KUALA LUMPUR 10 Julai – Seperti biasa pembangkang akan menafikan serta menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional terhadap apa jua berita yang dilaporkan walaupun sumbernya diperolehi daripada pihak mereka, sedangkan perkara itu ada kebenarannya bagi membalas hasrat Pas untuk bertanding 80 kerusi .
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata penafian DAP sekadar untuk meredakan keadaan kerana perancangan mereka telah terbongkar dan khuatir ia boleh merenggangkan hubungan di kalangan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang terutama membabitkan Pas dan penyokongnya.
"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam debatnya bersama Presiden MCA, Datuk Seri Chua Shoi Lek baru-baru ini, menyatakan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum dan bukannya parti untuk kaum Cina sahaja.
"Oleh itu, bukannya sesuatu yang mustahil bagi DAP untuk bertanding sebanyak itu, malah untuk menunjukkan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum, dua orang Senator yang dilantiknya adalah di kalangan orang Melayu." katanya kepada UMNO-Online di sini.
Menurutnya, perancangan yang dibuat oleh DAP itu mungkin ingin menyahut serta memberi isyarat kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya ingin bertanding sebanyak 80 kerusi pada pilihan raya umum nanti.
"Perancangan DAP untuk bertanding sebanyak 90 kerusi adalah untuk menunjukkan mereka ingin terus mendominasi pakatan pembangkang berbanding Pas yang hanya mahu 80 kerusi sahaja, mereka tidak mahu Pas menjadi tunjang kepada pembangkang, DAP tidak mahu mengikut telunjuk Pas.
" DAP tidak pernah merelakan Pas dalam apa perkara pun, jika dahulu Pas memperjuangkan negara Islam tetapi apabila bersama DAP mereka terpaksa tunduk dan mengikut telunjuk sehingga menukarkan perjuangan mreka selama ini kepada sebuah negara kebajikan," katanya.
Mazlan berkata, walaupun pembangkang menyatakan keputusan mengenai pembahagian kerusi belum diputuskan, namun ia adalah suatu isyarat jelas bahawa Pas tidak boleh mengatasi dalam apa perkara sekalipun terutama berhubung jumlah kerusi yang diperuntukkan.
"Pas perlu sedar mereka hanya boleh bertanding di kawasan yang majoritinya Melayu, sedangkan DAP dan PKR boleh bertanding di mana sahaja kerana mereka parti berbilang kaum, dalam erti kata Pas akan terus menjadi tunggangan dan mengikut telunjuk kepada DAP," katanya
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment