UMNO Online - “Segerakan Siasatan Skandal RM3 Bilion Anwar – Ahmad Maslan” plus 9 more

UMNO Online - “Segerakan Siasatan Skandal RM3 Bilion Anwar – Ahmad Maslan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Segerakan Siasatan Skandal RM3 Bilion Anwar – Ahmad Maslan

Posted: 19 Jun 2012 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) hari ini berharap dan menggesa agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung akuan bersumpah Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pengerusinya Datuk Ahmad Maslan berkata langkah berkenaan penting memandangkan banyak pihak telah meminta perkara berkenaan diambil tindakan oleh kerajaan.

"Lagipun semalam Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami mengharapkan dan gesa agar kerajaan ambil tindakan secepat mungkin berhubung tuduhan berkenaan…..Persoalan Anwar bersalah atau tidak itu adalah perkara berbeda dan rakyat secara keseluruhan telah mengadakan pelbagai laporan polis dan pelbagai NGO juga mengadakan demonstrasi. Ini adalah kenyataan pertama daripada BN kecuali oleh Tan Sri Muhyiddin sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Biro Publisiti dan Penerangan di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan parti-parti komponen BN. Turut serta Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis.

Abdul Murad dalam satu kenyataan pada Isnin yang diperolehi Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata : "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.

"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Ketika mengulas desas-desus yang berlegar hari ini bahawa Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Eskay esok, Ahmad Maslan menimbulkan persoalan kenapakah masa yang cukup panjang diambil oleh Ketua Umum PKR itu untuk berbuat demikian.

"Jika desas-desus itu benar, kenapakah masa yang diambil cukup panjang….Pendedahan itu pada Febuari 2011. Sekarang ini sudah Jun 2012. Mengapa Anwar mengambil masa yang cukup panjang," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut mengulangi lima pilihan yang diungkapkannya sebelum ini terhadap Anwar Ibrahim dalam usaha menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks didakwa melibatkan dirinya.

Lima pilihan itu tambah beliau antaranya termasuklah mengambil tindakan saman selain mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks itu tidak tulen.

"Jika benar Anwar mahu menyaman Eskay maknanya tinggal lagi empat…. Selain memanggil pakar luar negara, Anwar juga perlu bersumpah laknat sepertimana Eskay dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Selain itu Anwar dan Wan Azizah serta Eskay perlu melakukan ujian poligraf sepertimana cadangan Datuk Husam Musa sebelum ini dalam usaha mengetahui kebenarannya," kata beliau.

Berhubung mesyuarat jawatankuasa berkenaan, Ahmad Maslan memberitahu pelbagai program yang akan diatur dan dilaksanakan yang menjurus ke arah pilihan raya umum ke-13.

"Dan hari ini kita menyerahlan risalah kepada parti-parti komponen untuk dialih bahasa bagi memudahkan ianya difahami oleh setiap lapisan bangsa. Maknanya risalah itu nanti akan ada dalam bahasa masing-masing," katanya. -MediaUMNO

Malaysia – China Ties Now At Their Best Period, Says China’s Ambassador

Posted: 19 Jun 2012 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 19 – Bilateral ties between Malaysia and China are now at their best ever period and level, and are poised to be even stronger in the years to come, said China’s Ambassador to Malaysia, Chai Xi.

The envoy said that he had witnessed the relationship between both countries strengthen since being posted here in July 2009 and this was evident from the various high level exchanges and cooperation, especially after the November 2009 visit by President Hu Jintao to Malaysia.

During that visit, the top leaders from both countries agreed on a joint action plan to enhance strategic cooperation, he said.

Chai said that significant event had marked a new beginning of the more than three decades of friendship, which he was optimistic would continue to grow from year to year.

“I would say that we have come to the best period of our relationship especially in recent years.

After these high level exchanges, our relationship has come to an new era,” he said in an interview with Bernama, here.

He said recent events and various high level exchanges were testimony of the mutually close friendship and political confidence that the leaders of both countries had for each other.

Malaysia’s bilateral ties with China chalked up another milestone recently when the latter agreed to lend a pair of giant pandas to Malaysia as a gesture of their prospering relationship.

The agreement between China Wildlife Conservation Association and Malaysia’s Wildlife and National Parks Department was signed in Putrajaya, last Friday.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had made the request personally to his Chinese counterpart Wen Jiabao during his visit to Nanning, China last April.

Chai said the request was immediately agreed upon by Wen, proving that both countries were enjoying a special relationship.

“This is quite unique. To send a panda to a foreign country is really not something very easy, but this time, both leaders, had made a very difficult thing in an easy way. I really hope that our friends in Malaysia will be happy to see the pandas,” he said.

To date, China has only loaned 23 of its most famous national symbol to nine countries.

Apart from the pandas, Malaysia and China also agreed to jointly develop the 55sq km Qinzhou Industrial Park (QIP) in the coastal area of Guangxi Province and the establishment of a Malaysia-China Industrial Park in Kuantan, Pahang.

Among the industries that have been identified for development at QIP are a palm oil refinery, auto spare parts manufacturing and information and technology-related fields.

Under the partnership, Malaysian entrepreneurs operating from the QIP can expect to enjoy good incentives and policy measures implemented by the Chinese authorities, Chai said.

China is Malaysia’s top trading partner while Malaysia is China’s largest trading partner in Asean. Total trade volume of between the two countries reached more than US$90 billion in 2011, up from US$52 billion the previous year.

“The trade volume is still growing. And personally, I think that, either this year or next year, the trade volume between China and Malaysia will reach the US$100 billion mark.

“This would mean that Malaysia will be the third country in Asia after Japan and Republic of Korea to become the biggest trading partners of China,” he said.

Moving ahead, the Chinese envoy said there were huge potentials in other sectors that both countries could tap to further develop bilateral ties, especially in the energy, information and technology and the herbal industries.

“For instance in herbal medicine. Malaysia has vast forests that I believe is a treasure trove for herbal plants.

“In this aspect, I think we can work together to do research and develop herbal medicine, which is gaining popularity due to its benefits and that it has no side effects,” Chai said.

On his contributions towards enhancing bilateral relations, Chai said one of them was his recommendation to Beijing to establish an industrial park in Malaysia, which was received positively by his government.

“In the last two years, I studied a lot about this country and found out a lot of its potentials.

“I told my colleagues that it is high time for China to consider an industrial park here. My idea was — let us join hands to set the stage and then invite the entrepreneurs to perform,” he said.

Pemuda UMNO Subang Lancar Ops Bendera

Posted: 19 Jun 2012 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Jun – Pemuda UMNO Bahagian Subang akan melancarkan Ops Bendera di mana sebanyak 8000 ribu bendera UMNO dan Barisan Nasional akan dipasang di sekitar kawasan Parlimen Subang dalam masa yang terdekat ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Harrison Hassan, Ops Bendera ini merupakan salah satu inisiatif dari Pemuda Subang sebagai satu simbolik bagi memperlihatkan kesungguhan Pemuda UMNO Subang dalam mengembalikan semula pentadbiran negeri Selangor, khususnya Parlimen Subang kepada BN.

"Setakat ini lebih 3000 bendera sudah pun dinaikkan dan lima ribu bendera lagi sedang dipasang di sekitar Subang. Saya berharap Ops Bendera ini juga boleh menjadi satu pencetus semangat bagi pemuda-pemuda UMNO di Parlimen Subang untuk bekerja keras, bagi memastikan kemenangan UMNO dan BN di parlimen ini, agar bendera parti keramat UMNO dan BN terus berkibar di bumi Selangor selepas PRU 13 ini," jelas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Selain itu, Pemuda UMNO Subang turut menjalankan beberapa program kemasyarakatan yang tertumpu kepada usaha mendekati para belia di sekitar kawasan Parlimen Subang.

"Baru-baru ini kami mengadakan program penerangan, Ops Terang dengan kerjasama Pemuda UMNO Sungai Besar di Kota Damansara. Selain itu, kini secara berkala, kami adakan program santai-santai bersama pemuda dan saya lihat respon yang diberikan oleh para belia terhadap UMNO amat baik. InsyaAllah saya yakin, belia-beliau di kawasan Parlimen Subang tetap bersama UMNO dan BN kerana mereka sudah matang, terbuka dan rasional dalam membuat penilaian," ujarnya.

Di samping itu, jelas beliau lagi perjumpaan jentera-jentera BN di setiap PDM di Parlimen Subang sedang giat dijalankan yang mana melibatkan tiga PDM pada setiap hari.

"Di kawasan Subang, kami mempunyai 45 PDM dan setakat ini kami sudah mengadakan mesyuarat jentera melebihi separuh dari jumlah keseluruhan PDM. Dan mesyuarat atau perjumpaan jentera-jentera PDM ini akan terus dijalankan sehinggalah tibanya PRU 13 nanti," beritahu beliau.

Seterus Harrison memberitahu, Pemuda UMNO Subang juga sedang dalam perancangan untuk mengadakan kursus pidato bagi mencungkil bakat-bakat ahli Pemuda yang mempunyai bakat dalam berpidato.

"Kursus ini diharap dapat mencungkil bakat dalam usaha Pemuda Subang untuk melahirkan pemidato-pemidato yang berwibawa yang mampu berhujah secara fakta dalam usaha kita untuk menangkis serangan-serangan fitnah, atau isu-isu yang sengaja ditimbulkan oleh Pakatan Pembangkang yang bertujuan untuk menyemai rasa benci rakyat terhadap kerajaan," jelas beliau. -MediaUMNO

Rasuah – DAP Umpama Ayam Kokok Berderai, Ekor Penuh Tahi

Posted: 19 Jun 2012 03:29 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Jun – Kelantangan DAP yang kononnya ingin menjadi juara untuk membenteras permasalahan  isu rasuah ibarat seperti Ayam Berkokok  Berderai-derai, Tapi Ekor Bergelumang Tahi apabila cuba merasuah bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim daripada meninggalkan parti itu.

Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata apa yang berlaku itu jelas menunjukkan DAP bukan sahaja pandai bercakap malah sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu demi kepentingan politik.

"Kononnya mementingkan intergriti dan anti rasuah dan menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti rasuah tetapi sebaliknya yang berlaku apabila DAP secara terang-terangan melakukan perbuatan itu apabila cuba merasuah Tunku Abdul Aziz.

"Pendedahan ini bukanlah konspirasi seperti mana yang sering dituduh pembangkang apabila ada sesuatu isu yang didedahkan membabitkan mereka, tetapi ia didedahkan sendiri oleh Tunku Abdul Aziz yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UMNO atau Barisan Nasional.

"Sehingga kini tidak kita dengari sebarang penafian daripada DAP berhubung perkara itu, malah tiada sebarang tindakan yang diambil oleh DAP terhadap Tunku Abdul Aziz berhubung pendedahan itu jika benar ia adalah konspirasi politik," katanya UMNO-Online di sini.

Nor Hafizah berkata, tidak juga didengari sebarang kenyataan daripada rakan sekutunya sama ada Pas atau PKR berhubung perkara itu, mereka diam seribu bahasa bagaikan merelakan rasuah yang cuba dilakukan oleh DAP.

"Dahulu ketika mula perintah Pulau Pinang, mereka sibuk bercakap mengenai intergriti, kononnya ingin menjadi kerajaan yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus, tapi bila dah berkuasa banyak masalah yang timbul sehingga menyusahkan rakyat.

"Banyak tindakan yang dilakukan menimbulkan pelbagai persoalan terutama membabitkan ketelusan dalam melaksanakan projek yang membabitkan nilai yang tinggi, kalau dahulu mereka menuduh Barisan Nasional tidak telus, sedangkang mereka sendiri tidak telus dalam melaksanakan tugas sebagai kerajaan negeri," katanya.

Beliau menyifatkan pembangkang terutamanya DAP hanya pandai mencari kesalahan sedangkan apabila terkena diri sendiri, mereka nampaknya cuba menyembunyikan perkara itu untuk menunjukkan tiada apa yang berlaku. -MediaUMNO

Selangor Government Urged To Address Christian Burial Plots Problem In Puchong

Posted: 19 Jun 2012 03:15 AM PDT

SHAH ALAM, June 19 – Some 30 residents of Puchong today held a peaceful demonstration in front of the Selangor secretariat building here urging the PKR-led state government to approve a piece of land to address the problem of Christian burial plots in Puchong.

Senior pastor of Shepherd’s Tabernacle Ministries church in Puchong, Reverend Dr Matthew Raj, said currently there was no Christian burial ground in Puchong and it has become a matter of serious concern for the Christian community for many years.

“Whenever a Christian death occurs, the family goes into a great dilemma as to where to bury their loved ones as nowadays no burial grounds are available in Kampung Tunku, Petaling Jaya nor in Cheras.

“This has forced Christians to look for other alternatives to bury the deceased,” he told reporters after handing over a memorandum to Abdul Razak Ismail, the political secretary of Selangor Health, Plantation Workers, Poverty and Caring Government Committee chairman Dr Xavier Jayakumar here, today.

Matthew also took to task Dr Xavier and Puchong Member of Parliament Gobind Singh Deo for not taking into consideration their request to have  Christian burial plots in Puchong.

“As our first attempt, we handed a letter to Dr Xavier to voice our request for a Christian burial ground in Puchong and since then until now there were no favourable response,” he said.

Matthew said he was informed that the state government had identified a 0.65 hectares (1.6 acre) plot of land in Puchong for the Christian burial plot but no action was taken after that.

Skandal RM3 Bilion : Murad Sudah Sahkan, Anwar Tak Perlu Pusing-pusing

Posted: 19 Jun 2012 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Persoalan berkaitan pendedahan yang dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung 20 akaun induk Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan 13 tahun lalu masih belum dijawab sama ada dinafikan atau menjelaskannya.

Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul mencabar ketua pembangkang itu untuk mengambil tindakan terhadap pendedahan yang dibuat sama ada membuat penafian atau memberikan penjelasan.

"Sekiranya dakwaan tersebut tidak benar maka Anwar perlu mengambil tindakan undang-undang dan mengheret Datuk Murad ke mahkamah sebagaimana yang seringkali beliau lakukan terhadap beberapa siri pendakwaan lalu namun sekiranya akaun tersebut adalah membabitkan beliau maka penjelasan dari mana punca dan untuk apa ia diberikan perlu dibuat," katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, dengan sikap berdiam diri Anwar sebagaimana yang berlaku sekarang ini tidak akan menyelesaikan segala persoalan sebaliknya pelbagai persepsi lain akan timbul.

"Sebagai seorang yang pernah akrab dan pernah menjadi sahabat karibnya malah menyokong pembabitan Anwar dalam politik sejak awal sehinggalah beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri, maka saya menggesa dan mencabar Anwar untuk memberikan jawapan sama ada menafikan atau menjelaskan berkaitan akaun-akaun berjumlah RM3 bilion itu.

"Semua pihak mahu mendengar sendiri jawapan dari Anwar berkaitan apa yang telah didedahkan oleh Datuk Abdul Murad dan sebagai pemimpin beliau harus bertanggungjawab dan bersifat 'gentleman'," katanya lagi.

Ujarnya, tindakan Anwar yang tidak menjawab persoalan dikemukakan sebaliknya gemar pula mencipta provokasi dengan mengaitkan Perdana Menteri dan kepimpinan atasan telah mendedahkan siapa dirinya.

"Semakin hari, semakin banyak pendedahan berkaitan Anwar walaupun dia cuba lari dari menjawab dakwaan dengan cuba menimbulkan isu-isu lain yang secara tidak langsung telah menjerat dirinya sendiri," tambahnya.

Semalam, Abdul Murad telah mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau pada 1999 adalah benar berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pada masa sama turut mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar selain secara jelas mengaitkan nama Shamsidar apabila mendakwa isteri Azmin tersebut dibayar gaji lumayan dan disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandu walaupun pada kebanyakan masa wanita itu tidak perlu ke tempat kerja. – MediaUMNO

Lynas : Pembangkang Guna Hujah Putar Belit Bukan Hujah Fakta Ilmu Sains

Posted: 19 Jun 2012 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan menyifatkan Ahli Parlimen Baru, Tian Chua sebagai pakar belit, bukannya pakar dalam bidang nuklear kerana hujah-hujah yang diberikan pagi ini jauh melencong dan bersifat politik semata-mata.

"Beliau begitu beria-ria mengkritik perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) tanpa memikirkan bahawa mereka jugalah yang memboikot perjalanan jawatankuasa tersebut.

“Kebanyakan persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan 12 tahun insentif, itu juga kita telah tanya kepada pihak MITI. MITI telah memberitahu bahawa ini adalah perkara biasa, malah negara-negara lain juga cuba untuk mempengaruhi pelaburan bernilai tinggi sebegini dengan insentif sebegitu tinggi kepada syarikat-syarikat tersebut," ujarnya mengulas hujah YB Batu, Tian Chua di parlimen pagi tadi.

Tambahnya, insentif yang diberikan itu ialah sebagai permulaan, bukannya sebagai sasaran utama.

Jelas beliau lagi sasaran utama ialah apabila Lynas ini beroperasi di Malaysia, dan apabila mengeluarkan nadir bumi ini, kesan sampingannya itu begitu besar kepada syarikat yang mengeluarkan kereta, televisyen, semua barangan elektronik yang menggunakan teknologi hijau ini.

"Syarikat terbabit akan membuat pelaburan di negara ini…itu yang kita mahu, tapi untuk mendapatkan pelaburan syarikat-syarikat  itu, kita mahu nadir bumi ini dibuat di Malaysia, sebab itu kita ada satu cadangan dalam laporan kita iaitu kita minta MITI, apabila ada syarikat-syarikat yang telah wujud ini, kita minta mereka hadkan eksport nadir bumi ini ke luar negara supaya syarikat-syarikat yang ada di Malaysia ada aksess kepada nadir bumi itu," tambahnya.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat yang ditemui di luar Dewan menegaskan tahap radiasi projek Lynas memang rendah.

Bagaimanapun katanya, perkara-perkara lain termasuk jika berlaku kebocoran atau radiasi itu tersebar dalam air perlu diteliti kesannya pada hidupan laut.

“Itu saya tak berani nak sebut. Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.,” ujarnya.

Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutp masalah-masalah masyarkat sekitar.

“Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat,” tegas Dr Rosli.

Terlalu Kerap Bercakap Bohong, Anwar Tidak Dapat Terima Kenyataan

Posted: 19 Jun 2012 02:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersikap bermuka-muka dan tidak menceritakan keadaan sebenar sebagaimana yang berlaku sebaliknya diputarbelitkan dengan membandingkan Malaysia dan negara luar.

"Inilah masalahnya apabila cenderung menikmati kehidupan dalam pembohongan maka apabila timbul kebenaran, pahitnya amat terasa sekali sehinggakan tidak dapat menerima hakikat," katanya.

Semalam, dalam perbahasan di Parlimen Anwar, telah menganggap Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) sebagai kurang bijak yang merujuk kepada laporan daripada Jawatankuasa International Fact-finding Mission on Election dengan mengatakannya menyelar Indonesia dan menganggap bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak sedia menerima kebebasan dan demokrasi.

"Saya telah memberi pandangan yang jelas berkaitan demokrasi dan kebebasan malah kerajaan sentiasa membuka pintu dan peluang kepada mana-mana pihak untuk menyuarakan pendapat berlandaskan kepada saluran yang betul namun ini tidak bermakna menggunakan demonstrasi jalanan sebagai pilihan utama," katanya kepada UMNO-Online.

Pada 26 April lalu, Jawatankuasa International Fact-finding Mission on Election telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Adnan di Ibu Pejabat BN dan dalam kesempatan tersebut, beliau telah menyelar pakatan pembangkang yang seringkali melakukan provokasi dan menuduh kerajaan tidak berlaku adil serta ada campurtangan dalam urusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuklah PRU ke-12 yang lalu.

"Saya sedia maklum bahawa jawatankuasa tersebut kebanyakannya adalah dari pihak pembangkang di negara mereka tetapi saya tidak menghalang ianya yang dibuat atas jemputan ketua pembangkang, kerana kita sentiasa bersikap terbuka dan telus dalam membuat keputusan; apatah lagi BN yang menjadi tunjang negara ini mempunyai struktur, dasar dan hala tuju yang jelas.

"Pembangkang membuat tuduhan dengan mengatakan PRU tidak telus dan berlaku penipuan sedangkan mereka sendiri telah membentuk kerajaan dan berkuasa di lima negeri selain memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Sekiranya kita tidak telus adakah kita akan memberikan mereka peluang untuk menang," tegasnya.

Ujarnya lagi, sekiranya jawatankuasa terbabit yang memberikan laporan kepada ketua pembangkang menganggap bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak bersedia untuk menerima kebebasan dan demokrasi maka tentunya ia timbul ekoran daripada perbandingan yang diwujudkan oleh salah seorang anggotanya dari Indonesia berkaitan pelaku demonstrasi di Malaysia dan negaranya.

"Saya telah terangkan bahawa Malaysia adalah berbeza dengan Indonesia di mana di sana para demonstrasi boleh dibayar dan ia sudah ibarat satu pekerjaan kepada mereka sedangkan di negara ini tidak sedemikian. Malahan terdapat ejen-ejen yang menawarkan perkhimatan untuk mengatur demonstrasi jalanan dengan upah tertentu tergantung kepada bilangan peserta, masa dan tempat .

"Tambahan pula, rakyat di negara ini masih lagi trauma dengan kejadian rusuhan 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa dan kita tidak mahu ia berulang. Apatah lagi telah jelas bahawa demonstrasi jalanan di Malaysia digerakkan oleh pembangkang yang umumnya mengundang kepada kejadian huru-hara.

"Saya juga telah menjelaskan pendirian BN tentang undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan selain peraturan SPR dan jika benar UMNO dan BN ada mencampuri kerja-kerja dalam pilihan raya dan berlaku penipuan maka tentulah pembangkang tidak akan menang sampai lima negeri dalam PRU yang lalu.

Ujarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan mempunyai kepelbagai bangsa, perbezaan agama dan budaya yang berlainan tetapi masih mengekalkan konsep demokrasi dengan masyarakat di dalamnya dapat hidup rukun dan aman serta mengamalkan budaya dan ritual keagamaan masing-masing.

"Malaysia adalah berbeza dengan negara-negara lain bukan sahaja bangsa yang pelbagai tetapi juga mempunyai etnik yang berbeza-beza sebagaimana Melayu dengan etnik Jawa, Banjar, Patani dan macam-macam lagi sedangkan jika mahu dibandingkan dengan Indonesia pun, mereka tidak membenarkan bangsa Cina menggunakan nama mereka sendiri."

Bidasnya lagi, pembangkang di negara ini hanya menggunakan NGO sebagai alat demonstrasi jalanan dan rakyat diperalatkan sedangkan jika mahu berpolitik maka berpolitiklah dengan cara yang betul.

Kunjungan Jawatankuasa International Fact-finding Mission on Election in Malaysia' tersebut telah ini dihadiri oleh Dr. Mohd Nasir Tamara Tamimi (Indonesia), Juliane Schmucker (Jerman-FNS), Senator Hasil Bizenjo (ahli Parlimen – Pakistan), Dean Amado valdez (Filipina – Dekan University of the East), Mj Akbar (India – Ketua Pengarang India Today), Senator Nick Xenophon (Australia – Senator), Dr. Clinton Fernandez (Australia – Associate Professor University NSW, Australia) dan Mdm. Nelita Valdez (Filipina). -MediaUMNO

NGO Minta Kerajaan Kelantan Jawab Dakwaan Penyelewengan Urus Niaga Dinar

Posted: 19 Jun 2012 02:34 AM PDT

KOTA BAHARU, 19 Jun – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak kerajaan Kelantan supaya menggantung urus niaga dinar dan dirham bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap apa yang didakwa sebagai ‘skandal mata wang syariah’ di negeri itu.

Wakil NGO itu, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata kerajaan Kelantan juga perlu menjawab beberapa persoalan seperti yang dinyatakan dalam tiga laporan polis berhubung skandal itu.

Mereka meminta anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan menjelaskan mengenai isu itu.

“Husam perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara yang berlaku dalam syarikat milik rakyat ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) Mohd Zaidan Abdul Rahim dan Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) Kamaruddin Mohd Kassim.

Isu itu timbul selepas tiga laporan polis dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ketiga-tiga laporan polis itu dibuat oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Jan lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Supt Mohamed Zulmazi Che Daud berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung tiga laporan polis yang kesemuanya dibuat di Kuala Lumpur itu.

Ahli Parlimen Pas Setuju Radiasi Dalam Projek Lynas Rendah

Posted: 19 Jun 2012 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun -  Anggota Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear sekali lagi menjelaskan bahawa tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang adalah di tahap yang rendah.

Che Rosli berkata beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat, Selasa.

“Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul.

“Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen… saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, Selasa.

Pada Ogos tahun lepas, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum ini, dalam satu sesi temu bual dengan sebuah televisyen swasta (TV3)Dr Che Rosli berkata tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat adalah tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik.

Beliau turut ditanya mengenai pemberian lesen sementara kepada Lynas untuk beroperasi dan menyifatkan tindakan sedemikian adalah betul.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...