UMNO Online - “Rakyat Diajak Rebut Peluang Yang Disediakan Kerajaan” plus 9 more

UMNO Online - “Rakyat Diajak Rebut Peluang Yang Disediakan Kerajaan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Rakyat Diajak Rebut Peluang Yang Disediakan Kerajaan

Posted: 02 Jul 2012 04:00 AM PDT

TENOM, 2 Julai –  Usahawan Bumiputera terutama  golongan wanita di kawasan luar bandar perlu memantapkan usaha untuk mencapai kemajuan sejajar dengan era pembangunan pesat sekarang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom, Jamawi Jaafar  berkata, kerajaan telah menyediakan banyak peluang untuk diterokai oleh usahawan Bumiputera.

Justeru katanya, segala peluang termasuk kemudahan pinjaman kewangan dan kemahiran perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

"Saya yakin jika golongan usahawan kita  terutamanya wanita mampu mempertingkatkan usaha mereka sudah tentu kejayaan membanggakan dapat dicapai, sekali gus dapat membantu mempertingkatkan pendapatan bagi membantu suami menyara keluarga " katanya.

Berucap merasmikan  penubuhan Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) bagi Blok Inubai Tenom dekat sini baru-baru ini Jamawi  yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, berharap para usahawan di kawasan terbabit memanfaatkan kursus-kursus usahawan serta pinjaman yang disediakan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang sedia membantu  bagi mereka yang berhasrat menceburi bidang perniagaan  dan juga perusahaan kecil kecilan dan sederhana

Beliau menambah, pelbagai bidang usahawan atau perniagaan  dapat diusahakan lebih-lebih  daeah Tenom memiliki banyak sumber hasil mahsyulnya.

" Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom tetap akan memberi sokongan dari segi ilmu kemahiran dengan  mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi terbabit dalam bidang keusahawanan," katanya.

Menurut Jamawi baru-baru ini Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom telah menyalaras dengan menghantar seramai 150 peserta dari daerah Tenom kebanyakannya terdiri dari golongan wanita menyertai kursus Akhiri Zaman Miskin (1Azam) di Kota Kinabalu selama empat hari  bagi memberikan peluang dan ruang kepada mereka yang  terpilih dapat diberikan latihan kemahiran dan juga bantuan peralatan

Jamawi  menarik perhatian bahawa kursus terbabit merupakan landasan terbaik  bagi usahawan  khususnya dari daerah Tenom meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan terutamanya kursus membuat kek dan kueh mueh, andaman dan juga jahitan

"Saya percaya segala ilmu yang diperolehi dari kursus tersebut  dapat digunakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di kawasan ini, dan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom akan memantau perkembangan peserta selama enam bulan selepas mereka menyertai kursus tersebut " katanya.

Pemimpin Pembangkang Yang Dakwa Dibeli Adalah Sampah Yang Tidak Laku

Posted: 02 Jul 2012 03:56 AM PDT

Penulis agak tersentak bila membaca akhbar semalam mengenai Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada PKR, Azan Ismail yang mendakwa pernah ditawar jutaan ringgit oleh BN untuk lompat parti. Katanya, habuan itu ditawar oleh seorang individu yang ditemui di sebuah hotel pada 27 Januari 2010.

Penulis bukan tersentak kerana percayakan berita tersebut tetapi kerana pemikiran penulis menjadi kosong bila cuba mengingatkan siapakah Azan Ismail. Jarang sekali didengar namanya, jadi apakah signifikannya personaliti ini dalam politik Malaysia?

Jika menurut laporan akhbar tersebut, Azan ada mengatakan bahawa ada beberapa lagi ahli parlimen lain yang turut menerima tawaran lumayan yang sama dan mereka terdiri daripada wakil pembangkang yang dianggap berkualiti. Penulis ulangi, BERKUALITI.

Justeru, penulis tertanya-tanya bagaimana pula penulis tidak dapat mengingati seorang pemimpin pembangkang yang berkualiti dan benarkah ada pemimpin pembangkang yang berkualiti? Kerana tidak puas hati, penulis pun melayari nama Azan di internet.

Antara berita mengenai Azan yang paling popular ialah pada 29 April 2008 apabila beliau telah bertindak biadap apabila dengan sengaja tidak bersalam dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis rasmi. Lalu, penulis pun mendapat gambaran bahawa Azan adalah seorang manusia yang tidak dididik dengan adab, dan tidak tahu mengenai etika dalam majlis.

Berita lain mengenai Azan, penulis dapati dari sebuah laman web SuaraKuantan pada 20 May 2010 di mana rakyat Kuantan menyatakan pada Azan bahawa mereka telah bosan dengannya.

Suka penulis memetik kata-kata rakyat Kuantan di sini: "Kepada saudara Azan Ismail, kami pengundi di parlimen Indera Mahkota dah tak tau nak cakap macam mana. Jika saudara tidak boleh membantu kami, elok sahaja saudara letak jawatan sebagai ahli parlimen. Untuk makluman semua rakyat Malaysia, saudara Azan Ismail langsung tidak pernah menunaikan tamggungjawab sebagai ahli parlimen…"

Marah benar rakyat kawasannya terhadapnya sehingga melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar di mana tak sanggup untuk penulis petikkan kembali di sini.

Satu lagi berita mengenai Azan yang wajib diketahui semua ialah beliau telah ditolak oleh partinya sendiri. Pada 18 Jun lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau mencalonkan Lee Chean Chung untuk bertanding di kawasan Azan iaitu di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Alasan yang beliau beri ialah "Saya bukan penilai prestasi, tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya."

Bukankah ini merupakan isyarat jelas bahawa PKR sendiri menolak Azan dan menganggap beliau tidak mempunyai keperibadian dan akhlak yang 'memuaskan'?

Maka, inikah Azan Ismail yang kononnya 'berkualiti' sehingga mendapat tawaran lumayan untuk lompat parti? Apa kejadahnya BN ingin membeli Ahli Parlimen biadap, tidak berguna dan tidak berakhlak seperti Azan?

Sebenarnya, Azan telah menyedari yang dirinya sudah menjadi barangan yang tidak diperlukan dan kerana itu beliau berusaha menarik perhatian kepimpinan PKR dengan cuba bermain tarik tali.

Pesan penulis, jika Azan ingin bermain tarik tali, tak perlulah mengajak BN bermain sama kerana BN tidak perlu membeli sesiapa apatah lagi orang yang tidak berkualiti.

Sedangkan semua yang tidak berkualiti di dalam BN pun ramai yang sudah ditendang atau lari keluar dengan sendirinya seperti Kadir Sheikh Fadzir.

Justeru, Azan perlu terima hakikat bahawa orang yang tidak berkualiti adalah tidak laku, dan tempat mereka adalah di dalam tong sampah sahaja. Dan tong sampah itulah parti PKR yang mana Azan telah pun berada di dalamnya.

networkedblogs.com

Mahasiswa Perlu Berfikiran Terbuka, Terima Agenda Kerajaan Semasa – Muhyiddin

Posted: 02 Jul 2012 03:46 AM PDT

PUTRAJAYA, 2 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan mahasiswa agar berfikiran terbuka untuk menerima agenda kerajaan semasa.

Beliau berkata mahasiswa juga harus memikul tanggungjawab untuk memastikan kemakmuran yang dimiliki dan dinikmati hari ini berkekalan dan negara terus bergerak seiring dengan negara-negara maju yang lain.

“Sebagai pemangkin dan penggerak kepada agenda negara, mahasiswa harus membuat pertimbangan wajar demi kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhan.

“Saya percaya mahasiswa hari ini akan memilih yang terbaik untuk Malaysia dan akan berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang sedia ada,” katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mempengerusikan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 1/2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mesyuarat MPPK 1/2012 dihadiri 70 perwakilan daripada 20 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan 20 IPT swasta dari seluruh negara. MPPK merupakan satu platform yang diwujudkan sejak Oktober 1999 sebagai satu pengiktirafan terhadap para mahasiswa untuk memberikan idea dan pandangan.

Timbalan Perdana Menteri juga mahu mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin negara bijak merencanakan pelan dan melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasi.

“Saya menasihatkan mahasiwa agar melengkapkan diri dengan ilmu berkualiti, nilai murni, sahsiah tinggi untuk menjadi seorang insan yang baik dan bersikap patriotisme kepada negara,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berharap mesyuarat MPPK akan terus kekal menjadi platform untuk para mahasiswa menyampaikan pandangan kepada kerajaan dalam proses merencana agenda negara untuk masa depan.

Beliau berkata banyak pandangan dan cadangan yang dilontarkan oleh mahasiswa menerusi platform MPPK ini, termasuk peluang pekerjaan untuk para graduan IPT dalam pelbagai sektor di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara dan pelancaran portal Career for You.

“Melalui MPPK, kerajaan membuka peluang yang seluas-luasnya kepada para pemimpin mahasiswa sebagai peneraju masa depan negara untuk terlibat secara langsung dalam proses merencana agenda nasional,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan mengiktiraf peranan dan sumbangan mahasiswa sebagai rakan kongsi pembangunan negara.

Beliau berkata usaha-usaha yang diperkenalkan kerajaan seperti 1Malaysia For Youth dan Duta Universiti bertujuan untuk memperkasa para mahasiswa agar suara, idea dan pandangan mereka didengari dan dapat diperkukuhkan.

“Ini membuktikan kerajaan sentiasa mendengar dan ambil peduli kehadiran dan keberadaan anda semua sebagai penentu kepada kemajuan dan kejayaan negara,” katanya.

Mesyuarat pada Isnin yang dijalankan secara tertutup membincangkan tiga kertas kerja iaitu Cabaran Malaysia Dalam Mencapai Status Negara Maju Dan Berpendapatan Tinggi, Kesediaan Malaysia Sebagai Hab Pengajian Tinggi Antarabangsa dan Masa Depan Mahasiswa Aliran Pendidikan.

Tindakan Pas Bantah Pembinaan SAR Peristiwa Memalukan – Ustaz Syahrin

Posted: 02 Jul 2012 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Julai – Tindakan Pas yang sanggup bersekongkol dalam usaha menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman dilihat bermotifkan politik semata-mata dan memperlihatkan wajah sebenar parti yang kononnya melaung-laungkan sebuah parti Islam.

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Pemuda UMNO, Ustaz Syahrin Jamaluddin berkata sebagai sebuah parti yang melabelkan diri mereka sebagai sebuah parti Islam, tindakan berkenaan amatlah mengecewakan dan cukup memalukan.

Namun bagi beliau secara peribadi apa yang berlaku itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan tetapi sebaliknya menujukkan belang dan wajah sebenar mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan khususnya dalam isu Sekolah Agama Rakyat.

"Saya harap perkara ini dapat membuka mata rakyat terhadap sebuah parti yang siang dan malamnya tidak pernah lekang ayat-ayat suci kalamullah baik dalam ceramah dan sebagainya.

"Sepatutnya dalam soal-soal sedemikian, Pas perlu meletakkan kepentingan rakyat yang utama dan bukannya kepentingan politik kerana akhirnya yang akan menerima tempias adalah rakyat. Jadi bagi saya ini adalah satu petunjuk bagaimana mereka yang selama ini melaung-laungkan Islam rupa-rupanya sekadar ungkapan dan bukannya disusuli dengan satu bentuk tindakan yang konkrit khususnya untuk agama dan umat Islam sejagat," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Media sebelum ini melaporkan tindakan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan PKR membantah pembinaan SAR Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini atas alasan mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Pas dan PKR didakwa bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.

Ustaz Syahrin seterusnya menambah bukankah pembinaan SAR itu tujuannya amat baik dan cukup mulia yang mana ianya adalah untuk memberi pendidikan kepada anak-anak penduduk kawasan berkenaan.

"Ini sesuatu yang cukup malang malang……Dalam soal sebegini  Pas sepatutnya tampil bersama-sama mempertahankan pembinaan SAR terbabit dengan mengenepikan seketika perbezaan ideologi politik dan bukannya mempolitikkan semua benda.

"Apa pun kepada rakyat, inilah bezanya antara BN dan pembangkang khususnya Pas yang mahu mempolitikan semua benda dan bagi kita pula amat jelas BN  berpolitik untuk rakyat," katanya. -MediaUMNO

Persimpangan Bertingkat Seri Kembangan Lebuh Raya MEX Bernilai RM90 Juta Siap Awal 2015

Posted: 02 Jul 2012 03:38 AM PDT

SERI KEMBANGAN, 2 Julai – Sebuah persimpangan bertingkat akan dibina di Kilometer 16.5 Lebuh Raya Maju Expressways (MEX) di sini bagi menghubungkan lebuh raya itu dengan jalan negeri bagi menyelesaikan masalah trafik dan kesulitan akses keluar dan masuk lebuh raya itu oleh penduduk sekitar.

Persimpangan Bertingkat Seri Kembangan itu, yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 68,000 penduduk sekitar Seri Kembangan, dijangka siap pembinaannya awal 2015.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata kos keseluruhan bagi pembinaan itu adalah RM90 juta, di mana RM70 juta adalah kos pembinaan struktur dan RM20 juta lagi adalah kos pengambilalihan tanah.

“Dengan adanya persimpangan ini nanti, penduduk di sini tidak perlu lagi ke Putrajaya yang jaraknya lebih 10 kilometer untuk memasuki lebuh raya ini,” katanya selepas lawatan kerja ke tapak pembinaan persimpangan bertingkat itu di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Shaziman berkata walaupun pada mulanya pembinaan persimpangan bertingkat itu dijadual pada tahun depan, namun ia dapat diawalkan kerana sebahagian besar tanah yang diperlukan adalah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) yang telahpun memberikan kebenaran untuk memulakan projek itu.

Beliau berkata hanya 20 hingga 30 peratus tanah yang diperlukan iaitu kira-kira lapan hektar adalah milik persendirian, yang akan cuba diambil alih dalam masa terdekat oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian.

“Projek ini diminta oleh bukan sahaja 68,000 penduduknya tetapi juga oleh beberapa syarikat swasta yang besar, sekolah antarabangsa, kerajaan negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) jadi dengan adanya sokongan mereka ini dan permintaan yang besar saya percaya tidak akan ada masalah dari segi pengambilalihan tanah,” katanya.

Shaziman berkata caj tol yang dicadangkan untuk pengguna persimpangan bertingkat itu adalah RM2.20 untuk laluan ke dan dari Kuala Lumpur, manakala perjalanan dari dan ke Putrajaya tidak dikenakan bayaran kerana mereka akan dikenakan bayaran di Plaza Tol Putrajaya.

Sementara itu, Liow berkata MCA Serdang telahpun berjuang untuk mendapatkan persimpangan bertingkat itu sejak 2006 setelah melihat permintaan penduduk yang semakin meningkat.

“Kita bangga ia dapat diselesai dengan cara yang terbaik dan kita dapat pastikan bahawa projek ini dapat berjalan lancar dan memanfaatkan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Lebuhraya MEX sepanjang 42 kilometer bermula dari Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur dibina bagi menyediakan laluan terus kepada pengguna dari Kuala Lumpur ke Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Pada masa ini, ia mempunyai lima persimpangan bertingkat iaitu di Bulatan Kampung Pandan, Salak Selatan, Kuchai Lama, Bukit Jalil dan Putrajaya, dengan dua plaza tol iaitu di Salak Selatan (RM1.50) dan Putrajaya (2.50).

Untuk lima bulan pertama tahun ini, lebih 12 juta kenderaan melalui lebuhraya tersebut, dengan purata harian sebanyak 81,139 kenderaan.

Anwar Tidak Saman Murad, Khuatir Makan Diri

Posted: 02 Jul 2012 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menfailkan saman terhadap bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akuan seperti yang dilaporkan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata, sudah menjadi lumrah kepada Anwar bahawa beliau tidak akan menyaman sesiapa atau mana-mana pihak yang dianggap boleh memberi kesan negatif kepada dirinya walaupun individu terbabit  mendedahkan salah laku Anwar sebelum ini.

"Sehingga sekarang tiada tindakan yang diambil oleh Anwar terhadap Murad berhubung pendedahan yang dibuat, ini bukanlah sesuatu perkara yang pelik atau luar biasa kerana mungkin beliau khuatir lebih banyak perkara lain yang akan didedahkan oleh Murad terhadap dirinya.

"Cara yang terbaik kepada dirinya adalah dengan mendiamkan diri, beliau khuatir jika membuka mulut nanti lebih banyak perkara yang terbongkar ini belum menjejaskan peluangnya pada pilihan raya nanti," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Menurutnya, seperti yang diketahui umum, sebelum ini Anwar akan menyaman sesiapa sahaja jika ada pihak yang cuba memburuk-burukkan dirinya termasuk seperti apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Mahahir Mohamad.

"Dalam suasana pilihan raya yang semakin hampir, Anwar akan cuba sedaya upaya untuk mengelak dirinya dari terus menjadi tumpuan masyarakat, dan cara yang terbaik pada dirinya adalah mendiamkan diri.

"Selain itu, Anwar juga akan cuba mengalihkan tumpuan rakyat terhadap dirinya dengan membangkitkan isu lain seperti apa yang cuba dilakukan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Mazlan berkata, apa yang berlaku itu bukanlah sesuatu yang baru kepada Anwar kerana sudah banyak kali beliau melakuan perkara yang serupa terhadap apa sahaja yang membabitkan dirinya.

"Jika individu itu tidak berkepentingan pada dirinya, beliau akan ambil tindakan undang atau menyamannya, seperti Murad beliau amat berhati-hati kerana salah tindakan akan memakan dirinya," katanya. -MediaUMNO

Beli Ahli Parlimen : Pembangkang Jangan Lupa Misi Pembohongan 16 September

Posted: 02 Jul 2012 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Julai – Pembangkang hari ini dilihat semakin nazak hingga terpaksa menjaja isu-isu murahan termasuk dakwaan kononnya ada Ahli Parlimen mereka cuba dibeli Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata mereka sengaja mensensasikan cerita berkenaan sedangkan pada hakikatnya seluruh negara tahu bagaimana peristiwa 16 September 2008 yang kononnya akan berlaku peralihan kerajaan pada waktu tersebut.

Menurut beliau peristiwa 16 September menujukkan bagaimana cubaan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang sah dan pada waktu tersebut, mereka cukup ghairah sehinggakan 'mengejar' Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan bagi menjayakan hasrat berkenaan.

"Apakah mereka lupa peristiwa berkenaan… Jangan fikir perkara jahat yang mereka buat akan dibuat oleh pihak lain.  Lagi pun kalau kita lihat pemimpin pembangkang yang didakwa hendak dibeli adalah pemimpin terbuang yang parti dia sendiri pun tak mau.

“Ini hanyalah satu permainan politik pembangkang terutama ahli parlimen yang buat dakwaan itu yang saya rasa menjangkakan dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh partinya sendiri.  Dengan membuat dakwaan sedemikian dia mungkin fikir saham dia akan naik balik di kalangan parti pembangkang," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha BN Sabah taktik atau dakwaan sedemikian bukanlah satu perkara baru sebaliknya telah lama diamalkan oleh pembangkang yang sedaya upaya untuk memburukkan kerajaan.

Dengan memberikan contoh isu keracunan Arsenik terhadap Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ketika, Rahman seterusnya menjelaskan bagaimana pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja strategi demi menjayakan cita-cita mereka.

"Sekarang ini mereka sudah kehabisan isu untuk dipolitikkan…jadi terpaksalah rekacipta dan ulang tayang cerita-cerita lama dengan harapan rakyat akan terpengaruh. Namun mungkin  mereka lupa rakyat tentunya tidak akan melupakan kepada peristiwa pembohongan besar-besaran 16 September yang akan terpahat dalam sejarah negara," katanya. -MediaUMNO

E-Bidding Has Reduced ‘Lobbyists’ Bribery In Building Industry, Says MACC

Posted: 02 Jul 2012 02:51 AM PDT

KUALA TERENGGANU, July 2  – The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will increase its monitoring of bribery in the country’s building industry, particularly of lobbyists behind facades such as consultants and middlemen.

Its chief commissioner Datuk Seri Abu Kassim Mohamed said that although such cases have recorded a decline since the government introduced e-bidding, there was still room for improvement.

“Through this system, tenders are conducted with transparency and important parties do not meet at all.

“Middlemen are important for certain bidders but they cannot digress too much from their original roles,” he said at a press conference after opening a construction seminar on integrity development at the Terengganu Trade Centre here today.

About 220 contractors from around the state attended the seminar organised by the Construction Industry Development Board and MACC, aimed at creating awareness on the dangers of bribery in the construction industry.

Abu Kassim noted that the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 has managed to stem widespread bribery but emphasised that continuous efforts would be made to improve further.

Jakim Will Not Compromise On Display Of Its Halal Logo And Certificate

Posted: 02 Jul 2012 01:28 AM PDT

KUANTAN, July 2 – The Malaysia Islamic Development Department (Jakim) will not compromise with eatery operators who have still not applied for the Jakim halal logo and certificate for display at their premises as they have been given ample time to do so.

Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharom said Jakim had given the operators six months to obtain the halal logo and certificate following the amendment to the Trade Description Act 1972 which came into effect on Jan 1, 2012.

“The government will enforce the display of the halal logo and certificate issued by Jakim and the State Islamic Religious Department (Main) as the six-month grace period has come to an end.

“Eatery operators and businesses involving pharmaceutical and cosmetic products should have changed their halal logo and certificate issued by other agencies for the ones from Jakim within the six-month period given,” he said after opening a seminar on ‘Understanding Wasatiyyah and the 1Malaysia Concept’, here, today.

According to him, 62 personnel authorised by the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry would act against premises who fail to  display the Jakim or Main halal logo and certificate and still displaying those issued by other agencies.

Asked about complaints on delay in handling applications from business operators for the Jakim halal logo and certificate, he said the applications should be made directly to Jakim or via online.

“Any new application, which has met the conditions set by Jakim, will take only about a month to be approved while an application for renewal of the halal certificate will take about an hour to be approved.

“Therefore, there is no more excuse for business operators not to adhere to the ruling on the halal logo and certificate as they will face legal action for non-compliance,” he said.

Earlier, in his speech, Jamil Khir said understanding of the concept of wasatiyyah (moderation) needed to occur at all levels of society including the grassroots.

“This is to avoid confusion over wasatiyyah in realising the 1Malaysia concept, which is often manipulated by irresponsible quarters who try to divide the Muslim community in this country,” he said.

Datuk Farida Mohd Ali Pangku Jawatan KP JPA

Posted: 02 Jul 2012 01:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Datuk Farida Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa pada Ahad.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkandi sini pada Isnin mengenai jawatan itu yang kosong berikutan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan pada Ahad.

Ali turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...