UMNO Online - “Kerajaan BN Pastikan Kesejahteraan Rakyat – Zahid” plus 9 more |
- Kerajaan BN Pastikan Kesejahteraan Rakyat – Zahid
- Muhyiddin Promises Better Developement If BN Recaptures Selangor
- Sifir Mudah Pembangkang… Ingat UMNO, Ingat Neraka…
- Akhirnya Projek Lebuh Raya KB – Kuala Krai Hanya Jadi Hanya Projek Pecah Tanah
- Pemuda Sungai Besar Laksana Program TERANG Di 27 PDM Setiap Minggu
- Pembangkang Terjerat Taktik Kabinet Bayangan, Masing-masing Sorok Nafsu
- Pembekuan PTPTN UNISEL Uji Kemampuan Kerajaan Selangor Beri Pendidikan Percuma
- UMNO Parti Yang Amalkan Konsep Wasatiyyah Bukan Asabiyyah
- Tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Ditutup Walaupun Pelajar Sedikit – TPM
- Anwar, Rafizi Pemimpin Lidah Bercabang, Tiba-tiba Jadi Pejuang PTPTN
Kerajaan BN Pastikan Kesejahteraan Rakyat – Zahid Posted: 07 Jun 2012 04:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun – Kerajaan tidak akan berkompromi dan terus bertindak tegas terhadap sebarang ancaman yang boleh menggugat ketenteraman dan kesejahteraan rakyat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata segala pencapaian yang dikecapi selama ini tidak harus dimusnahkan oleh kepentingan jangka pendek pihak-pihak tertentu. Menteri itu menarik perhatian bahawa sejak akhir-akhir ini, kewibawaan kerajaan cuba dipertikai dan diperlekeh sesetengah kelompok. “Apa jua halangan yang dihadapi, kerajaan tidak sedikitpun terganggu dengan apa yang ditimbulkan, malah akan tetap fokus bagi mencapai objektif yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Ahmad Zahid menegaskan negara mungkin kalah dalam persaingan sekiranya terbelenggu dengan masalah serta perbalahan yang tiada hujungnya. Beliau berkata kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka serta faham bahawa era 'kerajaan tahu semua' sudah berakhir. Menurutnya, perubahan yang diterajui kerajaan dapat dilihat antara lain di bidang ekonomi, perkhidmatan kerajaan, pendidikan, pengangkutan, prasarana luar bandar selain usaha mengurangkan kemiskinan, menurunkan kadar jenayah dan rasuah serta menurunkan kos sara hidup. Turut dilakukan ialah memansuhkan undang-undang keselamatan lapuk, memperkenal langkah baru ke arah kebebasan media serta memperbaiki proses pilihan raya, katanya. Ahmad Zahid berkata mandat rakyat kepada kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang amat penting bagi meneruskan pelaksanaan setiap program transformasi yang dirancang. “Rakyat perlu bijak menilai janji serta cadangan pihak tertentu (pembangkang) dalam menghadapi pilihan raya umum kerana jelas apa yang dikemukakan itu lebih bersifat populis, tidak realistik serta diragui,” katanya. |
Muhyiddin Promises Better Developement If BN Recaptures Selangor Posted: 07 Jun 2012 04:40 AM PDT KUALA SELANGOR, June 7 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today gave the undertaking to take Selangor to greater heights of development and progress if the Barisan Nasional (BN) returns to power in the state in the next general election. “This is our promise. A Barisan Nasional government can bring many benefits,” he said at a meet-the-people session held in conjunction with the centenary celebration of Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa in Jeram near here. Muhyiddin said the BN can bring far better development than Parti Keadilan Rakyat (PKR) which has helmed Selangor over the past three years. He said Selangor had become one the most developed states in Malaysia due to the efforts of the BN government and leaders in power in the state prior to the general election in 2008. “There may be an abundance of wealth above ground and in the earth, but it cannot be developed without leadership capabilities. Leadership stems from wisdom, knowledge and skills,” he said. Muhyiddin, who is also BN deputy chairman, said the people needed prudent leadership to guide them and build resilience towards making the country more progressive and respected in the world. He said that through the Government Transformation Programme (GTP), the BN strived to provide quality education for the people, develop infrastructure such as roads and water and electricity supply and reduce the people’s financial burden by provided aid and subsidies for goods. He also said that the government had kept its promise to control the price of petrol by reducing the price of RON97 petrol by 10 sen to RM2.80 a litre today. Malaysians should, therefore, be thankful for being able lead a good life in a peaceful and stable country. Muhyiddin said the BN government helmed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak always strived to strengthen the national economy although many developed countries, including the United States, and the European Union were facing economic problems.
