KUALA LUMPUR 2 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menfailkan saman terhadap bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akuan seperti yang dilaporkan.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata, sudah menjadi lumrah kepada Anwar bahawa beliau tidak akan menyaman sesiapa atau mana-mana pihak yang dianggap boleh memberi kesan negatif kepada dirinya walaupun individu terbabit mendedahkan salah laku Anwar sebelum ini.
"Sehingga sekarang tiada tindakan yang diambil oleh Anwar terhadap Murad berhubung pendedahan yang dibuat, ini bukanlah sesuatu perkara yang pelik atau luar biasa kerana mungkin beliau khuatir lebih banyak perkara lain yang akan didedahkan oleh Murad terhadap dirinya.
Anwar Diam Diri
"Cara yang terbaik kepada dirinya adalah dengan mendiamkan diri, beliau khuatir jika membuka mulut nanti lebih banyak perkara yang terbongkar ini belum menjejaskan peluangnya pada pilihan raya nanti," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Menurutnya, seperti yang diketahui umum, sebelum ini Anwar akan menyaman sesiapa sahaja jika ada pihak yang cuba memburuk-burukkan dirinya termasuk seperti apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Mahahir Mohamad.
"Dalam suasana pilihan raya yang semakin hampir, Anwar akan cuba sedaya upaya untuk mengelak dirinya dari terus menjadi tumpuan masyarakat, dan cara yang terbaik pada dirinya adalah mendiamkan diri.
Bangkitkan Isu Lain
"Selain itu, Anwar juga akan cuba mengalihkan tumpuan rakyat terhadap dirinya dengan membangkitkan isu lain seperti apa yang cuba dilakukan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
Mazlan berkata, apa yang berlaku itu bukanlah sesuatu yang baru kepada Anwar kerana sudah banyak kali beliau melakuan perkara yang serupa terhadap apa sahaja yang membabitkan dirinya.
"Jika individu itu tidak berkepentingan pada dirinya, beliau akan ambil tindakan undang atau menyamannya, seperti Murad beliau amat berhati-hati kerana salah tindakan akan memakan dirinya," katanya.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment