BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! APAKAH PERSAMAAN WAN AZIZAH DAN BETTY CHEW ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Jul 2012 08:30 AM PDT


Ketika Betty Chew,ADUN Kota Laksamana,ditanya di dalam Dewan mengenai dakwaan hubungan sulit suaminya,Lim Guan Eng,dengan bekas pegawai khasnya bernama Ng Phaik Kheng,Betty Chew telah bertindak keluar dewan dalam keadaan marah, tanpa mengia atau menidakkan soalan yang dikemukakan.Tindakan beliau telah mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat bukan sahaja kerana tidak mendapat penjelasan mengenai isu tersebut tetapi juga kerana sikap yang ditunjukkan Betty amat tidak menepati kapasitinya sebagai seorang ahli politik. Betty memarahi Datuk Gan Tian Loo yang membangkitkan perkara tesebut di dalam dewan dengan berkata 'shame on you' atau 'tak malu',malah beliau juga menempelak Speaker Dewan dengan kata-kata yang sama.

Siapa yang sebenarnya tidak malu di sini ???

Sepatutnya Betty Chew yang malu kerana bersikap tidak matang dan tidak professional dalam menangani perkara ini.Jika beliau ingin meminta masyarakat melihat perkara ini sebagai isu peribadi rumahtangganya,maka beliau dan suaminya harus terlebih dahulu bersara sebagai ahli politik.Sedangkan DAP juga sering menyerang musuh politik mereka dengan isu peribadi, jadi kenapakah perlu ada dwi-standard apabila perkara yang sama menimpa mereka ??? Tidak cukupkah dengan bersikap dwi-standard dari segi layanan terhadap kaum dalam menguruskan negeri yang ditadbir DAP,apakah DAP ingin menunjukkan bahawa parti itu adalah dwi-standard dalam segala segi ??? Mungkin menyedari bahawa sikapnya yang marah-marah telah tidak membantu DAP dan suaminya,hatta dirinya sendiri juga,maka Betty Chew dan Guan Eng akhirnya muncul secara rasmi untuk 'membersihkan' nama mereka.Betty menafikan yang suaminya mempunyai hubungan sulit dan juga menafikan yang beliau telah menyerang Phaik Kheng ataupun suaminya.

Namun,sekali lagi Betty tersilap kerana dalam kenyataannya membela dirinya,beliau telah mengaitkan isu peribadi Presiden MCA,Dato' Seri Chua Soi Lek berkenaan skandal beliau tidak lama dahulu.Malah,Betty juga mengaitkan nama isteri Dato' Seri Chua,iaitu Datin Seri Wong Sek Hin yang langsung tiada jawatan atau kena mengena dengan politik dengan meminta beliau menasihati Soi Lek agar tidak memanjangkan isu skandal Lim Guan Eng.Lebih lucu lagi,beliau juga meminta Datin Seri Wong menyeru rakyat agar menolak MCA atas alasan skandal Soi Lek itu.Sebelum menasihati orang lain, Betty harus terlebih dahulu membuat keputusan sama ada skandal peribadi wajar dipolitikkan atau tidak.Kenapakah DAP tidak boleh diserang kerana skandal peribadi tetapi MCA tidak mendapat keistimewaan yang sama ???

Betty harus membandingkan dirinya dengan Datin Seri Wong Sek Hin yang mana kedudukan mereka langsung tidak setara.Datin Seri Wong bukanlah seorang ahli politik,seperti dirinya dan Datin Seri Wong telah menunjukkan betapa beliau seorang wanita yang jauh lebih kental dari Betty dalam menghadapi isu yang sama membabitkan suaminya.Beliau tidak melatah dan tidak mengamuk apabila ditanya mengenainya.Sebaliknya,seperti juga suaminya,beliau menunjukkan sikap matang,mengakui seadanya dan melakukan yang terbaik untuk mengatasi dan memperbaiki rumahtangga mereka.Sebaliknya,Betty mengambil masa untuk menafikan dakwaan skandal Lim Guan Eng dan sudah semestinya penafian yang agak terlambat sudah tidak bermakna lagi.Syak wasangka orang ramai terhadap suaminya kini diperkuatkan lagi dengan sikap Betty sendiri.Lebih buruk bagi Betty ialah apabila Phaik Kheng juga mengambil sikap sama iaitu tidak menafi atau mengiakan apa-apa.Sebaliknya wanita itu meminta Betty menjelaskan sendiri semuanya.

