BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KISAH BENAR !!! KES LIWAT II !!! RANCANGAN 'RUSUHAN 901' AKAN BERULANG KEMBALI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 13 Jul 2012 08:30 AM PDT


Pada 9hb Januari lepas,iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan,Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya.Bagi memberi impak yang lebih bermakna,hari tersebut diberi nama '901' iaitu simbol pembebasan seorang 'wira'. Malah,sebuah bom juga telah diletupkan sebagai 'memeriahkan' lagi rusuhan yang dirancang.Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru.Namun,rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Bagaimanapun,Kelmarin pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan yang bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat.Petisyen tersebut ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya,Noorin Badarudin dengan menyenaraikan sembilan alasan berupa kekhilafan Hakim iaitu Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dari segi undang-undang dan fakta dalam membuat keputusan tersebut. Petisyen tersebut juga memohon agar Anwar disabitkan dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan berdasarkan alasan-alasan berikut:

1.Hakim Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.Hakim juga telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pegawai penyiasat dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

2.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan. "Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan," kata pihak pendakwaan.

3.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

4.Hakim telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

5.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.

6.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.

"SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut," kata pihak pendakwaan lagi.

7.Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.

8.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.

9.Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.

Jika pihak pendakwa berjaya dalam rayuan ini,maka Anwar boleh menerima hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan. Pastinya, ini adalah alasan yang kuat untuk Anwar menggerakkan satu rusuhan mengikut perancangan asal '901'. Mungkin nama '901' perlu diubah memandangkan tarikh tersebut sudah tidak relevan lagi. Nampaknya masih ada harapan untuk Anwar menjadi hero dengan cara yang dramatik sepertimana yang diimpikannya selama ini.Cuma yang perlu diingatkan ialah,jika impian Anwar untuk mencipta huru-hara ini menjadi nyata, masih tidak ada jaminan yang Anwar akan berjaya bebas mengikut skrip asal yang dibayangkannya iaitu dengan campurtangan asing menobatkannya sebagai pemerintah.Tidak mustahil huru-hara akan berlaku juga tetapi hanya dalam lingkungan 500m di luar mahkamah dalam tempoh 1 – 2 jam dan Anwar menjadi hero yang meracau sendirian dari dalam penjara selama 20 tahun yang akan datang.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! EDISI KANTOI !!! CYBERTROOPER PAKATAN HARAM KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 13 Jul 2012 05:00 AM PDT


bagusnya cybertrooper pakatan haram ni..kat atas adalah gambar yang di fitnah oleh cybertrooper pakatan haram kononnya kalau pentadbiran di bawah UMNO dan BN rakyat susah.nak tanya jug kat cybertrooper ni.betul ker rakyat susah ??? habis tu apa cerita bantuan yang di beri selama ini.apa cerita pulak dengan isteri PM yang selalu buat program untuk anak muda ??? mana isteri pemimpin pakatan haram ??? ada mereka buat ??? lain kali jangan menuduh dengan air liur.sebab itu saya kata dari dulu lagi,kami blogger yang menyokong kerajaan sentiasa memberi bukti.puak pakatan haram main tembak jer.dengan ini saya nak nak bagi pesanan kepada blogger dan cybertrooper pakatan haram,if u want to play,u play with the best.if u want to give the truth,please give the prove.don,t give a saliva !!! anda lihat betul-betul gambar di atas,betul ker gamabr budak sekolah dan jambatan tu kat malaysia ??? lihat bukti penipuan cybertrooper di bawah


Sumber Gambar DR MIM

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! WAN AZIZAH TENGAH MERAYAU DAN MEMINTA SIMPATI RAKYAT UNTUK BERTANDING PRU 13 ?? WAJIB BACA !!!

Posted: 13 Jul 2012 02:00 AM PDT


maklumat yang saya terima,Anwar akan lari di Nibong Tebal dalam PRU-13,akibat tidak yakin lagi mendapat sokongan di kawasan sendiri.Tetapi,di Nibong Tebal juga,nampaknya Anwar tidak berapa yakin.Dengan ceramahnya yang semakin kurang mendapat sambutan,Anwar sudah benar-benar tertekan.Justeru itu,Anwar terus merayau-rayau mencari kawasan yang sesuai untuk bertanding.Isterinya,Wan Azizah pula tidak boleh bertanding kerusi Parlimen kerana meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan untuk Anwar.dalam kenyataan beliau baru-baru ini,Wan Azizah ada menyuarakan hasratnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Soalnya,di mana ???

Ada yang membuat spekulasi yang beliau akan bertanding di Selangor.Tetapi,di masa yang sama Wan Azizah dikatakan ada membayangkan yang beliau ingin bertanding di kawasan beliau membuang undi,iaitu di Permatang Pasir di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang,Salleh Man.Alasan Wan Azizah ialah,beliau hanya akan bertanding di kawasan yang dilihatnya 'boleh menang'.Kerusi Permatang Pasir adalah kerusi turun temurun PAS maka ia bolehlah dikira sebagai 'boleh menang' jika dilihat dari sudut Pakatan Haram sebagai sebuah entiti.Tetapi,masalah di sini ialah semangat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti sekutu PR adalah terlalu longgar.Jika Wan Azizah benar-benar ingin bertanding di situ,maka beliau perlu memujuk PAS untuk melepaskannya Dan kalaupun benar PAS sanggup memberi laluan kepada PKR,apakah pengundi di sana sanggup menerima Wan Azizah sebagai wakil mereka ???

Di dalam Pakatan Haram,penyokong PAS tidak semestinya menyokong PKR atau DAP dan begitu juga sebaliknya.bukan mudah untuk Pakatan Haram memuktamadkan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU yang dikatakan tidak berapa lama lagi.Sehingga ke hari ini,walaupun Anwar sebagai Ketua Pembangkang telah mengumumkan yang pengagihan kerusi telah muktamad tetapi PAS masih belum mengesahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi dan DAP juga masih berdolak dalih mengenainya.Nampaknya,Anwar hanya memuktamadkan pengagihan kerusi di dalam mimpi.Malah Anwar juga tidak dapat mengesahkan kerusi untuk isterinya.Jika benar Wan Azizah ingin bertanding maka ini juga mengesahkan cakap-cakap mengenai keperibadiannya yang sukar dijangka.Wan Azizah dikatakan mempunyai cita-cita yang tidak kurang rakusnya dengan Anwar Ibrahim. Sudah pasti segala air mata dan tebal mukanya selama ini mempunyai matlamat yang jauh lebih tinggi dari sekadar ingin membela suami biseksualnya.

Wan Azizah tahu bahawa di kala imej Anwar sudah terlalu buruk dan tidak dapat dipulihkan lagi,imej dirinya sebagai wanita mulia,waja dan tabah masih kekal.Dari satu segi,beliau telah berjaya mengalahkan Anwar yang selama ini menyiksa hidupnya.Mungkin Wan Azizah merasakan sudah sampai masanya untuk beliau berbuat sesuatu untuk dirinya sendiri dan bukan lagi untuk Anwar.Kerana itu,beliau ingin bertanding lagi.Masalah beliau adalah di DUN mana dan apakah PAS sanggup memberi laluan kepadanya.Lupakan DAP,kerana DAP tidak akan mengalah untuk sesiapa saja.Apapun keputusan Wan Azizah,yang pasti ialah seperti juga suaminya,Wan Azizah hanya akan bertanding untuk kepentingan dan kepuasan dirinya,bukan untuk rakyat ataupun negara.sebagai rakyat malaysia jangan sekali-kali lupa akan hakikat ini.

RENUNG-RENUNGKAN

PAKATAN HARAM KANTOI !!! PAK LAH DAN KU LI TAK HADIR HIMPUNAN OREN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 12 Jul 2012 11:00 PM PDT


Macam-macam cara dilakukan oleh pakatan haram terutama blogger untuk menarik perhatian ramai terhadap program mengarut anjuran mereka termasuklah yang terbaru gambar Tun Abdullah dan Tengku Razaleigh Hamzah digunakan oleh PAS untuk mempromosikan Himpunan Oren Anti FGV dengan tujuan mengabui mata khalayak.Si empunya diri langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk hadir,memandai-mandai pula dimanipulasi gambar kedua-dua tokoh tersebut demi untuk meramaikan hadirin dalam majlis anjuran PAS itu.Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap penganjur himpunan tersebut sepatutnya berasa malu bila program anjurannya terpaksa menumpang nama dan gambar orang lain.Alasan kononnya penggunaan gambar Pak lah dan Ku Li sebagai daya tarikan langsung tak boleh diterima akal.Itu namanya alasan yang kebudak-budakan dan menipu.

tabiat menipu dan membohong sambil lidah berbelit-belit sudah jadi amalan pemimpin PAS sejak tahun 1950-an lagi, tapi kot kalau terdesak sangat pun janganlah sampai ditarik sekali nama orang lain untuk bergelumang dengan penipuan.Dahlah menipu dan memanipulasi nama dan gambar pemimpin UMNO,himpunan yang kononnya untuk kumpulkan peneroka kini dah jadi himpunan ahli PAS pula bila surat pekeliling dihantar mengarahkan kehadiran ahli dari seluruh peringkat untuk ramaikan majlis.Nampak sangat majoriti golongan peneroka memboikot himpunan sia-sia tersebut, itu pasal terpaksa dikerah ahli sendiri untuk mengelakkan dari menjadi bahan gelak tawa orang ramai.Dua kali menipu bermakna bab-bab menipu ini sudah sebati dalam sanubari pemimpin PAS. Satu menipu orang ramai dengan memanipulasi gambar pemimpin UMNO dan kedua menipu masyarakat dengan mengatakan ahli PAS yang akan hadir semuanya peneroka.


Terdesak sangat nak cari laba politik,maka langkah desperado sedemikian rupa diguna pakai, langsung tak menepati ciri-ciri sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.Jenis manusia munafik dan perangai macam musyrikin Mekah saling tak tumpah macam perangai Abu Jahal dan Abu Lahab.Patutlah lebih 60 tahun PAS hidup atas muka bumi,hanya kecelakaan dan perpecahan sesama umat Islam saja yang berjaya dibawa oleh PAS.Laknatullah punya perangai.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HADI AWANG MENGHISAP DARAH MAHASISWA DI MESIR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 12 Jul 2012 07:00 PM PDT


Wowww !!! Tahniah diucapkan kepada kepimpinan Presiden PAS Malaysia Tuan Guru Hj Hadi Awang kerana berjaya mengutip dana PRU13 daripada Mahasiswa Malaysia di Mesir ( kebanyakan pelajar pengajian islam) sebanyak 12.000 Egyption ( RM 6315.78) yang bertempat di Hayyu Sadis ,Nars City Kaherah.Ini adalah anjuran daripada sayap politik PMRAM iaitu S.U.A.R.A yang begitu agresif sejak akhir-akhir ini membantai kerajaan.Sebenarnya saya tidak pelik sekiranya ramai pelajar Malaysia di Kaherah ini menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana mereka dari mula sampai lagi mereka telah di asuh untuk memberikan sentimen Anti-Kerajaan kepada pelajar baru.PMRAM lah sebenarnya yang menjadi PROXY PAS di Mesir.Mereka sangat lantang di dalam isu-isu semasa lebih-lebih lagi ianya berkait dengan isu keagamaan.Tapi bila bab-bab PAS kena musibah dema nih pandai pula sorok muka dan malu nak berkataa-kata.Seboleh2 mereka ini akan pertahankan PAS walaupun mereka di dalam landasan yang salah.

Mereka selalu memainkan isu hudud di kalangan pelajar dan memainkan isu berkenaan kerajaan ZALIM... Sebab itulah mereka ini terlalu taksub menyokong PAS sehingga sanggup melawan peraturan yang telah ditetapkan.. Mereka cuba menganggap itu adalah satu daripada perjuangan mereka.. ( bodoh !! ) Saya nih takdelah nak taksub sangat dengan politik dan nak menyokong kerajaan persekutuan dengan membabi buta... Ada sesetengah bab saya perlu bersuara sekiranya ianya salah dari sisi agama islam... Tapi saya perlu mengkaji sesetengah perkara dan barulah saya akan bertindak dan bersuara... Ini baru belajar tahun 1 atau tahun 2 dah pandai nak menghukum dengan perkara yang dia tidak nampak hanya sekadar mendengar daripada pihak2 yang belum tentu ada kesahihannya... Itu takpe lagi, ini yang duduk belajar kat sini dah bertahun-tahun tak lepas pengajian di angkat pulak menjadi pemimpin dan mengajar orang2 baru... Macam mana lah tak jadi keturunan... Lepas tu bangga duduk lama kat sini ~ ~ cehhhTakpelah itu satu hal la dema ni na sokong pembangkang di Malaysia...

Yang masalahnya,Kenapa PAS perlu meminta SEDEKAH untuk DANA PRU13 daripada pelajar Malaysia di Kaherah ??? Ini bukan kali pertama terjadi... Tahun ini sahaja sudah dua kali perkara yang sama telah berlaku... Sebelum ini MAT SABU telah hadir di Kaherah untuk mengutip DANA PRU13 juga dan telah berjaya mengumpul sebanyak 25.000 Egyption ( RM 13.1578.95 ) ... Padahal,Pakatan Rakyat sebenarnya tidak perlu meminta DERMA daripada rakyat untuk menghadapi PRU13 kerana sumber yang kita ketahui PR telah mendapat supporter daripada pihak luar negara daripada pelbagai NGO ( badan bukan kerajaan ) Apa lagi yang tidak cukup ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk anak anak muda melanjutkan pelajaran malah di Mesir sahaja ribuan pelajar mendapat pembiayaan sama ada Biasiswa,PTPTN ataupun melalui Biasiswa dari kerajaan Negeri.Usaha kerajaan yang ingin melihat anak Malaysia berjaya dalam bidang yang mereka ceburi sedikit sebanyak diGAGALkan oleh pemimpin pakatan haram dan kedatangan Haji Hadi Awang ke Mesir adalah dengan niat untuk menghancurkan harapan anak muda dalam menuntut ilmu.apa cerita ni ???

tak malu ker minta sedekah kepada pelajar di mesir ??? kerajaan dah bagi dana kat kerajaan negeri yang di tadbir oleh pakatan haram ni kenapa tak gunakan untuk membelanjakan semua tu untuk rakyat ??? agak-agaklah,Apa jasa PAS dalam membantu para pelajar kita ??? Apa bukti yang PAS boleh banggakan selama ini dalam membantu para pelajar Malaysia yang berada di Mesir ataupun negara negara lain ??? Apa Jasa PAS ??? bagitahu sikit...

Tidak cukup dengan manghasut para pelajar Malaysia di Mesir,Hadi Awang bertindak lebih jelek apabila mengutip derma pula daripada pelajar Malaysia di Mesir. Kutipan yang Gomo difahamkan adalah sekitar 25.000 Egyption bersamaan RM13.1578.95 sen. Satu jumlah yang cukup banyak diraih Hadi Awang dalam memerah keringat para pelajar di Mesir untuk PAS.Ini lah yang merupakan satu pekara yang tidak seharusnya berlaku pada para pelajar kita. Seringkali mereka ini dikerah untuk menyumbang wang bagi tujuan politik pemimpin tertentu walhalkan mereka sediri sebenarnya cukup perih untuk menyimpan wang ataupun menampung kos sara hidup mereka di negeri orang.

Untuk tujuan apa Hadi Awang mengutip derma daripada para pelajar di Mesir ??? sekali lagi saya nak tanya.Bukankan sebagai seorang pemimpin sewajibnya Haji Hadi patut memberikan bantuan kepada para pelajar dan bukannya meminta sumbangan dari mereka untuk kepentingan politik ??? betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! 1000 EKAR TANAH DI TAMAN SAINS SELANGOR DI RAMPAS OLEH KHALID GAGAP ???

Posted: 12 Jul 2012 04:00 PM PDT


Isu tanah telah melingkari Rejim Khalid Gagap sejak mula mereka mengambil tampuk kuasa.Kenaikan cukai tanah yang menggila di kawasan terpilih seperti di Tanjung Karang cukup untuk membuktikan ada percaturan tertentu, sedangkan kawasan Sekinchan pula mendapat faedah "kebajikan" ala DAP dengan cukai yang cukup rendah.Strategi ini dinoktahkan dengan peringatan "Tanah Anda Akan Dirampas Sekiranya Gagal Membayar Cukai Selama 5 Tahun".Berita yang terbaru diterima oleh rakan blogger Selangor Daily ialah kerajaan negeri dikhabarkan dalam percubaan untuk "merampas" sebidang tanah berkeluasan kira-kira 1000 ekar di Selangor Science Park 2 di Sepang,yang terletak berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya.

Alasannya ialah kerajaan negeri telah mengenakan "Additional Premium" ke atas PKNS, sungguhpun pembayaran "First Premium" telah diselesaikan.Butiran selanjutnya akan diberikan kelak,sebaik sahaja menerima maklumat penuh.Apa yang menghairankan adalah bagaimana sebuah kerajaan negeri,bertindak untuk mengambil tanah milik anak syarikat negeri, atau GLC nya sendiri ??? Apa motif disebalik perkara ini ???

Sungguhpun masih gagal menyelesaikan "Additional Premium",bukankah PKNS dibawah kuasa kerajaan negeri ??? Lupakan soal tolak ansur,kerana cara mentadbir korporat yang kejam dan keparat telah menyebabkan pelbagai kejadian urustadbir "luar biasa" yang berlaku,menyebabkan penjualan aset-aset penting negeri.sebenarnya,perkara ini sebagai satu lagi strategi untuk menghalalkan tanah berkenaan dipindahmilik,samada dalam bentuk penjualan, atau usahasama.Ia sekadar satu prosedur,dengan "rampasan" menjadi motif utamanya.Apakah "Additional Premium" sengaja dikenakan bagi membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa PKNS gagal membayarnya maka tanah tersebut boleh dirampas ???


PKNS,seperti yang dimaklumkan,memohon penangguhan pembayaran "Additional Premium" berkenaan,mungkin disebabkan masalah kewangan.Tentu sahaja PKNS nanti,apabila PKNS tidak mampu membayar, maka tidak lagi memiliki tanah berkenaan Dan selepas ini, dan siapa pula akan mendapat faedah pindahmilik seterusnya ???

Apakah strategi tersirat,sehingga membawa kepada kekejaman ini, sekiranya benar ??? Apakah pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku ke atas PKNS menyebabkan harta rakyat ini perlu dikeluarkan dari audit PKNS atau pengetahuan umum ???

Apa yang lebih membimbangkan,sebanyak RM300 juta telah dibelanjakan oleh PKNS untuk membangunkan kawasan berkenaan yang dijangka menjadi kawasan tempat tinggal mewah.Sekadar ingin membawa pembaca ke satu lagi persoalan,apakah tanah yang dimiliki oleh anak syarikat negeri,ingin pula dirampas oleh kerajaan negeri,hanya kerana tanah tersebut memberi faedah kepada bumiputera ???

Untung benarlah kroni-kroni mereka,kerana bakal memiliki sebidang tanah yang telah dimajukan dengan kos sebesar itu."Cuci kaki".kepada pembaca Badut Rakyat,Berdoalah agar "rampasan" tanah ini tidak berlaku.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...