|
Sifir Mudah Pembangkang… Ingat UMNO, Ingat Neraka… Posted: 07 Jun 2012 04:31 AM PDT Angkara siapakah yang menyebabkan isu peribadi para pemimpin pembangkang terlondeh sedikit demi sedikit dan satu demi satu? Satu-satunya jawaban yang akan diperolehi jika ditanya kepada pembangkang ialah, “semua ini kerja UMNO dan tiada yang lain selain dari UMNO”. Pembangkang langsung tidak mengemukakan suspek lain selain dari UMNO. Jika pembangkang yang diberi tanggungjawab untuk membuka kertas siasatan dalam kes pertuduhan cubaan melondehkan kelakuan buruk pemimpin pembangkang, sudah pasti kalangan rakyat dari parti selain dari UMNO akan terlepas dan tidak disabit sebagai suspek. Suspek hanya akan dicari dan dikhaskan di kalangan pemimpin UMNO sahaja. Akhirnya, ketahuilah oleh kita bahawa, tiada siapa yang akan diseret ke mahkamah atau tiada siapa yang akan dijatuhkan hukuman bersalah kerana tiada “prima facie” untuk mensabitkan sesiapa di kalangan pemimpin UMNO. Macam mana nak ada “prima facie”, kerana segala sumber maklumat, bukti dan keterangan tuduhan melondeh pembangkang ini bukan datang dari pemimpin UMNO, sebaliknya ianya datang dan dimulakan oleh pemimpin dan bekas pemimpin pembangkang yang paling rapat dan hampir dengan pemimpin pembangkang terlondeh tersebut. Zulkifli Nordin, mantan peguambela Anwar. Dato Eskay, kawan horey-horey Anwar. Dato Nalla bapa ayam yang dilantik oleh Anwar untuk membekal ayam kepadanya. Saiful Bukhari, mantan pembancuh kopi Anwar. Karpal Singh yang membuat pendedahan di Parlimen pada tahun 1997, sendiri bertindak sebagai peguambela tertuduh yang dituduhnya sendiri. Ummi Hafilda bukan adik kandung Najib atau anak Mahathir. Untuk makluman, dia adalah adik kandung Azmin dan adik ipar Shamsidar yang memulakan semua gerakan melondeh Anwar & Azmin. Raja Petra yang sekarang ini bertindak mendedahkan satu demi satu skandal seks, rasuah dan kroni Anwar & Azmin adalah “barua” tersohor yang bertanggungjawab merancang modus operandi bersama Anwar untuk memusnahkan personaliti Najib & Rosmah seawal beliau menjadi TPM lagi, dengan harapan Najib akan tersungkur sepertimana tersungkurnya Anwar pada tangga terakhir untuk duduk di kerusi PM. Jadi, macam mana mahkamah mahu menjatuhkan kesalahan melondeh dan mengaibkan Anwar-Azmin ini kepada pemimpin UMNO? Segala tuduhan akan jadi alibi. Segala saksi penting yang digunakan pembangkang untuk membuktikan penglibatan pemimpin UMNO akan gugur kelayakan menjadi saksi kerana semua pertuduhan ini adalah fabricated dan rekaan semata-mata. Kelebihan Anwar yang perlu dihormati dan diakui hanya satu, iaitu segala label konspirasi, fabricate, palsu, zalim, cubaan mengaibkan dan pelbagai label lagi telah berjaya dipindahkan secara terancang kepada batu jemala UMNO dan pemimpinnya. Semua ini kerja jahat UMNO dan tiada yang lebih jahat melainkan UMNO. Ingat kotor ingat UMNO, ingat bersih ingat Anwar. Ingat zalim ingat UMNO, ingat dianiaya, ingat Anwar. Ingat rasuah ingat UMNO, ingat anti-rasuah, ingat Anwar. Ingat boros, ingat UMNO. Ingat hemah dan amanah, ingat Anwar. Ingat mewah, ingat Rosmah. Ingat zuhud, ingat Azizah. Ingat “mahkote”, ingat orang perak yang telah mempornokan kesucian perkataan “mahkota”. kkamdias.blogspot.com |
Akhirnya Projek Lebuh Raya KB – Kuala Krai Hanya Jadi Hanya Projek Pecah Tanah Posted: 07 Jun 2012 03:51 AM PDT KOTA BHARU 7 Jun – Apakah status terkini projek koridor depu, projek pelihara kambing jamnapari, projek jambatan Kota Bahru ke Palekbang, projek Pelabuhan Darat di Kuala Krai dan projek stadium yang sebelum ini ghairah dilancarkan kerajaan pimpinan Pas? Apakah projek mega berkenaan sekadar alat untuk mempermainkan perasaan rakyat Kelantan untuk terus setia dan tetap bersama pimpinan yang dicanang kepimpinan ulama. Apakah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai juga bakal menerima nasib yang sama sepertimana projek di atas? Mengulas mengenainya, Pengerusi Pemuda BN Kelantan, Anuar Safian berkata cukup-cukuplah kerajaan negeri bersandiwara dan mempermainkan perasaan rakyat negeri berkenaan. “Kerajaan negeri sekali lagi dilihat bermain polemik dan dan beretorik terhadap perasaan rakyat Kelantan dengan mengadakan majlis pecah tanah lebuh raya berkenaan. “Cukuplah menggula-gulakan rakyat dengan hal-hal yang menjadi hasrat rakyat tetapi tidak mampu dan tidak dapat melaksanakannya. Amat malu dan amat tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri cuba mengutip derma bagi membangunkan sebuah lebuh raya yang memakan jumlah ratusan juta dengan hanya membuat majlis pecah tanah untuk gimik dan memohon derma dari rakyat kelantan," ujarnya kepada UMNO-Online di sini. Anuar yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian seterusnya yakin majlis pecah tanah akan kekal menjadi satu simbolik sepertimana projek-projek gimik kerajaan negeri yang terdahulu yang tidak memberikan hasil kepada rakyat kelantan. “Ini semua adalah merupakan mainan politik untuk memacu undi dalam pilihanraya. Tidak lebih daripada itu. “Bagi Pemuda Kelantan, cukuplah kerajaan negeri membuat kerja sia -sia dan akhirnya rakyat yang akan merana. Bagi kita, rakyat mesti memilih kerajaan baru bagi merealisasikan lebuhraya tersebut d samping memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak muda dinegeri ini," katanya. -MediaUMNO |
Pemuda Sungai Besar Laksana Program TERANG Di 27 PDM Setiap Minggu Posted: 07 Jun 2012 03:42 AM PDT SUNGAI BESAR, 7 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar kini sedang giat menjalankan program Tekad Rampas Selangor atau TERANG yang kini sudah dilaksanakan hampir di kesemua 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) bahagian Sungai Besar. Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, program yang berkonsepkan santai itu diadakan pada setiap minggu di 27 PDM secara bergilir dan akan diteruskan sehinggalah tiba pilihanraya kelak. "Program ini lebih berbentuk santai –santai sambil kita memberikan mereka politic education secara sembang-sembang. Saya rasa pendekatan sebegini adalah cara baru kita mendekati pengundi terutamanya golongan anak muda yang nampaknya lebih selesa dengan program santai begini," katanya kepada UMNO Online di sini hari ini. Program tersebut melibatkan jentera Pemuda dan Puteri secara khususnya dan turut dibantu oleh jentera bahagian. "Setakat ini, apa yang kami perhatikan, respon dari orang ramai, terutama golongan muda terhadap program TERANG ini amat baik kerana kita menggunakan pendekatan yang lebih santai yang jelas dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kepimpinan Pemuda dan Puteri dengan masyarakat. “Biarpun program ini lebih tertumpu kepada generasi muda, namun golongan pertengahan dan golongan orang-orang lama turut serta bersama-sama dengan program ini," jelas beliau lagi. Selain daripada itu, tambahnya Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar turut meneruskan program ziarah rumah ke rumah bagi menyelami permasalahan penduduk di sekitar kawasan tersebut, di samping dapat merapatkan ukhwah antara penduduk setempat dan kepimpinan pemuda. "Segala program yang kami jalankan ini merupakan pendekatan awal dalam mendekati masyarakat setempat dalam usaha untuk membina semula keyakinan mereka terhadap UMNO sebelum semboyan pilihanraya ditiup oleh Perdana Menteri kita. "InsyaAllah, saya menaruh harapan sekiranya ahli dan barisan kepimpinan Pemuda UMNO di bahagian ini dan juga di bahagian-bahagian lain di seluruh Selangor benar-benar ikhlas dalam perjuangan membela Agama, Bangsa dan Tanahair, rakyat khususnya di negeri Selangor ini akan memilih BN semula untuk mentadbir negeri," ujarnya lagi. -MediaUMNO |
Pembangkang Terjerat Taktik Kabinet Bayangan, Masing-masing Sorok Nafsu Posted: 07 Jun 2012 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun – Pakatan pembangkang telah terbukti hanya pandai berkata-kata tanpa merealisasikan apa yang telah dilontarkan sebagaimana mereka kononnya telah ada senarai kabinet bayangan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Seri M. Kayveas menganggap bahawa kegagalan pakatan pembangkang mendedahkan kabinet bayangan tersebut berikutan wujudnya permasalahan yang akan berlaku kerana ketiga-tiga sekutu dalam pakatan tersebut mahukan kuasa dan kedudukan. "Pada dasarnya memang pakatan pembangkang meletakkan Datuk Seri Anwar untuk jadi Perdana Menteri tetapi disebaliknya ia bukanlah sedemikian kerana jika dilihat dalam DAP sendiri, mereka lebih cenderung untuk menaikkan Lim Kit Siang dan kerana itulah baru-baru ini dibangkitkan isu berkaitan Perdana Menteri bukan Melayu," katanya kepada UMNO-Online di sini. Jelas beliau, apabila Karpal Singh selaku Pengerusi DAP melontarkan idea berkenaan dan kemudiannya menyatakan tersasul sebenarnya ia adalah salah satu taktik bagi menguji atau melihat pandangan dari para pengundi sendiri sekiranya mereka meletakkan Perdana Menteri di kalangan bukan Melayu. "Ini kerana ada dalam kepimpinan tertinggi DAP itu sendiri tidak ada yang berbangsa Melayu atau yang beragama Islam yang layak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam PRU, maka tentunya antara calon mereka adalah Kit Siang atau sememangnya Karpal Singh sendiri impikan jawatan tersebut. "Bagi Pas pula, walaupun pada dasarnya mereka mengatakan tidak apa jika tidak ada jawatan kabinet kerana kononnya perjuangan mereka demi agama tetapi persoalannya kenapa mereka rampas kuasa Barisan Nasional (BN) di Kelantan dan kemudiannya apabila mereka diberikan kuasa maka gagal pula melaksanakan pembangunan walaupun sudah lebih 20 tahun berkerajaan." Tegasnya lagi, pakatan pembangkang gagal menunjukkan kabinet bayangan yang dimahukan oleh rakyat kerana masing-masing mempunyai agenda dan impian tersendiri untuk parti-parti sendiri dan bukannya seperti BN yang menjurus kepada semangat 1Malaysia. "Jika kita lihat modal Pas bukanlah untuk membentuk kerajaan, memberikan kemajuan dan pembangunan kepada rakyat tetapi apa yang mereka katakan apabila mengundi Pas mereka akan masuk syurga. Mereka tidak mengutamakan soal dunia maknanya jika tidak ada pendidikan tidak apa, jika tidak ada jalan raya tidak apa, jika tidak ada kesihatan tidak apa, jika tidak makan atau minum kerana tidak ada air bersih tidak apa kerana tunggu mati dan lepas itu akan masuk syurga. "Apatah lagi dalam Pas sendiri tidak ada tokoh yang benar-benar layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri dan jika ada pun mereka bukanlah dari kalangan kepimpinan tertinggi. Lihatlah Kelantan, setelah lebih 20 tahun di bawah Menteri Besar Pas tetapi rakyatnya masih lagi merantau dan bekerja di negeri-negeri lain, jadi adakah perlu diberikan 20 tahun lagi?" katanya. Tambah beliau lagi, untuk pakatan pembangkang meletakkan nama-nama dalam kabinet bayangan mereka adalah sesuatu yang amat mustahil kerana tentunya dalam kabinet bayangan tersebut hanya akan menjurus kepada tiga keluarga sahaja iaitu antara keluarga Anwar Ibrahim, Kit Siang dan Karpal Singh. "Kita lihat saja bagaimana pentadbiran dalam parti mereka sendiri yang lebih tertumpu kepada bapa, anak, suami dan isteri maka apabila tiga keluarga ini mengisi kedudukan mereka akan lengkaplah kabinet bayangan tersebut. "Sekiranya ia ditonjolkan maka akan terserlahlah nepotisme dan kronisme dalam pakatan pembangkang kepada rakyat yang akan menunjukkan keburukan parti mereka sendiri, maka kerana itulah sehingga kini kabinet bayangan tidak ditunjukkan." Ujar beliau lagi, sekiranya pakatan pembangkang ini meletakkan mana-mana nama lain mengisi kedudukan tertentu dalam kabinet tersebut maka sekiranya mereka beroleh kemenangan dalam PRU tentulah ia tidak akan dapat diaplikasikan kerana tentunya keluarga adalah lebih utama. "Oleh kerana mereka tidak dapat menjelaskan isu tersebut biarpun telah didesak dan disoal oleh pelbagai pihak maka mereka telah memperalatkan rakyat dalam agenda mereka sebagaimana himpunan Bersih 3 yang secara jelas mempergunakan rakyat untuk melakukan kekacauan." Tegasnya, apa yang diserlahkan dalam BN adalah realiti yang direalisasikan dari rakyat untuk kepentingan rakyat sendiri dan jawatan dalam kabinet adalah sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan sebagaimana Perdana Menteri dan Timbalannya telah diketahui umum hari ini. - MediaUMNO |
Pembekuan PTPTN UNISEL Uji Kemampuan Kerajaan Selangor Beri Pendidikan Percuma Posted: 07 Jun 2012 03:28 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Jun – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah untuk melihat kemampuan kerajaan Selangor menyediakan pendidikan percuma di negeri itu. Beliau berkata tindakan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipercayai untuk menguji kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperjuangkan penghapusan PTPTN kononnya untuk pendidikan percuma. “Dia bercakap tanpa mengetahui apa yang dicakapkan. “Sekali dia bercakap, sudah terkena batang hidung sendiri dan baru dia sedar bahawa apa yang dijanjikan adalah tidak betul. Baru dia sedar tetapi dia tidak pernah hendak mengaku kesilapan,” katanya ketika diminta mengulas laporan pembekuan PTPTN membabitkan pelajar baru Unisel. Muhyiddin berkata demikian selepas majlis ramah mesra bersama warga Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Hulu Kelang di sini. Unisel merupakan institusi pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor, yang kini diterajui PKR. Muhyiddin berkata, dasar transformasi nasional yang direncanakan kerajaan dan galakan-galakan pelaburan dari dalam dan luar negara juga menunjukkan komitmen tinggi kerajaan untuk menganjak ekonomi Malaysia secara melipat ganda demi mencapai misi menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Bagaimanapun katanya, dalam keadaan ekonomi yang berkembang rancak, cabaran utama negara ialah untuk menjana sumber manusia atau modal insan yang terlatih dan berkemahiran untuk mengisi keperluan dalam sektor-sektor tertentu, yang mana Malaysia masih kekurangan. Untuk itu, katanya kerajaan sentiasa menggalakkan usaha pelbagai pihak, termasuk projek Puncak (Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan) yang dirasmikan hari ini, yang bertujuan memberi latihan kemahiran kepada anak muda tempatan, dalam usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing. Projek Puncak anjuran bersama Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM) dan Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) bermatlamat untuk menjana kerjaya dan masa depan yang lebih cemerlang untuk warga muda yang tercicir dalam akademik. Muhyiddin berkata, bagi memperkasakan lagi usaha itu, institusi-institusi pengajian yang menawarkan program vokasional dan teknikal turut diperluas dan dinaik taraf untuk membolehkan mereka menawarkan pendidikan bertaraf diploma mulai tahun ini. “Sekarang kira-kira 40,000 pelajar mengambil bidang ini (vokasional dan teknikal). Kita mahu jumlah itu dipertingkatkan kepada 80,000…dan selepas mendapat diploma, mereka boleh terus menyambung pengajian ke peringkat universiti dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas dengan kelulusan yang dimiliki,” katanya. Semua itu, kata Muhyiddin membuktikan kesungguhan kerajaan BN untuk membela nasib rakyat dan merapatkan jurang ekonomi, terutamanya bagi anak-anak muda di negara ini. “Dengan peluang-peluang yang disediakan ini tidak ada sebab mengapa anak anak muda Malaysia menganggur, tiada sebab mengapa mereka tiada pekerjaan, tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh menyara diri mereka dengan pendapatan mereka sendiri. “Kita mahu bila dikatakan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020, dengan pendapatan tinggi, kita mahu pendapatan rakyat yang adil. Jangan ada sekelompok pendapatan terlalu tinggi dan ada sekelompok besar yang jauh tertinggal di bawah,” katanya sambil menyeru warga belia Gombak agar merebut peluang yang disediakan. |
UMNO Parti Yang Amalkan Konsep Wasatiyyah Bukan Asabiyyah Posted: 07 Jun 2012 03:01 AM PDT KOTA BAHARU, 7 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO sebenarnya adalah sebuah parti yang mengamalkan konsep ‘wasatiyyah’ iaitu bersederhana, seimbang dan adil untuk rakyat negara ini dan bukannya parti bersifat ‘asabiyyah’ atau perkauman seperti dakwaan sesetengah pihak. Tegas beliau di samping memartabat bangsa Melayu dan Islam, UMNO juga memberi keadilan terhadap semua bangsa dan agama di negara ini. “UMNO sebenarnya mendukung konsep wasatiyyah kerana ia lahir bukan sahaja untuk bangsa Melayu dan Islam tetapi untuk keadilan kepada semua pihak yang lain, dan bukannya berteraskan kepada perkauman seperti yang didakwa pembangkang. “Jika kata UMNO adalah parti kebangsaan juga adalah benar kerana kita bukan parti di peringkat kampung atau negeri tetapi parti terbesar di peringkat kebangsaan. Tidak salah jika kata kita parti kebangsaan,” katanya pada ‘Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia’ di sini, hari ini. Turut hadir pada seminar yang disertai 2,000 peserta itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menarik perhatian bahawa Pas bukanlah parti berasaskan akidah seperti yang didakwa kerana ia bersepakat dengan DAP yang jelas menentang Islam. “Patut kena terima salam perpaduan dengan UMNO baru betul jika mahu sebut mengenai akidah kerana ia rakan seagama dan bukannya mendakap DAP,” tegasnya. Sehubungan itu, beliau berkata pintu rundingan antara UMNO dan Pas sentiasa terbuka demi kesejahteraan negara, bangsa dan agama. Seminar itu diadakan di negeri-negeri bagi menjelaskan konsep wasatiyyah dan 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. |
Tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Ditutup Walaupun Pelajar Sedikit – TPM Posted: 07 Jun 2012 02:53 AM PDT HULU SELANGOR, 7 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian kerajaan bahawa tiada mana-mana sekolah jenis kebangsaan yang akan ditutup walaupun bilangan pelajarnya adalah kecil. Timbalan Perdana Menteri berkata dasar yang dipegang kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama itu tidak akan berubah kecuali masyarakat di tempat berkenaan memutuskan bahawa sekolah itu perlu berpindah. “Sebahagian besar sekolah-sekolah Tamil menghadapi masalah sama iaitu kekurangan murid di mana ada sekolah yang hanya mempunyai 10 orang murid dengan tujuh guru. “Tetapi kerana dasar kerajaan, kita tidak akan tutup kecuali masyarakat berpendapat tempat itu sudah tidak sesuai dan perlu berpindah ke tempat lain, maka kerajaan akan benarkan mereka pindah. “Jadi kalau ada orang kata bahawa ada niat kerajaan tak melayan permintaan sesetengah pihak dengan tujuan nak menutup sekolah-sekolah tertentu, ini tidak betul,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Bukit Minyak di sini, Khamis. Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan. Muhyiddin berkata kerajaan sama sekali tidak menyimpan niat sebegitu sebaliknya setiap permintaan untuk bangunkan projek sedemikian dinilai berdasarkan kepentingan semasa penduduk di sesuatu kawasan kerana pembinaan sekolah memerlukan peruntukan yang besar. Katanya sebagai Menteri Pelajaran dan pimpinan dalam kerajaan, beliau, khususnya Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil kira setiap permohonan bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan. Beliau berkata walaupun sistem pendidikan negara menggunakan bahasa Malaysia atau Melayu sebagai bahasa pengantar utama namun ia tetap mengiktiraf kepentingan bahasa-bahasa yang menjadi bahasa kaum lain untuk dipertahankan. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan BN tidak akan sama sekali mendiskriminasi perkara berkaitan pendidikan, malah pertambahan sekolah jenis kebangsaan membuktikan kerajaan mengiktiraf hak setiap kaum mempelajari dan mempertahankan bahasa ibunda masing-masing. “Inilah yang dikatakan 1Malaysia, satu keistimewaan negara ini yang kita semua hargai di mana pendirian dan keputusan kerajaan mengenainya perlu diiktiraf dan oleh sebab itulah hari ini kita dapat lihat sekolah-sekolah seperti itu terus dibina oleh kerajaan. “Oleh kerana itulah sehingga hari ini kerajaan BN masih mempertahankan dasar ini dan tidak sama sekali ada niat untuk menutup mana-mana sekolah sekalipun, malah Menteri Pelajaran juga tidak diperuntukkan dengan kuasa untuk menutup mana-mana sekolah,” katanya. Berhubung pembinaan sekolah di atas tapak seluas 0.8 hektar sumbangan Kumpulan UMW Holdings Berhad bernilai RM2.5 juta itu, Muhyiddin mengharapkan agar pembinaan sekolah itu akan memberi lebih keselesaan dan peluang pendidikan yang lebih baik kepada penduduk setempat. Sambil mengharapkan projek itu disiapkan kurang daripada dua tahun, beliau juga mahu masyarakat, khususnya kaum India sedar bahawa hanya kerajaan BN yang mampu menunaikan setiap janji bukannya kerajaan negeri diterajui Parti Keadilan Rakyat yang hanya boleh menjanjikan ‘bulan dan bintang’ tanpa ada keupayaan menunaikannya. “Dengan keupayaan kita menunaikan janji dan menyelesaikan masalah, saya yakin masyarakat India sudah tahu mana parti yang boleh membantu mereka,” katanya sambil disahut laungan Barisan Nasional oleh lebih 500 penduduk yang hadir. |
Anwar, Rafizi Pemimpin Lidah Bercabang, Tiba-tiba Jadi Pejuang PTPTN Posted: 07 Jun 2012 02:45 AM PDT KUALA LUMPUR 7 Jun – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak melatah dan jangan menjadi pemimpin lidah bercabang berhubung pembekuan sementara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar di Universiti Industri Selangor (Unisel). Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Gasing Saling berkata mereka perlu melihat perkara berkenaan secara positif dalam usaha membuktikan kepada umum apa yang diwar-warkan sebelum ini menjadi kenyataan. Menurut beliau bukankah Anwar dan Rafizi begitu hebat mencanangkan pemansuhan PTPTN di seluruh negara menerusi ceramah dan sebagainya dalam usaha memberikan pendidikan percuma kepada pelajar. "Inilah masanya untuk buktikan…tunggu apa lagi. Tunjukkan kebolehan dan kepakaran mereka dalam soal ini. Lagi pun bukankah Anwar merupakan penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor yang bergaji RM1. Bukankah Anwar dicanang pakar ekonomi yang hebat…. lagipun bukankah Selangor diwar-warkan negeri maju, ada aliran tunai berbilion ringgt. Apa lagi yang mahu ditunggu dan sepatutnya pembekuan berkenaan tidak menjadi masalah. "Sebaliknya merupakan satu kesempatan yang terbaik untuk mengotakan apa yang dikatakan itu. Janganlah melalut dan buat pelbagai dakyah yang tidak tentu hala. Takkanlah ketika tabur janji tidak ada perancangan," katanya kepada UMNO-Online. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) buat sementara waktu. PTPTN dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini. Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu meletak jawatan sekiranya terbukti benar bahawa menteri tersebut mengarahkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menghentikan pinjaman kepada siswa Universiti Selangor selain menyifatkannya sebagai perbuatan dendam. Gasing seterusnya menambah, itulah harga yang perlu dibayar oleh pemimpin PKR yang hanya pandai dan bijak menabur janji tetapi tidak ada perancangan yang cukup baik dalam memastikan agenda pendidikan negara terus cemerlang. "Saya tidak hairan dan tidak pelik jika perkara ini dijadikan bahan cerita dan alat untuk memburukkan kerajaan pusat khususnya BN. Yang penting bagi mereka adalah undi dan bukannya kepentingan pelajar. "Sebab itu kita mintalah rakyat melihat secara mendalam bagaimana janji bulan dan bintang yang keluar daripada pembangkang hanya sekadar kosmetik politik dan sandiwara untuk mendapatkan undi semata-mata. "Jika mereka ikhlas sepertimana yang saya katakan tadi, inilah dan masa yang sesuai untuk membuktikan apa yang diwar-warkan sebelum ini untuk memberikan pendidikan percuma menjadi satu realiti. Lagi pun bukankah mereka ada bekas Menteri Kewangan yang bergaji RM1," katanya. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment