PAPA GOMO

PAPA GOMO


Rosmah Mansor Sokong Usaha Kem Perkasa Remaja

Posted: 02 Jul 2012 08:00 PM PDT



Kem Perkasa Remaja yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memberi peluang pekerjaan kepada para peserta sejak siri pertama program ini dianjurkan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, seorang daripada peserta Kem Perkasa Siri 1 program telah bekerja di Outward Bound Lumut sebagai Pembantu Infrastruktur manakala majoriti daripada mereka bekerja di syarikat pembinaan, permotoran dan berniaga sendiri. Read More...

Tahniah buat Datin Sri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia atas keperihatinan yang dipamerkan dalam membantu para belia keluar dari kelompok yang tidak sihat sepertimana yang berlaku dalam kehidupan mat mat motor yang ada.

Reaksi positif dari pihak keluarga membuktikan bahawa jika ada usaha yang berterusan dari masyarakat pastinya para golongan belia yang dilabelkan sebagai Mat rempit ini mampu menjadi insan yang lebih baik dari apa yang mereka lakukan waktu ini.

Apa kata ibu bapa :






Semoga program sebegini diteruskan lagi dan diperhebatkan bagi membimbing golongan belia yang ada menjadi lebih baik dari apa yang mereka lakukan waktu ini. Sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat amat diperlukan agar sama sama kita menyumbang usaha dan tenaga menjayakan hasrat murni kerajaan.

Psssttt... Aku suka program ni, elok terus diperkasakan lagi dengan bantuan pihak koporat lain.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Apa Lancau PMO Salurkan Dana Untuk ABIM Proksi Anwar Ibrahim Ni?

Posted: 02 Jul 2012 05:00 PM PDT



Cukup sakit hati bila dapat tahu cerita bahawa ada yang menyalurkan dana buat ABIM sebuah pertubuhan yang sememangnya merupakan proksi Anwar Ibrahim. ABIM yang merupakan satu entiti Anwar disalurkan Dana yang datangnya dari sebuah agensi Kerajaan.

Apakah Pejabat Perdana Menteri BUTA? KLIK DISINI dan Perhalusinya sendiri.


Psssttt.... Senyap senyap dana disalurkan.....sial betul


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Tipu, Bohong Semua Makanan Kerajaan Pakatan Selangor

Posted: 02 Jul 2012 11:00 AM PDT



Kian hari kian sukar untuk kita tidak mempercayai penilaian buruk bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP telah mendustakan rakyat. Ini kerana sedang janji dan ikrar lama belum tertunai, mereka terus menerus menabur janji baru.

Cuma liciknya, mereka bijak menyalut janji baru dalam bentuk harapan dan menyalahkan pula pihak lain sambil mengembar-gemburkan soal-soal rasuah dan kroni Kerajaan Pusat yang entah di mana hujung dan pangkalnya.

Mereka berharap dapat meledakkan emosi rakyat dan seterusnya melupai janji yang gagal ditunai. Itulah strategi mereka. Kalaupun tidak lupa, mereka berharap rakyat reda dengan ketentuan mereka gagal menepati janji-janji ini.

Inilah yang boleh dirumuskan daripada sekian banyak munculnya masalah di Selangor. Lihatlah, sedang mereka menghebohkan pendidikan percuma dengan peruntukan berbilion ringgi, kebajikan pelajar di institusi pengajian tinggi yang mereka tadbir diabaikan.

Bagaimana mereka boleh berbangga dengan janji pendidikan percuma sedangkan mengurus kewangan sebuah universiti negeri yang mempunyai beribu-ribu pelajar sahaja gagal? Adakah Unisel adalah contoh hipokrasi parti pembangkang.

Kini sudah hampir sebulan sejak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan 'langkah sementara' sebagai strategi jangka pendek menyelesaikan masalah kewangan pelajar universiti itu susulan pembekuan sementara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Unisel.

Setakat ini belum ada apa-apa pengumuman dibuat walaupun Khalid telah menguar-uarkan langkah mengapungkan aset Unisel yang bakal meraih dana RM30 juta yang sebahagiannya akan digunakan untuk membantu pengajian pelajar.

Malah, Khalid seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dalam satu ceramah di Kelantan cukup berbangga kononnya beliau telah berjaya mengumpulkan wang RM30 juta tetapi tiba-tiba pula PTPTN menarik balik pembekuan itu!

Kini, setelah hampir sebulan tidak terdengar pula pelajar Unisel ini mendapat habuan wang RM30 juta itu. Mereka, pelajar Unisel masih terus meminjam daripada PTPTN. Ah, jangankan langkah jangka panjang, langkah jangka pendek pun hanya terdengar di mulut sahaja.


Susulan kontroversi pembekuan sementara pinjaman PTPTN di Unisel itu, timbul banyak tanda tanya mengenai kemampuan sebenar kewangan universiti yang ditadbir oleh Kerajaan PKR ini.

Mungkinkah Unisel yang didakwa telah banyak disusupi oleh unsur-unsur politik kepartian juga menghadapi masalah kewangan dan apakah kedudukannya lebih buruk berbanding Kuin di Kedah?

Tentu sekali apa yang berlaku ke atas Kuin seharusnya tidak menimpa Unisel. Apatah lagi Selangor negeri kaya dan Menteri Besarnya tokoh korporat yang digembar-gemburkan 'pandai mencari duit'.

Berbanding Kedah, di pejabat Menteri Besar Selangor lebih gah dengan ramai strategis dan pakar termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi. Tidak mungkin mereka akan benarkan Unisel berada dalam keadaan bermasalah.

Tetapi jika di Kuin boleh berlaku, tidak mustahil krisis sama berlaku di Unisel melihatkan pengurusannya yang sering bertukar akibat pertelagahan. Cuma mungkin setakat ini ia berjaya 'disembunyikan' tetapi bak kata pepatah bangkai gajah tidak selamanya boleh ditutup dengan nyiru!

Lagipun Kerajaan PKR Selangor dikenal mempunyai reputasi dan rekod buruk dalam bidang pendidikan ini. Merekalah yang menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sabak Bernam pada pertengahan 2010 dengan alasan mudah tidak ada keuntungan.

Merekalah juga yang menutup asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan untuk digantikan bangunan komersial dengan alasan asrama itu tidak lagi relevan. Kedua-dua kemudahan pendidikan ini yang tujuannya untuk membantu rakyat kurang mampu dijadikan mangsa demi keuntungan wang ringgit.

Berkali-kali mereka diingatkan tentang janji yang belum tertunai itu. Bagaimanapun politikus parti pembangkang ini seperti tidak peduli, semacam satu pengakuan bahawasanya mereka hanya berdagang janji.

Juga, terbuktilah mereka hanya ramai pakar strategis tetapi bila bab pelaksanaan tiada yang mampu dan berani melakukannya. Sahlah mereka hanya saudagar janji, pandai berjanji tetapi kelit untuk mengotakannya.

Sumber Ocean 13

Psssttt... Rakyat Selangor perlu bangkit menolak kekejaman Kerajaan Pakatan Selangor

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


PANAS - Rosmah Mansor Dikepung Mat Rempit

Posted: 02 Jul 2012 08:48 AM PDT



Bangi Selangor, dilaporkan isteri perdana Menteri Datin Sri Rosmah telah dikepung oleh sekumpulan mat rempit ekoran Read More...


Psssttt.... Jika mereka serang kita pertahankan


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Rakyat Terus Dijadikan Mangsa Politik Kerajaan Pakatan Selangor

Posted: 02 Jul 2012 05:00 AM PDT



Penangguhan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 bakal memberi kesan dan impak yang besar pada pengguna domestik, sektor perindustrian & komersil, perniagaan dan pelaburan di sekitar negeri Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya. Dengan mengambilkira pembangunan yang pesat dan pertambahan penduduk di kawasan ini dari tahun ke tahun, permintaan terhadap bekalan air bersih sudah semestinya meningkat.

Walaupun begitu, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yakin bahawa 33 buah loji rawatan air yang sedia ada masih mampu untuk menampung keperluan permintaan air terawat yang semakin meningkat ini.

Melalui Forum Air Selangor yang diadakan pada 12 June 2012 , kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat berpendapat masalah kekurangan rizab air terawat dapat diatasi dengan mengurangkan NRW (Non Revenue Water) . NRW tinggi pada ketika ini adalah disebabkan ketidakcekapan pengurusan syarikat-syarikat konsesi , oleh yang demikian kerajaan Selangor berpendapat pengstrukturan semula industri air adalah langkah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.

NRW yang tinggi adalah disebabkan aset-aset air tidak diselenggara dengan baik misalnya melalui penggantian paip-paip saluran air yang lama dan berkarat kepada paip-paip saluran air yang baru.

Walau bagaimanapun, masalah NRW yang tinggi ini juga boleh dikaitkan dengan tindakan kerajaan Negeri Selangor yang sehingga sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah pengstrukturan semula air dengan syarikat-syarikat konsesi, sekali gus membabitkan pembekuan CAPEX (perbelanjaan modal) yang digunakan syarikat konsesi bagi penyelengaraan dan penggantian paip-paip lama dan rosak.

Oleh itu kerja-kerja penyelengaraan tidak dapat dilakukan oleh syarikat konsesi dan pada masa yang sama menyebabkan peningkatan kepada NRW .

Sama ada meneruskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 atau pengstrukturan semula industri air, penyelesaian bagi menghadapi krisis air 2014 seperti kajian yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) perlu dicari kerana masa semakin suntuk.

Sekiranya kerajaan negeri Selangor berkeras untuk tidak bekerjasama dalam Projek Loji Rawatan Air Langat 2 , satu kaedah penyelesaian alternatif perlu diberikan dengan segera dalam mengahadapi krisis ini. Namun setakat ini, penyelesaian alternatif melalui pengstrukturan semula masih tergantung dan sekiranya ia berjaya dilakukan dalam masa terdekat ini, kaedah mengurangkan NRW masih memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan .

Lantikan semula konsultan, kontraktor untuk kerja-kerja penyelengaraan dan penggantian paip ini akan melalui satu tempoh yang agak panjang sebelum kerja-kerja itu sendiri dapat dilaksanakan.

Apabila krisis air ini berlaku,kesan yang diterima oleh pengguna domestik adalah paling ketara. Catuan air yang dilakukan akan menyulitkan aktiviti-aktiviti harian rutin seperti memasak, membasuh pakaian, dan membersihkan diri. Dalam keadaan yang terdesak ini sumber air alternatif yang tidak terawat mungkin akan digunakan sekaligus mendedahkan pengguna kepada ancaman penyakit.

Perniagaan-perniagaan makanan dan minuman dijangka turut terjejas kerana kualiti makanan dan minuman yang disediakan diragui. Selain itu perniagaan-perniagaan lain yang melibatkan penggunaan air yang banyak seperti cuci kereta, salun, dobi dan sebagainya akan mengalami masalah.

Bayangkan jumlah perniagaan berkaitan yang bakal terjejas di sekitar Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya akibat dari krisis air, ini secara langsung menjejaskan sumber pendapatan peniaga-peniaga ini dan pekerja-pekerja mungkin terpaksa diberhentikan. Sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Apa yang lebih membimbangkan, krisis air juga dijangka membantutkan pelaburan di Selangor, secara tak langsung memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara, kerana Selangor merupakan antara negeri yang menghasilkan pulangan yang tinggi di negara ini sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi.

Selain itu rancangan kerajaan untuk mewujudkan Greater KL melalui Economic Transformation Plan (ETP) mungkin terjejas . Peluang perniagaan dan pekerjaan yang banyak melalui inisiatif Greater KL dengan penyertaan syarikat-syarikat multinasional mungkin tidak dapat dicapai akibat dari krisis air.

Rancangan untuk menjadikan Kuala Lumpur antara 20 bandaraya di dunia yang selesa didiami menjelang tahun 2020 mungkin sekadar tinggal impian kerana keperluan asas seperti air pun tidak dapat diselesaikan.

Oleh itu, kerajaan Selangor perlu mencadangkan penyelesaian segera samada Langat 2 atau apa-apa alternatif lain, kerana apa yang rakyat mahukan hanyalah bekalan air bersih yang berterusan.

Sumber KL POS

Psssttt.... Sampai bila rakyat hendak dijadikan mangsa politik?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Skandal 1 Bilion

Posted: 01 Jul 2012 11:04 PM PDT



Mohd Zin turut menambah pendedahan tersebut amat serius kerana melibatkan kepentingan awam dan merupakan satu 'tamparan' terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta dibawah geran Selangorku Sayang adalah dari sumber yang meragukan.

Sebelum itu, Chua Tee Yong mendedahkan akan membongkar sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat RM1 bilion yang melibatkan kerajaan negeri Selangor.

Read More....



Psssttt.. Rompak dan terus rompak itulah taktik Pakatan Rakyat Haram

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...