UMNO Online - “PM Invited To Attend Gegaran Euro 2012 Bersama Rakyat 1Malaysia At I-City” plus 5 more |
- PM Invited To Attend Gegaran Euro 2012 Bersama Rakyat 1Malaysia At I-City
- Wang Ihsan RM9 Juta Untuk Baik Pulih Rumah Di Kelantan
- Ahmad Said Minta Rakyat Perak Tolak Pas, Jadikan Terengganu Sebagai Teladan
- Media Sosial Jentera Penting BN Hadapi Pilihan Raya – Musa Aman
- Gunakan Tempoh Mandat Untuk Yakinkan Rakyat Tentang Kebolehan BN – Dr Mahathir
- Najib Utus Tahniah Kepada Morsi Yang Angkat Sumpah Presiden Mesir
PM Invited To Attend Gegaran Euro 2012 Bersama Rakyat 1Malaysia At I-City Posted: 30 Jun 2012 10:45 AM PDT KUALA LUMPUR, June 30 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has been invited to attend the Euro 2012 final “live viewing party” known as “Gegaran Euro 2012 Bersama Rakyat 1Malaysia” at I-City in Shah Alam on Monday morning, said I-Berhad executive chairman Tan Sri Lim Kim Hong. He said Najib, a keen soccer fan, was expected to arrive at 1.30am on Monday morning before the game kicks off at 2.45am between Italy and Spain. Lim said a giant LED screen measuring 40 ft (12.2 metres) by 16 ft (4.88 metres), said to be Malaysia’s largest, has specially been erected for the “live viewing party” at I-City, a theme and technology park being developed by the company. He said the “live viewing party” would start from 5pm on Sunday with mini concerts and other activities.
|
Wang Ihsan RM9 Juta Untuk Baik Pulih Rumah Di Kelantan Posted: 30 Jun 2012 10:35 AM PDT BACHOK, 30 Jun – Kerajaan pusat menerusi pemberian Wang Ihsan memperuntukkan RM9 juta untuk membaik pulih 4,500 buah rumah rakyat miskin di Kelantan dalam tempoh terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan itu akan disalurkan menerusi 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Setiap DUN akan memperolehi RM200,000 untuk diagih-agih kepada penduduk miskin yang layak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berjumlah RM337,000 kepada 448 mangsa ribut di kawasan DUN Jelawat di sini, hari ini. Bencana yang melanda di beberapa kampung sejak sebulan lalu itu memusnahkan kebanyakan rumah penduduk terutama bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang yang berlaku dalam beberapa minit. Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Cawangan Kelantan itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, mereka yang layak akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing. Beliau berkata, setiap mereka yang layak akan mendapat peruntukkan yang dianggarkan RM2,000 setiap rumah untuk membaik pulih seperti atap, dinding dan papan lantai. Awang Adek berkata, pemilihan itu tidak berdasarkan kepada pegangan politik seseorang sebaliknya ia ditentukan oleh kelayakkan sebenar bagi meringankan beban mereka.
|
Ahmad Said Minta Rakyat Perak Tolak Pas, Jadikan Terengganu Sebagai Teladan Posted: 30 Jun 2012 10:23 AM PDT BAGAN DATOH, 30 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat Perak tidak terpedaya dengan janji manis Pas yang ingin meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan perlu menjadikan Terengganu yang pernah dikuasai parti itu sebagai teladan. Beliau merujuk keadaan Terengganu pada tahun 1999 ketika di bawah pemerintahan Pas yang tidak menikmati sebarang pembangunan, malah hanya ditabur janji kosong. “Terengganu telah diperintah Pas pada pilihan raya pertama. Namun tidak ada apa yang dilakukan oleh PAS pada tempoh itu, sebaliknya hanya berbohong, memfitnah dan mengeluarkan fatwa yang sesat sehingga mengelirukan rakyat. “Pas ini tidak konsisten, dan pemikirannya sentiasa berubah-ubah. Setiap kali pilihan raya, mereka hanya mengeluarkan manifesto yang baru, namun tidak menepatinya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Kerja Jentera PRU-13 Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini. Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup Datuk Shaarani Mohamad serta anggota badan perhubungan Umno Bagan Datoh dan Terengganu. Ahmad berkata segala perancangan Pas merupakan taktik untuk menggugat kepercayaan rakyat pada pilihan raya supaya parti itu dan pakatan pembangkang boleh keluar daripada masalah dalaman mereka ketika ini. Beliau turut menyeru rakyat Perak agar tidak menyokong dan memberi peluang kepada parti itu merampas kerusi Parlimen dan Dewan Udangan Negeri (DUN) Perak malah terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN untuk memerintah Negara ini. Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata beliau optimis kerusi DUN Hutan Melintang, yang dikuasai calon Parti Keadilan Rakyat S.Kesavan, mampu dirampas berdasarkan gerak kerja pimpinan BN yang komited. “Segala kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini akan kita tebus semula. “Saya harap selepas ini kita semua bertekad untuk terus komited dan dapatmenyelesaikan segala permasalahan di peringkat akar umbi,” katanya.
|
Media Sosial Jentera Penting BN Hadapi Pilihan Raya – Musa Aman Posted: 30 Jun 2012 10:12 AM PDT SANDAKAN, 30 Jun – Peranan media sosial kini dilihat mempunyai peranan lebih luas, antaranya menjadi jentera penting kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata media sosial penyokong kerajaan berperanan penting dalam memperbetul dakyah seperti fitnah dan pembohongan yang disebar menerusi blog oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. “Serangan berbentuk fitnah dan sumber yang tidak benar cuba dibawakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, ini seharusnya bijak ditepis oleh rakan media sosial. “Mereka menjadi ejen dengan memberi penjelasan sebenar atau gambaran sebenar akan kerajaan yang begitu ikhlas menunaikan janji,” katanya ketika berucap pada Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Negeri Sabah bagi Zon 5 hari ini. Beliau berkata penjelasan itu penting kerana rakyat perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Konvensyen yang julung kali diadakan di negeri ini membabitkan Umno Zon 5 yang terdiri daripada Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Libaran dan Batu Sapi.
|
Gunakan Tempoh Mandat Untuk Yakinkan Rakyat Tentang Kebolehan BN – Dr Mahathir Posted: 30 Jun 2012 10:08 AM PDT TAIPING, 30 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik. “Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong,” katanya. Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kebangsaan kali ke-51 di sini hari ini. Semalam, Najib berkata tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya. Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN itu menegaskan BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat. Sementara itu, Dr Mahathir berkata pandangannya mengenai kemenangan calon BN ditentukan oleh pengundi Cina dibuat berdasarkan kebenaran, bukan sentiment atau faktor lain. “Dulu kita dapat sokongan daripada pengundi Cina yang menyebakan kita (BN) menang. Apabila orang Melayu berpecah dua, yang menentukan siapa menang adalah orang Cina. Apabila orang Cina berpecah dua, yang tentukan siapa menang adalah orang Melayu. “Jadi dalam bandar yang mana jumlah orang Cina ramai dan mereka berpecah dua, maka orang Melayi yang akan tentukan. Di kawasan orang Melayu ramai dan berpecah, sekarang ini berpecah tiga, jadi undi orang Cina yang tentukan siapa menang,” katanya. Mengenai dakwaan bahawa BN menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan sokongan rakyat, Dr Mahathir berkata kos hidup rakyat semakin meningkat dan ini menjejaskan terutama kepada kehidupan golongan miskin. Bagaimanapun, katanya bantuan wang tunai yang diberi oleh kerajaan BN bagi menyokong kehidupan rakyat untuk membeli seperti keperluan harian dan buku, sampai terus kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan tidak sewajarnya dianggap sebagai cubaan merasuah rakyat. Menjawab soalan tentang dakwaan bantuan kerajaan menerusi pemberian wang kepada rakyat itu boleh membawa negara kepada muflis, Dr Mahathir yakin Najib mempunyai penasihat kewangan dalam menyalurkan bantuan itu.
|
Najib Utus Tahniah Kepada Morsi Yang Angkat Sumpah Presiden Mesir Posted: 30 Jun 2012 10:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar perutusan tahniah kepada Mohammed Morsi, yang hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir yang baru. Menurut kenyataan Kementerian Luar, Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Morsi, proses transformasi ke arah demokrasi di Mesir akan menunjukkan kemajuan yang signifikan. “Datuk Seri Najib optimis bahawa dengan ketokohan dinamik presiden, Mesir akan terus memainkan peranan penting dalam arena antarabangsa demi kesejahteraan umat Islam dan masyarakat dunia,” kata kenyataan itu. Najib juga berharap untuk bekerjasama rapat dengan Morsi dalam menerokai bidang baru yang berpotensi di samping mengukuhkan hubungan rapat dan persaudaraan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Mesir. Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru pada Ahad lepas setelah menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi. Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi.
|
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment