat kepada lelaki Muslim dan perempuan supaya duduk secara berasingan jika mereka tidak mempunyai hubungan darah.Walau bagaimanapun,bukan Islam tidak terjejas dengan peraturan itu.

Pada bulan Februari, akhbar harian berbahasa Inggeris,The Star melaporkan bahawa Adun PAS Bangi,Dr Shafie Abu Bakar telah mendesak agar pengharaman pawagam di Bangi,yang beliau dakwa sebagai boleh "merosakkan minda" anak-anak muda.Ronnie Liu seperti dilaporkan MStar akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Saya ingin menegaskan bahawa di Selangor kita tidak menggalakkan apa-apa polisi ataupun akta yang berunsur 'double standard'.Kalau satu peraturan yang dianggap baik dilaksanakan di sesuatu PBT…ia akan dilaksanakan di PBT lain,kita ingin mengelakkan 'double standard'," katanya.

ANDA LIHAT SENDIRI SIAPA YANG BERKUASA DI SELANOR ???

PAS YANG MINTA SEMUA TAK BAGI !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...