UMNO Online - “Kerajaan Selangor Galakkan Rakyat Minum Air Empangan & Sungai Belum Dirawat” plus 9 more |
- Kerajaan Selangor Galakkan Rakyat Minum Air Empangan & Sungai Belum Dirawat
- Kepentingan Rakyat Adalah Keutamaan Dalam Perancangan Dilakukan BN
- PM Calls On Youth Leaders To Be Committed, Motivated To Develop Community
- Ministry To Study Views On ‘Phone In School’ Plan
- Mahu Kutip Sampah Pun Kelam Kabut, Ada Hati Nak Urus Air Di Selangor
- Pembelian Saham FGVH Oleh PKNK Bukti MB Tak Buat Kerja
- Jumlah Imam & Pengerusi JKKK Yang Ditawar Haji Dibawah Tajaan 1MDB Ditingkatkan
- Pembangkang Kini Jadi Penipu Bersiri, Pakar Putar Belit Fakta – Tengku Adnan
- Pemuda Bukan Lagi Kumpulan Pendesak – Khairy
- Slogan “Janji Ditepati” Cerminkan Komitmen Kerajaan Tunaikan Janji
Kerajaan Selangor Galakkan Rakyat Minum Air Empangan & Sungai Belum Dirawat Posted: 19 Jul 2012 04:34 AM PDT Apabila EXCO kanan Selangor, Ronnie Liu mengatakan air di tujuh empangan termasuk sungai-sungai utama masih penuh dan mendakwa ia sebagai bukti kukuh yang Selangor tidak mungkin menghadapi masalah bekalan air, ia adalah satu kenyataan dangkal dari seorang pemimpin negeri yang tidak faham hujung pangkal isu sebenar. Kenyataan Ronnie Liu itu hampir sama dengan kenyataan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim hampir dua tahun lepas (04 Ogos & 6 Oktober 2010) yang turut menjadikan alasan bekalan air empangan dan sungai mencukupi sehingga tahun 2019 untuk menampung keperluan rakyat dan industri. Eloklah, kedua-dua MB dan EXCO satu kepala berfikiran mendatar dan gagal memahami isu sebenar. Semacam MB Selangor dan EXCOnya menggalakkan pula rakyat Selangor membiasakan diri minum air mentah dari empangan dan sungai yang belum dirawat. Entah bala apa yang sedang menimpa Selangor tika ini hingga terpaksa menanggung bebanan membayar gaji pemimpin-pemimpin negeri yang akal pendek cuma sejengkal, bebalnya pula tak boleh diajar. Rakyat sedang berkecamuk memikirkan masalah bekalan air bersih yang dirawat di loji-loji rawatan air, MB dan EXCO yang pekak badak masih bercerita pasal air mentah dari empangan dan sungai-sungai. Dah jadi macam itik bercakap dengan ayam pula. Walhal, air empangan dan sungai masih penuh pun tiada gunanya bila kemampuan loji rawatan air sedia ada yang berjumlah 33 buah itu gagal untuk memproses bekalan air bersih untuk kegunaan lebih 7 juta pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Semua 33 loji rawatan air sedia ada sekarang hanya dapat menampung sejumlah 4,326 JLH (Juta Liter Harian) air bersih sahaja manakala jumlah pengeluaran air bersih sekitar 4,000 JLH hingga 4,219 JLH sehari, mahu tidak mahu loji baru tetap diperlukan. Jumlah penduduk akan kian meningkat, kilang-kilang dan pejabat akan bertambah dan semuanya ini memerlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian kecualilah kalau Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu boleh membuktikan air empangan dan sungai yang masih mentah boleh diminum begitu sahaja barangkali bolehlah ditangguhkan dulu loji rawatan air Langat 2. Zaman sekarang mana ada lagi orang basuh pinggan mangkuk, mandi seharian atau basuh kereta guna air sungai, rata-ratanya guna air paip yang telah dirawat di loji-loji rawatan. Masing-masing tahu air yang belum dirawat risikonya boleh memudaratkan kesihatan dan tak sesuai untuk kegunaan harian. Tak tahulah kalau Khalid dan Ronnie sudah terbiasa mandi pagi petang guna air lombong, minum siang malam pula dari sumber air mentah dari empangan, maka mungkin sebab itu wajah kelihatan kusut masai dan akal cuma sejengkal. Sementelah 33 buah loji rawatan air sekarang masih berkemampuan menampung bebanan keperluan air bersih untuk kegunaan harian, semolek-moleknya kita sediakan payung sebelum hujan dengan bertindak segera menyiapkan satu lagi loji rawatan air Langat 2. Dengan demikian, tidaklah nanti bila loji-loji sedia ada terpaksa diselenggara dek kerana kerap beroperasi melebihi kemampuan kapasitinya, maka tidaklah kerap sangat bekalan terputus atau terpaksa dicatu selalu. Jikapun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang gagal menjangka apa yang bakal berlaku beberapa tahun mendatang dek kerana akal sejengkal, janganlah pula digadaikan keperluan air bersih untuk kegunaan harian para hamba rakyat jelata. Cukuplah sekadar Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu sahaja yang kekal bebal tapi kami rasa jelata masih belum bangang untuk minum air mentah dari sungai dan empangan. Jamal Pak Tongkol |
Kepentingan Rakyat Adalah Keutamaan Dalam Perancangan Dilakukan BN Posted: 19 Jul 2012 04:28 AM PDT BEAUFORT, 19 Julai – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan penduduk luar bandar bagi menikmati kemajuan dan pembangunan. Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata perancangan pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN adalah menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan bandar atau untuk kepentingan seseorang. "Kepentingan rakyat yang menyeluruh adalah diutamakan dan perancangan BN tetap tidak mengetepikan penduduk luar bandar," katanya pada pertandingan seni suara Kawasan Rukun Tetangga Kampung Mintulud di sini kelmarin. Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pegawai Perpaduan Beaufort Awang Anak Abdul, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Pengerusi KRT Kg Mentulud Sani Mokhsin. Sapawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Sepitang seterusnya berkata pembangunan dan kemajuan yang dlaksanakan itu dipastikan memenuhi kepentingan rakyat tanpa mengira anutan agama dan juga suku kaum. Katanya usaha itu juga menitikberatkan keutamaan dan juga kepentingan yang diperlukan oleh rakyat. "Usah terpedaya dengan pembangkang yang menghebahhebohkan fitnah dan dakyah…Kerajaan BN tidak memperbodohkan dan mempergunakan rakyat…kita bukannya pembangkang yang berjuang untuk kepentingan diri dan mahu memperbodoh serta mempergunakan rakyat," katanya lagi. Beliau juga menegaskan dalam melaksanakan pembangunan dan kemajuan mengikut perancangan, perpaduan serta persefahaman rakyat turut diutamakan. Katanya keharmonian dan kemakmuran tidak akan dapat dinikmati jika rakyat saling bertelagah dan bersikap mementingkan diri sendiri. Justeru itu, katanya, RT kampung tersebut perlulah memainkan peranan bagi memastikan persefahaman dan perpaduan penduduk tidak tergugat. "Awas dengan anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan perpaduan serta persefahaman rakyat…segala perselisihan selesaikan dengan semangat kekeluargaan," katanya lagi. |
PM Calls On Youth Leaders To Be Committed, Motivated To Develop Community Posted: 19 Jul 2012 04:21 AM PDT KUALA LUMPUR, July 19 – The country needs youth leaders who have the commitment, spirit, motivation and ambition to contribute to community development and change the national landscape for the better, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today. As such, he urged young leaders to be responsible, ethical and dependable as a bridging generation and, at the same time, spur national transformation. “I am inspired because I am for you, and we are all for you, and this is our spirit. “The national transformation policies and objectives provide the opportunity to determine greater social mobility and more jobs as well as enable the young people of today to achieve their maximum level,” he said when launching the secretariat for the 1Malaysia for Youth (iM4U) at Parliament House. Najib gave the assurance that the government would strive hard to do the best while making changes in implementation in a more systematic, orderly and effective manner. “If we do anything without proper planning or haphazardly or institute revolutionary change, the consequences would be more disastrous than undertaking reforms based on a more systematic method,” he said. The iM4U Young Leaders Secretariat comprises 20 representatives of public and private institutions of higher learning and the Teacher Education Institute, and focuses on youth leadership and volunteerism programmes. It will engage in discussions with representatives of non-governmental organisations and student associations to enhance the leadership of young people in all aspects. |
Ministry To Study Views On ‘Phone In School’ Plan Posted: 19 Jul 2012 04:18 AM PDT MUAR, July 19 – The Education Ministry will study views from the community, the National Union of the Teaching Profession and parents before deciding whether to allow students to bring mobile phones to school next year. Its minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin said the decision, which was made at the ministry’s Student Disciplinary Committee level, had yet to be finalised. Muhyiddin, who is also deputy prime minister, said he had yet to give his final say and would consult the Attorney-General’s Chambers on the idea as it was related to the law. “We will take into account the views for and against the idea,” he told reporters after addressing pensioners from the Pagoh parliamentary constituency here today. He was commenting on mixed reaction to a decision to allow students to bring electronic gadgets, including mobile phones and iPad to school next year. Muhyiddin said the proposal took into account current development as it would enable students to contact their school or parents during emergency as the rules prevented them from bringing mobile phones. “But we also have to consider the views that the gadgets could cause a lot of problems, including disruptions in the classroom as students might be distracted with the internet, their Facebook and Twitter,” he said while thanking various parties for their views. |
Mahu Kutip Sampah Pun Kelam Kabut, Ada Hati Nak Urus Air Di Selangor Posted: 19 Jul 2012 04:08 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Julai – Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan membidas kerajaan negeri Selangor kerana lebih sibuk mahu mencampuri hal pengurusan Syabas, daripada menumpukan usaha untuk menunaikan janji-janji pilihanraya mereka serta menambah baik sistem pentadbiran negeri Selangor yang kini dilihat semakin kucar kacir dan bercelaru. Menurut beliau, tindakan pengambilalihan serta campur tangan kerajaan negeri dalam isu Syabas ini adalah semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada kegagalan kerajaan negeri, dalam melaksanakan segala janji-janji dan manifesto mereka pada PRU yang lepas kepada rakyat di negeri ini. "Kenapa kerajaan negeri Selangor sibuk-sibuk mahu ambil tahu tentang hal-hal pengurusan air, sedangkan mereka bukannya pakar dalam hal tersebut? Biarlah pakar yang uruskan hal itu. Masalah kutipan sampah pun masih tak dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri, sekarang ada hati pula nak uruskan hal air yang menjadi perkara penting dalam kehidupan rakyat. "Kalau sampah pun tak mampu nak kutip, bagaimana nak uruskan hal air yang sudah tentu perlukan kepakaran yang lebih besar dari hal-hal kutipan sampah. Tindakan kerajaan negeri ini kelak bakal mengundang masalah bagi rakyat Selangor. Silap-silap haribulan, isu air di Selangor akan menjadi lebih kritikal seperti mana yang berlaku Kelantan hari ini," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Sepatutnya menurut beliau, kerajaan negeri perlu menumpukan perhatian terhadap isu-isu rakyat yang sehingga kini masih banyak lagi isu-isu permasalahan rakyat yang masih belum selesai. "Selesaikan dulu permasalahan rakyat dan tak payah sibuk-sibuk mahu ambil alih Syabas dan biarkanlah mereka saja yang menguruskan hal air ini kerana Syabas merupakan syarikat yang pakar dalam hal-hal pengurusan air," ujar beliau. Tambahnya lagi, lihat saja isu penyelewengan yang berlaku dalam isu Talam Corporation apabila kerajaan negeri mula campur tangan dengan alasan kononnya untuk membantu syarikat tersebut. "Kita sebagai rakyat di negeri ini, tidak mahu isu air yang menjadi punca utama kehidupan manusia dipolitikkan oleh kerajaan negeri sehingga memberi kesan terhadap kehidupan dan kesihatan rakyat. Kita di Selangor tidak mahu menjadi seperti rakyat di Kelantan yang menderita dan kesusahan apabila krisis air yang berpanjangan itu masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan seolah-olah tiada kesudahannya. "Kami nasihatkan Tan Sri Khalid sebagai ketua kerajaan, agar tidak sibuk-sibuk dengan hal Syabas, sebaliknya tumpukanlah perhatian bagaimana untuk melaksanakan janji-janji mereka yang sehingga kini masih banyak yang tidak dapat ditunaikan lagi," akhiri beliau. -MediaUMNO |
Pembelian Saham FGVH Oleh PKNK Bukti MB Tak Buat Kerja Posted: 19 Jul 2012 03:52 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Julai – Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membuktikan beliau `lepas tangan' terhadap tanggungjawabnya yang sepatutnya di pikul sebagai seorang Pengerusi PKNK. ADUN Kuah, Datuk Nawawi Ahmad menyifatkan kenyataan Azizan sebagai tidak tahu berhubung urusan pembelian saham itu menunjukkan beliau tidak melaksanakan tugas yang diberikan kepada dirinya. "PKNK sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, kalau 500,000 saham yang nilainya hampir RM 2 juta, pengerusi PKNK tidak tahu, maksudnya pengerusi itu tidak buat kerja, "Kerana lebih sesuatu jumlah pengerusi perlu sign (tanda tangan), ini nampaknya Menteri Besar tak buat kerja kalau tidak dia tahu atau dia tidak tahu apa-apa. "Menteri Besar tak beri tumpuan yang cukup tinggi dan tak tahu banyak perkara, dia tidak layak untuk jawatan itu, Ustaz ni dok sibuk berceramah, dan serah kepada orang lain sebab itu banyak perkara yang tidak diketahuinya sebagai seorang Menteri Besar," katanya kepada UMNO-Online di sini. Nawawi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azizan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pembelian saham berkenanan oleh PKNK, dan telah pun mengarah supaya saham berkenaan di jual. "Pembelian saham memberi erti sesungguhnya apa yang dikatakan pembangkang sebagai tidak untung , tidak baik dan tidak bagus memang salah kerana pegawai dalam PKNK membeli dengan mengetahui saham ini, saham yang terbaik kalau tidak mereka tidak akan beli,"katanya. Ikuti temu bual lanjut bersama Nawawi di Youtube umno-online. |
Jumlah Imam & Pengerusi JKKK Yang Ditawar Haji Dibawah Tajaan 1MDB Ditingkatkan Posted: 19 Jul 2012 03:49 AM PDT SERDANG, 19 Julai – Jumlah imam serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini dinaikkan kepada 400 orang, berbanding kira-kira 100 orang tahun lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan demikian semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini pada Khamis. Beliau turut mengumumkan pemberian kain kepada 14,254 imam serta 138,746 anggota jawatankuasa masjid di seluruh negara untuk dibuat jubah, di samping dua tong air zam-zam kepada semua masjid di seluruh negara. Menurutnya, kain dari jenis yang cukup berkualiti itu dipilihnya sendiri dan diberikan awal agar penerima dapat membuat jubah khas untuk dipakai pada sambutan 1 Syawal nanti. Najib berkata kerajaan sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat, termasuk para imam serta guru-guru agama yang selama ini bekerja keras bertungkus lumus sentiasa berjuang demi memartabatkan syiar Islam di seluruh pelusuk negara. “Mereka menjadi nadi dan tunjang kepada perkembangan syiar Islam sejak sekian lama tanpa pernah meminta yang bukan-bukan daripada kerajaan, malah elaun yang diterima sebelum ini tidak pernah diungkit berbanding tugas serta peranan yang dicurahkan mereka yang cukup besar. “…. kerana amat penting bagi para imam untuk bergerak bahu ke bahu, seiring dengan kerajaan untuk capai impian negara yang cukup besar, untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020,” tambahnya lagi. Perdana Menteri berkata, transformasi yang sedang digerakkan dalam negara adalah selaras dengan istilah ‘Islah’ yang merujuk kepada pembaharuan besar ke arah kebaikan yang sentiasa diperjuangkan kerajaan. Beliau menjelaskan, perjuangan pembaharuan inilah yang membawa kepada penampilan pelbagai inisiatif kerajaan seperti BR1M, KR1M, bantuan pendidikan buat murid sekolah, malah Kedai Kain 1Malaysia, dan banyak lagi. Perdana Menteri seterusnya mengajak semua pihak supaya menjadi kumpulan ‘Muslihun’, yang merujuk kepada pemupukan aspek perpaduan kaum, dan bukannya menjadi kumpulan ‘Mufsidun’ yang lebih kepada tindakan untuk merosakkan atau memecahbelahkan, dan beliau merujuk demonstrasi Bersih di ibu kota beberapa bulan lepas sebagai kumpulan Musfidun ini. Beliau berkata, sekiranya ada pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan, mereka seharusnya berhimpun dengan cara yang aman, berlandaskan prinsip undang-undang dan bukannya bertindak dengan cara yang merosakkan. “Membantah dengan cara yang berhemah dan beradab. Bukankah itu juga tuntutan agama. Bila demonstrasi diadakan di kota suci Mekah dan Madinah pula, ia merosakkan imej Islam di mata dunia. Lebih buruk lagi kemungkinan kuota haji untuk negara pula ditarik balik oleh kerajaan Arab Saudi,” kata perdana menteri. Najib berkata, beliau sudah berusaha menerusi saluran tertutup disebabkan hubungan rapat dengan Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, dan menyampaikan laporan sebenarnya mengenai demonstrasi di kota suci itu, kerana kerajaan khuatir kemungkinan ribuan jemaah haji dari Malaysia akan terjejas menunaikan ibadah haji tahun ini. “Tapi kerana tindakan kita menjelaskan situasi sebenar, (ia) meyakinkan kerajaan Arab Saudi supaya tidak menarik kuota haji dari Malaysia, Alhamdulillah, ini perjuangan kita,” katanya. Perdana Menteri seterusnya mengingatkan semua pihak supaya tidak mencemar kesucian masjid dengan menjadikan ia sebagai tempat untuk mencari pengaruh atau melontar perasaan benci kepada pihak tertentu. Beliau berkata, masjid adalah tempat melakukan ibadah dengan tenang dan tenteranm jiwa, tempat untuk berdakwah dan mengajak orang ramai ke arah kebaikan. Turut hadir dalam perjumpaan yang menghimpunkan kira-kira 11,000 imam serta AJK masjid pada pagi ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum, Timbalannya Datuk Dr Mashitah Ibrahim serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustafa. |
Pembangkang Kini Jadi Penipu Bersiri, Pakar Putar Belit Fakta – Tengku Adnan Posted: 19 Jul 2012 03:41 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Julai – Pakatan pembangkang terbukti kaki putar belit dan sanggup menipu dengan menafikan pelbagai fakta sebenar sebagaimana ketua pembangkangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan popular dan menafikan kepimpinan tertinggi dari Barisan Nasional (BN). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengganggap golongan pembangkang sebagai memutarbelitkan fakta berdasarkan pemberitaan yang ditulis dalam media siber mereka. "Ini bukanlah perkara yang baru berlaku kerana sebelum ini Anwar Ibrahim telah beberapa kali mengaibkan dirinya apabila mengutuk negaranya sendiri, budaya dan masyarakatnya," katanya kepada UMNO-Online. Dilaporkan, hari ini laman siber pembangkang, Malaysian Insider menyebut bahawa Anwar masih lagi popular di Jakarta selain menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang berkunjung ke Indonesia awal bulan ini dan mendakwa gagal bertemu dengan pemimpin Partai Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputri. "Nampaknya siri penipuan Anwar dan sekutu pakatan pembangkang masih berterusan dan mereka memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan BN sedangkan realitinya apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang dinyatakan. "Saya turut bersama dalam delegasi berkunjung ke Indonesia mengiringi Timbalan Perdana Menteri, dan beliau bukan saja mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Megawati tetapi juga mendapat layanan yang amat baik dalam kunjungan ke rumah pemimpin tersebut," katanya. Tegasnya, dalam kunjungan di rumah Megawati, anggota delegasi termasuk Muhyiddin telah berkesempatan menziarahi Bapak Taufik Kiemas, Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia yang juga suami Megawati yang sedang sakit. "Semua pemimpin tertinggi partai di Indonesia termasuk Ibu Megawati sendiri mengharapkan kepimpinan UMNO dan BN terus memerintah dan jalinkan hubungan akrab antara dua negara khususnya dalam masyarakat serumpun Malaysia-Indonesia. "Kedatangan Tan Sri Muhyiddin sangat dialu-alukan sehinggakan Timbalan Presiden Indonesia, Boedino sanggup melewatkan acaranya untuk ke luar daerah demi mengadakan pertemuan dengan TPM." Dalam hal ini beliau menempelak mana-mana pihak dan meminta jika tidak tahu perkara sebenar maka sewajarnya tanya terlebih dahulu kerana jika menulis fakta yang salah adalah sama seperti melemparkan fitnah. "Jangan hanya menulis secara semberono tanpa melihat realiti sebenar apatah lagi membabitkan pemimpin negara yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan. "Janganlah hanya kerana taksub pada individu yang telah banyak terpalit dengan kesalahan moral dan pelbagai dakwaan maka sanggup pula bergelumang dengan fitnah. Inikah kononnya orang yang mahu ditabalkan sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa?" Katanya, sewajarnya pakatan pembangkang mempunyai pemikiran yang matang dan bijak menggunakan media tanpa perlu menunjukkan kebodohan mereka atas alasan semata-mata menarik perhatian rakyat untuk populariti Anwar. "Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia sedangkan ia adalah produk tempatan yang tidak sewajarnya dipolitikkan," tegasnya. Sebelum itu, anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izza juga pernah memberikan kenyataan palsu ketika temubual dengan akhbar Kompas di Indonesia, 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa ia sebagai aset usang dan terpakai. "Saya amat kecewa sebenarnya apabila mendapat tahu bahawa pembangkang sanggup memburukkan negara sendiri dan melemparkan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik dan mereka gagal menanamkan sikap patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing. "Namun saya tidak terperanjat dengan penipuan-penipuan yang dibuat oleh para pemimpin dalam pakatan pembangkang kerana mereka akan terus melakukan apa saja demi untuk menjatuhkan kerajaan," ujarnya. Dalam kunjungan balas delegasi UMNO ke Indonesia pada 3 Julai lalu, acara rasmi telah diadakan dengan pemimpin Golkar, Aburizal Bakrie dan pemimpin Partai Demokratik Annas Urbaningrum selain pertemuan melibatkan golongan wanita, pemuda dan puteri. Untuk perkembangan selanjutnya, UMNO dan partai-partai politik di Indonesia akan mengadakan hubungan secara langsung bukan saja untuk merapatkan jalinan antara politik tetapi juga dalam membincangkan isu-isu berbangkit. – MediaUMNO |
Pemuda Bukan Lagi Kumpulan Pendesak – Khairy Posted: 19 Jul 2012 03:19 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Julai – Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mengorak langkah lebih jauh dan bukannya tertumpu kepada agenda politik semata-mata sebaliknya menjadi ‘pemudah cara’ untuk anak muda. Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata Biasiswa Pemuda BN (BN Yes) 2012 hari ini merupakan bukti jelas bagaimana pergerakan itu membantu para pelajar untuk mendapatkan peluang dalam bidang pendidikan. Menurut beliau perjuangan pergerakan itu disesuaikan dengan keadaan semasa dan melihat kepada tuntutan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak muda dan Pemuda BN berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah berkenaan. "Kita hari ini mengubah pengisian yang mana kita tanya apakah keinginan golongan muda…Kita tanya apakah masalah mereka dan sebagainya. Soal pendidikan adalah antara yang dibangkitkan selain masalah pekerjaan, perumahan dan sebagainya. "Atas dasar itulah kita bergerak mencari jalan penyelesaian.. Skim Rumah Pertamaku, BN Job Fair dan BN Yes menjadi satu lagi platform kepada anak-anak muda untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang kita sediakan. "Alhamdulillah… .menerusi skim ini seramai 54 orang akan mengikuti pengajian jangka panjang dan jangka pendek di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dengan jumlah tajaan sebanyak RM1.3 juta," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Biasiswa Pendidikan Pemuda BN, (BN Yes) 2012 di PWTC, di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi BN YES, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan pimpinan Pemuda parti komponen BN. BN YES yang masuk tahun kedua pada tahun ini merupakan perkongsian bestari antara Pemuda BN dengan beberapa IPTS seperti Lim Kok Wing College, Sunway College, Segi College dan beberapa IPTS lain. Biasiswa berkenaan akan menampung pelajar daripada sudut yuran pendidikan. Menjelaskan lebih lanjut, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah pihaknya akan terus berusaha untuk mencari lebih banyak lagi IPTS untuk bekerjasama menerusi perkongsian tersebut. "Insyaallah kita akan usahakan lagi perkara ini dan Alhamdulillah ada beberapa IPTS yang sudah pun menyatakan komitmen untuk bekerjasama seperti Universiti Tun Abdul Razak dan sebagainya lagi. "Ini membuktikan kita tidak cakap kosong seperti pembangkang yang hanya tahu bercakap dan bukannya berusaha ke arah itu. Kita usahakan yang terbaik untuk anak-anak muda agar mereka mencapai kejayaan dan kecemerlangan. "Kita jumpa dan minta dengan IPTS untuk bekerjasama dan kita mencari jalan untuk pendidikan anak-anak muda. Mereka boleh cakap apa sahaja tetapi kita ikhlas memperjuangkan apa yang diingini oleh golongan muda hari ini," katanya. -MediaUMNO |
Slogan “Janji Ditepati” Cerminkan Komitmen Kerajaan Tunaikan Janji Posted: 19 Jul 2012 02:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Julai – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bukan satu kesalahan untuk menggunakan slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan menunaikan janji-janjinya. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gagasan 1Malaysia umpamanya telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Beliau berkata Najib telah melunaskan konsep 1Malaysia itu dengan menterjemahkannya antaranya dalam bentuk pengagihan buku, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Susu 1Malaysia, pembukaan Kedai Kain 1Malaysia yang dinikmati lapisan masyarakat termasuk penyokong parti pembangkang. “Apabila kita buat sesuatu yang baik kita mengatakan komitmen kita sudah selesai, sudah dibuat, jadi tidak salah…,” katanya apabila diminta mengulas rasional pengunaan tema ‘Janji Ditepati’ untuk sambutan hari kemerdekaan tahun ini, yang didakwa pihak tertentu menjurus kepada kempen politik. “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” dipilih sebagai tema hari kemerdekaan tahun ini. Ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) warga kementerian di sini hari ini, Rais berkata berlandaskan sistem demokrasi yang diamalkan negara ini, kerajaan harus bersaing memberikan yang terbaik kepada rakyat begitu juga pihak pembangkang. “Jadi kalau pembangkang merasakan ini adalah slogan yang bawa kepada pilihan raya saya fikir memang tak salah jika disebutkan begitu. Dan pembangkang boleh kata kami (pembangkang) sudah buat ini dan ini, dan ini janji kami (pembangkang), ini pun tak salah. “Tinggal lagi pembangkang harus terima satu hakikat, jangan dibohongi rakyat dengan perkara-perkara yang tak benar. Dan jika ada yang tidak betul dan tidak tepat..pembangkang boleh sebut dan kami (kerajaan) akan baiki menerusi sistem kerajaan kita,” katanya. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment