UMNO Online - “Tiada Kompromi Keselamatan Perdana Menteri – Hishammuddin” plus 9 more |
- Tiada Kompromi Keselamatan Perdana Menteri – Hishammuddin
- DAP Tanding 90 Kerusi Untuk Atasi Hasrat Pas Bertanding 80 Kerusi
- Antara Lakonan Sandiwara Dan Penghujung Nyawa Politik
- Kejadian di JPM : Petanda “Politics of Hatred” Jahanamkan Negara
- Demi DAP, PKR… Pas Gadai Lebih 60 Peratus Kerusi Parlimen
- Kerajaan Negeri Lulus 160 Hektar Tanah Untuk Projek Mesej Di Kampung Garama
- Pas, DAP dan PKR Parti Politik Kronisme dan Dinasti Tegar
- 85 KR1M To Be Operational By Year End
- Urus Tadbir Baik BN Buat Pembangkang Tidak Mampu Tembusi Sabah
- BN Assemblymen Questions State Government’s Reluctance To Approve Langat 2
Tiada Kompromi Keselamatan Perdana Menteri – Hishammuddin Posted: 10 Jul 2012 03:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Julai – Tiada kompromi dalam soal keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan insiden lelaki dan wanita mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya sentiasa bersiap siaga pada setiap waktu dalam menjamin keselamatan Perdana Menteri. “Saya boleh sahkan keselamatan Perdana Menteri tidak pernah dikompromi pada bila-bila masa. PDRM (Polis DiRaja Malaysia) masih menyiasat motif, kaitan dan rancangan. Beri mereka masa untuk lakukan tugasan mereka,” katanya dalam status facebook beliau. Pasangan amuk itu, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berumur 28 tahun mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging. Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. Susulan insiden amuk yang pertama kali berlaku itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon berkata tahap keselamatan di JPM akan ditingkatkan bagi menjamin keselamatan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata keselamatan di JPM adalah terkawal dan polis beranggapan kes semalam tidak akan diambil kesempatan oleh mana-mana pihak. “Polis di Putrajaya akan terus meningkatkan rondaan Unit Peronda (MPV) dan menjalankan kepolisan umum di kawasan sekitar JPM dan seluruh Putrajaya,” katanya. Beliau berkata polis akan turut menyediakan anggota preman untuk memantau kawasan JPM dan seluruh Putrajaya. |
DAP Tanding 90 Kerusi Untuk Atasi Hasrat Pas Bertanding 80 Kerusi Posted: 10 Jul 2012 03:42 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Julai – Seperti biasa pembangkang akan menafikan serta menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional terhadap apa jua berita yang dilaporkan walaupun sumbernya diperolehi daripada pihak mereka, sedangkan perkara itu ada kebenarannya bagi membalas hasrat Pas untuk bertanding 80 kerusi . Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata penafian DAP sekadar untuk meredakan keadaan kerana perancangan mereka telah terbongkar dan khuatir ia boleh merenggangkan hubungan di kalangan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang terutama membabitkan Pas dan penyokongnya. "Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam debatnya bersama Presiden MCA, Datuk Seri Chua Shoi Lek baru-baru ini, menyatakan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum dan bukannya parti untuk kaum Cina sahaja. "Oleh itu, bukannya sesuatu yang mustahil bagi DAP untuk bertanding sebanyak itu, malah untuk menunjukkan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum, dua orang Senator yang dilantiknya adalah di kalangan orang Melayu." katanya kepada UMNO-Online di sini. Menurutnya, perancangan yang dibuat oleh DAP itu mungkin ingin menyahut serta memberi isyarat kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya ingin bertanding sebanyak 80 kerusi pada pilihan raya umum nanti. "Perancangan DAP untuk bertanding sebanyak 90 kerusi adalah untuk menunjukkan mereka ingin terus mendominasi pakatan pembangkang berbanding Pas yang hanya mahu 80 kerusi sahaja, mereka tidak mahu Pas menjadi tunjang kepada pembangkang, DAP tidak mahu mengikut telunjuk Pas. " DAP tidak pernah merelakan Pas dalam apa perkara pun, jika dahulu Pas memperjuangkan negara Islam tetapi apabila bersama DAP mereka terpaksa tunduk dan mengikut telunjuk sehingga menukarkan perjuangan mreka selama ini kepada sebuah negara kebajikan," katanya. Mazlan berkata, walaupun pembangkang menyatakan keputusan mengenai pembahagian kerusi belum diputuskan, namun ia adalah suatu isyarat jelas bahawa Pas tidak boleh mengatasi dalam apa perkara sekalipun terutama berhubung jumlah kerusi yang diperuntukkan. "Pas perlu sedar mereka hanya boleh bertanding di kawasan yang majoritinya Melayu, sedangkan DAP dan PKR boleh bertanding di mana sahaja kerana mereka parti berbilang kaum, dalam erti kata Pas akan terus menjadi tunggangan dan mengikut telunjuk kepada DAP," katanya. -MediaUMNO |
Antara Lakonan Sandiwara Dan Penghujung Nyawa Politik Posted: 10 Jul 2012 03:36 AM PDT Salam… Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13. Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik. Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai. Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama. Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak. Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali. Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh. Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar. Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'. Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'. Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding. Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan Pas dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain. Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim. Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang. Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya – guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain. Mustakeem Helmi Musa |
Kejadian di JPM : Petanda “Politics of Hatred” Jahanamkan Negara Posted: 10 Jul 2012 03:31 AM PDT Kejadian di JPM semalam adalah petunjuk tanda bahawa politik post 2008 yang diwarani oleh “politik of hatred” yang dibawa pembangkang dan politik liberal atau kononnya keterbukaan (malangnya fakta kurang dan hujah retorik) yang mempengaruhi pihak kerajaan yang sudah sampai ke kemuncak keterlaluannya. Ekstrimism ini sudah sampai ke tahap di mana boleh timbul seorang blogger PAS yang mengaku dirinya Imam Mahdi dan mahu gulingkan kerajaan secara sendirian dengan perang. Paling tidak masuk akal adalah dia boleh mempengaruhi seorang bekas pelajar UIA yang membenarkan isterinya juga bekas UIA, sama mahu berperang jihad. Fenomena ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan dalam-dalam oleh media dan propagandis kerajaan. Ini juga adalah peluang untuk membuka mata rakyat dan menyedari bahawa “politics of hatred” yang merupakan pendekatan tradisi DAP dan PAS dan kini dibawa ke tahap baru dan nafas propaganda yang baru oleh PKR. Rakyat perlu sedar bahawa sesuatu kejadian extrimis dan melampau hingga menjejaskan keselamatan awam boleh timbul dan berlaku tiba-tiba. Itu pasal perlu ada undang-undang dan kuasa melakukan pencegahan. Ramai kata kejadian tidak masuk akal seperti ini dan Mat Selamat dan lain-lain kejadian terorisma serta extrimis politik tidak akan berlaku dan rakyat sudah matang. Ini hanya menunjukkan rakyat tidak sematang yang kita jangka. Politiks adalah proses untuk pembahagian kuasa dan ianya tidak perlu berlaku sedemikian rupa. Jika pihak pembangkang ingin amalan demokrasi seperti di barat, kelakuan dan adab politik barat dan kematangannya perlu ada sekali. Sebagai contoh, debat kedua antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng tidak memperlihatkan kematangan langsung. Penyokong DAP boo dan jerit peikik terhadap Chua Soi Lek ketika dia bercakap. Lim Guan Eng bukan berdebat mengenai polisi tetapi berceramah politik dan begitu cetek dengan fakta hingga menipu, memutarbelit fakta dan mereka fakta palsu. Belum lagi kelakuan dan cara komen di media sosial yang ditunjuk pihak penyokong pembangkang. Modus operandi pembangkang bukan hanya mengetengahkan kesalahan, kesilapan dan kealpaan pihak lawan aka parti pemerintah tetapi seperti yang dilihat dalam debat LGE yang tiada berfakta, mereka menimbulkan isu yang simple disebut dan ulang, mengetepikan fakta dan analisa dalam, simpulan mudah dan menimbulkan isu yang rakyat mudah membenci kerajaan. LGE mengulang serangan terhadap UMNO dengan nada dan tujuan membenci UMNO dan mengkaitkan isu rasuah begitu melampau bukan kerana isu tetapi tujuan membenci., tersirat sekali adalah membangkit kebencian terhadap kuasa Melayu di kalangan penyokongan Cina parti DAP. Kejadian di JPM adalah petanda juga “politics of hate” bukan saja terhad di situ tetapi ianya ada ulangan kejadian tahun 80an yang mana timbul kejadian ugama extrimis seperti memali dan Al Maunah. Perlu ada medarasi dalam politik atau satu wasatiyyah politiks yang lebih berhemah dan beretika serta bertanggungjawab. Pastinya jentera pihak pembangkang akan cuba menyelamatkan diri dengan menuduh polis bertindak salah. Mereka akan cuba tunjukkan maklumat yang sudah tersiar ini semua adalah pembohongan. Tiada ancaman berlaku tetapi prejudis terhadap pakaian islam dan muslimah. Hanya minggu lepas pihak pembangkang cuba menimbulkan isu bahawa pihak polis dan cawangan khas hanya memantau pihak pembangkang dan tidak pada jenayah. Ketika itu pihak media alternatif menyebarkan SMS yang kononnya berlaku pelbagai jenayah berat. Ada kalanya pihak media perdana dan blogger perdana seperti sini pun turut terikut hingga menegur Menteri Dalam Negeri. Kejadian ini menunjukkan ancaman sedemikian masih wujud dan ianya akan datang lebih dari parti pembangkang dari parti kerajaan. Ketaksuban merampas kuasa dari kerajaan sedia ada sudah sampai ketahap extrimis hingga merosakkan keamanan dan kestabikan yang dinimati negara selama ini. Ianya memecahkan rakyat dan masyrakat hingga boleh muncul sesuatu seperti ini. theunspinners.blogspot.com |
Demi DAP, PKR… Pas Gadai Lebih 60 Peratus Kerusi Parlimen Posted: 10 Jul 2012 03:23 AM PDT Sudah hampir dua tahun Pas melaung-laungkan yang mereka akan ganti UMNO dalam PRU akan datang. Apa-apa pun itu hanya retorik. Ini kerana Pas sendiri pun tidak menunjukkan keseriusan mereka untuk mengganti UMNO kerana terlalu takutkan kepada DAP dan PKR. Sejak dua pilihanraya umum yang lepas jumlah kerusi parlimen yang ditandingi UMNO adalah 117 kerusi. Tahun 2004 UMNO menang 110 kerusi dari jumlah yang mereka masuk bertanding. Manakala tahun 2008 UMNO menang 78 kerusi dari jumlah 114 yang mereka bertanding. Manakala bagi Pas pula kerusi parlimen yang ditandingi mereka pada tahun 2004 adalah 84 kerusi dan menang hanya 6 kerusi. Untuk tahun 2008 pula Pas hanya bertanding di 66 kerusi dan menang 23. Untuk PRU akan datang Pas berhasrat untuk bertanding sebanyak 80 kerusi parlimen. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Presiden Pas di Terengganu pada awal Julai 2012. Laporan dari klpos.com MARANG 1 Julai – Pas hari ini mengumumkan hasrat untuk bertanding 88 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak. Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ianya sebagai cadangan parti dalam memastikan Pas sebagai tulang belakang pentadbiran Negara jika Pakatan menguasai kerusi Parlimen di Peringkat Parlimen. Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi. Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, Pas telah mempertaruhkan 66 kerusi Parlimen dan berjaya menguasai 23 daripadanya berbanding DAP dan PKR yang mendapat jumlah lebih besar. Itu baru hasrat Pas. DAP dan PKR belum lagi menyatakan hasrat mereka. Persoalannya, bagaimana Pas mengatakan mereka akan menggantikan UMNO jika kerusi yang ditandingi Pas pun tidak setara dengan kerusi yang ditandingi UMNO ? UMNO bertanding di 117 kerusi, manakala Pas BERHASRAT untuk bertanding 80 kerusi. Jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan sebanyak 222 kerusi. UMNO sebagai tunjang kepada orang-orang melayu sebagai penduduk majoriti di negara ini, bertanding lebih dari 50 % dari kerusi yang dipertandingkan. Maka Pas boleh lupakan hasrat mereka untuk menggantikan UMNO jika mereka hanya bertanding di 80 kerusi atau 36 %. Sebagai sebuah parti lama, parti islam dan mempunyai jentera yang kuat sepatutnya Pas menunjukkan kekuasaan mereka dengan mengumumkan akan bertanding paling kurang pun di 111 kerusi atau 50 % dari kerusi yang dipertandingkan. Bagaimana orang-orang melayu hendak bergantung harap kepada Pas jika Pas menyerahkan lebih dari 60 % kerusi parlimen kepada DAP dan PKR ? Apabila ada pihak mengatakan DAP yang akan menggantikan Pas, mereka marah. Namun hakikat yang sebenarnya itu yang akan berlaku. Laporan Utusan Malaysia semalam menyatakan DAP akan bertanding 90 kerusi telah mengundang kemarahan Pas dan DAP. Pas tidak perlu marah dan DAP tidak perlu melenting. Perkara itu boleh berlaku. Ianya tidak akan berlaku dengan satu cara sahaja, iaitu Pas mesti bertanding lebih dari 111 kerusi. Tetapi adakah Pas berani dan adakah DAP akan beri ? Pas tidak akan berani dan DAP tidak akan beri. Sejarah telah membuktikan Pas sering tunduk kepada DAP hinggakan sanggup menggugurkan prinsip perjuangan negara Islam mereka. Wak Cetuk |
Kerajaan Negeri Lulus 160 Hektar Tanah Untuk Projek Mesej Di Kampung Garama Posted: 10 Jul 2012 02:27 AM PDT BEAUFORT, 10 Julai – Kerajaan negeri telah meluluskan 160 hektar tanah di kawasan Kampung Garama, Beaufort untuk melaksanakan projek Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) yang dijangka dimulakan hujung tahun ini. Wakil Rakyat Lumadan, Kamarlin Haji Ombi berkata, projek Mesej Ladang kelapa sawit itu akan diberikan kepada penduduk yang layak khususnya mereka yang tidak mempunyai tanah. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Info Komuniti 1Malaysia DI Kampung Garama dan Gotong Royong Perpaduan 2012 dekat sini baru-baru ini. Menurut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Sipitang perlaksanaan projek tersebut merupakan antara komitmen kerajaan Barisan Nasional bagi membantu penduduk yang kurang berkemampuan keluar dari garis kemiskinan disamping dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga. ” Apabila projek ini dilaksanakan di kampung ini, satu lagi proses transformasi dalam memacu kemajuan untuk dinikmati oleh rakyat khususnya di kampung ini akan berlaku dan akan membuka ruang dan peluang kepada penduduk kampung terlibat mengubah kehidupan mereka” katanya Dalam pada itu beliau turut mengingatkan penduduk kampung supaya tidak mudah terpengaruh dengan parti pembangkang yang sering keluar masuk ke kampung terutamanya menjelang pilihan raya semata-mata untuk mengnhentam kerajaan dan menabur janji kosong. Katanya, apa yang dijanjikan pembangkang, mereka tidak dapat menunaikannya melainkan kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti mampu membela nasib rakyat. Kamarlin turut menggalakkan penduduk di kampungn itu supaya melibatkan diri secara langsung dengan industri pelancongan yang di kawasan itu yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi khususnya spesis monyet belanda. Katanya, kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara ke kampung itu untuk melihat spesis tersebut boleh dimanfaatkan bagi menambah pendapatan. Mengenai program berkenaan, beliau berkata, ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan penduduk. Pada majlis itu, Kamarlin turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas selain menyertai aktiviti mengecat masjid kampung Garama dan merasmikan kejohanan bola sepak sempana program tersebut. |
Pas, DAP dan PKR Parti Politik Kronisme dan Dinasti Tegar Posted: 10 Jul 2012 02:20 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Julai – Pas, DAP dan PKR merupakan parti yang mengamalkan kronisme dan struktur kepimpinan berbentuk dinasti tegar, apabila kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti tersebut dilihat cuba mewarisi jawatan kepimpinan parti kepada waris keturunan masing-masing. Ini jelas menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan, sebagai contoh DAP seumpamanya dikuasai oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Begitu juga tiga beranak yang turut berkuasa mendominasikan DAP iaitu Karpal Singh dani anaknya Jagdeep Singh Deo, Ahli Parlimen Datuk Keramat, Gobind Deo Singh, Ahli Parlimen Puchong, yang turut memegang jawatan tertinggi di dalam parti. Malah katanya, kini sudah ada sebahagian pemimpin Cina DAP yang merasa kecewa kerana Kit Siang terlalu memihak dan melindungi Guan Eng dalam apa jua perbincangan dan isu dalaman parti. "Mereka ini adalah anak-anak pemimpin tertinggi pusat yang diberikan laluan sutera tanpa bersusah payah untuk memegang jawatan tertinggi di dalam parti. Mereka hanya menumpang tuah nama bapa-bapa mereka, sedangkan kualiti kepimpinan pada diri mereka masih belum terbukti," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Sambung beliau, inilah juga yang berlaku di dalam PKR di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihat PKR, isterinya Datin Seri Azizah pula menjadi Presiden PKR, dan anaknya Nurul Izzah juga mempunyai jawatan penting di dalam PKR. "Namun, Anwar sering menuduh UMNO mengamalkan kronisme tetapi dia sendiri tidak sedar, bahawa partinya sendiri, dan rakan-rakannya DAP dan Pas juga dengan mengamalkan konsep kronisme sekaligus kepimpinan secara dinasti di dalam parti mereka," tegas beliau. "Jadi DAP, PKR dan juga Pas tidak perlulah asyik-asyik menuding jari dan menuduh UMNO dan BN mengamalkan kronisme, sedangkan pada realiti sebenar, mereka lebih teruk lagi. Kita boleh lihat, di dalam ketiga-tiga parti tersebut, kesemua kepimpinan tertinggi parti tersebut, mempunyai waris keturunan mereka yang turut memegang jawatan penting dalam parti," ujar beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Tegas beliau politik yang berdasarkan kronisme dan dinasti kekeluargaan ini amat merbahaya dan tidak sihat kepada perkembangan politik negara kerana pemilihan pemimpin tidak lagi berdasarkan merit seseorang individu itu, tetapi lebih kepada anak siapa seseorang individu itu. "Jika pemilihan kepimpinan sesebuah parti berdasarkan dia anak siapa, tanpa melihat kepada kredilibiti dan kemampuannya sendiri, ia akan menyebabkan seseorang yang tidak punyai kebolehan memimpin dipilih sebagai pemimpin, hanya kerana berdasarkan individu itu anak seseorang pemimpin tertinggi di dalam parti tersebut”, ujarnya. Tambah beliau lagi dengan kepimpinan dinasti yang diamalkan oleh pemimpin peringkat tertinggi ketiga-tiga parti tersebut, maka disebabkan itulah wujudnya dinasour politik yang tidak kenal erti bersara biarpun usia sudah lanjut dan tubuh yang sudah dimamah usia. Di dalam DAP, Lim Kit Siang masih lagi berkuasa biarpun sudah berpuluh tahun memegang jawatan tertinggi parti. Begitu juga dengan Karpal, biarpun sedang sakit namun tetap tidak mahu melepaskan jawatannya. Di dalam Pas pula, untuk memastikan kesinambungan pemerintahan warisannya, Nik Aziz terus bertahan biarpun kini sudah kelihatan amat uzur untuk memerintah, jelas beliau. "Manakala di dalam PKR pula, Anwar yang sudah mencecah usia hampir 70 tahun tetap ingin menjadi ketua. Biarpun katanya mahu bersara, tetapi apakah kita boleh percaya cakap ahli politik seperti beliau ini? Dan sebenarnya, pemimpin-pemimpin di dalam ketiga-tiga parti ini seolah-olah tidak percaya kepada orang lain, khususnya golongan muda untuk mengambil alih pemerintahan parti dengan menetapkan hala tuju yang lebih relevan dan sesuai dengan perkembangan zaman. "Pemimpin-pemimpin lama di dalam DAP, PKR dan Pas sebenarnya perlu sedar diri, bahawa idea dan pendekatan politik yang mereka bawa sebenarnya sudah tidak lagi relevan serta tidak kena lagi dengan citarasa dan inspirasi golongan muda di negara ini," ujarnya lagi. Justeru itu menurut beliau, rakyat perlu membuka mata supaya tidak mudah tertipu dan terpengaruh dengan agenda politik pembangkang untuk menguasai putrajaya, yang hakikatnya bukanlah semata-mata untuk membela rakyat, tetapi adalah lebih kepada untuk mengekalkan serta memperkukuhkan amalan politik kronisme dan dinasti yang sudah wujud sejak sekian lama di dalam parti masing-masing. -MediaUMNO |
85 KR1M To Be Operational By Year End Posted: 10 Jul 2012 02:15 AM PDT KUALA LUMPUR, July 10 – The government is targeting for 85 1Malaysia People’s Shops (KR1M) to be operational nationwide by the end of the year. The Deputy Minister of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Datuk Tan Lian Hoe said that as of July 6 this year, 47 shops (KR1M) were operating throughout the country and fully managed by Syarikat Mydin Mohamed Holding Berhad (Mydin). “Thirty-eight more locations are under various stages of implementation including identifying the site,” he said when replying to a question from Senator S.Bagiam at the Dewan Negara sitting today. Tan said the KR1M operations had been widened to throughout the country under three models namely the opening of KR1M outlets with Mydin handling their operations; wholesaling and distribution of 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) goods by normal shops; and the opening of KR1M outlets which are run by appointed entrepreneurs. To date, there are four KR1M outlets in Johor, Melaka (5), Negeri Sembilan (4), Kuala Lumpur Federal Territory (4), Putrajaya (2), Selangor (7), Perak (5), Pahang (4), Kelantan (2), Penang (2), Kedah (4), Perlis, Sabah, Terengganu and Sarawak one each. KR1M is managed by Mydin Mohamed Holdings Berhad with the collaboration of the government and offers more than 250 daily necessities at reasonable prices. |
Urus Tadbir Baik BN Buat Pembangkang Tidak Mampu Tembusi Sabah Posted: 10 Jul 2012 02:11 AM PDT KOTA KINABALU, 10 Julai – Parti pembangkang yang dahagakan kuasa tidak akan mampu menembusi Sabah yang ditadbir dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, kata Exco Penerangan Sabah Datuk Sapawi Ahmad. Sebaliknya, katanya BN akan tetap menang di Sabah pada pilihan raya umum akan datang, sekaligus mengekalkan negeri itu sebagai kubu kuat parti gabungan itu. “Berdasarkan senario politik semasa dan tahap keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional, InsyaAllah, kita (BN) “tatap” (tetap) menang di Sabah pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Program Jelajah Isu peringkat negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Wisma Dang Bandang, di sini hari ini. Sapawi yang juga anggota Parlimen Sipitang berkata kerajaan BN banyak membawa pembangunan dan kemajuan di negeri ini, dan rakyat juga merasa selesa berada di bawah pemerintahan BN yang berjaya mewujudkan keamanan dan suasana politik yang stabil. “Begitu juga dengan kedudukan kewangan negeri. Sejak kerajaan BN mengambil alih tampuk pemerintahan di Sabah pada 1994, kedudukan kewangan Sabah bertambah kukuh terutama semasa pentadbiran Datuk Seri Musa Aman. “Dulu (1994) Sabah hanya mempunyai rizab kewangan sekitar RM300 juta tetapi kini rizab kewangan meningkat dengan ketara iaitu sekitar RM3.3 bilion…ertinya negeri ini diurus dengan baik terutama daripada segi ekonomi seperti yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara,” katanya. Selain itu, Sapawi berkata rakyat Sabah juga yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan seorang pemimpin negara yang realistik dan pragmatik. “Apa yang Perdana Menteri cakap, beliau laksanakan demi kebaikan rakyat,” katanya. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba meracuni pemikiran mereka menjelang pilihan raya umum akan datang. |
BN Assemblymen Questions State Government’s Reluctance To Approve Langat 2 Posted: 10 Jul 2012 01:38 AM PDT SHAH ALAM, July 10 – Batang Kali state assemblyman Datuk Mohd Isa Abu Kassim today lashed out at the PKR-led Selangor government which he described as too resolute in the issue of clean water in the state. He also questioned their reluctance in approving the Langat 2 Water Treatment Plant project by saying that it would affect the development and the future of the people. “What is wrong with allowing such a project to enhance clean water supply in the state? he asked while intervening Ng Suee Lim’s (DAP-Sekinchan) debate on the 2012 Supplementary Supply Bill during the Selangor State Assembly sitting, here today. Mohd Isa said the state government’s argument that the water tariff would increase due to the water treatment plant project was also invalid, since the state government actually controls 30 per cent of Syarikat Bekalan Air Selangor’s share through Kumpulan Darul Ehsan Berhad. He added that the state government might not really understand the real water issues in the state, whereby the real issue was related to the water source instead of raw water. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment