Gelombang Rakyat |
- PRU13 KRONI ANWAR - KAK WAN UMUM BERTANDING DI DUN PERMATANG PASIR..!!
- BEKAS KETUA HAKIM NEGARA DEDAH AGENDA DI SEBALIK KES LIWAT II ANWAR..!!
- PENGUMUMAN NOH OMAR - AKUI KHALID GAGAP BERJAYA PIMPIN SELANGOR!!?
PRU13 KRONI ANWAR - KAK WAN UMUM BERTANDING DI DUN PERMATANG PASIR..!! Posted: 09 Jul 2012 12:19 AM PDT Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan akan bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun beliau tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen namun beliau masih boleh bertanding di mana-mana kerusi Dun. "Walaupun saya mempunyai pilihan untuk memilih di manakah kawasan yang ingin bertanding namun saya perlu juga mendapatkan maklum balas dari penyokong. "Parti sedang memikirkan di mana tempat-tempat yang sesuai untuk saya," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen PKR Menghadapi PRU13, semalam. Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, PKR akan meneruskan perjuangan sama ada menang mahupun kalah pada PRU13 akan datang. |
BEKAS KETUA HAKIM NEGARA DEDAH AGENDA DI SEBALIK KES LIWAT II ANWAR..!! Posted: 08 Jul 2012 07:19 PM PDT Semua pihak perlu menghentikan tuduhan yang mendakwa badan eksekutif campur tangan dalam urusan badan kehakiman di negara ini, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi. Beliau menegaskan ketika menjadi Ketua Hakim Negara bermula tahun 2008, Perdana Menteri atau menteri kabinet lain tidak pernah campur tangan atau bertanya tentang kes-kes yang berjalan di mahkamah negara ini. "Hubungan yang ada antara saya dan Perdana Menteri adalah semasa proses pelantikan hakim, belanjawan untuk badan kehakiman atau urusan lain seperti dalam perlembagaan. "Jangan sesekali tuduh badan kehakiman tunduk kepada badan eksekutif. Ini terbukti oleh fakta, beberapa kes dalam sejarah, kita tidak memihak kepada badan eksekutif," katanya ketika berucap menutup bengkel khas Penggubalan Undang-undang Negara di Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Zaki bersara daripada badan kehakiman ketika berusia 66 tahun pada 12 Sept tahun lepas. Beliau memberikan contoh kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Jika ada campur tangan sudah tentu mereka (badan eksekutif) mahu Anwar disabitkan dalam kes itu bagi menghalang dia daripada buat masalah kepada badan eksekutif," katanya. Bercakap kepada pemberita kemudian, Zaki yang juga Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam berkata lebih 90 peratus daripada kira-kira 1,000 maklumbalas diterima suruhanjaya itu melibatkan kenaikan gaji serta elaun kakitangan awam. "Kita tidak menafikan keperluan kenaikan gaji ini, namun apa yang lebih penting bagaimana kita hendak menambah baik perkhidmatan awam supaya mampu memberikan hanya yang terbaik untuk rakyat. "Sekiranya perkhidmatan awam lebih baik, lebih cepat dan tepat, kos pengurusan ditanggung kerajaan berkurangan. Jika kos kurang sudah tentu ada ruang dalam belanjawan untuk naikkan gaji, kakitangan awam perlu fikir begitu," katanya. |
PENGUMUMAN NOH OMAR - AKUI KHALID GAGAP BERJAYA PIMPIN SELANGOR!!? Posted: 08 Jul 2012 04:39 PM PDT Kejayaan Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 hanya setakat menabur janji dan memasang papan tanda untuk mencari publisiti, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata kegagalan kerajaan negeri itu menunaikan janji dan tanggungjawab telah membuka mata rakyat mengenai kredibiliti dan kebolehan mengurus negeri itu, berbanding Barisan Nasional (BN) yang memajukan negeri itu selama 50 tahun lalu. Noh berucap pada majlis Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor, di Padang Kawad Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini hari ini. Program edisi ke-6 itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas; Ahli Parlimen Sepang merangkap koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin; dan timbalan-timbalan menteri. Katanya, dalam tempoh tiga tahun Najib menerajui negara ini, pelbagai janji diisytiharkan dan disusuli dengan pelaksanaan berkesan demi menjamin kesejahteraan dan masa depan rakyat. Antaranya ialah Klinik 1Malaysia, bantuan pelajar RM100, baucer buku RM200, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Program Perumahan Nelayan, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia. "Tak ada dalam dunia ini dimana kerajaan sanggup memberi penghormatan kepada pemandu-pemandu teksi...bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi," katanya. Jelasnya, kerajaan di bawah pimpinan Najib benar-benar membela nasib semua lapisan rakyat di negara ini dengan mempunyai agenda dan hala tuju terancang |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment