tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video Penuh] Debat Fathul Bari vs Nasrudin Tantawi

Posted: 19 Jul 2012 05:30 PM PDT










Ulama Muda Umno: Politik persepsi adalah 'politik ala syaitan'


pada 19-07-2012 08:07 Ditulis Oleh Aidil Syukri Hamzah



Post Pic

SHAH ALAM: Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan cara sesetengah parti politik mempromosikan politik persepsi merupakan satu tindakan 'politik ala syaitan' yang tidak wajar diteruskan.

Menggariskan ciri-ciri pemimpin yang harus ditolak oleh anak muda menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang, Fathul mendakwa politik persepsi adalah satu amalan yang dimulakan oleh iblis ketika menghasut Nabi Adam dan isterinya Hawa sehingga dibuang daripada syurga dan dicampakkan ke bumi.

Beliau berkata demikian di dalam debat 'PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?' anjuran akhbar Sinar Harian hari ini.

"Pemimpin yang harus ditolak oleh anak muda ialah pemimpin yang seringkali menimbulkan suasana atau propaganda persepsi yang melontarkan pelbagai persepsi agar orang salah faham pada manusia lain.

"Jika sekiranya kita melontar persepsi yang menyebabkan berlakunya fitnah, ia dilarang di dalam Islam. Tidaklah masuk syurga orang yang melaga-lagakan sesama manusia," katanya.

Menurutnya lagi, antara ciri-ciri lain pemimpin yang patut ditolak oleh golongan muda adalah pemimpin yang seringkali menimbulkan huru-hara dan kacau-bilau.

Selain itu Fathul turut membangkitkan isu mengenai kecenderungan anak muda masa kini yang terlalu bergantung kepada media sosial, sesuatu yang menurutnya perlu dikawal.

"Apabila anak muda memiliki kuasa media sosial untuk sebarkan pandangan dan pendapat, mereka berhadapan dengan pemimpin yang menyebarkan propaganda persepsi di mana pandangan ini yang berlaku adakalanya tanpa fakta.

"Ini menyebabkan pertempuran di alam siber. Cacian, makian perkara-perkara mengaibkan pemimpin, dibongkar keaiban, adakah ini anak muda inginkan?

"Kita inginkan politik bersih, kita benci politik mengajar orang membenci orang lain," katanya.

Kata Fathul, daripada bertindak mengaibkan sesetengah pemimpin, masyarakat seharusnya mendoakan kebaikan terhadap pemimpin tersebut supaya diberikan hidayah dari Allah.

"Sewajarnya kita berdoa kebaikan pemimpin, memberikannya hidayah dari Allah. Kita perlu berusaha mendoakan kebaikan untuk pemimpin. Itu sikap anak muda yang perlu ditadbir urus," katanya.

Media Baru dan PRU13: Diskusi Meja Bulat Tun Faisal, YB Shuhaimi dan Hatta Wahari

Posted: 19 Jul 2012 01:39 PM PDT



Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan 
PRU13... @AntaraPos @TunFaisal



Hari ini bertempat di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam berlangsung satu diskusi meja bulat yang dianjurkan oleh portal Antarapos bertajuk "Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13".


Antara panel yang dijemput oleh portal Antarapos ialah Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Tun Faisal Ismail Aziz, ADUN Sri Muda yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan juga seorang ahli DAP Hatta Hawari. Manakal moderator adalah daripada Antarapos sendiri.
Topik yang dibincangkan agak menarik untuk dikupas namun moderator terlebih dahulu mengingatkan panel yang hadir bahawa diskusi meja bulat kali ini bukanlah pentas perdebatan tetapi lebih kepada perbincangan dan percambahan minda berkaitan topik yang diberi.


Dapat diperjelaskan di sini hampir ketiga-ketiga ahli panel bersetuju bahawa media baru berperanan dalam mempengaruhi pola dan corak pemikiran serta landskap politik terutama pengundi muda lebih-lebih lagi menjelang PRU13 yang akan datang.


Cuma sekarang perbezaan yang ketara penguasaan media media baru ini tidak lagi dikuasai serta dimonopoli sepenuhnya oleh pihak pembangkang seperti tahun 1999 ketika reformasi sedang hangat ketika itu dan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada tahu 2008. Ini kerana pihak kerajaan dan BN terutama peranan yang dimainkan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO sikit sebanyak telah mengimbangi kekuatan media baru pembangkang.


Ini diakui sendiri oleh ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie ketika ditanyakan soalan berkaitan oleh moderator. Menurut beliau, kemunculan secara mendadak pengamal media sama ada sebagai twiterian, facebooker atau pun blogger mula menenggelamkan kekuatan blogger pakatan sebelum ini.
Namun, Shuhaimi juga melahirkan rasa tidak selesa dengan kaedah yang digunapakai blogger-blogger Pro-BN yang dilihat banyak menggunakan bahasa yang kasar dan lucah dalam artikel yang dikeluarkan. Namun kenyataan ini kurang dipersetujui oleh Pengerusi UMB kerana menurut beliau templet yang digunapakai blogger Pro-BN adalah diwarisi daripada apa yang pernah dilakukan oleh blogger-blogger pembangkang sebelum ini seperti contoh penggunaan "Mahazalim" dan "Mahafiraun" terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.


Panelis ketiga pula, Hatta Hawari mencadangkan agar ditubuhkan "Majlis Media" seperti yang terdapat di negara India dan Indonesia agar dapat mengawalselia tindak-tanduk pengamal media sosial di negara ini. Namun, cadangan ini kurang dipersetujui oleh Tun Faisal dan Shuhaimi Shafie kerana mereka berpandangan dengan penubuhan Majlis Media ini kelak akan menyebabkan terjadinya sekatan kepada kebebasan menulis, bersuara dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati seseorang individu dalam memberi pandangan.


Kesimpulan daripada perbincangan ini hampir semua ahli panel bersetuju agar pengamal media baru lebih bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu perkara dan berharap rakyat Malaysia yang menjadi penerima maklumat agar lebih matang dan menyelidiki dahulu sebarang berita yang diterima.


Sekian, melaporkan dari lokasi terima kasih. - Kulaan Niring -
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


PANAS!! ADUN PKR SOKONG 'SPIN'?

dari kiri Amran Ahmad (Moderator AntaraPos), Tun Faisal (Pengerusi UMB),
Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda, PKR) dan  Hatta Wahari (Ahli DAP)

SHAH ALAM, 19 Julai - Satu sesi diskusi bertajuk "Peranan Media Baru Menjelang PRU ke-13" telah dianjurkan oleh Antara Pos bertempat di De Palma Hotel. 

Sesi diskusi yang dilangsungkan selama 2 jam tersebut telah mengupas peranan Media Baru menghadapi PRU 13.

Antara panel yang hadir Tun Faisal (Pengerusi Unit Media Baru), Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda, PKR) dan Hatta Wahari (bekas Presiden Kesatuan Wartawan sebagai ahli DAP).

Ketiga-tiga panelis telah bersepakat bahawa media baru sekarang ini berperanan sebagai cabang arus perdana di kawasan bandar. Media konvensional seperti surat khabar telah diakui penting bagi menyampaikan maklumat parti menyampaikan berita.

Tun Faisal berkata "masyarakat bandar sekarang ini tidak ramai yang bergantung kepada berita jam 8. Kehidupan mereka yang kian sibuk membataskan mereka untuk membaca surat khabar dan menonton buletin utama. Faktor ini memyebabkan mereka lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui telefon bimbit. Contohnya twitter, saya sendiri mengamalkan cara ini kerana segala maklumat terkini boleh diperolehi di twitter."

Dalam pada itu, ADUN PKR Seri Muda Shahzimi Shafie berkata "Saya tidak menafikan bahawa media baru ini punyai peranan yang amat besar dalam penentu kemenangan dalam PRU-13. Sebagai orang politik, kita tidak dapat lari dari 'spin' sesuatu berita. Ini lumrah ahli politik" Selanjutnya di http://www.putrajaya-online.com/2012/07/diskusi-peranan-media-baru-menjelang.html



Diskusi 'Peranan Media Baru Menjelang PRU ke-13'

dari kiri Amran Ahmad (Moderator AntaraPos), Tun Faisal (Pengerusi UMB),
Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda, PKR) dan  Hatta Wahari (Ahli DAP)

SHAH ALAM, 19 Julai - Satu sesi diskusi bertajuk "Peranan Media Baru Menjelang PRU ke-13" telah dianjurkan oleh Antara Pos bertempat di De Palma Hotel. 

Sesi diskusi yang dilangsungkan selama 2 jam tersebut telah mengupas peranan Media Baru menghadapi PRU 13.

Antara panel yang hadir Tun Faisal (Pengerusi Unit Media Baru), Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda, PKR) dan Hatta Wahari (bekas Presiden Kesatuan Wartawan sebagai ahli DAP).

Ketiga-tiga panelis telah bersepakat bahawa media baru sekarang ini berperanan sebagai cabang arus perdana di kawasan bandar. Media konvensional seperti surat khabar telah diakui penting bagi menyampaikan maklumat parti menyampaikan berita.

Tun Faisal berkata "masyarakat bandar sekarang ini tidak ramai yang bergantung kepada berita jam 8. Kehidupan mereka yang kian sibuk membataskan mereka untuk membaca surat khabar dan menonton buletin utama. Faktor ini memyebabkan mereka lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui telefon bimbit. Contohnya twitter, saya sendiri mengamalkan cara ini kerana segala maklumat terkini boleh diperolehi di twitter."

Dalam pada itu, ADUN PKR Seri Muda Shahzimi Shafie berkata "Saya tidak menafikan bahawa media baru ini punyai peranan yang amat besar dalam penentu kemenangan dalam PRU-13. Sebagai orang politik, kita tidak dapat lari dari 'spin' sesuatu berita. Ini lumrah ahli politik"

Hatta Wahari (ahli DAP), ketika ditanya mengenai kebebasan media "Ketika saya menjadi Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) saya dan ahli yang lain telah bersetuju mewujudkan kebebasan. media. Saya melaksanakan perkara ini kerana kepimpinan sebelum ini hanya memperjuangkan hak gaji wartawan sahaja. Berkenaan dengan blog yang menggunakan penulisan yang tidak senonoh, saya tidak kisah kerana mereka bebas meluahkan pendapat dan menulis, namun saya cadangkan kita perlu wujudkan Majlis Media Kebangsaan bagi memantau pergerakan pengamal media di Malaysia"



Ketiga-tiga panelis telah bersetuju bahawa Media Baru memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan pada PRU ke 13 ini. -KalamPena/PjO

Saham Felda : Siapa yang pergi Himpunan Oren munafiq ?

Posted: 19 Jul 2012 08:30 AM PDT





@mediaumno : MB KEDAH ARAH JUAL SAHAM FELDA 
PULAK DAH



Demi menjaga 'air muka' partinya, Dato' Seri Azizan Razak membuat kanyataan merelakan PKNK melepaskan 'tuah' dan membiarkan negeri kerugian.  

Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat, mahupun agama.   

Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah 'masalah teknikal' membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa.   Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya, membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah.  

Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri?

Bagaimana satu keputusan yang baik ditafsir sebagai 'masalah teknikal'?   

Sebenarnya, 'masalah' di sini bukan pembelian saham tersebut, tetapi Azizan itu sendiri.  

Azizan sendiri keliru atau mungkin terpinga-pinga apabila disoal mengenai perkara ini.  Ini dapat dilihat dalam jawapan beliau yang menyatakan bahawa keputusan PKNK itu tidak bercanggah dengan PR, sedangkan isu besar di sini ialah 'PR menentang keras penyenaraian Felda'.   Justeru bagaimana beliau dapat menjelaskan 'tiada pertentangan' antara keputusan PKNK dengan PR?  

Malah Azizan juga seolah-olah memberi jawapan tidak yakin dan tidak tegas bila menyatakan yang beliau "menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutnya termasuk untuk menjual saham tersebut."  Nampaknya Azizan tidak dapat atau tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan dan mengembalikan persoalan tersebut ke bahu PKNK.  Walhal, peneraju utama PKNK adalah beliau sendiri.  

Tidak mungkin PKNK tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan Pengerusinya dan tidak mungkin Pengerusi tidak diberitahu mengenai pembelian saham yang menjadi kontroversi.   Sebagai Pengerusi, Azizan sewajarnya duduk bersama Ketua Eksekutif PKNK sama-sama meneliti dan menganalisis saham FGVH sebelum membuat keputusan.  

Kita faham bahawa PKNK bukan satu-satunya organisasi yang dibawah tanggungjawab Azizan tetapi PKNK adalah organisasi paling  utama, atau nadi bagi negeri Kedah.  Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk terlepas pandang akan hal-hal yang melibatkan PKNK terutama yang membabitkan jumlah wang lebih RM2 juta.  Kita sedia maklum bahawa kewangan negeri Kedah berada di tahap kronik dan jumlah RM2 juta adalah besar bagi negeri tersebut.  

Apalah nasib negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.  Sudahlah tiada satu pun projek yang mampu menjana pendapatan negeri yang dapat dilaksanakan dan kini untuk melabur atau berniaga juga mendapat halangan.  

Sepatutnya, Azizan membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya, bukan partinya.  Rakyat memilih beliau untuk menjaga kebajikan mereka dan juga mentadbir negeri, bukannya parti.  Justeru, beliau wajar memikirkan semasak-masaknya kepentingan siapa yang perlu diutamakan.  Dengan meletakkan kepentingan politik mendahului rakyat dan negeri, serta meletakkan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain, maka Azizan telah dengan sendirinya menunjukkan yang beliau tidak layak duduk di kerusi Pengerui PKNK mahupun kerusi Menteri Besar. 

Lagi artikel berkaitan isu FELDA dan penipuan PAS : DISINI 

Masyuuuuk - RM2500 sekali ceramah? Pasal agama atau pasal duit? Patutla ligat dalam Pas

Posted: 19 Jul 2012 06:01 AM PDT



Selebriti PAS Dibayar Tinggi ?

Mynewshub – Sejak kebelakangan ini begitu ramai artis yang mula melibatkan diri dalam bidang politik tidak kira pro atau anti-kerajaan.
Namun, rata-rata selebriti yang memilih untuk menyertai Pas adalah dengan alasan ingin berhijrah.
Ya, itu menjadi hak serta prinsip masing-masing. Tidak menjadi satu kesalahan mahupun satu pertikaian.
Cuma apa yang ditulis seorang blogger pro-pembangkang ini agak menarik untuk diperkatakan
entrynya di http://orangni.blogspot.com/2012/07/artis-wanita-sekali-ceramah-rm2500apa.html mempertikaikan kewajaran penganjur yang sanggup membayar RM2,500 setiap kali artis wanita 'itu' memberi ceramah Pas walaupun artis itu belum menyerahkan borang keahlian parti.
Kalau benar dakwaan itu, penulis rasa pelik juga bagaimana pihak penganjur sanggup membayar lebih kepada artis yang baru berjinak dalam bidang politik sedangkan pejuang-pejuang parti yang begitu lama menegakkan prinsip parti kadang-kala hanya diberi saguhati apabila naik ke pentas ceramah.
Kita buat pengiraan mudah. Jika setiap kali ceramah dibayar RM2,500 dan sebulan artis itu menyertai 10 ceramah, dia akan dibayar RM25,000. Itu jika 10 kali dalam sebulan, jika lebih?
Mungkin ini sekadar khabar angin, namun jika ia benar, apakah nasib mereka yang sudah 'veteran' memperjuangkan prinsip parti?
Tidak hairan apabila ada suara-suara di dalam parti itu yang mempertikaikan isu ini.
Isu ini sesuai dengan ungkapan 'Kera DiHutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan'.
Bagi penulis, seperti tidak adil jika penceramah veteran yang sudah lama memperjuangkan parti menerima hadiah atau bayaran yang sedikit berbanding mereka yang baru menyertai politik dan sudah beraksi 'ghairah' di pentas ceramah menerima bayaran yang lebih mahal atas tiket 'selebriti'.
Namun, yang masih menjadi persoalan, adakah artis-artis itu mahu benar-benar berubah kerana dirinya dan agama, atau kerana parti ataupun mengejar bayaran yang tinggi setiap kali memberi ceramah.
Apa kata anda?



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...