BADUT RAKYAT |
- ISU RUMAH URUT DI SELANGOR !!! RONNIE LIU DI CABAR UNTUK LETAK JWATAN !!! ADA BERANI ???
- EKSKLUSIF !!! 14 SEBAB KENAPA ANDA MESTI MENJAUHI PARTI PAS !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KANTOI !!! MAHASISWA MEMBUAT LAPORAN POLIS KERANA DILIWAT OLEH ANWAR IBRAHIM !!!
- HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM KEMBALI CERAMAH UNTUK MEMBELA DIRI KERANA RAYUAN SAIFUL BUKHARI !!!
- HOT NEWS !!! KERANA POLITIK RAKYAT SELANGOR MENDERITA KERANA GANGGUAN AIR !!!
ISU RUMAH URUT DI SELANGOR !!! RONNIE LIU DI CABAR UNTUK LETAK JWATAN !!! ADA BERANI ??? Posted: 16 Jul 2012 02:18 PM PDT Exco Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan,Ronnie Liu didesak meletakkan jawatan di atas kegagalannya dalam menangani masalah pertambahan rumah-rumah urut dan hiburan di Selangor.Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Negeri Selangor (Gagasan Selangor) melalui Setiausahanya,Mohd Faizal Salleh berkata kenyataan Ronnie semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengesahkan bahawa beliau gagal sebagai Exco yang menjaga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor sehinggakan bertambahnya pusat dan rumah urut di selangor "Sebaliknya Ronnie mengatakan masalah sosial yang membabitkan aktiviti berkenaan (pusat dan rumah urut) adalah isu penguatkuasaan dalam portfolio ini," katanya dalam satu kenyataan. Antarapos Melaporkan,Menurutnya,banyak kes terdahulu yang melibatkan penguatkuasaan dan operasi bersepadu PBT dan agensi kerajaan negeri mendapat tentangan dan halangan. "Termasuklah mereka menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kononnya menjadi dalang termasuk kes gereja di Petaling Jaya dan rampasan arak yang dijual di kedai serbaneka 24 jam di sekitar Shah Alam," katanya. Sebelum itu,Ronnie menolak alasan kewujudan rumah urut dan pusat hiburan sebagai penyumbang masalah sosial di Selangor semasa menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seabak,Datuk Warno Dogol pada sidang DUN baru-baru ini.agasan Selangor selain itu juga mencabar Ronnie memberikan data lengkap dan pecahan di mana 571 rumah dan 775 pusat hiburan yang beroperasi di selangor sebagaimana jawapan beliau ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Warno mengenai rumat urut dan pusat hiburan mengikut kawasan pentadbiran PBT di Selangor.Dalam pada itu,Ronnie gagal dihubungi AntaraPos bagi mendapatkan respon mengenai desakan meletakkan jawatan Gagasan ke atasnya. |
EKSKLUSIF !!! 14 SEBAB KENAPA ANDA MESTI MENJAUHI PARTI PAS !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 Jul 2012 08:30 AM PDT 1) Mengikut kaedah Usuluddin,barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan. Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20.Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga.tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu? - Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan. 2) Kalimah hina Tuhan tu haram,kita nak kata tak boleh.Ulama yang bercakap lagu tu kena auhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh.Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh. - Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah. 3) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama. - Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala,Thailand. 4) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India,dia bukan alim di Mekah.Dia alim di India.Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja. - Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu. 5) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke,ulama dan sebagainya.Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul. - Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis. 6) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.. - Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan. 7) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni.Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku. - Dr. Fakaruddin Abdul Mukti,Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan. 8) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak,tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT. -Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis. 9) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja. - Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah. 10) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah,sifat yang dicela oleh syarak.Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam. - Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu,Kelantan. 11) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran,misalnya Yaadon,nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh.Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya.Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab imi adalah satu dosa besar. - Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan. 12) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim,lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak. - Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan. 13) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah sanseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat. - Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan. 14) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng.Apa yang Tok Guru saya ajar ialah tuhan itu maha kaya, maha penyayang, maha pengasih, dan maha pengampun. - Haji Wan Ismail Yaakob, 70 tahun Guru Al-Quran, Ketereh Kelantan Sumber Gelombang Kick |
HOT NEWS !!! KANTOI !!! MAHASISWA MEMBUAT LAPORAN POLIS KERANA DILIWAT OLEH ANWAR IBRAHIM !!! Posted: 16 Jul 2012 04:50 AM PDT sumber yang boleh di percayai memberitahu petang tadi ada satu laporan Polis telah di buat ke atas Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah di liwat Oleh Pemimpin PKR pada malam sebelumnya.Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.apa pun yang terjadi semua Kedutaan dalam Malaysia di minta untuk tidak melindungi Anwar Ibrahim jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu.itu sahaja saya pinta.adakah benar kejadian ini berlaku ??? TUNGGU... |
HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM KEMBALI CERAMAH UNTUK MEMBELA DIRI KERANA RAYUAN SAIFUL BUKHARI !!! Posted: 15 Jul 2012 10:00 PM PDT Pusingan kedua pencacaian Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam kes liwat sudah kian ketara.Anwar menerusi blognya mengatakan rayuan berkenaan menunjukkan undang-undang di Malaysia tidak adil.Katanya lagi,rayuan tersebut adalah zalim dan proses mahkamah yang telah diamalkan oleh Malaysia semenjak sekian lama,amat zalim. Puncanya mudah… Yang terlibat dalam kes itu adalah dia. Dia yang tertekan. Dia yang gagal mencari kaedah pembelaan diri sebaik-baiknya untuk mengeluarkan cop liwat daripada dirinya. Sebaliknya peluang perundangan tidak dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Anwar bahkan menggunakan kaedah berpolitik bagi membersihkan namanya dengan menjadikan alasan kononnya kes berkenaan adalah kes politik.Air mani,DNA dan sebagainya bukannya kes politik. Itu adalah elemen dalam kes jenayah. Seharusnya Anwar Ibrahim membersihkan dirinya dengan keluar daripada kepompong politik dan tidak terus menjadikan pentas politik sebagai medan buatnya membela diri. Anwar Ibrahim perlu membela diri secara tulen dengan memberikan keterangan di mahkamah. Namun mengenali Anwar Ibrahim, semuanya itu adalah mustahil. Apatah lagi dalam kes liwat yang menyaksikan Anwar Ibrahim dibebaskan kerana 'sebab-sebab misteri dan janggal', Anwar sebenarnya tidak mempunyai sebarang usaha menampilkan bukti-bukti yang lebih kemas untuk mempertahankan diri.Pusingan kedua telah pun berlangsung. Agak perlahan sedikit kali ini kalau dibandingkan pada pusingan pertama dahulu untuk para pekerja propaganda Anwar Ibrahim menjalankan tugas. Barangkali mereka menunggu perbicaraan di Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memulakan usaha untuk mengutuk semua sistem dan semua orang di negara ini kecuali Anwar Ibrahim. Perhatikan sahaja gerak-geri Anwar Ibrahim. Anwar sudah dapat berasa bahangnya apabila mula bercerita tentang emosi dan sentimental. Anwar sudah mula berasa hangat punggung apabila cuba menarik simpati dengan cerita dia akan menyambung kerjaya sebagai pensyarah serta bersara terus dari dunia politik.Walaupun Anwar Ibrahim sangat sedar yang rakyat Malaysia tidaklah sebodoh mana untuk menelan kata-katanya begitu sahaja, sebagai orang yang akidahnya adalah BOHONG, Anwar meneruskan juga pembohongannya demi meraih simpati daripada para pengikut dan rakyat Malaysia. Secara logik, atas kapasiti apa Anwar Ibrahim hendak mengajar atau meneruskan kerjaya selaku pensyarah? Anwar sendiri adalah bekas pelajar yang keciciran dan kelulusannya tidak melayakkannya untuk bergelar pengajar atau pensyarah. Anwar juga tidak mempunyai latar belakang sebagai ahli perniagaan walaupun dia kerapkali dipaparkan sebagai ahli ekonomi. Apatah lagi kelulusan mata pelajaran ekonominya amat menyedihkan.Apa yang menjadi kepakaran Anwar Ibrahim adalah pembohongan. Anwar hidup dengan pembohongan dan pembohongan menjadi salah satu daripada rukun hidupnya. Kalau tidak berbohong walau sehari pun, Anwar Ibrahim barangkali sesak nafas.Atas apa-apa sahaja alasannya, Anwar Ibrahim akan terus berbohong semahu-mahunya. Daripada perkara sekecil-kecilnya sehinggalah kepada soal keselamatan negara,Anwar Ibrahim kekal berbohong dan menipu. Anehnya,setiap pembohongan Anwar Ibrahim dipercayai dengan sesungguh-sungguh hati oleh para pengikutnya. Anwar berjaya menjadikan pembohongannya sebagai satu ketetapan yang perlu diterima dan dihadami oleh para pengikutnya.Justeru perbicaraan di Mahkamah Rayuan untuk kes liwat kedua, pastinya akan menggalakkan lagi Anwar Ibrahim untuk menipu dan mengalihkan perhatian para pengikutnya daripada perkara sebenar. Anwar pastinya tidak mahu para pengikutnya termakan dengan fakta-fakta dengan menimbulkan persepsi-persepsi yang sudah tentu akan berpihak kepadanya.Bahkan lebih tepat lagi, Anwar Ibrahim akan mula bergerak dan berceramah di seluruh negara, membela dirinya di pentas ceramah dan apabila di mahkamah, dia akan mencari-cari kaedah teknikal untuk menang seperti yang dilakukannya pada perbicaraan liwat sebelum ini Dan Anwar Ibrahim sudah pun memulakan gimik pembelaan diri di pentas ceramah dengan kejadian di Langkawi - Selangor Daily |
HOT NEWS !!! KERANA POLITIK RAKYAT SELANGOR MENDERITA KERANA GANGGUAN AIR !!! Posted: 15 Jul 2012 07:00 PM PDT Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bercadang melaksanakan catuan air di Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang berikutan krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.Justeru itu,Syabas akan mengemukakan pelan tindakan proaktif yang antara lain cadangan catuan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada minggu depan.Ketua Pegawai Eksekutif Syabas,Datuk Ruslan Hassan berkata tindakan proaktif perlu diambil bagi menyelesaikan krisis air yang melanda tiga kawasan berkenaan berdasarkan aduan pengguna. "Jika diluluskan SPAN,Syabas akan mencatu air di kawasan berkenaan.Kita akan memaklumkan kepada penduduk sebelum melakukan catuan itu," katanya dalam sidang media di kawasan perumahan Taman Sungai Besi Indahdi ibu negara hari ini. Menurutnya 125,075 akaun kilang, rumah dan kedai di Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering menghadapi gangguan bekalan air.Ruslan mengesahkan bahawa krisis bekalan air sudah pun melanda Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan kapasiti pengeluaran air terawat daripada Loji Rawatan Air (LRA) tidak mampu menampung permintaan sejak kebelakangan ini.Berikutan dengan permintaan yang meningkat,beberapa kolam utama mengalami penurunan paras air sehingga rezab bekalan air bersih kini di tahap kurang daripada tiga peratus,katanya. Beliau berkata keadaan itu menyebabkan tekanan air rendah sehingga menjejaskan bekalan air kepada kurang sejuta penduduk di sekitar kawasan Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.Senario itu,katanya menyebabkan beberapa LRA beroperasi pada tahap maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuknya serta berhadapan tekanan untuk memenuhi permintaan.Sejak sebulan lepas,permintaan bagi air terawat berada pada tahap 4,349 juta liter sehari (JLH) walaupun kapasiti bekalan air yang boleh dikeluarkan serta diagihkan dari kesemua 34 LRA adalah pada 4,371 JLH sahaja. Ruslan menjelaskan keadaan itu menunjukkan kapasiti bekalan air berada pada tahap kritikal berikutan permintaan air melepasi kapasiti yang boleh diagihkan LRA.Beliau menegaskan fakta yang dikeluarkan Syabas adalah berdasarkan unjuran sebenar dan pihaknya bersedia mendedahkan segala maklumat yang diperlukan berkaitan krisis itu untuk kepentingan pengguna. "Ini sejajar dengan tanggungjawab yang telah diamananhkan kepada Syabas untuk mengagihkan bekalan air kepada pengguna seperti termaktub di dalam perjanjian konsesi," katanya. Media sebelum ini melaporkan bahawa kira-kira 1.8 juta pengguna di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengalami krisis bekalan air sekiranya Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor serta pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih belum siap menjelang 2014.Justeru,Ruslan meminta supaya Kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Pusat segera berbincang bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 mengikut jadual yang ditetapkan. "Saya harap rundingan ini akan membuahkan hasil.Jika projek ini diteruskan serta merta, ia mengambil masa sekurang-kurangnya empat tahun untuk disiapkan. Dalam tempoh itu, rakyat semakin bertambah dan menyebabkan permintaan air juga akan meningkat," katanya. Sementara itu, wakil penduduk kawasan perumahan Taman Sungai Besi Indah, Ho Kok Siong, 61, berkata gangguan bekalan sering berlaku di kawasan itu sejak tahun lepas dan semakin teruk tahun ini. "Saya minta Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor segera selesaikan masalah ini. Kami sudah tidak tahan jika setiap hari tiada bekalan air yang kadang-kala berlarutan sehingga seminggu," katanya yang tinggal di kawasan itu sejak 20 tahun lalu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment