tun faisal dot com |
- #HukumIslam : Pas tidak mampu laksana 20% pun daripada apa yang UMNO telah laksanakan
- #JanjiDitepati - PR lu simpanlah RM1.9 bilion #saveSgor
- Skandal pemimpin PR main bilion-bilion je - Anwar RM 3b, Khalid RM 1b? #saveSgor
| #HukumIslam : Pas tidak mampu laksana 20% pun daripada apa yang UMNO telah laksanakan Posted: 04 Jul 2012 07:30 PM PDT Secara mudahnya, perjuangan UMNO disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Dalam perjuangan UMNO, Islam tidak pernah sekali-kali dipinggirkan malah diletakkan sebagai perkara pertama. Cuma berbeza dengan tafsiran dan pendekatan ektremis, UMNO tidak obses untuk melaksanakan hudud dan mengkafirkan pemerintah yang tidak melaksanakannya, sebaliknya UMNO mengambil pendekatan yang lebih praktikal, sederhana dan pertengahan, iaitu dengan memberi keutamaan ke atas perkara-perkara yang lebih utama. Disebabkan itu, dalam perjuangan memerdekakan negara, UMNO telah memastikan agar kedudukan dan keistimewaan Islam ditentukan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Agama Persekutuan. Ini kemudiannya telah diperincikan lagi dalam bentuk dasar-dasar dan dilaksanakan dalam pelbagai bidang sesuai dengan pengertian Islam sebagai ad-din, iaitu suatu cara hidup yang lengkap. Dari segi sejarah, UMNO mempunyai track record yang jauh lebih baik daripada PAS yang di dalam menegakkan hukum-hukum Islam dalam pelbagai aspek. Ini sesuai dengan tuntutan tanggung jawab kekhalifahan yang diletakkan di atas bahu setiap umat Islam, iaitu untuk memakmurkan dunia dan memlihara agama. Hukum-hukum Allah swt ini telah ditegakkan dengan sebaik mungkin di dalam lima bidang utama, iaitu dlm bidang aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah. Usaha memastikan hukum aqidah terlaksana, iaitu agar umat Islam di Malaysia mempunyai aqidah yang jelas dimulakan melalui pendidikan. Bezakan orang Melayu dahulu dgn orang Melayu sekarang. Sewaktu zaman P. Ramlee membuat filem, digambarkan terdapat orang Melayu yang memuja mambang untuk menuntut ilmu persilatan. Hari ini bab pendidikan Islam dimasukkan dalam pendidikan formal dan tidak formal, bermula di peringkat tadika, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah - sekolah menengah biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, di kolej-kolej, Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Tidak cukup menghantar anak-anak Melayu di IPT dalam negara, mereka juga diajar untuk mendalami pelbagai aspek ilmu agama di luar negara. Dengan kedudukan dan keistimewaan Islam yang ditentukan dengan jelas dalam perlembagaan, pemimpin UMNO yg terdahulu telah mengembangkannya dalam bidang-bidang hukum yang lain, misalnya ibadah. Melalui pendidikan kita belajar setiap syarat dan rukun agar ibadah kita dilakukan secara betul. Selain diajar untuk beribadah secara betul, kita juga diberikan infrastruktur dan keyakinan untuk beribadah dengan selesa melalui pembinaan begitu banyak masjid dan surau. Masjid ini dibantu pula dari aspek penyelenggaraan, utiliti dan elaun imam dan pentadbiran. Di kawasan tertentu disyaratkan pula pembinaan surau dan masjid taman dan blok perumahan. Manakala majikan juga dikehendaki memberi ruang kepada umat islam untuk menunaikan solat Jumaat. Selain dari aspek peraturan dan pentadbiran, begitu banyak aktiviti dan program juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan syiar Islam ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dalam bidang hukum munakahat pula, kita mempunyai Enakmen Keluarga Islam dan Institusi Mahkamah Syariah yang diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di dunia. Biarpun ada kelemahan di sana sini termasuk dari aspek perbezaan pelaksanaan di negeri-negeri, namun ia adalah sangat tersusun dan jauh lebih sistematik berbanding negara-negara lain. Dalam bidang hukum muamalat; melalui pendidikan, begitu ramai bijak pandai dalam pendidikan Islam dan pelbagai bidang ilmu lain yang telah kita lahirkan. Dalam kalangan mereka ini, bukan sahaja pakar ilmu Bahasa Arab, al-Quran dan Hadis, Feqah dan Usuluddin sahaja, tetapi juga mereka yg mampu menjadi pakar-pakar yg boleh menterjemahkan dasar hukum Islam ke dalam instrumen kewangan (bermula dgn perbankan, takaful, unit amanah, pajak gadai, sukuk dan sebagainya), yang telah dimulakan di zaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan sekarang sudah menguasai nilai pasaran yang besar dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Dalam bidang hukum jenayah pula yang terbahagi kpd tiga kategori, iaitu pertama, takzir, kedua - qisas dan ketiga hudud. Setidak-tidaknya kita telah melaksanakan dalam bentuk undang-undang takzir, yang dari secara asasnya melindungi hak-hak individu dan pada waktu yang sama turut memberi keutamaan kepada hak masyarakat terbanyak dan berusaha memelihara masalahat ummah dalam banyak keadaan. Semuanya bermula dengan kedudukan Islam itu diperuntukkan dengan jelas di dalam perlembagaan sebagai Agama Persekutuan; yang secara jelasnya menolak kesimpulan negara ini adalah sebuah negara sekular dan yang selebihnya berkembang dari situ berdasarkan kesungguhan dan kebijaksanaan politik semasa bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa tidak terjejas dan negara terjerumus ke dalam fitnah yang berterusan. Sesungguhnya berdasarkan track record yang ada, UMNO adalah jauh lebih berjasa di dalam memenuhi tuntutan kekhalifahan, iaitu memakmurkan dunia dan memelihara agama, berbanding parti yang berjenama Islam; yang terlalu obses untuk melaksanakan hudud (yang menurut mereka sendiri hanya merupakan 0.0001 peratus sahaja daripada keluasan hukum Allah swt) tetapi gagal melaksanakan banyak perkara termasuklah membina sebuah masjid. |
| #JanjiDitepati - PR lu simpanlah RM1.9 bilion #saveSgor Posted: 04 Jul 2012 02:01 PM PDT ![]() Senang jadi kerajaan PR - tak perlu ada idea membangunkan negeri, sebab hanya mewarisi kebijaksanaan BN dan kemakmuran yang BN bawa sebelum ini; buat janji masa Pilihan Raya tapi tak perlu tunaikan untuk jimatkan duit, jual aset untuk kaburi mata rakyat nak bagi nampak seolah-olah akaun cantik, tak perlu laksanakan projek pembangunan, pembaikan jalan, sistem kutipan sampah yang efisien sebab nak simpan duit tu dalam akaun. Adakah RM1.9 b ini akan di bawa ke kubur atau akan diguna untuk merasuah pengundi masa Pilihan Raya akan datang? 4 tahun tiada perubahan yang nyata dan janji-janji masih banyak yang belum ditunaikan! Lagi mau pilih kerajaan macam ni? Ubah sekarang! |
| Skandal pemimpin PR main bilion-bilion je - Anwar RM 3b, Khalid RM 1b? #saveSgor Posted: 03 Jul 2012 11:00 PM PDT ![]() Selepas 2 Tahun Mana Kertas Putih Hutang Talam Wahai MB Selangor?Ini salah satu janji manis Kerajaan Pakatan Haram Selangor, khasnya Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim: 13/7/2010 - Selangor akan menyediakan satu kertas putih berkaitan kutipan hutang berjumlah RM392 juta daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation menjelang hujung tahun ini - MB Selangor. Selepas 2 tahun ... 3/7/2012 - Kerajaan Negeri akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang TALAM sebagai lampiran dalam Bajet 2013 - MB Selangor. Sebagai pembayar cukai pintu, cukai tanah dan cukai pendapatan di negeri Selangor, CTS mendesak janji manis Menteri Besar Selangor untuk mengotakan janjinya menyediakan dengan segera satu kertas putih kutipan hutang berjumlah RM392 juta daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation. Rakyat Selangor perlu tahu sepenuhnya penyelewengan ini. Jangan berdalih dan jangan tergagap-gagap memberi alasan lagi. Selangor's Super RM 1 Billion Deal Fiasco and Super Crony! Tan Sri Chan Ah Chye & Tan Sri Khalid Ibrahim Incredible and shocking! Tan Sri Khalid Ibrahim – you are truly brilliant. Talam Corporation Bhd belonging to Tan Sri Chan Ah Chye owes the Selangor state RM392 million but through your sheer brilliance, you now owe your Super Crony Tan Sri Chan Ah Chye! What is your special relationship with this well-known Super Hypocrite with a record of fleecing ordinary house buyers? This self-professed Born Again Christian has stolen the life savings of thousands of low income Selangor people. But you, of course, chose to work with this Super Crony. How else can you explain that the RM392millon he "hutang" the state has now become RM1 billion – the only difference is that the state now "hutang" him and not the other way around! This reverse has happened in a cleverly orchestrated move in what can only be described as the corporate cheat of the century. The three GLSs are Universiti Selangor and Permodalan Negeri Selangor Bhd a total of RM277 million, and SAP Holdings Bhd (RM115mil), a subsidiary of Kumpulan Hartanah Selangor, but they have not got a single sen from Chan Ah Chye. You tell the bloody fools who voted the PR government into power that Unisel has no money and needs to sell off its assets! They of course believe everything you tell them. This portal has long heard stories of deals involving land transactions which have brought millions of ringgit to Khalid Ibrahim and Chan Ah Chye. We have been informed that the Mentri Besar had used some of this dirty money to buy a bungalow costing millions of pounds in a prestigious and affluent part of Central London. We challenged the MB to deny or refute this! Super Crony Chan Ah Chye meanwhile has tried to transform himself into a Super Holier- Than- Thou man, changing his once bankrupt company to become Trinity Corporation Bhd! It is time the Malaysia Anti-Corruption Agency, the Securities Commission and the Bursa Malaysia come in to investigate these allegations brought up by MCA leader Chua Tee Yong as it involves the money of ordinary shareholders, who have shares from these GLCS, some of which are public listed. This scandal is more shocking as Selangor Economic Advisor is Anwar Ibrahim. Will he now tell us he is in the dark as he was busy having sex with a China Dog or banging a masseur in Bangkok or sodomising his many Pretty Boys? DAP leaders including Teresa Kok and that Triad Leader Ronnie Liu must also take the rap too as they were involved in approving the Supplementary budget, approving a grant of RM392 million to Mentri Besar Incorporated on Nov 9, 2009. Or they were so stupid they didn't even know what they had approved? Was Hannah Yeoh too busy fiddling with her Facebook? There are 13 DAP goons inside there. |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.


No comments:
Post a Comment