BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KRISIS AIR SELANGOR !!! JANGAN JADIKAN RAKYAT MANGSA PECATURAN POLITIK !!!

Posted: 19 Jul 2012 12:00 PM PDT


Kepimpinan Kerajaan Selangor tidak harus menjadikan krisis air yang melanda negeri itu sebagai modal politik ketika suasana pilihan raya semakin hampir sehingga mengenepikan kepentingan rakyat.Exco Wanita UMNO,Datuk Norhayati Tan Sri Onn,bekalan air adalah keperluan utama dan perkara sebegini tidak harus dipolitikkan kerana bukan sahaja akan menimbulkan kesulitan kepada rakyat malah boleh merencatkan pembangunan di negeri berkenaan.

"Semakin hampir dengan pilihan raya, kerajaan Selangor cuba menggunakan isu masalah bekalan air sebagai modal politik mereka,dalam pada itu mereka turut menuding jari kepada kerajaan pusat yang menjadi punca kepada kemelut itu.Kerajaan pusat tidak harus dipersalahkan dalam perkara ini, kerana beberapa kajian yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah berkenanan termasuk cadangan pembinaan Projek Rawatan Air Langat 2.Tetapi sehingga kini kerajaan negeri berdolak-dalik berhubung isu berkenaan sehingga tidak membenarkan projek berkenaan dilaksanakan, ini semua adalah bermotifkan politik sehingga sanggup mengadaikan kepentingan rakyat," katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Selangor mengingatkan kerajaan negeri supaya akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu air tidak dipolitikkan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu.

"Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menghormati titah Sultan dan tidak menjadi masalah yang berlaku untuk kepentingan politik kerana yang bakal menerima kesannya dalah rakyat kerana ia adalah air adalah keperluan asas.Keadaan di Selangor semakin meruncing dan menimbulkan keresahan kepada rakyat, perkara ini perlu diselesaikan segera dan jangan dibiarkan berlarutan hanya disebebkan pemikiran sempit politik pembangkang yang mempergunakan keperitan rakyat sebagai modal mereka," katanya.

Menurutnya,isu air ini perlu diselesaikan dengan segera dan duduk semeja dengan kerajaan pusat bagi mengatasi masalah berkenaan bukannya menegakkan keegoaan yang akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

ISU TANAH BAWAH AIR !!! SAH !!! KHALID GAGAP DAN TONY PUA MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 19 Jul 2012 11:48 AM PDT



satu lagi cerita dah terbongkar.semalam saya keluarkan isu yang sama,tapi ceritanya berkenaan dengan Talam tetapi individu lain.kali ini saya ceritakan berkenaan tony pua pakar putar belit kenyataan.dalam cuba mempertahankan tindakan kerajaan Selangor membeli tanah milik Talam yang 80% daripadanya berada di bawah air,Menteri Besar Khalid Ibrahim A.K.A Gagap dan Setiausaha Publisiti DAP,Tony Pua telah menipu rakyat Malaysia dan Selangor khasnya dengan mendakwa Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti telah membuat penilaian mengenai harga tanah tersebut.Pendek kata DAP dan kerajaan negeri Selangor cuba mempertahankan keputusan pembelian tanah yang lerlebih harga dan tidak mendatangkan keuntungan itu dengan cuba menjual nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti.Gambaran yang cuba diberikan,pembelian itu adalah sah kerana telah diberi penilaian oleh pihak yang sepatutnya.

Bagaimanapun semuanya berubah pada 12 Julai lepas apabila Trinity Corporation Berhad (nama lamaTalam Corporation Berhad) mengeluarkan notis kepada Bursa Saham bahawa kenyataan Khalid Ibrahim dan Tony Pua yang merujuk Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai pihak yang menilai dan memberi kelulusan kepada pembelian tanah di Bestari Jaya itu adalah TIDAK BENAR.Rujukan boleh dilihat di bawah

KLIK DI SINI

Ini seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kredebiliti kedua-dua pemimpin tersebut yang berani menipu rakyat dalam mempertahankan tindakan tidak beretika yang dilakukan mereka,semata-mata untuk menutup kecurangan dalam pentadbiran kerana membelanjakan wang rakyat Selangor dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan yang tidak selari dengan kepentingan rakyat.anda perlu ingat,sebelum 2008,Talam Corporation yang berhutang dengan kerajaan Selangor,tetapi apabila kerajaan Pakatan Haram mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri selepas itu,sebaliknya pula yang berlaku kerajaan negeri pulak berhutang untuk menyelesaikan masalah hutang Talam dengan tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) membeli hutang-hutang Talam dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri bernilai RM 392 juta.Itu baru yang tunai,urus niaga lain melibatkan pemindahan aset hartanah bernilai RM 676 juta yang antaranya melibatkan pembelian tanah yang dijadikan isu sekarang inilah.sementara Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor cuba meyakinkan rakyat Selangor bahawa pengurusan hutang tersebut adalah mengikut peraturan yang sebetulnya,kita dikejutkan dengan kenyataan dari Talam sendiri bahawa proses penentuan harga tanah itu tidak melibatkan penilaian dan kelulusan oleh pihak ketiga (Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti) seperti didakwa Khalid dan Tony Pua.

Jadi bolehkah kita mengatakan disini bahawa BENARLAH dakwaan ketua Biro Profesional Muda MCA,Datuk Chua Tee Yong bahawa tanah di Bestari Jaya itu dibeli kerajaan Selangor dari Talam sebanyak RM 42 juta lebih mahal dari harga pasaran ??? saya tidak nampak mengapa tidak boleh.Walaupun dalam sidang media yang diadakan sebelum ini,kedua mereka bercakap tentang banyak perkara tapi setelah diringkaskan,alasan Khalid Ibrahim dan Tony Phua dalam mempertahankan urusniaga itu hanya satu penilaian harga tanah telah mendapat kelulusan Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti,yang mana sudah terbukti tidak benar sekarang.Itu menjadikan dalam tempoh 2 minggu ini saja,Pakatan Haram 'tertangkap dengan seluar tersingkap ke bawah' sebanyak 2 kali.Kali pertama kerana 'menjual' nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menjustikasikan pembelian tanah dibawah air,kali kedua apabila portal berita pro mereka Free Malaysia Today (FMT) secara terbuka mengaku menulis fakta yang salah berkenaan Lynas Corporation Berhad,fakta yang digunapakai oleh 100% penyokong Pakatan Haram dalam mempertahankan tindakan menentang pembinaan Lynas di Malaysia.

Kesimpulannya,memang banyak yang tidak kena dengan pengurusan wang rakyat Selangor dibawah pimpinan Pakatan Haram. Duduk ditempat paling di atas,sudah tentulah bagaimana syarikat seperti Talam yang berhutang dengan kerajaan Selangor sebelum Mac 2008,boleh mempengaruhi kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haram untuk mengambil alih hutang-hutang tersebut sehingga rakyat Selangor pula yang tak pasal-pasal terpaksa menanggung akibat dari 'kepintaran' Khalid Ibrahim.itu baru satu,dihadapan ini ada lebih banyak isu besar dan penting yang menunggu,antaranya air.

TUNGGU...

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HARAMKAH BELA SYIAH SESAT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 19 Jul 2012 05:00 AM PDT



Haramkah bela SYIAH SESAT lagi ??? Adakah Benar ???

apa pun,sebenarnya Akhbar Haramkah tidak dapat dipisahkan dengan SYIAH SESAT.Mereka mengangkat SYIAH SESAT Pengkafir Sahabat.Di mana,dengan pengkafiran SYIAH SESAT terhadap sahabat ini adalah seperti meruntuhkan Islam itu sendiri.Dalam masa yang sama juga mereka menyebarkan tulisan-tulisan SESAT SYIAH di akhbar mereka.Kenapa dengan Harakah ni ???? Mereka tak tahu ke ??? Takkan asyik terlepas pandang.Kata expert bab Agama ??? apa cerita ni ??? tolong jawab soalan saya wahai pembaca dari Pakatan Haram.di manakah rasionalnya laungan PAS,Haramkah untuk memperjuangkan Islam ??? lihat gambar diatas.sekiranya kurang jelas...

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

KALAU TIADA ARTIKEL ITU !!!

FAHAM-FAHAM JER LAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KERAJAAN SELANGOR GALAK RAKYAT MINUM AIR EMPANGAN DAN SUNGAI YANG BELUM DI RAWAT ???

Posted: 19 Jul 2012 01:30 AM PDT


apa ??? nak suruh rakyat selangor minum air yang belum di rawat ??? gila ker apa pimpinan di bawah pakatan haram ni ??? siapa yang cakap macam tu ??? meh saya ceritakan sikit.Apabila EXCO kanan Selangor,Ronnie Liu mengatakan air di tujuh empangan termasuk sungai-sungai utama masih penuh dan mendakwa ia sebagai bukti kukuh yang Selangor tidak mungkin menghadapi masalah bekalan air,ia adalah satu kenyataan dangkal dari seorang pemimpin negeri yang tidak faham hujung pangkal isu sebenar.Kenyataan Ronnie Liu itu hampir sama dengan kenyataan oleh MB Selangor,Khalid Ibrahim A.K.A Gagap hampir dua tahun lepas (04 Ogos & 6 Oktober 2010) yang turut menjadikan alasan bekalan air empangan dan sungai mencukupi sehingga tahun 2019 untuk menampung keperluan rakyat dan industri.Eloklah tu,kedua-dua MB dan EXCO satu kepala berfikiran mendatar dan gagal memahami isu sebenar.Semacam MB Selangor dan EXCO nya menggalakkan pula rakyat Selangor membiasakan diri minum air mentah dari empangan dan sungai yang belum dirawat.Entah bala apa yang sedang menimpa Selangor tika ini hingga terpaksa menanggung bebanan membayar gaji pemimpin-pemimpin negeri yang akal pendek cuma sejengkal, bebalnya pula tak boleh diajar.

kesian Rakyat selangor yang sedang berkecamuk memikirkan masalah bekalan air bersih yang dirawat di loji-loji rawatan air,MB dan EXCO pulak yang pekak badak masih bercerita pasal air mentah dari empangan dan sungai-sungai.Dah jadi macam itik bercakap dengan ayam pula.padahal,air empangan dan sungai masih penuh pun tiada gunanya bila kemampuan loji rawatan air sedia ada yang berjumlah 33 buah itu gagal untuk memproses bekalan air bersih untuk kegunaan lebih 7 juta pengguna di seluruh Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya.saya nak cerita sikit fakta.Semua 33 loji rawatan air sedia ada sekarang hanya dapat menampung sejumlah 4,326 JLH (Juta Liter Harian) air bersih sahaja manakala jumlah pengeluaran air bersih sekitar 4,000 JLH hingga 4,219 JLH sehari, mahu tidak mahu loji baru tetap diperlukan.Jumlah penduduk akan kian meningkat,kilang-kilang dan pejabat akan bertambah dan semuanya ini memerlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian kecualilah kalau Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu boleh membuktikan air empangan dan sungai yang masih mentah boleh diminum begitu sahaja barangkali bolehlah ditangguhkan dulu loji rawatan air Langat 2.

Zaman sekarang mana ada lagi orang basuh pinggan mangkuk,mandi seharian atau basuh kereta guna air sungai,rata-ratanya guna air paip yang telah dirawat di loji-loji rawatan.Masing-masing tahu air yang belum dirawat risikonya boleh memudaratkan kesihatan dan tak sesuai untuk kegunaan harian.Tak tahulah kalau Khalid dan Ronnie sudah terbiasa mandi pagi petang guna air lombong,minum siang malam pula dari sumber air mentah dari empangan,maka mungkin sebab itu wajah kelihatan kusut masai dan akal cuma sejengkal.Sementara itu 33 buah loji rawatan air sekarang masih berkemampuan menampung bebanan keperluan air bersih untuk kegunaan harian,semolek-moleknya kita sediakan payung sebelum hujan dengan bertindak segera menyiapkan satu lagi loji rawatan air Langat 2.Dengan itu,tidaklah nanti bila loji-loji sedia ada terpaksa diselenggara dek kerana kerap beroperasi melebihi kemampuan kapasitinya,maka tidaklah kerap sangat bekalan terputus atau terpaksa dicatu selalu.

Jikapun kerajaan negeri pimpinan pakatan pakatan haram gagal menjangka apa yang bakal berlaku beberapa tahun mendatang dek kerana akal sejengkal,janganlah pula digadaikan keperluan air bersih untuk kegunaan harian para hamba rakyat jelata.Cukuplah sekadar Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu sahaja yang kekal bebal tapi saya rasa Rakyat jelata masih belum bangang untuk minum air mentah dari sungai dan empangan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DAP TERIMA RASUAH UNTUK FITNAH ISU SCORPENE ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Jul 2012 10:00 PM PDT


Kita sedia maklum bagaimana Pakatan Haram,melalui SUARAM telah membuat tuduhan berat terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kononnya terlibat dalam rasuah,malah
pembunuhan,dalam proses pembelian kapal selam scorpene oleh Kementerian Pertahanan.Bagi menguatkan tuduhan ini,SUARAM telah mengaitkan kerajaan dan sistem kehakiman Perancis kononnya kes ini sedang dibicarakan di negara tersebut dan beberapa nama,termasuk Perdana Menteri,akan disapina.Namun,akhir-akhir ini SUARAM telah mengambil sikap berdiam diri apabila pihak kerajaan berjaya membuktikan bahawa tiada perbicaraan yang membabitkan ahli politik atau kerajaan Malaysia yang sedang berlangsung di Perancis sekali gus tidak timbul soal sapina. Malah,pihak kedutaan Perancis di Malaysia juga bingung dengan kebiadapan SUARAM yang sanggup mempermainkan Hakim,Mahkamah malah kerajaan Perancis semata-mata untuk 'mengenakan' kerajaan Malaysia.Nama-nama syarikat seperti Thales dan Terasasi langsung tidak terlibat dalam urusniaga scorpene.Manakala Perimekar pula jelas bukannya menerima komisen,tetapi bayaran yang sah ke atas khidmat menyediakan kediaman lengkap,elaun,tambang pulang bercuti,kos latihan kepada pegawai,krew dan staf serta kos pengurusan dan koordinasi selama 6 tahun.Pihak polis Perancis juga mengesahkan bahawa SUARAM menipu apabila nama Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Abdul Razak Baginda langsung tidak pernah memasuki Perancis pada ketika urusniaga ini berjalan.

Lebih menarik lagi apabila SUARAM didapati berdaftar sebagai perniagaan dan menerima dana entah dari mana yang menjadikan pertubuhan yang kononnya NGO yang memperjuangkan hak dan keadilan ini,semakin dicurigai.Sehingga kini,SUARAM masih belum dapat menjelaskan latarbelakang kewujudan mereka dengan pasti.Apapun,setelah terkantoi,SUARAM mengambil sikap pasif dan tidak lagi agresif dalam menangani isu.Enggan mematikan isu ini,DAP mengambil alih membangkitkan semula isu yang sudah semakin padam ini.Untuk itu,akhbar TheROCKET 15 Julai 2012,menyiarkan satu carta aliran yang menunjukkan hubungkait kerajaan,Perdana Menteri dan beberapa syarikat yang dikatakan menerima dan mengambil rasuah dalam pembelian kapal selam.Kononnya,carta aliran yang dilakarkan mereka itu menjadi bukti kukuh dan rakyat wajib mempercayainya.Memang mudah untuk melakarkan sebuah carta aliran dengan 'penerangan atau penjelasan' tertentu bagi mencipta isu,membuat fitnah atau apa saja.Contohnya ialah carta aliran dan tajuk artikel ini sendiri.Sesiapa sahaja boleh menuduh sesiapa sahaja mengambil atau memberi rasuah dan kemudian menulis artikel dan mencipta kronologi dan carta aliran sesuka hati serta menyuruh rakyat mempercayainya.


saya atau pihak yang merangka strategi politik Perdana Menteri juga boleh saja mereka-reka dokumen untuk menunjukkan DAP sememangnya terlibat secara langsung dalam memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu scorpene dengan mendapat tajaan dan dana dari Singapura dan juga CIA.Tetapi,bukan semua orang adalah pembohong seperti DAP dan SUARAM.Kerajaan Malaysi adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sedia menghadapi musuh (pembangkang) secara professional.Kerajaan tidak perlu memfitnah untuk meraih sokongan rakyat. Setakat ini, SUARAM,alat pakatan haram,sudah pun terkantoi.DAP,PKR dan PAS sendiri berhadapan dengan berbagai-bagai skandal salahlaku rasuah dan seks siap dengan bukti dan saksi. Malah ada juga kes di mana saksi penting kes rasuah DAP ditemui mati sekali gus menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP bukan sahaja korup tetapi samseng Dan semua ini adalah benar,bukan direka-reka oleh kerajaan sepertimana pakatan haram mereka-reka isu rasuah scorpene.Kita sedia maklum bahawa strategi menyerang dengan menggunakan fitnah dan kisah-kisah separuh benar tanpa bukti dan saksi sudah terbukti memakan diri pakatan haram.

Kemuncaknya ialah apabila 'penulis cereka fiksyen tersohor' mereka sendiri,iaitu Raja Petra Kamaruddin terpaksa mengangkat tangan mengaku kalah setelah memulakan fitnah terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini Dan kini SUARAM telah menyerah kalah juga.Hanya DAP sahaja yang tinggal yang beria-ia sekali ingin menghangatkan kembali isu yang tiada isu ini.Sekali gus,membuatkan kita tertanya-tanya,apakah carta aliran hasil imaginasi penulis di atas punya sedikit kebenaran ???

TANYA DIRI ANDA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PAS MALU BESAR !!! PENEROKA TIDAK SOKONG HIMPUNAN OREN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Jul 2012 07:00 PM PDT


Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran PAS Sabtu lalu.Selama hampir sebulan,media rasmi PAS,Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka.Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang di kendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut,malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang.Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan Pakatan Haram.

PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa penyenaraian FGVH merupakan tawaran awam awal kedua terbesar didunia selepas pengapungan Facebook Inc.Bak kata Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,penyenaraian FGVH adalah saru rahmat besar bagi 112,635 peneroka di seluruh negara.Sejak diasaskan oleh Ayahanda Perdana Menteri,Almarhum Tun Abdul Razak Hussien 56 tahun lalu,Felda telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu di negara sendiri.Daripada menjadi bangsa yang miskin dan tidak memiliki tanah dan aset,kini orang Melayu boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.Tidak lagi Melayu dilihat oleh kaum Cina dan India sebagai kaum bangsat yang merempat di tanah air mereka sendiri.Tindakan Perdana Menteri menyenaraikan FGVH adalah langkah bijak serta menjadi satu lagi tanda aras kejayaan atau 'milestone' dalam sejarah panjang Felda.

Setelah penat lelah serta membanting tulang empat kerat mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kini peneroka biberi peluang pula memiliki pegangan saham dalam salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.Masa depan yang cerah bagi sektor perladangan dengan unjuran permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit bermakna saham peneroka di dalam FGVH akan mempunyai nilai yang lebih tinggi.Bagaimanapun semua kejayaan Felda yang dikecapi oleh golongan peneroka (termasuk juga ramai ahli PAS ) tidak bermakna bagi PAS kerana parti itu hanya melihat kepentingan politik sempat parti itu dan bukannya kepentingan bangsa Melayu.PAS juga malu apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah,yang dipimpin oleh Pakatan Haram bertindak membeli 500,000 unit saham FGVH.

Malah Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar berkata keputusan PKNK mungkin berdasarkan faktor keuntungan dan bukan pegangan politik.Apabila dilihat memberi keuntungan,pemimpin PAS dengan segera boleh mengeluarkan fatwa menghalalkan sesuatu yang sebelumnya haram baginya.Himpunan Oren yang gagal itu juga memperlihatkan sikap bermuka-muka parti rasis DAP yang menepuk dada sebagai pejuang bangsa Melayu.Jika benar dakwaan PAS penyenaraian FGVH merugikan orang Melayu, mengapa satu batang hidung pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng tidak kelihatan pada himpunan tersebut ??? PAS sanggup bersekongkol dengan parti anti-Melayu itu demi kepentingan politiknya tetapi dalam banyak hal DAP sebenarnya tidak menyokong PAS,termasuklah Himpunan Oren yang dianjurkan.PAS menghasut warga peneroka Felda untuk menentang kerajaan kononnya atas kepentingan Melayu tetapi mereka lupa melihat diri dalam cermin sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Mungkin pemimpin PAS seperti Abdul Hadi,Nik Aziz dan Mat Sabu boleh jelaskan ke mana perginya dana RM50 juta hasil pelaburan 20,000 anggota parti di dalam Koperasi Al-Hilal milik parti itu ??? Ke mana lesapnya wang ahli PAS yang sebegitu banyak ??? Alasan yang diberi ialah kegagalan pelaburan atau ini hanyalah sandiwara pak lebai untuk menutup skandal pemimpin PAS yang menyonglap wang tersebut ??? Bak kata pepatah,PAS ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan tahi.mengata orang itu dan ini,tidak betul,tidak Islamik tetapi diri sendiri penuh dengan kecacatan dan keburukan yang tidak mampu diselindungi lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM SEDANG MENIPU PEMIMPIN INDONESIA DALAM PERSIDANGAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Jul 2012 04:00 PM PDT



Jaringnews.com melaporkan berita mengenai forum diskusi ilmiah dengan tema "Peace & Reconciliation in Southeast Asia" di Ballroom,Shangri-La Hotel,Jakarta kelmarin,yang menampilkan tiga tokoh kontroversi di Asia.Mereka termasuklah mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra,mantan Presiden Timor Leste Jose Ramos Horta serta Anwar Ibrahim.Forum yang dianjurkan oleh Strategic Review : The Indonesian Journal of Leadership,Policy and World Affairs ini dihadiri oleh Presiden RI Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono.Seperti yang didedahkan oleh laman web anwaraidc : "Strategic Review Indonesia adalah Journal berbahasa Inggeris yang dilancarkan oleh Dr Hassan Wirajuda,bekas Menteri Luar Negara Indonesia pada 15 Ogos 2011.Ahli Lembaga penasihat journal itu terdiri daripada tokoh-tokoh pro AS,terdiri daripada Prof. Juwono Sudarsono,bekas Menteri Pertahanan,Indonesia,Let Gen (Ret) Agus Widjojo,Member Ahli Lembaga Pengarah the Partnership for Governance Reform,Prof. John Thomas,Harvard Kennedy School,AS,Prof. Erhard Friedberg,Peranchis dan Prof. Arne Westad,London School of Economics (LSE) UK.Prof. Juwono Sudarsono seperti dilaporkan usindo.org adalah salah seorang ahli lembaga penasihat USINDO (United States-Indonesia Society). Laman vaticannewworldorder mencatatkan nama Juwono Sudarsono sebagai salah seorang alumni Jesuit dari LSE."

Dengan pendedahan ini,saya tertanya-tanya,apakah satu kebetulan atau ada agendanya sendiri apabila penganjur memilih ketiga-tiga tokoh yang punya kaitan dengan CFR sebagai panel kehormat tidaklah dapat dipastikan.CFR atau (Council on Foreign Relations) adalah "the Power Elite" warisan The Trilateral Commission kata C. Wright Mills.CFR juga dikenali sebagai 'private policymakers' atau 'pemikir' bukan kerajaan yang mempengaruhi dasar-dasar dan keputusan kerajaan Amerika.Antara polisi luar Amerika yang telah diterajui oleh CFR,termasuk "keputusan awal mengesyorkan serangan ketenteraan ke atas Vietnam dan kemudiannya mengesyorkan penarikan balik serangan itu".CFR ditubuhkan pada tahun 1921 oleh badan-badan kewangan Yahudi yang berengaruh di Amerika. Antara yang berada di belakang CFR hari ini ialah The Rockefellers, Woodrow Wilson dan J.P. Morgan.CFR juga dibiayai oleh Carnegie foundation dan kemudiannya oleh Ford Foundation.

Anwar Ibrahim merupakan Diplomat Jemputan CFR pada tahun 2005 iaitu ketika beliau berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat (AS) Ini diakui oleh Anwar sendiri dalam dalam writ samannya kepada Chandra Muzafar pada 7 Mac 2008.Ramos-Horta pula semasa mudanya melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan menggunakan pentas antarabangsa termasuk CFR untuk menuntut pemisahan Timor Leste daripada Indonesia.Manakala,Thaksin Shinawatra juga menggunakan pentas CFR ketika menjadi pelarian politik Thailand ke luar negara.CFR juga bertanggungjawab ke atas serangan Amerika terhadap Iraq. Pengerusi CFR,iaitu Richard Haas,yang berbangsa Yahudi dan mempunyai pertalian dengan keluarga Rockefeller,pernah menyambut Anwar sejurus selepas Anwar tiba di New York pada 25 September 2009.Beliau merupakan Pengarah Perancangan Dasar Jabatan Negara dan Senior Fellow pada ketika Iraq diserang.Beliau dan juga Paul Wolfowitz yang mana keakrabannya dengan Anwar Ibrahim telah menjadi pengetahuan umum,disenaraikan sebagai antara 42 orang tokoh neo-con yang bertanggungjawab membuat keputusan menyerang Iraq.

Bukan rahsia lagi bahawa pihak neo-con berada di belakang pemberontakan mana-mana negara di dunia. Penglibatan mereka telah didedahkan sendiri oleh bekas-bekas pegawai CIA melalui buku-buku dan juga pentas-pentas keamanan dunia.kita semua tahu bahawa barat tidak akan senang selagi tidak dapat menguasai dunia sepenuhnya dan ini dilakukan dengan meletakkan pemimpin-pemimpin boneka yang akan menurut perintah mereka di kesemua negara di dunia.Mana-mana negara yang tidak dapat dikuasai mereka,akan dimusnahkan dengan cara menghasut,memecah-belah dan mencetuskan pemberontakan agar mereka dapat masuk campur dan menabalkan pemimpin boneka mereka sebagai pemerintah.Justeru itu,apakah satu kebetulan di mana ketiga-tiga tokoh yang mempunyai kisah tersendiri dari segi 'pemberontakan' di negara masing-masing dijemput ke forum tersebut ??? Dengan mengadakan persidangan yang membawa kesemua personaliti CFR Asia ini ke Indonesia.mungkinkah ini bermakna bahawa CFR A.K.A pihak neo-con sedang merancang sesuatu yang besar di rantau ini ???

Jika ya,apakah peranan Anwar kali ini ??? Dengan pilihanraya yang semakin hampir,saya yakin bahawa Anwar tidak akan duduk diam dan membiarkan pilihanraya berjalan dengan tenang terutamanya apabila beliau dapat merasakan yang sokongan terhadapnya semakin nipis.Persoalan yang timbul,apakah rancangan yang sedang diatur oleh Anwar dan rakan-rakannya ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...