KUALA LUMPUR 10 Julai – Pas, DAP dan PKR merupakan parti yang mengamalkan kronisme dan struktur kepimpinan berbentuk dinasti tegar, apabila kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti tersebut dilihat cuba mewarisi jawatan kepimpinan parti kepada waris keturunan masing-masing.
Ini jelas menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan, sebagai contoh DAP seumpamanya dikuasai oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Begitu juga tiga beranak yang turut berkuasa mendominasikan DAP iaitu Karpal Singh dani anaknya Jagdeep Singh Deo, Ahli Parlimen Datuk Keramat, Gobind Deo Singh, Ahli Parlimen Puchong, yang turut memegang jawatan tertinggi di dalam parti.
Malah katanya, kini sudah ada sebahagian pemimpin Cina DAP yang merasa kecewa kerana Kit Siang terlalu memihak dan melindungi Guan Eng dalam apa jua perbincangan dan isu dalaman parti.
"Mereka ini adalah anak-anak pemimpin tertinggi pusat yang diberikan laluan sutera tanpa bersusah payah untuk memegang jawatan tertinggi di dalam parti. Mereka hanya menumpang tuah nama bapa-bapa mereka, sedangkan kualiti kepimpinan pada diri mereka masih belum terbukti," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Sambung beliau, inilah juga yang berlaku di dalam PKR di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihat PKR, isterinya Datin Seri Azizah pula menjadi Presiden PKR, dan anaknya Nurul Izzah juga mempunyai jawatan penting di dalam PKR.
"Namun, Anwar sering menuduh UMNO mengamalkan kronisme tetapi dia sendiri tidak sedar, bahawa partinya sendiri, dan rakan-rakannya DAP dan Pas juga dengan mengamalkan konsep kronisme sekaligus kepimpinan secara dinasti di dalam parti mereka," tegas beliau.
"Jadi DAP, PKR dan juga Pas tidak perlulah asyik-asyik menuding jari dan menuduh UMNO dan BN mengamalkan kronisme, sedangkan pada realiti sebenar, mereka lebih teruk lagi. Kita boleh lihat, di dalam ketiga-tiga parti tersebut, kesemua kepimpinan tertinggi parti tersebut, mempunyai waris keturunan mereka yang turut memegang jawatan penting dalam parti," ujar beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tegas beliau politik yang berdasarkan kronisme dan dinasti kekeluargaan ini amat merbahaya dan tidak sihat kepada perkembangan politik negara kerana pemilihan pemimpin tidak lagi berdasarkan merit seseorang individu itu, tetapi lebih kepada anak siapa seseorang individu itu.
"Jika pemilihan kepimpinan sesebuah parti berdasarkan dia anak siapa, tanpa melihat kepada kredilibiti dan kemampuannya sendiri, ia akan menyebabkan seseorang yang tidak punyai kebolehan memimpin dipilih sebagai pemimpin, hanya kerana berdasarkan individu itu anak seseorang pemimpin tertinggi di dalam parti tersebut", ujarnya.
Tambah beliau lagi dengan kepimpinan dinasti yang diamalkan oleh pemimpin peringkat tertinggi ketiga-tiga parti tersebut, maka disebabkan itulah wujudnya dinasour politik yang tidak kenal erti bersara biarpun usia sudah lanjut dan tubuh yang sudah dimamah usia.
Di dalam DAP, Lim Kit Siang masih lagi berkuasa biarpun sudah berpuluh tahun memegang jawatan tertinggi parti. Begitu juga dengan Karpal, biarpun sedang sakit namun tetap tidak mahu melepaskan jawatannya. Di dalam Pas pula, untuk memastikan kesinambungan pemerintahan warisannya, Nik Aziz terus bertahan biarpun kini sudah kelihatan amat uzur untuk memerintah, jelas beliau.
"Manakala di dalam PKR pula, Anwar yang sudah mencecah usia hampir 70 tahun tetap ingin menjadi ketua. Biarpun katanya mahu bersara, tetapi apakah kita boleh percaya cakap ahli politik seperti beliau ini? Dan sebenarnya, pemimpin-pemimpin di dalam ketiga-tiga parti ini seolah-olah tidak percaya kepada orang lain, khususnya golongan muda untuk mengambil alih pemerintahan parti dengan menetapkan hala tuju yang lebih relevan dan sesuai dengan perkembangan zaman.
"Pemimpin-pemimpin lama di dalam DAP, PKR dan Pas sebenarnya perlu sedar diri, bahawa idea dan pendekatan politik yang mereka bawa sebenarnya sudah tidak lagi relevan serta tidak kena lagi dengan citarasa dan inspirasi golongan muda di negara ini," ujarnya lagi.
Justeru itu menurut beliau, rakyat perlu membuka mata supaya tidak mudah tertipu dan terpengaruh dengan agenda politik pembangkang untuk menguasai putrajaya, yang hakikatnya bukanlah semata-mata untuk membela rakyat, tetapi adalah lebih kepada untuk mengekalkan serta memperkukuhkan amalan politik kronisme dan dinasti yang sudah wujud sejak sekian lama di dalam parti masing-masing
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment