Gelombang Rakyat |
- MAT SABU BERI JAMINAN PADA GUAN ENG - "ISU HUDUD SELESAI SELEPAS NIK AZIZ MATI..!!"
- HADI AWANG TAWAR HATI - AKUI RINDU DENGAN USTAZ NASHA..!!?
- GAMBAR LAJIM UKIN SEDANG TONTON VIDEO SEKS ANWAR..!!
- UGUTAN TERBARU GUANG ENG KEPADA PAS - "DAP TOLAK MENTAH2 HUKUM HUDUD..!!"
| MAT SABU BERI JAMINAN PADA GUAN ENG - "ISU HUDUD SELESAI SELEPAS NIK AZIZ MATI..!!" Posted: 30 Jul 2012 07:23 PM PDT Sejak akhir2 ini Diktator PAS Nik Aziz bermain tarik tali dalam membuat kenyataan berkaitan soal Hukum Hudud. Setakat hari ini sahaja, sudah 4 kali Nik Aziz membuat kenyataan mempertahanan dan kemudiannya menarik semula Perlaksanaan Hukum tersebut. Namun bagi Puak Parasit2 PAS yang kini dipimpin Mat Sabu, ianya bukan lagi isu besar. Strategi meletakkan Mat Sabu sebagai Pemimpin No. 2 dalam Parti sememangnya kena pada masa dan situasi. Hubungan baik beliau dan Lim Guan Eng yang didakwa seperti adik beradik bakal menyelesaikan kemelut ini. Mat Sabu yang selangkah lagi untuk menakluki jawatan Presiden PAS telahpun berhubung dengan Lim Guan Eng bagi menyesaikan hal tersebut. 2 alasan yang diberikan Mat Sabu iaitu kenyataan Nik Aziz merupakan propaganda PRU13 bagi mengukuhkan jumlah pengundi Pro PAS di Kelantan. Dan yang kedua, isu Hudud bakal dihentikan serta merta tatkala Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir. Alasan kedua itu dilihat dilihat releven pada pandangan Guan Eng atas faktor usia dan kesihatan Nik Aziz yang kian merosot. Berhubung pendirian Hadi Awang, ianya tidak perlu dikhuatiri kerana Hadi Awang sentiasa dalam pemerhatian dan kawalan ketat dalam menyatakan pandangan dan pendirian yang tidak sehaluan dengan DAP mahupun PKR. Ianya dikawal sejak persetujuan bersama dalam meletakkan Mat Sabu selaku Timb. Presiden PAS pada Pemilihan Parti tahun lalu, Strategi Mat Sabu dan Guan Eng ini didakwa telah terbongkar di beberapa peringkat PAS Negeri. Ianya juga didakwa salah satu faktor PAS Kedah dan Penang menolak pencalonan Mat Sabu mewakili mana2 Parlimen dan DUN di kedua2 Negeri tersebut. |
| HADI AWANG TAWAR HATI - AKUI RINDU DENGAN USTAZ NASHA..!!? Posted: 30 Jul 2012 04:38 PM PDT Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri. Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya. Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata. Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang. Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar. Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz. Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal. Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai. Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz. Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan. Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi. Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang. Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz. Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS. Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS. Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim. Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding. Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda. |
| GAMBAR LAJIM UKIN SEDANG TONTON VIDEO SEKS ANWAR..!! Posted: 30 Jul 2012 07:33 AM PDT Apa yang dipaparkan oleh Otai Blogger PapaGomo adalah satu kisah. Pengakuan dari Hampas UMNO Lajim Ukin yang dengan keras menafikan kepimpinan Diktator Pakatan sambil mendakwa Video Seks yang dibongkarkan itu merupakan individu bernama Anwar Ibrahim. Sambil menonton video tersebut, Lajim Ukin mendakwa Anwar sememangnya seorang Pemimpin yang lahir dari seorang yang tidak berakhlak berdasarkan pengalaman beliau bersama Anwar ketika di dalam UMNO. Kini beliau 'bangga' sanggup dilacur dengan bayaran lumayan melompat parti demi kuasa yang lebih tinggi. Yang membayarnya siapa? Individu yang pernah didakwa Lajim Ukin seorang Pemimpin yang tidak berakhlak bernama Anwar Ibrahim Dahulu ketika beberapa sahabat karib dan Reformis Anwar bertindak keluar parti, dihina Anwar sebagai pengamal politik kotor. Walhal ianya berlaku sejurus kegagalan 16 September yang dicanang Anwar pada kempen PRK Permatang Pauh yang lalu. Lantas beberapa Pemimpin PAS dan PKR turut mencerca dari belakang tindakan kotor Anwar sehinggalah klimaks kenyataan media Karpal Singh mendesak Anwar bertaubat dan berundur dari politik kerana dilihat pencetus amalan politik kotor ini. Mustahil Lajim Ukin lupa akan kenyataan beliau yang dikeluarkan sambil menonton video seks Anwar. 3 Blogger merupakan saksi pertemuan tersebut ketika Pilihan Raya Sarawak yang lalu. Keluarlah. Ini semua hampas2 Politik yang hanya ada agenda peribadi yang kotor. |
| UGUTAN TERBARU GUANG ENG KEPADA PAS - "DAP TOLAK MENTAH2 HUKUM HUDUD..!!" Posted: 30 Jul 2012 06:24 AM PDT DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan Pas bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa. "DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita. "Jelas, 'dasar bersama' tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan," katanya sebentar tadi. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment