BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ISU AIR !!! KHALID GAGAP KENA HENTAM KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Jul 2012 08:30 AM PDT


Persatuan Air Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn) amat bimbang atas apa yang sedang berlaku kepada bekalan air.Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) melaporkan bahawa cuaca kering dan panas berpanjangan di Lembah Klang telah menyebabkan satu peningkatan luar biasa dalam permintaan air melebihi kapasiti pengeluaran maksimum loji rawatan air.Ia juga melaporkan bahawa kejadian ini telah mengakibatkan dalam pengguna-pengguna di beberapa bahagian Selangor mengalami masalah kekurangan air atau gangguan tidak dijadualkan dan tekanan air yang rendah.

Dari data diterbit oleh Syabas,permintaan air biasa di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya telah meningkat kepada 4,329mld (juta liter setiap hari),berbanding dengan keupayaan operasi maksimum boleh diagihkan loji rawatan air 4,371mld,termasuk keupayaan dari empangan Sungai Labu yang baru.Ini dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat kapasiti simpanan hampir sifar bagi menampung mana-mana kenaikan tanpa diduga.dalam permintaan air terutama semasa tempoh-tempoh permintaan memuncak. Keadaan ini dengan jelas menyebabkan kemerosotan serius simpanan atau takungan air dirawat ke suatu tahap sangat rendah, bagi tempoh-tempoh permintaan puncak.

Dalam perkara ini,Kerajaan Selangor nampaknya tidak sedar keadaan semasa,masih lagi mengatakan kesemua empangan di negeri itu measih penuh dan para pengguna tidak akan menghadapi kekurangan air.Malah mencadangkan mengambil alih bekalan air dari Syabas.Kerajaan negeri tampak keliru apabila ia merujuk kepada ketujuh empangan-empangan di Selangor yang fungsi sebenarnya adalah untuk menyimpan air permukaan atau air mentah sewaktu musim hujan.Syabas merujuk kepada empangan atau takungan air yang menyimpan air yang dirawat untuk membekalkan kepada para pengguna.

Kedua,kerajaan negeri tiada kepakaran dalam pengambilalihan bekalan air.Sepatutnya kerajaan negeri mendengar nasihat dan cadangan pihak berkuasa yang berkaitan dan pengendali atau operator air dan bertindak lebih bertanggungjawab.Jika kekeliruan dan salah faham isu air ini berterusan,ia akan membawa kepada krisis air utama lebih buruk daripada daripada tahun 1998 yang berakhir enam bulan dan menjejaskan tujuh kawasan dan 1.8 juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.SWAn amat memahami kekurangan air dirawat yang sedang berlaku,Syabas telah mencadangkan beberapa projek dan langkah-langkah menjadi diambil untuk mengelakkan satu krisis air.

Bagaimanapun,selain beberapa projek-projek yang sangat kritikal telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat,kerajaan negeri Selangor masih membekukan perbelanjaan modal sementara menunggu penstrukturan semula industri air di Selangor.Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan mewakili sebilangan besar pengguna air termasuk industri,SWAn akan bertemu kerajaan negeri,kerajaan Pusat Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membincangkan penyelesaian terbaik dan persediaan sepatutnya jika sekali lagi satu krisis air akan berlaku di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya.Bagi pihak pengguna air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya,SWAn mendesak kerajaan Pusat,kementerian dan SPAN untuk memberikan prioriti terhadap isu penting ini.

ALDRIC LOONG KIM YEW
Vice-president
Water Association of Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya (SWAN)

KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM GUNA PAK KIYAI DAN GUS DUR UNTUK HALANG @NAJIBRAZAK MENJADI PM HARI INI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Jul 2012 05:00 AM PDT


Politik menghalalkan cara dan licik yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang baru.Depan cakap lain,belakang buat lain sudah menjadi lumrah yang difahami sebilangan besar veteran UMNO.Mengapa Anwar berani berbuat demikian,kerana politik liciknya disulami dengan limpahan wang politik wang bagi meraih sokongan terhadap dirinya.Pak Ghaffar,bekas Timbalan Perdana Menteri,adalah salah seorang mangsa yang menjadi korban politik oleh Anwar Ibrahim,seperti mana yang berlaku pada pemilihan UMNO 1993.Dalam menjelang pemilihan berkenaan,Anwar pernah melafazkan untuk tidak bertanding melawan jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang oleh Pak Ghaffar.Namun,itu hanyalah politik Anwar,yang akhirnya telah menyingkirkan Pak Ghaffar pada pemilihan tersebut.Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa Wan Azizah telah bertemu dengan Pak Lah bagi tujuan membebaskan Anwar Ibrahim yang pada ketika itu meringkuk di dalam penjara.Ezam Md Nor ketika itu (kini YB Senator) menjadi "mastermind" yang menjayakan misi ini.Dalam pertemuan tersebut,Wan Azizah menggunakan senjata "airmata" bagi merayu agar Anwar dibebaskan.

Difahamkan,Pak Lah,yang lebih dikenali sebagai "Mr. Nice Guy" telah mengeluarkan arahan untuk membebaskan Anwar Ibrahim serta merta Dan sejak itulah,Anwar Ibrahim telah mengatur langkah terbaru dalam cita-cita politiknya.Ibarat "babi hutan yang terlepas di tengah kota, hampir semua hendak disondolnya".Serakah dan sikap tidak tahu berterima kasih Anwar terserlah apabila mengarahkan Ezam Md Nor menggunakan jentera parti untuk "menyerang" Pak Lah,orang yang bertanggungjawab membebaskannya. Begitulah Anwar Ibrahim, individu yang mementingkan dirinya,tanpa sekelumit pun rasa bersalah atas apa yang dilakukannya.Rupanya,serangan kepada Pak Lah itu sebenarnya sekadar "dummy",kerana Anwar berjumpa Pak Lah untuk menceritakan "keadaan sebenar". Anwar bermain politik.

Sasaran sebenar Anwar Ibrahim ialah Najib Razak.Anwar telah mengarahkan Ezam untuk bertemu Pak Lah bagi menghalang DS Najib dari dilantik menjadi Perdana Menteri kerana khuatir kredibiliti dan kebolehan anak kepada Tun Razak itu memimpin bakal menghalang cita-cita politiknya.Bukan itu sahaja,Anwar juga berjaya menggunakan watak "sesumpahnya" untuk memperdayakan seorang Pak Kiyai dari Pesantren Sunan Drajat dan Gus Dur yang digunakan untuk mempengaruhi keputusan Pak Lah.Mungkin ramai yang masih ingat,peristiwa lawatan Pak Lah ke satu sekolah pondok (madrasah) di Sijangkang,Selangor,di mana Anwar juga tiba-tiba berada di situ. Kedua-dua pemimpin ini makan tengahari bersama.

Apa yang berlaku bukanlah kebetulan,akan tetapi perancangan rapi Anwar untuk bertemu dengan Pak Lah bagi meyakinkan bahawa Najib Razak bukanlah calon PM yang sesuai.Mungkin sahaja Anwar tidak terlepas dari mempengaruhi Tuan Guru madrasah berkenaan agar membantunya meyakinkan Pak Lah.Namun,kuasa Allah Taala, Anwar gagal dalam misinya dan Najib Razak,melalui penyerahan kuasa, telah dilantik menjadi Perdana Menteri.Hakikatnya,kita mengetahui bahawa Anwar Ibrahim sangat memandang tinggi keupayaan Najib Razak untuk memimpin.Anwar juga tahu kualiti yang ada pada Najib Razak untuk mengurustadbir negara.Anwar sedar,cita-cita menjadi Perdana Menteri "at all cost" berdepan ranjau berduri buat sekian kalinya.Maka,serangan ke arah Najib sudah mula dihalakan sejak Najib berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi.Isu Altantuya menjadi hangat,namun segalanya terbongkar,dari tuduhan Rosmah Mansur berada ditempat kejadian,sehinggalah pengakuan penulis fitnah berkenaan.Allah maha berkuasa.

Kekhuatiran Anwar itu menjadi kenyataan, apabila terbukti,dibawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Najib Razak telah membawa Malaysia ke satu tahap ekonomi yang cukup berdaya saing,sehinggakan memperkenalkan pelbagai insentif dibawah bumbung 1 Malaysia seperti BR1M,SL1M,KR1M dan banyak lagi.Sedang Najib Razak memacu Malaysia ke puncak jaya,Anwar Ibrahim pula mengheret negara ke lembah kehinaan dengan meletakkan untung nasib rakyat Malaysia di tangan Yahudi Zionis Laknatullah dengan perkataan "I support all effort to protect the safety of the state of Israel". - Selangor Daily

ISU PTPTN !!! PAKATAN HARAM MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! PINJAM SENANG PULANG TAK NAK BAHAGIAN KE 3 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Jul 2012 01:30 AM PDT


sebelum ini bahagian pertama dan ke 2 saya dah keluar kan.jom sambung lagi fakta yang seterusnya untuk bahagian ke 3 ataupun yang terakhir.Islam mewajibkan setiap umat Muhamad s.a.w. menuntut ilmu.Hanya dengan ilmu umat Islam akan mampu memanafaat umur yang dikurniakan oleh Allah serta memanafaatkan diri mereka kepada insan lain.Bukanlah anjuran Nabi s.a.w. untuk umatnya kufur kepada nikmat serta rahmat yang telah Allah kurniakan.Semua institusi yang terlibat telah menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin dalam menyediakan peluang mencari ilmu,tempat mencari ilmu serta kemudahan untuk mencari ilmu.

Keredhaan serta rahmat-Nya dapat dilihat dari usaha tersebut di mana negara bertambah maju apabila rakyatnya semakin berilmu.Untuk memperoleh kejayaan ia perlukan usaha serta komitmen. Keinginan tanpa usaha hanyalah angan-angan dan kejayaan tanpa komitmen tidak akan mendatangkan hasil yang terbaik. Dengan penyediaan tempat serta pinjaman PTPTN bagi memudahkan masyarakat Islam khususnya menuntut ilmu,sebahagian dari cabaran serta 'hurdle' telah dapat diatasi manakala sebahagianya lagi ialah usaha dan komitmen mereka barulah boleh mengharap keredhaan dari Allah.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

Bagaimana mungkin jika peluang menuntut ilmu di institusi pengajian telah diguna sebaik mungkin,kemudahan pinjaman membiaya pengajian telah dimanafaat sepenuhnya tetapi tanggungjawab melunas pinjaman diabaikan ??? Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang telah dijadikan sebagai motivasi bila hutang pinjaman PTPTN 'dihadiahkan' dengan menukar pinjaman kepada biasiswa kepada peminjam namun bagi yang gagal memperoleh pencapaian akademik, hutang akan tetap menjadi hutang walau sebesar mana jumlahnya.

Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri." – riwayat Ibnu Majah no. 2410.Yang dicari bukan saja ilmu untuk kebaikan dunia tetapi juga akhirat. Adalah tanggungjawab setiap peminjan untuk melunas segala hutang piutang mereka.

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a. berkata Nabi s.a.w bersabda :

"Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya." - riwayat Muslim No. 1886,Ahmad No. 7051.

Walau sejauh mana kejayaan yang diperolehi,walau sekukuh mana kedudukan seorang peminjam tetapi di sisi Allah seseorang peminjam yang engkar melunas hutang akan tetap dalam kerugian baik di dunia mau pun di akhirat.

ANDA NAK LIHAT KEMBALI BAHAGIAN PERTAMA ???

KLIK DI SINI

UNTUK SETERUSNYA

ANDA NAK LIHAT BAHAGIAN KE 2 ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KEPADA SUARAM !!! BIAR LAH ALTANTUYA BERSEMADI DENGAN TENANG !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Jul 2012 10:00 PM PDT


Sekali menipu,selamanya penipu.Itulah SUARAM.SUARAM nekad untuk terus menipu walaupun penipuan mereka mengenai kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya telah terdedah.Nampaknya penipuan SUARAM terlalu mendalam di mana mereka tidak dapat lagi keluar darinya dan satu-satunya jalan yang tinggal ialah untuk terus menuju ke dasar.sebenarnya,SUARAM perlu terus menipu kerana Pilihanraya Umum semakin hampir, tetapi sekurang-kurangnya,SUARAM perlu memikirkan penipuan yang lebih baik ataupun mengetahui bila untuk berhenti menipu,iaitu sebelum penipuan itu menjadi terlalu besar sehingga tidak terkawal lagi.SUARAM juga telah hilang kawalan atas penipuan mereka sendiri apabila penipuan mereka semakin mudah untuk dikesan,malah melucukan.Contohnya,SUARAM menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk gambar bahawa Altantuya berada di Perancis pada tahun 2007 yang mana portal Meloyakini begitu teruja untuk membantu menyebarkannya di internet.Tetapi,bahagian yang menyeramkan mengenai penipuan ini ialah : Altantuya telah dibunuh pada tahun 2006.

Bagaimana SUARAM boleh terlepas pandang fakta penting ini iaitu kunci segala penipuan mereka sendiri ???

SUARAM mungkin sedikit panik dalam usaha mereka untuk meyakinkan orang ramai di ketika kredibiliti mereka sendiri telah hancur lebur.Penyiasatan polis Perancis telah mendedahkan bahawa orang yang bernama Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis di antara tahun 1999 hingga 2006 yang mana mengesahkan bahawa mendiang tidak pernah terlibat dalam urusniaga kapal selam sama ada sekadar menemani mana-mana VIP ataupun sebagai penterjemah sepertimana yang didakwa oleh SUARAM.seperti yang disahkan oleh bekas Pengurus Jualan DCNS,Mr. Fredric Faura,semua urusan pembelian dilakukan dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.Mungkin SUARAM cuba untuk mencabar pihak berkuasa agar mengambil tindakan ke atas mereka dengan harapan ia boleh digunakan untuk meyakinkan orang ramai bahawa kerajaan benar-benar mempunyai rahsia yang perlu ditutup dalam kes ini.Tetapi kerajaan Malaysia bukanlah bodoh,begitu juga kerajaan dan pihak berkuasa Perancis,termasuk hakim,polis dan pegawai imigresen mereka.

Pihak Perancis tentu telah mengesan ketibaan Altantuya jika benar mendiang memasuki negara tersebut sebelum kematiannya.Kecualilah jika mendiang memasuki negara itu selepas kematiannya sepertimana yang diwar-warkan oleh SUARAM/Meloyakini.Mungkinkah mendiang telah 'terbang secara ghaib' dan 'menjelma' di dataran di tengah-tengah kota Paris lalu menyuruh seseorang mengambil gambarnya sebelum menyerahkannya kepada SUARAM dan Meloyakini.Ini tentulah tidak masuk akal sama sekali.Justeru itu,SUARAM perlulah menyusun kembali cerita ini sebelum menceritakan semula kepada kita agar penipuan ini nampak masuk akal sedikit.Sebenarnya,ramai yang berminat untuk mendengar cerita SUARAM seterusnya kerana ia agak menyeronokkan melihat bagaimana kisah ini dibelit, diterbalikkan,dipusing sebelum tertepek kembali ke muka SUARAM.Namun,secara rasionalnya,saya menasihatkan SUARAM agar berhentilah membodohkan diri sendiri.saya menasihati sedemikian bukanlah kerana saya merasa kasihan kepada SUARAM,tetapi bukankah sudah sampai masanya kita membiarkan Altantuya bersemadi dengan tenang ???

Jika apa yang SUARAM katakan adalah benar iaitu terdapat sesuatu yang 'pelik' dalam urusniaga kapal selam,maka biarlah mahkamah Perancis menentukannya.Tidak perlu sebarang publisiti murah bagi sesuatu yang sedang di dalam siasatan.Kecualilah jika apa yang dikatakan 'pelik' itu tidak berlaku dan SUARAM memang sengaja mencari publisiti murah dan bodoh yang disangkanya dapat memberi sedikit keuntungan politik kepada pihak Pakatan Haram

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! ANGKARA POLITIK RAKUS,UNISEL BAKAL JADI GAJAH PUTIH - @NOHOMAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Jul 2012 07:00 PM PDT


Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat negeri Selangor.Malangnya hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila kerajaan negeri PKR mengambil alih pentadbiran pada pilihan raya umum yang lalu,lantas mempolitikkan semua perkara termasuklah aspek pendidikan.Inilah dosa paling besar kerajaan pimpinan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang rakus kuasa apabila mempolitikkan perjalanan Unisel dan bakal menjadikan universiti terulung di negeri ini sebagai gajah putih.

Tindakan Abdul Khalid itu jelas apabila melantik individu dari kalangan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang banyak mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan di universiti berkenaan.

Ahli politik dimaksudkan ialah:

1) Faekah Hussin- Setiausaha Politik Menteri Besar
2) Dato Rashid Din - Ahli Parlimen Merbok ( PKR )
3) Che Rosli Che Mat- Ahli Parlimen Hulu Langat ( Pas)

Keadaan ini sama sekali tidak pernah berlaku pada zaman BN yang tidak pernah melantik ahli politik dalam Lembaga Pengarah kerana lebih mengutamakan kualiti pendidikan dan modal insan sehingga berjaya meletakkan Unisel setaraf dengan universiti awam dan swasta yang lain.Naib Canselor,Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan 2 Ogos tahun lalu kerana tidak tahan dengan tekanan politik dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di universiti itu.Beliau yang menggantikan Profesor Datuk Dr Razali Agus pernah berazam ketika mula-mula menjawat jawatan berkenaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik akhirnya terpaksa mengalah.Dua pegawai kanan iaitu bekas Dekan Fakulti Perniagaan,Prof Dr Khalifah Othman dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah meletak jawatan kerana ketidakadilan terhadap mereka.Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan peletakan jawatan tindakan dua Ahli Lembaga Pengarah kerana tekanan politik iaitu:

1) Datuk Adnan Alias - Bekas Pensyarah UKM
2) Datuk Dr Mohammad Ariffin Aton - Bekas CEO Sirim-Penyelidik

Dengan pengunduran Adnan dan Mohammad Ariffin, jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang tinggal hanya 8 orang dengan tiga daripadanya adalah Ahli Politik daripada PAS dan PKR.Selain Ahli Lembaga Pengarah,salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) juga adalah aktivitis politik Pas yang aktif dan pernah dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.Seorang lagi TNC berdepan dengan dakwaan salah laku berkaitan kes rogol seorang pelajar ketika menjawat jawatan sebagai dekan di UPM Serdang.Abdul Khalid mengetahui kes tersebut namun demi menjaga kepentingan kroni,beliau hanya memekakkan telinga.Tindakan itu menyebabkan ibu bapa bimbang menghantar anak-panak belajar ke Unisel.Kos pentadbiran meningkat,sebaliknya jumlah pelajar semakin berkurangan.Ini menyebabkan Unisel menanggung kerugian.Kerajaan negeri melantik tiga TNC dengan gred gaji Jusa B.Jawatan Pendaftar Kanan turut diwujudkan dengan gred gaji Jusa B.(lihat perbandingan di bawah).

BN

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

Seorang TNC - Gred gaji Jusa B

Seorang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Pakatan Pembangkang

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

3 TNC - Gred gaji Jusa B

1 Pendaftar Kanan - Gred gaji Jusa B

1 orang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Berdasarkan bukti ini,saya cabar Abdul Khalid mengumumkan kedudukan kewangan Unisel.Saya beri tempoh seminggu untuk beliau berbuat demikian.Rakyat perlu mengetahui bahawa kerajaan negeri hanya 'auta' sahaja dan mereka lebih kemaruk berpolitik untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa memikirkan kebajikan dan pembangunan rakyat.

Datuk Seri Noh Omar,

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor

@PDRMSIA !!! TOLONG TANGKAP UNCLE SEEKERS !!! BELIAU DI RASUK HANTU KERANA MENGHINA SULTAN JOHOR !!!

Posted: 01 Jul 2012 04:50 PM PDT


Tiga puluh individu hari semalam membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi,hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.Bernama Melaporkan,Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari semalam di Balai Polis Sentral bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor,pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.Wakil kesemua individu berkenaan,seorang peniaga,Khairil Azlishah Jalil,32,ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan.Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.

ISU FAEKAH DAN RAFIZI RAMLI !!! ANWAR IBRAHIM NAK ELAK ISU RM3 BILION ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Jul 2012 04:00 PM PDT


Penulis baru dimaklumkan akan perkara ini melalui seseorang yang punya hubungan dengan SUK Selangor.Sejauh mana kebenaran ini,terpulang kepada anda untuk menilai.Kisah RM3 billion yang "dilarikan" oleh Anwar Ibrahim merupakan sesuatu yang sukar dinafikan oleh seluruh jentera PKR. Sudah menjadi kebiasaan di dalam Pakatan,jika ia melibatkan Anwar,maka akan turunlah seluruh jentera mereka untuk mempertahankan Anwar.Modus operandi ini cukup popular sewaktu zaman Ezam Md Nor memimpin jentera suatu ketika dahulu.Namun,tidak akan selamanya mereka teguh berdiri di belakang Anwar.Begitulah situasi yang sedang berlaku sekarang apabila jentera Pakatan semakin muak dengan satu persatu isu yang melingkari Anwar. Apatah lagi ia melibatkan wang sebanyak itu.

Yang cukup memeningkan kepala ialah akuan bersumpah dari bekas Penolong Gabenor Negara,Datuk Abdul Murad Khalid yang mengakui bahawa akuan sumpah yang dibuat olehnya 13 tahun lalu adalah benar. Akuan sumpah berkenaan telah mengaitkan nama Anwar Ibrahim sebagai salah seorang yang memberi arahan dalam beberapa pembayaran bernilai jutaan ringgit kepada beberapa penama.Seolah,tiada lagi ruang untuk mempertahankan Anwar.Perlu diingatkan, akuan bersumpah adalah "senjata" yang sering digunakan oleh Anwar sebelum ini.Oleh yang demikian,penulis dimaklumkan bahawa jentera Anwar telah memikirkan beberapa cara untuk memastikan isu ini dapat dialihkan segera.Antaranya ialah melalui Anwarista yang menguasai PAS dengan membangkitkan isu penangguhan haji demi pilihanraya untuk mencipta isu terbaru.Perlu diingatkan, isu penangguhan haji ini dibangkitkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang lagi pemain politik yang cukup dikenali telah "tunduk" kepada Anwarista. Kenyataan itu sendiri telah menyebabkan kepimpinan PAS bergegar dan terkedu.Persoalannya,siapakah di belakang kenyataan jumud berkenaan?

Menyedari isu berkenaan tidak cukup kuat kerana isu RM3 billion masih lagi berlegar dan desakan dari pelbagai pihak termasuklah beberapa badan bukan kerajaan, gelombang dalaman "pecat Faekah Husin" pula diwujudkan.Tatkala isu berkenaan di peringkat awal, panasnya belum lagi mencapai maksimum,timbul pula satu lagi isu – perletakkan jawatan Rafizi Ramli.Apa yang cuba dibangkitkan ialah persoalan hubungan desakan pemecatan Faekah dengan perletakkan jawatan Rafizi.Rakyat dihidangkan dengan pelbagai persoalan dengan dua isu ini.Tentunya banyak perkara yang akan dibangkitkan, diperbicangkan berkaitan dengan kedua-dua isu berkenaan.Pastinya,akan ada lagi pemain-pemain politik yang tampil untuk "memanjangkan" hayat kedua-dua isu ini sehingga Ramadan bertukar Syawal, dan seterusnya.Sedang sibuk rakyat dibuai dengan isu ini,Azmin selaku pendesak agar PRU dipercepatkan akan terus memainkan peranannya.Harapannya ialah PRU berlaku dalam masa terdekat.

Oleh yang demikian,isu RM3 billion ini tidak sempat untuk difikirkan dan dibincangkan. Tentunya ia memberi manfaat yang besar kepada Anwar Ibrahim kerana PRU akan berlangsung.Sudah ada tanda-tanda bahawa "mood" pemain politik lebih gemar menceritakan tentang hubungan desakan pemecatan Faekah dan perletakkan jawatan Rafizi. Tanpa sedar, mereka sebenarnya telah terpedaya dengan isu asal yang bakal membungkam cita-cita Anwar iaitu : Ke mana RM3 billion yang dirompak dari rakyat? - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...