Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


GEMPAR!! PKR Akan Hilang 16 Kerusi Penting Pada PRU ke 13 kelak??

Posted: 31 Jul 2012 08:13 AM PDT


Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sungai. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Kolej TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata 'malu menjadi Melayu'. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi 'membela Melayu' ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal 'Melayu' sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1. 'working class' yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2. 'golongan muda' yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun.

3. 'pengundi India' yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap 'diberi muka' sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa 'kem' dan peningkatan rasa curiga serta 'dingin' di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

Pemuda UMNO Langkawi

PANASS AIHH!! Bulan Puasa Pun Pas dok Cuba Curi Balak Lagi?? #TukarKedah

Posted: 31 Jul 2012 05:40 AM PDT


Pada 20 Julai lalu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan agar aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Baling dihentikan serta merta oleh Kerajaan PAS Kedah. Rujuk di sini.

Namun, menurut tinjauan rakan TMK, Kamera Kupang, dia menjelaskan bahawa aktiviti-aktiviti pembalakan masih belaku di kawasan Hutan Simpan Kekal Gunung Inas. Cuma kali ini, kontraktor yang dilantik untuk merompak balak tu gunakan cara lain...


Menurut hasil tinjauan dan fakta dari orang kampung di kaki Gunung Inas, serta penjelasan dari "taiko-taiko" balak di situ, mereka menebang balak dan membiarkan balak yang ditebang tidak diangkut seperti biasa di tempat simpanan balak biasa.






Balak-balak tersebut dibiarkan sehingga seolah-olah telah lama ditebang dan setelah lori balak sedia, barulah ia diangkut untuk diletakkan terus di atas lori dan dibawa keluar dari kawasan itu...

Kamera Kupang yang turun padang pada bulan puasa baru-baru ini merakamkan bukti bahawa aktiviti pembalakan masih berlaku di situ meskipun lesen pembalakan di compartment itu telah tamat tempoh dan notis menghentikan aktiviti balak telah diberikan.

Nampaknya, PMBKed telah melanggar peraturan, undang-undang dan arahan pihak berkuasa.


Saya juga mendapat maklumat bahawa pihak Jabatan Hutan Negeri yang cuba memantau ketat aktiviti pembalakan di situ telah mendapat tekanan dari pihak tertentu. Siapakah yang mengancam penguatkuasa yang menjaga sumber alam tersebut?

Seperkara lagi, apakah usaha yang dibuat oleh MB Kedah, Azizan Razak dan apakah jawapan dari Setpolnya, Sanusi Md Mor mengenai pencabulan notis larangan tersebut. Apakah PMBKed punya sebarang jawapan mengenai kedegilan ini dan terus merompak hasil hutan Kedah?

Jawab brooo...!!! Jawabbbbb..!!!

DUKE OF UMNO

MAKK AII!! Misteri Video UFO Datang Ke Malaysia??

Posted: 31 Jul 2012 02:13 AM PDT



Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai.

Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam.

Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.

Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya.



Sehari kemudian, pada 15 Julai, dia telah memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan ia telah dilihat oleh sekurang-kurang 1,000 pengunjung sehingga kini.

"Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami perkatama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.

"Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John, 29.

Dia turut menolak kemungkinan ia merupakan fenomena tersebut satu permainan.

"Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya.

Bagaimanapun, seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung.

Ketika dihubungi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut.

"Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin," kata Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari.

Bagaimanapun, beliau agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi

"Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan fenomena sebegitu. Ia terjadi sekali sekala," katanya.
Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku.

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.

Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan.-Mstar

TUDIAA!! Lawak Ehh.. Masih Ada Rakyat Malaysia yang Tak Reti Mengeja Nama Negara Sendiri!!

Posted: 30 Jul 2012 11:13 PM PDT


Agak menyedihkan apabila masih ada rakyat Malaysia yang tak tahu nak mengeja nama negara sendiri dengan betul. Sedangkan kita dah lama Merdeka.

Mereka ini mengaku diri rakyat Malaysia dan ada hati nak jadi pemerintah di Malaysia. Namun nak cakap bahasa kebangsaan pun terbelit-belit, apatah lagi menulis, lagi la lingkup.

Ha ha ha.. kat mana nak cari negara MALAYAIA? Bodoh sungguh puak Dap ni.


McTheory:
Rakyat Malaysia yang tak jiwa Malaysia.

TUDIAA!! Ahli Pas Undi UMNO Jika Mat Sabu Calon Parlimen Pendang!! #TukarKedah

Posted: 30 Jul 2012 09:26 PM PDT

risalah anti Mat Sabu disebarkan..
Surat terbuka ni Mc ambil dari SINI

Nampaknya penentangan penyokong Pas Pendang terhadap Mat Sabu mendapat sokongan meluas dari ahli Pas tempatan. Malah surat terbuka terhadap pentadbiran Pas pusat dan Kedah membuktikan bahawa, Parlimen Pendang akan kalah jika Pas meletakkan calon Mat Sabu sebagai ahli parlimen di Pendang.

Mc sebagai penyokong tegar UMNO semestinya mahu Mat Sabu menjadi calon di Pendang. Kalau Mat Sabu calon di Pendang, tentunya harapan untuk melihat UMNO merampas kembali Parlimen Pendang lebih terbuka luas.



McTheory:
Kami sokong Mat Sabu calon di Pendang!! he he..

PANASS!! Mahfuz Omar Puji Najib Razak Baguih Katanya!! cc @NajibRazak @MahfuzOmar

Posted: 30 Jul 2012 06:33 PM PDT


Kisah Mahfuz Omar puji DS Najib ni sebenarnya diceritakan sendiri oleh Ketua Pemuda Pokok Sena, Haris Che Mat. Kata beliau, Mahfuz pernah mengajak beliau berbincang mengenai politik di Kedai kopi, dengan tingkah laku beliau tu, nampak sangat Mahfuz berhasrat menjadi hero dikalangan pelanggan yang ada di kedai terbabit. Majoriti pelanggan di kedai tersebut pun majoritinya orang Pas. Biasa la orang Pas memang suka lepak kedai kopi malas bekerja.

Nak dijadikan cerita, Haris pun menerima pelawaan Mahfuz yang dipanggil beliau Abang Haji.

Mahfuz pun memulakan bicara,

"Haris, aku tengok Najib ni baguih, pentadbiran dia pun baguih, orangnya pun baguih, ideanya pun baguih, tapi apa yang tak baguihnya ialah, isterinya tak pakai tudung. Itu yang paling tak baguih. Islam kot mana kalau tak pakai tudung" kata Mahfuz sambil disambut gelak tawa oleh penyokongnya.

Haris membalas hujah sambil memegang cakap Mahfuz yang DS Najib baik dari segala segi.

"Abang Haji cakap Najib ni baguih, pentadbiran dia pun baguih, orangnya pun baguih, ideanya pun baguih, tapi apa yang tak baguihnya ialah isterinya tak pakai tudung" sambil mengulang ayat Mahfuz yang awal tadi.

"Biasa la Abang Haji, takdak manusia yang sempurna di dalam dunia ni. Lagi pun soal tudung tu kan peribadi isterinya, buat apa kita masuk campur hal tu? Bukankah lebih baik kita fokuskan kepada pentadbiran negara saja"

"Kalau nak diikutkan masalah peribadi, Ketua pembangkang lebih banyak masalah, namun Anwar tetap pilihan sebagai Ketua Pembangkang, kerana apa? Kerana dalam Pakatan pembangkang, Anwar paling bagus diantara semua. sebab itu masalah peribadinya ditolak mentah-mentah oleh puak Pakatan lain" sambung Haris lagi.

"Sama juga dengan DS Najib, Abang Haji sendiri mengakui Najib bagus dalam serba serbi, mungkin soal tudung orang nampak beliau tak ambil berat. Belakang kita siapa tahu, amal yang dilakukan oleh isteri beliau telah menutup kesalahannya". kata-kata Haris menyebabkan Mahfuz dan penyokongnya terdiam.

Cukup sampai situ..

Betul cakap Haris Che Mat. Manusia bukan semua sempurna. Hanya Allah SWT yang serba serbi sempurna. Cerita ni Mc bawa, sebab Mc nak tunjuk kepada semua pembaca, bahawa Mahfuz, Ahli Parlimen yang paling bising dalam Parlimen pun kata DS Najib ni baguihh.

Selalunya dia Mahfuz cuma tahu komplain, namun didalam hati dan sanubarinya.. Mahfuz Omar akui bahawa Datuk Seri Najib Razak memang Perdana Menteri yang tersangat Baguihhh pentadbiranya.


McTheory:
Hangpa tak percaya? pi tanya Mahfuz sendiri la.. he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...