UMNO Online - “Penjawat Awam Perlu Lebih Kreatif Dan Inovatif – PM” plus 9 more |
- Penjawat Awam Perlu Lebih Kreatif Dan Inovatif – PM
- Hina Pemimpin DAP, Pas.. Anwar Didesak Buat Pengakuan
- Jika DAP Dominan, Pakatan Ikut Dasar DAP Bukan Lagi Buku Jingga
- Sambutan Hari Kemerdekaan Akan Serlah Penglibatan Masyarakat Pelbagai Kaum
- Antara Air Dan Lebuh Raya, Mana Satu Lebih Penting Untuk Rakyat Kelantan?
- Anwar Harus Segera Bersara, Tidak Perlu Tunggu PRU 13 – Shafie
- Nik Aziz, Kit Siang, Hadi, Karpal Pemimpin Lepas Zaman, Perlu Letak Jawatan
- Pilihanraya Serentak Untuk Manfaat Rakyat – Liew Vui Keong
- Judiaciary Should Be Respected, Not Humiliated – Chief Justice
- Tokoh Budayawan Azah Aziz Meninggal Dunia
Penjawat Awam Perlu Lebih Kreatif Dan Inovatif – PM Posted: 09 Jul 2012 05:41 AM PDT PUTRAJAYA: Penjawat awam perlu menampilkan pelaksanaan tugas yang lebih kreatif dan inovatif bagi menyahut cabaran untuk memenuhi jangkaan rakyat yang semakin bertambah kompleks, pelbagai dan sentiasa berubah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkhidmatan awam merupakan tonggak kepada usaha memastikan dasar negara dilaksanakan, demi mencapai matlamat kerajaan untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Beliau berkata persekitaran hari ini jauh lebih berbeza berbanding satu ketika dahulu, yang menuntut kerjasama dan komitmen padu serta jitu daripada segenap lapisan pentadbiran. “Kita berdepan dengan rakyat Malaysia yang mempunyai jangkaan dan harapan yang tidak macam dahulu dan perubahan ini disebabkan kejayaan kita menyediakan peluang pendidikan yang semakin tinggi, akses kepada pendidikan yang cukup luas. Pendedahan maklumat kini mungkin sudah terlalu banyak,” katanya semasa berucap pada majlis Dialog Perdana Perkhidmatan Awam di sini, Isnin. Najib berkata sebagai pendukung sebuah pentadbiran, penjawat tidak ada pilihan selain daripada memacu kemampuan untuk menghasilkan sistem penyampaian yang lebih berkesan, pantas dan efektif. Sementara itu, Perdana Menteri berkata Malaysia boleh berbangga kerana semasa persekitaran ekonomi negara Eurozone dan United Kingdom berada dalam keadaan tidak menentu, keadaannya tidak begitu ketara di Malaysia ketika ini. “Mana tidaknya, mana-mana kami pergi, saya dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pergi, semua minta tambahan peruntukan,” katanya dan menambah sektor pembinaan pula terus menyerlah tanpa menunjukkan tanda-tanda pertumbuhannya terjejas. “Tapi kita juga perlu realistik, misalnya kita perlu pelaburan luar negara, kalau dunia menjurus ke arah krisis ekonomi, sudah tentu saluran bagi pelaburan baru akan berkurangan,” katanya. Najib berkata walaupun sudah menempa banyak kejayaan, namun perjalanan Malaysia masih jauh dan beliau percaya masih ada ruang untuk penjawat awam terus melakukan penambahbaikan, dan menurutnya perubahan itu perlu merupakan satu ‘lonjakan berganda’. Katanya sebab itu, beliau sering menggesa dan mencabar semua, termasuk dirinya sendiri, untuk memikirkan idea yang lebih kreatif dan inovatif yang boleh ditampilkan untuk membawa penambahbaikan sebenar, dan tidak boleh menjalankan tugas seperti kebiasaannya. Najib berkata harapan dan jangkaan rakyat kini berubah dan pelbagai, apabila masyarakat di seluruh negara rata-rata berubah mengikut arus urbanisasi, yang membawa lebih banyak cabaran kepada sistem penyampaian, di samping menuntut penyesuaian dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab penjawat awam. Menurutnya jika suatu ketika dahulu apa yang dipentingkan adalah keperluan asas seperti jalan raya, bekalan air dan eletrik, kini tuntutannya lebih pelbagai seperti usaha cegah jenayah, kebebasan dan layanan perkhidmatan. Beliau berkata sebagai kerajaan, pentadbirannya tidak boleh menawarkan sesuatu yang retorik, tetapi perlu memberi bantuan yang jelas dan nyata yang sampai terus kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia dan banyak lagi. Perdana Menteri berkata kerajaan juga tidak boleh berbelanja sewenang-wenangnya kerana perlu bersandarkan kepada perbelanjaan yang berhemah. “Kalau nak tambah perbelanjaan sekalipun, kita kena ‘wujudkan kekayaan’ kena cari sumber baru,” katanya. Lebih 500 penjawat awam dari seluruh negara hadir pada majlis dialog anjuran Razak School of Government, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri itu, yang diagendakan khusus sebagai platform utama untuk memastikan perkhidmatan awam Malaysia menjadi teras, tunjang dan tonggak hadapan dalam proses anjakan transformasi yang pesat ketika ini. Majlis turut dihadiri Muhyiddin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. |
Hina Pemimpin DAP, Pas.. Anwar Didesak Buat Pengakuan Posted: 09 Jul 2012 05:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Julai – Sebuah parti politik pada Isnin mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membuat pengakuan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin pakatan pembangkang pada 2008. Zamil Ibrahim, yang mendakwa dirinya presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), berkata beliau mempunyai rakaman video cakera padat (VCD) selama 5 minit 20 saat yang dikatakan dirakam seorang pemimpin cabang parti PKR menggunakan telefon bimbit. Beliau mendakwa rakaman VCD itu menunjukkan Anwar, yang berada dalam satu mesyuarat PKR, menghina parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR). “Justeru, saya minta Anwar mengaku dengan jujur dan memberitahu rakyat bahawa pada 9 Jan 2008, beliau pernah menghina PAS dan DAP dalam mesyuarat tertutup PKR di Yayasan Aman, Penanti di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. “Saya akan dedahkan rakaman VCD ini pada masa terdekat jika Anwar tidak mahu mengaku,” katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin. Bagaimanpun, Zamil tidak menunjukkan kandungan VCD itu kepada media. |
Jika DAP Dominan, Pakatan Ikut Dasar DAP Bukan Lagi Buku Jingga Posted: 09 Jul 2012 03:43 AM PDT KUALA LUMPUR 9 Julai – DAP dilihat akan menjadi dominan berbanding sekutunya Pas dan PKR jika benar dakwaan parti tersebut bakal bertanding di 90 kawasan parlimen pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim. Namun beliau meminta semua pihak tidak terlalu cepat menghukum sebaliknya memerlukan penjelasan lanjut daripada parti berkenaan termasuklah dalam soal nisbah kaum yang akan mewakili mereka. "Ini masih berasaskan kepada andaian…. saya tidak tahu ianya betul atau tidak tetapi yang pertama disentuh tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah kerusi yang ditandingi agak logik kerana kawasan majoriti kaum Cina yang biasa mereka bertanding ditambah dengan kawasan kerusi bercampur membolehkan jumlah berkenaan dicapai. "Kita jangan terlalu cepat menghukum tetapi saya nak tahu 90 kawasan itu berapa ramai kaum Melayu, Cina dan India yang akan mewakili DAP. Mungkin 90 itu dibahagikan secara rata atau pun 80 Melayu dan 10 Cina saya tidak tahu. "Tetapi apa yang penting mereka berideologikan DAP, maka DAP akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan mereka dan yang paling saya nak tahu apa reaksi Pas dan PKR kerana mereka juga mendakwa yang mereka sebenarnya menjadi ketua pakatan tersebut. "Kalau ikut komposisi kerusi jelas DAP yang menguasainya dan Pas serta PKR yang kurang kerusi makin terus mengecil selepas menang nanti. Bagaimana kumpulan kecil mahu menguasai kumpulan yang besar. Jadi ini satu perkara yang sangat menarik untuk ditunggu dan selebihnya dasar negara akan bergantung lebih kepada perjuangan DAP," katanya kepada UMNO-Online. Akhbar hari ini melaporkan DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen. Maklumat mengenai perkara itu didedahkan oleh sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net. Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah jika itulah realitinya kelak, Pas dan PKR boleh melupakan perjuangan mereka termasuklah buku yang diagung-agungkan oleh parti pembangkang iaitu Buku Jingga. "Dasar negara akan jadi dasar DAP jika mereka diberikan mandat untuk menjaga negara. Pas dan PKR sekadar cukupkan jumlah……Lupakanlah tentang perjuangan Pas dan lupakanlah perjuangan PKR yang tidak berapa ada itu kerana yang akan menentukan coraknya nanti adalah DAP. Apa juga falsafah perjuangan DAP akan jadi teras kepada pentadbiran Malaysia pada ketika itu. Itu yang kita cuba nafikan. "Sebab itu kita kena ingat dasar negara hari ini adalah dasar BN. Kita tentukan kerusi bertanding bawah tiket BN walaupun mereka cuba mengelirukan rakyat dengan membuat tohmahan UMNO sebagai "big brother", tetapi UMNO tidak bertanding pilihan raya. Yang bertanding pilihan raya adalah BN. "Berbanding dengan mereka yang akan menentukan dasar adalah DAP kerana mereka bertanding di bawah tiket DAP. Buku Jingga hanyalah untuk dapatkan sokongan dan bila dah jadi kerajaan belum tentu akan diikut. BN belum pernah bentangkan apa juga buku atau dasar yang berbeza sebelum pilihan raya sebab kita mesyuarat daripada awal," katanya. Razali seterusnya percaya DAP tidak mahu kepada Buku Jingga kerana buku berkenaan tidak lengkap dan tidak tepat. "Mereka bersetuju dengan Buku Jingga tetapi komposisi waktu bertanding tidak bermakna buku itu menjadi kenyataan dan saya percaya DAP tidak mahu Buku Jingga sebab buku itu tidak lengkap dan tidak tepat. DAP pun tahu. Kalau kita tengok di dewan rakyat saya tidak nampak DAP mempertahankan Buku Jingga…..apatah lagi bila mereka berkausa nanti. Dia boleh ubah," katanya. Terdahulu sebelum itu beliau yang juga Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO menyaksikan majlis penyerahan pelatih MANTAP II (Mahasiswa Turun Bersama Ahli Parlimen) yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Dewan Sri Endon, PWTC. Menurut Razali seramai 70 mahasiswa terlibat menjayakan program tersebut yang mana mahasiswa berkenaan akan berkhidmat dengan Ahli Parlimen BN daripada UMNO selama sebulan. "Mereka ini terdiri daripada kumpulan kedua dan mereka akan diberi ruang dan peluang untuk menilai serta melihat tugas-tugas wakil rayat dalam melaksanakan tugas mereka terhadap rakyat. "Ini sekaligus memberi peluang kepada mahasiswa untuk mencari pengalaman dan mereka diberikan tugas sebagai penilai kepada Ahli Parlimen dan begitulah sebaliknya. Pada kali ini mereka akan ditempatkan di pusat khidmat wakil rakyat," katanya. -MediaUMNO |
Sambutan Hari Kemerdekaan Akan Serlah Penglibatan Masyarakat Pelbagai Kaum Posted: 09 Jul 2012 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Julai – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada tahun ini akan menyerlahkan penglibatan masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan sambutan Hari Kibarkan Jalur Gemilang pada 17 Julai ini bagi seluruh negara yang akan membabitkan tiga tempat mewakili tiga kaum utama di negara ini, di Kuala Lumpur. Katanya tiga tempat itu ialah Brickfields mewakili masyarakat kaum India, Jalan Petaling (Tionghua) dan Kampung Baru (Melayu). “Sabah dan Sarawak bagi kaum Iban dan Kadazan serta golongan minoriti yang berada di kedua-dua negeri tersebut. “Sehubungan itu, semua negeri dipohon supaya mengibarkan Jalur Gemilang mulai 17 Julai sehingga Hari Malaysia, pada 16 September,” katanya selepas menyerahkan peruntukan khas dan Jalur Gemilang kepada 13 wakil kerajaan negeri, hari ini. Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, di sini. Rais turut meminta rakyat supaya menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang, tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik masing-masing. Katanya langkah itu bagi mewujudkan perasaan cinta dan mengikat silaturahim di antara satu sama lain di bawah naungan dan lembayung bendera Malaysia. Mengenai signifikan tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini - 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati, beliau berkata Perdana Menteri memperjuang program transformasi yang faedahnya telah diterima oleh masyarakat seperti pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan sebagainya. “Sebab itu kita tarik perhatian rakyat. Apabila kita berusia 55 tahun, maka semua janji kita selesai, janji yang dibuat oleh para pemimpin terdahulu dan janji yang dibuat oleh pemimpin kita sekarang,” katanya. Mengenai peruntukan khas kepada kerajaan negeri, Rais berkata sumbangan RM150,000 diberikan kepada setiap negeri bagi menjayakan sambutan sempena Hari Kemerdekaan dan menyemarakkan semangat patriotisme di seluruh negara. |
