BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! KEPERCAYAAN UNCLE SEEKERS MEROSAKKAN AKIDAH !!!
- EKSKLUSIF !!! FENOMENA ARTIS MENJADI ULAMA SEGERA !!! ADAKAH BETUL BERTAUBAT ATAU SEKADAR POPULARITI ???
- KANTOI !!! TERBUKTI HIMPUNAN OREN ADALAH USAHA PAKATAN HARAM UNTUK MENDAPAT PUBLISITI MURAH !!!
- EKSKLUSIF !!! SUAMI MUHDALINA MERUNGKAI MISTERI AMUK DI JPM !!! WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! JELAJAH #JANJIDITEPATI MEMBUAT KAN ANWAR IBRAHIM MEROYAN DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!
- HOT NEWS !!! DR CHANDRA MUZAFFAR MEMBONGKAR KISAH ANWAR IBRAHIM DAN HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT !!!
EKSKLUSIF !!! KEPERCAYAAN UNCLE SEEKERS MEROSAKKAN AKIDAH !!! Posted: 15 Jul 2012 08:30 AM PDT Dah nama pun makhluk ghaib,macam mana uncle seekers ni boleh nampak ??? ni yang saya pelik dari dulu sampai sekarang.boleh ker pakai kamera murah ??? tanya jer.Kot ya pun nak cari makan,carilah dengan cara yang halal.Benda macam ni bukan sahaja tidak halal.malah ia boleh merosakkan aqidah umat Islam.Orang macam ni memudahkan kerja syaitan.Dengan bantuan uncle seekers ni,kerja menyesatkan dan merosakkan aqidah umat Islam jadi lebih mudah.Dah nama pun makhluk ghaib,macam mana dia boleh nampak ??? nak ulang balik ayat di atas,muahahaha...Sangat menghairan bila orang biasa macam depa ni boleh nampak makhluk ghaib. saya nak tanya ni.orang kena siksa dalam kubur tu nampak tak ??? cuba cerita sikit kot-kot boleh nampak sekali ke.manalah tahu.Perkara ghaib juga tu.Pendek kata orang yang nampak makhluk ghaib ni adalah PENIPU atau dia dah kena tipu dgn makhluk ghaib tu semua.jom kita lihat video di bawah RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 15 Jul 2012 05:00 AM PDT Fenomena artis mahu bertaubat sering diperguna oleh golongan tertentu.Sehinggakan ada yang "pencen" dari menjadi artis lalu menjadi "ustaz segera" atau "ustazah segera" mahupun ada juga yang menjadi "ulama segera".Bila masa mereka menuntut ilmu sehingga diberikan pentas untuk mengajar masyarakat berkenaan ilmu yg mereka sendiri tidak pelajari ??? Ada juga menjadi ustaz lalu orang lain pula dikafirkannya.Ada juga mengambil kesempatan mempergunakan artis yg mahu bertaubat ini sebagai pencetus populariti untuk diri mereka sendiri.Ada yang suka-suka petik hadis yang dia sendiri tidak mendalaminya lalu tak semena-mena mendhaifkan hadith yg berkurunnya sahih.ini yang saya hairan bin ajaib. Bukan tidak boleh menceritakan pengalaman diri.Tetapi sampai bila kita mahu dengar pengalaman mereka ??? cuba anda fikir wahai pembaca Badut Rakyat ??? tidak cukupkah cerita mereka yang kita lihat di kaca televisyen dan kisah hidup mereka di dada akhbar ??? macam-macam yang terjadi pada diri mereka keluar kan ??? Tidakkah sudah sampai waktunya mereka pula duduk di bawah dan mengikut pengajian yang telah lama mereka tingalkan ??? Atau masih beratkah hati mereka meninggalkan dunia hiburan ??? Jangan kita terlalai dengan keduniaan yang disangkakan agama ini.Mari kita semak semula,adakah perkara yang kita lakukan ini benar-benar kerana Allah ??? LIHAT VIDEO DI BAWAH RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! TERBUKTI HIMPUNAN OREN ADALAH USAHA PAKATAN HARAM UNTUK MENDAPAT PUBLISITI MURAH !!! Posted: 15 Jul 2012 01:30 AM PDT Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas,pakatan haram hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang.Mungkin kerana tidak puas hati dan ingin 'test power' memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi yang diadakan petang semalam.Kali ini,dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk 'menyelamatkan Felda'.Menurut mereka,para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda.seperti yang telah saya beritahu anda sebelum ini,bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya.Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP dan bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia,tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Melayu.Dari laporan laman-laman web pakatan haram semalam,Himpunan Oren dikatakan mencapai sasaran kononnya disertai oleh 20,000 orang.Namun,mengikut laporan rasmi akhbar-akhbar utama,ianya hanya berjaya mengumpul sekitar 2,000–3,000 orang.nampak sangat terdesak.. Jika dilihat dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh kedua-dua belah pihak dan dibandingkan dengan gambar-gambar dari BERSIH 3.0 yang disertai oleh 25,000 orang,nampaknya jumlah peserta Himpunan Oren adalah tidak sampai separuh pun dari BERSIH 3.0.saya percaya,majoriti peserta-peserta adalah orang-orang yang sama yang menyertai demonstrasi BERSIH sebelum ini dan juga demonstrasi Hijau,demonstrasi PTPTN dan entah apa-apa demonstrasi lagi yang didalangi pakatan haram.Pendek kata,apapun demonstrasi yang diadakan oleh pakatan haram,jumlah maksima peserta yang mampu dicapai ialah sekitar 20,000 sahaja Dan selalunya jauh tersasar.Jika pakatan haram boleh berbangga dengan angka ini,jelaslah mereka benar-benar berada dalam keadaan yang amat kronik.Apapun,sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada pembangkang kerana berjaya melakukan satu lagi kerja sia-sia dan kerana berjaya memperbodohkan orang-orang Melayu.Hakikatnya,FGV telah disenaraikan dengan jayanya pada 28 Jun lalu.Ia mendapat perhatian meluas dari pelabur di seluruh dunia sekali gus menunjukkan keyakinan mereka.saya pasti,suatu hari nanti Felda akan berjaya menjadi sebuah konglomerat global.Semua ini mampu dicapai tanpa se-inci pun tanah peneroka tergadai. Malah,peneroka telah pun mendapat manfaat darinya dalam bentuk 'durian runtuh' RM15,000 dan bakal mendapat lebih banyak lagi dari segi dividen,bonus dan berbagai-bagai lagi,terutamanya dalam jangka masa panjang dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai.Justeru itu,sikap pakatan haram yang memperdaya segelintir anak-anak Felda untuk membantah sesuatu yang baik untuk mereka amatlah tidak bertanggungjawab.Sedangkan,pakatan haram cukup maklum bahawa kerja mereka hari ini adalah sia-sia kerana penyenaraian telah pun dilakukan dan majoriti peneroka tidak ada masalah dengannya.Memorandum yang mereka serah tidak ada nilai sama sekali.Lebih dari itu,analisis yang dilakukan oleh pemerhati politik menunjukkan bahawa sokongan terhadap BN semakin meningkat di kalangan warga Felda.apa yang pakatan haram ingin capai hari ini bukanlah untuk membatalkan penyenaraian atau apa-apa yang berkaitan dengannya kerana mereka tahu itu adalah mustahil.Tujuan pakatan haram hanyalah untuk meraih publisiti,selain beberapa orang kroni mereka ingin membuat sedikit wang dengan membuka gerai menjual T.Shirt air mineral dan beberapa barangan lain.Jelas sekali yang pakatan haram sudah ketandusan isu dalam menuju pilihanraya.Maka,kerana ketiadaan isu,mereka akan melakukan apa saja semata-mata untuk memastikan rakyat tidak lupakan mereka.tolong sebarkan cerita ini kepada semua rakyat malaysia !!! RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! SUAMI MUHDALINA MERUNGKAI MISTERI AMUK DI JPM !!! WAJIB BACA !!! Posted: 14 Jul 2012 09:52 PM PDT kejadian amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri,Putrajaya Isnin lalu,menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai.Individu itu,Khalil Afandi Abd Hamid,47,dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti,menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya.Ketika kejadian,Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali,Muhdalina Ahmad,28.Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian,MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN,NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina,Mohd Irwan Mohd Foad,29,merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut. Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi? Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi,tanpa pengetahuan saya.Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan. Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi? Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.Seminggu kemudian,baru saya tahu mereka berkenalan antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan ; "Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun? Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki? Ada lelaki boleh tembus dinding? " Saya menafikan soalan itu,namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu.Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut. Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi? Kami 'berpindah' ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi.Saya tidak mengizinkan,tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang.Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina,dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan.Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.Bagi meyakinkan saya lagi,Muhdalina juga memberitahu,Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah,mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.Disebabkan itu,Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang.Kerana sayang,saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.Keesokan harinya,Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya. Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi? Ketika sampai di rumah itu,Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya,"Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!" Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu,dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).Bagaimanapun,semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.Apa yang lebih pelik,dia memanggil ALLAH dengan nama 'bos'.Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi.Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander.Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau,sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut dengannya. Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina? Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Diaseperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu,saya sudah mula syak bahawa dia membawa ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),tetapi tidak sempat.Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada,jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal. Apa yang Mohd Irwan lakukan untuk menghalang tindakan isteri sebelum pergi lebih jauh? Saya pernah mengajaknya untuk pulang dan menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi tidak berjaya.Muhdalina sekali lagi meminta saya supaya tidak menghalangnya untuk berjuang dan dia memaklumkan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Saya tegah tetapi dia sekali lagi menuntut ceraiSaya pasrah demi keselamatan isteri.Saya tegaskan di sini,saya tidak mampu untuk membiarkan isteri tinggal bersendirian dengan Khalil Afandi kerana risau akan keselamatannya. Memandangkan keadaan Khalil Afandi yang dilihat seperti orang tidak normal.Khalil Afandi juga sering berkata kepada isterinya, "Aku akan bunuh kamu" sekiranya permintaannya tidak dituruti. Boleh ceritakan bagaimana peristiwa amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlaku? Saya mengaku,saya dan isteri Khalil Afandi yang menghantar mereka berdua ke Putrajaya.Ketika di rumah,saya tersedar daripada tidur selepas mendengar jeritan Khalil Afandi kepada isterinya,kira-kira jam 12.30 tengah hari.Tanpa berlengah,saya terus bangun dan hanya sempat mencuci muka untuk bersama-sama mereka bertiga.Saya lihat Khalil Afandi membawa dua bilah pedang yang dibalut kemas.Saya dan Muhdalina bersama seorang anak lelaki Khalil Afandi,berusia 9 tahun,duduk di belakang.Khalil Afandi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala isterinya memandu kereta jenis Proton Gen 2 berwarna emas.Khalil Afandi memegang erat dua bilah pedang tersebut. Setibanya di Putrajaya, Khalil Afandi mengarahkan kenderaan berhenti di Dataran Putra, kira-kira jam 1 petang.Khalil Afandi bersama Muhdalina turun dan kami diarahkan pulang,jika tidak kami akan dibunuh.Selepas itu saya tidak mengetahui sebarang berita mengenai mereka berdua sehinggalah Muhdalina menghubungi isteri Khalil Afandi dan memberitahu suaminya ditembak polis.Ketika itu saya tidak mengetahui Muhdalina turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut. Kira-kira jam 4 petang, saya bergegas ke Hospital Putrajaya selepas mengetahui Muhdalina turut tercedera terkena tembakan di paha kanan.Bagaimanapun, saya tidak dapat bertemu dengannya kerana kawalan ketat polis dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Putrajaya, AsistenKomisioner Abdul Razak Abdul Majid. Selepas itu, baru saya dibenarkan melawat Muhdalina yang masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Muhdalina ketika itu sedar tetapi kelihatan seolah-olah masih belum berada di dunia nyata.Di sebelah Muhdalina pula terdapat jenazah Khalil Afandi.Muhdalina seperti tidak tahu terlibat dalam kejadian amuk Bagaimana dengan keadaan Muhdalina ketika di Hospital Putrajaya? Ketika dia sedar,dia memohon maaf kepada saya tetapi masih tidak mengetahui apa yang berlaku.Apabila saya ceritakan kepadanya,dia seolah-olah terkejut dan tidak mengetahui bahawa dia terlibat dalam kejadian amuk tersebut.Saya tunjukkan laporan dan gambar pada sebuah akhbar sebagai bukti.Dia terdiam malah terus memejamkan mata. "Abang,saya tidak tahu.Itu bukan saya.saya tidak buat semua itu." Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Muhdalina selepas dia melihat laporan akhbar tersebut. Kesihatan Muhdalina ketika ini stabil.Doktor memaklumkan peluru yang tertanam di pahanya tidak boleh dikeluarkan kerana mungkin boleh menyebabkan kecederaan lebih parah. Bagaimana perasaan Mohd Irwan bila mengetahui isteri terlibat dalam kejadian tersebut? Suami mana yang tidak terkejut dengan kejadian ini? Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.Apa yang boleh saya katakan di sini, Muhdalina tidak sedar terhadap apa yang dilakukannya.Semuanya kerana kehendak Khalil Afandi.Saya sedih melihat keadaan dirinya sewaktu ini.Saya beranggapan dia tidak salah sepenuhnya.Ketika kejadian,dia tidak sedar.Malah,selepas kembali normal,dia sedikit pun tidak mempercayai perbuatannya itu.Saya meminta orang ramai tidak terus menyalahkan Muhdalina,termasuk diri saya juga kerana membiarkan perkara ini berlaku.Jika anda berada di tempat saya,anda akan tahu apa yang saya alami.Saya tidak mampu untuk bertindak kerana khuatir dengan keselamatan diri dan isteri.Saya minta Muhdalina tidak dijadikan sebagai 'kambing hitam' dalam kejadian ini memandangkan Khalil Afandi meninggal dunia akibat tembakan tersebut.Saya juga bekerjasama dengan polis dan memberikan semua maklumat yang mereka inginkan.Saya juga mengharapkan Muhdalina dapat dijamin. - SH |
KANTOI !!! JELAJAH #JANJIDITEPATI MEMBUAT KAN ANWAR IBRAHIM MEROYAN DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! Posted: 14 Jul 2012 07:00 PM PDT pakatan haram kini amat gementar dengan siri lawatan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Jelajah Janji Ditepati yang bermula sejak April lalu.Dalam masa hampir empat bulan,Perdana Menteri telah bertemu atau 'touch base' dengan rakyat daripada pelbagai lapisan di Johor hinggalah ke Sarawak,Perak,Kedah dan Melaka.Sambil mendengar keluhan dan rintihan rakyat,beliau juga berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,bak kata pepatah sambil berenang minum air.Malah slogan Janji Ditepati juga telah dijadikan tema sambutan perayaan 55 tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini.Ketakutan pakatan haram terhadap slogan tersebut terserlah apabila mereka menuduh ia sebagai propaganda politik Barisan Nasional dan usaha mengugut rakyat. Malah Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim merupakan individu paling takut kepada pengaruh kuat Perdana Menteri seperti mana yang dilihat daripada sambutan hangat rakyat terhadap beliau.Kini ke mana sahaja Datuk Seri Najib berkunjung,Anwar pula akan menyusul.Pada 12 Julai lalu Anwar berceramah di Selangor,diikuti sehari kemudian di Kedah dan ke Sarawak pula pada 14 Julai,semua destinasi tersebut telah dikunjungi Perdana Menteri.Nampaknya Anwar kini keletihan atau capek mengejar program-program Perdana Menteri untuk melawan impak besar hasil daripada lawatan Datuk Seri Najib.Rakyat boleh bandingkan antara kepimpinan dan ketokohan kedua individu tersebut. Melalui pelbagai program seperti BR1M dan TR1M serta banyak lagi bantuan-bantuan terus kepada rakyat yang dijanjikan dalam Program Tranformasi Ekonomi,Perdana Menteri telah membuktikan bahawa janji-janji tersebut adalah benar dan telahpun ditepati.Berlainan pula dengan Anwar dan pemimpin pakatan haram lain yang bermodalkan janji kosong serta caci hamun dan fitnah sebagai daya tarikan ceramah mereka.Tidak ada yang boleh diharapkan daripada pakatan haram kerana tidak ada satu pun janji mereka boleh dipercayai seperti di Kelantan yang sehingga kini tidak mampu menyerdiakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu walaupun sudah memerintah lebih 20 tahun. Di Selangor,lebih dahsyat pula penangan pakatan haram negeri paling kaya,kini digugat dengan pelbagai krisis dari bekalan air di tahap kritikal kepada dakwaan penyelewengan dana awam ratusan juta ringgit.Inilah yang ditakuti oleh Anwar kerana di setiap siri Jelajah Janji Ditepati,barulah rakyat di negara ini sedar bahawa di negeri-negeri yang ditadbir pakatan haram,masalah yang membelenggu rakyat tidak dipedulikan,malah pembangunan pun boleh dikatakan tidak ada langsung.Ambil sahaja contoh Lembah Pantai,di mana anak Anwar,Nurul Izzah menjadi ahli parlimen.Beliau amat jarang sekali dilihat menyantuni rakyat di kawasan yang diwakilinya kerana siang dan malam hanya sibuk berceramah di merata tempat.Tidak ada pembangunan yang di bawa oleh Nurul Izzah ke Lembah Pantai.Kebanyakan projek-projek ekonomi seperti pembinaan Bazaria dan gerai peniaga dan pembaikan infrastruktur seperti jalan raya di situ semuanya adalah hasil kerja kuat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejateraan Bandar,Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Baru-baru ini pula isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansur,merasmikan pembukaan Pusat Anak PERMATA Negara di Kerinchi.Rakyat tertanya-tanya di mana Nurul Izzah yang bangga di gelar 'Puteri Reformasi' pada satu ketika dahulu tetapi apabila dipilih rakyat untuk mewakili mereka,yang mampu dibuktikan olehnya hanya janji-janji basi.Hakikatnya,Anwar dan pakatan haram semakin menerima kenyataan bahawa mereka akan ditolak rakyat di peti undi pada PRU-13 nanti kerana tidak menepati janji-janji yang mereka lakar pada PRU-12 dahulu.Membuat janji adalah perkara yang berat dan menggotakannya adalah lebih berat lagi hanya kerajaan yang bertanggungjawab dan berwibawa seperti BN mampu melakukan kedua-duanya sekali. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! DR CHANDRA MUZAFFAR MEMBONGKAR KISAH ANWAR IBRAHIM DAN HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT !!! Posted: 14 Jul 2012 04:00 PM PDT Saya tertarik dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancaranya dengan Mingguan Malaysia pada 8 Julai 2012.Antara lain,Tun Dr. Mahathir menegaskan,"Saya berpendapat bahawa AS (Amerika Syarikat) memang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini." Beliau menambah,"Malaysia bukanlah negara yang menyokong AS sangat memandangkan kita menyokong Palestin,mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan China.Mereka nak kita menentang China dan Iran. Kita tidak pernah menyertai gerakan ketenteraan mereka." Benar,apa yang dihujahkan oleh Tun Dr. Mahathir.Dalam perancangan kepentingan-kepentingan tertentu yang menguasai politik dan ekonomi AS,penghalang utama terhadap penguasaan dunia AS dalam alaf 21 ini ialah China.Itulah sebabnya,elit AS cuba mengawal kebangkitan China.Kawalan ini memerlukan penguasaan terhadap Asia Tenggara yang merupakan jiran China,khususnya,penguasaan terhadap dua perairan strategik,iaitu Selat Melaka dan Laut Cina Selatan.Untuk mencapai agenda ini,AS harus memastikan bahawa negara-negara di Asia Tenggara dipimpin oleh individu-individu yang 120 peratus memihak pada AS.Yang dikehendaki AS bukan sahabat semata-mata,AS mahu sekutu.Dalam konteks Malaysia,sekutu itu penting kerana Selat Melaka.Malaysia adalah negara berhampiran Selat tersebut atau pun dalam bahasa maritim, littoral state. Sebagai littoral state Malaysia berhak terhadap Selat Melaka. Selat Melaka adalah sebahagian daripada kedaulatan Malaysia.Bagi China pula,Selat Melaka adalah antara perairaan terpenting.Separuh daripada minyak yang diimport China melalui Selat Melaka.Begitu juga,satu pertiga daripada perdagangannya bergantung pada Selat Melaka.Lagi pun,Selat Melaka adalah antara tiga selat yang paling penting di dunia.Sudah tentu AS mahu Selat Melaka dalam genggaman sekutunya–sekutu yang akan mematuhi segala kehendak elit AS dan sebahagian besar daripada matlamat dasar luarnya di rantau ini ditujukan pada kawalan terhadap China.Dalam hubungan inilah kita harus memahami kenyataan Dr. Mahathir tentang Anwar.Anwar memang rapat dengan kepentingan-kepentingan yang berpengaruh di AS. Itulah sebabnya beliau dilantik sebagai pengerusi sebuah badan yang memenuhi cita-cita dasar luar AS di Asia Barat. Badan yang dimaksudkan ialah Foundation for the Future.Matlamat sebenar Yayasan ini adalah untuk mengekalkan dan memperkukuhkan kuasa dan pengaruh AS di Asia Barat bertopengkan demokrasi dan kebebasan.Condeleeza Rice,bekas Setiausaha Negara AS melancarkanya pada 2005 dan Anwar adalah pengerusi pertamanya dari 2006 sehingga 2008.Sepertimana diketahui umum,Anwar juga akrab dengan Paul Wolfowitz,bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang kemudiannya dilantik sebagai Presiden Bank Dunia sebelum beliau terpaksa meletak jawatan kerana skandal.Wolfowitz adalah salah seorang pemimpin golongan Neo-Konservatif AS yang merupakan kumpulan yang cukup berpengaruh dalam penggubalan dasar luar dan dasar keselamatan AS. Dalam beberapa perkara, golongan Neo-Konservatif sama-sama memperjuangkan kepentingan Zionis ( Zionisme adalah ideologi hampir-hampir 99 peratus Yahudi dunia).Malah,sebahagian besar Neo-Konservatif adalah Zionis. Wolfowitz adalah contohnya.Ini jelas membuktikan kedudukan dan peranan Anwar Ibrahim, dan kenapa Dr. Mahathir berpendapat bahawa AS mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia Oleh Dr. Chandra Muzaffar Presiden International Movement for A Just World. |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment