BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! JEJAI DAH TAK BAGI FASHA SANDHA BERLAKON LAGI ??? WAJIB BACA !!!
- ISU KAPAL SELAM !!! KEBENARAN KINI MENGHANTUI ANWAR IBRAHIM !!! WAJIB BACA !!!
- ISU KAPAL SELAM !!! SAH !!! PAKATAN HARAM MENIPU !!! TIADA PERBICARAAN TENTANG SCORPENE DI PERANCIS !!!
- BONGKAR !!! ISU KAPAL SELAM !!! SAH !!! SUARAM DI BAWAH PAKATAN HARAM !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! FAEKAH MEROYAN !!! APA CERITA NI FAEKAH ??? ARE YOU OK ???
- HOT NEWS !!! CIKGU ZAKIAH (JUVANA) PAKAI BAJU JARANG ???
HOT NEWS !!! JEJAI DAH TAK BAGI FASHA SANDHA BERLAKON LAGI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 07 Jun 2012 12:21 PM PDT Pasangan pengantin baru Nur Fasha Sandha Hassan dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai,ternyata terlalu bahagia dan gembira selepas mereka diijabkabulkan.Lebih-lebih lagi,berita kehamilan Fasha menambahkan lagi seri dan sinar bahagia dalam rumah tangga mereka.Namun,dalam kesibukan dan kerancakan berita itu tersebar,Jejai telah melarang Fasha untuk berlakon dan meminta isterinya yang tercinta itu berhenti berlakon.Betul ker ??? Tetapi,bukanlah untuk selama-lamanya.Sebaliknya,Jejai tidak membenarkan Fasha berlakon sepanjang dia mengandung demi menjaga kandungan yang dibawa oleh Fasha.Tambahan pula,Jejai terlalu risaukan keselamatan dan keadaan kandungan Fasha serta anak mereka yang bakal lahir nanti. "Kalau diikutkan memang terasa sayang terpaksa tolak banyak tawaran lakonan tetapi kandungan saya adalah keutamaan pada waktu ini.Walaupun tidak berlakon, jadual harian saya tetap padat seperti biasa dengan kerja-kerja di Chinta Hair Salon & Beauty dan memenuhi beberapa sesi fotografi.Malah, saya akan menemani suami yang terlibat dalam jelajah perlumbaan kereta Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia sepanjang tahun ini," kata Fasha seperti dalam mStar Online. Bercerita mengenai kehamilannya,Fasha mengakui yang dia tidak mengalami sebarang perubahan di awal kandungannya itu.Malah,dia sendiri kadang-kadang berasa seperti tidak mengandung. "Setakat ini saya rasa seperti tidak mengandung pula kerana tiada perubahan atau perkara pelik yang berlaku.Saya masih aktif dan tidak mengalami alahan atau mabuk kehamilan (morning sickness). Semuanya normal saja, malah perut saya pun tidak begitu besar, mungkin kerana masih terlalu awal," katanya. Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dekat sini dengan mas kahwin sebanyak RM8,888.88. |
ISU KAPAL SELAM !!! KEBENARAN KINI MENGHANTUI ANWAR IBRAHIM !!! WAJIB BACA !!! Posted: 07 Jun 2012 05:00 AM PDT Beberapa tahun lepas isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene pernah digembar gemburkan oleh Anwar dan pakatan haram sebagai skandal penyalahgunaan wang dan penyelewengan dana negara yang terbesar dalam sejarah tanahair.Bila disebut penyelewengan dan salahguna wang,wajib saja akan terbeliak mata penyokong Pakatan Haram ditambah pula dengan tokok tambah kematian wanita Mongolia serentak dengan itu bergentayanganlah segala macam cerita angin mengaitkannya dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Walhal realitinya Altantuya yang dikaitkan dengan PM itupun langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot macam laki bini seperti disebarkan oleh penyokong Pakatan Haram.Hingga saat ini PM sudah tiga kali mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut kalimah "Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut.Jika dihitung dari jumlah hari PM bersumpah,sudahpun melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang benar kerana berdasarkan huraian hadith dan pendapat ulama,sekiranya seseorang itu bersumpah palsu dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana dari Allah s.w.t akan menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2 bulan ataupun selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.Anwar Ibrahim ??? Berbalik pada isu komisyen pula,sebetulnya ianya langsung tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna kuasa mahupun dana negara.Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO 114.96 juta (RM540 juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah untuk nilai kontrak bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi selama enam tahun.Malah,Datuk Seri Najib pada 14 Mei 2008 yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan juga mengambil tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam isu komisyen tersebut.Walaupun demikian,disebabkan tabiat sesetengah manusia yang mudah lupa,sukalah saya sekali lagi mengutip fakta-fakta tersebut sekadar sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali memahami dengan jelas ke mana wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan. Untuk makluman semua,Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop kerja sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang tempoh enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene serta pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut untuk tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene.Syarikat Perimekar Sdn Bhd itu bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang mengkehendakinya melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana berikut;- i. Menyediakan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol. ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol. iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol. iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya. v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol. Selain khidmat sokongan di atas,nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan sekali.Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu. Manakala bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam, tentu sahaja segala program dan latihan yang diatur di luar negara cukup bermanfaat supaya aset ketenteraan yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap optimum dan bertahan lama.Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan Pakatan Haram.Cerita separuh masak di perbesarkan,kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu.Namun bagi pihak Pakatan Haram yang diketuai oleh Anwar,mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan persenjataan dan pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya mempersoalkan jumlah sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah tersebut sebenarnya turut mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara kepada pihak musuh. Walaupun isu ini sudah sejuk namun menjadi kewajipan bagi penulis dan pembaca sekalian untuk terus menyebarkan kebenaran kerana apabila menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja pihak pembangkang akan cuba spin fakta mengikut sudut lain pula bagi mengabui mata khalayak umum.Malah Pakatan Haram kini sibuk menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam pembelian kapal selam ini iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1 diikat dengan nilai RM 3.80 ) sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana nilai dua buah kapal selam Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira RM3.6 billion.Nampaknya,Pakatan Haram tak henti-henti mahu menipu kerana percaya rakyat Malaysia mudah ditipu !!! RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 07 Jun 2012 01:29 AM PDT Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM A.K.A Pakatan Haram telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009.Secara ringkasnya,SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia,Altantuya Sharibuu,yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.Menurut kenyataan Pengarah SUARAM,Dr. Kua Kia Soong,"SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene." Secara tidak langsung,namun jelas lagi terang,Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.Malah,SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis.Untuk itu,SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya,untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu. Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut.Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM 'makan-angin' ke Perancis.Tetapi,jika ada yang telah menyumbang,inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka.Ini keranasumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini,pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis. Mengikut undang-undang Perancis,sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas.Hakim juga boleh menyoal saksi,orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti.Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.Hakikatnya,Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini. Justeru,apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali.Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.Seharusnya,isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen.Selain itu,Datuk Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali.Malah,penyebar fitnah tersebut,iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita. Namun,SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan.Kita berkata demikian,kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan,mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun.Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama.Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.Dengan pilihanraya semakin hampir,scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Datuk Seri Najib. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! ISU KAPAL SELAM !!! SAH !!! SUARAM DI BAWAH PAKATAN HARAM !!! WAJIB BACA !!! Posted: 06 Jun 2012 10:00 PM PDT SUARAM,sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam keselamatan negara,sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus,bebas dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan.Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.Namun,bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis maklumat,SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak,masa dan ruang kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.Bagi rakyat Malaysia juga,SUARAM hanyalah salah satu dari berbagai-bagai bentuk penyamaran Pakatan Haram atau lebih spesifik PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan.SUARAM sama sekali tidak bebas,tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa. SUARAM hanya memperjuangkan politik Pakatan Haram yang bermatlamatkan negara republik,pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan kedudukan istimewa,tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu.Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN,iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia.Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit.Lanjutan itu,SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.Semua 'butir-butir' kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar,antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini. Walaubagaimanapun,perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini,maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau 'air-liur' SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai 'makanan minda' kepada rakyat Malaysia.Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini.Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang,bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis.Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan. Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk difahami.Memandangkan SUARAM adalah Pakatan Haram dan Pakatan Haram adalah SUARAM,maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini.Bukti bahawa SUARAM adalah Pakatan Haram tidak sukar untuk dikemukakan.Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan Pakatan Haram Malaysia. Antaranya: 1.Cynthia Gabriel,Pengarah SUARAM dan juga 'key-person' dalam pembohongan isu scorpene.Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya.dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor. 2.Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP 3.Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR,Subang,Petaling 4.Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR. 5.Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR. 6.Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu. 7.S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia 8.Dr. Nasir Hashim,Presiden Parti Sosialis Malaysia 9.Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor 10.Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib Tian Chua. Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong. KesimpulannyaSUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian scorpene.Tetapi,kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan Pakatan Haram yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.Justeru,tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu,memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan,semata-mata untuk mencapai matlamat mereka. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! FAEKAH MEROYAN !!! APA CERITA NI FAEKAH ??? ARE YOU OK ??? Posted: 06 Jun 2012 07:00 PM PDT Faekah dah meroyan !!! kali ini meroyan pasal apa yek ??? nak tahu ??? jom lihat kenyataan Faekah,lepas itu saya jawab. SHAH ALAM 5 JUN : Sikap Noh Omar yang mempertikai usaha Kerajaan Negeri membersihkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) di Selangor disifatkan sebagai 'buta demokrasi' oleh Faekah Husin.Noh yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Kerajaan Negeri menyalahguna kuasa apabila melancarkan program 'Selangorku Bersih' bagi membersihkan daftar pemilih SPR yang menyaksikan penambahan luar biasa pengundi. "Ini membuktikan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu buta demokrasi kerana tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk mendapat pilihan raya yang adil dan bebas," kata Faekah yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor. Faekah berkata,selepas tsunami politik pada 2008,telah berlaku banyak perubahan terhadap senario politik negara termasuklah di Negeri Selangor.Antaranya peningkatan luar biasa jumlah pengundi baharu yang apabila dilihat dengan mata kasar agak tidak seimbang dengan jumlah penduduk terutama di kawasan-kawasan tertentu. "Lebih mengejutkan ialah apabila SPR mengumumkan terdapat pengundi baharu di Selangor seramai 600,000 orang," ujar Faekah dalam kenyataan media. Tambah Faekah,meskipun Kerajaan Selangor menganggap daftar pemilih yang dikeluarkan SPR seharusnya sahih dan betul,namun lonjakan pengundi baharu agak membuka mata.Justeru,sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang sah,maka adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan Selangor untuk memastikan bahawa nama-nama yang tertera dalam daftar tersebut benar-benar rakyat yang bermastautin di negeri ni. "Program Selangorku Bersih dilancarkan untuk maksud tersebut membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.Kita gerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak," kata Faekah. Tegas Faekah,tindakan Noh menghasut rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK,ketua kampung dan penghulu ketika menjalankan pemeriksaan adalah tindakan yang benar-benar mengecewakan. "Seorang Menteri kanan boleh bertindak dan mengeluarkan kata-kata yang berniat jahat demi menghalang proses demokrasi.JKKK,ketua kampung dan penghulu adalah individu yang dilantik Kerajaan Negeri secara sah dan mereka ini mempunyai hak untuk menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir luar termasuklah pengundi-pengundi yang tidak sepatutnya berada di Selangor," katanya. Jelas Faekah,Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih,adil dan telus.Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN,SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih. "Ironinya,niat Kerajaan Selangor membuat gerakan mengesan para pengundi di seluruh negeri Selangor telah pun dimaklumkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu.Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut," kata Faekah. Apabila Faekah membuka mulut dan berkata-kata,pasti akan ada sahaja sesuatu yang luar daripada biasa,dalam keadaan tertentu bolehlah disebut "bodoh".Apabila kerajaan negeri membelanjakan wang rakyat sebanyak RM1 juta untuk tujuan kononnya "membersihkan" senarai pengundi hantu sebagai langkah memberi tanggapan negatif kepada SPR,Faekah seharusnya membuka minda akan sifat "buta demokrasi" yang sebenar. Pertama,mengapa mempertikaikan jumlah penambahan pengundi sebanyak 300 ribu,sedangkan angka yang lebih membimbangkan ialah terdapat 600 ribu rakyat Selangor yang layak masih belum mendaftar menjadi pengundi.Dalam erti demokrasi,setiap rakyat sebenarnya wajib mempunyai kuasa memilih dan bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk kempen daftar pemilih,sekiranya kerajaan negeri benar-benar inginkan demokrasi (hak untuk memilih) wujud dalam diri setiap rakyat.Ini lebih menyeluruh,tanpa punya apa-apa kepentingan politik. Keduanya,penggunaan wang rakyat itu sebenarnya demi keuntungan politik kerajaan negeri,apatah lagi cuba mencari kesalahan SPR,sedangkan tempoh bantahan pengundi baru yang diragui diwujudkan sebelum senarai terkini diwartakan.Tentu sahaja mana-mana wakil parti berhak membuat bantahan dalam tempoh yang diperuntukkan,tetapi bukan selepas tempoh tersebut.Mengapa kerajaan negeri berbuat demikian selepas tamat tempoh bantahan? Tak syak lagi,mereka hanya mencari kesalahan yang akhirnya dianggap sebagai konspirasi UMNO,sebagaimana isu video Chinadoll dan Aisrkim Jamban.Wang rakyat digunakan untuk kepentingan politik mereka,yang cuba diselindungkan atas nama hak rakyat. istilah pengundi hantu harus difahami dengan mendalam oleh Faekah,yang mungkin tidak pernah mendengar taklimat cara-cara pengundian dijalankan oleh SPR Atau lebih parah,mungkin Faekah sebenarnya tidak pernah mengundi.Tidakkah Faekah tahu,bahawa prosedur pengundian cukup ketat dan dipantau oleh wakil dari parti-parti yang bertanding, untuk membuat "check and balance" ??? Hanya apa yang tercatat di kertas undi sahaja yang rahsia,tetapi bukan berapa jumlah yang keluar mengundi kerana setiap wakil parti dibenarkan membuat kira-kira atau catatan tatkala pantauan diadakan ! Di mana wujudnya pengundi hantu ??? Kasihan Faekah,buta demokrasi.andai Faekah tertanya-tanya bagaimana boleh terdapat pertambahan mendadak senarai pengundi berdaftar,seharusnya Faekah analisa sendiri senario politik tanahair dari 2008 hingga ke perkembangan mutakhir.Kehaprakan pentadbiran kerajaan negeri tidak dapat dibendung lagi dan semakin ramai rakyat yang membuka mata akan kepentingan mengundi pada PRU akan datang.Itu pun masih ada 600 ribu yang masih belum mendaftar.Faekah rupanya menghina kesedaran politik di kalangan rakyat.Ketebalan minyak dimukanya menghalang logika dari diterima masuk ke dalam kepalanya. Alasan Faekah bahawa Selangorku Bersih dianjurkan bagi memastikan pengundi benar-benar bermastautin di negeri ini benar-benar menyerlahkan ketidakbijaksaan otaknya berfikir.Agak sukar mencari pengundi,khususnya di kawasan bandar.Andai Faekah beralamat di Selangor dan tinggal di rumah sewa yang kemudiannya berpindah ke Johor,namun alamat masih lagi di Selangor,adakah Faekah seorang pengundi hantu hanya kerana tidak tinggal di Selangor tetapi mengundi di Selangor atas sebab alamat belum bertukar ??? ARE YOU OK FAEKAH ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 06 Jun 2012 06:44 PM PDT |
HOT NEWS !!! CIKGU ZAKIAH (JUVANA) PAKAI BAJU JARANG ??? Posted: 06 Jun 2012 04:00 PM PDT Anda masih ingat cikgu yang manis bertudung dalam drama Juvana? Siapa tak ingat lakonan mantap Izreen Azminda sebagai Cikgu Zakiah dalam drama Juvana.Dalam drama tersebut dia ayu bertudung tetapi dalam masa yang sama sangat tegas apabila mendidik.Justeru,watak yang dibawa oleh Izreen berjaya memukau ramai penonton.Namun,watak Cikgu Zakiah yang ayu bertudung hanya di dalam drama.Secara tiba-tiba, beberapa blog hiburan menyiarkan gambar Izreen berbaju jarang. Amboi Cikgu Zakiah,berbaju jarang? Mungkin isu yang terjadi kepada Izreen sama seperti apa yang terjadi kepada Tiz Zaqyah.Ramai di luar sana yang beranggapan perwatakan mereka ini sama seperti di dalam drama.Tapi,itulah kenyataan.Khabarnya Izreen bakal mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012.Apa-apa pun,masih ramai yang suka melihat Izreen bertudung, nampak manis dan sejuk mata memandang. - MyNewsHub |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment