UMNO Online - “Nik Aziz Patut Masuk Sekolah Semula Belajar Hormati Mufti” plus 9 more

UMNO Online - “Nik Aziz Patut Masuk Sekolah Semula Belajar Hormati Mufti” plus 9 more

Link to UMNO Online

Nik Aziz Patut Masuk Sekolah Semula Belajar Hormati Mufti

Posted: 12 Jun 2012 04:37 AM PDT

Sejak sekian lama, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat cukup dikenali dengan masalah mulut berus, gemar merendahkan orang lain dan acapkali suka memperlecehkan tahap keilmuan individu yang yang bercanggah pendapat dengannya.

Itu reputasinya sejak dulu hingga kini, semuanya dek kerana terlampau taksud pada diri sendiri hingga lupa hakikat kejadian Illahi yang beliau hanyalah manusia biasa dan tak terkecuali dari kelemahan dan cacat cela.

Tapi Nik Aziz kekal sebagai Nik Aziz yang bermulut berus, watak dan percakapannya tidak langsung menggambarkan gelaran tok guru yang disandangnya.

Patutlah suatu ketika dulu ramai bekas pimpinan Pas memanggil Nik Aziz sebagai tok guru surat pekeliling.

Rupanya betullah gelaran tok guru yang ditempelkan pada dahi Nik Aziz hanyalah jenama politik untuk mencari undi parti dan bersifat duniawi semata-mata.

Jika betul Nik Aziz adalah seorang ulama atau Tok Guru yang benar-benar mursyid, tentu sahaja tidak tergamak dirinya menggelar Tuan Mufti Negeri Perak, Ustaz Harussani sebagai "seorang yang gatal mulut".

Hanya dek kerana Ustaz Harussani menegur tingkah laku Pas yang makin jauh tenggelam dalam politik kepartian hingga mengabaikan perpaduan sesama Islam, tanpa fikir panjang dan tidak segan selu, Nik Aziz memperlekehkan pendapat Mufti.

Namun, ini bukanlah pertama kali Mufti diperlekeh dan dipandang remeh oleh Nik Aziz. Dalam pertengahan 1990-an dulu, seorang mufti lain pernah di cop sebagai 'ulamak nifas dan haid' oleh Nik Aziz, juga kerana teguran Mufti tersebut terhadap tindak tanduk Pas.

Pendek kata, bagi Nik Aziz, tiada seorang pun dalam dunia ini yang layak membuka mulut untuk menegur dirinya mahupun parti yang di dukung olehnya. Pantang ada yang berselisih pendapat dengannya, terimalah hamburan kata-kata nista dari mulut berusnya.

Acapkali bila berceramah di pentas politik ataupun dalam majlis agama, Nik Aziz gemar berpesan hadirin yang hadiri supaya menghormati ulama.

Tapi realiti yang berlaku, Nik Aziz sendiri tidak pernah belajar menghormati pendapat ulama dan teguran para Mufti hanya semata-mata dirinya mendahulukan kepentingan politik kepartian Pas.

Sebelum kian ramai khalayak umum menyedari bahawa Nik Aziz hanyalah ulamak politik dan tok guru surat pekeliling yang cakap tak serupa bikin, eloklah mulai hari ini Nik Aziz belajar menghormati mufti.

selangordaily.com

Gagal Beri Pendidikan Percuma, Pakatan Pembangkang Sepatutnya Minta Maaf

Posted: 12 Jun 2012 04:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – "Mereka yang sepatutnya minta maaf kerana mereka kata mereka nak bagi pendidikan percuma tapi akhirnya mereka tak bagi… Dan apabila mereka tak bagi pendidikan percuma, patutnya merekalah yang bersalah dan patut minta maaf.

"Kita ni nak bagi peluang sekejap… Kita bekupun sekejap. Akhirnya kerajaan ambil keputusan cairkan kembali dan nampak jelas terbukti janji mereka adalah janji kosong dan mereka ini kita panggil sebagai 'populis semberono'. Buat pengumuman-pengumuman popular tapi semberono. Tak fikir dengan detail, akhirnya mereka sendiri yang terjerat dengan janji palsu yang mereka sendiri nyatakan," ujarnya Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendesak Kerajaan Pusat memohon maaf kerana bersikap 'main-main' terhadap isu pembekuan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) .

Tegas Ahmad Maslan, yang sepatutnya memohon maaf adalah pakatan pembangkang sendiri kerana gagal mengotakan janji mereka sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata pakatan pembangkang gagal memanfaatkan peluang yang diberi oleh Kerajaan Pusat agar dapat membuktikan bahawa mereka mampu memberikan pendidikan percuma.

“Disebabkan kegagalan mereka itulah, akhirnya pembekuan PTPTN dicairkan semula demi masa hadapan para pelajar.

"Mereka gagal. Akhirnya kita isi kembali peluang yang diberi itu. Bukan nak aniaya pelajar yang miskin dan sebagainya. Itu perlu dijelaskan dan diberi pemahaman. Oleh sebab itu, tidak ada sebab mengapa kerajaan Pusat perlu minta maaf. Yang patut minta maaf adalah mereka sendiri," tambahnya lagi.

Sedar atau tidak, tegas beliau lagi penarikan pembekuan PTPTN adalah berdasarkan rasa tanggungjawab Kerajaan Pusat yang mengambil kira rayuan ibubapa pelajar yang mahu ianya ditarik balik.

Jelasnya jika sekatan ini diteruskan, maka akan ramai pelajar dari Unisel dan KUIS terpaksa berhenti belajar kerana tidak mampu untuk menanggung kos pembelajaran di situ.

“Ini jelas menggambarkan bahawa Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) amat prihatin terhadap masalah rakyat sekaligus membuktikan bahawa PTPTN yang didesak pembangkang untuk dimansuhkan amat diperlukan oleh para pelajar.

“Jelas dan terbukti pakatan pembangkang tidak mampu untuk mengotakan janji memberikan pendidikan percuma dan laungan mereka selama ini hanyalah retorik menjelang pilihan raya untuk meraih undi semata-mata. Tindakan Khalid Ibrahim yang mahu mencairkan asset Unisel bagi menampung kos pembelajaran pula dilihat sebagai 'jalan singkat' menutup kelemahan mereka”, ujarnya.

Tambah beliau lagi sekiranya perkara ini terjadi, maka asset dan harta kerajaan negeri Selangor akan terus hilang sebagaimana Selangor kehilangan Yayasan Selangor, Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan Asrama Yayasan Selangor.- MediaUMNO

Majlis Peguam Dikecam Kerana Ambil Pendekatan Partisan Kepada Pembangkang

Posted: 12 Jun 2012 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Majlis Peguam terus dikecam hebat semasa perbahasan di Dewan Rakyat hari ini kerana ia didakwa sering mengambil pendekatan berdiam diri yang partisan kepada pembangkang.

Menyifatkan badan guaman itu sebagai tidak konsisten dalam pendirian mereka, Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru-BEBAS) berkata Majlis Peguam dilihat cepat mengeluarkan kenyataan mengutuk kerajaan sebaliknya hanya berdiam diri jika sesuatu isu itu melibatkan pembangkang.

Beliau menyarankan agar Majlis Peguam dibubarkan kerana majlis itu dilihat lebih gemar bermain politik dan tidak lagi mewakili kepentingan serta menjaga kebajikan peguam di negara ini.

“Semasa Bersih 3.0, mahkamah jelas nyatakan perhimpunan itu tidak boleh diadakan, terang-terang (penganjur perhimpunan) Datuk S. Ambiga langgar perintah mahkamah… Majlis Peguam patut nasihat Ambiga jangan buat tetapi mereka jadi ‘syaitan bisu’ hanya jadi pemerhati,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012.

Zulkifli turut memberi contoh kes murtad Lina Joy dan Damansara Utama Methodist Church, Majlis Peguam mempertahankan tindakan pihak menyebarkan agama lain kepada orang Islam sedangkan tindakan itu nyata salah di sisi undang-undang.

Beliau berkata bagi memartabatkan khidmat guaman di negara ini, badan autonomi khidmat guaman di setiap negeri perlu ditubuhkan seperti di Sabah dan Sarawak yang tidak terikat dengan Majlis Peguam.

“Saya cadangkan Badan Peguam dikekalkan sebagai badan mengawal selia badan peguam di setiap negeri, namun keahlian kepada Badan Peguam tidak diwajibkan.Setiap peguam berhak memilih jadi anggota badan peguam negeri mana mereka pilih dan tawarkan khidmat guaman mereka.

“Saya juga mencadangkan lebih elok dipecahkan antara peguam bela dan peguam cara, peguam pilih salah satu. Ini juga mampu martabatkan profesion peguam di negara kita,” katanya.

Zulkifli berkata bagi peguam asing yang mahu menawarkan khidmat di Negara ini, perlu ada satu mekanisme perkongsian pintar supaya peguam tempatan memperolehi kepakaran daripada peguam asing.

Kerajaan BN Komited Perjuang Nasib Semua Golongan Termasuk Kepentingan OKU

Posted: 12 Jun 2012 04:08 AM PDT

KOTA KINABALU, 12 Jun – Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah komited untuk menjayakan aspirasi konsep 1Malaysia terutama dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini terbukti melalui penyediaan pelbagai kemudahan termasuk tempat letak kereta, ruang laluan dan tandas untuk OKU di setiap bangunan, kompleks beli-belah dan pejabat.

Pada masa sama, beliau mahu agar kemudahan untuk OKU terus diperluaskan di semua bangunan dan kompleks di seluruh negeri demi manfaat golongan itu.

“Suka saya tekankan kerajaan sentiasa prihatin dan komited terhadap kepentingan semua lapisan masyarakat termasuk OKU,” katanya dalam ucapan perasmian Hari Penggajian OKU peringkat negeri Sabah di Wisma Wanita, dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun.

Musa berkata program itu jelas membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap golongan pekerja OKU yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang selama ini.

Katanya kejayaan mereka jelas menunjukkan bahawa golongan OKU turut memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan dan kemajuan ekonomi Negara khususnya di Sabah.

“Peluang yang diberikan majikan membuktikan bahawa mereka sebenarnya golongan yang setia, tekun, jujur, berdedikasi dan produktif,” katanya.

Oleh itu, Musa berharap program yang diadakan itu akan menjadi pendorong kepada para majikan untuk menggaji golongan OKU bekerja di organisasi mereka.

Mengikut statistik Jabatan Perkhidmatan Am Negeri, seramai 675 OKU Berjaya memperoleh pekerjaan manakala jumlah keseluruhan OKU yang berdaftar di negeri ini ialah 18,931.

Pada majlis itu, Syarikat Kumpulan BTC Berhad dipilih sebagai penerima Anugerah Majikan Prihatin yang kini menggaji 12 pekerja OKU.

Perpaduan Teras Keharmonian Kepelbagaian Kaum

Posted: 12 Jun 2012 04:04 AM PDT

TENOM, 12 Jun –   Perpaduan rakyat amat penting  bagi mengekalkan keharmonian masyarakat dan negara agar kestabilan politik serta kemajuan yang dirancang dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa sebarang masalah.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata,  toleransi di kalangan kepelbagaian kaum di Malaysia mendapat pengiktirafan dari  negara-negara luar sebagai contoh terbaik untuk memastikan kestabilan rakyat dan kemakmuran.

"Negara kita adalah contoh kepada negara-negara lain, malah mereka menunjukkan minat untuk belajar bagaimana pembentukan keharmonian, keamanan dan perpaduan di kalangan kita dan dilestarikan lagi dengan Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Jika rakyat kita yang terdiri dari  berbilang kaum  dan agama tidak bersatu padu, tidak mungkin kita dapat menganjurkan pelbagai program yang membabitkan semua kaum, malah kita tidak akan menjadi contoh kepada negara luar," katanya ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Rukun Tetangga dan Majlis Rumah Terbuka sempana sambutan Pesta Kaamatan KRT Kampung  Tinura, baru baru ini

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, perpaduan adalah asas kebebasan rakyat untuk saling mengenali budaya dan  adat resam kepelbagaian kaum di negara ini.

"Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana perpaduan yang sedia terjalin membolehkan pembangunan dilaksana dengan lancar," katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya pemikiran mereka tidak mudah dipesongkan oleh propaganda pembangkang yang sengaja menafikan kemajuan serta pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional

"Apa yang kita miliki sehingga sekarang adalah usaha dan janji yang ditunaikan oleh kerajaan BN untuk rakyat dan bukannya seperti pihak pembangkang yang hanya akan memperkecilkan usaha yang diberikan oleh kerajaan untuk  rakyat” katanya .

Menurutnya, masyarakat khususnya penduduk di pendalaman supya tidak terpengaruh dengan janji kosong yang diberi oleh pihak pembangkang kerana mereka hanya tahu menabur janji tanpa menunaikannya.

Kekayaan Luar Biasa : Anwar Patut Seret Azmin Untuk Bersihkan Diri

Posted: 12 Jun 2012 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun – Sesiapa sahaja akan dikaitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim temasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengalihkan tumpuan rakyat berhubung pendedahan akaun yang dimilikinya dianggarkan bernilai RM3 bilion.

Bekas Pembantu Khas Anwar, Rahimi Osman menyifatkan apa yang dilakukan oleh Anwar itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi lumrah kepadanya untuk menimbulkan sesuatu keraguan bagi mengalihkan tumpuan ramai.

"Sudah menjadi perangai Anwar, dari dulu beliau akan melakukan apa sahaja termasuk mengaitkan orang lain dengan isu yang ditimbulkan, beliau akan bangkit isu lain membabitkan individu berkenaan dengan harapan dirinya terlepas perkara yang sedang hangat diperkatakan.

"Ini bukanlah pertama kali Anwar melakukan sebegini, apa sahaja cerita babitkan dirinya akan dikaitkan dengan orang lain, paling tidak beliau akan memfailkan saman terhadap pihak terbabit bagi memastikan perkara itu tidak terus diperkatakan kerana sudah menjadi kes mahkamah," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Rahimi berkata, jika Anwar merasakan perkara yang didedahkan itu tidak benar, seharusnya beliau memberi penjelasan mengenai perkara itu bukannya mengaitkan orang lain seperti apa yang dilakukan ketika berceramah baru-baru ini.

"Pendedahan itu bukannya dibuat oleh orang politik, pegawai Bank Negara yang mendedahkannya mengapa pula beliau cuba mengaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin, mengapa beliau tidak menjawab mengenai kekayaan Azmin yang dikatakan diperolehi ketika bertugas denganya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

"Itulah cara politik Anwar, mengalihkan tumpuan ramai dengan mengaitkan orang lain adalah sesuatu biasa kita dengar, apa yang pasti Anwar tidak menjawab apa jua pendedahan yang dibuat terhadap dirinya dan jawapan pasti darinya adalah itu semua adalah fitnah untuk memburuk-burukan namany," katanya.

Menurutnya, apa sahaja yang berlaku membabitkan pembangkang memang sukar untuk mendapat penjelasan sebenar, tapi yang pasti ada pihak lain yang akan menjadi mangsa untuk menutup apa yang berlaku.

Beliau berkata, bukan sahaja cerita mengenai Anwar, malah membabitkan Azmin juga tidak akan dijawab olehnya dan akan membiarkan perkara itu begitu sahaja dan terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian. -MediaUMNO

Budget 2013 Will Prepare Economy For Challenges Arising From Euro Zone Debt Crisis – Mustapa

Posted: 12 Jun 2012 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 12  - Budget 2013 will prepare the economy to face challenges arising from the current situation in Europe, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed said today.

He said next year’s budget would ensure the Malaysian economy would continue to grow at a sustainable level.

Asked on what are the key sectors the budget would focus on, Mustapa said small and medium enterprises, investments and trade are the core business.

“In Budget 2012, the government introduced various programmes to further develop SMEs. I hope these programmes will be continued to help SMEs grow.

“We hope to introduce new programmes (in Budget 2013),” he told reporters after a ceremony celebrating the retirement and outstanding Service Award of staff of Ministry of International Trade and Industry (MITI).

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will table Budget 2013 in Parliament on Sept 28. Najib is also Finance Minister.

On exports, Mustapa said while there were ups and downs, the five to six per cent growth projection for this year was still on track.

Malaysia’s exports contracted 0.1 per cent year-on-year due to falling demand from key markets in the West, reflecting economic problems in the euro-zone.

Better Future In Store With BN At The Helm – Najib

Posted: 12 Jun 2012 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 12 – Datuk Seri Najib Tun Razak says Barisan Nasional (BN) is in the position to fulfil the aspirations of young people seeking further opportunities for advancement and better quality of life.

The prime minister said under the BN, a better future was in store for them and other Malaysians.

He noted that BN had proven that it could deliver what the people wanted for the country through the implementation of the government’s transformation agenda.

The level of trust and confidence of the people in the government had increased due to the success of the implementation of the national transformation policy, Najib said during a one-hour chat with members of the public via the NSTLive Chat Session on the NST website today.

“I’m encouraged by the response that I can gauge directly from the rakyat, especially when I meet them during my countless visits throughout the country,” he said.

Asked when the general election would be held, Najib said he was looking at all possibilities before making a decision.

The prime minister pointed out that BN had to re-invigorate itself by choosing new talents with a view to striking a balance between the older and new generation of leaders.

He said there was a need to ensure continuity by maintaining a number of current leaders who were still popular with the people.

Asked on suggestions that it would be tough going for the BN to tackle urban areas, Najib said the government would continue its engagement with urban voters, including the Chinese community.

He said it was to make them understand that their future would be better with BN at the helm towards ensuring peace, stability, harmony and a more prosperous society.

On security, Najib said although the general crime rate had fallen, more could be done to ensure a safer environment for the people.

UTC Starts Operation Today

Posted: 12 Jun 2012 03:22 AM PDT

MELAKA, June 12  - The Urban Transformation Centre (UTC) starts operation today with 70 government agencies, the private sector and non-governmental organisations offering services to the public.

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the one-stop centre in Jalan Hang Tuah provides services under 10 clusters including health, security, education, training and employment, finance and youth development.

“UTC also have pasar tani, mini library, tuition centre, cyber cafe, fitness centre and music studio,” he told reporters after UTC’s soft launch by Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

The country’s first UTC will be officially launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on June 23.

It will not only serve Melaka city residents who form 87 percent of the state’s population, but also people in rural areas.

Ahmad Husni said the UTC will be expanded to Kuala Lumpur (Pudu Sentral), Johor and Sabah.

Pas Ikut Pilihan DAP, PKR… Pilih Putrajaya Dari Baitullah

Posted: 12 Jun 2012 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun – Pas hari ini dipersoalkan mana yang lebih penting antara menunaikan haji ke Baitullah berbanding seruan menuju ke Putrajaya bersama sekutunya DAP dan PKR.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika Pas benar-benar berjuang untuk menegakkan Islam, apa yang disarankan oleh Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man amat bertepatan dan ianya diakui adalah satu tuntutan.

Namun tegas beliau apa yang dijaja dan dibawa oleh perjuangan Pas hari ini seolah-olah tidak bertepatan malah apa yang mengecewakan parti itu sekadar menjadi 'makmum' kepada DAP dan PKR.

"Jika benar Tuan Ibrahim menyebut perkara berkenaan, ianya menimbulkan persoalan. Memang betul politik adalah satu kaedah untuk mendapatkan kuasa iaitu kuasa memerintah…dan ianya daripada satu perkara yang dituntut dari sudut agama iaitu untuk menegakkan Islam.

"Jadi rentetan itu, saya ingin bertanya apakah yang diperjuangkan oleh Pas hari ini…Bukankah dilihat sekadar 'Pak Turut’ kepada DAP dan PKR. Dulu ada juga dengar-dengar mahukan Negara Islam…kemudiannya bertukar kepada Negara Berkebajikan.  Mereka perlu berikan penjelasan jika apa yang saya utarakan ini tidak benar dan tidak betul.

"Tetapi jika berdasarkan kepada pemerhatian umum itulah senarionya dan kita pun nak tahu juga apakah perjuangan Pas yang sekadar jadi pengikut dan tukang angguk kepada DAP dan PKR itu benar-benar ikut tuntutan Islam hingga keluarnya saranan menangguhkan haji semata-mata memberi tumpuan PRU-13," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya diminta menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Berita itu disiarkan oleh selangorku.com bertarikh 5 Jun lalu yang dipetik oleh http://www.rbfonline. net hari ini.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang dipetik menerusi laporan berita itu berkata, Pas menjangkakan pilihan raya umum akan datang diadakan pada musim haji iaitu selepas bulan Ramadan antara September hingga Oktober.

Kata Tuan Ibrahim, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa berlangsungnya pilihan raya umum tersebut.

Ustaz Afandi seterusnya menambah amat jelas Pas hari ini sudah kemaruk kuasa gara-gara tawaran menuju ke Putrajaya oleh sekutunya.

"Pas seharusnya bermuhasabah dan tidak terikut-ikut dengan emosi dan sewajarnya berfikir secara matang. Antara menunaikan ibadah haji dan menuju ke Putarjaya… mana yang lebih penting. Kita tunggu apa penjelasan mereka dalam soal ini Apa pun tepuk dada tanya iman," katanya. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...