UMNO Online - “Program Hargai Jasa Guru Wajar Dijadikan Amalan Berterusan – Najib” plus 8 more | |
- Program Hargai Jasa Guru Wajar Dijadikan Amalan Berterusan – Najib
- 70,000 Hadir “Jelajah Janji Ditepati” Manifestasi Sokongan Rakyat
- “Saya kerja untuk rakyat, bukan kejar nama”- Mustapha Mohamed
- Muhyiddin Lulus RM3Juta Bina Semula Pasar Minggu Changkat Jering Ketika Tinjauan Mesra
- Pas Tidak Ikhlas Perjuang Institusi Raja – Ahmad Maslan
- Malaysia Sasar Lebih Banyak Pelaburan Dari China- Muhyiddin
- Hubungan Harmoni Bawa Limpahan Pembangunan Kepada Rakyat Sabah- Najib
- Najib Ucap Takziah Atas Kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi
- Khalid Samad Dicabar Dedah Lebih Banyak Klip Video Isu Beli Wakil Rakyat
| Program Hargai Jasa Guru Wajar Dijadikan Amalan Berterusan – Najib Posted: 17 Jun 2012 02:07 AM PDT Kota Kinabalu, 17 Jun — Program bagi menghargai jasa guru wajar dijadikan sebagai amalan berterusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Jelasnya, program seumpama itu mampu mencapai dua objektif besar iaitu memperlihat sumbangan besar golongan guru terhadap masyarakat dan membentuk keperibadian baik seseorang sejak dari awal usia. “Guru merupakan wira masyarakat atau dalam bahasa Inggeris ‘the unsung heroes in the society’. Tetapi sumbangan mereka kepada masyarakat tidak ketara. “Objektif kedua ialah ia (program) dapat membentuk keperibadian seseorang kerana kita perlukan generasi yang berpelajaran, yang berilmu pengetahuan, berperwatakan, mempunyai nilai-nilai murni, sikap positif dan perwatakan yang menyenangkan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Kad Hari Guru Peringkat Negeri di sini. Najib berkata program seumpama itu mampu mengajar masyarakat, khususnya pelajar sekolah bagaimana untuk berterima kasih kepada seseorang yang telah berjasa. Menurutnya, selain ibu bapa, guru merupakan golongan yang memainkan peranan besar dalam memberi inspirasi kepada pelajar untuk memajukan diri. Beliau berkata masyarakat yang berperwatakan baik dan mampu menghargai sumbangan yang diterima pasti akan berjaya dalam hidup, sekaligus berupaya membantu untuk memajukan negara. “Ke arah tahun 2020 untuk mentransformasikan negara, kami (kerajaan) berjanji untuk menunaikan tanggungjawab kami. Tetapi negara memerlukan rakyat untuk bersama dan menyokong kerajaan dalam perjalanan (mentransformasikan negara) ini. “Seperti perjalanan dalam kereta api, kita perlukan penumpang yang baik, mengikut undang-undang, mengekalkan keamanan dan memberi sokongan kepada pemandu kereta api untuk sampai ke destinasi yang dituju,” jelasnya. Beliau juga berkata usaha membangunkan modal insan yang cemerlang dan berperwatakan baik sejak awal usia merupakan satu usaha yang ditekankan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menerusi Program Permata Negara. Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam melahirkan modal insan yang mencukupi dan berkualiti untuk negara. Sejurus selepas majlis tersebut, Najib berlepas pulang ke Kuala Lumpur. |
| 70,000 Hadir “Jelajah Janji Ditepati” Manifestasi Sokongan Rakyat Posted: 17 Jun 2012 01:58 AM PDT TAIPING, 17 Jun — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kehadiran 70,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Perak hari ini sebagai manifestasi sokongan rakyat negeri ini terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata kehadiran ramai pengunjung pada program hari ini menunjukkan rakyat merasa lebih dekat dengan kerajaan BN, yang boleh membantu mereka melayari bahtera hidup dalam keadaan yang lebih baik pada masa akan datang. “Program yang diadakan ini memberi sokongan yang besar dan kuat terhadap kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memimpin Negara untuk membawa Malaysia ke ambang yang lebih cemerlang,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program berkenaan di sini. Beliau berharap rakyat Perak terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. “Gelombang-gelombang biru telah meningkat, inilah hasil manifestasi sokongan rakyat bila pilihan raya sampai orang Perak tiada pilihan lain selain menyokong parti BN untuk kita laksanakan agenda menepati janji,” katanya. Muhyiddin berkata sokongan itu berikutan komitmen kerajaan dalam memberi kehidupan yang baik kepada rakyat negara ini. Katanya kerajaan BN telah melaksanakan agenda sosio ekonomi, budaya dan politik sejak 55 tahun lepas sehingga rakyat dapat hidup dengan lebih selesa berbanding sebelum ini. “Ini menunjukkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan (Barisan Nasional) untuk mentadbir negara. Dengan program-program yang tersusun pada setiap peringkat lima tahun sekali dalam Rancangan Malaysia, setiap tahun belanjawan-belanjawan yang disediakan untuk negara, maka semua yang kita telah janjikan dengan mengambil kira keperluan rakyat jelata dalam semua bidang dapat ditunaikan,” katanya. Katanya kejayaan negara diberi pengiktirafan oleh masyarakat dunia apabila Malaysia dikategorikan sebagai antara negara membangun yang paling maju. “Negara seperti Malaysia yang tidak besar ini kita telah membuat perancangan yang disusun rapi umpamanya adalah dari segi pembangunan ekonomi negara. “Pada waktu mulanya negara ini mencapai kemerdekaan, hanya dikenali sebagai negara pertanian yang bermula dari getah, padi dan sedikit sebanyak kelapa sawit tapi kita tengok dalam tempoh 50 tahun geografi muka bumi negara kita sudah bertukar wajah bukan lagi hanya berjaya dalam sektor pertanian malah komitmen kita untuk mempelbagaikan ekonomi negara telah pun berjaya dengan maju dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan,” katanya. Selain itu, beliau berkata perancangan rapi dilakukan kerajaan bagi membantu rakyat berdasarkan kepada keperluan yang dikehendaki mereka melalui peruntukan dalam pelbagai sektor yang disediakan setiap tahun. “Antara perkara yang paling utama yang sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan adalah soal pembangunan dalam bidang pendidikan kerana ia dianggap sebagai senjata utama untuk membolehkan rakyat kita maju ke hadapan,” katanya. Dalam sektor kesihatan, kerajaan BN juga menepati janji di mana setiap individu yang memerlukan rawatan di hospital kerajaan dikenakan bayaran yang amat kecil sekali kerana ia mengambil kira taraf hidup rakyat, katanya. |
| “Saya kerja untuk rakyat, bukan kejar nama”- Mustapha Mohamed Posted: 16 Jun 2012 09:22 PM PDT KOTA BAHARU, 17 Jun — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata semua usaha yang dilakukannya di Kelantan adalah demi melihat negeri itu membangun dan sekaligus memanfaatkan rakyatnya. “Saya buat kerja untuk rakyat. Saya sudah memegang beberapa jawatan menteri sebelum ini dan apa yang saya lakukan (pembangunan) di Kelantan bukan untuk mengejar nama. “Saya tidak kisah apa pun label yang diletakkan kepada saya tetapi saya mahu lihat Kelantan membangun dan tidak terpinggir dan membuktikan kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustafa. Mustapa diminta mengulas label rakyat Kelantan terhadapnya sebagai “Bapa Pembangunan Kelantan” yang berperanan besar membawa pembangunan ke negeri ini. Sehingga kini, Mustapa antara lain membawa enam pembinaan pejabat agensi kerajaan Pusat di Tunjong di sini termasuk Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan itu yang kesemuanya bernilai RM250 juta. Selain itu, Mustapa juga mengubah Jeli iaitu kawasan Parlimen yang diwakilinya sehingga menjadi bandar maju termasuk cawangan Universiti Malaysia Kelantan serta pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua dengan kos RM150 juta yang boleh digunakan pada Ogos ini. Ketika menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapa telah membawa pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini yang berharga RM140 juta. Berikutan itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, meminta rakyat Kelantan supaya mengembalikan pemerintahan negeri ini kepada Barisan Nasional untuk membolehkan lebih banyak pembangunan dilakukan. |
| Muhyiddin Lulus RM3Juta Bina Semula Pasar Minggu Changkat Jering Ketika Tinjauan Mesra Posted: 16 Jun 2012 09:18 PM PDT TAIPING, 17 Jun — Timbalan Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan ke negeri Perak hari ini meluluskan peruntukan RM3 juta untuk membina semula Pasar Minggu Changkat Jering di tapak yang baru di sini ketika melakukan tinjauan mesra di pasar itu hari ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan itu dalam tempoh yang singkat selepas anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Trong Datuk Rosli Husin memohon bagi peruntukan membina semula pasar minggu yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai tertua di negara ini. Rosli kemudiannya mengumumkan kelulusan daripada Muhyiddin itu melalui pembesar suara di pasar itu dan mendapat tepukan gemuruh golongan peniaga serta hadirin yang hadir. Pada tinjauan mesra itu, Muhyiddin, yang tiba pada 9.40 pagi, ditemani Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin tempatan bersarapan bersama-sama rakyat setempat dengan menikmati pelbagai juadah antaranya nasi lemak, sate, kuih tempatan dan teh tarik. Beliau melawat pasar berkenaan selama sema sambil bertanya khabar masyarakat peniaga di situ sebelum bergerak untuk menghadiri Program Jelajah Janji Ditepati di Advance Technology Training Centre (ADTEC), Kamunting di sini. Pasar yang dimiliki Koperasi Pasar Minggu Changkat Jering Bhd ini mula beroperasi seawal tengah hari pada Sabtu hingga ke malam dan berakhir tengah hari Ahad setiap minggu. Pasar Minggu Changkat Jering terletak di antara Kuala Kangsar dan Taiping, hanya 1 kilometer dari plaza tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara-Selatan. Lebih 100 peniaga yang terdiri daripada anggota koperasi menjana pendapatan daripada perniagaan antaranya pelbagai jenis makanan tempatan, kraftangan dan hasil tanaman kampung di pasar minggu yang terkenal itu. Peruntukan akan digunakan untuk memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pasar berkenaan di samping mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti tempat letak kenderaan yang terhad. Sementara itu, Setiausaha koperasi berkenaan Yahya Mohd Yusuf melahirkan rasa syukur dengan kelulusan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu dan ia akan memberi manfaat yang lebih baik kepada golongan peniaga di situ. “Timbalan Perdana Menteri pernah datang ke sini tapi tiada pengumuman yang besar seperti hari ini. Lebih 100 peniaga meraih rezeki di sini,” katanya. |
| Pas Tidak Ikhlas Perjuang Institusi Raja – Ahmad Maslan Posted: 16 Jun 2012 08:58 PM PDT Bagan Serai– PAS tidak ikhlas dan jelas dalam memperjuangan kedaulatan institusi raja di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata perkara itu dapat dilihat dalam isu membabitkan pemimpin mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dikenakan tindakan berhubung kenyataannya mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor. "Mungkin kerana ingin sedapkan hati rakan komponennya (DAP dan PKR), maka saya rasa mereka tidak akan ambil tindakan terhadap Nizar. "Nizar pula 'baling batu sembunyi tangan', berbelit-belit cakap, menuduh orang lain…jangan tuduh orang lain, sendiri yang tulis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Parlimen Bagan Serai di sini hari ini. Ahmad mencabar PAS untuk mengambil tindakan terhadap bekas menteri besar Perak itu dan jika gagal, ia menunjukkan parti itu bersekongkol serta bersetuju dengan perbuatan anggota Parlimen Bukit Gantang itu. Khamis lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap Mohammad Nizar yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini. Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata kenyataan PAS supaya anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum menangguh ibadah haji tahun ini menunjukkan mereka 'mendaulatkan' parti. |
| Malaysia Sasar Lebih Banyak Pelaburan Dari China- Muhyiddin Posted: 16 Jun 2012 08:52 PM PDT Kuala Lumpur, 16 Jun — Malaysia mensasar menarik lebih banyak pelaburan dari China, terutamanya dalam bidang telekomunikasi, pengangkutan, pembinaan dan pembuatan keluli di bawah Program Transformasi Ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata Malaysia mengalu-alukan syarikat-syarikat multinasional dari China bagi melaksanakan projek landasan kembar elektrik sepanjang 197 kilometer bagi laluan Gemas ke Johor Bharu yang menelan belanja RM8 bilion. “Kami gembira China juga mempelawa Malaysia meneroka pasaran produk halal di Ning Xia. Saya berharap lebih banyak projek usaha sama akan dilaksanakan di Malaysia dan China pada masa depan,” kata beliau pada majlis makan malam di sini yang dihoskannya sempena lawatan delegasi Parti Komunis China. Delegasi berkenaan diketuai anggota jawatankuasa tetap biro politik jawatan kuasa Pusat CPC He Guo Qiang. Muhyiddin berkata perdagangan dua hala antara Malaysia dan China meningkat lima kali sejak 10 tahun lepas. Beliau berkata Malaysia kini merupakan rakan dagang terbesar China di rantau Asia Tenggara dengan jumlah dagangan lebih US$54 bilion atau RM165 bilion tahun ini. “Saya berharap lebih banyak projek usaha dijalankan di Malaysia dan China pada masa depan,” kata beliau. Mengenai pembangunan, Muhyiddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa Wawasan 2020, yang diilhamkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada 1990, ke tahap berikutnya dengan melaksanakan pelbagai program transformasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Beliau berkata begitu juga dengan China apabila Deng Xiaoping mempunyai wawasan bagi China apabila beliau berkata dua puluh tahun lalu yang China perlu maju atau akan dibuli. Muhyiddin berkata pembangunan menjadikan China kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia kini. “Ini merupakan pencapaian yang menakjubkan bagi China dan inspirasi yang hebat untuk negara-negara membangun yang lain. “Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak mensia-siakan segala usaha, kerja keras dan wawasan para pemimpin kita sebelum ini yang jujur, ikhlas dan berdedikasi kepada pembangunan dan untuk kebaikan rakyat dan negara. “Sebagaimana yang kita ketahui, sekarang ini Asia merupakan rantau yang berpotensi besar untuk perkembangan ekonomi yang kukuh. Malah ada yang memanggil abad sekarang ini sebagai Abad Asia,” katanya. Muhyiddin berkata Asia mempunyai separuh daripada penduduk dunia, bahan mentah yang banyak, kemahiran teknikal, kemajuan teknologi, inovasi dan pasaran yang besar untuk produk pembuatan yang menempatkan Asia sebagai rantau yang pantas berkembang di dunia “Tetapi kelebihan ini sahaja tidak akan menyumbang kepada kebaikan penduduk Asia kecuali negara-negara Asia bekerjasama untuk meningkatkan pembangunan sosial dan ekonomi. “Dalam semangat kerjasama inilah, China dan Malaysia perlu memperkukuhkan hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama kita dalam bidang ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan pembangunan sosial. “Malaysia berharap China sebagai ekonomi terbesar di Asia boleh memainkan peranan penting dalam mengukuhkan pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara Asia,” kata Muhyiddin. |
| Hubungan Harmoni Bawa Limpahan Pembangunan Kepada Rakyat Sabah- Najib Posted: 16 Jun 2012 08:45 PM PDT Keningau — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan harmoni antara Sabah dan kerajaan persekutuan selama ini telah membawa limpahan pembangunan ketara dan rahmat kepada negeri itu dan seluruh rakyatnya. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata pemilihan tema sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan tahun ini iaitu ‘Harmoni 1Malaysia’ amat tepat kerana ia menggambarkan limpahan pembangunan dan rezeki yang dinikmati Sabah melalui hubungan harmoni berkenaan. “Yang lebih penting lagi, ini semua kerana apa, kerana kerajaan negeri Sabah dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan kerajaan pusat di bawah saya merupakan (ada) hubungan yang amat harmoni,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatandi Kompleks Sukan Keningau yang dihadiri kira-kira 15,000 penduduk Keningau. Turut hadir pada majlis berkenana ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Penerangan Kemunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Menurut Najib, Sabah kini pesat membangun dengan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan di negeri itu termasuk pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), projek Kluster Perindustterian Kelapa Sawit (POIC), projek akuakultur di Semporna dan projek baja urea di Sipitang. Projek besar lain kata Najib ialah projek Pusat Ternakan Bersepadu Keningau di Sook bernilai RM763 juta yang akan menjadikan Keningau sebagai pusat pengeluar terbesar di Malaysia. Najib berkata Gagasan 1Malaysia berupaya membawa keharmonian bukan sahaja antara kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan tetapi juga antara semua rakyat berbilang kaum dan kepercayaan kerana 1Malaysia bukan sekadar toleransi tetapi lebih tinggi daripada itu ialah penerimaan perbezaan yang ada. Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional akan terus berusaha memastikan limpahan rezeki yang diperolehi semua rakyat Malaysia hari ini akan terus melimpah untuk dinikmati rakyat dan keadaan itu akan dapat dikecapi jika rakyat dan kerajaan berada dalam ikatan yang harmonis. |
| Najib Ucap Takziah Atas Kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi Posted: 16 Jun 2012 08:39 PM PDT Keningau, 16 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengucapkan takziah kepada kerajaan serta rakyat Arab Saudi atas kemangkatan Putera Mahkota Nayef bin Abdul Aziz Al Saud hari ini. Najib berkata Putera Nayef merupakan antara pemimpin Arab Saudi yang sangat prihatin dalam usaha mengekalkan hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara. “Saya masih ingat lagi pertemuan saya dengan Almarhum waktu saya menunaikan fardhu haji pada musim lalu yang mana baginda memberi sambutan yang sangat mesra pada saya. “Saya sifatkan kehilangan baginda sebagai satu kehilangan besar dalam konteks hubungan akrab dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi,” katanya. Sementara itu, agensi berita asing melaporkan Putera Mahkota Nayef, yang juga timbalan perdana menteri, mangkat di luar negara. Kenyataan daripada keluarga diraja memaklumkan Putera Mahkota Nayef mangkat di sebuah hospital di luar negara. Stesen televisyen Arab Saudi, Al-Arabiya kemudian mengesahkan baginda mangkat di Geneva, Switzerland. Baginda dilantik sebagai Putera Mahkota pada Oktober 2011 selepas kemangkatan Sultan bin Abdul Aziz. Putera Mahkota Nayef, yang berusia 78 tahun, sebelum ini merupakan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi semenjak 1975. |
| Khalid Samad Dicabar Dedah Lebih Banyak Klip Video Isu Beli Wakil Rakyat Posted: 15 Jun 2012 07:20 AM PDT SUNGAI PETANI, 15 Jun - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Zamil Ibrahim mencabar Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu ‘pembelian’ Anggota Parlimen pembangkang. Zamil berkata, tindakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu bukan sahajabodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa KetuaPembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berusaha membeli Anggota ParlimenBarisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan. “Saya nak ingatkan dia (Khalid), banyak rakaman tingkah laku membabitkan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya. “….bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR,” katanya pada sidang media mengulas tuduhan Khalid bahawa beliau terlibat dalam isu membeli wakil rakyat pembangkang oleh BN. Di lobi Parlimen pada Khamis, Khalid mendedahkan klip penuh video rundingantawaran ‘pembelian’ Anggota Parlimen pembangkang. Khalid turut menayangkan rakaman video menunjukkan lima orang termasuk seorang menyerupai Zamil yang merupakan pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, sedang berbincang dengan pemimpin pembangkang. “Jika benar sekali pun gambar dalam klip video itu adalah saya, tidak salah. Saya akan rasa puas dan seronok dapat memberi sumbangan kepada negara dengan membawa mereka keluar daripada parti yang tidak layak mentadbir negara,” kata Zamil. Beliau berkata, jika benar klip video yang ditayangkan Khalid itu mengenai perbincangan membeli Anggota Parlimen pembangkang, ia tidak akan dilakukan direstoran dan dihadiri pemandu. Katanya, Umno dan BN sejak awal-awal lagi menolak pemimpin murahan yang boleh dibeli. “Ramai wakil rakyat PKR menemui saya dan lebih 30 daripada mereka menyatakan tidak puas hati dengan sikap Anwar dan isterinya (Datin Seri Dr) Wan Azizah serta Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin. “Mereka ini dikategorikan gred C dan sedar tidak akan dipilih bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana hubungan saya dengan Ezam Mohd Noor rapat dan Ezam boleh mengatur pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno dan BN, mereka menemui saya untuk ‘menjual diri.’ Bagaimanapun Ezam menolak mentah-mentah hasrat mereka apabila saya sampaikannya. “Saya sanggup bersumpah mereka memaki hamun Anwar yang mereka dakwa pilih kasih,” katanya. Beliau menyifatkan Khalid sebagai kuda tunggangan Anwar dalam PAS dan menggunakan taktik parasit untuk membunuh karier politik rakan-rakan sendiri. Zamil juga meminta Anggota Parlimen Shah Alam itu menjelaskan pertemuan selama dua jam antara mereka berdua di sebuah restoran Cina di Kajang dua tahun lepas semasa keanggotaan Khalid dalam PAS digantung. |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment