Kedah Ke KL - MctHeory |
- GEMPAR!! Bapa Uncle Seekers Pejuang SYIAH??!
- PANASS!! Pembelian Saham PKNK, Mahfuz Omar Salahkan UMNO!!
- PANASS!! Anak Yatim yang di CABUL Warden Mahu terus ke Sekolah!!
- TUDIAA!! MB Kedah Di KECAM Oleh Blogger Puak Pakatan!!
GEMPAR!! Bapa Uncle Seekers Pejuang SYIAH??! Posted: 17 Jul 2012 01:12 AM PDT
Adakah Syed Hussein al-attas seoarang beragama SYIAH SESAT..?? - Beliau selalunya lebih mesra dipanggil sebagai Pak Habib.... - Bapa kepada Uncle Seekers (Syed Abdullah al-attas) yang menjadi hang jebat moden baru2 ini. - Di dalam blog, beliau mengaku mewarisi Tariqat alawiyyin Rujuk: http://shalattas.blogspot.com/ - Merupakan seorang penulis buku politik yang popular - Antara buku2 yang pernah ditulis oleh beliau ialah: - Hantu Bukit Cina (1985) - Musa Derhaka (1986) - Siapa Lawan Siapa ? (Challenger) (1987) - Revolusi Istana dan Rakyat (1989) - Talqin Untuk UMNO (1988) - Kabinet April Fool - Mahathir Di Ambang Senja 1999 Saya tidak mahu membincangkan tentang pendirian beliau berkenaan politik.walaupun beliau lebih terkenal diantara pemikir2 politik yang bebas dalam menghentam parti pemerintah dan parti pembangkang di Malaysia. Saya lebih berminat melihat beliau dari sisi akidah yang dibawa dalam penulisan2nya. Kerana disebalik semua ini ada sesuatu yg meragukan tentang akidah beliau. Mari kita baca tulisan2 beliau yang agak aneh:
"Akibat kegagalan saudara-saudara menjalankan amanah Allah, akibat terlalu mementingkan diri dan keluarga serta puak-puak sendiri, akibat cinta dunia dan takut mati telah memberi gambaran kepada umat Islam, bahawa raja-raja yang berketurunan Islam di seluruh dunia Cuma boleh bermegah-megah, disebabkan mereka terkenal sebagai orang-orang yang terkaya di dunia sedangkan jutaan muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk dunia hidup dalam keadaan sengsara. Kemiskinan dan kebuluran telah meragut nyawa dan iman mereka. Inilah kesinambungan Muawiyahisme yang bermula dari Firaunisme. Fikirkan bezanya keadaan hari ini dengan zaman Muawiyah menjadi raja dahulu? Dan Abu Hurairah menjadi 'ulamanya'. Alhamdulillah umat Islam sudah bangkit dari tidur yang lebih lama dari peristiwa pemuda yang tidur di gua Al-Kaffe. Pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh raja Arab Saudi dan Kuwait sambil bersekongkol dengan Amerika, akibat kekebalan yang ada pada mereka, Tuanku-Tuanku patut nasihat dan suruh mereka buang kekebalan itu sama." "Muawiyah adalah orang yang mengaku sahabat Rasulullah SAW dalam masa yang sama telah melantik dirinya raja dan dengan menggunakan kuasa pedang memaksa rakyat menerima anaknya, Yazid sebagai Tengku Makhkota. Pembunuhan dan penjenayah telah cuba mematikan Islam dengan menggunakan 'kuasa kekebalan yang ada pada mereka' adalah raja yang pertama dalam sejarah Islam yang menghapuskan sistem Khalifah. Keluarga Muawiyah yang telah membunuh hampir semua anak cucu Rasulullah SAW di karbala pada 10 Muharram, Hari Asyura." "Firaun berlawan dengan Nabi Musa a.s. adalah sebaik-baik teladan yang boleh kita pelajari dari Al-Quran. Begitu juga contoh terbaru dari Iran dimana Almarhum Imam Ayatullah Rohullah Khomeini, pemimpin agung Islam (Shiah) berjaya menjatuhkan raja segala raja yang dibantu oleh kuasa-kuasa besar dunia, kini Iran menjadi Negara Islam yang maju terutama dibidang ilmu yang telah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah." Rujuk tulisan penuh di sini: http://shalattas.blogspot.com/2012/06/surat-terbuka-sh-alattas-untuk-raja.html "Dalam dunia cuma ada dua jenis manusia dari keturunan Adam, sama ada DNAnya dari Habil atau Kabil. Ibrahim atau Namrud. Sama ada Musa a.s. atau Firaun yang mengaku Tuhan. Tuhan memilih bangsa Arab untuk jadi Nabi terakhir. Kaum Quraish terbahagi kepada dua kabilah Bani Hasyim atau Umaiyah, Muhammad SAW atau Abu Suffian, Ali atau Muawiyah, Husin atau Yazid yang cuba membunuh dengan kejam seluruh keluarga Nabi SAW di peristiwa Karbala. Dengan seorang saja yang hidup Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad, jutaan keluarga Rasulullah SAW hidup diseluruh dunia dan terus mengembangkan Islam. Apa jadi pada keluarga Muawiyah?" "Demi cinta, kasihnya pada Rasulullah SAW berapa ramai pemimpin Islam yang seberani Almarhum Khomeini yang tidak akan membiarkan siapa saja menghina Muhammad SAW kekasih Allah yang membawa rahmat bagi sekian alam? 'Syiah' dibenci dan dianggap kafir oleh kelompok pro dajjal akibat mereka tak mengerti kenapa Ali dan keluarga ahlul bait Rasulullah SAW disayangi oleh mazhab Syiah yang diiktiraf oleh Sheikh al-Azhar. Inilah kelemahan umat Islam, kemiskinan spiritual dan kurangnya ilmu akibat tidak mahu membaca." Tulisan penuh boleh rujuk disini: http://shalattas.blogspot.com/2010/07/shalattas-59-tuhan-seks-politik-2010.html Syed Hussein al-attas sebelum ini pun memang terkenal dengan kesanggupan membela anak2 hasil nikah Mut'ah Abu talib Harun… sila rujuk : http://www.scribd.com/doc/24694453/Keturunan-Al-Attas-dan-Syiah Membenci sahabat nabi seperti Muawiyah bin Abu Sufian tetapi mengangkat ulama syiah seperti Khomeini.....malah mengamalkan satu jenis tariqat yang bernama tariqat alawiyyin.... Renung-renungkan.. Sumber asal dari Abu Aqif. Tulisan merah adalah petikan dari tulisan Syed Hussien. Mc harap, pembaca faham apa yang tersirat dalam tulisan beliau. McTheory: Syiahh.. semakin lama semakin menonjol.. | ||||
PANASS!! Pembelian Saham PKNK, Mahfuz Omar Salahkan UMNO!! Posted: 16 Jul 2012 10:12 PM PDT Mahfuz tak sudah-sudah menyalahkan UMNO dalam segala kesilapan yang dilakukan oleh Pas. Malah dalam hal pembelian saham FGVH oleh PKNK kali ni pun, Mahfuz tetap menyalahkan UMNO. Katanya kakitangan PKNK tu orang UMNO dan mereka sudah biasa dengan sikap macam tu. Apa masalah dengan Mahfuz ni? Takkan PKNK nak beli saham yang harganya jutaan ringgit dan ianya tidak diketahui langsung oleh ahli lembaga pengarah yang diketuai oleh Ustaz Azizan? Macam tak logik saja pun. tapi itulah yang dicakapkan oleh Mahfuz. Bangang sungguh rasanya si Mahfuz ni.. KUALA LUMPUR - PAS melihat pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah disebabkan "salah urus" kakitangan syarikat berkenaan yang "telah biasa" membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) menjelaskan, kakitangan syarikat tersebut berkemungkinan telah membuat keputusan untuk membeli saham FGVH itu berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan "pegangan politik" kerajaan negeri tersebut. "Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno. "Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini. Laporan media sebelum ini menyebut, PKNK mengakui memiliki pegangan 500,000 unit saham FGVH yang diperolehi melalui prosedur sah tanpa kaitan politik. "Unit saham FGVH yang dimiliki PKNK adalah di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera. "PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000," kata Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim. Jelas Mahfuz, beliau tidak melihat sebarang unsur sabotaj dalam pembelian saham tersebut kerana pendapatan yang bakal diperolehi daripada penjualan saham FGVH itu adalah untuk kepentingan negeri, dan bukannya atas kapasiti kepentingan peribadi. Duit itu nanti bukan untuk kepentingan peribadi. Ia akan disalurkan kepada kepada kerajaan negeri. "Saya tidak lihat wujud unsur sabotaj dalam perkara ini ... kakitangan ini telah biasa mendahului lembaga pengarah dalam membuat keputusan, amalan biasa pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya dan menambah,"kita perlu ambil sedikit masa untuk mengubah amalan mereka." Sementara itu, dalam laporan media sebelum ini, pengarah eksekutif PKNK menjelaskan, "mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan." "Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak. PKNK mensasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu," katanya. Menurut Abdul Rahman, PKNK juga sudah menjual sejumlah 50,000 unit saham FGVH di pasaran dengan harga RM5.50 seunit dan memperoleh keuntungan kasar sebanyak RM47,500. Malah, Abdul Rahman turut menegaskan pembelian saham itu juga tidak melibatkan pendirian politik pemimpin PR, sebaliknya PKNK hanya memberikan fokus kepada perniagaan dan mahu membantu lebih ramai usahawan Bumiputera di Kedah. Beliau turut menjelaskan, PKNK adalah badan berkanun kerajaan yang berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan pemantauan daripada Kementerian Kewangan. Lembaga Pengarah PKNK turut diwakili tiga wakil dari peringkat Pusat, termasuk wakil dari Miti, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. - Utara News P/s: susah bila orang bodoh tapi berlagak pandai!! McTheory: Mahfuz-mahfuz bila nak cerdik ni.. | ||||
PANASS!! Anak Yatim yang di CABUL Warden Mahu terus ke Sekolah!! Posted: 16 Jul 2012 06:46 PM PDT KUALA NERANG – "Saya mahu terus bersekolah." Itu luahan penghuni asrama anak yatim dan miskin yang berusia 12 tahun, yang kini tidak dapat pergi ke sekolah mendakwa dicabul warden asrama berkenaan, hujung bulan lalu. Luahan itu dinyatakan sewaktu Sinar Harian berkunjung ke rumah mangsa bersama pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Padang Terap, untuk bertemu dengan ibunya yang berusia 48 tahun. Murid terbabit berkata, dia tidak lagi dapat pergi ke sekolah kerana tidak lagi tinggal di asrama berkenaan dan rumahnya pula terletak terlalu jauh dari sekolah untuk membolehkannya berulang-alik ke sekolah dari rumah. "Sudah masuk minggu ke dua saya tidak ke sekolah, saya mahu belajar di sekolah bersama kawan-kawan dan dapat keputusan yang baik dalam UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah). "Dalam tempoh ini, saya sering mengikut emak ke ladang dan membantunya, dan kelapangan pada waktu malam pula, saya penuhi dengan mengulang kaji secara sendirian," kata anak kelima daripada enam beradik itu. Sementara itu, ibunya yang ketika itu baru pulang dari ladang tembikai yang terletak agak jauh dari rumah, menceritakan bahawa dia terpaksa menyara anak-anaknya bersendirian sejak lebih lima tahun lalu, selepas suaminya dipenjarakan berhubung satu kes jenayah. Menurutnya, kemiskinan dan ketiadaan kemudahan pengangkutan menyebabkan dia tidak dapat menghantar dan menjemput anaknya pulang di sekolah. "Jika saya ingin ke pekan Kuala Nerang pun saya terpaksa menelefon teksi dan membayar tambang RM28 untuk perjalanan pergi dan balik, dan saya hanya ke pekan sekiranya ada perkara penting. "Kini saya hanya bekerja di ladang tembikai dan perlu pergi ke lokasi yang diarahkan oleh majikannya, apabila tugas di satu-satu lokasi itu sudah selesai. Pendapatan pula sekitar RM15 sehari dan gaji dibayar tiga hari sekali," katanya. Katanya, dia turut menerima bantuan kanak-kanak daripada JKM berjumlah RM200, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kawasan rumah mereka, mendapati keadaan rumah itu terlalu uzur dan tiada penambahbaikan dilakukan sejak ia didirikan kira-kira 20 tahun lalu. Malah, cuma terdapat satu bilik di rumah berkenaan, ruang tamu yang agak kecil serta dapur yang tidak sempurna dengan dindingnya pula banyak yang sudah reput. Terdahulu, laporan media menyatakan bahawa satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Nerang berhubung dakwaan murid terbabit yang mengatakan dicabul oleh warden sebuah asrama anak yatim dan miskin, yang dihuninya, sewaktu dia sedang membasuh baju. Sinar Harian bagaimanapun gagal mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan asrama. Begitupun, difahamkan bahawa asrama berkenaan baru-baru ini diarahkan tutup sementara oleh jabatan kesihatan atas faktor kebersihan. - Sinar Mc pernah melaporkan cerita ini tempohari nak baca boleh klik SINI dan SINI.. Mc rasa kena ada pihak yang membantu anak yatim ni. takkan kita nak tengok saja. Nak harapkan Kerajaan Pas Kedah? warden yang dilantik pun cabul anak yatim.. baik tak payah.. McTheory: Kata kerajaan ISLAM dan Berkebajikan.. macam takdak pun.. | ||||
TUDIAA!! MB Kedah Di KECAM Oleh Blogger Puak Pakatan!! Posted: 16 Jul 2012 06:36 PM PDT Tentu ramai ahli PAS Kedah yang turut memeriahkan Perhimpunan Oren Selamatkan Felda semalam. Tahniah dan mudah-mudahan amalan yang baik mendapat pahala dari Allah s.w.t. Dan, tentu ramai juga dari mereka yang tak terjumpa berita bertajuk "PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global". Kalau tidak, mungkin ada dari mereka yang berhimpun beramai-ramai dalam demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah. Mengapa saya kata demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah? Laa, Menteri Besar Kedah juga adalah Pengerusi PKNK (lihat sini). Saya difahamkan kerajaan Kelantan membuat keputusan supaya negeri itu dan agensi-agensi di bawah negeri itu tidak membeli saham FGV. Dan, kita juga tidak menerima khabar bahawa Selangor dan Pulau Pinang atau agensi-agensi kedua-kedua kerajaan negeri tersebut melakukan apa yang dilakukan oleh PKNK. Apa-apa pun, jangan risau, sama seperti ketika Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaku menggunakan undang-undang taghut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dulu - malah dengan berlagaknya mengaku dia anak AUKU - Presiden PAS dijangka akan mengeluarkan kenyataan seperti kenyataan pro AUKU beliau dahulu. Sama seperti kenyataan pro undang-undang taghut hari tu, mungkin Presiden PAS akan kata: "Namun Ustaz Azizan tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.Berita berkaitan: PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global (Sinar Harian 13/7/12) ALOR SETAR - Pemilikan saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah mengikut prosedur sah dan tiada kaitan politik.Sumber blog Pakatan yang Mc ambil dari Penarik Beca.. memang teruk la Azizan kena kali ni.. nampaknya berpusu-pusu geng sendiri yang tak puas hati Azizan akan bantainya semula. Bermula dari isu KUIN, AUKU dan terbaru saham FGVH. Apapun Mc tabik la kat Azizan sebab tidak membezakan parti politik dalam bidang yang menjana keuntungan rakyat Kedah. McTheory: Habis laa Azizan kena balun pulak lepas ni!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment