Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Debat Soi Lek dan Guan Eng! Guan Eng merapu lanaaa..
- TERKINI!! Jabatan Perdana Menteri Di Ceroboh dan Di Serang Penganas!! Update
- TUDIAA!! Orang Pokok Sena HINGAQ Mahfuz Tak Buat Kerja!! #MPmalas
TUDIAA!! Debat Soi Lek dan Guan Eng! Guan Eng merapu lanaaa.. Posted: 09 Jul 2012 07:20 AM PDT Debat CSL vs LGE semalam rosak kerana lain yang ditanya, lain yang dijawab LGE. Dia serupa berceramah politik dan bukan mendebatkan polisi. Tak faham kenapa ada pihak akhbar CIna kata ianya debat yang hebat. Ikuti video versi Malaysiakini: Contoh yang kami sudah dapat: Guan Eng ditanya: What is your national education policy?Dia jawab kelain pula: We cannot ignore the fact that human talent will be the future of our country. … not a question of building human talent but retaining human talent.Apabila ditanya mengenai Buku Jingga yang mana dalam merangka cadangan PR, ia hanya dapat cadanagkan tahan ketirisan yang dijangka RM36 billion cukup untuk tampung semua tambahan. Sebenarnya ia akan menelan belanja RM200 billion dan dalam dua tahun bankruplah Malaysia.Dengar juga LGE tak jawab isu Dasar Ekonomi Budaya. CSL kata PAS sendiri belum setuju Anwar Ibrahim jadi PM. LGE spin kata Hadi dah setuju Anwar akan jadi PM. Setiap kali LGE cakap, hanya penuh retorik. Macam ceramah politik tepi jalan CSL terikut mula-mula hingga apabila dia ditanya mengenai Penang Port dia terus mengeluarkan angka-angka dan penerangan yang terus terdiam boo boy LGE dari Komtar. Penggulungan oleh CSL pula amat mantap sekali. The Unspinners | ||
TERKINI!! Jabatan Perdana Menteri Di Ceroboh dan Di Serang Penganas!! Update Posted: 09 Jul 2012 03:02 AM PDT Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B. Mereka bersenjatakan pedang samurai dan parang telah berjaya menyelusup. Cara mereka melepaskan diri memasuki JPM masih belum dipastikan. Samada mengamuk dari jalan besar merempuh kawalan keselamatan atau sebaliknya. Menurut info kejadian berlaku ketika penjawat awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari. Tanpa sebarang senjata, pengawal pintu masuk JPM tidak dapat menahan penjenyah tersebut yang telah mara ke dalam hingga ke kawasan taman di tengah kompleks JPM. Selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan ditembak di kaki. Motif serangan belum diketahui. Kereta polis juga diserang dan sebuah kereta kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya... Harap kawalan keselamatan dipertingkatkan demi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Tahniah PDRM yang berjaya mengawal situasi dari menimpa orang awam. Penulis juga berada di tempat kejadian kebetulan mempunyai urusan di sini. Kejadian menyebabkan beberapa buah kereta peronda telah dikejarkan dengan SB juga turut sama mengawal keadaan dari memudaratkan orang awam. Sumber PPC Utusan juga telah mengeluarkan laporan yang sama.. siap bertakbir lagi.. nampak sangat puak kolot Pas yang dalangnya ni.. PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai. Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang. Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan. Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam. Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN
| ||
TUDIAA!! Orang Pokok Sena HINGAQ Mahfuz Tak Buat Kerja!! #MPmalas Posted: 08 Jul 2012 10:41 PM PDT Ahli Parlimen yang paling suka komplain pasal orang dalam Malaysia ni, si Mahfuz Omar akhirnya di komplain pulak oleh orang pokok Sena sendiri. Ingat orang yang suka komplain pasal orang ni buat kerja baguih sangat. Rupanya lagi terukkk.. awat la depa ni lupa bagi dia cermin untuk cermin-cerminkan diri dia dari mengata kat orang? Baru jadi ahli parlimen dah orang bising.. agak-agak la kalau jadi menteri atau Menteri besar.. orang macam dia ni, boleh buat kerja ka? POKOK SENA Julai – Kira-kira 203 pesawah dari Kampung Banggol Cengal, Kampung Bendang Perang dan Kampung Jabi di sini mengalami kerugian lebih RM160,000 apabila sawah mereka diserang tikus sejak bulan lalu. Hampir 270 hektar sawah di tiga kampung terbabit diserang haiwan perosak itu dan 77 hektar daripadanya rosak teruk sehingga tiada hasil padi boleh dituai. Seorang pesawah dari Kampung Bendang Perang, Ahmad Khamis, 61, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM1,200 pada musim ini apabila satu hektar sawahnya diserang tikus. "Tikus menyerang padi pada waktu malam dan habis batang padi dimakannya sehingga menyebabkan pokok padi mati. Kami dah gunakan racun untuk mengurangkan jumlah tikus namun masih gagal kerana racun yang digunakan tidak mampu membunuh haiwan perosak ini," katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Cengal di sini semalam. Menurut Ahmad, sebelum ini kawasan sawah di kampung itu pernah diserang tikus, namun kerosakan pokok padi yang dialami hanya sedikit berbanding musim kali ini tikus menyerang dengan pantas dan merosakkan pokok padi dalam tempoh dua minggu sahaja. "Pokok padi mati dan sepatutnya kami boleh menuai hasil dalam tempoh 20 hari lagi, namun kami hampa kerana pokok padi habis dimusnahkan tikus," jelasnya. Seorang lagi pesawah, Md. Ali Bakar berkata, kehadiran tikus-tikus yang merosakkan padi di kawasan sawah membuatkan ramai pesawah mengalami kerugian pada musim ini. "Tikus memang banyak sehingga kami pasang perangkap pun jumlah masih banyak dan sukar untuk kami musnahkan haiwan perosak tersebut" ujarnya. Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom yang meninjau kawasan sawah di tiga kampung itu berkata, pihaknya akan mengarahkan pesawah dan pegawai-pegawai pertanian yang terlibat mengadakan gotong-royong dengan segera bagi mengurangkan jumlah tikus di kawasan terlibat. "Saya juga mahu pegawai-pegawai pertanian lebih kerap mengadakan perjumpaan dengan pesawah selepas ini bagi memastikan masalah-masalah yang berkaitan dengan sawah padi dapat diatasi dengan segera," ujarnya. UTUSAN Laaa... akhirnya menteri jugak yang tolong pesawah ni.. mana depa punya ahli parlimen? Sibuk ceramah kutip duit sana-sini kot.. sampai takdan nak tengok rakyat kawasannya. Suruh si Mahfuz bukak buku balik, apa tanggung jawab paling utama jadi ahli parlimen? hmm.. McTheory: Dia tau baca buku ka? heh.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment