Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TAHNIAHH!! Abby Abadi Akhirnya Jadi Jugak Masuk Pas!!

Posted: 20 Jul 2012 08:15 AM PDT




Nampaknya Abby Abadi akan mendapat tempat tiket first flight ke Syoorga Nik Aziz.. Tahniah kepada Abby kerana akhirnya berani menunjukkan rupa yang sebenar. Dari berpura-pura, baik mengaku sahaja bahawa nak masuk Pas.

Sejak bertudung ni, Abby selalu bersuara dalam twitternya mengenai aurat bertudung. Tapi Mc nampak bulu keningnya masih lagi dicukur.. tu nak kira macam mana tu? he he..



McTheory:
Boleh ke cukur bulu kening.. cuba jawab sikit Cik Abby Abadi!!

TUDIAA!! CEO PKNK Kena Kerat Dengan Azizan?? #TukarKedah

Posted: 20 Jul 2012 05:37 AM PDT


Y.Bhg Dato' Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.

Dato' Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pembangkang. Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan Pakatan Rakyat.

Mazlan Aliman, yang menjadi 'juara' isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.

PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH. Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil. Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya. Justeru, tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar. Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.

Dato' Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur, keliru dan 'kosong', cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.

Jelas, beliau yang merupakan Pengerusi PKNK, telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab, seperti biasa. Oleh yang demikian, kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato' Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PKNK.

Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato' Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi, tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK. Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah.

Dato' Abdul Rahman adalah 'orang lama' dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan. Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University, USA dan University Malaya, beliau adalah antara 'beberapa kerat' pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa, berdedikasi dan berkelayakan.

Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah, pelaburan, pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara, Bina Darulaman, KTPC, KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi, beliau merupakan aset penting, bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah.

Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau, cadangan membeli saham FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak. Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu.

Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut.

Nampaknya, segala pengalaman dan ilmu Dato' Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya. Dato' Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS.

Jika ini berlaku, maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato' Abdul Rahman. Namun, semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS, asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti. Jika tindakan mereka merugikan rakyat, negeri atau negara, ia bukanlah masalah bagi mereka. - bb

GEMPAR!! Benarkah Ning Baizura Sertai Pas??

Posted: 20 Jul 2012 02:13 AM PDT



SELEBRITI menyertai parti politik bagaikan sebuah isu semakin hangat diperkatakan hari ini. Bermula dari pengakuan terbuka oleh Abby Abadi dan Hairie Othman, ramai lagi artis yang didakwa akan menyertai PAS sepertimana didakwa oleh barisan kepimpinannya.

Namun penyanyi popular Ning Baizura menyelar secara terbuka di laman sosial Twitter 'fitnah' yang dilemparkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengaitkan dirinya dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam tersebut.



Foto Ning Baizura memakai tudung juga disebarkan bagi menguatkan khabar angin itu. Ning Baizura secara tegas menafikan berita tersebut dan melarang sesiapapun mengeksploitasikan dirinya untuk kepentingan politik mereka.


Sumber PJO

TUDIAA!! Terima Kasih Kerajaan Negeri Kedah, Pasukan Bola Sepak Kembali Ke Liga Perdana!!

Posted: 19 Jul 2012 11:33 PM PDT



Pasukan Kedah kalah lagi.. nampaknya Kedah kembali ke Liga Perdana, iaitu Liga bawah daripada Liga Super.. percapaian paling teruk setelah beberapa tahun tidak pernah mencatatkan sebarang kejayaan.

Mc mengucapkan tahniah kepada Pengurusan Pasukan Kedah, Kerajaan Negeri dan semua yang terlibat dengan KFA. Nama Pasukan Kedah yang digeruni sebagai lagenda bola sepak terhakis disebabkan politik dalam pasukan bola.

Beri kuasa kepada orang yang tidak pandai mentadbir, seolah-olah kita memberi bunga kepada seekor beruk. Tentunya rosak bunga yang cantik itu dikerjakan..  ucapan tahniah juga kepada rakyat Kedah yang memilih Pas sebagai kerajaan negeri.. inilah hasil paling baik dan paling kagum yang kita boleh nampak.. Senang cerita TAHNIAH LA SEMUAA!!


McTheory:
Yang baik semuanya datang dari Allah, yang buruk tentunya datang dari Pas Kedah!!

PANASS!! Debat Fathul Bari VS Tantawi, Orang Pas bagaikan beruk dalam majlis!!

Posted: 19 Jul 2012 08:15 PM PDT


Komen: Yang mengaku bawa Islam ni PAS. Tapi bila time debat ni tak nampak pun PAS Islamic. Nampak sama je liberal macam parti lain.

Tahniah kepada UFB yang masih mengekalkan hujah ilmiah dan lebih Islamic daripada PAS walaupun kerap di"provoke" oleh penonton yang tak bertamadun daripada PAS.

PAS dan pengikut dia masih di takuk lama. Ingat sudah berubah. Tapi sayang masih begitu juga. Baik ceramah, baik forum, baik debat atau apa sahaja aktiviti yang mereka buat, masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Terpekik terlolong macam orang dalam tanjung rambutan ^__^

Sambil terpekik, mereka bergelak ketawa semasa program sedang berlangsung. Ditegur oleh staff yang bertugas pun mereka masih begitu. Bila ramai semua tunjuk hero. Macam budak sekolah rendah.

Yang peliknya orang terdekat Ustaz Nasaruddin pun terpekik terlolong dibelakang semasa program berlangsung. Adakah ini sememangnya modus operandi mereka..?? Atau mereka memang lahir sebegitu rupa kurang adab majlisnya..?? ^__^

Sumber Abu Aqif



McTheory:
Beruk dengan orang Pas ni.. lebih kurang sama saja perangainya..

TUDIAA!! Leman Lembu Raja Lawak Di Rayu 'YB' UMNO?!!

Posted: 19 Jul 2012 05:15 PM PDT



Sedang Mc mencari video-video Leman Lembu raja lawak yang maknya pengurut batin batang lelaki di Kampung Janing, Padang Terap. Mc terjumpa video ini.. amboii laa Leman lembu popular sungguh la hang lani noo.. sampaikan ada YB UMNO yang pujuk rayu hang macam tu sekali untuk join program.

Wahai Leman lembu, Mc dan orang Padang Terap kenai sangat hang ni sapa.. masuk raja lawak pun kena tendang awal. Lepas raja lawak hari tu, hang mana ada kerja. Dok rumah memotong saja. Bukan kata show, program apa pun tak pernah orang panggil hang.

Sebab tu hang masuk Pas. Kalau hang tak masuk Pas, takdak sapa pernah ajak hang join program UMNO pun. Bukan Mc taktau sebab apa hang masuk Pas? Orang lain boleh la hang tipu, dengan orang Kedah dan orang kampung hang. Muka hang nak letak mana?

Sudah-sudah la menipu dan berlakon tu Leman. Jika perkara ini benar, sila dedahkan nama YB yang pujuk rayu hang bagai nak gila tu. Sebab takdak orang gila yang sanggup pujuk rayu manusia yang tak popular macam hang ni. Kalau ada, mesti YB tu sawan atau sakit jiwa.

Senang cakap macam ni la, Sapa yang percaya dengan lakonan hang ni, memang orang tu bodoh tahap gaban laa.. he he..


McTheory:
Hang masuk Pas memang sesuai, sebab memang itulah standard yang hang ada pun.. he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...