BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! GAMBAR BOGEL SNOOKI TERSEBAR DI INTERNET ???

Posted: 12 Jun 2012 12:00 PM PDT


Bintang realiti televisyen popular,"Jersey Shore",Nicole Elizabeth "Snooki" Polizzi atau lebih popular dengan panggilan Snooki telah mencetuskan kontroversi apabila Gambar bogelnya kini mula tersebar luas di internet.Menurut laporan daripada US Weekly,gambar tersebut memperlihatkan Snooki yang memakai bathrobe yang tidak diikat dan mendedahkan tubuhnya.

"Ianya jelas bahawa gambar tersebut adalah gambar lama dan peribadi yang bukan bertujuan untuk khalayak.Ia sangat memalukan apabila ada pihak yang menyebarkan foto tersebut untuk kepentingan diri," ujar jurucakap Snooki.

Sementara itu,Snooki yang kini sedang menanti kelahiran anak pertamanya telah mengambil keputusan untuk tinggal di luar Jersey Shore Seaside Heights untuk musim terakhir rancangan realiti tersebut bersama tunangnya Jionni LaValle.

KISAH BENAR !!! SIAPA SEBENARNYA BRIGADIER JENERAL DATO' ABDUL HADI BIN ABDUL KHATAB (Bersara) ??? BAHAGIAN 2 !!!

Posted: 12 Jun 2012 09:03 AM PDT


Dato' Abdul Hadi bin Abdul Khatab 'Tidak Dibenarkan Menggunakan Gelaran Pangkat Brigadier Jeneral TUDM' yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT).Perintah ini agak jarang berlaku melainkan seseorang Pegawai Kanan mempunyai masalah besar di mana tindakan pegawai berkaitan sebelum ini telah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Setelah diperhalusi,sememangnya tepat tindakan Majlis Angkatan Tentera (MAT) berbuat demikian kerana Dato' Abdul Hadi seorang Pemerintah yang telah diamanahkan oleh ATM dan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pangkalan termasuk 2 buah enjin pesawat TUDM yang dilaporkan hilang. Beliau juga telah banyak mengambil 'keuntungan peribadi' daripada pelbagai transaksi pembelian peralatan dan senggaraan TUDM. Akan tetapi…….beliau terlepas daripada sebarang dakwaan pihak ATM kerana kekurangan bukti kukuh.

Apapun Allah SWT jua yang Maha Mengetahui……….!!! Dato' Abdul Hadi memang terkenal dengan sifat 'berdendam' dan 'bijak memutarbelitkan' sesuatu perkara, apatah lagi jika ianya membawa keuntungan peribadi terutama berbentuk wang tunai. Kini beliau mempunyai ruang terbuka luas untuk mengumpul dana setelah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR. Barulah kena…… 'buku dengan ruas'!! Yang sedih lagi mengecewakan……Dato' Abdul Hadi sanggup melemparkan pelbagai tohmahan terhadap ATM dan Kerajaan, hanya untuk mencapai impiannya menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.

Namun, ianya tidak pelik kerana beliau sanggup berbuat apa saja demi memenuhi cita-cita peribadinya. Jika kemudian hari PKR tidak dapat memberi keuntungan kepadanya, beliau akan 'menggigit kembali tangan yang menyuapnya' malah mungkin akan bersikap lebih dasyat lagi…….pembohongan yang melampau! Awas PKR….!!, rahsia keselamatan PKR kini dikawal sepenuhnya oleh seorang yang 'tidak berpendirian' bagaikan 'lalang menanti tiupan angin'. Beliau mudah beralih sokongan dengan syarat mendapat keuntungan lebih. Enough is enough……..!!! Insaflah dan kembali ke jalan yang benar adalah lebih afdal daripada terus memfitnah dan menjadi pembohong melampau.

Sumber dari rakan blog Merapu Sakan

BAGI YANG BELUM BACA PART 1 !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! SIAPA SEBENARNYA BRIGADIER JENERAL DATO' ABDUL HADI BIN ABDUL KHATAB (Bersara) ??? BAHAGIAN 1 !!!

Posted: 12 Jun 2012 05:00 AM PDT


Dato' Abdul Hadi Al Khatab telah dilucutkan pangkat Brigadier Jeneral TUDM berdasarkan Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975,beliau telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9,Akta Angkatan Tentera 1972

Dato' Abdul Hadi bin Abdul Khatab telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR.Sebagai sahabat karib beliau,saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato' di atas perlantikan tersebut.Saya percaya bahawa rakan taulan yang lain pun turut gembira.Di dalam kegembiraan ini,saya rasa amat kecewa dengan beliau kerana sanggup 'menggigit tangan yang menyuap' beliau selama ini kerana kepentingan peribadi dan rakus untuk menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.


Menyertai PKR kerana merasakan beliau teraniaya dan telah dizalimi

Justeru,saya terpanggil untuk menceritakan kepada masyarakat umum mengenai pengalaman saya ketika bersama Dato' Abdul Hadi semasa dalam perkhidmatan TUDM.Kami mula masuk dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 5 Mei 1974 dan sama-sama menjalani latihan Kadet mulai 5 Mei hingga 30 Okt 1974 serta sama-sama megikuti kursus Asas Penerbangan di Pangkalan TUDM Alor Setar mulai 11 Nov hingga 26 Dis 1974 serta mendapat Tauliah Tetap pada 12 Apr 1984. Dato' Abdul Hadi seorang yang mudah mesra dengan rakan-rakan dan petah berbicara.Namun,sejak awal lagi Dato' Abdul Hadi dianggap amat licik dan bijak mengambil kesempatan terbuka serta seorang yang pentingkan diri sendiri di kalangan rakan-rakannya.Beliau memiliki sifat 'panas baran' dan seringkali mempamerkan sikap anti-establishment.Sebagai contoh,seringkali menunjukkan sikap melawan dan menentang terhadap lawful command jurulatih Kadet.Walaupun menerima hukuman namun beliau masih tidak serik dan terus berdegil atau 'keras kepala'.

Beliau bolehlah dianggap berjaya dalam perkhidmatan setelah dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral pada 8 Jan 2001 dan menjawat jawatan Panglima Logistik di Markas Logistik Udara.Apa yang mengecewakan, Dato' Abdul Hadi telah banyak melakukan penyalahgunaan kuasa kelulusan ke atas ratusan jutaan ringgit semua peralatan dan penyelenggaraan TUDM di sepanjang tugasan beliau.Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang.Beliau amat bijak dalam aspek 'penipuan' ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM.


Gambar Hiasan - Contoh enjin jet pesawat F-5E yang telah hilang di Matra 1,Pangkalan Udara Kuala Lumpur.Enjin berkenaan dibawah seliaan beliau selaku Panglima Logisitik Udara

Beralih kepada insiden kehilangan enjin pesawat pula,beliau dengan bangganya mendakwa bahawa orang yang terlibat telah ditangkap namun beliau terlupa bahawa beliau sebagai Pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aspek keselamatan termasuk keselamatan enjin pesawat tersebut.Ini jelas membuktikan bahawa Dato' Abdul Hadi seorang yang tidak bertanggungjawab serta lalai dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak ATM.Sekali lagi,sahabat saya ini amat bijak untuk 'cuci tangan'.Persoalannya,bagaimana PKR boleh mempercayai dan yakin terhadap beliau sebagai Presiden MRK masih menjadi tanda tanya.Tapi,perkara sebegini tidaklah menghairankan kerana PKR itu sendiri Penipu Rakyat.Demi kepentingan peribadi,beliau juga disifatkan sebagai 'pengkhianat negara' kerana beliau pernah mendedahkan maklumat strategik TUDM dalam siri ceramah beliau walaupun faktanya tidak tepat dan merupakan pembohongan melampau.

Dato' Abdul Hadi agak licik mengumpan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadinya serta menjadikan PKR sebagai landasan untuk membalas dendam kesumat beliau terhadap ATM dan Kerajaan.Sebagai seorang sahabat,saya menyeru agar Dato' Abdul Hadi kembali ke pangkal jalan dengan menginsafi di atas segala tohmahan dan pembohongan sebelum ini terhadap ATM dan Kerajaan.Renungilah muka isteri Dato' yang amat saya kenali,Datin Zabedah bt Baba (KP: 610304-01-5008) serta anak-anak, Fariz Hirzi (KP:831027-14-6251),Fadhli dan Farizi kerana mereka sudah semestinya tidak sanggup melihat suami/bapa menjadi tunggangan pihak berkepentingan terutamanya PKR.Pengalaman saya bersama Dato' Abdul Hadi dan kenapa beliau bersara dari perkhidmatan ATM akan disambung dalam siri akan datang.

Sumber dari rakan blog Merapu Sakan

p/s: saya telah dimaklumkan oleh rakan seperjuangan bahawa lebih ramai pegawai dan anggota TUDM akan melancarkan 'perang' terhadap Dato' Hadi Al Khatab kerana tindakan khianatnya kepada perkhidmatan dan mengheret ATM ke kancah politik.Selain itu,kes salah laku penyelewengan semasa beliau menjawat jawatan sebagai Panglima Logistik Udara dan tindakan disiplin yang dikenakan turut akan didedahkan tidak lama lagi. Nantikan kemunculan artikel seterusnya... - Askar Setia

RENUNG-RENUNGKAN

ISU NFC !!! RAFIZI LEMBU NAK BUAT FILEM ??? NAK LAWAN BANGKANG DARI LONGKANG KER ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 12 Jun 2012 01:30 AM PDT


Di Sekeliling Rafizi sekarang,rata-rata orang menganggapnya sebagai hero kerana kononnya berjaya menumbangkan Ketua Wanita UMNO,Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam isu National Fedlot Corporation (NFC).Puji-pujian ini menjadikan Rafizi teruja dan rasa 'terer' yang amat sangat.Dia yakin bahawa isu ini saja mampu memenangkannya dalam kerusi Parlimen dimana dia akan dicalonkan nanti.Tapi pelbagai perkembangan semasa kebelakangan ini menjadikan isu NFC ini kurang menarik lagi dah,sekurang kurangnya dari segi politik yang menguntungkan Rafizi.

Antaranya pengesahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri bahawa Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil tidak terbabit dengan NFC,tidak seperti yang digembar-gemburkan dulu.Disember lepas,Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa projek NFC tidak bermasalah,yang bermasalah NFCorp,syarikat yang dimiliki dan diuruskan suaminya,Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail.Justeru,Rafizi perlu memikirkan sesuatu untuk menyambung hayat NFC ini kerana pilihanraya yang diharapkannya berlangsung lebih awal,tidak menjadi kenyataan.Ini penting,sebab orang Malaysia diketahui hanya berminat dengan isu yang masih panas,isu yang dah sejuk kurang nak diberi perhatian.

Lagipun Rafizi tidak ada kelebihan lain yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin yang pro rakyat melainkan isu NFC ini sahaja.Statusnya sebagai anak emas Anwar (ada kata anak ikan) dan latar belakang pendidikan di luar negara menjadi Rafizi sebagai golongan elitis yang tidak pro rakyat.Kedudukan Rafizi yang naik mendadak dalam PKR,dari Penasihat Kewangan kepada Pengarah Strategik,ada kena mengena dengan hubungan intimnya dengan Anwar,tidak lebih dari itu.Maka itu,terfikirlah Rafizi untuk menerbitkan sebuah filem yang berkaitan dengan NFC (seperti dilapor Meloyakini).FIlem,seperti mana yang kita tahu memainkan peranan mendekatkan artis dengan masyarakat,bukan masyarakat dengan artis.Rafizi juga mengimpikan untuk mendapatkan populariti dengan pendekatan yang sama.Dia sendiri tak mahu dekat dengan rakyat, tapi mahu rakyat dekat dengan dia melalui penerbitan filem berkaitan NFC ini.

Kebetulan ada filem-filem pendek 'pro kerajaan' dari kumpulan yang menggelarkan Bangkang Dari Longkang sedang mendapat sambutan hebat di Youtube,maka penerbitan filem oleh Rafizi ini nanti dijangka akan menyaingi kepopularan Bangkang Dari Longkang,dalam masa yang sama menghidupkan kembali cerita NFC yang semakin pudar kepopularitiannya seperti yang penulis sebutkan di atas.Menurut maklumat yang saya dengar,Rafizi akan bekerjasama dengan penggiat filem pro Pakatan Haram seperti Hishamudin Rais,Jed Murad dan pelakon Mislina Mustaffa untuk menjayakan filem tersebut nanti.Terlupa Rafizi bahawa semua nama-nama yang disebutkan di atas punya idea tapi tidak ada nilai komersial,walaupun ada pengalaman dan keupayaan.Sedangkan nilai komersial itulah yang menarik penonton.

Tapi,apa sekalipun kita tidak pedulilah sama ada Rafizi nak buat filem atau apa.Yang kita harapkan kalau masih ada maruah,jangan lupa yer masukkan juga babak dimana Rafizi menghasut,membayar kakitangan Public Bank untuk mendapatkan salinan penyata kewangan NFC,seterusnya melanggar undang-undang negara (Akta Bank Dan Insititusi Kewangan – BAFIA).Ini penting sebab pemimpin Pakatan Haram sering bercakap tentang matlamat tidak menghalalkan cara, terutama bila membincangkan video seks Anwar.Sekarang kita nak lihat,Rafizi berani ke tak berani mendedahkan apa sebenar yang dilakukannya sehingga ke tahap memperalatkan orang lain dan undang-undang negara.saya membayangkan filem tersebut hanya laku dan menjadi bualan dikalangan-kalangan mereka sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PAS KEDAH BERJAYA HANCURKAN KULIM HI-TECH PARK ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Jun 2012 10:00 PM PDT


Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah.Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.Diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC),projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan paling berprestij dalam peta pelaburan dunia.Tapi,ini semua cerita lama iaitu sebelum pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS.Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir selepas PRU 2008 dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan.

Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang diketuai oleh Haji Muhammad Sobri Osman,Presiden KTPC,langsung tidak mampu membawa pelaburan baru.Di bawah telunjuk Annuar Safar,Naib Presiden Ind. Dev. & Research,Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan keputusan beliau.Annuar Safar ialah salah seorang dari 3 pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui Kedah Dan sejak dari zaman BN lagi,Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Haram malah semua pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah.Sebelum menyertai KTPC,Annuar Safar juga pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah juga.Di kalangan pekerja,Annuar Safar terkenal dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya.Beliau yang ditugaskan mengurus Techno Center,pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat berbuat demikian.Segala teguran dan kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat apa-apa.Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah,KTPC juga diambil alih oleh PAS.Ini menyebabkan ramai orang-orang lama yang berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana politik dan tidak professional.

Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik terutama apabila ia melibatkan pekerja.Pengurusan baru juga mengambil tindakan 'membuang' pekerja secara halus atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN.Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar,yang pastinya berniat untuk membalas dendam.Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13 nanti.Mungkin juga kerana terlalu sibuk berpolitiklah maka beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan untuk mengendali KTPC.Namun,khabar juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti KTPC.Membawa sikap biasa seorang 'lebai PAS', Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.

Di sinilah terletaknya persoalan besar mengenai KHTP iaitu,apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang kerajaan pusat ???

Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan kerajaan. Amatlah janggal apabila seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama erat dengan pusat.Tanpa bantuan,kerjasama dan sokongan pusat, usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.

Untuk pengetahuan Pembaca Badut Rakyat,pengurusan KTPC terdahulu menghadkan program promosi pelaburan keluar negara paling kerap hanyalah 3 atau 4 kali setahun.Ini kerana setiap program promosi pelaburan ke luar negara memakan belanja ratusan ribu ringgit dengan hanya membawa 4 – 5 orang delegasi dari KTPC dan kerajaan negeri.Oleh itu,adalah lebih praktikal jika program promosi ini diadakan bersama kerajaan pusat agar setiap prosedur,tawaran atau perbincangan khas mengenai cukai dan sebagainya boleh dilakukan terus antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan pihak kerajaan pelabur terbabit tanpa membuang masa.Pastinya,satu-satu pelaburan yang besar memerlukan komitmen bukan sahaja antara syarikat pelaburan dengan KTPC tetapi juga Duta dan Menteri, malah mungkin Perdana Menteri.Dengan sikap Haji Sobri yang menentang pusat,bagaimana rakyat Kedah mampu mengharapkan beliau untuk membawa masuk pelaburan baru ???

Di tambah dengan kemunculan pesaing-pesaing lain di luar dan dalam negara,terutamanya Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Dato' Ahmad Shukri Tajuddin iaitu bekas CEO KTPC yang 'ditendang' oleh PAS,bagaimana KHTP mampu terus hidup ??? Senai Hi-Tech Park dikatakan giat mendapat pelaburan baru walaupun jumlah kekerapan pegawai-pegawainya keluar negara tidak mampu menyaingi kekerapan pegawai-pegawai KTPC - iaitu berkali-kali setiap bulan.Bayangkan,jika program promosi pelaburan 3-4 kali setahun juga memakan jumlah ratusan ribu ringgit setahun,berapa agaknya yang dileburkan oleh pihak KTPC untuk keluar negara berkali-kali sebulan ???

Sudahlah kerajaan PAS Kedah langsung tidak mampu menjana wang untuk negeri,kini,pengurusan KTPC pula meleburkan wang sebanyak jutaan ringgit setahun untuk promosi KHTP tanpa membawa sebarang hasil.Pelaburan sedia ada pula ada yang sudah berkira-kira untuk keluar dari KHTP atas berbagai-bagai alasan seperti rombakan pengurusan serta ketidaktentuan ekonomi dunia.Nampaknya,selagi PAS Kedah tidak mampu memisahkan politik dengan pengurusan negeri dan syarikat-syarikat milik negeri, selagi itulah satu projek pun tidak akan mampu membawa hasil kepada negeri,malah projek yang telah berjaya seperti KHTP juga akan turut hancur sekali.Apakah nasi telah menjadi bubur bagi KHTP ??? Apakah masih ada harapan yang ia akan dipulihkan selagi pengurusan KTPC dan negeri tidak bertukar tangan kembali ???

Apapun,buat masa ini kita ucapkan setinggi tahniah kepada Haji Sobri,Azizan dan PAS secara keseluruhannya,kerana berjaya dengan cemerlang sekali dalam menjahanamkan KHTP.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM SUKA PETIK NAMA TOKOH DUNIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Jun 2012 07:00 PM PDT


KETUA Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 Jun lalu seolah-olah melancarkan "perang" kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) biarpun tarikh pilihan raya belum diumumkan.Anwar melancar perang itu di Guar Perahu yang terletak di Parlimen Permatang Pauh kawasan tradisi yang diwakilinya sejak bergerak aktif sebagai pemain politik.Parlimen Permatang Pauh diambil alih oleh isterinya,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR beberapa penggal semasa Anwar menjalani hukuman di Penjara Sungai Buluh atas kesalahan pecah amanah. Seperti DAP,PKR juga dimonopoli oleh anak-beranak Anwar selaku Ketua Umum parti itu tanpa melalui proses pertandingan?

Permatang Pauh bagi Anwar samalah dengan Parlimen Pekan,Pahang yang diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diwarisi daripada bapanya, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain.Begitu juga sama Parlimen Gua Musang dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan mantan PM,Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Parlimen Kubang Pasu dulunya.Kini Dr. Mahathir telah mengisytiharkan diri bersara daripada politik tetapi kelihatan masih aktif berceramah di sana sini?

Apa yang mungkin menarik kalangan orang politik bukan sahaja di Permatang Pauh ialah tentang usaha Anwar mengangkat diri sendiri dengan mengaitkan dirinya dengan tokoh-tokoh pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri baru Turki,Pemimpin Hamas,tokoh Islam Yusof Qaradawi dan waris kepada tokoh negarawan dan Bapa India, Mahatma Ghandi.Daripada segi imej dan implikasi politiknya,apakah Anwar tidak percaya dengan kebolehan dan ketokohan sendiri.Kenapa beliau mengheret nama beberapa pemimpin dunia luar bagi membantu ceramahnya?

Ceramah tersebut yang lengkap dengan tayangan slide di layar gergasi dijadikan sebagai latar belakang pentas tempat dia berceramah.Aksi itu sebenarnya lebih mirip kepada lakonan solo pementasan teater.Ceramah itu dirakamkan oleh blog KedahKini,tidak pula menunjukkan orang ramai dan barisan pemimpin pakatan pembangkang yang hadir.Namun para pemimpin lain termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng dijemput menampilkan diri bersama Anwar dipentas selepas ceramah berakhir.

Dalam hubungan ini, saya teringat kepada seorang blogger dalam tulisannya menyifatkan Anwar sebagai pelakon handalan yang sepatutnya mendapat anugerah sebagai "Pelakon Terbaik" kerana pandai berlakon,petah bercakap,mengata dan bermacam-macam tohmah yang dilemparkan kepada kerajaan khususnya PM Najib yang mendapat kecaman dan menjadi sasaran paling buruk darinya.Dia bukan sahaja memperlecehkan semua dasar kerajaan sekarang kerana tidak menurunkan harga minyak,menghapuskan PTPTN dengan memberikan pendidikan tinggi percuma malah Anwar juga menyentuh soal-soal pribadi yang melibatkan Najib dan isterinya,Datin Seri Rosmah Mansor.Ia lebih bersifat satu tohmahan dan persepsi kerana isu-isu yang ditimbulkan itu tidak pernah didakwa atau dibawa untuk pengadilan di mahkamah misalnya.

Itulah kelebihan dan kepandaian tokoh pembangkang bernama Anwar Ibrahim dalam mereka-reka cerita yang berupa tohmahan disampaikan kepada rakyat seolah-olah isu yang dibangkitkan itu "real" dan telah melalui proses pendakwaan undang-undang dan hukuman oleh mahkamah?

Malah pada satu peringkat yang mungkin menggelikan hati rakyat dan orang ramai yang datang mendengar ceramah itu,bila Anwar bermonolog siap dengan dialog khayalan ciptaannya sendiri bila dia berjaya kononnya menjadi Perdana Menteri selepas PRU-13 dan Najib digambarkan sebagai Ketua Pembangkang gelaran yang disandangnya sekarang.Dia memberikan gambaran Najib seolah-olah tergagap tidak dapat menjawab dan cuba melarikan diri bila ditanya oleh para wartawan tentang pengumuman yang dibuat oleh beliau sebagai PM baru ketika mengumumkan penurunan harga minyak di Parlimen sehari selepas dia mengambil alih pentadbiran negara ini?

Ura-ura pembangkang untuk menurunkan harga minyak pada keesokan harinya sebaik-baik mereka berjaya memenangi pilihan raya dan memerintah negara bukan perkara baru yang pernah dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto kempen PRU-12 pada 2008 lalu?

Anwar juga berlakon bertanya pada seorang pendengar perihal hasil minyak Petronas berjumlah RM80 bilion setahun ditolak dengan RM5 bilion untuk menampung pengajian tinggi percuma dengan menghapuskan PTPTN: "80 - 5 berapa?"

Jawapan yang diterima tentulah 75 dan beliau terus memuji-muji orang yang memberikan jawapan itu sebagai pandai dan bijak dibandingkan dengan Najib : "80-5 jawabnya muflis." sindir Anwar diikuti dengan tepukan sorak daripada hadirin.Yang lebih melucukan bila Anwar bertanyakan nama orang yang menjawab soalan itu,nama yang kedengaran diberikan ialah "Najib" yang membuat dia terhenti dengan tawaran asalnya meminta individu berkenaan memberikan nombor kad pengenalan dan alamatnya? Mungkin Anwar kantoi di situ.

Sebelum ini,dalam siri ceramah politik membawakan nada yang sama di kawasan Parlimen Lembah Pantai baru-baru ini yang diwakili oleh anak perempuannya, Nurul Izzah juga Naib Presiden PKR yang berlaku sedikit kekecohan. Anwar juga menimbulkan perkara-perkara dan isu yang serupa.Jadi bolehlah dijangkakan inilah modal dan isu politik Ketua Pembangkang itu bagi PRU-13 yang tidak segan silu mendedahkan impian dan cita-cita besarnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan mengherat dan membabitkan tokoh-tokoh pemimpin tertentu dunia yang pernah ditemuinya.Ia mungkin penuh gimik dan tokok tambah tanpa pengetahuan pemimpin yang dibabitkan namanya itu? Inilah imej Anwar sebenarnya yang sudah begitu yakin malah over confident dan bersifat takbur untuk memenangi PRU-13 dan merampas Putrajaya?

Macam mana jika ditakdirkan dengan izin-NYA dan kehendak Allah SWT,beliau gagal sekali lagi selepas ura-ura "16 September" dulu kerana rakyat khususnya majoriti 12 juta pengundi menolak gaya kepimpinan beliau dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat dan amanah untuk memerintah negara ini. - Utusan

Oleh MAT PIAH TEH DERIS
PENULIS ialah Bekas Pengarang Utusan Melayu

HOT NEWS !!! NEELOFA MENGHIRIS PERASAAN ANZALNA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Jun 2012 04:00 PM PDT




Selepas kisah Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan bekas juara Dewi Remaja 2010,Neelofa,kini bekas peserta pertandingan Dewi Remaja dan juga pelakon,Anzalna turut tampil menceritakan perangai sebenar aktres dan pengacara tersebut menerusi sisipan hiburan Berita Minggu,BiPop.Pemilik nama sebenar Nur Anzalna Nasir ini memberitahu aktres "Azura 2012" ini pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir.

"Walaupun saya hanya menjadi finalis dan tidak memenangi sebarang tempat dalam pertandingan tersebut,Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya.Menerusi laman sosial Facebook milik keluarganya,Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok.Semua pengikut saya di Facebook tahu Lofa menghina keluarga saya. Dia juga telah mewujudkan akaun 'Kami Benci Anzalna'.Saya juga turut menerima ugutan daripadanya sekiranya memenangi pertandingan Dewi Remaja.Bagi saya,walaupun perkara tersebut sudah lama berlalu,apabila saya membaca pendedahan Tasha,saya dapat rasakan apa yang dilaluinya kerana sudah terlebih dahulu merasainya," ujar pelakon yang berasal dari Pulau Pinang ini.


Anzalna turut mendakwa Lofa seringkali bercerita buruk tentang dirinya seolah-olah ingin menjatuhkan kariernya.

"Terus-terang,apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya.Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa.Ramai artis senior yang bercerita kepada saya,seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.Sebelum ini ramai wartawan bertanya, tapi saya tidak cerita apa-apa kerana takut dilabel bermulut jahat.Namun selepas pendedahan Tasha,barulah saya ada kekuatan untuk bercerita," jelasnya yang berkata apa yang diceritakannya ini adalah fakta dan bukan fitnah.

Sebelum ini,aktres drama bersiri "Gemilang",Tasha Shilla meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan pengacara "Nona" itu yang mempertikaikan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).Sementara itu dipetik daripada sebuah blog hiburan tempatan,Neelofa dilaporkan ingin menyelesaikan situasi ini menerusi saluran rasmi dan sempat meluahkan isi hatinya melalui akaun Twitter miliknya bahawa dakwaan Anzalna adalah bertujuan untuk menjatuhkannya.



"Nothing in this dunia is in our hands that Allah cannot take from us and so jangan fikir memfitnah dan menjatuhkan orang lain dalam surat khabar. I know where I stand and as for the truth, I will do it the official way."
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...