Antara Air Dan Lebuh Raya, Mana Satu Lebih Penting Untuk Rakyat Kelantan? Posted: 09 Jul 2012 03:22 AM PDT Status Nik Aziz sebagai 'dewata' Pas seumur hidup semua orang sudah tahu. Kalau tak kerana iman, mahu juga di tengah-tengah Kota Baharu didirikan patung Nik Aziz duduk sambil pakai tongkat. Dulu khabarnya pernah dicadangkan seseorang, tapi ditolak Nik Aziz mentah-mentah, bukan takut dosa tapi takut undi tak masuk, "nanti orge UMNO canang ambo tuhe, mampuh ambo!!", bunyinya macam itulah. Tapi sehebat mana pun Nik Aziz seperti diangkat penyokongnya sendiri, otaknya tidaklah sebijak mana. Buktinya bila Nik Aziz tak nampak keperluan mana lebih utama untuk rakyat Kelantan yang dah diperintah Pas selama 22 tahun, air atau lebuhraya? Yang lebih patut diutamakan ialah menyelesaikan masalah air tapi Nik Aziz, buat highway pulak yang diutamakan dulu. Dulu, pertengahan 90-an, RM 600 juta dah disumbangkan kerajaan pusat kepada Nik Aziz (pinjaman mudah) tapi masalah air masih tak selesai, ini nak cerita projek lebuhraya yang bernilai RM 1.8 billion pulak lagi? Dari mana dicekaunya duit sebanyak itu (dalam konteks negeri semiskin Kelantan) dan kalau benar pun ada wang sebanyak itu, kenapa tidak ditumpu untuk menyelesaikan masalah air yang menghambat penduduk Kelantan sejak sekian lama? Lainlah kalau Nik Aziz dah putus harap dengan rakyat dalam negeri Kelantan itu sendiri, sebaliknya lebih nak jaga hati dan beli jiwa orang Kelantan yang berjuta duduk di luar ni. Sebab itu diutamakan lebuhraya supaya bila puak-puak ini balik negeri, tak ada komplen pasal jem dan sebagainya. Penolakan rakyat Kelantan terhadap kerajaan Nik Aziz dek masalah air ini bukan rahsia lagi dah, semua orang tahu itu. Nik Aziz berharap undi dari luar Kelantan saja untuk survive berpuluh tahun. Maklum, puak ini minum air keladak sesekali (bila balik bercuti) saja, paling tidak 2 kali setahun. Yang naya dan sengsara ialah orang yang tinggal duk dalam negeri itu le. Dahlah air keladak, HIV tertinggi pulak. Kalau penulis dalam situasi itu, elok akil baligh saja, cabutlah keluar. Nasib baik bukan asal Kelantan. Jadi ini kelemahan Nik Aziz sebagai pemimpin. Walaupun Husam Musa yang hebat pukul canang dalam soal highway ini, tapi Nik Aziz ketua merangkap MB, dialah yang layak dipersoalkan kewajaran membina prasarana awam yang tidak selari dengan keperluan rakyat. Air ini penting. Ada kajian menunjukkan, selain kurangnya peluang pekerjaan, antara sebab ramai orang muda Kelantan lari ke luar ialah kerana masalah air. Mana tahan mandi, minum air keladak berpuluh-puluh tahun. "Sesekali tahanlah, dah selalu baik aku cabut", katanya. Jadi kalau RM 1.8 billion ini digunakan untuk menyelesaikan masalah air buat selama-lamanya di Kelantan, penulis percaya pelaburan masuk akan bertumpu di negeri tersebut kerana prasarana sudah lengkap, seterusnya menghalang migrasi PADI (pendatang asing dengan izin), dari Kelantan ke luar ni untuk mencari peluang pekerjaan yang tersangat kurang di negeri yang 'subur' itu (peratus kelahiran tinggi). Selain menyebabkan masalah sosial, kebanjiran PADI ini semua menutup peluang anak tempatan nak cari makan. Dah tak pasal-pasal anak tempatan pulak terpaksa berhijrah ke tempat lain (selain Kelantan), untuk cari pekerjaan. Nak bersaing dengan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) lagi, manalah cukup peluang pekerjaan? Kalaupun ada kesan tidak baiknya dari pengurangan migrasi PADI ini, stadium dimana perlawanan bolasepak membabitkan pasukan Kelantan di luar Kota Bharu diadakan, tak penuh dengan baju merah seperti sekarang. Tapi takpela kan, asal rakyat gembira, air jernih, air bersih. Ini highway yang diutamakan dulu, bukan boleh minum pun highway tu. mykmu.net |
Anwar Harus Segera Bersara, Tidak Perlu Tunggu PRU 13 – Shafie Posted: 09 Jul 2012 03:17 AM PDT KOTA MARUDU, 9 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk bersara dari dunia politik. Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya rakyat negara ini tidak bergantung hanya kepada seorang individu bagi membela masa depan mereka. “Saya yakin rakyat Malaysia khususnya Sabah lebih percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding Anwar dan jika dia mahu bersara tidak perlu tunggu sehingga selepas pilihan raya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Moginakan Kimaragang peringkat negeri Sabah anjuran Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu di Kampung Samparita, Ulu Bengkoka, kira-kira 30 kilometer dari pekan Kota Marudu di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13 dan akan kembali mengajar. Mohd Shafie yakin masyarakat di luar bandar khususnya di Sabah lebih mengagumi kewibawaan Najib untuk membela nasib mereka berbanding pentadbiran parti pembangkang di beberapa buah negeri yang mengalami pelbagai masalah seperti Selangor dan Kelantan. Menurutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa pembangunan yang berterusan kepada rakyat di negara ini khususnya masyarakat luar Bandar dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur. |
Nik Aziz, Kit Siang, Hadi, Karpal Pemimpin Lepas Zaman, Perlu Letak Jawatan Posted: 09 Jul 2012 02:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Julai – Bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang patut meletakkan jawatan, tetapi kesemua pemimpin Pakatan Rakyat, seperti Datuk Nik Aziz, Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga perlu meletakkan jawatan masing-masing sekiranya Pakatan Pembangkang kalah dalam PRU ke 13 akan datang ini. Menurut Ahli Parlimen Kuala Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Karpal Singh perlu meletakkan jawatan bersama-sama Ketua Pembangkang sekiranya mereka kalah dalam PRU ke 13 ini. "Tapi bagi saya, lebih baik mereka ini bersara awal. Tak payah tunggu kalah pilihanraya. Pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang har ini semuanya sudah lanjut usia. Sepatutnya dalam usia mereka seperti hari ini, Anwar, Nik Aziz dan Haji Hadi lebih layak untuk menjadi penasihat parti. "Biarkan orang-orang muda pula menjadi pemimpin dan menetapkan hala tuju parti. Sudah berpuluh tahun, mereka memegang jawatan itu seolah-olah tidak ada yang layak di kalangan orang yang lebih muda untuk menggantikan tempat mereka," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Hari ini, pemikiran dan prinsip yang dipegang oleh para pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi selari dengan kehendak generasi kepimpinan muda dalam Pakatan Pembangkang. "Mereka ini semuanya pemimpin yang sudah melepas zaman. Sebagai contoh Karpal Singh. Beliau sudah berpuluh tahun memegang jawatan. Hari ini, kita semua maklum kesihatannya tidak berapa stabil sejak kebelakangan ini. Sepatutnya beliau meletakkan jawatannya dan menumpukan kepada kesihatannya. "Begitu juga dengan Nik Aziz. Sudah lebih 20 tahun beliau memegang jawatan MB Kelantan. Tapi hari ini, kalau kita dengar kenyataan-kenyataan Nik Aziz, kita jadi risau. Kata-kata beliau hari ini tidak dapat dipegang. Setiap minit berlaku perubahan. Sekarang kata macam ini, sekejap lagi dia kata macam lain pula. Beliau sejak akhir-akhir ini dilihat semakin teruk kenyataannya yang seringkali bercanggah sesama sendiri, sehingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada rakyat," ujarnya. Tambah beliau lagi, pemimpin-pemimpin lama Pakatan Pembangkang ini sepatutnya mencontohi sikap mantan Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi yang secara genteleman melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada pemimpin lain apabila sudah tiba masanya. "Sepatutnya mereka melepaskan jawatan ini kepada pemimpin-pemimpin pembangkang dari golongan muda yang mempunyai idea dan cara pemikiran yang baik, serta sama-sama boleh memberikan sumbangan kepada rakyat. "Contohnya seperti YB Nasharuddin Mat Isa. Beliau bagi saya seorang pemimpin pembangkang yang berfikiran terbuka dan ikhlas untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Pemimpin-pemimpin seperti ini perlu memimpin Pakatan Pembangkang, kerana ada kalanya kita mungkin perlu bekerjasama untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat," kata beliau. -MediaUMNO |
Pilihanraya Serentak Untuk Manfaat Rakyat – Liew Vui Keong Posted: 09 Jul 2012 12:50 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Julai – Semua pemimpin parti politik termasuk pembangkang perlu mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit. Katanya, proses pengundian serentak dapat memberi fokus untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat dan bukannya memperjuang dasar-dasar politik semata-mata, di samping dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa. “Dalam undang-undang membenarkan mana-mana kerajaan memerintah atau kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut tarikh yang mereka suka. Namun, adalah lebih baik sekiranya semua parti politik dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri serentak dengan Parlimen dalam pilihan raya ke-13 nanti,” katanya. Liew berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Chew Lee Giok yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan negeri mempunyai hak untuk menentukan tarikh pilihan raya umum sendiri tanpa mengikut tarikh pilihan raya yang ditetapkan oleh kerajaan pusat. Menjawab soalan tambahan Chew, Liew berkata: “Pihak kerajaan memang diberi kuasa untuk membubarkan Parlimen sebelum genap mandat lima tahun dan Fasal 3 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan pula memberi kuasa kepada parti kerajaan untuk menentukan tarikh pilihan raya. Ada pihak mengatakan lima tahun bermakna lima tahun. “Pada pandangan saya, kita tidak boleh terikat kepada mandat lima tahun kerana ada kalanya, sekiranya berlaku krisis seperti undi tidak yakin kepada kerajaan ataupun ahli-ahli kerajaan keluar dari parti, maka Parlimen boleh dibubarkan.” Menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin sama ada Kerajaan Persekutuan sedia berunding dengan kerajaan negeri (yang dikuasai oleh pembangkang) untuk bermuafakat mengenai tarikh pilihan raya, Liew berkata Kerajaan Persekutuan sedia berjumpa untuk berbincang dengan kerajaan negeri tersebut untuk mengadakan pilihan raya serentak demi kebaikan rakyat jelata. Pada Sabtu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata satu perbincangan bersama Peguam Negara akan diadakan bagi berbincang cadangan memastikan pilihan raya umum diadakan setelah tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun. |
Judiaciary Should Be Respected, Not Humiliated – Chief Justice Posted: 09 Jul 2012 12:39 AM PDT KOTA BAHARU, July 9 – Everyone can give their opinion on the country’s judiciary or any judicial decision but not to the extent of insulting the institution. Chief Justice Tun Arifin Zakaria said like in other countries such as England, for example, the people were free to give their opinion because, indirectly, this could bring an improvement to the existing judicial system. “It is good to give such opinions and this can assist us to develop our law. You can also write but not to the extent of committing contempt of court, for example. “We are open and such criticism is normal, and we often hear that there are court decisions that are illogical and so on. Show proof if the judges’ decisions are unfair, biased or if there are elements of bribery involved. Prove it…don’t just talk,” he told reporters after opening the 46th Conference of the Malaysian Judges Council, here today. Also present were Court of Appeal President Tan Sri Raus Sharif, Chief Judge of Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin and the Chief Judge of Sabah and Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum. Arifin said as judges, they could not defend themselves against such allegations and this was not fair to the judges. He said the instruction that judges should not forge close relations with politicians and businessmen was to avoid negative perception on the judiciary. “Some of the politicians and businessmen are involved in court cases. This instruction aims to prevent such things (biasness),” he said. Commenting on the statement by former Chief Justice, Tun Zaki Azmi, that the prime minister and members of the cabinet had never given any instruction to the judiciary, Arifin said the statement was true. Meanwhile commenting on the conference attended by 120 judges throughout the country, the Chief Justice said the objective was to enable the judges to exchange views aimed at improving the judiciary further. |
Tokoh Budayawan Azah Aziz Meninggal Dunia Posted: 09 Jul 2012 12:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara tokoh budayawan Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz, yang meninggal dunia hari ini. Arwah yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Seri Dr. Zeti Akhtar Abdul Aziz meninggal dunia pada usia 84 tahun. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. – MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment