UMNO Online - “Noh Dakwa Wujud Penyelewengan Dalam Dua Projek Perumahan Di Sekinchan” plus 9 more |
- Noh Dakwa Wujud Penyelewengan Dalam Dua Projek Perumahan Di Sekinchan
- Malaysia Bimbang Krisis Di Syria
- UMNO Kelantan Kesal Sikap Taksub Sokong Parti Politik Sehingga Bercerai
- Nurul Izzah Tidak Perlu Terlampau Panik Hingga Terpaksa Jaja Cerita Kategori Lawak
- Isu Talam : Lantik Firma Luar Hanyalah Helah, Wayang Bersiri Kerajaan Selangor
- `Kabinet Bayangan’ Ibarat Duri Dalam Daging Kepada Pembangkang
- Lompat Parti : Sudah-Sudahlah…Budak Sekolah Pun Boleh Fikir
- Consult Imam, Mufti On Islamic Matters – Jamil Khir
- 38,500 Units Of PPR Houses To Be Built in Three Years – Chor
- Felda Settlers Advised not To Join Orange Assembly
Noh Dakwa Wujud Penyelewengan Dalam Dua Projek Perumahan Di Sekinchan Posted: 13 Jul 2012 04:07 AM PDT TANJONG KARANG, 13 Julai – Anggota Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa berlaku penyelewengan dalam dua projek perumahan di Sekinchan di sini, termasuk melanggar dasar yang ditetapkan pihak berkuasa. Beliau berkata projek pembinaan Kondominium Sekinchan Perdana di sini dibina tidak mengikut dasar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) yang menetapkan setiap pembinaan di atas 0.4 hektar tanah hanya boleh membabitkan 60 unit rumah. “Malah mengikut dasar itu, rumah yang dibina tidak boleh melebihi 12 tingkat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan dua produk Agrobank Paddy-i dan Paddy Cash-i di sini, Jumaat. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mendakwa pembinaan kondominium itu membabitkan 94 unit rumah dengan ketinggian 18 tingkat jelas tidak mengikut dasar yang ditetapkan JPBD. Beliau turut mempersoalkan penjualan 24 unit rumah di Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai yang sepatutnya diperuntukkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam tetapi dijual kepada sebuah syarikat swasta. “Saya bertanya dan saya harapkan jawapan. Ini bukan tuduhan tetapi pertanyaan yang memerlukan penjelasan,” kata Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor. Noh berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Sue Lim perlu memberi penjelasan mengenai perkara itu memandangkan projek berkenaan berada dalam kawasannya. Noh berkata perkara itu juga sepatutnya dibawa ke Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sekiranya kerajaan negeri benar-benar mengutamakan ketelusan. |
Malaysia Bimbang Krisis Di Syria Posted: 13 Jul 2012 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai – Malaysia berasa bimbang dengan perkembangan di Syria susulan keganasan yang semakin buruk dan mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Meluahkan kebimbangan itu pada permukiman Forum Serantau Asean (ARF) di Phnom Penh, Kemboja, Khamis, Anifah juga menggesa masyarakat antarabangsa memberi perhatian kepada isu Palestin yang mempunyai impak lebih besar kepada dunia. “Adalah amat penting langkah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Paling penting, Israel harus mengakui dengan kemunculan Arab Spring, dinamik di Timur Tengah telah berubah dan Israel juga mesti berubah bersamanya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, di sini. ARF yang disertai menteri luar dari 27 negara anggota turut mendengar gesaan beberapa anggota dan dipersetujui Malaysia, agar perbincangan enam pihak membabitkan isu Semenanjung Korea disambung semula. Forum itu turut memuji perkembangan di Myanmar dan menggesa negara yang mengenakan sekatan terhadap negara tersebut menarik balik sekatan mereka. Terdahulu, ketika menghadiri jamuan tengah hari Mesyuarat Menteri-menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS-FMM), Anifah berkata, Malaysia sedang bekerjasama dengan Sekretariat menggubal pelan tindakan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang memperinci tindakan untuk dilaksana peringkat negara, rantau dan antarabangsa. Beliau turut menggalakkan negara anggota EAS mengiktiraf ‘National Focal Points’ yang akan meneraju semua usaha berkaitan GMM. Saranan itu disambut baik negara anggota EAS. |
UMNO Kelantan Kesal Sikap Taksub Sokong Parti Politik Sehingga Bercerai Posted: 13 Jul 2012 04:01 AM PDT KOTA BAHARU, 13 Julai – UMNO Kelantan kesal sikap sesetengah pihak yang begitu taksub terhadap parti politik tertentu sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti perpecahan dan perceraian. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ia sesuatu yang sangat menyedihkan apabila sikap ekstrim dalam berpolitik itu seolah-olah direstui pemimpin parti politik tersebut sehingga berlakunya perkara seumpama itu. “Pendekatan melampau melibatkan soal agama dan kaum yang digunakan parti politik terbabit menyebabkan timbul kebencian dan jurang sehingga berlakunya masalah perceraian, solat dua imam dan sebagainya. “Ini akhirnya boleh merosakkan negara yang telah lama mengamalkan sikap toleransi antara kaum dan bangsa serta pengukuhan institusi kekeluargaan,” katanya selepas merasmikan Forum Barisan Nasional (BN) Di Hati, Janji Ditepati di sini, hari ini. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dan kira-kira 1,000 orang, hadir pada majlis tersebut. Awang Adek berkata demikian mengulas tindakan seorang guru agama berumur 78 tahun di sini, yang menceraikan isterinya kerana didakwa tidak mengikut ajaran Islam sebenar. Wanita itu mendakwa bekas suaminya memfailkan perceraian selepas marah dengan tindakannya menghadiri ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali di Tanah Merah pada 11 Jun lepas. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata berbeza dengan UMNO dan BN yang mengamalkan konsep wassatiyah atau kesederhanaan dalam pendekatan dengan hanya memperjuangkan soal kepentingan parti sebagai wadah perjuangan membela rakyat. Sementara itu ketika forum berkenaan, Awang Adek berkata BN menunaikan segala janjinya berbeza dengan janji kerajaan Pas Kelantan yang tidak dilaksanakan seperti pembinaan Jambatan Kampung Cina-Pelakbang termasuk masalah bekalan air bersih. “Berbeza dengan UMNO dan BN yang terus menunaikan janji walaupun kalah dalam pilihan raya,” katanya. |
Nurul Izzah Tidak Perlu Terlampau Panik Hingga Terpaksa Jaja Cerita Kategori Lawak Posted: 13 Jul 2012 03:25 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Julai – Ahli Parlimen Pantai, Nurul Izzah Anwar dibidas kerana cuba mencipta isu yang sudah ketinggalan zaman berhubung kenyataan seorang pegawai SPR yang kononnya mengatakan bahawa beliau tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang sekiranya pegawai tersebut kembali menjaga kawasannya pada PRU akan datang, sepertimana yang didakwa beliau di dalam ceramahnya di majlis makan malam tersebut diadakan di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Thien Hau Temple. Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Ir. Mohd Ikhsan Samsudin, Nurul Izzah tidak perlulah terlampau panik hingga terpaksa menjaja cerita-cerita ketegori lawak seumpama itu hanya kerana Pakatan Pembangkang kini sudah buntu untuk mencari kesalahan SPR dan seterusnya memburukkan kerajaan. "Bagi mereka, apa saja yang kerajaan buat semuanya berat sebelah. Ada saja kesilapan dan kesalahan yang cuba dijadikan isu oleh mereka. Ini memang kerja-kerja pembangkang. Sengaja mencipta isu untuk mengelirukan rakyat serta memburukkan institusi kerajaan merupakan mainan mereka. "Pihak Pakatan Pembangkang memang sentiasa cuba untuk mencari kesalahan bagi mencemarkan imej SPR. Sekiranya imej SPR tercemar, maka mudah bagi mereka untuk menjalankan propaganda dengan mengatakan bahawa SPR tidak telus sebagai alasan sekiranya Pakatan Pembangkang kalah pada Pru 13 yang akan datang ini," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Beliau turut mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu baru mahu mendedahkankan perkara ini selepas empat tahun berlaku. "Kita semua sudah maklum, segala tuntutan-tuntutan pembaikan sistem pilihanraya sudah pun dipenuhi oleh SPR. Tidak ada lagi isu dakwat kekal dan sebagainya, kerana SPR telah bersetuju untuk menggunakan kaedah tersebut. "Hari ini, pakatan Pembangkang sudah tak ada isu yang boleh diketengahkan untuk memburukkan imej SPR dan kerajaan. Di sebabkan tak ada modal sangatlah sampai cerita yang berlaku empat tahun lepas pun terpaksa diungkit semula," katanya lagi. Dalam hal ini, kata beliau sudah jelas hari ini bahawa pihak Pakatan Pembangkang sudah ketandusan idea untuk mencipta isu-isu dalam usaha mereka untuk mempengaruhi rakyat, agar mempunyai persepsi yang buruk terhadap UMNO dan BN, lantaran segala tuntutan pembangkang terhadap penambaikan sistem pilihanraya telah pun dipenuhi kerajaan. -MediaUMNO |
Isu Talam : Lantik Firma Luar Hanyalah Helah, Wayang Bersiri Kerajaan Selangor Posted: 13 Jul 2012 03:03 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Julai – Langkah kerajaan Selangor untuk melantik firma audit dan akauntan bertaraf antarabangsa berhubung isu Talam Corp dilihat sebagai satu helah atau wayang bersiri kerajaan negeri untuk berdepan dengan isu tersebut. Timbalan Pengerusi Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata apa jua langkah serta tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri sebenarnya menyerlahkan lagi kekusutan terhadap isu berkenaan yang kini mendapat perhatian umum. Menurut beliau jika benar hasrat kerajaan negeri itu, ianya telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan rakyat terhadap apa yang akan diambil oleh pihak yang berkenaan dalam menyelesaikan perkara tersebut. "Pertamanya orang ramai akan persoal adakah kerajaan negeri tidak mengiktiraf kakitangan awam daripada Jabatan Audit negeri sehingga melantik firma luar. Keduanya apakah firma audit yang akan dilantik kelak bukan dari dalam negara dan ketiganya langkah tersebut bukankah melibatkan kos yang besar. "Jadi inilah antara persoalan berbangkit yang mungkin akan menjadi topik perbualan umum memandangkan isu berkenaan cukup menarik. Jadi kerajaan negeri diharap telus dalam soal ini," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Tambah beliau lagi bukanlah hasrat beliau untuk mengkritik kerajaan negeri tetapi sekadar melontarkan pandangan untuk kepentingan dan kebaikan bersama khususnya untuk rakyat Selangor. Katanya rakyat negeri itu tentunya tertunggu-tunggu untuk melihat bagaimana tindakan kerajaan negeri dalam mencari penyelsaian terutamanya berdepan dengan isu-isu berbangkit. “Jangan pula selepas ini pelbagai helah yang akan timbul… Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi cumanya berharap kerajaan negeri benar-benar telus dalam isu berkenaan agar rakyat dapat melihat dan akhirnya membuat penilaian sendiri," katanya. -MediaUMNO |
`Kabinet Bayangan’ Ibarat Duri Dalam Daging Kepada Pembangkang Posted: 13 Jul 2012 02:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pembangkang hanya berani menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri kerana perkara itu sudah pun diketahui umum dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti kecuali Pas yang masih dilihat cuba mengelak untuk memberi pengesahan. Namun untuk membentuk satu kabinet bayangan, pembangkang terpaksa berhati-hati kerana pengumuman yang dibuat oleh menimbulkan pelbagai masalah terutama membabitkan potfolio, individu yang bakal menjawat jawatan serta jumlah pembahagian di kalangan ketiga-tiga parti terbabit. Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr. Zainal Kling berkata permasalahan itulah menyebabkan pembangkang sehingga kini masih tidak mampu untuk menyenaraikan kabinet bayangan mereka walaupun Anwar pernah menyatakan untuk mengumumkan perkara itu. "Jika kabinet bayangan itu diumumkan, sudah tentu ada pihak serta individu yang tidak berpuas hati dan ini boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah lain di kalangan mereka, sedangkan jumlah pengagihan kerusi pun sudah menjadi topik hangat di kalangan mereka. "Kabinet bayangan ini boleh diibarat seperti `duri dalam daging', ia bukan sahaja timbul permasalahan di kalangan parti malah mungkin juga akan membabitkan penyokong serta pandangan masyarakat," katanya kepada UMNO-Online di sini. Menurutnya, berikutan perkara itu pembangkang terus sedaya upaya tidak mengumumkan `kabinet bayangan' mereka dan cuba mengelak dan cara terbaik ialah untuk berdiam diri walaupun diasak oleh pelbagai pihak. "Sebarang kesilapan membawa padah, lebih baik mereka mendiam diri, isu jawatan Perdana Menteri masih lagi belum ada kata putus walaupun Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP sudah menyatakan pendiriannya namun belum ada kata putus kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh belum mengiayakan apa yang dinyatakan Guan Eng. "Karpal pernah menyatakan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak semestinya di kalangan orang Melayu sahaja kerana ia tidak termaktub dalam perlembagaan dan pernah menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan berkenaan suatu hari nanti," katanya. Beliau berkeyakinan pembangkang tidak akan mengumumkan `kabinet bayangan' mereka sehingga tiba pilihan raya umum nanti kerana perkara itu boleh membawa musibah yang akan merugikan mereka untuk mendapat sokongan bukan sahaja daripada penyokong malah membabitkan pengundi atas pagar.-MediaUMNO |
Lompat Parti : Sudah-Sudahlah…Budak Sekolah Pun Boleh Fikir Posted: 13 Jul 2012 02:44 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Julai – Budak sekolah pun boleh fikir dan tidak masuk akal apa yang didendangkan oleh parti pembangkang hari ini berhubung dakwaaan tawaran terhadap Ahli Parlimen mereka untuk melompat parti. “Sudah-sudahlah…dan cukup-cukuplah cerita yang tidak masuk akal itu dan makin lama orang makin tahu itu hanyalah sebahagian daripada propaganda menjelangnya pilihan raya umum ke-13 nanti”, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar. Menurut beliau sejak dulu hingga ke hari ini sikap serta tindak tanduk pembangkang telah dikenali umum dengan rupa serta pelbagai wajah yang dilakonkan kerana matlamat mereka hari ini adalah untuk ke Putrajaya semata-mata. "Sekejap timbul sekejap tenggelam….Apakah kewajaran perkara berkenaan dibangkitkan kembali jika tidak kerana pilihan raya yang semakin hampir. Janganlah malukan diri sendiri kalau betul pun dah bangkrap isu. "Jadi itulah cara mereka dalam usaha mewujudkan persepsi yang tidak baik dikalangan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya kerajaan yang ada hari ini. Tidak pelik selepas ini berita macam-macam lagi yang akan keluar," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang membuat dakwaan kononya Ahli Parlimen tertentu ditawarkan dengan jumlah yang cukup besar untuk emlompat parti. Jamawi seterusnya menegaskan politik sedemikian bukanlah satu perkara baru sebaliknya telah lama berkumandang di dalam ceramah-ceramah mereka seluruh negara. Cerita-cerita lama itu tambah beliau lagi menujukkan kegelisahan dan kegusaran pembangkang untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap mereka yang semakin hari semakin kurang. "Barangkali rakyat telah muak mendengar cerita-cerita basi sedemikian rupa. Apa pun kita serahkan kepada pandangan umum untuk buat penilaian sewajarnya. Pilihan raya dah makin hampir dan Pemuda khususnya tidak akan melayani dakwaan-dakwaan karut sebegitu," katanya. -MediaUMNO |
Consult Imam, Mufti On Islamic Matters – Jamil Khir Posted: 13 Jul 2012 02:19 AM PDT GURUN, July 13 – Muslims should consult an imam and a mufti on religious matters and not those perceived to be knowledgeable on Islam, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharum. He said this would prevent them from falling prey to deviant teachings. It is alarming that even educated Muslims, who are equipped with religious knowledge, could be exploited by proponents of deviant teachings who thrive on bigotry, he told reporters after opening a surau in Kampung Paya Mengkuang near here today. He was commenting on self-proclaimed "Imam Mahadi" (Last Messiah) who was shot dead by the police when he went on a rampage with a samurai sword outside Complex B of the Prime Minister's Department in Putrajaya on Monday. “We need to observe the characteristics of individuals, who claimed themselves Imam Mahadi. The image of a cult leader brandishing a Rambo knife and a samurai sword was so different from the Prophet sayings. “The proclamation of Imam Mahadi is not from an individual declaration, instead it is determined by God,” he said, adding that although the self-proclaimed "Imam Mahadi", Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, had only one disciple, but his belief could be detrimental to the country if left unchecked. Jamil Khir said the Islamic Development Department had set up a committee made up of state Islamic religious departments, the police, the Immigration Department and non-governmental organisations to combat deviant teachings. |
38,500 Units Of PPR Houses To Be Built in Three Years – Chor Posted: 13 Jul 2012 02:12 AM PDT GEORGE TOWN, July 13 – The government will build 38,500 units of houses under the People’s Housing Programme (PPR) throughout the country in three years, said Minister of Housing and Local Government Datuk Seri Chor Chee Heung. He said PPR houses would be built in all states in dire need of them with priority being given to Sabah and Sarawak. “At the moment, we have completed 54,600 units of PPR houses throughout Malaysia under the 10th Malaysia Plan which will end in 2015. Our objective is to build another 38,500 units under the programme. “We have built in Kuala Lumpur, Selangor and states such as Sabah and Sarawak which are badly in need of PPR houses,” he told reporters after visiting the Star Property Fair 2012, here today. He said PPR was one of the Federal government’s initiatives in assisting people in the lower income group to own houses. |
Felda Settlers Advised not To Join Orange Assembly Posted: 13 Jul 2012 02:10 AM PDT KANGAR, July 13 – Felda settlers throughout the country have been advised not to join the Orange Assembly to Save Felda planned to be held at the Federal Territory Mosque tomorrow. Deputy Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Ahmad Maslan said the assembly organised by the Save Felda Movement (GSF) would be in vain as settlers had been enjoying various benefits of Felda. Speaking to reporters after attending a seminar on “Understanding Wasatiyyah and 1Malaysia Concept” organised by the Perlis National Civics Bureau (BTN) with the cooperation of the Perlis state government here today, he said he believed the organising of the assembly is politically motivated. The assembly is purportedly aimed at protesting the listing of Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) in Bursa Malaysia with the excuse that it is to the detriment of Felda settlers. The participants of the assembly plan to hold a procession to the Istana Negara through Jalan Duta to hand over a memorandum to the Yang Dipertuan Agong. However, recently police had informed the organisers that the Federal Territory Mosque is a religious site and can not be used for the purpose while Istana Negara is a protected area. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment