tun faisal dot com |
- @KhalidSamad kata hasil balak bertambah? Punca hutan Kedah ditarah? #TukarKedah
- [Video] Meja Bulat Antara Pos : @tunfaisal - PR hadapi krisis keyakinan, tiada agenda Melayu
- @tunfaisal - 3 tahun @NajibRazak lebih banyak perubahan berbanding 4 tahun PR
| @KhalidSamad kata hasil balak bertambah? Punca hutan Kedah ditarah? #TukarKedah Posted: 24 Jul 2012 07:00 PM PDT EKSKLUSIF KEDAH..!!! SIAPA CURI BALAK DI BUKIT PERAK, PENDANG..!!!???Hasil balak bertambah? 1. Tapi kenapa rakyat tidak rasa hasilnya? Masuk poket siapa? Jalan tidak dibaiki, air berkeladak? 2. Mungkinkah hasil meningkat akibat terlalu banyak kawasan balak ditarah? 3. Mungkinkah sebab bayar mahal, maka habis semua pokok balak dibalun termasuk balak yang kecil 4. Eloklah bayar sikit, asalkan berhemah; jangan bayar banyak tapi semua pun ditarah http://dukeofumno.blogspot.com/2012/07/eksklusif-kedah-siapa-curi-balak-di.html Sebagaimana yang dijanjikan pagi tadi, aku dedahkan apa yang diperoleh dari sekitar lawatan di Bukit Perak, Pendang baru-baru ini... Beberapa keping gambar yang dimuatkan di sini adalah hasil maklumat mengenai sindiket curi balak di Bukit Perak. Terkejut betul bila tengok di dalam hutan simpan kekal yang tebal tu..tiba-tiba botak licin di tengah-tengahnya..!!! Heh! Menurut sumber kami, kawasan tu memang kawasan larangan dan mana-mana penceroboh akan didakwa. Tapi, selamba je kawasan hutan tu digondolkan... Kata sumber kami lagi, kawasan tu dibotak licinkan oleh sekumpulan manusia yang dikatakan "puak-puak hijau"..!!! Kononnya, hutan simpan tu "anugerah Tuhan" kepada depa sebagai hadiah selepas PAS berjaya menjajah Kedah..!!! Jadi, hangpa boleh agak la sapa yang curi balak tu, kan? Heh! Lepas Jabatan Hutan sedar hutan tu dirompak balaknya, barulah sebok Ahli Parlimen Pendang, Dr. Hayati masuk situ dan terangkan kat orang kampung bahawa kawasan tu adalah kawasan larangan dan tak boleh diceroboh...heh! Haaa..elok la tu. Lepas gondol dan licin, baru nak turun tengok kawasan. Kalau tidak, dok goyang teloq la kat opis tuuu...Ni dah berapa juta dah rugi ni? Kawasan Hutan Simpan Bukit Perak tu tak pernah disentuh oleh kerajaan BN sebelum ni dan dianggap sebagai khazanah negeri yang tidak boleh diusik.... Tapi, mengikut tinjauan kami, PAS Kedah benarkan pulak aktiviti pembalakan berlaku di situ. Pendedahan ini mengenai pembalakan haram... Aku akan dedahkan pula pembalakan di Bukit Perak yang dilakukan secara sah pula dalam masa terdekat. Dulu BN tak sentuh. Tapi PAS ni takdak cara lain nak buat duit, depa tarah balak pulak seluruh negeri..!!! Memang tak guna betoi..!!! |
| [Video] Meja Bulat Antara Pos : @tunfaisal - PR hadapi krisis keyakinan, tiada agenda Melayu Posted: 24 Jul 2012 12:53 PM PDT Hasil balak bertambah? 1. Tapi kenapa rakyat tidak rasa hasilnya? Masuk poket siapa? Jalan tidak dibaiki, air berkeladak? 2. Mungkinkah hasil meningkat akibat terlalu banyak kawasan balak ditarah? 3. Mungkinkah sebab bayar mahal, maka habis semua pokok balak dibalun termasuk balak yang kecil Selamat Ulangtahun 59 DS @NajibRazak - Jasa2 Beliau Di Usia Ini Anda Mesti Baca |
| @tunfaisal - 3 tahun @NajibRazak lebih banyak perubahan berbanding 4 tahun PR Posted: 23 Jul 2012 11:59 PM PDT pada 24-07-2012 11:07 Ditulis Oleh Syed Mu'az Syed PutraSHAH ALAM: Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz berkata 'mimpi ngeri' Barisan Nasional (BN) yang berlaku empat tahun lalu tidak akan berulang pada pilihan raya umum akan datang. ![]() Ini kerana, katanya, program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja berjaya mendekati rakyat tetapi dilihat mengubah pendirian pengundi-pengundi di negara ini. "Banyak perubahan transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib sebab itu perdana menteri daripada kedudukan 2009 sampai sekarang meningkat manakala kedudukan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semakin menurun termasuk di Selangor rakyat marah dan macam-macam korupsi yang berlaku. "Ini menunjukkan bahawa cakap memang mudah nak menggantikan kononnya pemimpin yang korup tapi akhirnya bila dapat kuasa, kuasa itu sendiri yang korupkan mereka," katanya pada program Diskusi Meja Bulat "Melayu Pasca PRU 13?" anjuran Antarapos, Khamis lalu. Hasil 'tsunami' 8 Mac 2008, PAS-DAP-PKR yang membentuk kerjasama politik, menawan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kelantan diterajui PAS sejak 1990. Pentadbiran Kerajaan nNegeri Perak bagaimanapun tumbang awal 2009 ke tangan BN, apabila beberapa ADUN Pakatan berpaling tadah. Selain lima kerajaan negeri, ketiga-tiga parti berkenaan turut memperoleh 84 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN. Selepas kejayaan itu, ketiga-tiga parti tersebut membentuk kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat. ![]() Mengambil contoh di kerajaan negeri pimpinan Pakatan, Tun Faisal berkata gabungan tiga parti komponen itu iaitu PAS-PKR-DAP tidak mampu melakukan perubahan termasuk dalam aspek pembangunan. "Kita lihat sendiri apa yang berlaku di Kedah, apa sahaja pembangunan di Kedah kalau Melayu yang kita nak pertahankan kuasa Melayu tidak membawa apa-apa pembangunan, jadi ini adalah satu masalah. "Tiga tahun Datuk Seri Najib, empat tahun pembangkang... 22 tahun di Kelantan, saya rasa perubahan yang dibawa Datuk Seri Najib lebih banyak daripada Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) di Kelantan. "Ini menyebabkan rakyat berfikir semula apa sebenarnya perjuangan Pakatan sama ada mereka boleh terjemahkan dalam keadaan mereka berpakat tapi mimpinya lain-lain," katanya. Kata Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno ini, setiap ungkapan atau janji yang ditabur pemimpin Pakatan tidak boleh dipercayai 100 peratus. "Cerita memang mudah, PKR kata untuk keadilan tetapi yang keluar dari mulut DAP adalah kesaksamaan. Itu perkara yang berbeza sebab itu dalam dasar Pakatan kita tanya juga kalau mereka pertahankan semua perkara yang Umno pertahankan, kita tiada masalah. "Kononnya mereka pertahankan institusi di raja tapi institusi di raja diserang begitu rupa, jadi cakap dengan perbuatan sudah nampak tidak bersama... cakap dalam manifesto dengan realiti dan dasar pelaksanaan tidak sama," katanya lagi. |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.








No comments:
Post a Comment