tun faisal dot com

tun faisal dot com


Zin - Kerajaan PR belanja RM 87.7 juta beli tanah bawah air? #saveSgor

Posted: 20 Jul 2012 09:30 PM PDT



Kerajaan Selangor Didesak Perjelas Ubah Status Tanah Pendidikan Kepada Perindustrian


Kerajaan negeri Selangor perlu memberi penjelasan status tanah di satu kawasan di Putra Perdana, Puchong yang didakwa akan dibangunkan sebagai kawasan perindustrian walaupun pelan asalnya adalah untuk pembinaan kompleks pendidikan.

Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ada kawasan di tanah tersebut penting untuk tujuan pembinaan sekolah rendah dan sekolah agama bagi penduduk kawasan Putra Perdana.

"Pelan asal pembangunan ini telah diubah baru-baru ini dan kami mahukan penjelasan berhubung perkara ini.

"Pelan asal adalah membina kompleks pendidikan berdekatan tanah tersebut," katanya selepas mengadakan lawatan ke tanah tersebut hari ini.

Beliau difahamkan, kerajaan Selangor juga telah membeli empat plot tanah tersebut dari sebuah syarikat dengan harga RM87.7 juta walaupun 80 peratus tanah adalah di bawah air.

Mohd Zin turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri membazirkan wang sehingga terlebih bayar sebanyak RM57 juta dari harga asal dan pada pendapatnya, kesemua wang tersebut boleh digunakan untuk membina 2,500 unit rumah mesra rakyat golongan miskin dan memerlukan.

"Apakah motif sebenar pembelian tanah dari syarikat tersebut sehingga dinilaikan begitu tinggi untuk sebuah tasik yang perlu ditimbus sekiranya ingin dimajukan?" katanya.

Sementara itu Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Taman Putra Perdana Rushdan Mohamed berkata terdapat aduan kepadatan murid sekolah sehingga melebihi kuota yang ditetapkan dan masalah ini boleh diatasi jika pembinaan kompleks pendidikan diteruskan.

"Kami akan buat laporan polis dan bawa perkara ini untuk perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.


sumber
Blog Ocean13

Salahuddin Ayob teruskan tradisi Pas sebagai parti fitnah

Posted: 20 Jul 2012 06:30 PM PDT


Dari Ulama sehinggalah ke suami Cikgu Mala, sehinggalah ke blogger dan cybertroopers Pas menipu. Baca sini untuk tengok macam mana ulama pas menipu



Salahuddin Ayub Patut Tutup Muka Guna Paper Harakah - Sharifah Aini Pula Nafi Join PAS!



Jika semalam artis popular Ning Baizura tampil menafikan kenyataan Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayub kononnya beliau dan beberapa artis akan menyertai PAS, hari ini seorang lagi artis popular tampil menafikan fitnah yang hangat disebarkan oleh pengikut PAS.

Biduanita negara Datuk Sharifah Aini hari ini tampil menafikan dakwaan Salahuddin Ayub dalam Sinar Harian kononnya beliau akan menyertai parti politik PAS.


Datuk Sharifah Aini dalam penafiannya mengatakan beliau seorang penyokong kerajaan serta tidak pernah terlintas untuk menyokong parti politik PKR mahu pun PAS!
"Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS." - Datuk Sharifah Aini.
Nampaknya Salahuddin Ayub perlu tampil membuat permohonan maaf kepada dua artis yang mana nama dua artis ini selalu dijaja oleh mereka dan dipergunakan demi kepentingan politik PAS.

Dari Agendaily :

Maka melompat la artis berkenaan yang terpaksa menjelas fitnah parti kuat fitnah ini berkenaan isu ini. Ning Baizura menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata 
"Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?" 
"Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?" 
Manakala Datuk Sharifah Aini juga dalam kenyataannya kepada Agenda Daily juga menafikan perkara berkenaan dan beliau dengan tegas menyokong kerajaan bukannya PAS atau PKR !!! 
"Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.", katanya ketika dihubungi - selanjutnya diAgendadaily
YY : Habis nama kutip dok jaja, Orang Kubang Kerian kirim sale demo wahai Salahuddin Ayub, jenguk2 la rakyat Kubang Kerian tuh! 



DAP, PKR tolak hudud, @KhalidSamad #kantoi lagi

Posted: 20 Jul 2012 03:43 PM PDT

Post Pic

DAP, PKR tetap tolak Hudud

pada 20-07-2012 06:07 Ditulis Oleh Nur Atiqah Abdul Samad



SHAH ALAM: Parti DAP tetap berpegang kepada perjanjian bersama (common platform) yang telah dimeterai oleh Pakatan Rakyat pada dua tahun lalu, di mana pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam perbincangan tersebut.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Santiago mengulangi pendirian bahawa hukum hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR) sewaktu perbincangan diadakan antara kepimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS.

"Pandangan dan prinsip Pakatan Rakyat ialah kita ada apa yang dipanggil 'common platform' (perjanjian bersama) yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti PAS, DAP, PKR. Dalam perjanjian bersama itu pelaksanaan hudud tidak disebut jadi itu bukan dasar Pakatan Rakyat. (Jadi) apa yang termaktub dalam perjanjian itu boleh dilaksanakan kerana mendapat persetujuan di antara pihak ketiga-tiga parti," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Klang.
 
Tambah beliau lagi, jika perjanjian bersama ini tidak ada sebarang penukaran dalam pandangan pimpinan PR, maka, pelaksanaan hudud tidak boleh dijalankan.

Sepertimana yang termaktub dalam Dasar Bersama PR yang telah diserap sebulat suara di Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Disember 2009, Pakatan Rakyat komited untuk mendukung semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam :

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, agama Islam sebagai agama Persekutuan di samping kebebasan untuk agama yang lain diamalkan dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum lain berdasarkan peruntukan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan kebertanggungjawaban institusi Raja Berperlembagaan.

3. Mendukung penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berdasarkan Perkara  152 dalam Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) di samping mempertahankan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda untuk semua kaum.

4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang yang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan pada masa yang sama mencadangkan pembatalan semua deklarasi darurat yang sedia ada.

5. Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia.

6. Menjamin semangat Persekutuan (federalism) dan hubungan yang saksama dan adil antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak.

Ini kerana katanya, proses penjelasan ke akar umbi perlu mengambil masa yang panjang termasuk mendidik umat Islam dalam negara memahami tentang undang-undang tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad semalam yang menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Putrajaya tetapi "bukan dalam tempoh terdekat".

Dalam pada itu, mengulas perkara yang sama, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kementerian komunikasi dan penerangan serta pihak jabatan agama dalam meuar-uarkan perkara ini supaya dapat difahami.

"Jadi menjadi tanggungjawab kementerian penerangan dan agama yang ada sekarang untuk mula menyampaikan maklumat, penerangan mengenai hudud kepada orang bukan Islam dan negara kita. Jika perkara ini dilakukan sekarang, mungkin lagi 4-5 tahun kita akan laksanakan hudud (jadi) orang-orang ni dah faham dan tidak ada tentangan dan sebagainya. Itu yang sepatutnya dilakukan, tidak kira siapa PR mahupun BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Katanya pelaksanaan mengenai penerangan hudud itu perlu dilakukan dengan segera dan ia tidak boleh dilaksanakan secara mendadak.

[Video] Dalam Radar Khas - @tunfaisal dan @niknazmi tentang Perang Media Baru Penentu PRU13

Posted: 20 Jul 2012 02:04 AM PDT





Media baru lebih cepat tangkis tohmahan, fitnah

pada 20-07-2012 08:07 Ditulis Oleh Ahmad Fadzly Esa





Post Pic
KUALA LUMPUR: Pengerusi Unit Media Baharu (UMB) Pergerakan Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat penggunaan media sosial membantu menjadi pengantara serta pendamping antara pemimpin dengan rakyat dalam politik baru yang sebenar.

Menurutnya, media baru turut membantu pemimpin memberi respons yang cepat kepada rakyat bukan sahaja dari segi pendekatan malah daripada segi menangkis pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka.
"Ia membenarkan pemimpin menceritakan tentang polisi yang dibawa oleh parti yang diwakili dan memang ada peranan (media baru) propaganda untuk mempengaruhi persepsi, ini memang ada..ini berlaku.

"Sebab itu dalam UMB kita bukan sekadar menceritakan polisi (memandangkan) orang tak nak baca sebab ia terlalu mendatar dan tidak menarik. Kadang-kadang benda yang orang hendak tahu adalah macam mana kita hendak menangkis tohmahan atau fitnah yang dikenakan terhadap pemimpin, dasar atau pelaksaan dasar kita," kata Tun Faisal (kanan, berbaju merah).

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dalam Radar Khasbertajuk 'Perang Media Baharu' - Faktor Penentu PRU13 anjuran Radio24 Bernama bersama portal Antarapos.

Program memasuki siri keempat ini turut menampilkan dua tetamu lain iaitu ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) serta pakar sains sosial merangkap Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Datuk Abdul Latif Abu Bakar.

Menyentuh mengenai golongan muda, Tun Faisal berpendapat persepsi mereka, khususnya  golongan atas pagar pada hari ini tidak akan lagi dibentuk oleh media arus perdana atau media konvensional.

"Sebab mereka mungkin tidak tunggu akhbar esok, mungkin mereka tidak tunggu di depan kaca televisyen jam 8 malam, mereka mendapat (berita) lebih awal di media baru dan internet," jelasnya.

Diminta mengulas sekiranya Barisan Nasional (BN) mempunyai media baru sebelum 2008 lalu, kemungkinan lima negeri tidak akan jatuh ke tangan pembangkang, Tun Faisal menafikannya.

Katanya, persepsi terhadap kerajaan pada ketika itu masih perlu diubah dengan dasar-dasar sedia ada dan bukan sekadar media baru sahaja.

"Media baru sekadar 'enabler' di mana kita kena ada produk yang bagus iaitu polisi kita dan kena ada pemimpin yang boleh diketengahkan dan akhirnya benda ini perlu disampaikan, masalah pada ketika itu kita tidak boleh menyampaikan.

"Kalau ada pun polisi kita yang bagus kita tidak boleh menyampaikan, sama juga dengan sekarang kalau kata dasar transformasi itu sangat bagus dan dirasai oleh rakyat, sampai tak perasaan kepada golongan muda misalnya (kalau) dalam pembasmian dan penurunan indeks jenayah," katanya.

#KrisisAirSelangor : Fakta kerajaan PR Sgor zalim, bahayakan rakyat

Posted: 19 Jul 2012 11:00 PM PDT




Krisis Air Siri I : Ronnie Liu Pasti Tidak Akan Baca Artikel Ini

http://anginperubahan.blogspot.com/2012/07/krisis-air-siri-1-ronnie-liu-pasti.html 


Maksud krisis bekalan air adalah air terawat yang selamat dan
tidak berbahaya untuk diminum, bukannya air semulajadi yang
masih dalam keadaan sedia ada yang belum diproses atau
dirawat.

Krisis air ini juga akan menjejaskan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur/ Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara
kerana menerima bekalan air terawat dari sumber yang sama.

Melalui bacaan dan penyelidikan SYABAS di keseluruhan 
negeri bahawa rizab bekalan air dari tempoh 17hb Mei 2012 
hingga  8hb Julai 2012 adalah kurang dari 3%, di mana bacaan 
yang  diperolehi hanya 1.15% hingga 2.04% sahaja. 

Apabila berlaku permintaan puncak pada bila-bila masa 
terutama di musimperayaan yang mencecah 7%, kapasiti 
bekalan air tidak dapatmenampung permintaan air.

Berdasarkan situasi terkini di mana permintaan air melebihi
kapasiti bekalan sedia ada terdapat 47 lokasi di Klang, Petaling
dan Hulu Langat mengalami penyusutan paras air di kolam
simpanan utama akibat peningkatan mendadak. Kawasan
berikut adalah ;

a) Wilayah Klang : Seksyen 22, Seksyen 26 hingga Seksyen 28,
Batu Lapan Bukit Kemuning, Istana Kayangan Seksyen 12,
Istana Mastika Seksyen 7, Kawasan Perlabuhan Utara,
Tanjung Harapan dan Sungai Sireh, Kampung Perepat,
Sementa, Sungai Kapar Indah, Taman Andalas, Sentosa,
Pulau Indah, West Port, Pulau Ketam, Pandamaran, Bukit
Tinggi, Kampung Jawa, Desawan, Klang Jaya, Bukit Kapar,
Meru, Kapar, Kampung Lombong, Jalan Kebun, Seksyen 2, 3,
8, 9, 11 dan 12.

b) Wilayah Petaling : Bandar Baru Seri Petaling, Taman OUG,
Bukit OUG, Kampung Malaysia, Taman Salak Selatan dan

Desa Petaling.
c) Wilayah Hulu Langat : Taman Saujana Impian, Beranang,
Taman Hiew Piow, Taman Utama, Sungai Lalang, Harmoni
Indah, Seri Belimbing, Sungai Besi Indah, Taman Puncak
Utama, Balakong Jaya dan Juara Jaya.





Siri II: 6 Punca Krisis Air Di Selagor





Mengapa tolak loji untuk air bersih di Selangor?

6 Punca berlaku krisis air di Selangor dikenalpasti adalah :

1) Peningkatan permintaan air tidak diiringi dengan pembangunan kapasiti bekalan air. Tiada peningkatan kapasiti bekalan air sejak 2002. Pembangunan kapasiti bekalan air terawat merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri. Malah Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional telah berusaha membantu membangunkan pusat bekalan air dengan Projek Rawatan Air Langat 2 di mana air dibawa melalui saluran paip dari Sungai Semantan dan Sungai Kelau di Pahang.

2) Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS enggan membina Loji Rawatan Air Langat 2 untuk menambah bekalan air terawat. Ini punca yang paling besar dan dipolitikkan oleh Ronnie Liu yang enggan memahami antara beza air mentah dan air dirawat.

3) Perlaksanaan CAPEX (menukar paip lama yang bermasalah kepada paip baru) yang dirancang tergendala. Berkuatkuasa Julai 2008, program kerja CAPEX SYABAS secara amnya telah dibekukan oleh SPAN setelah didesak oleh Kerajaan Negeri apabila SYABAS didapati menggunakan paip yang diimport dari Indonesia bukannya paip buatan tempatan.

Ianya memberikan kesan negatif iaitu kadar Non Revenue Water (NRW) tidak dapat dikurangkan dan aset lama termasuk paip lama yang selalu pecah/ bocor tidak dapat diganti. Juga meningkatkan insiden gangguan bekalan air akibat kegagalan peralatan elektrikal dan mekanikal yang telah usang atau telah sampai kapasiti maksimanya. Selain itu meningkatkan kejadian tekanan air rendah kerana kerja kerja memasang paip yang lebih besar kapasitinya dan sambungan baru ditangguh.

4) Pencemaran air mentah yang menyebabkan hentitugas Loji Rawatan Air sedia ada atau mengurangkan pengeluaran air bersih. Ini terjadi kepada sungai yang membekal air dicemari sisa toksik dan sisa kilang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila membuangkannya ke dalam sungai.

5) Kemarau yang berpanjangan. Walaupun masalah kemarau belum muncul sekarang, tetapi ia boleh berlaku bila-bila masa dalam tempoh 2012 hingga 2017 di mana rizab bekalan air adalah sangat rendah seperti berlaku krisis air tahun 1998. 

6) Penggunaan/ permintaan air yang mendadak dan tidak seimbang dengan pengeluaran air terawat. Permintaan air berubah setiap hari dan mengikut musim. Kadar pertumbuhan penduduk yang meningkat mendadak di Lembah Klang. Malah krisis ini mulai terasa apabila permintaan pembukaan perindustrian baru tidak dapat diluluskan ekoran bekalan air tidak mencukupi.




@tunfaisal - Bukan media baru, tapi dasar dan calon penentu kemenangan PRU13

Posted: 19 Jul 2012 10:31 PM PDT




Perlaksanaan Dasar Kerajaan Akan Jadi Kayu Pengukur Kejayaan – Tun Faizal

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Media baharu bukan menjadi faktor penentu utama dalam memastikan kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang meskipun ia mampu mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sesebuah parti.

Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata media baharu merupakan satu daripada komponen yang berperanan dalam mempengaruhi pola dan corak pemikiran serta landskap politik. "Media baharu membantu membentuk persepsi masyarakat menyokong parti tertentu, namun ia bukan penentu kemenangan, sebaliknya pelaksanaan dasar kerajaan yang akan menjadi kayu pengukur kejayaan.

"Dalam politik, media baharu membantu merapatkan pemimpin dengan rakyat agar dapat memberi respon dengan cepat termasuk menangkis tuduhan terhadap pemimpin serta menyebarkan mengenai polisi parti yang diwakili," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel program 'Radar Khas Siri 4′ bertajuk 'Perang Media Baru-Faktor Penentu PRU13′ anjuran Radio24 dan AntaraPos.com, sebuah portal berita televisyen swasta, di Wisma Bernama di sini, Khamis.

Turut serta dalam diskusi itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakar sains sosial yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Abdul Latif Bakar.

Tun Faisal berkata media baharu berupaya memberi impak tersendiri dalam memperkuatkan jentera sesebuah parti memandangkan Malaysia mencatatkan kira-kira 13 juta pengguna Facebook dan dua juta pengguna Twitter. "Kini ada banyak platform media baharu. Orang ramai tidak lagi bergantung pada informasi media konvensional seperti surat khabar mahupun berita 8 malam (media penyiaran) kerana semua maklumat berada di tapak tangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata 'cybertrooper', 'keyboardwarrior' dan blogger dari mana-mana parti yang menyebarkan berita palsu dan fitnah selain kebencian perlu dikenakan tindakan. Abdul Latif pula berkata garis panduan dan kawalan perlu dibuat terhadap media baharu agar tidak melanggar norma serta menggalakkan sikap negatif.

"Media baharu sekarang memainkan peranan penting meskipun tidak semestinya mempengaruhi masyarakat untuk membuang undi.

"Kini banyak cybertrooper dan blogger dalam media baharu yang tidak rasional dan menyebarkan aura negatif serta bertelagah…ia perlu kawalan agar tidak menjejaskan ketenteraman negara," katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi turut bersetuju bahawa media baharu bukan faktor penentu kejayaan pilihan raya umum tetapi berpendapat ia adalah medium yang boleh memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Beliau berkata masyarakat terutamanya golongan muda kini beralih ke media baharu kerana mahu melihat pandangan yang lebih seimbang.

– BERNAMA


on Thursday, July 19, 2012 


Program : Diskusi "Perang Media Baharu - Faktor Penentu PRU-13"
Tempat : Wisma Perdana
Tarikh : 19 Julai 2012
Anjuran : AntaraPos.com
Ahli Panel : 1) Tun Faisal Ismail Aziz (Pengerusi Unit Media Baru)
2) Nik Nazmi (ADUN Seri Setia, PKR)
3) Prof Datuk Dr. A. Latiff Bakar (GAPENA)


















FOTO : Harapan Esok
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...