BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! FIQH MENTAATI PEMIMPIN !!! HAK PEMERINTAH WAJIB UNTUK DI TAATI !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! SKANDAL PENIPUAN DINAR EMAS ORANG KUAT HUSAM MUSA TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!
- ISU KAPAL SELAM SCORPENE !!! SUARAM A.K.A PAKATAN HARAM MENIPU !!! TIADA RAKYAT MALAYSIA DI SAPINA DI PERANCIS !!!
- EKSKLUSIF !!! SEMINAR FIQH !!! SAH !!! MALAYSIA BUKAN ULAMA SEKULAR !!!
- HOT NEWS !!! KURANG AJAR !!! AHMAD SYUKRI MENGHINA SULTAN JOHOR !!! WAJIB BACA !!!
| EKSKLUSIF !!! FIQH MENTAATI PEMIMPIN !!! HAK PEMERINTAH WAJIB UNTUK DI TAATI !!! WAJIB BACA !!! Posted: 19 Jun 2012 12:00 PM PDT ![]() Tahniah kepada MyKmu serta Generasi Bestari,iaitu Penganjur Program Fiqh Mentaati Pemimpin selama 3 hari di PWTC pada 15-17 Jun baru-baru ini.Program tersebut mendapat sambutan hangat serta pujian dari para peserta kerana berjaya mengupas isu-isu taat kepada pemimpin menurut Islam yang begitu membelenggu sebahagian rakyat Malaysia.Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka. Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady,Felo Amat Utama,International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC),UIAM, pembentang kertas kerja ke 7 ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan,kalau tak silap saya,telah berkata bahawa "Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau,tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga," - iaitu makmur dan aman. Hakikat ini,telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T.Malah pembentang ke 3,iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia. Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan. Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara.Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka.Sesungguhnya,pekerjaan,makanan,kemudahan,keselesaan,keamanan, kesejahteraan,kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini adalah sifat orang-orang yang kufur. Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil,cekap,bijak dan prihatin.Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa,agama dan budaya.Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya.Berdasarkan fakta ini,semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati. Pembentang pertama,iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour,Mantan Timbalan Syeikhul Azhar,Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak,tetapi pemimpin juga mempunyai haknya. Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati.Jika tidak,negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan. Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita.Justeru,mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam.Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran. "Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)". (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240) Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata : "Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)". (Majmu' al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah) Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda : "Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat". (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275). Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah. Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap,hasad dengki,iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali.Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka.Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah. Dalam bahasa mudahnya,apa yang boleh disimpulkan dari isu 'taat kepada pemimpin' yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam,yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga. Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran. Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T. Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam.Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia,harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! SKANDAL PENIPUAN DINAR EMAS ORANG KUAT HUSAM MUSA TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 19 Jun 2012 08:58 AM PDT ![]() Pada tanggal 15 Oktober 2011,seorang pelabur berbangsa Jepun yang bernama En. Takao Kono telah menerima kunjungan En. Fernando (Umar ) Vadillo dan telah diberitahu tentang program dinar dan dirham sepertimana yang telah dijalankan oleh Kerajaaan Kelantan.En. Vadillo telah meyakinkan En. Kono bahawa pelaburan dalam skim dinar dan dirham adalah satu program yang menguntungkan.Ia bukan sahaja mendatangkan faedah kepada pelabur tetapi juga mendatangkan faedah kepada masyarakat yang mengguna dinar dan dirham terutamanya untuk membela mereka yang miskin.Sebaik sahaja selesai perbincangan antara En. Vadillo dan En.Kono, dan atas keyakinan yang diberikan oleh En. Vadillo, Pelabur Jepun (En. Kono) telah bersetuju untuk menyediakan sejumlah wang pelaburan sebanyak 1 juta USD bagi tujuan merealisasikan program dinar dan dirham.En. Vadillo juga menambah bahawa tujuan utama peruntukan 1 juta USD tersebut adalah bagi mengeluarkan dinar dan dirham Kelantan kerana mengikut katanya pengeluaran siri baharu dinar dan dirham telah tergendala disebabkan beberapa masalah yang di hadapi oleh syarikat pengeluaran Kelantan Golden Trade Sdn Bhd. Jumlah yang dipersetujui tersebut (1 juta USD) disediakan oleh En. Kono dalam masa satu bulan. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja peruntukan tersebut disediakan,En. Vadillo telah memberitahu bahawa masalah yang dihadapi oleh Kelantan Golden Trade tidak dapat diselesaikan dan situasi dalam syarikat tersebut tidak dapat diselamatkan lagi.Pada waktu yang sama En. Vadillo juga menyatakan bahawa satu perjanjian sedang dalam proses permeteraian antara pihaknya dan Sultan Johor, dimana Baginda Sultan telah bersetuju untuk mengeluarkan dinar dan dirham untuk negeri Johor dibawah mohor rasmi Baginda Sultan.Dengan itu,peruntukan 1 juta USD tersebut sekarang beralih untuk tujuan mengeluarkan dirham dan dinar bagi negeri Johor.Setelah menunggu beberapa minggu,kenyataan En. Vadillo ternyata tidak benar dan perjanjian yang dikhabarkan tidak menjadi realiti. Lanjutan dari kejadian ini,En. Vadillo menyatakan bahawa dia telah memperolehi persetujuan dari Baginda Sultan Kedah (DYMM Yg Dipertuan Agong sekarang) untuk mengeluarkan dinar dan dirham untuk negeri Kedah.Namun,sekali lagi,kenyataan ini tidak menjadi realiti dan tiada perjanjian dimeterai. Pada lewat 2011,En. Vadillo telah membawa En. Kono berkunjung ke Jolo di Kesultanan Sulu,dalam kunjungan tersebut mereka telah bertemu dengan Sultan Sulu dan Sultan Sulu telah bersetuju untuk menerbitkan dinar dan Dirham sebagai matawang rasmiKesultanan sulu.En. Vadillo telah berjanji untuk menyediakan matawang tersebut dalam bentuk duit emas dan perak dan akan di hantar kesultanan Sulu pada Februari 2012.Disebabkan keyakinan yang diberikan oleh En.Vadillo yang menyatakan bahawa faktor masa semakin tertekan bagi tujuan penyediaan dirham dan dinar Kesultanan Sulu,En. Kono telah di pengaruhi agar memindahkan peruntukan 1 juta USD tersebut kedalam akaun pedagang emas dan perak di Abu Dhabi (Gold Bullion Company).Pedagang yang dikenali sebagai En. Thani ini telah dikenalkan oleh En. Vadillo kepada En.Kono pada Mac 2012. En.Kono memindahkan wang tersebut bagi tujuan pembelian emas dan perak, dan menyimpan emas dan perak tersebut didalam bilik kemudahan yang disediakan oleh syarikat En.Thani. Invois berkenaan pembelian tersebut juga dikeluarkan oleh syarikat En.Thani kepada En. Kono. Pelan yang dipersetujui adalah untuk menggunakan emas dan perak tersebut apabila tiba waktunya,bagi tujuan menjadikan duit emas dan perak untuk kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, setelah menunggu hingga Februari 2012,tiada apa-apa pun berlaku dan Kesultanan Sulu tidak menerima Dinar dan Dirham yang dijanjikan oleh En. Vadillo.Pada waktu yang sama En. Vadillo menyatakan bahawa dia telah dijanjikan oleh Sultan Cirebon dan Ternate (Indonesia) bagi mengeluarkan dinar dan dirham untuk kesultanan masing-masing.Dia juga menambah bahawa kerajaan Zimbabwe dibawah kepimpinan Robert Mugabe juga telah mempersetujui agar dia mengeluarkan matawang emas dan perak untuk Kesatuan Afrika. Selama episod meyakinkan En.Kono tentang skim dinar dan dirham ini,En. Vadillo telah membelanjakan sebanyak USD 250,000 wang tambahan milik En. Kono,bagi tujuan kos operasi. Pada waktu ini,En.Kono telah hilang keyakinan pada segala pernyataan En.Vadillo dan ingin menarik diri dan pelaburannya dari menyertai program yang dijanjikan.Apabila En.Kono mennghubungi En. Thani di Abu Dhabi bagi tujuan mengeluarkan emas dan perak miliknya,beliau telah dikhabarkan bahawa Emas dan perak tersebut telah dihantar ke Kazakhstan. Menyedari bahawa dirinya ditipu dan wangnya dirompak, En. Kono membut laporan polis pada 28 Mei 2012. - Sel13.Com |
| Posted: 19 Jun 2012 05:00 AM PDT ![]() SUARAM a.k.a Pakatan Haram telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.Pada mulanya,mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan,sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.Oleh itu,sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.Kemudian,SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion! Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh. Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan,sokongan serta pengurusan.Oleh itu,jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM,maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.Bagi menambahkan 'perisa' kepada cerita ini,SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM,Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia,Altantuya Sharibuu,yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam,yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM.Tetapi,hakikatnya segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan. Isteri PM pula,pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah.PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang Pakatan Haram berada dalam keadaan yang amat terdesak.Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM kerana perlu terus menipu.Baru-baru ini,SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi "orang kanan kepada penganalisis pertahanan,Abdul Razak Baginda,Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis." Bagaimanapun,Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina.Menurut mereka,prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain,dalam kes ini,Malaysia.Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil.Oleh itu,tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini.Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina,maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.Dari tindakan SUARAM,kita dapat membaca keterdesakan Pakatan Haram yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir.Justeru itu,kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini. Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang. Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan. Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka. RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! SEMINAR FIQH !!! SAH !!! MALAYSIA BUKAN ULAMA SEKULAR !!! Posted: 18 Jun 2012 10:00 PM PDT ![]() pada sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman Pakatan Haram,menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara sekular.Inilah kesimpulan saya melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady.Pada saya sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman,berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini,bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman.Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan. Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman,Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat,Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular,sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang bersifat sekular.Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP untuk menubuhkan republik Malaysia.Kepada peminat Pakatan Haram yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular,setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya,malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang,tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti. Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular,malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.Dari sistem pemerintahan beraja,berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong Pakatan Haram malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa.Bagi penyokong kerajaan,kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan,tak pulak kita sangka,ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama. Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir.Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.Kalau ada yang lebih baik dari ini,saya suka nak mendengarnya. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KURANG AJAR !!! AHMAD SYUKRI MENGHINA SULTAN JOHOR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 18 Jun 2012 07:00 PM PDT Ahmad Shukri b Kamarudin 900219-05-5393 Lot 1446, Kg Baru Air Hitam Chembong, 71300 Rembau Negeri Sembilan Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Penyokong Pakatan Haram Twitter: http://twitter.com/shukri_rembau Facebook: https://www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin Rukun Negara puak Pakatan Haram,Nombor 1 adalah Kebiadapan Kepada Raja dan Negara !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment