UMNO Online - “Pembukaan KLIA 2 Dijangka Tingkatkan Lalu Lintas Udara” plus 9 more | |
- Pembukaan KLIA 2 Dijangka Tingkatkan Lalu Lintas Udara
- 200 Penduduk Miskin Parlimen Gua Musang Bakal Terima Bantuan Kasih Felda
- Perjuangan UMNO/BN Untuk Rakyat Bukan Individu
- UMNO Tak Rugi Pemimpin ‘Expired’ Lompat Parti – Syed Ali
- Rakyat Derita Akibat Permainan Pembangkang Seleweng Fakta Isu Air
- Isu Talam : Makin Kerajaan Selangor Jawab Makin Jerut Leher Sendiri
- Tindakan Persenda Parti, Lajim Diberi Surat Tunjuk Sebab
- Hasil Kejayaan Dakwah Pas Bila DAP Makin Berani, Tegas Tolak Negara Islam
- Marah Slogan “Janji Ditepati” …. Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas
- Federal Govt Approves Allocations For 4 Tamil Schools To Build New Buildings
| Pembukaan KLIA 2 Dijangka Tingkatkan Lalu Lintas Udara Posted: 30 Jul 2012 01:36 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pembukaan terminal baharu penerbangan tambang murah, KLIA2, tahun depan dijangka meningkatkan jumlah lalu lintas udara dengan ketara, kata MIDF Research. Firma penyelidikan itu berkata penyiapan KLIA2, yang lebih awal daripada dijadualkan itu akan memberi peluang kepada pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), untuk meraih manfaat daripada lalu lintas udara serantau yang kukuh. “Lalu lintas udara serantau terus berdaya tahan dan ini ternyata daripada pertumbuhan dua angka jumlah pergerakan penumpang Jakarta melonjak 21.4 peratus tahun ke tahun (Y-O-Y), Bangkok meningkat 14.1 peratus Y-O-Y dan Changi bertambah 11.6 peratus Y-O-Y,” katanya dalam satu kenyataan. MIDF Research berkata pertambahan mendadak perjalanan udara Asia ini merupakan petanda baik, yang dijangka mengurangkan kelembapan ekonomi di Eropah. Bagaimanapun, prestasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketinggalan berbanding lapangan terbang antarabangsa serantau lain dari segi jumlah pergerakan penumpang, dengan pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus, disebabkan oleh pengurangan kapasiti sebanyak 10 peratus oleh Malaysia Airlines (MAS), tetapi ini sebahagiannya diimbangi oleh syarikat penerbangan asing yang menampung kekurangan kapasiti ini, katanya. KLIA2 baharu itu dijangka meningkatkan bilangan penumpang dan pesawat yang mendarat serta kadar caj perkhidmatan penumpang, katanya. Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan “beli” bagi MAHB, dengan harga sasaran masih pada RM6.72 |
| 200 Penduduk Miskin Parlimen Gua Musang Bakal Terima Bantuan Kasih Felda Posted: 30 Jul 2012 01:34 AM PDT GUA MUSANG, 30 Julai – Seramai 200 penduduk miskin yang tinggal berhampiran Tanah Rancangan Felda di kawasan Parlimen Gua Musang, bakal menerima bantuan Kasih Felda sebanyak RM1 juta, bagi program membaik pulih rumah mereka sebelum menyambut Aidilfitri ini. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata bantuan bawah program itu membabitkan RM5,000 sekeluarga, mampu memberikan mereka tinggal dalam keadaan rumah yang selesa. “Saya mengakui ramai penduduk miskin yang tinggal berhampiran tanah rancangan terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap, sebaliknya mengharapkan kepada pekerjaan sendiri yang tidak mampu membaik pulih rumah yang uzur. “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan bantuan Kasih Felda itu kepada golongan berkenaan, supaya mereka merasai kemajuan dicurahkan di Tanah Rancangan Felda seluruh negara,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian durian runtuh RM5,000 kepada 167 isteri peneroka Felda Tanah Rancangan Felda Aring 1 di sini, hari ini. Nozula yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata bantuan Kasih Felda itu dilaksanakan bagi mengotakan janji Perdana Menteri sebelum ini bahawa kemajuan dan keuntungan Felda itu akan turut dirasai penduduk miskin yang tinggal berhampiran tanah rancangan berkenaan. Katanya senarai penduduk miskin bagi kawasan Parlimen Gua Musang yang tinggal berhampir Tanah Rancangan Felda itu sudah diserahkan kepada pihak pengurusan Felda untuk dibuat penelitian sebelum menyerahkan kepada kontraktor bagi kerja membaik pulih rumah. “Penduduk miskin terbabit patut bersyukur kepada Tuhan kerana mereka turut menerima tempias daripada durian runtuh yang diterima keluarga peneroka itu menerusi membaik pulih rumah supaya keadaan rumah yang uzur diperbaharui semula,” katanya. Beliau berkata, mereka perlu berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membantu mereka untuk perubahan hidup dan bakal menyambut Aidilfitri nanti di rumah yang lebih selesa. |
| Perjuangan UMNO/BN Untuk Rakyat Bukan Individu Posted: 30 Jul 2012 01:19 AM PDT BEAUFORT 30 Julai – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata perjuangan UMNO dan Barisan Nasional adalah untuk seluruh lapisan rakyat tanpa mengira agama dan juga suku kaum. "Kesetiaan terhadap perjuangan parti dan juga kepimpinan akan membolehkan kita mengelak daripada terpengaruh dengan apa yang berlaku ketika ini," katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau, Zakat Bank Rakyat, Jemaah Haji, Perbadanan Baitulmal dan Tabung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung Dun Lumadan Di Dewan Kolej Teknik, Beaufort. Menurutnya, keputusan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing meninggalkan BN memperlihatkan amalan demokrasi yang subur dan diamalkan oleh BN, beliau turut merasa sedih dengan apa yang berlaku dan menghormati keputusan yang dibuat oleh kedua-duanya. "Kita hormat keputusan mereka dan tidak menghalang…ia adalah keputusan mereka tetapi kita sebagai anggota UMNO dan BN perlu meneruskan perjuangan parti," katanya dan menegaskan bahawa sokongan rakyat kepada BN khususnya di Sipitang tidak akan tergugat dengan keputusan itu. Beliau juga berkata rakyat perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan dan perlu terlebih dahulu membuat penilaian dan kematangan yang dimiliki oleh rakyat akan membolehkah mereka membuat keputusan yang terbaik. "Rakyat tetap menjadi keutamaan perjuangan UMNO dan BN, perjuangan kita bukan untuk individu, kita yakin rakyat matang dalam melihat dan seterusnya membuat keputusan kepada situasi tersebut, rakyat tahu perjuangan UMNO dan BN adalah perjuangan yang ikhlas untuk mereka," katanya lagi. Sapawi berkata, UMNO Sipitang akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak dan Datuk Seri Musa Haji Aman dan terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan akan memastikan rakyat tidak terperdaya dengan segala dakyah dan pembohongan pembangkang. |
| UMNO Tak Rugi Pemimpin ‘Expired’ Lompat Parti – Syed Ali Posted: 30 Jul 2012 01:16 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Julai – UMNO tidak berasakan satu kerugian besar jika pemimpin yang diklasfikasikan sebagai sudah luput atau 'expired' melompat parti menyertai pembangkang, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ai Alhabshee. Beliau berkata, mereka yang hampir luput ini biasanya beranggapan dirinya masih hebat dan perlu diberikan penghormatan dan jawatan penting sama ada dalam parti mahupun kerajaan. "Mereka ini sebenarnya jenis pemimpin tak sedar diri, tamak haloba dan apabila kepentingan peribadi tidak dipenuhi, pantas keluar parti dan ikut pembangkang." Tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com di sini, hari ini. Beliau menyifatkan pemimpin seperti itu sebagai petualang dan prinsipnya boleh dijual beli. Golongan ini juga kata Syed Ali, akhirnya bertindak memburuk-burukkan parti asal dan kerajaan yang sebelum ini telah memberikan mereka rezeki dan kesenangan hidup. Dalam masa yang sama, parti yang baru dan pemimpin oposisi akan dipuji kononnya bakal membawa pembaharuan dan harapan. "Ini semua jenis manusia hipokrit, tak reti kenang budi dan suka amalkan politik lompat katak," katanya lagi. Beliau mengulas tindakan Ketua UMNO Bahagian Beufort, Datuk Lajim Ukin yang akhirnya mengesahkan meletakkan kesemua jawatan dalam parti, kecuali masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Lajim bagaimanapun dipetik sebagai berkata kedudukan beliau sebagai timbalan menteri terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukannya. "Lajim telah lakukan perkara yang amat sumbang dalam kerjaya politiknya dengan meninggalkan UMNO," kata Syed Ali. Bagaimanapun kata beliau, keputusan Lajim tidak merugikan UMNO Sabah kerana tidak ada lagi 'gunting dalam lipatan'. Isu Lajim akan lompat keluar daripada UMNO mula bertiup kencang sejak Mei lalu tetapi beliau menafikannya. Pemimpin Sabah itu dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengulas lanjut perkembangan tersebut, Syed Ali menambah, Lajim sepatutnya meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dengan segera dan tidak perlu menunggu keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak. "Nampak jelas beliau mahu heretkan Najib dalam masalah peribadinya, kalau nak undur, undur secara terhormat, tak payah main tarik-tali," ujarnya lagi. Jika Lajim mempunyai prinsip katanya lagi, beliau sudah pun mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai timbalan menteri. "Ini bukan masa untuk Najib pujuk beliau supaya tarik balik keputusan, banyak lagi kerja Perdana Menteri perlu lakukan untuk parti, negara dan rakyat," tegas Syed Ali. Beliau berkata, ketika berduyun-duyun ahli dan pemimpin PKR keluar parti meninggalkan Anwar, Lajim pula mengambil tindakan sebaliknya. Katanya, beberapa orang pengasas PKR, setiauasaha sulit, doktor peribadi dan peguam peribadi Anwar serta pemimpin kanannya telah meninggalkan parti kerana sedar dengan 'penipuan politik' Ketua Pembangkang itu. "Saya tak tahu apa yang Anwar janjikan kepada Lajim, mungkin bakal Ketua Menteri Sabah," katanya sinis. Kata beliau lagi, UMNO hanya memerlukan pemimpin dan ahli yang taat kepada perjuangan, setia kepada parti dan yakin kepada kemenangan. "Itulah ramuan yang selama ini menjadikan UMNO kekal mendominasikan kekuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat," jelasnya. |
| Rakyat Derita Akibat Permainan Pembangkang Seleweng Fakta Isu Air Posted: 30 Jul 2012 01:08 AM PDT Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda menjelang tahun 2014. Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna. Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor. Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya. Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029. Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini? Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat. Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019. Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak. Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat. Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik. Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang. Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar. Pada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3). Pakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan. Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat Selangor. Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014. Dengan kelulusan dana tersebut, kerajaan negeri Selangor kemudian bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301 juta. Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan bantuan kewangan dari kerajaan pusat, Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang? Maka hujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas. Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku, Dr Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas. Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu, tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas.
Kedudukan sebenarnya adalah begini – kerajaan negeri Selangor memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Fungsi utama Syabas hanyalah sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk membekal dan mengagihkan bekalan air terawat. Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN. Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat. Kemudian pembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago. Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2. Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan Menteri TTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelumna yang mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014. Perlu diketahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sehingga kini enggan memberi kelulusan 'development order' bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014. Untuk menyelamatkan keadaan, kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah diterangkan di atas. Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan dikenal pasti sering mengalami gangguan bekalan air. Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5 peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus. Atas pandangan ini, maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa ini kerana bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi. Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai persediaan menghadapi catuan. Jika perlu, SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan. Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu, Charles bermain dengan kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air, maka tidak adalah masalah air. Jika tidak ada masalah air, mengapa pula kerajaan pusat mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2? Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang. Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang.
Berlainan dengan mentaliti pembangkang yang mempunyai akal pendek dan fikiran cetek, kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun 2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014. Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja! Oleh itu, amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan lumayan kepada kroni Umno-BN. Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan dilaksanakan secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan, malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga dijemput menyertai proses tender. Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor. Selepas Dr Xavier, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak. Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan pusat. Pembangkang cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat. Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Selangor atas tiga sebab: 1. kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah. 2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi. Mutakhir, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807 juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter sehari. Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor. Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari. Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada pengguna hanya sebanyak 4,371 juta lkiter sehari sahaja. Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak, barulah pengeluaran air dapat ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari. Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak 4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi. Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari. Inilah keperluan sebenar pengguna. Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh Menteri Besar, tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna. Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini. Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan. Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya. Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset milik kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Selangor lebih banyak menggunakan masa mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri itu berada di hujung tanduk. Mirza Mahamood |
| Isu Talam : Makin Kerajaan Selangor Jawab Makin Jerut Leher Sendiri Posted: 30 Jul 2012 12:49 AM PDT KUALA LUMPUR 30 Julai – Tindak tanduk kerajaan Selangor berhubung isu Talam Corporation Sdn Bhd (Talam) dilihat bakal menjerat leher mereka sendiri setelah apa yang berlaku hari ini memberi pelbagai persoalan baru kepada masayarakat umum. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Datuk Omardin berkata penjelasan demi penjelasan oleh kerajaan negeri sebenarnya tidak membawa apa-apa makna sebaliknya dilihat menambahkan lagi kerumitan terhadap isu tersebut. Menurut beliau pelbagai persoalan mula dibangkitkan oleh rakyat dan pihaknya yakin perkara berkenaan akan terus berlanjutan selagi rakyat tidak mendapat jawapan yang memuaskan berhubung perkara berkenaan. "Kita sedikit pun tidak mahu campur apa yang mereka buat.. apa yang mereka ambil dan sebagainya lagi. Itu adalah kaedah mereka melaksanakannya… Cuma apa yang saya ingin bangkitkan di sini, makin banyak mereka jawab, rupa-rupanya makin banyak pula persoalan yang timbul. "Jadi kepada kerajaan negeri, lakukanlah dengan sebaik mungkin kerana mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor pada pilihan raya umum 2008 mungkin kebarangkaliannya adalah untuk melihat bagaimana pentadbiran pakatan pembangkang. Jika inilah caranya dan jika inilah kaedahnya, saya percaya pilihan raya umum akan datang akan membawa perubahan. Yerlah…mereka sudah diberikan peluang dan sudah diberikan tanggungjawab tetapi ianya adalah satu yang cukup sia-sia," katanya. Megat Zulkarnain yang juga Ketua Pemuda UMNO Gombak seterusnya menambah apa yang berlaku di Selangor hari ini menunjukkan bagaimana sebuah kerajaan negeri yang hanya tahu 'alih' dan 'pusing' isu demi kepentingan politik mereka. "Semua pemimpin mereka lebih kurang sahaja gayanya….Kalau tak 'alih atau pusing' mungkin barangkali tidak seronok untuk berpolitik. Jadi sebab itulah kita tidak hairan perkara ini seolah-olah sudah jadi mainan. "Namun bak kata pepatah….Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat sama sekali tidak pernah lupakan pelanduk. Apa pun kita tunggu dan lihat apa kesudahannya dalam cerita ini dan saya kira ianya makin menarik," katanya. -MediaUMNO |
| Tindakan Persenda Parti, Lajim Diberi Surat Tunjuk Sebab Posted: 30 Jul 2012 12:36 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada UMNO berikutan pengumuman perletakan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 28 Julai lalu. Katanya, Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan UMNO. "UMNO memandang serius apa yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam UMNO," katanya. Jelas beliau, Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 telah menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti. "Apa yang berlaku ini adalah isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri maka ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya," tegas beliau. Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu di kediamannya di Likas Jaya. Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli UMNO serta ahli UMNO. – MediaUMNO |
| Hasil Kejayaan Dakwah Pas Bila DAP Makin Berani, Tegas Tolak Negara Islam Posted: 30 Jul 2012 12:25 AM PDT KUALA LUMPUR 30 Julai – Pas hari ini menjadikan isu hudud, negara Islam sebagai satu senjata politik utama mereka untuk menarik pengaruh undi orang-orang Melayu sedangkan pada hakikatnya, perjuangan menegakkan negara Islam dan Hudud sudah lama ditinggalkan dalam agenda utama perjuangan parti tersebut. Menurut Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Ustaz Rosdi Long, Pas akan memainkan isu hudud sebagai gendang perang mereka setiap kali menjelang saja pilihanraya di negara ini. "Setiap kali nak pilihanraya, Pas akan jadikan hudud sebagai 'magnet' untuk menarik undi-undi orang-orang Islam, khususnya orang Melayu di negara ini. Sedangkan, pada 2009 ketika bersetuju bergabung dalam Pakatan Pembangkang, Pas telah menggugurkan perjuangan negara Islam dan Hudud dan perjuangan menegakkan negara dan undang-undang Islam bukan lagi menjadi teras utama perjuangan Pas lagi. “Pengguguran perjuangan negara dan undang-undang Islam Pas ini telah pun diterjemahkan melalui buku jingga yang menjadi dasar bersama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang baru-baru ini," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Sebab itu katanya, lagu yang mendendangkan irama hudud ini hanya keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin senior Pas sahaja, sedangkan ia tidak lagi dilagukan oleh pucuk kepimpinan tertinggi seperti Presiden dan Timbalannya di dalam Pas. "Mereka sebenarnya tahu, bahawa amat sukar untuk mereka melaksanakan hudud itu jika dilihat daripada pelbagai sudut permasalahan yang dihadapi. Apatah lagi, Pas tidak lagi menjadikan isu perjuangan negara Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka. Hudud hanya dijadikan gula-gula untuk memancing undi rakyat, khususnya umat Islam. Perkara ini bagi saya cukup jelas," ujarnya lagi. Selain itu, beliau turut menyentuh tentang isu Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Tantawi yang ditempelak secara terbuka oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh, apabila beliau mengatakan bahawa DAP sudah mula menerima Islam dalam siri debatnya bersama Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathuk Bari. "Ini juga sebagai bukti, bahawa dakwah Pas terhadap DAP ternyata gagal. DAP sebenarnya sehingga ke hari ini masih tidak faham apa itu Islam. Samada DAP yang keras kepala, atau Pas yang tidak menjalankan dakwahnya, namun apa yang nampak di sini adalah kegagalan Pas berdakwah kepada DAP. "Jadi di mana konon-kononnya dakwaan Pas yang mengatakan sejak DAP berkawan dengan Pas, DAP lebih faham tentang Islam. Faham kut mana? Baru sebut aja pasal Hudud, puak-puak inilah yang paling kuat melenting. Tengok saja nasib Ketua Pemuda Pas, baru sahaja Nasaruddin nak yakinkan rakyat kata DAP sudah mula terima Hudud, serta merta dia dibidas dan dimarahi oleh Karpal," ujarnya. Justeru itu, beliau turut mempersoalkan, bahawa apakah ini yang dikatakan dakwah Pas terhadap DAP sudah berjaya? Sedangkan jelas hari ini, sekiranya kepimpinan Pas mahu bercakap tentang hudud, mereka lebih berani untuk bercakap di dalam kelambu mereka saja kerana kalau membuat kenyataan secara terbuka diluar, bimbang dibantai dan dihentam oleh DAP. -MediaUMNO |
| Marah Slogan “Janji Ditepati” …. Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas Posted: 29 Jul 2012 11:50 PM PDT KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pembangkang tidak berpuas hati dengan tema sambutan ulang tahun kemerdekaan kerana beranggapan seperti menyindir kegagalan mereka menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya lalu walaupun mereka berkuasa di negeri terbabit bak kata pepatah siapa makan cili dia yang terasa pedas. Ketua Puteri UMNO Melaka, Mas Ermieyanti Samsudin menyifatkan pembangkang kini boleh diibaratkan seperti `cacing kepanasan' dan menganggap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan semuanya tidak betul dan akan cuba memperbesar-besarkan sesuatu isu untuk mendapat perhatian. "Pembangkang ini bukan sahaja sudah kehabisan modal politik, mereka kini macam cacing kepanasan, semua yang dibuat oleh kerajaan semua tidak kena sedangkan ia adalah untuk kebaikkan rakyat. "Slogan `Janji Ditepati' itu adalah untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan akan berusaha untuk menepati segala janji yang dibuat kepada rakyat. Kita buat janji kita tunaikan, tidak seperti mereka yang pandai membuat janji tetapi tidak mampu dilaksanakan sebab itu mereka fobia dengan slogan `Janji Ditepati', sebab mereka tak mampu buat seperti apa yang kerajaan lakukan," katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau yang juga Exco Puteri UMNO Malaysia berkata slogan itu juga untuk memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak hanya berjanji kosong untuk mendapatkan sokongan daraipada rakyat. "Barisan Nasional sudah memerintah di negara ini lebih daripada 50 tahun, sudah banyak perubahan yang dilakukan untuk dinikmati oleh semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum, agama serta pegangan politik mereka. "Berbeza dengan pembangkang, baru sahaja memerintah beberapa negeri yang kononya ingin membuat perubahan tetapi pelbagai masalah dan rungutan pula yang kita dengar daripada rakyat terhadap corak pentadbiran mereka," katanya. Menurutnya, pembangkang kini berada dalam keadaan keluh kesah dengan kejayaan Barisan Nasional mengembalikan keyakinan rakyat berbanding dengan pembangkang, sebab itu tema hari kebangsaan juga turut menjadi masalah kepada mereka. -MediaUMNO |
| Federal Govt Approves Allocations For 4 Tamil Schools To Build New Buildings Posted: 29 Jul 2012 11:32 PM PDT PADANG SERAI, July 30 – Four more Tamil primary vernacular schools (SRJK(T)) in Kedah will receive allocations from the federal government to build additional buildings, purchase equipment as well as renovation works involving RM7.421 million. Kedah MIC Chairman S. Ananthan said among the schools involved were SRJK(T) Ladang Victoria, Padang Serai which would receive a new three-storey block worth RM4 million and SRJK(T) Ladang Bukit Mertajam, Karangan which will get an additional building with equipment worth RM2.521 “SRJK(T) Ladang Sungai Dingin, Mahang, will get a replacement building worth RM500,000 and SRJK(T) Sungai Batu, Merbok, will receive RM400,000 for roof works, repairing of toilets and electrical wiring works,” he told Bernama after handing out contributions from the central MIC to four private kindergartens in the Lunas area here, today. Each kindergarten received between RM1,800 and RM2,400 contributed by MIC president Datuk Seri G.Palanivel for the upgrading of facilities in the kindergartens. Ananthan said works to demolish old buildings in SRJK(T) Ladang Victoria was already being carried out to make way for new ones. |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment