BADUT RAKYAT |
- KISAH BENAR !!! RAKYAT SELANGOR SEKALI LAGI KENA KENCING !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! PEDEDAHAN DANA ASING SUARAM TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KHALID GAGAP KENA MAKI DENGAN MAK LAMPIR ???
- HOT NEWS !!! PAS DAH JUAL ARTIS WANITA ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KHALID GAGAP SIAP SEDIA !!! SKANDAL RM1 BILION DI SELANGOR AKAN DI BONGKAR !!!
- HOT NEWS !!! UNTUK KAUT UNDI,ANWAR IBRAHIM SEKALI LAGI MENARI UNTUK ORANG INDIA ??? WAJIB BACA !!!
| KISAH BENAR !!! RAKYAT SELANGOR SEKALI LAGI KENA KENCING !!! WAJIB BACA !!! Posted: 03 Jul 2012 08:30 AM PDT ![]() Setelah menipu rakyat Selangor dalam manifesto mereka semasa kempen PRU 2008, kini pemimpin-pemimpin Selangor menipu rakyat lagi.Manifesto mereka tahun 2008 menjanjikan BANTUAN RM 50 SEBULAN SEORANG UNTUK PENDIDIKAN PRA SEKOLAH (TADIKA) sekiranya mereka berjaya memerintah Selangor. Setelah empat tahun memerintah janji itu tidak ditunaikan. Setelah dibangkitkan secara langsung oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam siri debat baru-baru ini , barulah mereka janji nak laksanakan bermula Julai 2012. Namun diletakkan syarat pula tidak sebagaimana yang dijanjikan dulu yang tidak diletakkan apa-apa syarat.Syaratnya untuk keluarga yang berpendapatan bawah RM 1500.00 sahaja.Ramai rakyat Selangor yang mempersoalkan syarat tersebut dan ramai juga yang menyatakan ingin menuntut tunggakan dari tahun 2008 hingga 2010. Kerajaan Selangor mula gelabah dengan perkara tersebut. ![]() Hari ini skim yang dinamakan TUNAS itu dilancarkan oleh Exco Pendidikan Selangor. Namun ceritanya berbeza pula hari ini.Bantuan wang tunai RM 50 tidak akan diberikan secara terus kepada ibu bapa.Sebaliknya ibu bapa diminta untuk memindahkan anak-anak mereka ke sekolah yang menyertai skim tersebut dan akan dibayar terus kepada sekolah.Sekarang sesi persekolah sudah memasuki penggal ke dua. Lebih kurang 3-4 bulan lagi sesi persekolahan akan tamat. Untuk memindahkan anak-anak ke sekolah yang menyertai skim tersebut sudah tentu akan menyusahkan ibu bapa dan mengganggu prestasi pelajaran pelajar dan kesukaran kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Cara sebegitu dilakukan dengan niat untuk menipu rakyat yang layak menikmati kemudahan tersebut. Supaya rakyat tidak boleh menuntut tunggakan untuk tahun yang lepas-lepas dan juga untuk tunggakan dari Januari hingga Jun 2012.Sedarilah rakyat Selangor sekalian bahawa itu semua adalah tipu helah mereka untuk mengabui mata rakyat. Sumbangannya tidak seberapa tetapi dicanang melebihi had untuk menunjukkan mereka prihatin. Jika benar-benar prihatin sila bayar tunggakan sejak tahun 2008. - Selangor Daily APA CERITA NI KHALID GAGAP !!! KATA NAK BAGI SEMUA !!! AKHIRNYA RAKYAT JUGA KENA KENCING !!! DAH LAH TUNGGU LAMA SEMUA JANJI YANG DI TABUR !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! PEDEDAHAN DANA ASING SUARAM TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 03 Jul 2012 05:00 AM PDT ![]() Rentetan carian Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendapati SUARAM bukan NGO sah tetapi berdaftar atas nama syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd berikut didedahkan sumber-sumber dana yang disalurkan oleh sebuah badan dana Amerika Syarikat (AS),NED (National Endowment for Democracy) kepada SUARAM di Malaysia sejak dari tahun 2005.Bukti-bukti yang dipaparkan di bawah ini adalah berdasarkan sumber dari laman NED sendiri yang memaparkan penerima-penerima sumbangan dari badan mereka khusus untuk negara Malaysia. ![]() NED '2005 annual-reports grants/malaysia' melaporkan selain SUARAM yang menerima grant sebanyak $70,000, terdapat 5 badan lain yang turut beroperasi di Malaysia.Badan-badan itu adalah IRI (International Republican Institute), $200,000 NDI (National Democratic Institute for International Affairs) $315,832; SEAPA (Southeast Asian Press Alliance) $80,000 CIJ (Centre for Independent Journalism) $30,000* dan ODC (Open Dialogue Centre) $65,151 IRI dan NDI adalah 2 cabang NED yang beroperasi di seluruh dunia, tetapi dalam konteks ini kedua-dua badan itu mengkhususkan operasi di Malaysia, SEAPA untuk naungan media di peringkat Asia Tenggara termasuk di Malaysia, manakala SUARAM,CIJ dan ODC adalah badan-badan yang ditubuhkan khusus untuk operasi di Malaysia.Satu fakta yang penting perlu diketengahkan adalah ODC merupakan sebuah badan pemikir yang disebut-sebut milik Azmin Ali bagi menyaingi Khalid Jaafar yang memegang badan pemikir IKD ( Institut Kajian Dasar ) Badan pemikir IKD adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menetap di AS dengan jawatan rasmi sebagai pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins AS.Jawatan pensyarah pensyarah di universiti itu diketahui umum dilobi kepada Anwar oleh rakan baiknya,Paul Wolfowitz.Namun seorang penyelidik Barat yang berpangkalan di Thailand,Tonny Cartalucci mendedahkan jawatan 'tidak rasmi' Anwar ketika berada di AS iaitu sebagai, "ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (Democracy Award) National Endowment for Democracy (NED) yang berpaksikan pegangan neocon,selain menjadi ahli panel dalam satu majlis penyerahan bantuan NED".Pendedahan wartawan Barat itu dibuat dalam rencananya bertajuk "CIA Coup Army Uncovered in Asia" dan "Globalist Sedition takes to Malaysian Streets". Bermakna besar kemungkinan, siapa yang perlu menerima dana NED di Malaysia ditentukan oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan tokoh rujukan NED di AS.Dalam masa sama wartawan Barat itu menggambarkan jawatan pensyarah pelawat yang disandang Anwar di Universiti John Hopkins 'latihan pengkaderan' kerana menurutnya, "John Hopkins University adalah sebuah lubuk di mana anasir dan puppet@petualang paling jijik dan buruk berhimpun dan diasuh". ANDA NAK LAGI PENDEDAHAN INI ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA SUARAM KATA TULUS SANGAT ??? KONONNYA BUKAN SOKONG PAKATAN HARAM ??? ATAS TU APA BENDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KHALID GAGAP KENA MAKI DENGAN MAK LAMPIR ??? Posted: 03 Jul 2012 01:30 AM PDT ![]() Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin A.K.A Mak Lampir menggesa agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim A.K.A Gagap menilai kembali komitmennya terhadap perjuangan PKR.Gesaan itu dibuat ekoran pendedahan yang dibuat mengatakan Khalid sering tidak hadir dan menghantar wakil dalam mesyuarat biro politik PKR. "Dia (Khalid) kena teliti kembalilah tentang prestasi dia untuk memberikan komitmen kepada parti," tegas Zuraida kepada Antarapos. Menurutnya,walaupun PKR tidak mempunyai sebarang peruntukan yang membenarkan pemimpin parti menghantar wakil tertentu untuk menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi parti, namun tindakan menghantar wakil dalam mesyuarat biro politik dianggap aneh kerana Biro Politik adalah forum utama parti untuk membincang dan merumuskan pelbagai perkara yang membabitkan maklumat sulit.Sebelum ini,Khalid dikritik hebat ahli dan pemimpin PKR menerusi akaun twitter '#kamisayangpkr' kerana sikap angkuh dan menegepikan bukan sahaja arahan parti tetapi juga arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membuat keputusan-keputusan penting pentadbiran di Selangor. "Kalau MB sedar bahawa dia tidak datang mesyuarat dan kehadirannya itu penting, (tindakan) menghantar wakil yang tidak dapat membuat keputusan dan hanya menyampaikan maklumat pun tidak (berguna).Sebagai seorang anggota parti dia patut faham disiplin parti dan di mana keutamaan dia," tegasnya. Zuraida menegaskan Khalid tidak boleh menjadikan kesibukan tugas sebagai alasan untuk tidak menghadiri mesyuarat tertinggi itu. "Mesyuarat parti telah ditetapkan tarikhnya sepatutnya sebagai seorang Menteri Besar beliau harus boleh mengatur waktu dan meletakkan keutamaan di tempat yang sepatutnya," katanya. |
| HOT NEWS !!! PAS DAH JUAL ARTIS WANITA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 02 Jul 2012 10:00 PM PDT ![]() PAS seronok sungguh apabila ada artis-artis wanita yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan keseksian,skandal getik dan menjijikkan selain dengan masalah yang serba memalukan,menyertai parti itu dalam usaha mereka untuk MENGHAPUSKAN DOSA dan KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.Sudah tentu sebahagian daripada kita mengingati skandal Abby Abadi yang pernah dipertikaikan DARAnya ketika berkahwin dengan bekas suaminya,Norman Hakim.Malah cerita tentang skandalnya yang kemudian ditutup dengan penangkapan khalwat bekas suaminya dengan seorang artis wanita baru,juga tidak kurang hebatnya.Dan bermula dari situ,bidang kerjayanya selaku pelakon,mulai suram,sama suram seperti kerjaya nyanyiannya. Namun,dewasa ini artis-artis yang kian tidak mendapat tempat dan tawaran berlakon atau nyanyian yang sudah tiada,mempunyai ruang serta peluang yang sangat besar dalam perkara membabitkan mencari nafkah pencarian.PAS membuka ruang yang sungguh besar untuk artis-artis kelabu asap seperti ini dengan menyediakan ruang pekerjaan selaku PENCERAMAH BEBAS yang dibayar mengikut job,sepertimana yang diakui oleh seorang lagi pelakon tak laku,Hairie Othman dan Bob Lokman yang kini menjadikan pentas ceramah sebagai medan lakonan mereka yang baru.Semenjak berkawan dengan DAP dan PKR,PAS mempunyai cara baru untuk melacurkan ahli-ahli mereka terutama sekali ahli-ahli baru. Kemasukan artis-artis yang sudah gerhana ke dalam parti itu,telah dipergunakan dengan sepenuh dan sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan parti bagi menarik lebih banyak dana dan lebih perhatian.Dek kerana itulah,PAS begitu bangga dengan kemasukan artis-artis ke dalam parti berkenaan sungguhpun suatu ketika dahulu, golongan artis telah diisbatkan sebagai golongan neraka oleh pucuk pimpinan PAS. Suatu masa dahulu, golongan artis dikatakan sebagai golongan pembawa bala bencana daripada Allah Taala ke Malaysia. Malah dikatakan juga, artis adalah pencetus kepada budaya hedonisme yang akan menjerumuskan Malaysia setaraf dengan Soddom, Gomorrah dan Pompeii. Tetapi kini tanggapan tersebut sudah hilang sama sekali. Sebaliknya artis-artis yang masuk PAS dianggap sebagai mualaf yang sudah menerima hidayah dan inayah. Cerita-cerita tentang artis-artis berkenaan yang suatu ketika dahulu,mampu meremangkan bulu tengkuk,kini digantikan dengan cerita bagaimana bersyukurnya mereka kerana dapat mengenali Islam apabila bergelar AHLI PAS. ![]() Itu yang berlaku kepada Abby Abadi. Biarpun sehingga kini,dia tidak mengaku secara rasmi yang dia adalah ahli dan penyokong PAS,namun kelibatnya yang seringkali mengambil tempat dan pentas PAS,sudah terlalu acap.Terbaru,apabila dia terlibat dalam pengumpulan dana pilihanraya PAS menerusi penjualan gambar-gambar pemimpin PAS dalam satu program bidaan.Menariknya,program yang berlangsung di Pasir Puteh,Kelantan itu membabitkan ADUN Selinsing yang pernah menggemparkan negara dengan tragedi ditangkap khalwat atau sesudah zina dengan isteri orang yang merupakan seorang guru di dalam keretapi oleh suami wanita itu sendiri.Tambah menarik lagi ialah apabila Abby Abadi dalam satu kenyataan 'selorohnya' baru-baru ini menyatakan,dia mencari suami dari kalangan ahli dan pemimpin PAS bagi memudahkan dia mempelajari Islam.Justeru gandingan kedua-dua orang ini,yang selama ini dicemari dengan pelbagai skandal dan cerita-cerita negatif, amat menarik perhatian. Skandal dan cerita-cerita kotor itulah yang digunakan oleh PAS untuk menarik lebih ramai yang datang ke Pasir Puteh dan ke program lelongan gambar-gambar pemimpin PAS bagi mendapatkan dana pilihanraya.Tentunya ramai orang PAS yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli gambar-gambar 'tok-tok guru' mereka semata-mata untuk melihat Abby Abadi dan Saiful Selinsing.Agak sayang,kerana China Doll dalam video seks terkenal itu berhubungan dengan Anwar Ibrahim.Kalaulah Anwar Ibrahim masih berada dalam UMNO,pastinya China Doll itu pun sekarang ini merupakan ahli dan penyokong PAS yang akan digunakan untuk menjual gambar-gambar pemimpin PAS bagi mendapatkan dana pilihanraya! - SEL13.COM RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KHALID GAGAP SIAP SEDIA !!! SKANDAL RM1 BILION DI SELANGOR AKAN DI BONGKAR !!! Posted: 02 Jul 2012 07:00 PM PDT ![]() Satu skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor Pakatan Rakyat,sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat bakal dibongkarkan.Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan "skandal yang melibatkatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion".Chua berkata,beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan.Beliau berkata,urusan itu antara lain berkaitan dengan pemindahan aset,taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat. "Pakatan Rakyat yang mendakwa mereka begitu cemerlang dalam ketelusan, saya mencabar mereka untuk mendedahkan butiran mengenai transaksi itu," kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Chua,yang merupakan seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkata : "Saya akan mendedahkan lebih banyak butiran supaya rakyat dapat membuat penilaian sekiranya Pakatan Rakyat menunaikan jani mereka atau hanya membuat janji-janji kosong." Koordinator Barisan Nasional (BN),Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut. "Dedahkan rekod transaksi hartanah yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan seperti KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor)," kata beliau. Sementara itu,Presiden Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Kamaruddin berkata, beliau turut akan mendedahkan perkara yang meragukan melibatkan kerajaan negeri dari semasa ke semasa.Beliau berkata,urusan yang didakwa meragukan itu termasuk pemindahan aset PKNS kepada PKNS Holdings untuk memudahkan urusan jualan dan perjanjian usaha sama.Hamizun turut mempersoalkan mengenai syarikat Worldwide Holdings Bhd di mana kerajaan negeri mempunyai kepentingan majoriti dua tahun lalu, keluar daripada penyenaraian – Mstar |
| HOT NEWS !!! UNTUK KAUT UNDI,ANWAR IBRAHIM SEKALI LAGI MENARI UNTUK ORANG INDIA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 02 Jul 2012 04:00 PM PDT Pada tahun 2007,ketika berkempen di pentas India dalam pilihan raya kecil Ijok,Anwar Ibrahim menari disaksikan sahabat baiknya Datuk Nallakarupan.Ketika menyertai sambutan perayaan Ponggal di Kuil Sri Maha Marriamman,Kinta Valley,Batu Gajah,Perak,Jan 2012,Anwar sembah api sambil menari-nari lagi. Terbaru,kelmarin seperti dilaporkan Sinar Harian Anwar secara spontan menggoyang-goyangkan badan mengikut alunan muzik ketika naik ke pentas politik masyarakat India di Taman Ria Jaya,Sungai Petani,Kedah.Sebaik sahaja Anwar tiba,seorang lelaki India menari meniru gaya bintang popular dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadhu,mendiang M G Ramachandran (MGR) menari dengan gaya dan lenggok ala selebriti itu.Kemudian Anwar pun mengikuti rentak lelaki itu dengan mengoyang-goyangkan badannya.Anwar kemudian terus diiringi ke pentas utama mengikut langkah tarian itu sehingga muzik itu berakhir. Dalam pada itu,portal itu turut melaporkan selepas habis berceramah dan ketika Anwar mahu melangkah turun pentas,seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol terus meluru naik ke pentas dan menari bersama Anwar mengikut alunan muzik MGR bersama pemimpin lain.Bagaimanapun,tindakan pantas penganjur berjaya menghalang lelaki itu dari terus mendekati Anwar yang sedang bersalaman dengan penyokong sebelum bersurai. ADAKAH CARA INI DAPAT MENARIK UNDI INDIA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment