UMNO Online - “Kelantan’s Decision To Allow Women To Participate In Quran Recital A Political Gimmick” plus 9 more | |
- Kelantan’s Decision To Allow Women To Participate In Quran Recital A Political Gimmick
- Malaysia – China Memeterai Perjanjian Pinjam Panda Gergasi Selama 10 Tahun
- Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Anwar
- Rasuah Tunku Aziz : Tindakan Berdiam Diri DAP Cukup Memalukan
- Real Madrid Coach Jose Mourinho Calls On Najib
- Nizar Lambang Sikap Pembangkang Yang Kurang Ajar Dan Biadap
- 67 Peratus Rakyat Malaysia Mampu Miliki Rumah
- Muhyiddin Lawat P.Pinang Esok
- Delegasi CPC Melawat Institut Kongzi UM dan Menara Berkembar
- Sudah Empat Tahun Berlalu, Rakyat Selangor Terus Kempunan Janji Pakatan Pembangkang
| Kelantan’s Decision To Allow Women To Participate In Quran Recital A Political Gimmick Posted: 15 Jun 2012 05:55 AM PDT KOTA BAHARU, June 15 – The decision of the Kelantan government to allow women in the state to participate in the Quran recital assembly from next year is politically motivated and aimed at winning the hearts of women, who have been sidelined in Kelantan. The Prime Minister’s Political Secretary, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh said the decision was made in view of the upcoming 13th general election. “The general election is just around the corner. This is clearly a political gimmick to win back the hearts of the Kelantan women who have been sidelined for too long. “If prior to this, a woman’s voice is deemed aurat, why isn’t it now? The decision is clearly questionable,” he told Bernama here today. Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat had recently announced that starting next year, female Quran reciters from Kelantan would be allowed to participate in the Quran Recital Assembly. Nik Aziz was reported as saying that when Kelantan women were banned to take part in the Quran Recital Assembly 22 years ago, it was actually a temporary ban. The decision made by the Kelantan government had been slammed by many quarters because at the same time, the PAS-led government also allowed women to take part in politics, including to be fielded as PAS candidates during election. |
| Malaysia – China Memeterai Perjanjian Pinjam Panda Gergasi Selama 10 Tahun Posted: 15 Jun 2012 05:48 AM PDT PUTRAJAYA, 15 Jun – Kerajaan Malaysia hari ini memeterai satu perjanjian dengan China Wildlife Conservation Association (CWCA) Republik Rakyat China (RRC) yang akan merintis jalan untuk meminjamkan sepasang panda gergasi kepada Malaysia. Majlis menandatangani perjanjian antara Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), Datuk Abd Rasid Samsudin dan Ketua Setiausaha CWCA Zang Chunlin petang ini, disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) He Guaqiang. Pasangan panda gergasi yang bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun itu merupakan simbolik bagi memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang bakal diraikan pada tahun 2014. Berdasarkan pengalaman negara jiran seperti Thailand dan Singapura, Malaysia bakal menerima pasangan panda itu dalam tempoh setahun dari tarikh perjanjian dimeterai. Pada majlis itu, Najib berkata pasangan panda itu dipinjamkan atas permintaan beliau sendiri semasa beliau menemui Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam lawatan ke Nanning, April lepas. “Saya benar-genar gembira apabila Perdana Menteri Wen memberi respons segera dan memberi persetujuannya supaya panda itu dipinjamkan kepada Malaysia. “Panda, haiwan yang sangat cantik dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat China tetapi juga seluruh dunia. Kehadiran haiwan itu di Malaysia sudah pasti akan menjadi satu tarikan kepada Malaysia dan pengunjung ke sini,” katanya. Najib berkata hubungan Malaysia dan China ketika ini semakin bertambah kukuh dan negara Tembok Besar itu merupakan rakan dagang terbesar Malaysia, dan juga sumber pelaburan penting pada masa akan datang. “Saya mahukan satu simbol mengenai hubungan kita yang mana rakyat kebanyakan dapat mengenalinya. Saya tidak boleh memikirkan idea yang lebih besar daripada mempunyai panda di negara ini. Saya yakin ia akan menjadi sambutan hangat di Malaysia dan kami akan menjana pendapatan juga dengan kehadiran panda di dalam negara,” katanya. Najib berkata pasangan panda itu akan ditempatkan di Taman Wetland yang akan dilengkapi dengan infrastruktur yang menyamai habitat asal pasangan panda gergasi di sini, dan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menanggung separuh daripada kos pembinaan kemudahan itu. “Sebaik sahaja kemudahan itu disediakan, kami akan lakukan apa yang perlu bagi memenuhi keperluan teknikal, kami menanti-nanti untuk menerima panda itu,” katanya. Sementara itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata satu pertandingan peringkat nasional diadakan khusus untuk menamakan panda gergasi unik itu, bagi menggalakkan lagi rakyat Malaysia mengenali haiwan berkenaan. Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperoleh dengan melayari portal rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di http://nre.gov.my. |
| Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Anwar Posted: 15 Jun 2012 03:54 AM PDT
Ketuanya Mohd Zaidi Mohd Said berkata perkara itu dapat dilihat menerusi program dan ceramah-ceramah yang dihadiri oleh Anwar bersama 'gengnya' di kawasan berkenaan yang tidak lagi seperti dahulu. Menurut beliau sebelum ini tidak dinafikan ceramah Anwar mendapat sambutan namun setelah segala dakwaan dan pelbagai isu lain yang melingkari Ketua Pembangkang berkenaan, sokongan penduduk setempat makin merosot. "Ini tidak lagi termasuk mereka yang kecewa dengan beliau…Maklumlah sebagai bakal Perdana Menteri tentunya sibuk di luar kawasan dengan perantauan seluruh negara. Keadaan itu menyebabkan tumpuan terhadap Permatang Pauh sedikit terganGgu. "Inilah yang antaranya rata-rata dibangkitkan oleh penduduk setempat yang melihat Anwar seolah-olah lupa kepada kawasannya sendiri gara-gara dibuai mimpi indah untuk donobatkan sebagai Perdana Menteri," katanya kepada UMNO-Online di sini. Zaidi seterusnya menambah senario itu bukanlah satu kelebihan kepada mereka untuk memerhatikan daripada jauh, malah memberi semangat kepada pergerakan itu untuk membantu kemenangan BN kelak. Jelas beliau lagi pelbagai program diatur khususnya mendekati golongan muda dengan pelbagai program yang menjurus kepada kehendak dan naluri golongan tersebut. "Pemuda akan teruskan gerak kerja kita seperti biasa dalam usaha membantu kemenangan calon BN nanti kerana itu adalah matlamat bersama. Pemuda sama sekali tidak akan lalai dan alpa sebaliknya bersama bermuafakat dalam melaksanakan gerak kerja yang terbaik untuk parti. "Inilah azam dan komitmen bersama kita di Permatang Pauh…Insyaallah jika muafakat dan momentum ini bertersuan, hasrat penduduk Permatang pauh untuk membawa pembaharuan akan dapat direalisasikan nanti," katanya. -MediaUMNO |
| Rasuah Tunku Aziz : Tindakan Berdiam Diri DAP Cukup Memalukan Posted: 15 Jun 2012 03:01 AM PDT
Ini adalah antara petikan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz yang sehingga ke hari ini masih lagi menimbulkan tandatanya kepada masyarakat umum berhubung dakwaan Tunku Aziz itu. Sambil menyifatkan kenyataan Tunku Aziz itu berat dan serius Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Darus berasa pelik kerana sehingga kini DAP mengambil sikap tutup mulut bukan saja tidak mengambil tindakan malah tidak menyiasat pun perkara itu. Keadaan ini katanya membuktikan DAP adalah sebuah parti yang penuh solekan kepura-puraan sedangkan selama ini DAP melaungkan parti itu kononnya menentang keras rasuah, telus, bersih dan sebagainya. "Saya pun nak tahu juga apakah benar dakwaan berkenaan…Dan saya juga percaya masyarakat di luar sana juga ingin tahu kerana ianya melibatkan dakwaan terhadap ketua Menteri, Lim Guan Eng. "Sebagai sebuah parti yang saya sebutkan di atas, apatah lagi melibatkan Guan Eng, saya merasakan perlunya ada satu bentuk penjelasan dan tindakan sewajarnya daripada pihak yang terlibat. Takkan diam diri macam itu sahaja dan perkara ini cukup lama berlalu. “Janganlah kesalahan orang lain kita yang paling terkedepan, namun apabila melibatkan dakwaan terhadap batang hidung sendiri, sunyi sepi jadinya. Jadi seeloknya tengoklah balik dakwaan Tunku Aziz itu. Apakah mereka lupa saya tidak mahu ulasa lanjutlah," katanya kepada UMNO-Online di sini. Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz menyifatkan tindakan bekas partinya untuk cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000 beserta jawatan fello kanan di Institut Penang bagi menutup mulut berhubung isu peletakan jawatannya sebagai biadab dan menghina. Justeru itu, beliau secara terbuka mengakui tidak mempercayai Guan Eng yang didakwanya memiliki perwatakan serta sifat yang berbeza berbanding Penasihat DAP, Lim Kit Siang Sambil menyifatkan ianya sebagai politik hipokrit, Ahmad yang juga Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas seterusnya menambah itulah perumpamaan yang tepat sekiranya pimpinan DAP masih lagi berdiam diri berhubung isu berkenaan. "Orang ramai tentunya akan tertanya-tanya…Betul atau tidak dan tentunya yang akan timbul kelak adalah persepsi. Kita bukannya mahu memanipulasi soal-saol sedemikian tetapi hanya sekadar inginkan penjelasan. Sekurang-kurangnya ada hujung pangkalnya. "Jangan bila terkena batang hidung sendiri pandai pula mendiamkan diri dan apabila melibatkan dakwaan pihak lain, bukan main riuh sekampung. Kita dalam BN bukan mengamalkan politik sedemikian rupa tetapi melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat adalah yang paling utama," katanya. -MediaUMNO |
| Real Madrid Coach Jose Mourinho Calls On Najib Posted: 15 Jun 2012 02:06 AM PDT PUTRAJAYA, June 15 – Jose Mourinho, head coach of the Spanish football club Real Madrid, called on Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today. Mourinho, widely regarded as one of the best football coaches of all time, arrived at the Perdana Putra building at 3 pm and was ushered to the Prime Minister’s Office at Level Five. He is in Malaysia for a brief visit after having taken up a special invitation by Singapore billionaire Peter Lim to attend an event relating to the Singapore Olympic Foundation-Peter Lim Scholarship in Singapore yesterday. Lim’s friend, Berjaya Group founder Tan Sri Vincent Tan, is hosting the coach’s visit to Kuala Lumpur. Mourinho won the first ever FIFA Best Coach Award in 2010. |
| Nizar Lambang Sikap Pembangkang Yang Kurang Ajar Dan Biadap Posted: 15 Jun 2012 01:07 AM PDT
Kritikan yang buat Nizar menerusi twitter baru-baru ini ternyata satu tindakan yang biadap dan menaikkan kemarahan seluruh rakyat khususnya rakyat Johor. Menurut Ketua UMNO Bahagian KLuang, Md Jais Sarday, sememangnya telah menjadi sikap biasa pembangkang yang akan mempolitikkan apa sahaja isu tanpa mengetahui kebenaran dan fakta di sebalik sesuatu perkara walaupun ianya melibatkan Sultan. "Sudah pasti rakyat Johor berasa amat marah dan terhina kerana Nizar berani mempertikaikan perkara yang tidak betul mengenai Tuanku. Tuanku tidak menggunakan status beliau sebagai Sultan untuk membida nombor tersebut sebaliknya mengggunakan saluran yang betul malah menggunakan wang sendiri. "Sikap Nizar yang celupar dan kurang ajar ini sudah semestinya tidak boleh diterima oleh rakyat Johor. Ini bukan perkara main-main. Ini soal kedaulatan negeri. Tindakannya ini jelas menggambarkan bagaimana sikap pembangkang sendiri. Sekiranya dengan Sultan pun mereka tidak tahu hormat, bagaimana kita hendak menyandarkan harapan untuk mereka membela nasib rakyat," katanya kepada UMNO-Online di sini. Tambah Nizar, perhimpunan rakyat menjunjung kasih terhadap baginda di Istana Pasir Pelangi baru-baru ini juga membuktikan bahawa tindakan Nizar itu tidak dapat dimaafkan. Perhimpunan yang menghimpunkan lebih 30 ribu orang itu adalah bertujuan menunjukkan kesetiaan dan sokongan rakyat terhadap Sultan Johor. "Sikap Nizar yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu ini telah menggambarkan bahawa pembangkang memang biadap dan kurang ajar. Oleh itu rakyat negara ini harus sedar, pembangkang bukanlah parti yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara ini”, ujarnya. Semalam Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap seorang pemimpin politik dan menasihatkan individu tersebut supaya jangan sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati. Baginda turut menyifatkan sikap pemimpin tersebut sebagai satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan Johor dan ianya menggambarkan pemimpin berkenaan lupa tentang adab melayu atau sememangnya jahil dan cetek akal. Keinginan Nizar yang ingin mengadap Sultan johor bagi memohon maaf juga ditolak baginda kerana baginda menyifatkan Nizar seharusnya memhon maaf kepada semua rakyat Johor dan bukan hanya kepada baginda seorang. – MediaUMNO |
| 67 Peratus Rakyat Malaysia Mampu Miliki Rumah Posted: 15 Jun 2012 12:38 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Jun - Enam puluh tujuh peratus rakyat Malaysia mampu membeli rumah sendiri, kata ketua pegawai eksekutif Malaysia Property Incorporated Kumar Tharmalingam pada Jumaat. Beliau berkata harta berharga kira-kira RM300,000 adalah popular di kalangan golongan muda. “Pasaran harta Malaysia adalah salah satu daripada pasaran yang paling mampu milik dan setara dengan pasaran paling menarik di rantau ini dari segi reka bentuk, invoasi dan kawal atur,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo iProperty.com Real Deal 2012. Berdasarkan penyelidikan oleh sebuah majalan Jepun, satu juta rakyat Jepun berminat dengan hartanah di Malaysia, kata Kumar. Beliau berkata Malaysia telah menjadi pilihan pertama rakyat asing, terutamanya rakyat Jepun yang akan bersara. Acara tiga hari yang bermula hari ini itu, menjadi tuan rumah kepada 65 syarikat kediaman dan komersil di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. |
| Posted: 15 Jun 2012 12:34 AM PDT GEORGE TOWN, 15 Jun - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang esok. Menurut kenyataan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang hari ini, Muhyiddin dijadual menghadiri perjumpaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili orang Melayu di negeri ini di Universiti Sains Malaysia (USM), sejurus tiba di negeri ini pada 9 pagi. Beliau kemudiannya dijadual menghadiri majlis perjumpaan bersama pekerja-pekerja industri di kilang Western Digital Media (M) Sdn Bhd dan menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) antara Lembaga Pelaksana Koridor Utara (NCIA), kilang Advanced Micro Devices Export Sdn Bhd dan Fabtronic Sdn Bhd. MoA itu bertujuan memperkenalkan Skim Peningkatan Teknikal Perindustrian Koridor Utara (“NCITES”) untuk golongan siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan tetap melalui peruntukan latihan kemahiran dan pendedahan perindustrian dalam bidang pengkhususan terpilih. Pada majlis itu, lebih 5,000 warga industri akan berhimpun untuk mendengar ucapan Timbalan Perdana Menteri yang dijangka menyentuh mengenai usaha kerajaan pusat melaksanakan pelbagai projek pembangunan, kemudahan perdagangan dan insentif bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi dan pembangunan sosial di Pulau Pinang. Timbalan Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam. Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual melawat projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dan mendengar taklimat oleh Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob di tapak projek itu di Batu Maung. Beliau akan mengakhiri lawatan kerja dengan meluangkan masa hampir dua jam untuk bertemu lebih 20,000 orang pada majlis perhimpunan Semarak Kasih Rakyat di Jalan Raja Uda di Butterworth sebelum berlepas pulang ke ibu negara. |
| Delegasi CPC Melawat Institut Kongzi UM dan Menara Berkembar Posted: 15 Jun 2012 12:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Jun – Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Republik Rakyat China, H.E He Guoqiang dan delegasinya hari ini dibawa melawat ke Institut Kongzi di Universiti Malaya dan disambut meriah di dalam majlis sambutan bersempena lawatan beliau itu. Beliau dan delegasi kemudiannya dihiburkankan dengan tarian-tarian tradisional orang-orang Melayu yang berlatar belakangkan muzik tradisional China. Seterusnya, kumpulan delegasi itu dibawa melawat ke Menara Berkembar Petronas sebelum ke Hotel ShangriLa untuk meneruskan pertemuan mereka dengan usahawan-usahawan China yang melabur dana serta mempunyai rangkaian perniagaan mereka di negara ini. Selepas itu, beliau dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri Putrajaya di sebelah petang pada hari yang sama. Beliau kemudiannya akan menghadiri jemputan makan tengahari bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pada hari Sabtu ini. Manakala pada sebelah petang Sabtu, delegasi ini akan dibawa melawat ke kilang Selangor Pewter, seterusnya menghadiri majlis makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sebelah malamnya bertempat di Hotel Pan Pasific Kuala Lumpur. Kumpulan Delegasi ini dijangka akan kembali pulang ke China hari Ahad ini pada pukul 10 pagi dengan menaiki pesawat peribadi yang akan berlepas dari Kompleks Bunga Raya, KLIA. -MediaUMNO |
| Sudah Empat Tahun Berlalu, Rakyat Selangor Terus Kempunan Janji Pakatan Pembangkang Posted: 14 Jun 2012 09:53 PM PDT HULU SELANGOR, 15 Jun – Amat mudah untuk melafazkan janji, namun tidak mampu untuk melaksanakannya. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan kepada pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor hari ini, walaupun sudah berada di hujung penggal PRU12, namun segala janji yang dibuat pada PRU yang lalu, janji hanya hanya tinggal janji, ujar Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim. Tegas beliau itulah yang berlaku kepada rakyat Selangor hari ini di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang yang kini terpaksa menjadi pengemis pula untuk menagih janji kerajaan yang dipilih oleh sebahagian dari mereka. Setelah lebih empat tahun katanya lagi ternyata segala janji-janji yang ditabur pada pilihanraya sebelum ini adalah pembohongan dan omong-omong kosong semata-mata. "Sehingga ke hari ini, saya tidak nampak kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR melaksanakan segala janji-janji mereka ketika PRU yang lepas. Ini dah masuk empat tahun mereka memerintah, namun tidak ada sebarang pembaharuan yang dilakukan oleh mereka. “Sebab itu saya katakan mereka ini berbohong. Mereka sanggup berbohong kepada rakyat di Selangor, semata-mata untuk yakinkan rakyat demi kuasa politik mereka. Selepas itu, mereka buruk-burukkan UMNO dan BN untuk hasut rakyat agar bencikan kerajaan, sedangkan pentadbiran mereka lebih teruk dan buruk berbanding kerajaan BN. "Sekiranya BN memegang Selangor hari ini, sudah tentu rakyat di Selangor akan menikmati lebih kemudahan baik dari segala sudut, kerana BN sememangnya memegang kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan seperti mereka, hanya tahu berpolitik sepanjang masa," ujarnya dalam pertemuan dengan pengundi-pengundi muda bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian di Kampung Hulu Rening, Batang Kali baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar rakyat di Selangor hari ini, terutama golongan muda membuka mata dan melihat sendiri bagaimana sikap dan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang hanya tahu melontarkan janji biarpun tahu, mereka tidak mampu untuk melaksanakan janji-janji tersebut. "Kerajaan Selangor hari ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Mereka menabur janji semata-mata untuk menang pilihanraya. Tidak seperti UMNO dan BN, yang akan berjanji kepada rakyat hanya terhadap perkara yang mampu dilakukan saja. “Jika kita tidak mampu lakukan, maka kita akan berterus terang. Kita tidak membohongi rakyat semata-mata untuk mendapat kuasa pemerintahan, tetapi BN adalah sebuah gabungan parti-parti yang ditunjangi UMNO yang benar-benar mahu membina negara ini ke arah yang lebih baik untuk semua kaum," ujarnya lagi. -MediaUMNO |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment