BADUT RAKYAT |
- HOT !!! VIDEO LELAKI MENGAMUK KENA TEMBAK TERSEBAR !!!
- HOT NEWS !!! LELAKI YANG MENGAMUK DI JPM ADALAH DARI PUAK PAKATAN HARAM ???
- EKSKLUSIF !!! CERITA DONGENG @ANWARIBRAHIM DI INDONESIA TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KENAPA NIK AZIZ TAK NAK ANWAR IBRAHIM BERSARA ???
- HOT NEWS !!! SAH !!! DAP MENGUASAI HALATUJU PAKATAN HARAM !!!
- HOT NEWS !!! SALAH GUNA MEDIA BARU JEJAS PERGAULAN GENERASI MUDA !!!
- HOT NEWS !!!HARAMKAH MEMUTAR BELIT KENYATAAN @NAJIBRAZAK BERKENAAN DENGAN FELDA !!!
HOT !!! VIDEO LELAKI MENGAMUK KENA TEMBAK TERSEBAR !!! Posted: 09 Jul 2012 12:00 PM PDT |
HOT NEWS !!! LELAKI YANG MENGAMUK DI JPM ADALAH DARI PUAK PAKATAN HARAM ??? Posted: 09 Jul 2012 08:47 AM PDT Lelaki yang mengamuk bersama seorang wanita di Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri (JPM) sekitar 2.30 petang Isnin dan cedera ditembak oleh polis telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk rawatan di Hospital Putrajaya.Dalam kejadian itu suspek dan wanita berkenaan yang turut ditembak menyerang mengunakan pedang samurai menghentam kenderaan milik kakitangan JPM di situ dan mendakwa dirinya IMAM MAHADI.Komplek B,JPM ialah bangunan yang terletak seberang jalan berdekatan dengan kompleks utama JPM iaitu Perdana Putra yang mengandongi pejabat Perdana Menteri.Ketua Polis Daerah Putrajaya,ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid,47 manakala suspek wanita,seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun.Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian. Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.Beliau memberitahu kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.Oleh kerana takut,anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan,katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai. "Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan. Sebelum itu laman Facebook Polis Kuala Lumpur dalam posting awal mengenai kejadian itu berkata : Suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan. Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.Bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai. Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan suspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.kedua-dua suspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala suspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.Suspek lelaki telah meninggal di hospital.Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di hospital Putrajaya.Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - Agenda Daily KENAPA SAYA KATA LELAKI INI DARI PAKATAN HARAM ??? SELALU NYA KALAU CERAMAH PAS APA YANG PUAK PAS SEBUT ??? TAKBIR !!!! BETUL TAK ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! CERITA DONGENG @ANWARIBRAHIM DI INDONESIA TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 09 Jul 2012 05:00 AM PDT Anwar Ibrahim mungkin boleh mendabik dada mengatakan popularitinya di Indonesia begitu menonjol sekali.Setiap kali ada ruang dan kesempatan,Anwar akan menyampaikan dakyah-dakyah yang mempamerkan beliau sebagai kononnya seorang pemimpin hebat di Malaysia.Namun,dari satu aspek,Anwar,seorang pemimpin yang banyak tercalit dengan kes moral barangkali terlupa,tidak semua kisah dongeng yang sering dicanang beliau diterima bulat-bulat oleh rakyat Indonesia.sampai sekarang tak nak sumpah muhabalah,apa cerita ??? kenapa takut sangat ??? kenapa tak nak saman sahaja blogger seperti Papa Gomo,Badut Rakyat ataupun blogger hebat yang lain kerana mengeluarkan semua bukti ??? berani kerana benar dan takut kerana salah.yang bestnya semua salah di tuju kepada UMNO.adakah moral anwar ini salah UMNO juga ??? cuba anda beritahu wahai pembaca Badut Rakyat sambung balik,Modal yang kerap digunakan Anwar ialah seandainya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia,segala isu yang sering tercetus dengan Indonesia akan diselesaikan dalam waktu yang terdekat.Anwar menggambarkan beliau sebagai hero yang akan memastikan masalah tenaga kerja,isu perbatasan dan budaya yang sering menghimpit Malaysia dan Indonesia diatasinya.Cakap memang mudah kerana Anwar sekadar mahu menjerat perhatian penyokong-penyokongnya.Hakikatnya,Anwar terlupa bahawa semua pemimpin politik Indonesia sudah semakin masak dengan lakonan beliau.Begitu juga dengan kenalan-kenalan terdekat Anwar di sini yang sudah mengenali warna sebenar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini. Isu Anwar di Indonesia sebenarnya tidak lagi relevan kerana apa yang paling utama yang wajar dilihat di sini ialah betapa situasi politik Malaysia sudah difahami dengan jelas oleh pengamal politik negara ini.Keberkesanan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri semakin terserlah dan ini sudah terbukti melalui banyak program transformasi yang dilakukan semenjak mentadbir negara.Justeru itu,apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin berkunjung ke Jakarta beberapa hari lalu dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum tiga parti politik terbesar negara ini,persoalan mengenai Anwar tidak berada dalam senarai perbincangan.Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya,memberitahu,ketiga-tiga pemimpin yang ditemui beliau iaitu Ketua Umum parti Golkar,Aburizal Bakrie,Ketua Umum parti Demokrat,Annas Urbaningrum dan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P),Megawati Sukarnoputeri sudah semakin jelas memahami landskap politik Malaysia. "Tiada langsung disebut mengenai Anwar dalam pertemuan dengan ketiga-tiga Ketua Umum itu. Mungkin Anwar tidak penting.Mereka yang saya temui tahu keadaan sebenar.Bagi saya secara keseluruhan rakyat Indonesia memahami hubungan dua hala dan mereka tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang dilakukan pemimpin pembangkang," komen Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO kepada wartawan Malaysia mengulas rumusan pertemuan beliau dengan ketiga-tiga ketua parti politik berpengaruh Indonesia itu. Muhyiddin amat gembira apabila ketiga-tiga parti politik itu menyatakan komitmen tidak berbelah bagi untuk terus mengakrabkan hubungan dua hala yang sedia ada.Jaminan itu turut dikongsi oleh Aburizal yang merakamkan penghargaan dengan kunjungan Muhyiddin yang disifatkan akan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan antara Golkar dengan UMNO. "Bagi Golkar,kehadiran Muhyiddin merupakan satu penghormatan.Hubungan dua parti politik ini boleh menjadi landasan diplomatik yang kedua selepas hubungan baik antara pemerintah dengan pemerintah," kata Aburizal semasa berucap mengalu-alukan kehadiran rombongan Muhyiddin bersama beberapa pemimpin kanan UMNO tempoh hari. Tentu sekali,Aburizal dan Golkar memiliki keyakinan yang teguh terhadap parti politik Melayu terbesar,UMNO yang sudah lebih separuh abad berbakti kepada rakyat Malaysia.Justeru,mengakrabkan hubungan persahabatan dengan UMNO merupakan hal yang jauh lebih penting kepada Golkar berbanding menjalin kerjasama dengan parti lain yang perjuangannya hanya untuk kepentingan individu bukan rakyat.Iltizam untuk memastikan kestabilan landskap politik Malaysia dan Indonesia untuk kemajuan bersama rantau Asia Tenggara juga disuarakan oleh Annas ketika bertemu rombongan Muhyiddin.Kerjasama yang erat antara Demokrat dan UMNO jelas Annas, mampu membawa kepada sebuah perpaduan yang erat antara kedua-dua negara. "Kami di Demokrat mengharapkan pertemuan ini akan menjadi pintu untuk kerjasama lain pada masa akan datang dengan UMNO.Sebagai jiran terdekat, Malaysia dan Indonesia mempunyai sejarah yang sangat panjang. Kerana itu saya katakan masa depan Malaysia dan Indonesia penting untuk Asia Tenggara," jelas Annas yang berhajat untuk memastikan kesinambungan persahabatan dengan UMNO berkekalan. Aburizal dan Annas mengakui,hidup sebagai jiran terdekat,kedua-dua negara tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai dugaan.Bagaimanapun,beruntungnya Malaysia dan Indonesia ialah kedua-dua negara diterajui oleh pemimpin yang bijaksana dan sentiasa mendahului kemakmuran bersama.Justeru,segala kemelut dan polemik yang tercetus lazimnya diselesaikan dalam suasana yang cukup mesra dan diplomatik.Keunikan hidup berjiran antara Malaysia dan Indonesia ini tidak seharusnya dibinasakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik.Kepercayaan dan keyakinan Golkar,Demokrat dan PDI-P terhadap kestabilan politik Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional merupakan manifestasi bahawa kemakmuran yang sedia ada seharusnya dipertahankan untuk memastikan masa depan negara terbela. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KENAPA NIK AZIZ TAK NAK ANWAR IBRAHIM BERSARA ??? Posted: 09 Jul 2012 01:30 AM PDT ISU yang dihebohkan kebelakangan ini bahawa Anwar Ibrahim nak bersara dari politik jika Pakatan haram gagal menawan Putrajaya selepas PRU 13, sebetulnya, bukanlah isu besar manapun.Mulut Anwar tahu sajalah.Kalau ada 10 patah dia cakap 20 daripadanya tipu.Ada kata itu strategi nak raih simpati,ada pulak kata memang Anwar dah tau tak boleh menang dan pelbagai spekulasilah.Apa pun spekulasi,penulis melihat soal itu bukan isu pun, bak kata orang "Ada Aku Kisah?" Tapi, isu yang bukan isu itupun masih lagi menjadi bahan perbincangan yang hangat di kalangan penyokong dan pemimpin parti-parti komponen Pakatan haram, tidak terkecuali dalam hal ini ialah Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS itulah.Nik Aziz di petik sebagai berkata yang dia 'bantah' Anwar untuk bersara. Kenapa Nik Aziz nak bantah pulak? Eloklah Anwar bersara kalau dia rasa bertanggungjawab kerana gagal nak menumbangkan BN setelah begitu banyak kejahatan yang dibuatnya dalam menuju ke arah itu. (Dalam sibuk-sibuk memburukkan UMNO itupun sempat juga dia meliwat jantan,betul hampeh punya manusia – 3 doktor confirm). Kita tahu Nik Aziz memang kamceng dengan Anwar. Jasanya pada Anwar juga banyak, malah dialah yang mengimamkan solat Sunat Hajat mendoakan pembebasan Anwar yang pertama pada 2004. Tak tahu pulak Nik Aziz lepas Anwar bebas, dia nak lindung keselamatan Israel.Tapi itu rasanya tidak cukup untuk Nik Aziz begitu ambil berat ke atas Anwar sehingga kalau boleh nak mempertahankan dia dari letak jawatan? Sudah tentu ada sebab lain yang lebih kukuh. Penulis rasa, penulis tahu jawapannya.Nik Aziz bantah Anwar berundur dari politik sebab Anwar baru 65 tahun, takkan nak bersara dah? Sedangkan Nik Aziz dah 80 tahun umur, dari jumlah itu 22 tahun jadi Menteri Besar Kelantan saja, masih tak nak bersara lagi.Walaupun satu ketika dulu dia pernah cabar Tun Dr. Mahathir supaya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan dia akan 'follow' keesokan paginya. Tapi sehingga kini, dah beratus kalau tak beribu pagi, Menteri Besar Kelantan masih lagi Nik Aziz, cuma dah tak boleh nak berapa nak tegak macam dulu dah. Sebab itu Nik Aziz bantah Anwar bersara, sebab selepas itu akan ada desakan supaya dia pulak bersara. Nik Aziz di sebalik kulit kedut umpama baju tak bergosok itu, masih punya nyawa yang liat.ramai dulu bergelar pemimpin muda PAS yang impi jawatan Menteri Besar Kelantan, sudah tua sekarang dan Nik Aziz masih disitu juga. Tak turun-turun. Atau tunggu mati baru la kot, diturunkan dengan sendirinya – ke liang lahat.Nampak sangat dia begitu dambakan keseronokan dan jawatan dunia, sebab itu dia kalau boleh taknak lepas jawatan Menteri Besar tu. Alasan biasa yang digunakan, ahli PAS dan rakyat Kelantan masih 'butuhkan' khidmatnya. - MYKMU |
HOT NEWS !!! SAH !!! DAP MENGUASAI HALATUJU PAKATAN HARAM !!! Posted: 08 Jul 2012 10:00 PM PDT Ramai pemerhati politik mendakwa DAP adalah parti paling dominan dan berkuasa besar menentukan halatuju pakatan haram pembangkang sebagaimana terbukti dalam pelbagai isu panas sebelum ini.Kenyataan tersebut bagaimanapun menyebabkan ramai penyokong PAS dan PKR yang panas punggung dan menuduhnya sebagai propaganda UMNO untuk memecahkan kesepakatan pembangkang.Tapi bak kata pepatah,bangkai gajah masakan mampu di tutup dengan nyiru,akhirnya kebenaran terbongkar apabila maklumat terbaru pembahagian kerusi parlimen dikalangan parti pembangkang mengesahkan DAP kini secara rasmi sah dilantik sebagai abang besar. Menurut sumber dalaman tersebut,DAP bakal dipertanggungjawabkan untuk bertanding di 89 kerusi parlimen (kawasan majoriti Cina dan Campuran),peningkatan mendadak 42 kerusi berbanding hanya 47 kawasan saja yang dikhaskan untuk mereka dalam PRU 12 tahun 2008 dulu.PKR yang sebelum ini bernafsu besar bertanding di 97 kawasan semasa PRU 2008 akhirnya terpaksa pasrah dengan kekuasaan DAP dan hanya diperuntukkan 66 kawasan sahaja untuk ditandingi dalam PRU ke 13 melibatkan kerusi majoriti Melayu Islam dan Campuran.Manakala PAS hanya diizinkan bertanding di 67 kerusi parlimen sahaja yang kesemuanya kawasan majoriti Melayu Islam. Rekod PRU 12 menunjukkan,DAP menang selesa di 28 kerusi kemudian bertambah satu kerusi parlimen hasil kemenangan dalam pilihanraya kecil Sibu menjadikannya memiliki 29.Manakala PKR menang di 31 kawasan termasuk 1 kerusi yang ditandingi Presiden PSM di atas tiket PKR (Sungai Siput).Jumlah tersebut kemudian berkurangan kepada 25 kerusi (termasuk Sungai Siput) setelah 5 wakilnya keluar parti menjadi BEBAS diikuti dengan kehilangan satu lagi kerusi parlimen Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil.Manakala PAS pula hanya menang di 23 kerusi daripada 66 kerusi yang ditandingi. Jumlah tersebut bertambah kepada 24 berikutan kejayaannya merampas parlimen Kuala Terengganu kemudian berkurangan semula menjadi 23 kerusi selepas Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket PAS isytihar diri sebagai wakil BEBAS.Ringkasnya, rekod PRU 2008 membuktikan prestasi DAP jauh lebih baik dari parti pembangkang yang lain, natijahnya sepertimana kita lihat hari ini DAP berjaya meletakkan dirinya sebagai pemandu arah, sedangkan PAS hanya kekal sebagai balaci manakala PKR menjadi pendukung kuat kepada DAP.Andaikata kuota pembahagian kerusi ini dikekalkan seperti yang telah diputuskan sekarang,bermakna sekiranya PRU 13 nanti berpihak pada pakatan haramjadah kita akan menyaksikan jumlah kerusi yang mungkin dimenangi DAP tetap lebih banyak dari PAS mahupun PKR. Ditambah dengan sokongan dari wakil PKR yang Bukan Melayu, maknanya yang akan jadi PM kelak bukannya Anwar Ibrahim,sebaliknya wakil dari DAP.Meskipun jika Anwar dilantik sebagai PM atas alasan untuk jaga perasaan orang Melayu Islam, pastinya situasi kepimpinan boneka seperti yang pernah berlaku di Perak sebelum ini akan berulang Dan sekiranya pakatan pembangkang terus gagal menggapai angan-angan menawan Putrajaya pula, situasi penguasaan DAP dalam menentukan halatuju pakatan pembangkang juga akan berterusan.Pendek kata dalam apa saja situasi, acapkali DAP akan sentiasa berada tiga empat langkah di depan berbanding rakan-rakannya yang lain dalam menentukan halatuju pakatan pembangkang agar sentiasa terjaga kepentingannya. - MYKMU RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! SALAH GUNA MEDIA BARU JEJAS PERGAULAN GENERASI MUDA !!! Posted: 08 Jul 2012 07:00 PM PDT Kemunculan media baru seperti laman sosial Facebook,Twitter dan blog jika tidak terkawal dan disalah guna,boleh menyebabkan pergaulan di kalangan masyarakat semakin terhad,kata Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Che Azemi Haron.Beliau berkata masyarakat kini juga lebih terkongkong dengan media baru sehingga kadangkala menyebabkan pengguna,terutama golongan muda,mudah terpengaruh dengan penulisan yang diolahnya. "Kadangkala olahan mereka itu menarik,walaupun fakta tidak betul tapi dengan penonjolan bukti yang direka,ia nampak macam betul,jadi kita nak generasi muda hindarkan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Jom Generasi Y!: Stand As One' anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini, Ahad. Azemi juga berkata penggunaan media baru secara betul akan memberi banyak manfaat kepada pengguna kerana membolehkan orang ramai bertukar pandangan selain menghimpunkan lebih ramai kenalan. "Jadi, janganlah gunakan Facebook, Twitter dan sebagainya untuk menghentam individu lain kerana ia tak membawa manfaat," katanya.Sementara itu,Ketua Pengarah Jasa Datuk Fuad Hassan berkata seramai 7,000 remaja menyertai pelbagai acara sepanjang program dua hari tersebut termasuk permainan papan selaju,BMX,paintball,playstation dan fotografi. Beliau berkata ini merupakan percubaan Jasa untuk mewujudkan hubungan baik dengan generasi muda dalam kelompok 19 dan 27 tahun yang digelar Generasi-Y.Sementara itu,seorang pelajar Muhammad Syaifullah Mohd Pini,19,berkata penganjuran program sebegini perlu dibuat lebih kerap supaya golongan seangkatannya didedahkan dengan aktiviti sihat.Bagi pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,Lembah Pantai,Jalinah Jimpih,20,penganjuran program itu dapat menggalakkan perpaduan di kalangan remaja di negara ini.S.Anaden,17,pula berkata penganjuran program sedemikian membantu beliau dan rakannya bergaul dengan kaum lain yang mempunyai minat serupa. - Bernama |
HOT NEWS !!!HARAMKAH MEMUTAR BELIT KENYATAAN @NAJIBRAZAK BERKENAAN DENGAN FELDA !!! Posted: 08 Jul 2012 04:00 PM PDT KENYATAAN Perdana Menteri yang menyifatkan segelintir peneroka Felda yang pada mulanya menentang cadangan penyenaraian Felda Global Holding (FGV) tapi kemudiannya menerima durian runtuh yang terhasil dari langkah penyenaraian tersebut, sebagai 'muka tak malu', mula diputar belitkan Harakah.Tujuannya untuk menimbulkan kebencian di kalangan peneroka Felda di seluruh negara dengan harapan golongan peneroka akan menjauhi BN dan mengundi PAS dalam pilihanraya akan datang.Tapi peneroka pun bukan bodoh. Depa semua tahu yang kenyataan tersebut ditujukan kepada segelintir peneroka yang terlibat saja. Lagipun memanglah ungkapan 'muka tak malu' itu paling sesuai digunakan.Dulu dia bantah sampai ke mahkamah, tapi bila ada duit masyukk, dia juga terhegeh-hegeh pergi ambil!! Apa ayat yang lagi sesuai selain dari 'muka tak malu' untuk menggambarkan keadaan tersebut? Kalau disebut takde maruah dan takde prinsip pun, orang bandar sajalah faham, orang kampung senang lagi faham 'muka tak malu'. Dah memang situasi itu betul, dulu kau bantah tapi ada duit kau sapu, tak malulah namanya tu.Apa yang Harakah nak pusing-pusing sangat? Kalau ini pendekatan Harakah,naikkan kebencian dan kemarahan orang lain terhadap pemimpin lawan, tahu sajalah politik jenis apa yang diamalkan puak-puak ini.Dalam masa yang sama dia bercakap tentang Islam, dia menanam kebencian dengan memutarbelitkan keadaan.Seolah-olah,Perdana Menteri semalam bercakap kepada semua peneroka, tapi seperti yang disebutkan di atas,orang pun tahu Perdana Menteri tuju kepada siapa saja.Takkanlah Perdana Menteri nak kutuk semua peneroka di depan berpuluh ribu orang peneroka di Chini semalam.Secara peribadi, penulis gembira dengan pendekatan sedikit 'hostile' yang digunakan Perdana Menteri sekarang.Selama ini Perdana Menteri 'maintain' gentleman dan diplomasi dalam bercakap mengenai sesuatu. Ia bagus dari segi imej tapi tidak langsung menghalang puak sakit otak dalam Pakatan haram ini untuk terus memfitnah beliau. Justeru, bila pendekatan seumpama ini digunakan, dalam majlis dan keadaan yang betul,ia membantu menaikkan lagi imej Perdana Menteri di mata rakyat.Benar peneroka Felda ini menitiskan peluh membangunkan tanah yang letaknya jauh ke pendalaman, tapi tanah itu diberi oleh siapa, atas kapasiti apa? Tanpa tanah,tidak ada apa yang nak diusahakan,peluh yang dititiskan juga mungkin tak sebanyak mana dan silap-silap sehingga sekarang peneroka terbabit tidak mempunyai tanah langsung!! Oleh itu,usaha Felda dan kerajaan BN membantu rakyat yang kini bergelar peneroka tidak sepatutnya dipandang ringan. Apatah lagi bila bukan itu sahaja kelebihannya. Dah diberi tanah percuma pun, masih ada pelbagai bantuan termasuk pinjaman persekolahan dan untuk membeli barangan keperluan!!Carilah dalam dunia kalau ada usaha yang sehebat ini. Ia hanya berlaku disini,di Malaysia dibawah pimpinan BN Dan segelintir peneroka yang terlibat ini diperalatkan sepenuhnya oleh PAS dan Pakatan haram untuk agenda politik mereka yang terbukti tidak memberi apa-apa keuntungan. Yang ada untung RM 15,000 itu juga yang disapu tak hengat-hengat.Kalau ikutkan hati penulis,ungkapan 'muka tak malu' ini terlalu 'ringan', ungkapan yang sepatutnya 'ibarat melepas ANJING tersepit'. - MYKMU |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment