UMNO Online - “Krisis Air Lebih Teruk Berbanding 1998 – SWAn” plus 9 more

UMNO Online - “Krisis Air Lebih Teruk Berbanding 1998 – SWAn” plus 9 more

Link to UMNO Online

Krisis Air Lebih Teruk Berbanding 1998 – SWAn

Posted: 17 Jul 2012 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai –  Penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berhadapan dengan krisis air jauh lebih teruk daripada apa yang yang pernah dialami pada 1998 jika kekurangan bekalan air terawat tidak diselesaikan segera.

Timbalan Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur,dan Putrajaya (SWAn) Aldric Loong Kim Yew berkata ini berdasarkan data mingguan yang dikeluarkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, operator agihan dan pengendalian pengeluaran air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bahawa permintaan air telah meningkat.

“Permintaan air secara puratanya telah meningkat ke tahap 4,329 juta liter sehari berbanding dengan kapasiti pengeluaran maksimum semua Loji Rawatan Air (LRA) sebanyak 4,371 juta liter sehari.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kini hampir tiada rizab lagi untuk menampung sebarang peningkatan permintaan bekalan air terutama sewaktu permintaan puncak, dengan permintaan meningkat setinggi lebih 7 peratus daripada purata permintaan air harian,” katanya ketika ditemui pemberita semasa kempen derma darah SWAn di Pusat Darah Negara, di sini pada Selasa.

Loong berkata sesetengah penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur sudah mula mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah akibat kekurangan bekalan air terawat.

Loong berkata kerajaan Selangor dilihat langsung tidak memahami keadaan bekalan air yang melanda pada masa ini dan asyik mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan paras air di empangan Selangor penuh dan mencukupi.

“Apa yang dipertikaikan sekarang adalah mengenai kekurangan bekalan air terawat dan keperluan meningkatkan sumber air serta membina LRA tambahan untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata empangan yang penuh tidak semestinya mempunyai bekalan air yang mencukupi malah ia bergantung kepada reka bentuk hidrologikal empangan dan air mentah di empangan itu mesti dirawat dahulu sebelum ia dapat disalurkan kepada pengguna.

Loong berkata berkata masalah ini boleh diselesaikan sekiranya pihak-pihak yang berkaitan berkumpul dan berbincang cara mengatasi masalah ini bersama.

“Pihak SWAn mendesak kerajaan Persekutuan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberikan perhatian penuh dan mengambil langkah-langkah jitu untuk menyelesaikan isu penting ini secepat mungkin,” katanya

Selangor Perlu Kemukakan Rancangan Urus Air – Muhyiddin

Posted: 17 Jul 2012 04:50 AM PDT

TAMPIN, 17 Julai – Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran pembangkang perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengambilalihan tanggungjawab itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan perlu dimaklumkan kepada kerajaan pusat berdasarkan peruntukan dalam perjanjian konsesi sedia ada.

“Jadi kalau mereka ingin buat keputusan begitu mereka kena maklumkan. Sama ada, ada asas atau pun tidak itu kita tidak tahu lagi dan kita juga mahu tahu apa perancangan kerajaan negeri dalam nak menyelesaikan krisis air di Selangor. Sebagaimana pelan pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 yang belum diputuskan lagi.

“Jadi kalau itu mereka sampaikan kepada kerajaan pusat dan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (selaku menteri bertanggungjawab) boleh menilai adakah asas itu asas yang kukuh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, di sini Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa Syabas tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi dan kerajaan negeri mahu mengambil alih tanggungjawab itu daripada syarikat tersebut.

Muhyiddin berkata, berdasarkan perjanjian konsesi sedia ada, sebarang pengambilalihan tidak boleh buat secara unilateral sebaliknya perlu dirujuk dan mendapat persetujuan bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Katanya, soal pengambilalihan itu boleh dirujuk kepada peruntukan dalam akta dan undang-undang sedia ada, bagaimanapun hakikat yang lebih penting adalah masalah bekalan air yang dihadapi rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

Beliau berkata masalah tersebut sudah sampai pada tahap yang mencemaskan lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan bekalan air di loji-loji menurun pada tahap yang agak rendah.

“Jadi hal sebegini tentu menimbulkan kebimbangan besar terhadap pengguna, jadi apa tanggungjawab kerajaan negeri dalam soal itu. Ini sudah lama kita bincang, sudah kita kemukakan cadangan tapi mereka tidak membuat keputusan.

“Saya tidak mahu campur tangan, tapi mereka menuduh Syabas tidak mampu menjalankan tugas. Apa pun bagi saya ini keadaan yang amat kritikal sekali,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tiada halangan terhadap guru untuk memakai pakaian tradisional kaum lain sewaktu mengajar di sekolah selagi tertakluk kepada kod etika berpakaian yang sesuai di sekolah.

“Sekarang orang Cina pun pakai baju Melayu, orang Melayu pun pakai Cheongsam, orang India pakai baju Melayu dan kita tidak ada halangan kerana tiada ada sekatan undang-undang mengatakan tidak boleh asalkan cara berpatutan, ikut cara yang terhormat,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai beberapa kes di mana ada guru ditegur oleh guru besar dan pengetua kerana memakai pakaian tradisional kaum lain ketika mengajar di sekolah.

Muhyiddin berkata kes tersebut adalah terpencil dan menurutnya mana-mana guru yang berasa tidak berpuas hati di atas teguran itu boleh mengemukakan aduan kepada kementerian.

Pembangkang Guna Peluru Kapur, 85 Peratus Peneroka Sokong BN

Posted: 17 Jul 2012 04:34 AM PDT

Tindakan pembangkang yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur.  Ini kerana, ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian.  Lama kelamaan, peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi.

Begitulah yang terjadi di Felda.  Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pembangkang pun sudah letih, peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.

Lalu, dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri, pembangkang kini melompat-lompat tanpa tujuan.

Mana tidaknya kerana mengikut analisis, sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya.

Walaupun tiada siapa yang dapat menafikan hakikat kejayaan peneroka hari ini adalah hasil dari keprihatinan BN terhadap rakyat miskin, tetapi ini tidak bermakna peneroka sentiasa memberi sokongan kepada BN.

Dalam PRU 2004, misalnya, sokongan Felda terhadap BN hanya di tahap 54%.  Sokongan ini meningkat pada PRU 2008 pada tahap 80%.

Peningkatan sokongan terhadap BN terus dilihat dalam Pilihanraya Kecil di DUN Tenang pada Januari 2011 di mana hanya 10% undi di kawasan Felda yang menyokong pembangkang.  Ini bermakna 90% dari golongan peneroka di situ tetap bersama BN.

Tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan peneroka yang kurang faham mengenai penyenaraian.  Sokongan mereka kepada kerajaan BN selama ini adalah bersandarkan keyakinan atas rekod kredibiliti dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka.

Atas dasar itu, mereka menaruh kepercayaan yang kerajaan BN tidak akan sekali-kali menganiaya mereka sepertimana yang diwar-warkan oleh pembangkang.

Dan kini, segala keyakinan mereka terbukti benar apabila mula menerima durian runtuh sebagai 'bonus' ke atas jerit perih mereka selama ini.  Selain itu, mereka juga bakal menerima dividen dan berbagai lagi keuntungan yang tidak mereka jangka.

Semua ini adalah kerana pemilikan saham dari penyenaraian yang mana mereka tidak perlu pun mengeluarkan wang sendiri untuk membelinya.

Kesemua ini, dan ditambah dengan faktor kelemahan dan keburukan imej pembangkang sendiri menyebabkan peneroka memilih untuk berdiri teguh di belakang BN.  Nampaknya, apa yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menabur fitnah telah benar-benar memakan diri.

Kini, pembangkang terpaksa menjilat kembali ludah mereka di mana di kalangan penyokong mereka juga menerima durian runtuh dan segala bantuan dan kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan.  Walaupun segala bantuan kerajaan tersebut dihukum sebagai haram dan rasuah namun ia tidak berjaya menghentikan penyokong mereka dari merebutnya.

Tidak cukup difitnah kerajaan, pembangkang yang semakin hilang akal mula menuduh peneroka sebagai perompak pula.  Kononnya, segala wang yang diterima dari kerajaan itu adalah wang rakyat dan menerimanya menjadikan peneroka sebagai perompak wang rakyat.

Sedangkan, wang tersebut adalah hasil dari kerja kuat para peneroka dan kecekapan pengurusan Felda menjana wang mereka.  Tidak timbul isu wang rakyat atau pun wang kerajaan dalam pemberian bantuan, bonus atau apa saja untuk warga Felda.

Nampak benar yang pembangkang sudah benar-benar terdesak untuk meraih undi warga Felda.  Dan keterdesakan itu jugalah yang menyebabkan warga Felda semakin mencurigai, takut dan akhirnya lari dari mereka.

isuhot.com

Kalau Anwar Diwar-warkan Bakal PM, Apa Jawatan Yang Hadi Awang Dapat?

Posted: 17 Jul 2012 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Julai – Dalam keghairahan pemimpin DAP, PKR menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri mereka, ramai tertanya-tanya apakah pula status Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apakah beliau yang dianggap ulama dan pemimpin berwibawa oleh penyokong mereka Hadi hanya sekadar menjadi tukang angguk atau tukang kerah pengikut serta penyokong Pas untuk memenuhi ceramah atau program yang melibatkan agenda parti pembangkang lain.

Mengulas mengenainya penceramah bebas Ustaz Sulaiman Parsi berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan hari ini seolah-olah Hadi tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya bukan sahaja di kalangan pemimpin PKR dan DAP, malah kalangan pemimpin Pas sendiri.

Soal beliau siapakah kalangan pemimpin Pas yang pernah menobatkan Hadi sebagai bakal Perdana Menteri atau pun sekurang-kurangnya bakal Timbalan Perdana Menteri jika mereka berkuasa kelak.

"Yang saya tahu itulah…. Jika ada yang pernah mengutarakan soal ini di luar pengetahuan saya tidak tahulah pula….namun sehingga kini status jawatan Hadi masih menjadi tanda tanya.Yang kita dengar dan diwar-warkan adalah Anwar sebagai bakal Perdana Menteri jika mereka berkuasa.

"Inilah yang menghairankan saya…Takkanlah Hadi tidak ada dalam senarai. Nak harapkan ayam sabung dan panglima mereka, rasanya perkara itu adalah mustahil untuk kita dengar. Bukankah niat saya untuk menjatuhkan air muka Presiden Pas tetapi sekadar ingin tahu apakah status beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas tindak-tanduk pembangkang yang menobatkan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menubuhkan kerajaan kelak. Namun ada pihak yang bertanyakan status Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kabinet mereka.

Mengulas lebih lanjut Ustaz Sulaiman seterusnya menambah selaku  parti yang mempunyai jentera di semua peringkat, sewajarnya Hadi mempunyai kekuatan untuk dilonjakkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Tambahan pula tegas beliau dengan imejnya yang tidak mempunyai sebarang dakwaan dan pelbagai isu lain, adalah wajar Hadi mendapat tempat yang paling tinggi di kalangan pemimpin parti pembangkang yang lain.

"Saya tidak bermaksud untuk mengapi-apikan sesama mereka…. cumanya mahukan sedikit penjelasan sepertimana pihak-pihak lain khususnya masyarakat di akar umbi termasuklah kalangan penyokong Pas sendiri yang mempersoalkan perkara tersebut.

“Adalah lebih baik pakatan pembangkang jika rasa segan hendak nyatakan kabinet bayangan pun sekurang-kurangnya beritahulah di mana kedudukan Hadi nanti," katanya. -MediaUMNO

Jadikan Mesyuarat Pemuda Bahagian Medan Perkukuhkan Jentera Parti

Posted: 17 Jul 2012 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Julai – Ketua Pemuda UMNO Sekijang,  Anuar Abd Manap berharap seluruh ahli pergerakan Pemuda bahagian berkenaan menggunakan sepenuhnya mesyuarat Pemuda UMNO  bahagian itu  September depan sebagai medan terbaik untuk memberikan pendapat serta pandangan khususnya persediaan jentera Pemuda untuk berdepan pilihan raya umum nanti.

"Sebagai Ketua Pemuda Sekijang, saya seboleh-bolehnya mengharapkan pelbagai input daripada ahli Pemuda dalam usaha memperkemaskan lagi jentera yang ada untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) nanti.

"Gunalah ruang dan platform itu sebaik mungkin dan insyaallah, kepimpinan Pemuda Sekijang akan memperhalusi dan kita sama-sama melaksanakan apa yang diutarakan," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Bercakap lebih lanjut beliau seterusnya melontarkan beberapa cadangan  termasuklah soal memperkasakan lagi jentera Pemuda BN.

"Ini antara cadangan saya selain daripada soal kajian sikap dan bagaimana untuk memperkasakan lagi jentera sedia ada terutama di kalangan rakan-rakan Pemuda parti komponen.

"Itu merupakan medan yang sesuai dengan jangka waktu pilihan raya umum yang semakin hampir, sewajarnya perkara itu turut mendapat perhatian agar jentera Pemuda BN terus ampuh.

"Kita percaya hubungan rapat yang sedia terjalin antara kepimpinan Pemuda BN di peringkat pusat, negeri serta bahagian dan seterusnya cawangan dapat dipereratkan dengan lebih mendalam selain strategi lain untuk memperkukuhkan lagi jentera Pemuda," katanya. -MediaUMNO

Free Malaysia Today Apologises For Calling Lynas Plant Unsafe

Posted: 17 Jul 2012 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 17 – Lynas Corporation Limited, which has been receiving adverse publicity for over a year arising from its rare earth processing plant in Pahang, feels vindicated following an apology from Free Malaysia Today, an on-line news portal.

Its Chairman Nick Curtis said Lynas had always maintained that its plant at the Gebeng Industrial Estate, near Kuantan, was safe to the community within which it operates, and had based this view on scientific facts.

“The plant was thoroughly tested during the extensive and efficient reviews by the relevant regulators,” he said in a comment emailed to Bernama when asked on the portal’s apology.

In its website, www.freemalaysiatoday.com, Mtoday News Sdn Bhd apologised over articles it had published previously, claiming that the Lynas plant may be unsafe to the people.

“We apologise for these publications as such claims do not have a scientific basis. The regulatory review of the Lynas plant has been thorough and diligent,” it added.

Silent Majority Must Speak Up, Says Adenan

Posted: 17 Jul 2012 03:34 AM PDT

KUCHING, July 17 – The silent majority in Malaysia can no longer remain quiet but to raise their voices now to fight against the minority of extremists in the country, Sarawak Minister in the Chief Minister’s Office, Tan Sri Adenan Satem said here, today.

He said the current situation demanded the majority group who represented Malaysians who preferred moderation over extremism to speak up to silence the minorities.

“These extremists had been noisy just to become popular. The extremists were (perceived to be) successful because the majority is (seemed to be) not doing anything,” he said.

He made these remarks when speaking to represent the State Chief Minister, Tan Sri Abdul Taib Mahmud to officiate a seminar on “Wassatiyah” (Moderation) and 1Malaysia concept here.

Those who championed extremism had no place in Malaysia and deserved to be marginalised since their stands were not reflecting the true facts in the country, he said.

“Our country stood upon a multi-racial and multicultural society and this must be accepted by all, beyond their political divides,” Adenan said.

While Sarawakians had made 1Malaysia concept as something that came naturally in them, he said the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak’s brainchild concept would further spin up nationalistic spirit of Malaysians irrespective of their races.

“Like in America, where the people regarded themselves Americans first before stating their races, our people should think along this line,” he added.

Meanwhile, Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Ahmad Maslan said Sarawak became the 13th state to have such seminar which was aimed at raising the public understandings on Wassatiyah and 1Malaysia concepts.

“Participations for these series of seminar had been very encouraging and reflected the acceptance of the majority (to the concepts), including those in the opposition-controlled states,” he told reporters after the opening ceremony.

Pas Tak Malu, Tak Ada Pendirian Jilat Ludah Sendiri Ambil Untung Penyenaraian FGVH

Posted: 17 Jul 2012 03:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pakatan pembangkang khususnya kerajaan tadbiran Pas di Kedah dianggap tidak tahu malu dan sememangnya bermuka tebal apabila menganggap tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) kononnya diakibatkan oleh kegagalan pegawai terbabit dalam memahami keputusan politik dan parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaakob membidas kenyataan tersebut yang dianggap tidak berpendirian dan tidak berpegang kepada prinsip sebenar.

"Inilah pemimpin dalam pakatan pembangkang yang akan menyalahkan pihak lain dan tidak mahu mengakui apa yang dilakukan biarpun telah nyata bahawa mereka menjilat ludah sendiri tetapi terang-terangan masih enggan mengakuinya," katanya.

Dilaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan perbadanan itu membeli 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera.

"Apabila tindakan sedemikian terkena pada mereka maka ia boleh digunapakai sebaliknya apabila ada pegawai kerajaan yang membuat keputusan menyebelahi kerajaan pusat maka macam-macam dakwaan mereka sehinggakan ibaratnya apa saja yang dilakukan apabila membabitkan kerajaan Barisan Nasional (BN) maka akan salah semuanya.

"Apa yang berlaku dalam kerajaan tadbiran Pas di Kedah ini telah mengesahkan bahawa pembangkang ini selalu menukar-nukar pendirian dan prinsip mengikut keadaan yang berpihak kepada mereka sendiri," katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, biarpun pakatan pembangkang menolak penyenaraian FGVH tetapi alasan yang diberikan adalah tidak relevan malah mereka sanggup menjadi penganjur Himpunan Oren atas alasan untuk menyelamatkan Felda dengan Setiausaha Agung Pas sendiri mengerahkan ahli-ahlinya untuk turut serta dalam himpunan tersebut.

"Sebenarnya mereka sendiri sedar bahawa penyenaraian FGVH adalah peluang terbaik untuk membuat untung dan mereka membelinya tetapi apabila perkara tersebut terbongkar walhal baru saja mereka nyatakan bantahan dengan Himpunan Oren maka alasan lain diciptanya.

"Kepimpinan Pas cuba menafikan dalam senyap apa yang telah mereka lakukan sedangkan dalam masa yang sama mereka juga mendapat imbuhan dan keuntungan atas apa yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebagaimana penyenaraian FGVH.

"Biarpun mereka kata akan menjualnya secara berperingkat namun apa yang penting mereka telah membuat untung."

Tegasnya lagi, kepimpinan pakatan pembangkang telah menunjukkan ketidakmatangan mereka sebagai kerajaan negeri dan pemimpin kerana telah terbukti apa yang dibantah bukanlah untuk kepentingan rakyat secara umum tetapi mempunyai agenda tersendiri.

"Mereka tak berpolitik secara matang kerana sewajarnya mereka membuat bantahan kepada apa yang sememangnya benar-benar memberi keburukan kepada rakyat tetapi dasar mereka adalah membangkang apa saja yang dilaksanakan oleh kerajaan BN biarpun dalam masa yang sama mereka turut mengutip dan mendapat untung atas apa yang dilaksanakan."

Tambah beliau lagi, pelbagai isu yang timbul membabitkan kerajaan Negeri Kedah sejak kebelakangan ini sebenarnya berlaku atas sebab yang sama iaitu tidak berlandaskan kepada asas utama dan prinsip sebenar.

"Inilah juga yang berlaku ke atas KUIN, pembinaan kuil dan kawasan seluas 300 hektar yang menjadi ladang rakyat berhampiran kawasan Empangan Pedu yang mana ia berlaku sebab konsepnya berkepentingan sendiri," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Kerajaan Tidak Bezakan Peruntukan Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan – TPM

Posted: 17 Jul 2012 03:16 AM PDT

TAMPIN, 17 Julai – Kerajaan tidak membezakan peruntukan yang diagihkan sama ada kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebagai contoh setiap tahun kerajaan membelanjakan purata RM2.235 juta untuk SJK Cina, RM1.19 juta untuk SJK Tamil dan RM2.26 juta untuk Sekolah Kebangsaan.

“Jadi, perbezaannya tidak banyak bagi kos perbelanjaan antara Sekolah Kebangsaan dan SJK,” katanya pada majlis perasmian bangunan baru SJK Cina Kampung Baru Tampin di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran yang diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman adalah dalam rangka lawatan rasmi ke sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Selain itu, katanya kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.8 bilion setahun bagi membayar gaji guru di sekolah Cina (rendah dan menengah) manakala untuk guru di SJK Tamil sebanyak RM1.9 bilion setahun.

Katanya daripada laporan yang diterima beliau, sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) untuk SJK kerajaan membelanjakan RM159.7 juta untuk 1,000 buah projek manakala RMK-9 untuk 305 projek membabitkan perbelanjaan RM247 juta.

“Kemudian dalam RMK-10 untuk 66 buah projek dan baru-baru ini saya telah mendapat peruntukkan khas Perdana Menteri berjumlah RM100 juta untuk SJK Cina, RM100 juta untuk SJK Tamil, RM100 juta untuk sekolah Methodist dan RM100 juta untuk sekolah agama. Di samping itu, ada juga peruntukan khas lain,” katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan membelanjakan lebih RM5 bilion untuk projek pembangunan sekolah di seluruh negara, membabitkan sama ada Sekolah Kebangsaan, SJK Cina dan Tamil serta sekolah agama bagi memastikan kualiti pendidikan di negara ini sentiasa baik dan setanding negara maju.

“Apa yang paling utama adalah kualiti pendidikan. Setiap hari kita (kerajaan) akan mencari jalan bagaimana mutu pendidikan kita mesti diperbaiki.

“Saya tengah membuat laporan mengenai sistem pendidikan negara ini yang kita dapat menerusi dialog yang diadakan di setiap negeri dan laporan itu bakal saya bentangkan kepada Perdana Menteri minggu depan.

“Kita akan mengambil semua sekolah tanpa mengecualikan mana-mana sekolah kebangsaan, SJK, sekolah mubaligh dan sekolah agama kerana kita mahu melihat mutu pelajaran kita setanding negara maju, meningkat dan cemerlang,” katanya.

Banyak Perubahan Sudah Dilaksanakan, BN Tidak Harus Selesa, Terus Dampingi Rakyat

Posted: 17 Jul 2012 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Julai – Gerak kerja berterusan perlu dilakukan secara berterusan walaupun tarikh pilihan raya masih tidak diketahui oleh semua petugas Barisan Nasional (BN) tanpa mengira jawatan atau pangkat sama ada di peringkat cawangan, negeri dan pusat.

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe berkata walaupun banyak perubahan telah dibuat dan dilaksanakan oleh BN sejak di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, namun gerak kerja untuk mengahadapi pilihan raya perlu dilakutan secara berterusan.

"Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh semua, kita perlu bersama-sama Perdana Menteri dan Timbalannya, (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk memastikan kejayaan besar pada pilihan raya nanti.

"Semua peringkat perlu mendampingi rakyat dan membantu menyelesaikan masalah dihadapi oleh mereka bagi mengembalikan kepercayaan kepada BNl, mungkin dahulu ada perkara yang sedikit perkara yang tidak disenangi sehingga berlakunya tsunami politik pada pilihan raya 2008.

"Oleh itu, pada pilihan raya kali ini, saya berkeyakinan rakyat akan kembali kepada Barisan Nasional berdasarkan sambutan orang ramai terhadap program-program yang dianjurkan seperti Jelajah Janji Di Tepati," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, Wanita Gerakan tidak ketinggalan turun padang untuk bertemu dengan pengundi bagi memberi penerangan terutama membabitkan isu-isu yang cuba disebarkan oleh pembangkang untuk memburuk-buruk kepimpinan Barisan Nasional.

Pelbagai program yang diatur untuk bertemu dengan rakyat sama ada di peringkat kerajaan dan parti di seluruh negara yang turut disertai oleh parti komponen yang lain.

"Tiada kira siapa yang bakal menjadi calon, apa yang penting adalah untuk menjamin kemenangan besar Barisan Nasional pada kali ini, semua orang harus bekerja sebagai satu pasukan tanpa mengira parti.

"Kita juga tidak harus selesa dengan perubahan sokongan rakyat yang kebelakangan ini, masih banyak yang perlu dilaksanakan sejajar dengan slogan Rakyat Didadahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Kita tidak harus membiarkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bersendirian untuk bersama rakyat seperti Program Turun Padang, kita semua perlu bersama-samanya untuk bertemu dengan rakyat pada setiap masa bukan apabila ada progranm sahaja," katanya.

Tan berkata, perasaan selesa dan puas hati tidak dengan apa yang dilakukan harus diketepikan kerana tugas untuk bersama rakyat tiada penghujungnya dan perlu dilaksanakan secara berterusan. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...