PISAU.NET

PISAU.NET


Teng Cheng Yow Vs Lim Guan Eng

Posted: 17 Jun 2012 01:00 AM PDT


Apabila Teng Chang Yeow ( TCY) berkata " I have a vision for developing Penang "( NST 10 June 2012),sudah tentunya kenyataan ini menjadi satu ancaman kepada Guan Eng dan para strategist DAP. Lebih-lebih lagi ia adalah satu kenyataan daripada Pengerusi Barisan National Pulau Pinang yang baru saja dilantik oleh Dato Seri Najib. Maknanya Teng telah menawarkan satu lagi " offer" baru kepada rakyat Pulau Pinang sebagai " counter offer "kepada apa yang di tawarkan oleh Kerajaan Guan Eng.


Inilah yang memeningkan kepala Guan Eng Dan para strategist DAP, sebagai Kerajaan Negeri sepatutnya Guan Eng yang membuat offer " that DAP have a vision for developing Penang ". Tetapi ini belum dilakukan oleh Guan Eng Dan DAP kerana itu Teng ( TCY) mengatakan " ...but obviously they have not come up with anything after four years" dan yang lebih parah lagi kata Teng (TCY)" The direction of the state is actually aimless. They don't have any policy or blueprint for Penang". Ini adalah satu pandangan " provokasi" Teng (TCY) dan BN kepada Guan Eng Dan DAP. Berdasarkan itu lah Guan Eng dan para strategist DAP terpaksa mengunakan strategi " blaming " , dengan menyatakan " everything that has gone wrong for Penang was caused by previous state goverment". Ini satu cara para strategist DAP cuba untuk melarikan diri daripada provokasi yang di buat oleh Teng ( TCY) dan ini juga cara nya para strategist DAP untuk melawan strategi dengan BN dengan mengunakan kaedah membentuk " perception " di minda pengundi Dan rakyat Pulau Pinang.


Tetapi pada kali ini Teng (TCY), lebih bijak dalam melawan strategi provokasi Guan Eng Dan para strategist DAP iaitu mengunakan strategi mencabar Guan Eng melalui " fighting PR policy to policy instead of harpening on the pact failure"( The Malaysia Insider 27/5/2012). Makna nya Teng (TCY) dan BN mahu berperang strategi secara bersemuka Dari depan " face to face ". Bagi Teng (TCY) " his strategy was to extol BN abilities instead of focus on PR weaknesses ..." Teng(TCY) mahu BN tunjukkan kepada pengundi bahawa polisi atau dasar BN sentiasa lebih baik dari PR. Pendekatan ini sudah tentu akan memberikan satu impak yang tinggi kepada strategi Guan Eng dan para strategist DAP dalam agenda untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat.


Tidak hairan sejak Teng(TCY) dilantik memegang kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang , beliau telah di serang oleh DAP untuk mencemarnya seperti katanya " it's shows how concerned they have become with what I want to do for Penang that they are having almost daily press conferences attacking me ". Jelas Guan Eng Dan para strategist DAP telah mengunakan strategi " mencemarkan imej " Teng Dan seterusnya membina persepsi negatif dalam hati pengundi terhadap Teng. Apakah Guan Eng Dan para strategist DAP berjaya ? Ini satu soalan yang tidak mudah untuk mendapatkannya. Tetapi daripada kenyataan Teng yang juga menyedari bahawa " people are now assesing us,how we are going to be better than the PR goverment,what could we offer to them ", Teng boleh memberi satu tamparan hebat kepada DAP terutamanya dalam persaingan untuk mendapat undi majoriti Cina.


Dengan minda " I have a vision for developing Penang" Dan dengan semangat " its a battle that we need to fight with competence,good strategy and detailed war plan ", pastinya Teng dan para strategist BN sudah bersedia untuk berperang dalam PRU 13 dengan Guan Eng dan para strategist DAP dan PR. Ini lah yang pastinya menakutkan Guan Eng, kerana mereka lebih bersedia untuk berperang dengan TanSri Koh daripada Teng (TCY). Kata Teng lagi " No one will go into battle without thinking of winning.Any general who has led a war will have this in mind", makna Teng sudah set kan targetnya iaitu PRU 13, Guan Eng dan DAP boleh ucapan sayonara Pulau Pinang"?. Pada Kali ini Teng telah berjaya Dalam provokasinya kepada Guan Eng dan DAP.

Pulau Pinang Maju Usaha DAP?

Posted: 16 Jun 2012 11:15 PM PDT


Inilah yang dikatakan Lim Guan Eng ketua menteri regim DAP paling celaka dalam sejarah, begitu gilakan populis hinggakan berani berbohong kononnya Pulau Pinang yang diperintah oleh regim DAP tak sampai sepenggal pesat membangun.

Seluruh rakyat dinegara ini terutamanya di Pulau Pinang tahu,Guan Eng hanya cuci kaki angkat baju dan masuk ke negeri ini menumpang kemudian mengaku beliaulah yang membangunkan Pulau Pinang menjadi maju,segala pengorbanan dan kerja membangunkan negeri antara paling kaya di negara dilakukan oleh kerajaan BN lebih 50 tahun.

Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang konsisten antara yang terbaik dinegara ini sejak dari zaman BN. Bayangkan semasa peralihan kuasa,BN meninggalkan wang tunai lebih 880juta,kemudian tak sampai 2 tahun kemudian Guan Eng mengaku diseluruh negara kononnya kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau berjaya mengumpul 1 billion.Sedangkan mereka hanya mampu mengumpul tak lebih dari 50 juta,itupun setelah tak belanja wang untuk pembangunan dan infrastruktur,kemudian menaikkan premium tanah dan cukai pintu.


Kalaulah generasi akan datang tak belajar sejarah,percayalah disekolah nanti diajar bahawa Guan Eng lah yang membina Jambatan Pulau Pinang ...

PULAU PINANG 16 Jun - Ketua Menteri, Lim Guan Eng harus menerima hakikat bahawa pembangunan pesat yang dinikmati oleh rakyat di negeri ini merupakan hasil usaha dan sokongan Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemajuan yang diperoleh itu bukan dicapai dalam masa singkat, sebaliknya memakan masa lebih 50 tahun sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir.

Menurutnya, semua itu dilakukan kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat kepada rakyat meskipun negeri ini dikuasai pembangkang.

"Ini bukan cakap politik tetapi ini fakta. Mungkin pahit untuk Guan Eng dengar tetapi saya perlu nyatakan kebenaran bahawa Pulau Pinang maju sebab sokongan BN.

"Guan Eng baru tiga tahun mentadbir sudah kata pelaburan masuk. Mana boleh, banyak perbincangan perlu dibuat dengan pelabur asing, kena beri insentif. Siapa yang sokong kalau bukan kerajaan BN," katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 pekerja industri di sini hari ini.

Muhyiddin memberitahu, Kerajaan Pusat telah melabur dalam jumlah besar dengan menyediakan pelbagai infrastruktur bertaraf dunia bagi menarik kemasukan pelabur asing.

Antaranya, jelas beliau, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.

Pada perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, kemasukan pelabur asing juga membolehkan banyak peluang pekerjaan disediakan untuk rakyat.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran dokumen di antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan Advanced Micro Devices Export Sdn. Bhd. (AMD) dan Fabtronic Sdn. Bhd. untuk menyediakan latihan kepada para siswazah.-Utusan

Pisau kata " Guan Eng menipu rakyat,yang rajin baca blog nih..pi cerita kat semua orang apek melaka ni kuat pembohong dan kuat makan rasuah"

PAS Sokong Nizar Hina Sultan Johor.

Posted: 16 Jun 2012 06:00 PM PDT

PAS bersetuju bersama Nizar Jamaludin apabila telah menghina dan membuat fitnah terhadap Sultan Johor mengenai pembelian no plate www 1.

Sehingga sekarang tidak ada permohonan maaf daripada PAS malah tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap Nizar. Apa yang disuarakan Nizar pasti amat dipersetujui oleh pimpinan PAS pusat memandangkan Presiden parti atau pun Mursidol Am tidak memberi sebarang komen yang menyangah tindakan Nizar.


Ini adalah realiti bahawa khawarij PAS sejak dari dulu menyokong tindakan Nizar yang mempunyai sejarah menghina pihak Sultan Perak dan yang terkini Sultan Johor.

Kita semua sedia maklum,Nizar dan PAS sekarang ini realitinya adalah hibrid kacukan DAP yang fahaman mereka sudah mirip kepada DAP.Adalah tidak menjadi masaalah untuk perlekehkan raja raja melayu kerana ini semua adalah hasil daripada didikan dan dakwah DAP yang terbukti berjaya.

Nizar perlu segera mohon maaf

KUALA LUMPUR 16 Jun - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didesak segera menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk memohon maaf atas kenyataannya mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 milik baginda.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, ini kerana kenyataan biadab Mohammad Nizar yang seolah-olah menggambarkan baginda tidak pernah prihatin dalam membantu rakyat miskin adalah sesuatu yang menghina institusi beraja negeri itu.

Tambahnya, Mohammad Nizar bernasib baik kerana Sultan Ibrahim tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau walaupun baginda murka kerana mengikut tradisi sesiapa yang menghina Sultan Johor tidak dibenarkan masuk ke negeri baginda.

"Justeru, dia sepatutnya bersyukur dan tidak perlu lagi berdalih mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa media yang salah lapor.

"Lebih baik mohon ampun daripada sultan di istana baginda dan seterusnya memohon maaf kepada rakyat Johor secara terbuka menerusi sidang akhbar khas. Jangan berdalih apa-apa lagi semasa sidang akhbar itu nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak menerusi laman sosial Twitter baru-baru ini mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim sekali gus menggambarkan seolah-olah baginda membeli nombor tersebut menggunakan wang rakyat.

Kenyataan itu menyebabkan Sultan Ibrahim murka kerana menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada rakyat serta kedaulatan negeri Johor di samping baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang berkenaan sedar mengenai kesilapannya.

Ekoran itu, banyak pihak melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Mohammad Nizar yang dianggap biadab dan menghina Sultan Johor.

Jelas Syed Hassan, Mohammad Nizar harus sedar Sultan Ibrahim boleh terus melobi kepada Perdana Menteri atau menteri bertanggungjawab untuk mendapatkan nombor kenderaan itu namun tidak berbuat demikian malah, berkenan mencemar duli bersama rakyat lain membidanya.

Beliau menambah, bekas Menteri Besar Perak itu juga perlu sedar rakyat biasa yang membuat tawaran harga bagi nombor WWW 1 bukanlah berpendapatan rendah namun pastinya mempunyai harta bernilai jutaan ringgit.

"Apa masalahnya Tuanku mahu bersaing dengan mereka walaupun baginda boleh melobi menggunakan kedudukan sebagai Sultan?

"Malah, wang RM520,000 itu tidak membawa pembaziran ke mana-mana memandangkan ia disalurkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan baik oleh jabatan berkenaan," ujarnya.-Utusan



Pisau kata " Belum pun PRU13 PAS dah mampus di Johor"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...