Oleh itu,saya menasihatkan Betty agar berfikir sebelum berkata-kata.Jangan terlalu angkuh ingin menempelak sesiapa sahaja yang mampu menggugat dan mengancam kedudukannya. Sikap angkuh akan mengaburi fikiran sehingga menyebabkan seseorang bertindak tidak matang dan diluar kawalan.Daripada Betty menasihati Datin Seri Wong yang cukup mulia peribadinya, lebih baik Betty memberi nasihat kepada Wan Azizah,isteri kepada Ketua Pembangkang merangkap Anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim.Apakah jenis wanita yang sanggup menjadi isteri kepada seorang biseksual tegar yang terlibat dengan berbagai skandal ??? Apa jenis wanita yang tetap mengagungkan suami yang tidak boleh menolak tarikan seks dengan lelaki lain walaupun tahu yang ianya sebuah perangkap,seperti yang didedahkan oleh perisikan Singapura ??? Apakah jenis wanita yang saban hari menyeru orang ramai agar menyokong dan menyanjung suami yang penipu dan pengkhianat kepada negara ??? Tak perlu Betty Chew mengganggu Datin Seri Wong Sek Hin,jika terlalu terdesak untuk membela diri dan mengalihkan pandangan rakyat.Walau apapun yang berlaku,seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa suami Datin Seri Wong,bukan seorang penipu tetapi suami Betty Chew,tidak banyak bezanya dengan suami Wan Azizah,iaitu sama-sama ada skandal tetapi tidak mahu mengaku,selain penipu,pembohong,kaki belit,diktator,gila kuasa dan pengkhianat negara.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! HIMPUNAN OREN ANTI FGV USAHA SIA-SIA PAKATAN HARAM !!!

Posted: 10 Jul 2012 05:00 AM PDT


April lepas,penghuni dan peniaga di sekitar Kuala Lumpur telah di bebani dengan sampah sarat seberat 8 tan yang bersepah di segenap jalan-jalan utama ibukota hasil sikap tidak bertanggungjawab kira-kira 25,000 orang peserta dan perusuh himpunan BERSIH 3.0.14 Julai ini pula berkemungkinan situasi yang sama sekali lagi akan dihadapi oleh warga KL khususnya para jemaah dan AJK Masjid Wilayah Persekutuan apabila gerombolan pengotor dari PAS sedang berura-ura untuk berdemo di sana atas alasan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).Demonstrasi anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),sebuah NGO tidak berdaftar (haram) yang merupakan proksi kepada PAS itu mensasarkan kehadiran 20,000 orang peserta yang pada mulanya dikatakan hanya melibatkan para peneroka yang condong kepada PAS.

Bagaimanapun,disebabkan ramai peneroka yang memandang sinis dan menunjukkan reaksi negatif pada kerja bodoh yang diketuai oleh AJK PAS Pusat itu,maka terpaksalah arahan pekeliling rasmi dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS mengarahkan ahli-ahli PAS datang beramai-ramai ke demonstrasi tersebut.Dalam isu yang tiada isu seperti FGVH,PAS membangkang sekeras-kerasnya penyenaraian tersebut atas sebab 'takut harta dan tanah peneroka tergadai',walhal sudah diterangkan beratus kali tanah dan rumah peneroka tak terusik seinci pun.Ia langsung tak serupa macam pelaburan KOHILAL,sebuah koperasi milik PAS yang rugi hampir 50 juta dek kerana pengurusan yang singkat akal dan tak cerdik menilai prospek jangka masa pendek dan panjang sesuatu pelaburan.Yang hairannya,sampai sekarang satu demonstrasi pun tak pernah di buat oleh PAS untuk menuntut gantirugi pelabur yang hangus duit dan harta mereka dek kerana kegagalan KOHILAL milik PAS merancangkan pelaburan ahlinya dengan baik.Takkan senyap saja ??? Apakah layak sebuah organisasi yang gagal membawa keuntungan melalui badan pelaburan ciptaannya sendiri tiba-tiba mahu tunjuk pandai dalam bidang pelaburan yang dikelolakan oleh badan lain yang jauh lebih besar prospek kejayaannya ???

Penyenaraian FGVH yang ditentang oleh PAS ini bukannya pelaburan masuk angin keluar asap tambahan pula kajian serta penilaian potensi pengembangannya dilakukan secara berhati-hati dengan matlamat yang jauh ke depan demi kebaikan para peneroka yang melabur.Bagi yang mengikuti perkembangan FGV yang sejak disenaraikan pada hari pertama,ternampak jelas potensinya apabila mencatat premium 84 sen pada hari pertama dan hingga kini menjadi antara kaunter yang kekal aktif.Harga buka cuma RM4.55 dan sehingga artikel ini ditulis harga masih berlegar sekitar RM5.39 hingga RM5.50 sesaham.Dijangkakan dalam tempoh beberapa bulan mendatang harganya dijangkakan positif akan meningkat kepada RM6.00 untuk sesaham. Bayangkan keuntungan yang bakal diperolehi.Tapi kita cerita banyak manapun siap bentangkan bersama fakta sahih bukannya dapat dijangkau oleh fikiran segelintir insan yang cetek akal yang pernah gagal total dalam mengendalikan dana pelaburan macam PAS.Tambah lagi bodohnya PAS dalam bab-bab pelaburan ini apabila mereka mencanangkan pada dunia untuk meminta Yang Di Pertuan Agong campurtangan dengan menarik balik penyenaraian FGV. Tak ke bebal dan bangang namanya.

Mana pernah berlaku dalam dunia hatta di negara-negara maju sekalipun ketua negara sesuka hati camputangan mengarahkan penarikan balik pelaburan dalam bursa saham.Kalau dijadikan amalan,buruk kesannya pada ekonomi negara kerana ia akan mengakibatkan para pelabur dalam dan luar negara mula goyah pada sistem ekonomi negara. Tapi inilah salah satu matlamat PAS, lagi teruk ekonomi negara dan rakyat,lagi cerahlah peluang untuk membakar kebencian pada Kerajaan Pusat.Dalam bab buat kerja tak ketahuan dan bangkang buta tuli dah lama jadi kebiasaan dan sudah semulajadi cukup sinonim dengan pembawaan dan sikap pemimpin dan ahli PAS dulu dan kini sama saja.Baik dan buruk sesuatu perkara bukannya jadi perkiraan mereka ataupun dibuat pertimbangan sewajarnya sebelum keputusan diambil, sebaliknya apa saja yang datangnya dari hasil usaha UMNO dan BN,itulah asas utama yang digunapakai untuk membuat bangkangan.

Percayalah,bila sampai satu tahap tertentu,kian ramai ahli dan penyokong PAS yang sedikit cerdik akan mula bosan dengan politiking dan bangkang tak bertempat yang sekarang ini menjadi tardemark PAS.Kerja berdemo membantah penyenaraian FGVH ini jelas satu kerja yang sangat sia-sia dan ia memang sesuai didukung oleh manusia yang sama level dengannya saja. Tak begitu wahai pembaca Badut Rakyat Sekalian ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KENAPA BETTY LIM NAK MENGAMUK ??? ADA SESUATU KER ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Jul 2012 01:30 AM PDT


Skandal seks,hubungan sulit,kecurangan ahli-ahli politik telah lama digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan mereka,iaitu sejak politik diperkenalkan.Dalam dunia hari ini,terutamanya,tiada rahsia gelap dapat disembunyikan bila laman sosial dan blog menjadi satu cara hidup.Jadi,hakikat yang perit untuk diterima oleh para ahli politik ialah satu-satunya cara untuk mengelakkan 'kecederaan' atau 'kematian' oleh senjata ini ialah dengan tetap setia pada yang satu.Kata orang,pena lebih tajam dari mata pedang dan kata penulis pula,maklumat lebih berkuasa dari wang.Apabila sesuatu maklumat sebegini sampai kepada pihak musuh,kehidupan anda pun musnah.Kecuali jika anda adalah seorang Anugerah Tuhan untuk manusia sejagat seperti Anwar Ibrahim di mana beliau boleh meliwat dan merogol sesiapa dan di mana saja tetapi masih tetap ada penyokong,maka anda tidak akan mampu meneruskan hidup seperti biasa apabila skandal seperti itu terdedah.Justeru,pastinya,Khalifah lantikan PAS,iaitu Lim Guan Eng gagal untuk meyakinkan sesiapa walaupun penyokongnya bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Ng Phaik Kheng,bekas pegawai khasnya yang kini telah ditukarkan ke bahagian lain setelah menerima tekanan dari isterinya, Betty Chew.Ketiga-tiga mereka nampaknya sukar sekali untuk menafikan dakwaan tersebut malah Guan Eng menyalahkan musuhnya,Betty Chew pula bertindak keluar Dewan manakala Phaik Kheng memberitahu media agar bertanya Betty apabila ditanya mengenai perkara ini.

Jelas,Betty Chew benar-benar terjejas dengan skandal ini dan penulis bukannya menokok tambah dengan berkata beliau menjadi meroyan.Dengan keluar dari dewan,menjerit dan mengangkat sepanduk bertulis 'tak malu' terhadap Datuk Gan Tian Loo hanya kerana bertanyakan soalan mengenai skandal suaminya,kita tidak punya masalah untuk membayangkan Betty Chew yang menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng. Dan kita juga tidak punya masalah memahami kenapa Guan Eng mengadakan hubungan sulit.Betty Chew tentunya terlupa sejenak bahawa beliau seorang ahli politik yang sepatutnya menjaga tingkah laku dan tidak hilang kawalan atas apa jua alasan. Kecualilah jika rakyat di kawasannya yang terjejas maka beliau tidak wajar untuk mengamuk kerana isu peribadi. Jika ia isu peribadi maka beliau boleh menjawab Datuk Gan dengan baik dengan jawapan ya atau tidak.Sama ada jawapannya dipercayai atau tidak, bukanlah soalnya.Satu-satunya sebab kenapa Betty Chew meroyan adalah kerana tuduhan tersebut benar belaka. Jika tidak, beliau tentu hanya akan mengetawakannya dan menafikan saja.

Kita faham bahawa Betty Chew marah,bukan terhadap Datuk Gan atau pihak media ataupun BN tetapi terhadap suaminya dan Phaik Kheng kerana melukakan hatinya dan memalukannya.Oleh kerana beliau tidak dapat 'menyentuh' Phaik Kheng tanpa mengambil risiko terdedah kepada internet lagi, beliau tidak punya saluran lain untuk melepaskan kemarahannya, melainkan kepada musuh politiknya.Oleh itu,jika ada sesiapa yang layak menerima perkataan 'tak malu',ia adalah Betty sendiri kerana tidak bersikap sebagai wanita sejati,sebagai seorang isteri Ketua Menteri dan sebagai seorang ahli politik.Jika hati Betty boleh disejukkan,salah satu caranya ialah mungkin dengan meminta beliau membayangkan apakah yang dilalui oleh Wan Azizah setiap hari sepanjang perkahwinannya dengan Anwar Ibrahim. - Susan Lim

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! 2 NILAI BURUK PAKATAN HARAM TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 09 Jul 2012 10:00 PM PDT


Gesaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat baru-baru ini supaya menolak Pakatan Haram pada pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tepat pada waktunya.Demi masa depan pengundi,anak-anak mereka dan generasi akan datang,rakyat perlu mengguburkan pakatan haram di peti undi atas tiga faktor penting yang berkait dengan nilai buruk yang akan merosakkan negara.Faktor pertama,kata Perdana Menteri,Pakatan Haram tidak menepati janji yang mereka buat semasa berkempen setiap kali datangnya pilihan raya.Kelantan sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS yang mendabik dada kononnya parti itulah pejuang Islam paling hebat di negara ini.Namun pemerintahan dua dekad telah membuka mata rakyat mengenai kegagalan serius PAS menjaga kebajikan rakyat yang menjadi asas kepada pentadbiran berlandaskan Islam.

Sehingga kini PAS gagal menyelesaikan Kelantan masih gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyatnya menyebabkan negeri itu ketinggalan berbanding negeri-negeri.Rakyat Kelantan juga masih ternanti-nanti bilakah PAS akan menunaikan janjinya yang dibuat lebih 20 lalu untuk menyediakan bekalan air minum yang bersih.Kalau 20 tahun masih tidak mampu untuk menyelesaikan perkara asas kebajikan rakyat,apa lagi yang boleh diharapkan dari parti yang menjadikan ceramah politik sebagai aktiviti utamanya.Begitu juga PKR yang hebat menabur janji semasa PRU-12 di Selangor sehingga berjaya memperdayakan rakyat.Pakatan Haram memberi 20 meter padu aip percuma kepada rakyat tetapi secara senyap-senyap tindakan itu telah menambah beban hutang kerajaan negeri kepada lebih RM200 juta.Setiap kali kerajaan negeri kekurangan dana,aset dan harta negeri akan dijual.Janji yang mereka buat masih tinggal janji,janji mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan cukai premis sebanyak 10 peratus masih tidak tertunai.

PKR berbohong apabila berjanji untuk membuka tabung permulaan RM bagi setiap anak kelahiran Selangor.Begitu juga bantuan RM75 bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri tinggal janji manis di mulut sahaja. Janji kosong PKR juga termasuk bantuan RM50 sebulan bagi pendidikan pra-sekolah serta elaun kepada golongan ibu tunggal di Selangor.PKR juga menipu rakyat dengan menjanjikan caruman takaful berjumlah RM2,500 kepada golongan warga emas,ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).Kononnya PKR mahu membawa 'Harapan Baru' kepada Selangor tetapi sehingga kini tidak satu pun janji-janji tersebut berjaya ditunaikan.

Nilai buruk kedua,menurut Perdana Menteri ialah pakatan haram mengajar supaya budi baik yang dilakukan tidak perlu dikenang atau dihargai.Sememang itulah sikap dan perangai pakatan haram sejak dahulu lagi tidak pernah mahu melihat kebaikan pihak kerajaan kerana hati mereka penuh dengan dendam kesumat dan nafsu untuk mendapatkan kuasa.Mereka sengaja memekakkan telinga,membutakan mata dan membisukan mulut untuk memberitahu kepada rakyat kemajuan sebenar yang telah di bawa oleh BN tetapi memilih jalan untuk meneruskan budaya fitnah,maki hamun dan mencaci pemimpin negara.Malah pakatan haram tidak mempunyai sifat patriotik apabila sering kali mereka memburuk-buruk imej negara di dunia luar.Lebih dahsyat,kata Perdana Menteri lagi, Ketua Pembangkang menghasut rakyat supaya jika berhutang,ianya tidak perlu bayar balik.Anwar menghasut supaya golongan pelajar institusi pengajian tinggi tidak membayar balik pinjaman PTPTN kerana Pakatan Rakyat berjanji mahu menghapuskannya jika berkuasa di Putrajaya.Jika di Selangor,Anwar berbohong,tidak syak lagi pemansuhan PTPTN adalah satu lagi auta besar beliau

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH PAS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 09 Jul 2012 07:00 PM PDT


1. Kita hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu taksub kepada pemimpin.

2. Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz. Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

3. Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau Mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka.

4. Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, samada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz. Kemenangan PAS di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi.

5. Demikian jugalah dengan lain-lain kenyataan dan sikap yang lari jauh dari ajaran Islam saperti menidakkan keIslaman orang yang tidak menyertai atau menyokong PAS.

6. Dahulu kerjasama antara UMNO dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Sekarang PAS di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud.

7. Saya masih ingat semasa kita bangunkan Putrajaya, Nik Aziz mendakwa apabila PAS memerintah Negara ini, Kerajaan PAS akan lelong Putrajaya. Hari ini lain pula bunyinya. PAS berjuang untuk ke Putrajaya sebagai pemerintah.

8. Dalam masyarakat Islam penyelewengan kerap berlaku kerana ajaran sesat yang disampaikan oleh ulama yang tidak bertanggungjawab. Adanya Qadiani dan puak-puak tertentu yang lain ialah kerana taksub kepada pemimpin agama. Kita lihat bagaimana kuatnya pegangan pengikut Ashaari dan Ayah Pin kepada ajaran mereka.

9. Di India, British menggalakan penubuhan dan perkembangan Qadiani kerana ia akan memecah-belah orang Islam dan melemah mereka. Kita syak yang pendaftaran dengan pantasnya Parti Islam Se Malaya oleh British juga mempunyai niat yang sama. Ia berlaku diwaktu orang Melayu buat kali pertama bersatu untuk menentang British. Bahawa PAS, dalam Pilihanraya 1955 menentang kemerdekaan Malaya memanglah menepati hasrat British. Tetapi perjuangan PAS untuk melambatkan kemerdekaan gagal.

10. Dalam Pilihanraya 1955 PMIP hanya menang satu kerusi. Selepas itu PMIP bersungguh-sungguh mengguna agama sehingga dalam Pilihanraya Umum 1959 Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangannya. Walaupun Kerajaan PAS Terengganu runtuh dan diganti dengan Perikatan tetapi ini tidak kurangkan ketaksuban kepada PAS.

11. Berpecah dan lemahnya umat Islam ialah kerana taksub kepada kepimpinan lebih dari ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Al Quran.

12. Keadaan orang Islam dan agama Islam di Malaysia begitu juga. sesungguhnyalah segala keburukan datangnya dari orang Islam sendiri.

Sumber Chedet

HOT NEWS !!! DEBAT LGE DAN CSL : SAH !!! LIM GUAN HANYA POLITIKUS JALANAN !!!

Posted: 09 Jul 2012 04:00 PM PDT


Sebagai seorang yang berorientasikan hasil dari sesuatu pekerjaan,saya biasanya tidak gemar menonton debat terutamanya apabila tujuannya bukanlah untuk membandingkan idea,cara atau penyelesaian terbaik untuk menangani sesuatu isu tetapi sekadar untuk memberi publisiti kepada pendebat.Bagi saya,debat yang tujuannya adalah untuk publisiti membuang masa dan tidak akan membawa ke mana kerana sehabis debat,tiada apa yang berlaku melainkan orang ramai bercakap-cakap mengenai pendebat dan bukannya penyelesaian.saya akui bahawa debat antara Presiden MCA,Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng agak menarik juga.Menarik di sini adalah dari segi pembentangan hujah mengenai isu yang 'menambat' masyarakat Cina di Malaysia akhir-akhir ini.Diketahui bahawa faktor 'kaum Cina' merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya ke-13.Oleh itu,isu yang menambat hati mereka,pastilah menjadi isu penting untuk semua.Selama ini,pakatan haram giat menanam dalam fikiran penyokong mereka bahawa parti Barisan Nasional langsung tidak membela rakyat.Seolah-olah selama ini,UMNO,MCA dan MIC tidak berbuat apa-apa dan negara ini kekal aman,makmur dan maju secara semulajadi.Seolah-olah keupayaan kaum Cina menguasai ekonomi negara ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa UMNO terlibat dalam mendengar dan memberikan mereka peluang dan tanpa MCA membela dan memperjuangkan hak mereka.

Dan sudah tentu sekali,hujah yang sedemikian dapat dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam debat tersebut. Beliau berjaya membentangkan hakikat bahawa jasa MCA dan BN terlalu banyak kepada semua kaum Dan beliau berjaya menyatakan dengan tegas bahawa sikap toleransi dan matang setiap parti dalam komponen BNlah yang meletakkan Malaysia di mana ia berada hari ini.Tiada satu pun dari semua fakta ini dapat dinafikan oleh Guan Eng dalam debat tersebut,apatah lagi apabila beliau sendiri merupakan produk MCA.Apa yang melucukan apabila Guan Eng cuba menggambarkan yang MCA adalah rasis dengan hanya berjuang untuk kaum Cina dan kononnya DAP adalah parti untuk semua kaum.Sememangnya MCA ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum Cina,sepertimana UMNO untuk Melayu dan MIC untuk India.Tugas MCA terhadap kaum Cina itu telah termaktub dan untuk Guan Eng membangkitkan hal ini sebagai isu,menjadikannya kelakar.MCA seperti juga UMNO dan MIC walaupun ditubuhkan untuk dan kerana kaum masing-masing,telah bersetuju dan sepakat untuk bekerjasama di bawah BN.Dengan ikatan kerjasama ini,masing-masing memahami dan menerima tanggungjawab untuk menjaga sensitiviti,menghormati,bertolak ansur,malah melakukan sedikit pengorbanan, jika perlu, demi kebaikan semua pihak.

Berlainan dengan DAP,walaupun mendabik dada sebagai parti untuk semua kaum tetapi majoriti ahlinya adalah dari satu kaum sahaja iaitu Cina dan kepimpinan tertingginya didominasi oleh bukan sahaja dari kaum yang sama, tetapi dari 'clan' yang sama juga.Malah,DAP juga telah terbukti menindas dan menganaktirikan kaum lain malah telah beberapa kali mencabar sensitiviti budaya dan agama yang dianuti kaum lain seperti mempersoalkan azan dan tulisan jawi di papan tanda jalan, sedangkan tulisan jawi bukan sahaja merupakan sebagai simbol agama rasmi tetapi juga warisan sejarah masyarakat Melayu negara ini.Suatu ketika dulu,DAP telah dengan sengaja menunjuk biadab dengan enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan Rakyat serta mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu.Andainya Raja-raja terdapat di kalangan kaum Cina,kita pasti DAP tidak mungkin akan mempersoalkannya.Tetapi,apa yang lebih penting dan paling menarik dalam debat antara dua pemimpin kaum Cina ini ialah ia membolehkan kita menilai peribadi dan sikap mereka secara langsung.Peribadi dan sikap pemimpin adalah penting bagi menentukan cara pemikiran dan pentadbiran mereka.Guan Eng ternyata banyak membaca teks dan tidak mampu mengemukakan hujah secara spontan.Soi Lek pula tampil tenang dan matang dan tidak terlalu bergantung kepada teks.

Cakap-cakap kedai kopi,malah ulasan di radio banyak memperkatakan tentang sikap Guan Eng yang tidak menepati jawatannya sebagai pemimpin negeri dan antara pemimpin tertinggi parti.Guan Eng begitu beremosi dan tidak mampu mengawal dirinya sehinggakan debat tersebut akhirnya menjadi satu 'ceramah' politik DAP.Menurut satu komen,Guan Eng kelihatan bagai seorang politikus jalanan atau ketua samseng yang hanya tahu mengejek dan memperkecilkan Soi Lek seolah-olah mengumpan beliau bertumbuk dengannya.Dalam semua isu,Guan Eng gagal menyatakan hujahnya dengan baik, gagal mematahkan hujah Soi Lek dengan baik serta gagal menonjolkan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang layak untuk menerajui sebuah negeri, sekali gus membuktikan yang DAP tidak layak untuk menerajui sebuah negara.Malah,Guan Eng sendiri tentu sudah dapat merasakan sendiri bahawa dirinya sudah kalah apabila beliau gagal menjawab soalan dari panelis iaitu, Datuk Seri Chor Chee Heung yang meminta penjelasan mengenai 'janji-janji Buku Jingga'.Soalan mudah tersebut dijawab Guan Eng dengan gurauan dan menuduh Datuk Chor pastinya membaca Buku Jingga yang salah sebelum melalut keluar topik menceritakan mengenai pencapaian pentadbirannya di Pulau Pinang.

Kesimpulannya,DAP adalah sebuah parti yang sesuai untuk para kongsi gelap dan samseng jalanan sahaja.Ia tidak sesuai untuk diletakkan sebagai parti pemerintah. Sebelum ini, beberapa blog pernah mendedahkan bagaimana rupa surat rasmi yang ditulis oleh wakil-wakil DAP dalam Bahasa Kebangsaan yang tunggang langgang bagaikan ditulis oleh tauke jual sayur.Pemimpin-pemimpin DAP juga telah beberapa kali menunjukkan sikap tidak beradap dan tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi seolah-olah tidak mendapat pendidikan dengan sempurna di rumah.Dengan skandal terbaru Guan Eng yang terdedah dan slogan 'Cekap,Amanah dan Telus' yang terbukti hanyalah retorik,bolehlah dikatakan yang bukan sahaja Guan Eng yang kalah debat tetapi DAP secara keseluruhannya sudah kalah dari segi isu, moral,kredibiliti dan segala-galanya.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...