Gelombang Rakyat |
- DISEBALIK PROJEK HIGHWAY RM1.8 BILLION - HUSAM MUSA 'MENTEKEDARAH' ANAK DARA ORANG!!?
- ARTIS JADI USTAZ SEGERA PAS - ZED ZAIDI BALUN HAIRIE OTHMAN..!!?
- ISU AIR - LEBIH 50 NGO SELANGOR BERENTAP SERANG KHALID GAGAP..!!
DISEBALIK PROJEK HIGHWAY RM1.8 BILLION - HUSAM MUSA 'MENTEKEDARAH' ANAK DARA ORANG!!? Posted: 24 Jul 2012 07:22 PM PDT Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas. Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut. Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang? Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri. Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu. Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu? Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat. Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya. Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja. Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati. Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati. |
ARTIS JADI USTAZ SEGERA PAS - ZED ZAIDI BALUN HAIRIE OTHMAN..!!? Posted: 24 Jul 2012 07:22 AM PDT Perjuangan seni dan perjuangan politik adalah dua perkara yang berbeza dan perlu dibezakan demi kemajuan seni tanah air. Itu reaksi yang diberikan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Abdul Jamil. Pelakon yang dikenali sebagai Zed Zaidi itu berkata, sebagai seorang artis, mereka haruslah dapat membezakan antara perjuangan seni dengan perjuangan untuk negara. Ini adalah respon beliau apabila disoal tentang kenyataan kartunis Zunar tentang apabila artis menyertai parti politik, dia tidak lagi bergiat dalam seni sebaliknya hanya berceramah. "Itu hak individu, pilihan raya nak dekat, mungkin dia tinggalkan seketika untuk dahulukan parti dan ideologi mereka, tapi selepas pilihan raya, mereka akan kembali berkarya," kata Zed Zaidi. Menurut Presiden Seniman itu lagi, golongan artis menyertai parti politik bukan kerana mereka mahu menambah rezeki tetapi kerana kepercayaan politik mereka. " Artis masuk parti politik bukan sebab nak cari peluang rezeki, sebab menjadi artis itu sendiri sudah menjadi peluang rezeki bagi saya. "Saya menyertai Umno kerana ia lebih dekat dengan jiwa saya. Saya menilai parti-parti yang lain juga, namun, Umno lebih dekat dengan diri saya," katanya. |
ISU AIR - LEBIH 50 NGO SELANGOR BERENTAP SERANG KHALID GAGAP..!! Posted: 24 Jul 2012 03:01 AM PDT Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) akan bekerjasama dengan 54 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi penerangan kepada rakyat seluruh Selangor berhubung kemelut isu air di negeri itu. Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, rakyat negeri itu perlu mendapatkan maklumat sebenar dan tepat berhubung isu itu. Katanya, GPRS dan 54 NGO telah sepakat untuk mengadakan jelajah di seluruh Selangor dalam menjelaskan isu sebenar yang berlaku berhubung krisis air itu demi kepentingan rakyat. "Kami (GPRS) sepakat akan bekerjasama dengan 54 NGO untuk buat program jelajah bagi memberi penjelaskan kepada rakyat kerana rakyat perlu mengetahui perkara sebenar. "Ini kerana kita prihatin kepada nasib dan kepentingan rakyat seluruh negeri ini ," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dalam sesi taklimat dengan pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di pejabat syarikat konsesi tersebut di Lembah Pantai di sini, hari ini. Takimat tersebut berlangsung kira-kira dua jam dengan dihadiri oleh hampir 20 wakil NGO yang ingin mendapatkan penjelasan sebenar serta maklumat berhubung kontroversi isu tersebut. Menurutnya, antara NGO yang akan terlibat terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Gabungan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Sekretariat Orang Muda Negeri Selangor (Serang) Sohaimi berkata, bagi melaksanakan langkah tersebut, pihaknya akan mencetak risalah-risalah untuk diedarkan kepada orang ramai di seluruh negeri ini. Malah, pihaknya juga akan menggantung kain rentang di beberapa lokasi di negeri ini. "Berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi, kita akan mencetak risalah-risalah untuk diedarkan kepada orang ramai supaya lebih jelas mengenai isu ini. "Kita juga akan menggantung kain rentang di beberapa kawasan bagi memberi penjelasan kepada rakyat," katanya. Menurutnya, berdasarkan taklimat diberikan Syabas, beliau mendakwa mendapati banyak maklumat diberikan oleh Kerajaan Negeri tidak benar malah dilihat jelas mempunyai agenda tersembunyi. Dakwanya, Kerajaan Negeri cuba mempolitikkan isu tersebut "Saya percaya Kerajaan Negeri mempunyai agenda tersembunyi dan berdolak-dalih berhubung isu ini. "Rakyat perlu faham ia merupakan isu yang dipolitikkan oleh Kerajaan Negeri untuk meraih simpati," katanya. Dalam pada itu, beliau mendesak Kerajaan Pusat bertindak lebih tegas dalam memastikan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 diteruskan kerana kerja-kerja peringkat awal telah bermula di Pahang. "Ia perlu dilaksakan kerana sekiranya tidak maka ia akan menjadi satu lagi 'gajah putih' dan isu air akan berterusan. "Perancangannya telah dibuat beberapa tahun dahulu tetapi ditangguhkan Kerajaan Negeri atas agenda politik," katanya. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment