Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


PRU13 - ZAHID HAMIDI AKUI BAKAL MB PERAK..!!?

Posted: 02 Jul 2012 04:41 PM PDT



Temubual Agenda Daily bersama Datuk Dr. Ahmad Zaid Hamidi

Naib Presiden UMNO Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menolak spekulasi bahawa beliau baka lbalik ke Perak bagi menggalas jawatan Menteri Besar yang baru selepas PRU ke13.

Dengan erti kata lain, beliau yang pada masa ini ahli parlimen Bagan Datoh dikatakan bakal bertanding di DUN Rungkup, kini diwakili Datuk Shaarani Mohamed, bagi membolehkan dia menggantikan Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Dalam satu pertemuan eksklusif di kediaman bapanya di Bagan Datoh Ahad lalu, Zahid membayangkan keselesaan berkhidmat di peringkat pusat sebagai seorang menteri lebih-lebih lagi beliau ialah naib presiden UMNO.

Beliau bagaimanapun menyatakan bahawa beliau gembira serta berpuas hati dengan prestasi  Dr.Zambry sebagai MB Perak sejak dilantik memegang jawatan itu awal 2009 sebaik BN kembali  berkuasa di Perak.

Zahid pada masa sama juga mengakui bahawa  Dr. Zambry adalah anak didiknya (dalam politik) maka dengan itu tidak ada sebab beliau mendokongnya dulu dan sekarang  beralih  sokongan.

Petikan interbiu Dr. Ahmad Zahid dengan wakil Agenda Daily Yusof Harun  disiarkan secara 'verbatim' seperti berikut:

 




Soalan: Are you ready to come back as MB Perak? (apakah DS bersedia untuk balik sebagai MB Perak?)

DS Zahid:
Not at all. (Tidak sama sekali)

Soalan: Why? (mengapa?)

DS Zahid: I am a federal material. (Saya adalah kepunyaan pusat)

Soalan: Apakah Dr.Zambry right choice for Perak (sebagai MB).

DS Zahid:So far yes. (Setakat ini Ya)

Soalan:
Are you happy dengan prestasi kerjanya.?

DS Zahid: Very happy.(Sangat Gembira)

Soalan:
Komen pasal Dr.Zambry?

DS Zahid:
Dia anak didik saya, kenapa harus saya tidak menyokong/mendokong langkah selanjutnya.

Soalan:
Datuk setuju kalau Dr. Zambry dikekalkan sebagai MB Perak selepas PRU ke13?

DS Zahid: Itu kehendak pucuk pimpinan, itu kehendak rakan-rakan dalam kepimpinan di Perak.

Soalan: Bolehkah BN mengekalkan kuasa di Perak dalam PRU ke13 kelak?

DS Zahid:
Boleh.

Soalan: Sebab atau berasaskan?

DS Zahid: Berasaskan kepada sokongan yang diperolehi terutama orang-orang Melayu mula kembalimenyokong BN/UMNO dengan jumlah yang meyakinkan, dikalangan orang-orang Indiapun sama dan sejak  setahun yang lalu sokongan mereka terhadap BN pun semakin bertambah. Cuma dikalangan orang-orangCina saja. Kita tidak boleh mengambil kira apa yang berlaku dikalangan masyarakat Cina itu untuk menghukum Zambry.

Soalan:
Setengah meramalkan BN Perak khususnya UMNO boleh mendapat (paling minima) 34 kerusi?


DS Zahid: Saya serahkan . . .ini ramalan tidak boleh kita jadikan sandaran. Tapi usaha harus diteruskan . . .

Soalan: Kalau mengikut "polling" Merdeka Center, pengaruh PM Dato Seri Najib Razak, dikalangan masyarakat Cina merosot dari sebelumnya iaitu dari lebih 56 peratus kepada 37 peratus, jatuh 19 peratus? Boleh komen.

DS Zahid: Saya tak yakin rating yang dibuat tu iaitu 56 peratus dicapai . .  .tidak timbul merosotnya pengaruh PM dikalangan orang-orang Cina. Yang pentingnya kita bukan mengadakan presidential election (pilihanraya presiden),  populariti PM memang merupakan factor penarik tetapi kita ni parliamentary election, ertinya parti politik yang bertanding,calon-calon yang bertanding adalah sama penting dengan populariti PM. 

Oleh yang demikian kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada populariti PM,bergantung jugak kepada kerja-kerja peringkat bawahan, diperingkat peti undi,diperingkat kepimpinan bahagian dan juga parti-parti komponen.

Soalan: Boleh saya ulang soalan di atas diawal tadi, apakah Datuk ada cita-cita nak balik ke Peraksebagai Menteri Besar dalam PRU ke13 kelak?

DS . Zahid:  Saya tak pernah katapun saya lebih kuat daripada sesiapapun dalam perkara ini. Oleh kerana kepimpinan memberi kepercayaan kepada Zambry (DS Dr.), dan saya salah seorang yang bertanggungjawab meletakan Zambry mengapa harus ada orang lain yang menggantikan Zambry.

Dan keyakinanrakyat keseluruhannya kepada Zambry pula cukup kuat.A



Soalan: Dr.Zambry berdepan dengan kritikan serta juga mangsa fitnah pembangkang, boleh DS ulas hal ini.

DS Zahid:
Itu sesuatu yang lazim sebab kalau kita tengok sejarah politik Malaysia pun, apabila dalam tahun 1969, ketika Parti Gerakan, Parti Buruh dan Parti Sosialis bergabung, kita lihat sama trend yang dilakukan tapi kerja-kerja kerajaan ketika itu untuk mendekati rakyat terus berjalan seperti yang dilakukan DatoSeri Najib. Akhirnya jelas bahawa parti pembangkang itu tertolak . ..usaha memanglah dilakukan mereka kerana  mereka telah merasai darah, jadi darah ini adalah kuasa. Bila darah telah dirasai ianya suatu nikmat maka mereka nak cari darah lainlah. Dalam perkara ini sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, mereka akan mengusahakan hal itu tapikita yang  berada didalam kerajaan ataupun kumpulan establishment, bukan hanya mempertahankan malah kena bekerja lebih kuat lagi bagi menentukan kedudukan kita tidak tergugat.

Soalan:
Saya ulang lagi, maknanya kalau boleh difahami Datuk lebih suka dan selesa di KL sebagai menteri, bukan di Ipoh sebagai Menteri Besar?

DS Zahid: Saya naib presiden, lainlah kalau saya macam Tan Sri Wan Mokhtar dulu yang menjadi Naib Presiden semasa menjadi Menteri Besar Terengganu.

Saya sudah naib presiden di pusat buat apa saya nak turun ke bawah ke peringkat negeri pula.

Itu pendapat peribadi….pendirian saya dari dulu macam itu.

Soalan: Boleh DS komen tentang dasar baru Amerika Syarikat melibatkan penempatan armada lautnya di rantau sebelah sini yang menimbulkan kebimbangan umum?

DS Zahid:
Pengumumanmengenai strategi baru Jabatan Pertahanan Amerika telah dinyatakan oleh Setiausaha Pertahanan Leon Panetta sewaktu diadakan Dialog Shangrila di Singapura minggu yang lalu. Ini kerana angkatan armada tentera laut Amerika telah mula menempatkan angkatan tenteranya di Darwin,Australia dan mereka telah juga mendapat persetujuan untuk kapal-kapal seperti armada laut di baik pulih kapal-kapal itudi Singapura.

Ini ada berikutan daripada kepentingan AS di rantau Asia Pasifik ini yang mahu dipertingkatkan.Pada pendapat  Malaysia, perkara ini berlaku disebabkan peningkatan kekuatanangkatan PLA atau People Liberation Army daripada China terutama dalam angkatanlaut yang akan lebih diperkukuhkan apabilla terdapat tuntutan bertindih di lautcina selatan.

Kita tidak mahu persaingan kuasa-kuasa besar ini akan menjejaskan kestabilan dan keamanan di rantauAsean. Kita telah mencadangkan agar diadakan hubungan pelbagai hala antara iaitu negara-negara Asean dan lapan negara-negara lain dan apa yang diperbincangkan bagi mengelakkan konflik diantara negara-negara berkuasa besarini akan diadakan latihan bersama iaitu HADR (humanitarian  and disaster relief) apabila pada tahun hadapan mengadakan dengan lapan negara lain, akan ada join exercise, HADR diantara negara-negara asean dengan AS,juga dengan China serta negara-negara plus yang lain.

 Keadaan ini perlu bagi mewujudkan rasa saling kepercayaan antara negara-negara terlibat bagi mengelakkan konflik berlaku dan apabila latihan bersama ini dilakukan mudah-mudahan pegawai-pegawai tinggi angkatan tentera laut AS, China dan negara-negara Asean, dapatmenjalinkan hubungan peribadi dan yang baik bagi mengelak sebarang konflik.

Yang keduanya, Asean melalui menteri-menteri pertahanan juga bersetuju untuk diadakan latihan bersama military medicine atau perubatan ketenteraan. Ini juga melibatkan negara-negara Asean dan Asia Pasifik yang turut terlibat.

Semoga kedua-dua latihan ini akan dapat mengelakkan sebarang konflik dan tidak menjadikan rantau lautan China selatan ini sebagai satu kawasan yang menjadi rebutan. 

Suatu petanda yang cukup baik apabila telah ada pertemuan dengan setiausaha pertahanan Filipina dengan menteri pertahanan nasional China di Phnom Penh dua minggu yang lalu dan mereka telah bersetuju diadakan satu code of conduct iaitu persetujuan untuk tidak cabar mencabar di kawasan-kawasan yang mengalami tuntutan bertindih.

Kita di negara-negara Asean mengharapkan agar situasi ini dapat diperkekalkan,dipertahankan dan mana-mana kawasan yang timbul konflik agar dapat dielakkandari berlaku sebarang malapetaka.

Malaysia berpendirian rantau Asean harus menjadi rantau yang bebas dan berkecuali daripada campur tangan kuasa-kuasa besar dankita mahu jika ada simpanan hidro karbon di dasar laut China selatan, ianya hendaklah dikongsi bersama dengan negara-negara yang menuntut.

Dengan mewujudkan SPY (special purpose vehicle) iaitu sebuah organisasi yang dianggotai bersama negara-negara yang menuntut, kalaupun tidak lebih dari dua negara, agar kedua-dua negara itu dapat membuat explorasi reserve hidro karbon di kawasan berkenaan.

 Apa yang dilakukan antara Malaysia dengan Brunei dan Thailand dan Vietnam yang mana Petronas berkongsi konsesi kawasan-kawasan berkenaan akhirnya memberi keuntungan kepada semua pihak yang menuntut.

Oleh itu berdekatan mewujudkan kawasan aman,  berdekata nuntuk mewujudkan kawasan bersama dan berdekatan untuk berkongsi simpanan minyakdan gas di dasar laut, laut china selatan.


MCA BANGKIT BAKAL DEDAH SKANDAL KHALID GAGAP ROMBAK RM1 JUTA!!

Posted: 02 Jul 2012 08:27 AM PDT




Satu skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor Pakatan Rakyat, sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat bakal dibongkarkan.

Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan "skandal yang melibatkatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion".

The Star melaporkan Chua berkata, beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan.

Beliau berkata, urusan itu antara lain berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

"Pakatan Rakyat yang mendakwa mereka begitu cemerlang dalam ketelusan, saya mencabar mereka untuk mendedahkan butiran mengenai transaksi itu," kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Chua, yang merupakan seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkata: "Saya akan mendedahkan lebih banyak butiran supaya rakyat dapat membuat penilaian sekiranya Pakatan Rakyat menunaikan jani mereka atau hanya membuat janji-janji kosong."

Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.

"Dedahkan rekod transaksi hartanah yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan seperti KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor)," kata beliau.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Kamaruddin berkata, beliau turut akan mendedahkan perkara yang meragukan melibatkan kerajaan negeri dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, urusan yang didakwa meragukan itu termasuk pemindahan aset PKNS kepada PKNS Holdings untuk memudahkan urusan jualan dan perjanjian usaha sama.

Hamizun turut mempersoalkan mengenai syarikat Worldwide Holdings Bhd di mana kerajaan negeri mempunyai kepentingan majoriti dua tahun lalu, keluar daripada penyenaraian.



PRU13 - DAP SELAR PAS TAMAK KUASA MAHU B'TANDING 80 KERUSI PARLIMEN..!!

Posted: 02 Jul 2012 05:18 AM PDT




Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.

Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".

Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?

Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.

PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.

Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.

PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...