BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! HUSAM MUSA TEWAS DI TANGAN BLOGGER !!!
- HOT NEWS !!! NG LUM YONG BONGKAR KISAH AZMIN ALI DAN AIS KRIM ???
- HOT NEWS !!! WANITA YANG DI KAITKAN DENGAN AZMIN ALI LARI KE LUAR NEGARA ???
- HOT NEWS !!! BAPA UNCLE SEEKERS SYIAH SESAT ???
- EKSKLUSIF !!! SAH !!! HIMPUNAN OREN MEMBUKTIKAN BAHAWA PAKATAN HARAM MENIPU PENEROKA !!! WAJIB BACA !!!
- HIMPUNAN OREN !!! PAS MENIPU PENEROKA UNTUK RAMPAS SEMUA SAHAM ??? WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! HIMPUNAN OREN PESTA KUTIP DUIT DARI PAS !!! WAJIB BACA !!!
HOT NEWS !!! HUSAM MUSA TEWAS DI TANGAN BLOGGER !!! Posted: 17 Jul 2012 12:15 PM PDT Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa tewas di tangan blogger apabila kes samannya terhadap Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad ditolak Mahkamah Tinggi Kota Bharu apabila Naib Presiden PAS itu gagal membuktikan Mohd Faisal adalah blogger RBF (Ruang Bicara Faisal).Faisal ketika bercakap dengan Kickdefella hari ini membina azam baru,dia mahu bersama Kickdefella dan rakan-rakan media sosial di Kelantan untuk menentang kemungkaran terutamanya yang menyelebungi aktiviti-aktiviti Husam Musa.Pada Oktober 2009,Husam pernah meminta Kickdefella menjejaki seorang pemuda bernama Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad. Bahkan pada satu malam Husam telah mengarahkan Kickdefella pergi ke sebuah rumah berdekatan Jalan Kebun Sultan pada jam hampir sebelas malam dengan menyamar sebagai pegawai kebajikan untuk mendapat maklumat mengenai pemuda itu.Tidak cukup dengan itu,Husam juga telah menghantar 'orangnya' di Hospital Kota Bharu untuk menjejaki dan mengintip arwah ayah Mohd Faisal yang ketika itu terlantar sakit. "Sebelum ini penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal," kata Faisal. "Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah ketika itu.Blog tersebut pun bukan milik saya,nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad dan hari ini Mahkamah telah buat keputusannya.Pada 23 Oktober lalu harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah," tambah Faisal. Mohd Faisal sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Harakahdaily dan Sinar Harian.Pada Disember 2011, Husam mengemukakan saman terhadap Mohd Faisal yang didakwa menulis artikel berunsur fitnah terhadapnya dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com bertajuk, "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta." Dalam saman itu Husam menuntut Mohd Faisal memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama serta membayar ganti rugi sebanyak RM500,000. - AIDC |
HOT NEWS !!! NG LUM YONG BONGKAR KISAH AZMIN ALI DAN AIS KRIM ??? Posted: 17 Jul 2012 08:30 AM PDT Apabila Ng Lum Yong,salah seorang pengasas PKR membangkitkan persoalan bagaimana Azmin Ali yang dikaitkan dengan beberapa gambar aksi panas,secara tidak langsung "membuka" semula "kes" berkenaan untuk hidangan rakyat.Sifat ingin tahu Ng Lum Yong itu berasas,kerana modus operandi PKR cukup mesra dengan laporan polis dan akuan bersumpah.Kita ketepikan akuan sumpah RM10 kegemaran Anwar Ibrahim dalam soal ini.Amat penting untuk Azmin Ali menyegerakan siasatan terhadap dakwaan bahawa beliau adalah individu yang didakwa di dalam gambar-gambar panas yang tersebar di blog-blog beberapa bulan yang lalu.Apa yang berlaku persis dakwaan terhadap keluarganya, yang mana terdapat desakan untuk membuat ujian DNA bagi menentukan kesahihan salah seorang anaknya. Mungkin penangan "Denial Syndrome" yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah "dihadam" dengan sempurna oleh Azmin Ali, selaku si kesayangan Anwar. Secara lisan, Azmin telah menafikan bahawa individu tersebut bukan dirinya, laksana apa yang berlaku terhadap isu video Chinadoll.Kali ini,"Denial Syndrome" itu merebak ke satu tahap yang serupa; enggan siasatan dijalankan oleh pihak Polis.Sikap berdiam diri Azmin mungkin boleh diterjemahkan ibarat pesan orang-orang tua "diam ertinya setuju".Penulis menjangkakan isu desakan pemecatan Faekah dan perletakkan jawatan Rafizi Ramli sengaja ditimbulkan dan diperbesarkan untuk menutup terus isu 'aiskrim" ini. Dua cerita sensasi politik PKR yang berlaku serentak jarang-jarang berlaku. Pastinya ada pihak yang cuba memanipulasikannya untuk kepentingan politik. Secara sedar atau tidak, ia berjaya, kerana isu "aiskrim" ini tidak lagi hebat diperbincangkan sebagaimana isu video Chinadoll yang menjadi "hits" berbulan lamanya.Mujur,ada pihak yang cuba membangkitkan semula isu berkenaan,demi untuk mencari satu kepastian dan jawapan.Rendahnya tahap moral pemimpin PKR tidak perlu dipersoal lagi. Apatah lagi, mereka dilihat tidak mementingkan moral, satu idea baru untuk kita, orang Timur yang berpegang teguh kepada prinsip ketinggian budi pekerti, dan sahsiah diri.Jika kita lihat,skandal seperti ini di Barat telah menyebabkan ramai ahli politik berundur.Ini sikap "gentleman",kerana tahu mereka tidak layak menjadi pemimpin. Itu di Barat,negara yang moden dan menjadikan agama seolah tiada nilai. Negara Turki tidak terkecuali apabila beberapa orang ahli politik yang terbabit dalam skandal seks berundur diri. Namun di Malaysia berbeza,kerana sifat tidak tahu malu. Apatah lagi,mereka disokong pula oleh penyokong-penyokong yang buta mata dan hati.Andai pemimpin yang rendah moral pun disokong,bagaimana pula tahap moral si penyokong? Umumnya,ramai yang mahukan kepastian.Ramai juga yang telah memutuskan untuk diri sendiri, siapa lelaki berbaju biru itu.Azmin Ali perlu membersihkan dirinya dari dakwaan yang melingkarinya.Persoalannya,beranikah Azmin Ali disiasat oleh antara salah satu badan kepolisan terbaik di dunia? - Selangor Daily |
HOT NEWS !!! WANITA YANG DI KAITKAN DENGAN AZMIN ALI LARI KE LUAR NEGARA ??? Posted: 17 Jul 2012 05:00 AM PDT April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali.Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut,Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu,tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.Jikalau tidak,tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.ramai pihak tertanya-tanya kenapa sehingga kini Azmin tidak membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mengetahui kebenaran foto tersebut.Bukannya sesuatu yang sukar untuk melakukannya,cukup sekadar meluangkan sedikit waktu untuk ke Balai Polis berdekatan dan mengadu pada polis yang dirinya telah sengaja dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral. Lagipun jika sudah begitu yakin langsung tak terlibat dengan aktiviti 'jual beli aiskrim' di dalam tandas,apa nak ditakutkan sangat dengan risiko dituduh membuat laporan polis palsu.Dalam pada itu,terdapat beberapa maklumat dari sumber-sumber tertentu mengatakan wanita 'peminat aiskrim' yang dikaitkan dengan Azmin Ali kini sudah lari dari Malaysia,adakah benar berita ini ??? meh saya cerita sikit,Wanita tersebut dikatakan sengaja dihantar ke luar negara oleh seseorang demi mengelakkan kebarangkalian disiasat oleh pihak berkuasa disamping untuk melindungi lelaki yang dikaitkan dengan dirinya.Setakat ini tiada kesahihan yang pasti berkenaan maklumat tersebut,saya ia hanya sekadar khabar angin semata-mata.Maklumlah,mana lah tahu wanita itu cuma keluar melancong seketika bercuti merehatkan minda sbb dah makan 'ais krim' ...erkkk ???? apa pun saya harapkan Azmin Ali dapat mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk segera membuat laporan polis supaya kebenaran dapat diketemui dan lelaki 'penjual aiskrim' itu dapat segera dikenalpasti.dengar cerita ada lagi benda panas pasal Azmin ni.itu yang saya dengar.nanti lah dulu,saya periksa betul-betul cerita ini.kalau ada saya akan bagitahu anda.kepada puak pakatan yang sayang azmin ni.tunggu... RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! BAPA UNCLE SEEKERS SYIAH SESAT ??? Posted: 17 Jul 2012 01:30 AM PDT Adakah Syed Hussein al-attas seoarang beragama SYIAH SESAT ??? saya akan ceritakan point by point.di harap anda faham apa yang saya nak sampaikan.saya tak beritahu 100 peratus bapa uncle seekers ini syiah sesat,bila saya tuju bulat-bulat,kena saman pulak,tapi tengah tunggu juga bila Anwar Ibrahim nak saman blogger ??? berbalik dari cerita tadi,anda akan faham bila saya huraikan satu persatu. - beliau selalunya lebih mesra dipanggil sebagai Pak Habib.... - bapa kepada Uncle Seekers (Syed Abdullah al-attas) yang menjadi hang jebat moden baru2 ini. - di dalam blog,beliau mengaku mewarisi Tariqat alawiyyin KLIK DI SINI - merupakan seorang penulis buku politik yang popular - antara buku2 yg pernah ditulis oleh beliau ialah : Hantu Bukit Cina (1985) Musa Derhaka (1986) Siapa Lawan Siapa ? (Challenger) (1987) Revolusi Istana dan Rakyat (1989) Talqin Untuk UMNO (1988) Kabinet April Fool Mahathir Di Ambang Senja 1999 saya tidak mahu membincangkan tentang pendirian beliau berkenaan politik.walaupun beliau lebih terkenal diantara pemikir-pemikir politik yg bebas dlm menghentam parti pemerintah dan parti pembangkang di Malaysia.saya lebih berminat melihat beliau dari sisi akidah yg dibawa dlm penulisan2nya.kerana disebalik semua ini ada sesuatu yg meragukan tentang akidah beliau.mari kita baca tulisan beliau yang agak aneh : "Akibat kegagalan saudara-saudara menjalankan amanah Allah,akibat terlalu mementingkan diri dan keluarga serta puak-puak sendiri,akibat cinta dunia dan takut mati telah member gambaran kepada umat Islam,bahawa raja-raja yang berketurunan Islam di seluruh dunia Cuma boleh bermegah-megah,disebabkan mereka terkenal sebagai orang-orang yang terkaya di dunia sedangkan jutaan muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk dunia hidup dalam keadaan sengsara.Kemiskinan dan kebuluran telah meragut nyawa dan iman mereka.Inilah kesinambungan Muawiyahisme yang bermula dari Firaunisme.Fikirkan bezanya keadaan hari ini dengan zaman Muawiyah menjadi raja dahulu? Dan Abu Hurairah menjadi 'ulamanya'. Alhamdulillah umat Islam sudah bangkit dari tidur yang lebih lama dari peristiwa pemuda yang tidur di gua Al-Kaffe.Pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh raja Arab Saudi dan Kuwait sambil bersekongkol dengan Amerika, akibat kekebalan yang ada pada mereka, Tuanku-Tuanku patut nasihat dan suruh mereka buang kekebalan itu sama." "Muawiyah adalah orang yang mengaku sahabat Rasulullah SAW dalam masa yang sama telah melantik dirinya raja dan dengan menggunakan kuasa pedang memaksa rakyat menerima anaknya, Yazid sebagai Tengku Makhkota.Pembunuhan dan penjenayah telah cuba mematikan Islam dengan menggunakan 'kuasa kekebalan yang ada pada mereka' adalah raja yang pertama dalam sejarah Islam yang menghapuskan sistem Khalifah. Keluarga Muawiyah yang telah membunuh hampir semua anak cucu Rasulullah SAW di karbala pada 10 Muharram, Hari Asyura." "Firaun berlawan dengan Nabi Musa a.s. adalah sebaik-baik teladan yang boleh kita pelajari dari Al-Quran. Begitu juga contoh terbaru dari Iran dimana Almarhum Imam Ayatullah Rohullah Khomeini, pemimpin agung Islam (Shiah) berjaya menjatuhkan raja segala raja yang dibantu oleh kuasa-kuasa besar dunia, kini Iran menjadi Negara Islam yang maju terutama dibidang ilmu yang telah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah." Rujuk tulisan penuh KLIK DI SINI "Dalam dunia cuma ada dua jenis manusia dari keturunan Adam, sama ada DNAnya dari Habil atau Kabil. Ibrahim atau Namrud. Sama ada Musa a.s. atau Firaun yang mengaku Tuhan. Tuhan memilih bangsa Arab untuk jadi Nabi terakhir. Kaum Quraish terbagi kepada dua kabilah Bani Hasyim atau Umaiyah, Muhammad SAW atau Abu Suffian, Ali atau Muawiyah, Husin atau Yazid yang cuba membunuh dengan kejam seluruh keluarga Nabi SAW di peristiwa Karbala. Dengan seorang saja yang hidup Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad, jutaan keluarga Rasulullah SAW hidup diseluruh dunia dan terus mengembangkan Islam. Apa jadi pada keluarga Muawiyah?" "Demi cinta,kasihnya pada Rasulullah SAW berapa ramai pemimpin Islam yang seberani Almarhum Khomeini yang tidak akan membiarkan siapa saja menghina Muhammad SAW kekasih Allah yang membawa rahmat bagi sekian alam? 'Syiah' dibenci dan dianggap kafir oleh kelompok pro dajjal akibat mereka tak mengerti kenapa Ali dan keluarga ahlul bait Rasulullah SAW disayangi oleh mazhab Syiah yang diiktiraf oleh Sheikh al-Azhar. Inilah kelemahan umat Islam, kemiskinan spiritual dan kurangnya ilmu akibat tidak mahu membaca." Rujuk Tulisan penuh KLIK DI SINI Syed Hussein al-attas sebelum ini pun memang terkenal dengan kesanggupan membela anak-anak hasil nikah Mut'ah Abu talib Harun KLIK DI SINI Membenci sahabat nabi seperti Muawiyah bin Abu Sufian tetapi mengangkat ulama syiah seperti Khomeini.malah mengamalkan satu jenis tariqat yg bernama tariqat alawiyyin. ANDA FAHAM APA YANG SAYA MAKSUDKAN ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 16 Jul 2012 10:00 PM PDT Himpunan Oren yang diadakan pada 14 Julai lalu bolehlah dianggap sebagai titik noktah perjuangan Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK).Dengan kehadiran hanya 10% dari jumlah sasaran 20,000 menunjukkan yang sokongan terhadap ANAK benar-benar di tahap kronik.Penganut-penganut PAS sendiri menyambut dingin Himpunan tersebut walaupun telah menerima arahan rasmi dari PAS Pusat untuk turun meramaikannya.Ini bermakna dalam 2,000 orang yang hadir,mungkin separuhnya adalah orang-orang PAS tegar yang sekadar ingin meramaikan majlis dan bukannya anak-anak peneroka.nampaknya,terbuktilah bahawa perjuangan ANAK adalah perjuangan syok sendiri Mazlan Aliman dan tidak langsung mewakili suara dan pendapat peneroka secara keseluruhan.Dengan ini,saranan saya blogger dari pro kerajaan yang sentiasa membongkar apa yang berlaku,sekiranya anda dari pakatan tolong beritahu ANAK,adalah wajar bagi ANAK untuk menghentikan serta merta segala usaha sia-sia, membuang masa lagi memalukan diri sendiri.Terimalah hakikat bahawa peneroka rata-ratanya menyokong dan menaruh sepenuh keyakinan kepada Felda untuk menjaga kebajikan mereka dan juga sepenuh kepercayaan kepada kerajaan untuk tidak akan sekali-kali menganiayai mereka. Selama ini,Felda tidak pernah menipu peneroka,malah memberi segala kemudahan dan bantuan bagi menaikkan taraf hidup mereka.Adalah tidak masuk akal bagi Felda untuk mengambil tindakan yang memberi kesan sebaliknya kepada peneroka setelah bersusah payah dan bertungkus lumus menguruskan pendapatan peneroka dan memastikan matlamat meningkatkan taraf hidup mereka berjaya.Oleh itu apa yang saya boleh katakan, tindakan ANAK cuba menghasut peneroka agar meragui Felda dan kerajaan tentulah sukar untuk diterima akal.Apatah lagi setelah ANAK dilihat sebagai agen PAS yang tujuan utamanya hanyalah untuk 'mengenakan' kerajaan dan bukannya berminat sangat untuk membantu peneroka. Mungkin kerana menyedari hakikat Himpunan Oren itu hanyalah 'gimmick' politik PAS untuk mencari publisiti dan mengaburi mata rakyat,akhirnya peneroka telah bertindak menolaknya mentah-mentah. saya akan ulang semula apa FGVH.penyenaraian FGVH sebenarnya tidak langsung membawa apa-apa risiko kepada mereka dari segi kehilangan pemilikan tanah atau pengeluaran wang untuk membeli saham.Tidak seperti orang lain yang ingin terlibat dalam pelaburan saham yang perlu mengeluarkan modal dan mengambil risiko kerugian modal tersebut,peneroka Felda menerima saham secara percuma dan segala urusan pelaburan dilakukan oleh pihak yang pakar.Tiada risiko kehilangan pemilikan tanah dan modal juga bukan dari wang sendiri.saham FGVH pula adalah berisiko rendah memandangkan 75% dimiliki oleh institusi dan bukannya peruncitan.Institusi yang terlibat pula,selain Felda,adalah Tabung Haji,KWSP dan PNB yang mana diketahui sebagai kukuh dan tetap.saya tahu semua ini kerana saya pun anak peeroka dan kepada puak Pakatan tolong jangan menipu lagi rakyat.anda ingat semua peneroka tak tahu guna internet ker macam dulu ??? anda silap bro.keluarga saya kebanyakan dari peneroka dan ada juga yang dapat untung. apa yang saya boleh beritahu kepada anda wahai peneroka,anda perlu bijak dan berfikir panjang sebelum termakan hasutan pihak-pihak yang sanggup melakukan apa saja termasuk membiarkan peneroka 'gigit-kuku' menyesal dan kerugian,semata-mata kerana ingin memburuk dan menjatuhkan kerajaan. Lebih elok jika peneroka mula mengambil tahu tentang selok belok pasaran saham untuk melindungi diri agar tidak mudah tertipu dan termakan hasutan sehingga menyebabkan kerugian atau penyesalan di kemudian hari.Lihatlah penyenaraian ini sebagai peluang terbaik untuk meningkatkan bukan sahaja taraf hidup, tetapi juga pengetahuan mengenai dunia saham, dunia korporat dan perniagaan di peringkat global.Sudah sampai masanya peneroka melihat keluar,menjelajah di luar perimeter Felda dan menyertai dunia yang serba canggih dan pantas di luar sana. RENUNG-RENUNGKAN |
HIMPUNAN OREN !!! PAS MENIPU PENEROKA UNTUK RAMPAS SEMUA SAHAM ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 Jul 2012 07:00 PM PDT Tidak cukup dengan mengerahkan penganut-penganutnya untuk membuat kerja sia-sia menyertai Himpunan Oren,PAS juga melakukannya dengan menipu peneroka hidup-hidup.Mana tak nya,dalam berarak,berdemo dan berniaga menjual baju oren,hijau dan sebagainya konon memohon agar saham FGV digantung,tetapi puak-puak PAS sendiri kelam kabut menyambar saham FGV.Ini terbukti apabila kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS telah mengesahkan pemilikan 500,000 saham FGVH yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera.Ini disahkan sendiri oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK),Datuk Abdul Rahman Ibrahim.PKNK pada awalnya memohon 1 juta unit tetapi MITI hanya meluluskan separuh sahaja.PKNK telah melanggan saham tersebut dengan harga RM4.55 seunit dan melabur sejumlah RM 2,275,000.Malah,PKNK juga telah mendapat keuntungan kasar sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit.saya boleh terima alasan PKNK bahawa pemilikan saham tersebut tidak ada kena mengena dengan politik kerana PKNK pastinya melihat kepada keuntungan.Dalam ertikata lain,penyenaraian itu membawa kebaikan iaitu keuntungan kepada banyak pihak. Tetapi,saya rasa hairan dengan pendirian PKNK ini kerana PKNK adalah sebuah organisasi di bawah pengurusan kerajaan PAS dan pastinya wajib bertindak selaras dengan aspirasi dan perjuangan PAS.Dengan mengambil pendirian berbeza,saya tertanya-tanya,apakah ini menunjukkan kerajaan PAS Kedah tidak bersetuju dengan PAS Pusat sekali lagi ??? Selama ini,kepimpinan Ustaz Azizan,Menteri Besar Kedah sering dikritik sebagai 'berlainan arah' dengan PAS Pusat sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Pemandu untuk 'memandu' Ustaz Azizan.Kali ini,susah-susah PAS mengerahkan ahli agar menyertai Himpunan Oren tetapi Ustaz Azizan pula membiarkan PKNK bertindak sebaliknya dengan membeli saham yang ditentang oleh Himpunan Oren.Apakah ini masalah pendirian yang berbeza antara PAS Pusat dengan PAS Kedah ataupun apakah ini bukti bahawa PAS secara keseluruhannya menerima baik penyenaraian FGVH dan Himpunan Oren hanyalah 'gimmick' politik murahan ??? Mungkinkah ada dari kalangan para pemimpin PAS yang sengaja ingin menipu peneroka agar melepaskan pemilikan saham mereka sementara pemimpin PAS sendiri berebut-rebut membelinya ??? saya percaya,PAS sedia maklum bahawa penyenaraian itu adalah satu keputusan yang tepat dan PAS juga tahu bahawa Himpunan Oren tidak akan membawa apa-apa perubahan iaitu penyenaraian tidak boleh ditarik balik dan saham tidak boleh digantung.Oleh itu,tindakan PKNK membeli saham FGVH adalah tindakan yang pastinya direstui oleh PAS Pusat walaupun tidak secara nyata.Nampaknya,para peserta Himpunan Oren telah benar-benar terpedaya oleh permainan politik PAS.Nasib baik himpunan tersebut tidak bertukar ganas sepertimana BERSIH 3.0 jika tidak mereka mungkin tercedera atau kehilangan nyawa kerana sesuatu yang sia-sia.PAS hanya berjaya menipu segelintir peneroka dan penganutnya sahaja iaitu dalam jumlah tidak sampai 5,000 orang pun berbanding sasaran 20,000 orang untuk menyertai himpunan tersebut. Mungkin ramai dari penganut PAS sendiri sudah dapat membaca kelicikan pemimpin-pemimpin mereka dan tidak sanggup lagi membodohkan diri berpanas dan mungkin berhujan, berarak membawa memorandum yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Kerana itu, penganut-penganut PAS hanya menyambut dingin arahan kerahan rasmi bertulis untuk menyertai himpunan tersebut.Entah bila parti PAS ini akan berhenti menipu rakyat dan mula bekerja.Pilihanraya semakin hampir,tetapi PAS masih tidak serik menggunakan strategi politik jahat lagi murahan yang akhirnya memakan diri sendiri. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! HIMPUNAN OREN PESTA KUTIP DUIT DARI PAS !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 Jul 2012 04:00 PM PDT Hiruk piruk PAS mempertikaikan penyenaraian FGVH di Bursa Saham nampaknya akan sampai ke penghujungnya,apabila Himpunan Oren yang dianjurkan Sabtu lalu hanya menarik penyertaan segelintir peneroka sahaja.Sehingga perhimpunan bersurai pada jam 4 petang dianggarkan hanya sekitar 2,000 orang sahaja yang sanggup membazirkan masa mereka 'menjayakan' program tersebut.Jangkaan awal penganjur mahu menghimpunkan lebih 20,000 peneroka nyata tidak kesampaian sebaliknya lebih 90% peserta perhimpunan terdiri daripada ahli dan penyokong PAS yang langsung tiada sangkut paut dengan peneroka FELDA.Segelintir peneroka yang hadir di perhimpunan tersebut pula rata-ratanya adalah penyokong setia PAS sejak sekian lama yang mengambil langkah songsang membantah penyenaraian FGVH di BSKL atas dasar menurut saja segala arahan pimpinan PAS.Sebagaimana sudah menjadi resam PAS,apabila mereka menghulur tangan kanan konon mahu membantu menyelesaikan sesuatu masalah di masa yang sama tangan kiri mereka pula akan sibuk meraba-raba poket seluar orang yang mahu dibantunya. Propaganda PAS yang mendakwa penyenaraian FGVH akan merugikan peneroka, hakikatnya seumpama cerita sang bomoh miang yang menakutkan mangsanya dengan kisah santau yang kemudian mengambil kesempatan mencabul kehormatan sambil menikmati wang ringgit upah pemberian 'pesakitnya'.Inilah yang terjadi di Himpunan Oren apabila propaganda PAS mahu menyelamatkan peneroka FELDA akhirnya di kemuncak himpunan, para peserta dan peneroka pula yang diminta berkorban wang ringgit.Pemimpin PAS pula tanpa rasa bersalah terus memukul gendang propaganda sambil mengira masa bila pula mahu dibuat himpunan serupa supaya pesta mengutip duit dapat terus dilakukan. Akhirnya,tatkala majoriti peneroka lain sedang meraih sedikit demi sedikit keuntungan hasil pelaburan dalam bursa saham, segelintir rakan mereka yang menyertai himpunan oren terpaksa pula berputih mata mengalami kerugian segera dari segi masa dan wang ringgit gara-gara terpengaruh propaganda 'pakar pelaburan' yang pernah menjahanamkan KOHILAL. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment